You are on page 1of 3

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

LATIHAN 1
(i) Sejak akhir-akhir ini, kejadian tanah runtuh kerap berlaku di beberapa buah kawasan di keliling Hulu
Kelang.
(ii) Pemain badminton veteran itu akan mengotakan janjinya untuk berhenti jika sekiranya dia tewas pada
perlawanan akhir itu.
(iii) Pahala ialah imbuhan yang Allah SWT berikan kepada semua hamba-Nya yang melakukan kebaikan.
[6 markah]

LATIHAN 2
(i) Tolong jangan bising semasa saya sedang mengajar,kata guru tutor itu kepada para pelajarnya.
(ii) Jalan hadapan itu berliku-liku, justeru kamu hendaklah berhati-hati semasa memandu, kata bapa
kepada saya.
(iii) Dia hanya memandang kepada saya tatkala dompetnya yang tergelincir itu saya kembalikan
kepadanya,kata Liliyana kepada Simon.
[6 markah]

LATIHAN 3
(i) Rupanya, pemuda yang sentiasa berbaju kemas dan mahal itu anak hartawan,kata Diana kepada Tini.

(ii) Penunggang motosikal itu tercampak ke tengah jalan sebelum dihimpit oleh pikap lori itu, kata lelaki
itu kepada pihak polis.
(iii) Abang menonton rancangan secara langsung pertandingan debat antara sekolah, kata Jamil kepada
ibunya yang baru pulang daripada pasar.
[6 markah]

LATIHAN 4
(i) Majlis pemberian darjah kebesaran itu disudahi bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Negara.
(ii) Ustaz Ahmad tidak menghadapi masalah untuk memahami maksud ayat al-Quran kerana dia fasih
bertutur bahasa Arab.
(iii) Konsert yang ditonton oleh kita itu dijaja oleh Proton Holdings dan Persatuan Seniman Tanah Air
(PAPITA).
[6 markah]

LATIHAN 5
(i) Antara cara yang digunakan oleh para Muslimin untuk menutup aurat mereka adalah dengan memakai
jubah dan mini telekung.
(ii) Lain-lain faktor yang menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan itu ialah sikapnya yang suka menguji
kaji pelajaran pada saat-saat akhir.
(iii) Pada masa kini,banyak orang yang terjerat dengan hutang kad kredit sehingga ada antara mereka yang
telah diumumkan sebagai muflis.
[6 markah]
LATIHAN 6
(i) Suara guruh dan petir yang silih berganti itu menimbulkan perasaan takut yang tidak sedikit kepada
anak-anak itu.
(ii) Kerana tidak dapat menahan akan kemarahannya, peninju itu telah melepaskan tinjunya kepada
penonton yang mengejeknya.
(iii) Walaupun sudah berbelas kali pintu bilik itu diketuk, anaknya yang mengajuk itu masih enggan
membuka pintu.
[6 markah]

LATIHAN 7
(i) Ahli Persatuan Bekas-bekas Pelajar Sekolah Ungku Aziz sebulat kata memilih Nik Ramzi sebagai
presiden persatuan itu yang baharu.
(ii) Tujuan Encik Saravanan membawa anak-anaknya ke restoran itu ialah untuk menyaji mereka
menikmati kelazatan masakan India Utara.
(iii) Pemergian baginda ke negara itu diyakini dapat mempererat kerjasama yang sudah lama terjalin antara
kedua buah negara.
[6 markah]

LATIHAN 8
(i) Hanya konduktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja yang akan diberikan
kebenaran untuk menender tawaran itu.
(ii) Setiap pekerjaan haruslah dilakukan mengikut produser yang betul supaya hasil yang diperoleh
memuaskan hati kepada semua pihak.
(iii) Kereta sampel terbaharu keluaran syarikat pengeluar kereta nasional itu mendapat sambutan yang
menggalakkan dari ramai orang.
[6 markah]

LATIHAN 9
(i) Selain menjual makanan tempatan seperti asam laksa, soto, dan lontong, taman selera yang baru
dibuka itu turut menjual pelbagai jenis makanan Barat.
(ii) Sejak rompakan kuasa berlaku di negara itu, keadaan di dalam negara itu sangat huru-hara dan
pembunuhan berlaku dengan leluasa di sana sini.
(iii) Setelah mengetahui lelaki yang menahannya ialah bukan anggota polis yang sebenarnya, wanita
pendatang asing itu mengherdik untuk meminta pertolongan.
[6 markah]

LATIHAN 10
(i) Juruteknik yang dipertanggungjawab untuk membaik pulih kenderaan itu tidak boleh memberikan
tumpuan terhadap kerjanya.
(ii) Tukang basikal itu menampalkan potongan getah pada tiup basikal pelanggannya yang mengalami
bocor.
(iii) Tukang masak itu menampalkan poster pada jari kelengkengnya yang luka sebagai akibat terhiris
dengan pisau sebentar tadi.
[6 markah]
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap kesalahan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

LATIHAN 11
Kejayaan Muhamad Hafiza Hashim menjuarai kejohanan itu menyalakan semangatnya untuk menjuarai Kejohanan
Badminton Malaysia Terbuka pula. Demi untuk merealisasikan impiannya itu, kini dia sedang giat bersenam di
bawah bimbingan jurulatihnya, Hendrawan. Dia akan memanfaatkan segala tunjuk cara yang jurulatihnya berikan
untuk menjadi juara dalam kejohanan itu nanti.
[6 markah]
LATIHAN 12
Amerika Syarikat merupakan negara yang paling banyak sekali melahirkan pembentuk teknologi baharu. Hal ini
dikatakan demikian kerana negara itu memiliki rakyat yang kreativiti di dalam berbagai bidang. Dalam melahirkan
rakyat yang sedemikian, sistem pendidikannya tidak menekankan kepada latih tubi tetapi kefahaman dan daya saing
yang kental.
[6 markah]
LATIHAN 13
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan bercadang untuk membantutkan
pemberian subsidi gula pada rakyat-rakyat negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana subsidi yang diberikan itu
menyesakkan kerajaan. Menurut menterinya, kerajaan menetapkan RM720 juta setahun sebagai subsidi bahan itu
bagi memastikan supaya harganya berada pada paras RM1.45 sekilogram.
[6 markah]
LATIHAN 14
Ugutan lanun terhadap kapal dagang di perairan selat itu makin lama semakin menjadi. Hal ini membimbangkan
pemunya syarikat perkapalan yang melalui di perairan itu. Oleh kerana itu, mereka menyeru semua negara yang
berkepentingan supaya meletakkan tentera laut mereka di perairan itu bagi mengawal kehadiran lanun.
[6 markah]
LATIHAN 15
Antara perkara-perkara yang diungkit dalam mesyuarat mingguan syarikat semasa hari itu termasuklah isu
kehilangan wang syarikat. Pengurus kewangan syarikat menidakkan pembabitannya di dalam hal itu kerana beliau
mendapati kehilangan itu berlaku semasa beliau membuat ibadat haji di Mekah.
[6 markah]
LATIHAN 16
Walaupun sambutan hari lembaran sudah masuk minggu yang kedua, namun keceriaannya masih lagi terasa. Majlis
rumah terbuka yang dihadiri oleh pelbagai bangsa-bangsa yang terdapat di negara ini masih lagi berlaku,
terutamanya di hujung minggu.
[6 markah]
LATIHAN 17
Novel percintaan yang ditulis oleh penulis terkenal itu maju seperti goreng pisang panas. Oleh sebab semua novel itu
habis terjual dalam tempuh tiga bulan ia diterbitkan, kini novel itu sedang diulang cetak oleh syarikat yang
menerbitkan novel itu.
[6 markah]
LATIHAN 18
Banjir kilat sering menyerang pecan yang terletak pada kawasan yang rendah itu. Ia menjadi bertambah parah sejak
pokok-pokok di sekeliling pecan itu ditebang untuk tujuan pembangunan. Pelbagai aduan sudah pun dibuat,namun
sehingga ke hari ini tiada usaha diambil oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasi kes itu.
[6 markah]
LATIHAN 19
Majlis temu bual di antara aktor itu dan para wartawan berlangsung dalam suasana yang mesra. Para wartawan
berasa puas hati kerana aktor cantik itu menjawab tiap soalan yang diajukan dengan jujur. Apabila ditanya tentang
tarafnya, dia mengaku dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata.
[6 markah]
LATIHAN 20
Berita kehilangan nelayan itu segera diberitahu pihak berkuasa kepada semua warisnya. Sebagai insan yang beriman,
berita itu diperoleh mereka dengan nyaman, malah ada antara mereka yang terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar
ketua keluarga yang mereka kasihi itu berada dalam peliharaan-Nya.
[6 markah]

You might also like