You are on page 1of 8

PPPM: ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan


bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan, dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan
aspirasi yang turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga
dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang
lain. 

Tindakan bagi merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting, dan tidak ada
inisiatif  dalam mana-mana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau
menghalang kemajuan yang lainnya.

 Akses: Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhakmendapat


kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi
masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah
atas (Tingkatan 5)  menjelang 2020.
 Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan
sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah
untuk  meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh
15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan
Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang
relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu
dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
 Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang
terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender
atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan
lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
 Perpaduan: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih
satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama
murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik,
murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini
mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa
hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan
yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi
membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
 Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerimaperuntukan yang tinggi,
namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber
yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus
mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk
memaksimumkankeberhasilan  murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Posted by SMKTK at 11:29 PM
Labels: PPPM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom)

NEGARAKU
BANGSA JOHOR
PEPERIKSAAN SPM 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


KEMERDEKAAN MALAYSIA
WARISAN
LOKASI SMK TELOK KERANG

View Larger Map

KAMI GURU MALAYSIA


TERIMA KASIH CIKGU - UPIN & IPIN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Kelas Abad ke 21 from Mokhzani Fadir

KBAT
1. konsep kbat dan i think from Hazlee Gapal

i-THINK 1
i-THiNK from SPidEr Mohd

i-THINK 2
Peta pemikiran from Lay Hoon Lee
REHATKAN MINDA..
RELAX...
BERMULANYA DI SINI....

.
PENTADBIR SMK TELOK KERANG
PENGETUA:
Pn. Hjh. Azizah bt Hj. Omar

GPK1:
Pn. Hajjah Arbaenah Bt Masud

GPK HEM:
En. Mohd. Ishak Bin Maliki

GPK Koko:
Tn. Hj. Mohd Azmi b Markam

GURU KANAN MATA PELAJARAN

Bidang Bahasa:
Pn. Junainah bt Barlin

Bidang Sains Kemasyarakatan:


Pn. Mislin bt Sino

Bidang Matematik dan Sains:


Pn. Low Pock Chok

Bidang Teknik dan Vokasional:


En. Abdul Hadi Bin Ambok Ingtang
SMKTK
VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH

Membangunkankan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

IKRAR SEKOLAH

Maka kami, murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang berikrar akan
menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang sebagai sekolah cemerlang. Kami
berjanji untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang pendidikan dengan berfokuskan
kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sahasia diri, demi kepentingan diri sendiri,
ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.

LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Telok Kerang


Sekolah kami bersama
Berusaha belajar
Demi kemajuan

Pandulah bimbinglah
Ke arah kejayaan
Bekerjasama bermuhibbah
Ke arah perpaduan

Taat kepada sekolah


Berbakti kepada bangsa
Berusaha berbakti
Demi kemajuan negara.

LAGU-LAGU KAMI

Lagu Sekolah - Belajar Untuk Berbakti | Upload Music

Guru Malaysia | Upload Music

Negaraku | Upload Music


Bangsa Johor | Online Karaoke

MAKLUMAT TERKINI

INGAT MENGINGATI

PT3

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2013


Gratisan Musik

You might also like