You are on page 1of 4

1.

TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA

Kepentingan Tatahias

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf mahlis tersebut. Penampilan
seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-

i. Imej organisasi di mana ianya berkhidmat.


ii. Imej peribadi.

a) Kesesuaian pakaian wanita.

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-


Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
Jangan melebihi empat warna pada satu masa.
PIlihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan.
Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
Rambut hendaklah tersisir rapi.
Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung.
Jika memakai mini telekong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju.
Bila menggunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’.
Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berlonceng yang akan
membuat bunyi apabila anda berjalan.
Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar.
Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.

b) Kesesuain Pakaian Lelaki.

Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.


Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang koler).
Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang.
Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang.
Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet.
Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang lembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan
‘cologne’ di kedua bahu.
Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material).
Baju warna putih sebagai pilihan pertama. Lain-lain warna tanpa corak (light and plain)
sebagai pilihan kedua.
Baju hendaklah sentiasa dimaksukkan dalam seluar.
Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya.
Seluar jangan terlalu labuh hingga mencecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan
tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih/
berpakaian sukan.
Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.
2. HIASAN

Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin,
dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia adalah
sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang demikian, hendaklah dipadankan dengan
baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.

a) Tali Pinggang
i) dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai.

b) Selendang dan Skraf


i) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan cara
disangkutkan di bahu.
ii) Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian-selendang menutupi seluruh
kepala.

c) Beg Tangan

Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :-


i) Kegunaan harian di pejabat.
ii) Kegunaan pelbagai.
iii) Kegunaan majlis rasmi.

3. MINYAK WANGI

Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan.

a) Minyak wangi tulen


i) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja.

b) Eau de toilette
i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu dipakai beberapa kali sehari kerana baunya
tidak pekat.

c) Semburan badan
i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat.
4. KESIHATAN, KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN

Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu membri keutamaan kepada
pengurusan dirinya.

Antara perkara-perkara yang dimaksud kan ialah:

a) Bahagian kepala dan muka


Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga.
Misai dan janggut diurus dengan baik.
Bulu hidung tidak kelihatan liar.
Gigi sentiasa bersih.
Pernafasan tidak berbau.

b) Bahagian badan dan tangan


Badan tidak berbau.
Baju tidak ada tanda tercarik.
Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan koler.
Baju kelihatan tidak bergosok (iron).
Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit.
Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisik.

c) Bahagian punggung dan kaki


Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron).
Seluar tidak kelihatan tercarik.
Tidak berstokin.
Memakai stoking lebih daripada hadnya harinya.
Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau berbunga.
Kasut kelihatan kelabu.
Kasut coklat kelihatan hitam.
Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn-out”.

You might also like