You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

SOLAT SUNAT HAJAT 1439 H/2018 M


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RASAU KERTEH B5

1. Rasional

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika
berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan
daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini
agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan
keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau
kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian
dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at
dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat
ataupun lambat.”

Sebagai insan yang beriman, kebergantungan kita kepada Allah mesti sepenuh hati
disamping usaha yang bersungguh-sungguh. Sebagai pelajar dan guru amat digalakkan
melaksanakan solat sunat hajat khusus untuk kecemerlangan dalam pendidikan.

2. Objektif

2.1 Melahirkan warga sekolah yang kuat imannya dan kebergantungan kepada Allah.

2.2 Mewujudkan suasana agama dalam persekitaran sekolah.

2.3 Menggalakkan warga sekolah menunaikan solat sunat.

2.4 Mengeratkan silaturrahim dikalangan warga sekolah.

3. Tema

”Solat mencegah kemungkaran”

4. Sasaran

Semua guru dan pelajar

5. Tarikh

Setiap Khamis sepanjang sesi persekolahan 2018 dan sempena peperiksaan PT3 dan SPM

6. Masa

7.20-8.10 pagi/mengikut ketetapan sesuatu program


7. Tempat

Surau Baiturrahman SMK Rasau Kerteh B5

8. Anjuran

Panitia Pendidikan Islam bersama Ahli Jawatankuasa Surau Baiturrahman, Badan Agama
Dan Dakwah (BADAR), Jawatankuasa SUMUR serta Pusat Sumber Sekolah (PSS).

8. Anggaran Perbelanjaan

-Tiada

9. Implikasi kewangan

-Tiada

10. Ahli Jawatankuasa

Rujuk jadual bertugas imam dan bilal

Penutup

Mudah-mudahan program solat hajat yang dilaksanakan memberi kesan yang baik
kepada diri murid dan warga sekolah. Dengan mengamalkan solat sunat hajat di sekolah
ianya menjadi amalan yang mendarahdaging walaupun di mana berada.

Disediakan oleh :

........................................
(ZORIMI YAACOB)
Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Islam
SMK Rasau kerteh B5

Diluluskan oleh:

........................................
(HJ. MAT DERIS BIN MAT ALI)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Rasau Kerteh B5

You might also like