You are on page 1of 8

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.1 Latar belakang Kajian

Di dalam situasi di Malaysia pada hari ini, cukai telah menjadi elemen utama pendapatan negara

untuk menampung segala keperluan ekonomi bagi 29,844,600 orang rakyatnya (Jabatan Statistik

Malaysia, 2015). Cukai boleh didefinisikan sebaga suatu kadar caj yang dikenakan oleh kerajaan

terhadap rakyat yang memiliki suatu hasil di dalam negara (Abdussalam Shokhawi, 2013). Cukai

sering kali diibaratkan sebagai suatu bebanan dan tekanan yang dikenakan oleh pemerintah

kepada rakyatnya.

Oleh kerana itu, Goods and Service Tax atau GST telah diperkenalkan untuk

menggantikan sistem cukai kepenggunaan sedia ada iaitu Sales and Service Tax atau SST.

Rakyat Malaysia telah mula membayar cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015 yang lalu

seperti mana penduduk di negara-negara maju. Cukai sebanyak 6 peratus dikenakan apabila

mereka membeli barangan atau melanggan perkhidmatan. Namun begitu terdapat pengecualian

bagi barangan dan perkhidmatan tertentu seperti bahan bacaan, ubat yuran penyelenggaraan

kediaman dan perkhidmatan pendidikan (Utusan Online, 2015).

Menurut Bernama (2015) GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai

tambah yang telah yang menggantikan SST. Berbeza dengan SST yang merupakan cukai

seperingkat, GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh

perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu

kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas

input perniagaan mereka. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat

1
pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan

perkhidmatan.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2014,

sebanyak 152 dari 193 negara PBB melaksanakan GST. Terdapat sebanyak 8 buah negara bukan

PBB juga melaksanakan GST. Menjadikan keseluruhan negara di dunia yang melaksanakan GST

sebanyak 160 negara. Jika diperhatikan, GST di Malaysia sebanyak 6% adalah antara yang

terendah di dunia jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Kebanyakan negara yang

mengenakan kadar GST yang lebih tinggi walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) per

kapitanya lebih rendah dari Malaysia.

Dari pandangan pakar ekonomi Malaysia, sekarang adalah masa yang sesuai bagi

kerajaan melaksanakan GST. Terdapat juga sesetengah pihak yang berpandangan bahawa GST

hanya sesuai dilaksanakan apabila Malaysia mencapai status negara maju kerana pelaksanaan

GST akan memberi kesan kepada semua golongan khususnya pengguna. Oleh itu, kajian ini

dibuat untuk mengkaji sejauh mana tahap kefahaman dan penerimaan rakyat terhadap

pelaksanaan GST yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

1.2 Penyataan Masalah

Pada 1 April 2015 yang lalu, inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan GST telah menjadi isu

perdebatan yang menarik di Malaysia. Walaupun kejayaan pelaksanaan GST di negara negara

yang melaksanakannya (Hooper & Smith, 1997), rakyat Malaysia masih tidak sepenuhnya yakin

dengan skim cukai baru ini. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan perdebatan mengenai reformasi

cukai ini lebih tertumpu kepada keburukan berbanding kebaikan (Saira, Zariyawati & Yoke May,

2009).

2
Isu yang paling penting adalah bagaimana untuk memberi penerangan kepada

masyarakat memandangkan asas pelaksanaan GST adalah amat luas terutamanya senarai senarai

barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST (Jabatan Penerangan Malaysia,

2015). Berdasarkan Hanum Hassan (2014), rakyat Malaysia masih lagi berada dalam kesamaran

tentang pelaksanaan cukai baru ini dan pendidikan cukai harus diberikan secara berterusan

kepada rakyat. Cukai merupakan sumber hasil negara bagi tujuan pembangunan dimana kerajaan

akan mengembalikan hasil yang dipungut kepada rakyat dalam bentuk sekuriti, kesihatan,

pendidikan dan memperbaiki taraf kehidupan (Berita Harian, 2014). Falsafah membayar cukai

perlu disemai di kalangan rakyat, khususnya kepada generasi muda tentang pentingnya

menyumbang kepada pembangunan negara (Jabatan Penerangan Malaysia, 2015).

Selain itu, persoalan lain adalah mengapakah pelaksanaan GST ini sukar diterima

rakyat walaupun sistem ini berupaya menjana sumber hasil negara yang lebih kukuh dan stabil

bagi menggantikan kebergantungan sumber hasil daripada kedua-dua cukai pendapatan individu

dan syarikat (Abdussalam Shokhawi, 2013). Berdasarkan Hussin, Aeefi alghazali dan Normala

(2013), sebelum pelaksanaan GST golongan berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai tetapi

selepas pelaksanaan GST, golongan ini bakal dikenakan cukai secara tidak langsung yang

dipindahkan melalui barangan dan perkhidmatan. Ini mungkin merupakan salah satu punca

pelaksanaan ini tidak diterima oleh masyarakat walaupun model GST mengambil kira

kepentingan golongan berpendapatan rendah dengan memastikan barang dan perkhidmatan asas

tidak tertakluk kepada GST. Hal ini dapat dilihat apabila penerimaan Rakyat terhadap sistem

cukai masih diragui walaupun mereka kelihatan patuh terhadap obligasinya (Abdussalam

Shokhawi, 2013).

3
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui GST adalah sistem percukaian yang baik dan adil

namun isu ini masih digunakan utuk kepentingan politik dimana secara tidak langsung

membentuk persepsi negatif rakyat terhadap GST. Rakyat mesti bersikap rasional dengan

bersedia mendengar penjelasan kerajaan berkenaan GST (Jabatan Penerangan Malaysia, 2015).

Menurut Bhupalan dan Renuka (2011) dalam usaha untuk merealisasikan pelaksanaan GST ini,

kerajaan bermati-matian melawan persepsi negatif yang dilemparkan oleh pelbagai pihak.

Perkara yang paling penting yang menjadi isu kepada mereka adalah pelaksanaan GST akan

menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Menurut Singh (2007), salah satu dari

kebaikan mengapa GST perlu dilaksanakan adalah kerana melalui kaedah ini negara akan

mewujudkan sistem cukai yang baru dan stabil, dimana keadaan ini akan menyumbang kearah

kedudukan ekonomi yang baik dan mengurangkan defisit kewangan negara.

1.3 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif yang

bertepatan dengan tajuk kajian ini. Beberapa persoalan kajian telah dikeal pasti iaitu:

i) Bagaimanakah tahap kefahaman kakitangan Universiti Malaysia Sabah Terhadap

pelaksanaan GST?

ii) Bagaimanakah tahap penerimaan kakitangan Universiti Malaysia Sabah terhadap

pelaksanaan GST?

iii) Apakah impak pelaksanaan GST kepada ekonomi negara Malaysia?

4
1.4 Objektif Kajian

Pada umumnya kajian yang dilaksanakan dalam kalangan kakitangan Universiti Malaysia Sabah

ini adalah untuk melihat tahap kefahaman dan penerimaan mereka terhadap pelaksanaan GST di

Malaysia. Secara khususnya dalam kajian ini terdapat tiga objektif iaitu;

i) Mengenalpasti tahap kefahaman kakitangan Universiti Malaysia Sabah terhadap

pelaksanaan GST

ii) Mengenalpasti tahap penerimaan kakitangan Universiti Malaysia Sabah terhadap

pelaksanaan GST

iii) Mengetahui impak pelaksanaan GST terhadap ekonomi negara Malaysia

1.5 Kepentingan Kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada banyak pihak.

Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam memperbaiki sesuatu masalah

atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini juga turut

mempunyai beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu dalam

meningkatkan tahap kefahaman dan mengetahui tahap penerimaan terhadap pelaksanaan cukai

GST.

1.5.1 Kepentingan kepada Kakitangan dan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah

Kajian ini mampu memberi input yang berguna kepada kakitangan Universiti Malaysia Sabah

tentang pelaksanaan GST yang telah dilaksanakan dengan membantu mewujudkan kesedaran

akan wujudnya GST dalam kehidupan seharian. Seterusnya mampu meningkatkan tahap

kefahaman mereka terhadap GST. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dan

5
sumber bacaan tambahan kepada sesiapa saja yang ingin mengetahui mengenai GST. Secara

tidak langsung ini mampu memberi maklumat dan kesedaran umum mengenai kesan

pelaksanaan GST.

Berdasarkan data-data yang dianalisis daripada kajian yang dijalankan, tahap kefahaman

dan penerimaan kakitangan Universiti Malaysia Sabah dapat diketahui. Justeru itu, hasil kajian

ini dapat dimanfaatkan oleh pihak pentadbiran universiti, pensyarah, kaunselor dan mana-mana

pihak yang terlibat untuk mengambil langkah yang sewajarnya dalam meningkatkan tahap

kefahaman kakitangan mereka terhadap pelaksanaan GST. Langkah-langkah susulan perlulah

dirancang oleh pihak yang berkenaan berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi bagi

menghasilkan masyarakat yang berpengetahuan mengenai GST.

1.5.2 Kepentingan kepada Pihak Kerajaan dan Pembuat Polisi

Hasil kajian ini mampu memberi gambaran yang jelas mengenai tahap kefahaman dan

penerimaan terhadap pelaksanaan sistem cukai baru di Malaysia iaitu GST. Ini akan dapat

membantu pihak kerajaan dalam membuat peracangan semula dalam mempromosi GST kepada

masyarakat. Pihak kerajaan akan dapat melakukan penambahbaikkan secara berterusan dan

menggunakan kajian ini sebagai bahan rujukan kepada kerajaan untuk menilai semula

pelaksanaan GST.

1.5.3 Penyelidik Masa Hadapan

Kajian ini boleh dijadikan ssebagai rujukan kepada penyelidik masa hadapan semasa melakukan

kajian. Penyelidik masa hadapan boleh melanjutkan lagi kajian ini dengan responden yang lebih

menyeluruh. Selain itu, penyelidik juga boleh membincangkan perkara lain berkaitan GST

6
seperti tahap kesedaran, pengetahuan mahupun faktor faktor yang mempengaruhi penerimaan

GST di kalangan masyarakat misalnya.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan kepada seluruh kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang melibatkan

kakitangan akademik dan juga bukan akademik. Kajian ini diskopkan di Universiti Malaysia

Sabah bagi tujuan memudahkan penyelidik mendapatkan dan mengumpul data yang diperlukan

dalam menjalankan kajian yang terancang.

Segala proses penganalisisan data dan dapatan kajian adalah berdasarkan kepada kajian

yang dibuat terhadap kumpulan ini dan dengan itu keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan

kepada kakitangan universiti di universiti yang lain. Penyelidik menganggap segala data yang

diperolehi melalui borang soal selidik adalah benar dan ikhlas untuk menggambarkan keadaan

sebenar dalam usaha untuk mencapai objektif kajian.

Selain itu, kajian ini mempunyai kekangan seperti kesukaran mendapatkan contoh borang

selidik yang digunakan sebagai rujukan. Ini adalah disebabkan kesukaran mendapatkan

maklumat penting untuk berhubung dengan penyelidik yang menjalankan kajian sebelum ini

berada di universiti lain.

Responden yang terlibat di dalam kajian ini juga berada di jabatan dan fakulti yang

berbeza. Penyelidik perlu pergi ke setiap tempat dalam proses mengedarkan borang soal selidik

ini. Namun begitu kerjasama yang diberikan adalah amat baik daripada pihak kakitangan

Universiti Malaysia Sabah.

7
1.7 Organisasi Kajian

Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Dimulai dari bab 1 iaitu bab pengenalan yang merangkumi

latar belakang, penyataan masalah, persoalan, objektif, kepentingan serta batasan dalam kajian

ini. Dalam bab 2 pula menyentuh tentang tinjauan lepas dan sorotan kajian lalu daripada penulis

antarabangsa dan tempatan. Semua kajian yang berkaitan dengan GST dijadikan sebagai rujukan

dalam kajian ini.

Dalam bab 3 pula, metodologi kajian diterangkan. Bab ini akan menghuraikan kaedah

kajian yang dilaksanakan, strategi penyelidikan yang dijalankan, kaedah pengumpulan data, cara

penganalisisan yang dilakukan dan jangkaan keputusan. Dalam bab 4 pula mengandungi

penerangan tentang data-data yang telah dikumpul dan dianalisis daripada sampel kajian. Akhir

sekali adalah bab 5 yang membincangkan tentang dapatan kajian berserta rumusan. Beberapa

cadangan bagi mengatasi masalah yang selaras dengan objektif yang dijalankan dikemukakan.

You might also like