You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI SK KANCHONG DARAT 2019

HOTEL IMPIAN, MORIB / 30 DISEMBER 2019

AGENDA TEKS PENGACARA CATATAN

8.30 Pohon perhatian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Mohon kerjasama tuan-
Ketibaan GB, tuan dan puan-puan untuk mematikan telefon atau meletakkannya dalam ‘silent
Pentadbir dan mode’. Terima kasih.
Guru
Majlis mengalu-alukan kehadiran
YANG BERUSAHA, PN. HJH ROZANAH BINTI ABD RAZAK,
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG DARAT
Serta barisan pentadbir dan guru-guru SK Kanchong Darat

Acara 1 Sembah salam pembuka kata


Adat Melayu mesti dijaga
Alu-aluan Selamat datang hadirin termulia
Pengacara Majlis Pohon restu memula acara

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara..

Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi

YANG BERUSAHA PN. HJH ROZANAH BINTI ABD RAZAK


GURU BESAR SK KANCHONG DARAT

Yang Berusaha Tuan Haji Iskandar bin Yatiman


Penolong Kanan Pentadbiran SK Kanchong Darat

Yang Berusaha Puan Hajjah Honimah binti Banuri


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kanchong Darat

Yang Berusaha Encik Shahrulrazi bin Omar


Penolong Kanan Kokurikulum SK Kanchong Darat

KETUA-KETUA PANITIA SERTA GURU-GURU YANG DIRAHMATI ALLAH


1
SEKALIAN

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...ASSALAMUALAIKUM W.B.T, dan


Salam Sejahtera,

”SELAMAT DATANG KE MAJLIS APRESIASI SK KANCHONG DARAT


2019.”

Acara 4 Kalau Pergi Tanjung Keramat


Anak Manis Jangan Diangkat;
Bacaan Doa Bersama kita memohon rahmat
Moga Majlis Mendapat Berkat
TUAN HAJI
BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA SAMA- NOOR
SAMA MENGAMINKAN DOA KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT YANG AZLAN BIN
AKAN DIBACAKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ SYUKRI BIN IBRAHIM HASHIM
Doa
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

***********(Bacaan Doa)**********

*Amin-amin ya robbal a’lamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AL-FADHIL USTAZ SYUKRI
BIN IBRAHIM atas bacaan doa sebentar tadi.

Acara 3 Pergi ke Kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa
Ucapan Guru Berilah kata simpulan kasih
Besar Sulamkan mesra satukan jiwa..

YANG BERUSAHA PUAN


MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN
HAJJAH ROZANAH BINTI ABD RAZAK, GURU BESAR SK
KANCHONG DARAT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN,
DIPERSILAKAN.

Ucapan Terima *************************Ucapan Guru Besar******************


Kasih
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
YANG BERUSAHA PUAN HAJJAH ROZANAH BINTI ABD RAZAK
atas ucapan aluan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Diiringi muzik
Acara 4 BERTANAM LADA BERBATAS RIMBUN,
cak lempong
TUMBUH DI KALI LEBAT BUAHNYA
2
Penyampaian Sijil BERKAT USAHA DISULAM TEKUN
dan Hadiah SUMUR DIGALI TERBITLAH AIRNYA

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN ACARA KEMUNCAK BAGI MAJLIS


APRESIASI 2019 INI IAITU ACARA PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
Hadirin sekalian, Majlis Apresiasi ini diadakan adalah untuk menghargai jasa
dan sumbangan guru-guru yang berdedikasi sepanjang tahun 2019. Untuk itu;
 Majlis menjemput Yang Berusaha Guru Besar SK Kanchong Darat
Puan Hjh Rozanah binti Abd Razak, dengan diiringi oleh Tuan Haji
Iskandar bin Yatiman, PK Pentadbiran SK Kanchong Darat untuk
menyempurnakan acara.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

*************************Penyamapaian Sijil dan Hadiah******************

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG


BERUSAHA PUAN GURU BESAR ATAS PENYAMPIAN HADIAH DAN SIJIL
SEBENTAR TADI.

POHON BERANGAN TEMPAT BERTEMU,


GIRANGNYA RASA SI ANAK DARA;
PULANGLAH TUAN MEMBAWA ILMU,
BINALAH BANGSA BANGUNKAN NEGARA

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA,


ANAK DUSUN PASANG PELITA;
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA

SAYANG SELASIH BUNGANYA WANGI,


IA CANTIK TAPI BERDURI,
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI,
MOGA BERJUMPA DI LAIN HARI.

Alhamdulillah, Majlis apresiasi tamatlah sudah. Kami selaku pihak urusetia


majlis memohon kemaafan di atas segala kekurangan atau keterlanjuran
sepanjang majlis ini dijalankan. Sehingga itu sahaja daripada saya Fadzilah
binti Mohd Yunus. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum WBT.
Sekian, terima kasih

You might also like