You are on page 1of 3

Bab 5

LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

SIRI LAWATAN:

1) JUL 1961:
- Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengadakan lawatan ke Brunei dan Sarawak
- Beliau bertemu dengan pemimpin tempatan untuk menerangkan rancangan pembentukan
Malaysia

2) OGOS 1962:
- Kerajaan PTM mengaturkan lawatan pemimpin Sabah dan Sarawak ke PTM
- Untuk meninjau kemajuan di PTM

3) NOV 1962:
- Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak

4) Ahli Politik:
- Lawatan rombongan Ghafar Baba ke Sabah dan Sarawak
- Untuk menunjukkan gambaran kesepakatan dalam kalangan ahli politik kepada penduduk
Sabah dan Sarawak
JAWATANKUASA SETIA KAWAN MALAYSIA:

1) 23/7/1961:
- JSKM ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel

2) Tujuan:
- Menyakinkan penduduk Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia
- Menyediakan ruang pembincangan untuk mendapatkan kata sepakat terhadap
pembentukan Malaysia
- Mengumpul pandangan terhadap pembentukan Malaysia
- Menyalurkan maklumat tentang Malaysia
- Memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepat pembentukan Malaysia
- Contoh aktiviti penghebahan ialah Projek Pembangunan di PTM

3) Peranan:
- Memberi kefahaman kepada pemimpin
- Mendapat sokongan terhadap pembentukan Malaysia

4) Pengerusi:
- Donald Stephens

5) Ahli-ahli:
- Wakil pemimpin PTM, Singapura, Sabah dan Sarawak

6) Keputusan:
- Menyokong rancangan Malaysia

REFERANDUM DI SINGAPURA

- Rundingan antara kerajaan PTM dengan Singapura menghasilkan persetujuan penyertaan


Singapura di dalamMalaysia
- Satu referendum diadakan untuk menyatakan bentuk singapura menyertai Malaysia
- Referandum itu mendapati persetujuan rakyat untuk bergabung membentuk Malaysia
- Keputusan ini membolehkan Singapura menyertai Malaysia

RUNDINGAN DI LONDON

- Rundingan Pembentukan Malaysia diadakan di London antara Kerajaan PTM dengan


Kerajaan British
- Bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk Sabah Sarawak
SURUHANJAYA COBBOLD

- Pengerusi Lord Cobbold


- Melawat ke 35 pusat lawatan ( 20 di Sarawak dan 15 di Sabah )
- Menyatakan 2 per 3 menyokong pembentukan Malaysia
- Mencadangkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas
Perlembagaan Persekutuan baharu
- Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas diberi kepada Sabah Sarawak

You might also like