You are on page 1of 12

BAHAN SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI

(BSPK)

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
BAHAGIAN A
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021

cikgusazali™
FORMAT

cikgusazali
ANALISIS SOALAN:

Langkah 1:
BACA SOALAN DAN KENAL PASTI TEMA

Contoh:

Maklumat di bawah berkaitan dengan penyakit berjangkit.


Huraikan pendapat anda tentang penyakit berjangkit.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.

TEMA: PENYAKIT BERJANGKIT


cikgusazali
Langkah 2:
CARI FOKUS DAN KATA KUNCI SOALAN DALAM BAHAN RANGSANGAN
Penyakit berjangkit ialah fenomena biososial. Fenomena
ini disebabkan sama ada agen infeksi atau bahan-bahan
toksik yang berbahaya kepada manusia. Pandemik ini
membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan
politik, menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan
pembangunan negara, terutamanya dari segi
pembangunan sumber manusia. Banyak usaha telah
dijalankan kerajaan untuk mencegah dan mengawal
penyakit berjangkit. Antaranya termasuklah program
imunisasi dan vaksinasi. Program yang bersifat
pencegahan dan kawalan itu lazimnya dilakukan melalui
pendidikan di sekolah, klinik, hospital dan media sosial.

cikgusazali
Langkah 3:
BINA TUGASAN SOALAN BERDASARKAN KATA KUNCI
SOALAN
BIL AYAT KATA KUNCI
FOKUS Fenomena ini disebabkan sama ada agen infeksi atau bahan-bahan toksik PUNCA
1 yang berbahaya kepada manusia
FOKUS Pandemik ini membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, IMPLIKASI
2 menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan pembangunan negara,
terutamanya dari segi pembangunan sumber manusia.
Banyak usaha telah dijalankan kerajaan untuk mencegah dan mengawal USAHA
FOKUS penyakit berjangkit. Antaranya termasuklah program imunisasi dan vaksinasi.
3 Program yang bersifat pencegahan dan kawalan itu lazimnya dilakukan
melalui pendidikan di sekolah, klinik, hospital dan media sosial.

Persoalannya, apakah punca, implikasi dan usaha untuk mencegah penyakit


berjangkit? cikgusazali
PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN
Tahu Penyakit berjangkit merupakan penyakit berbahaya yang
(Ayat umum
mengandungi tema) sedang menular dalam kalangan masyarakat akhir-akhir ini.

Faham Fenomena biososial ini boleh merebak kepada orang lain


(Tunjukkan calon
memahami tema) melalui udara, air, makanan atau sentuhan cecair badan.
Apa/Bila/Contoh/Di
mana/Siapa/Peribahasa
ABCD SP

Tugasan Persoalannya, apakah punca, implikasi dan usaha


(Tugasan yang dibina
berdasarkan fokus dan pencegahannya?
kata kunci soalan)

Penyakit berjangkit merupakan penyakit berbahaya yang sedang


menular dalam kalangan masyarakat akhir-akhir ini. Fenomena biososial ini
boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air, makanan atau
sentuhan cecair badan. Persoalannya, apakah punca, implikasi dan usaha
pencegahannya? (36pp)

cikgusazali
PANDUAN MENULIS ISI PERTAMA
Ayat Penyakit berjangkit disebabkan sama ada agen infeksi atau bahan-bahan
Topik toksik yang berbahaya kepada manusia kerana ...
(Ambil daripada
bahan)

Ayat agen atau bahan tersebut akan menyerang tisu badan manusia melalui titisan
Huraian pernafasan dari individu yang dijangkiti apabila mereka bersin atau batuk.
(Mengapa?)

Ayat Contohnya, sejumlah 243,942 kes aktif Covid-19 telah menjangkiti rakyat
Contoh Malaysia sehingga bulan Ogos 2021.
(Bukti sahih)

Ayat Tegasnya, agen infeksi dan bahan-bahan toksik ini amat berbahaya dan
Penegas masyarakat perlu berwaspada.
(Penegasan
idea)
Penyakit berjangkit disebabkan sama ada agen infeksi atau bahan-bahan toksik
yang berbahaya kerana agen atau bahan tersebut akan menyerang tisu badan manusia
melalui titisan pernafasan dari individu yang dijangkiti apabila mereka bersin atau batuk.
Contohnya, sejumlah 243,942 kes aktif Covid-19 telah menjangkiti rakyat Malaysia
sehingga bulan Ogos 2021. Tegasnya, agen infeksi dan bahan-bahan toksik ini perlu
dicegah sebelum nasi menjadi bubur. (61pp)cikgusazali
PANDUAN MENULIS ISI KEDUA
Ayat Topik Penyakit berjangkit juga membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan
(Ambil daripada
bahan) politik, serta menjejaskan kesejahteraan hidup manusia kerana...

Ayat ...penghidap akan berdepan risiko kematian sekiranya dijangkiti.


Huraian
(Mengapa?)
Ayat Buktinya, sejumlah 12,228 orang yang dijangkiti oleh Covid-19 telah
Contoh meninggal dunia.
(Bukti sahih)

Ayat Jelaslah bahawa penyakit ini telah menjejaskan pembangunan sumber


Penegas manusia di Malaysia.
(Penegasan
idea)
Penyakit ini juga membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, serta
menjejaskan kesejahteraan hidup manusia kerana penghidap akan berdepan risiko
kematian sekiranya dijangkiti. Buktinya, sejumlah 12,228 orang yang dijangkiti oleh Covid-
19 telah meninggal dunia. Jelaslah bahawa penyakit ini telah menjejaskan pembangunan
sumber manusia di Malaysia. (44pp)
cikgusazali
PANDUAN MENULIS ISI KETIGA
Ayat Topik Kerajaan telah berusaha untuk mencegah dan mengawal penyakit ini
(Ambil daripada
bahan) termasuklah...
Ayat ...program imunisasi dan vaksinasi melalui pendidikan di sekolah, klinik, hospital
Huraian dan media sosial.
(Mengapa?)
Ayat Sebagai contohnya, seramai 26,851,745 orang telah divaksin di bawah Program
Contoh Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
(Bukti sahih)

Ayat Tuntasnya, usaha ini berjaya mengawal penularan penyakit berjangkit ini dalam
Penegas kalangan masyarakat.
(Penegasan idea)

Kerajaan telah berusaha untuk mencegah dan mengawal penyakit ini termasuklah
program imunisasi dan vaksinasi melalui pendidikan di sekolah, klinik, hospital dan media
sosial. Sebagai contohnya, seramai 26,851,745 orang telah divaksin di bawah Program
Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Tuntasnya, usaha ini berjaya mengawal penularan penyakit
berjangkit ini dalam kalangan masyarakat. (43pp)

cikgusazali
KESIMPULAN

Ayat Kesimpulannya, semua pihak mestilah meningkatkan pencegahan dan


Saranan pengawalan penyakit berjangkit
(Cadangan)

Ayat agar kesejahteraan hidup masyarakat sentiasa terpelihara.


Harapan
(Outcomes)
Kesimpulannya, semua pihak mestilah meningkatkan pencegahan dan
pengawalan penyakit berjangkit agar kesejahteraan hidup masyarakat sentiasa
terpelihara. (16pp)

cikgusazali
Penyakit berjangkit merupakan penyakit berbahaya yang sedang menular dalam kalangan
masyarakat akhir-akhir ini. Fenomena biososial ini boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air,
makanan atau sentuhan cecair badan. Persoalannya, apakah punca, implikasi dan usaha pencegahannya?

Penyakit berjangkit disebabkan sama ada agen infeksi atau bahan-bahan toksik yang berbahaya
kerana agen atau bahan tersebut akan menyerang tisu badan manusia melalui titisan pernafasan dari individu
yang dijangkiti apabila mereka bersin atau batuk. Contohnya, sejumlah 243,942 kes aktif Covid-19 telah
menjangkiti rakyat Malaysia sehingga bulan Ogos 2021. Tegasnya, agen infeksi dan bahan-bahan toksik ini
perlu dicegah sebelum nasi menjadi bubur.

Penyakit ini juga membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, serta menjejaskan
kesejahteraan hidup manusia kerana penghidap akan berdepan risiko kematian sekiranya dijangkiti. Buktinya,
sejumlah 12,228 orang yang dijangkiti oleh Covid-19 telah meninggal dunia. Jelaslah bahawa penyakit ini telah
menjejaskan pembangunan sumber manusia di Malaysia.

Kerajaan telah berusaha untuk mencegah dan mengawal penyakit ini termasuklah program imunisasi
dan vaksinasi melalui pendidikan di sekolah, klinik, hospital dan media sosial. Sebagai contohnya, seramai
26,851,745 orang telah divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Tuntasnya, usaha ini
berjaya mengawal penularan penyakit berjangkit ini dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah meningkatkan pencegahan dan pengawalan penyakit


berjangkit agar kesejahteraan hidup masyarakat sentiasa terpelihara.
36+61+44+43+16 = 200 patah perkataan
cikgusazali
Senarai semak Karangan Bahagian A
Bil Item Ada/Tiada
1 Kenal pasti tema soalan
2 Teliti semua bahan rangsangan. Kenal pasti fokus dan kata kunci
3. Bina tugasan soalan merujuk kata kunci soalan
PENDAHULUAN
1. Ayat 1: Buat ayat umum menggunakan tema.
2 Ayat 2: Tunjukkan calon memahami tema (ABCD SP)
3. Ayat 3: Tulis tugasan soalan
ISI PERTAMA, ISI KEDUA. ISI KETIGA
1. Ayat topik: (Ambil daripada bahan)
2 Ayat Huraian (Mengapa?)
3 Ayat Contoh (Bukti sahih)
4 Ayat Penegas (Penegasan idea
KESIMPULAN
1 Ayat Saranan: Cadangan yang konstruktif
2. Ayat Harapan: Outcomes
TULIS JUMLAH PERKATAAN. AWAS! JANGAN
cikgusazali
MELEBIHI 200 PATAH PERKATAAN

You might also like