You are on page 1of 2

Aspirasi murid

1. PENGETAHUAN
SETIAP KANAK-KANAK AKAN DAPAT MENULIS DAN MENGIRA, MENGUASAI MATA PELAJARAN TERAS
SEPERTI MATEMATIK DAN SAINS DAN MEMPUNYAI PENGETAHUAN KUKUH TENTANG MALAYSIA,
ASIA DAN DUNIA.

2. KEMAHIRAN BERFIKIR
 SETIAP KANAK-KANAK AKAN BELAJAR PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT, CARA UNTUK MENGHUBUNG KAIT
PELBAGAI PENGETAHUAN YANG BERBEZA DAN CARA UNTUK MENJANA
PENGETAHUAN BARU.
 
3. KEMAHIRAN MEMIMPIN
 SETIAP KANAK-KANAK AKAN BELAJAR MENCAPAI POTENSI DIRI SEPENUHNYA MELALUI PELUANG
BEKERJA BERKUMPULAN DAN MEMEGANG PERANAN KEPIMPINAN FORMAL DAN INFORMAL.
 
4. KEMAHIRAN DWIBAHASA
 SETIAP KANAK-KANAK PADA TAHAP MINIMUM AKAN DAPAT MENGUASAI BAHASA MALAYSIA DAN
BAHASA INGGERIS DIGALAKKAN UNTUK MEMPELAJARI BAHASA TAMBAHAN.
 
5. ETIKA DAN KEROHANIAN
 SETIAP KANAK-KANAK AKAN MEMPUNYAI ASAS MORAL YANG KUKUH UNTUK MENDEPANI PELBAGAI
CABARAN KEHIDUPAN DAN MEMBANTU MEREKA DENGAN BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN TEPAT.
 
6. IDENTITI NASIONAL
 SETIAP KANAK-KANAK TANPA MENGIRA AGAMA, ETNIK ATAU STATUS EKONOMI AKAN BERASA BANGGA
DIKENALI SEBAGAI ANAK MALAYSIA.
 

aspirasi sistem
1. AKSES
 
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan
mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan
kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)  menjelang 2020.
 
2. KUALITI
Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di
Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk 
meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains
sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh
dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
 
3. EKUITI
Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa
mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan
lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara
gender sehingga 50% menjelang 2020.
 
4. PERPADUAN
Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.
Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid
belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman
dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang
memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi
asas perpaduan rakyat Malaysia.
 
5. KECEKAPAN
 
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih
tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan
tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan  murid mengikut tahap
peruntukan semasa.
 
 

You might also like