You are on page 1of 1

Hasnina binti Abd.

Latiff,

No.207, Jln Jelita 8,

Taman Jelita, Bentong

Tuan,

Guru Tingkatan 2 Tenang,

SMK Bendahara,

Pahang Darul Makmur.

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah ibu kepadaHANNANI HUSNA BT.
HASNAN.Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 18hb. Jun
2012 bersamaan hari Isnin kerana sakit perut.

2. Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran pelajar berkenaan. Anak saya
akan hadir ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada sakitnya nanti.

3. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya,
bolehlah pihak sekolah menghubungi saya atau suami saya untuk mendapatkan kepastian.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan saya amat hargai dan dahului
dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

……………………..

(HASNINA BINTI ABD. LATIFF)

012 966XXXX / 017 248XXXX (HASNAN AYUB)

You might also like