You are on page 1of 3

PENULISAN RPH

NAMA: LATHA A/P NARARAJU@NADARAJU NO.MATRIK : 20221000757

1 Tajuk : Sejarah dan Apresiasi Seni Visual

2 Unit /topik: Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri Masa: 10.45-11.45

3 Hasil Pembelajaran : 1.1.1 Menjelaskan pakaian tradisional dan perhiasan diri


mengikut kaum dan etnik di Malaysia

1.2.1 membanding beza jenis pakaian tradisional mengikut


kaum dan etnik di Malaysia.

4 Kemahiran Pendidikan Multibudaya : pengetahuan


Pengetahuan tentang kelompok sosial, memahami amalannya dan interaksi dalam
masyarakat.
5 Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. Menyenaraikan jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri mengikut kaum


dan etnik di Malaysia.
2. Membandingkan beza jenis pakaian tradisional dan motif pada perhiasan
diri.

6 Bahan / Sumber Pembelajaran : Buku teks,Laptop, LCD,tayangan multimedia,


Kertas Mahjong, peta i-think, youtube, lembaran kerja.
7 Cadangan Prosedur / Pelaksanaan Aktiviti :

a) Permulaan

1.Murid mendengar lagu koleksi yang dimainkan “Aneka Baju Raya dan
Pakaian Adat menerusi sebuah video clip.
2. Sesi soal jawab dilakukan berdasarkan video clip tadi.
3. Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.

b) Perkembangan

Aktiviti 1: Murid diterangkan mengenai fungsi pakaian dalam aspek kepelbagaian


potongan dan gaya, sosial dan identiti budaya melalui tayangan
multimedia.
Aktiviti 2 : Setiap kumpulan di beri satu sampul yang mengandungi beberapa
kepingan kertas gambar. Murid akan mencantum puzzle pakaian
tradisional dan menamakan pakaian tradisional dan aksesori bagi
sesuatu kaum.

Aktiviti 3 : Murid membincangkan definisi pakaian dan jenis-jenis pakaian tradisional


dan perhiasan diri dalam tugasan berkumpulan.

Aktiviti 4 : Murid melengkapkan peta i-think buih berganda untuk membanding beza
jenis pakaian tradisional mengikut kaum dan etnik di Malaysia serta
membentangkan hasil tugasan kumpulan dalam bentuk gallery walk.

Aktiviti 5 : Murid menjawab soalan kbat yang dipilih daripada kotak beracun.
Contoh soalan:
1. Memberikan sekurang-kurangnya dua keistimewaan pakaian
tradisional daripada perbincangan.
2. Senaraikan jenis pakaian tradisional mengikut kaum dan etnik di
negara lain selain daripada Malaysia.

Aktiviti 6 : Murid akan menjawab kuiz dalam aplikasi wordwall untuk menguji
pemahaman mereka tentang isi pelajaran hari ini.

c) Cadangan Bentuk Penilaian : Murid menjawab soalan dalam masa yang


ditentukan pada lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
Murid menyediakan portfolio jenis dan motif pakaian tradisional dan perhiasan
diri mengikut kaum dan etnik di Malaysia.

d) Penutup : Guru bersoal jawab dengan murid tentang keseluruhan aktiviti. Wakil
kumpulan membuat rumusan pembelajaran.

8 Refleksi : 28 daripada 32 murid-murid dapat mencapai objektif pengajaran. Murid-


murid ini berseronok dan penglibatan aktif dalam kerja kumpulan serta dapat
menguasai pembelajaran secara intensif. Para murid ini juga telah menujukkan
semangat ketika bermain kuiz wordwall (media pembelajaran interaktif) dimana
dapat meningkatkan motivasi intrinsik masing-masing dengan jayanya. Murid dapat
menjawab soalan KBAT dengan yakin dan berani untuk merumuskan secara holistik
serta dapat mengmbangkan pemahaman budaya dan kemahiran berfikir kritis dalam
konteks pembelajaran pakaian tradisional dan perhiasan diri.
9 Lampiran :

You might also like