You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON (TERTUTUP)

JALINAN MAHABAH 2.0

PENGELOLAAN PERTANDINGAN

12 MAC 2023 (AHAD)

8.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG

K & K ARENA
1. TAJUK

Pertandingan ini dinamakan sebagai Kejohanan Badminton, Jalinan Mahabah.

2. PENGENALAN

Kertas kerja ini merupakan program yang dijalankan oleh rakan-rakan Jalinan
Mahabah. Program ini adalah aktiviti luar daripada waktu kerja yang dapat merehatkan
minda daripada aktiviti dalam karier.

3. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon sumbangan daripada tuan/puan untuk
tujuan perbelanjaan HADIAH sahaja. Segala perbelanjaan pertandingan ini (kecuali
hadiah) adalah daripada sumber kewangan pihak penganjur dan juga peserta
pertandingan.

4. OBJEKTIF PERTANDINGAN

4.1 Menggalakkan rakan-rakan bergiat secara aktif dalam kegiatan sukan.


4.2 Mengasah rakan-rakan dalam bidang kesukanan.
4.3 Menggalakan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di antara rakan-rakan
Jalinan Mahabah.

5. TARIKH / MASA / TEMPAT

5.1 Tarikh : 12hb Mac 2023


5.2 Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
5.3 Tempat : K & K Arena

6. PENYERTAAN / KATEGORI

AHLI JAWATANKUASA : Rakan-rakan Jalinan Mahabah


PESERTA : 16 Orang
KATEGORI : 8 Pasukan Beregu
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

i) PERBELANJAAN SECARA KOLEKTIF


KADAR JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
(RM) (RM)
1 Makanan & Minuman 16 orang 6.50 104.00
2 Cawan Polisterin (1 Bungkus = 50pcs) 1 Bungkus 15.00 15.00
3 Pinggan Polisterin (1 Bungkus = 50pcs) 1 Bungkus 20.00 20.00
4 Sudu & Garfu 1 Bungkus 6.00 6.00
Kelengkapan AJK
5 - - 15.00
(Papan, pen & lain-lain)
2 Court x 5
6 Dewan Badminton (RM12.00/Jam) 12.00 120.00
Jam
7 Bulu Tangkis (RSL Ultimate) 3 Tabung 96.00 288.00
Jumlah 568.00

ii) PERBELANJAAN SECARA SUMBANGAN


JUMLAH
BIL PERKARA
(RM)
Hadiah tunai kepada pemenang ;
i) Juara = RM 150.00
1 300.00
ii) Naib Juara = RM 100.00
iii) Tempat ketiga = RM 50.00
Medal kepada setiap peserta ;
i) Juara = 2 medal
ii) Naib Juara = 2 medal
2 iii) Tempat ketiga = 2 medal 160.00
iv) Penyertaan ahli yang lain = 10 medal

Anggaran 1 unit medal = RM 10.00


Jumlah 460.00
8. PENUTUP

Sebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran pertandingan ini akan dapat


mengisi masa lapang rakan-rakan Jalinan Mahabah, selain daripada dapat memenuhi
keperluan kokurikulum. Semoga dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi
kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan
silaturrahim yang telah sedia terjalin.

Sekian, terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh,

………………………….
(Azam Ridzuan)
Rakan Jalinan Mahabah

You might also like