You are on page 1of 3

SMK BALABAN JAYA

PETI SURAT 108,


90108 BELURAN SABAH.

KERTAS KERJA
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH
“PERTANDINGAN MELUKIS POSTER”
2018
1.      

` 1.0     TAJUK
Pertandingan Melukis Poster Anti-Jenayah Kelab Pencegahan Jenayah SMK Balaban Jaya 2018

2.0     PENDAHULUAN
Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja
berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi serta memiliki badan yang
sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani,
rohani, emosi dan sosial.
Semoga Pertandingan Melukis Poster Anti-Jenayah akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid
untuk berseronok dan menjana minda kreatif mereka  di samping dapat mengeratkan ukhuwah bersama guru-
guru dan warga sekolah untuk kesejahteraan bersama.

3.0     OBJEKTIF
i. Menimbulkan kesedaran tentang masalah sosial dalam kalangan remaja

ii. Mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli Kelab Pencegah Jenayah
4.0     PENGANJUR
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK Balaban Jaya

5.0     BUTIR – BUTIR AKTIVITI


Tarikh : April 2018
Masa : 1.15 pm – 3.00 pm
Hari : Rabu
Tema : Kesedaran Anti-Jenayah Sekolah

6.0      SENARAI AHLI JAWATANKUASA


1. Penyelaras dan 1. Tracy Vianney Ano
urusetia: 2. Hemah Latha a/p Thangavellu

7.0     PESERTA AKTIVITI
Semua ahli Kelab Pencegahan Jenayah

8.0     TEMA PERTANDINGAN MELUKIS POSTER


Kempen Kesedaran Anti jenayah sekolah.
9.0     DIF PENYAMPAI ANUGERAH PEMENANG
Puan Hanisah Obing  (Penolong Kanan Pentadbiran )

10.0  SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER


Hanya ahli Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah dibenarkan untuk menyertai.

11.0  TENTATIF PROGRAM
1.15pm -1.30pm Persiapan tempat dan arahan diberikan oleh guru penasihat
1.30pm - 2.30 pm Pertandingan bermula
2.30pm – 3.00pm Penyampaian hadiah kepada pemenang

12.0  ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PENGGUNAAN KUANTITI JUMLAH
1 HAMPER JOHAN RM 30
RM 30 X 1
HAMPER NAIB JOHAN
HAMPER
RM 20 X 1 RM 20
HAMPER TEMPAT KE-3
RM10 X1 RM 10
2 SIJIL 1 RIM
RM 36 X 1 RM 36
JUMLAH BESAR RM 96

13.0   PENUTUP 
Diharapkan dengan pelaksanaan pertandingan ini akan menjadikan ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah lebih berminat
dan memahami tujuan Kelab Pencegahan Jenayah.

Disediakan oleh,  Disemak dan disahkan oleh,

--------------------------------------------- -------------------------------------------------------
(TRACY VIANNEY ANO) (AWANG SAZALI B ABDUL SALI)
KETUA PANITIA PSK PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK BALABAN JAYA SMK BALABAN JAYA
                                   

You might also like