You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
KOKURIKULUM-PERSATUAN
MPU 3081

Nama : MOHAMAD SYAHIR SOLIHIN BIN

MOHAMAD SABRI

Angka Giliran : 2019202340097

No Kad Pengenalan : 001119080525

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2019

Kumpulan/Unit : PENDIDIKAN ISLAM 3.03

Nama Pensyarah Kursus : PUAN VERONICA CHRISTOBELB A/P


ANTHONYSAMY
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah
Wajaran
KERTAS KERJA 7 SEPT 2020 5 OKT 2020
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II

33000 KUALA KANGSAR

PERAK

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN

“ KELAB PERMAINAN TRADISONAL “

TAHUN 2020

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD SYAHIR SOLIHIN BIN MOHAMAD SABRI


ISI KANDUNGAN

TAJUK

1.0 TUJUAN KERTAS KERJA

2.0 PENGENALAN

3.0 RASIONAL

4.0 MATLAMAT

5.0 OBJEKTIF

6.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN

7.0 MOTTO/TEMA

8.0 MISI

9.0 VISI

10.0 KUMPULAN SASARAN

11.0 LOGO

12.0 LAGU KELAB

13.0 AHLI JAWATANKUASA

14.0 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN

15.0 PERLEMBAGAAN/PERATURAN/SYARAT
1. NAMA DAN ALAMAT
2. MATLAMAT
3. OBJEKTIF
4. KEAHLIAN
5. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
6. PAKAIAN
7. PENASIHAT
8. AHLI JAWATANKUASA
9. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
10. KEWANGAN
11. KEHADIRAN/PERNYETAAN
12. PERATURAN-PERATURAN
13. TINDAKAN DISIPLIN
14. PINDAAN PERLEMBAGAAN
15. PEMBUBARAN
16. HAL LAIN-LAIN
16.0 KESIMPULAN

LAMPIRAN
1.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengusulkan cadangan untuk menubuhkan Kelab
Permainan Tradisional Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, 33000 Kuala Kangsar,
Perak. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-
murid dalam mengenal budaya masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia
melalui permainan tradisional kerana permainan tradisional itu sendiri adalah
lambang dan menggambarkan serta mencorakkan kehidupan masyarakat majmuk di
Malaysia. Disamping murid mendapat pendedahan, murid juga dapat menghayati
dan menghargai keunikan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Kelab Permainan Tradisional merupakan usaha terancang pihak sekolah


Kebangsaan Liau untuk melibatkan murid dalam mengenali lebih mendalam lagi
tentang kepelbagaian kaum di Malaysia melalui permainan tradisional. Permainan
tradisional adalah warisan bangsa yang tidak ternilai bagi masyarakat kita yang tidak
ada pada masyarakat dunia yang lain dan sudah menjadi tanggungjawab setiap
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia untuk memelihara warisan yang menjadi
identiti kita lebih-lebih lagi dalam peringkat akar umbi. Permainan tradisional merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat tersebut
untuk suatu tempoh masa yang tertentu. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam
Kelab Permainan Tradisional ini akan membolehkan penglibatan aktif murid bagi
menimbulkan rasa sayang akan keunikan kaum dan sekaligus memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari
segi jasmani, intelek, rohani dan sosial (JERIS).

3.0 Rasional

3.1 Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II belum mempunyai kelab yang melibatkan
permainan tradisional yang mampu memberikan input tentang permainan
tradisional kepada murid.
3.2 Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II mempunyai guru-guru yang berpengalaman
luas dalam bidang kebudayaan kaum iaitu permainan tradisional dan guru-guru
bersedia untuk mengikuti mana-mana kursus yang melibatkan permainan
tradisional.
3.3 Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II juga mempunyai murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan berminat dalam menyertai Kelab Permainan
Tradisional.
3.4 Pendedahan kepada permainan tradisional adalah menjadi tanggungjawab pihak
sekolah untuk memberikan pendedahan kepada murid agar keunikan permainan
tradisional dalam pelbagai kaum tidak pupus ditelan zaman.
3.5 Warisan bangsa dapat dipelihara dan dijaga keasliannya.

4.0 MATLAMAT

Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pentingnya menjaga dan


menghargai keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia melalui permainan tradisional.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menjadikan SK Sultan Idris II sebagai sekolah yang memartabatkan keunikan


budaya masyarakat majmuk di Malaysia melalui permainan tradisional
5.2 Melahirkan perasaan sayang dan menghargai kepada warisan bangsa dalam
kalangan guru dan juga pelajar.
5.3 Mengembangkan minat dan kemahiran pelajar terhadap permainan-permainan
tradisional yang terdapat di Malaysia.
5.4 Menjadikan SK Sultan Idris II sebagai sekolah yang cemerlang dalam pelbagai
aspek iaitu dari segi kurikulum mahupun penglibatan dalam kokurikulum.
5.5 Memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar dan guru melalui
permainan tradisional kaum masing-masing.
5.6 Menyumbang kepada penjagaan warisan bangsa dan budaya kaum di Malaysia.

6.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN

Nama yang dicadangkan bagi persatuan ini adalah Kelab Permainan Tradisional
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak.

7.0 MOTTO/TEMA

Memartabatkan Warisan Bangsa Melalui Permainan Tradisional


8.0 MISI

Menjadikan Kelab Permainan Tradisional sebagai persatuan yang menjadi platform


saluran budaya kepada masyarakat Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

9.0 VISI

Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan permainan tradisional sebagai keunikan


budaya dan lambang yang menggambarkan corak kehidupan masyarakat majmuk yang
berbilang kaum.

10.0 KUMPULAN SASARAN

Keahlian dalam kelab ini dibuka kepada semua murid dari darjah satu hingga enam yang
berminat dalam menyertai Kelab Permainan Tradisional dan dihadkan kepada 50 orang.
Jumlah guru yang terlibat dalam kelab ini adalah seramai 6 orang.

11.0 LOGO

Maksud logo

I. Pelbagai permainan tradisional


 Membawa maksud kepelbagaian permainan tradisional yang terdapat di
Malaysia
II. Reben bergulung
 Melambangkan keunggulan kelab sebagai sebuah kelab yang sentiasa
bergerak secara aktif untuk memartabatkan dan memperkenalkan permainan
tradisional kepada masyarakat luar.
 Berwarna biru bermaksud perpaduan kaum yang dapat dibina hasil daripada
Kelab Permainan Tradisional yang ditubuhkan.
III. Reben bertulis “Permainan Tradisional”
 Melambangkan identiti Kelab Permainan Tradisional.
 Berwarna merah jambu membawa maksud keseronokan yang diperoleh
melalui penglibatan dalam permainan tradisional.

12.0 LAGU KELAB


Tajuk : Kelab Permainan Tradisional
Lirik/melodi : Syahir Solihin

Kelab Permainan Tradisional

Bakat kami tercungkil di sini

Seronok bersama-sama

Dengan kawan di kelab ini

Kebolehan kami semua

Berkembang dengan cemerlang

Nama sekolah dijulang

Di mata dunia

Kami junjung capai cita-cita

Kelab permainan tradisional

Terus gemilang
13.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Kelab Permainan Tradisional akan terdiri daripada

Penasihat : Mohamad Syahir Solihin bin Mohamad

Pengerusi : Mohamad Sabri bin Shaharudin

Naib Pengerusi : Jemilah binti Mohd Yasin

Setiausaha : Siti Faezah Binti Subri

Penolong Setiausaha : Benjamin Marcus Fidelis

Bendahari : Azierah Binti Ishak

Penolong Bendahari : Danial Bin Ishak

Ketua Kumpulan 1) Amirah binti Yusof

2) Ikhwan bin Jamal

3) Mohamad Azman Bin Mohamad Ali

4) Randy Francis

5) Mary Ann Thomas


14.0 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN

BULAN AKTIVITI PERBELANJAAN JUMLAH

JANUARI Pendaftaran ahli baru - -


Mesyuarat Agung - -
Pemilihan Jawatankuasa - -
FEBRUARI Pengenalan kepada permainan Alat-alat permainan RM 100.00
tradisional tradisional

 Melayu
 Cina
 India
 Sabah
 Sarawak

MAC Mempelajari kemahiran-kemahiran


dan teknik-teknik dalam permainan
tradisional
APRIL Lawatan ke Muzium Negeri Perak Pengangkutan RM 200
Makanan RM 5 × 50
= RM 250.00
MEI Kursus dan bengkel permainan Penceramah RM 150.00
tradisional dan cara menganjurkan
karnival permainan tradisional
JUN Penganjuran Karnival Permainan Pengurusan RM100.00
Tradisional Peringkat Sekolah Sultan
Idris II

JULAI Permainan tradisional dengan Pengangkutan RM150.00


Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah
Makanan Disediakan
OGOS Karnival Permainan Tradisional Pengangkutan RM 100.00
Peringkat Negeri

Makanan RM 5 × 30
= RM 150

OKTOBER Karnival permainan Tradisonal guru, Pengurusan RM 100.00


ibu bapa dan murid-murid peringkat
Makanan Disediakan
SK Sultan Idris II

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN : RM 1,300.00

15.0 PERLEMBAGAAN/PERATURAN/SYARAT

PERLEMBAGAAN/PERATURAN/SYARAT

KELAB PERMAINAN TRADISIONAL


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II, KUALA KANGSAR, PERAK.

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

a) Nama Persatuan : Kelab Permainan Tradisional


Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II

b) Alamat : Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II


Peti surat 2267, 33000 Kuala Kangsar, Perak.

PERATURAN 2 : MATLAMAT

2.1 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pentingnya menjaga


dan menghargai keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia melalui permainan tradisional.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

3.0
3.1 Menjadikan SK Sultan Idris II sebagai sekolah yang memartabatkan keunikan
budaya masyarakat majmuk di Malaysia melalui permainan tradisional
3.2 Melahirkan perasaan sayang dan menghargai kepada warisan bangsa dalam
kalangan guru dan juga pelajar.
3.3 Mengembangkan minat dan kemahiran pelajar terhadap permainan-permainan
tradisional yang terdapat di Malaysia.
3.4 Menjadikan SK Sultan Idris II sebagai sekolah yang cemerlang dalam pelbagai
aspek iaitu dari segi kuriikulum mahupun penglibatan dalam kokurikulum.
3.5 Memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar dan guru melalui
permainan tradisional kaum masing-masing.
3.6 Menyumbang kepada penjagaan warisan bangsa dan budaya kaum di Malaysia.

PERATURAN 4 : KEAHLIAN

1.
2.
3.

4.1 Keahlian terbuka kepada semua murid SK Sultan Idris II tanpa mengira bangsa,
agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar seramai 50 orang sahaja.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan penubuhan kelab ini.

4.4 Setiap ahli berhak untuk mengundi dalam Mesyuarat Agung dan berhak
menyuarakan pendapat serta bertanggungjawab dalam kemajuan kelab.

4.5 Setiap ahli WAJIB menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 5 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

5.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah memberi
kenyataan 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala
hutangnya.
5.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan kelab atau
mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung bagi suatu tempoh
masa yang munasabah sesuai dengan persetujuan jawatankuasa. Sebelum
jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli hendaklah
diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis.
Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan.

PERATURAN 6 : PAKAIAN

6.1 Sesi perjumpaan mingguan : Pakaian seragam sekolah

6.2 Sesi aktiviti kelab : Baju T dan seluar trek sukan


: Kasut dan berstokin

PERATURAN 7 : GURU PENASIHAT

7.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


7.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaansesuatu aktiviti.
7.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.

PERATURAN 8 : AHLI JAWATANKUASA

8.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


8.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
8.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
8.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
8.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
8.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-

8.6.1 Pengerusi
8.6.2 Naib Pengerusi
8.6.3 Setiausaha
8.6.4 Bendahari
8.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 9 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

9.1 Pengerusi

9.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat

9.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala


keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

9.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa kesemasa.

9.2 Naib Pengerusi

9.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab


yang diberi.

9.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

9.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
9.3 Setiausaha

9.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.


9.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan
9.3.3 Mencatat kehadiran ahli
9.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
9.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

9.5 Bendahari

9.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab


9.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
9.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
9.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.

i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan


dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

9.7 Ahli Jawatankuasa

9.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti


yang dilaksanakan.
9.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
9.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

PERATURAN 10 : KEWANGAN

10.1 Sumber kewangan kelab ini adalah

10.1 Yuran tahunan : RM 10.00.


10.2 Peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri : RM 700.00.
10.3 Sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru : RM 100.00.
PERATURAN 11 : KEHADIRAN/PENYERTAAN

11.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
11.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 12 : PERATURAN-PERATURAN

12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

PERATURAN 13 : TINDAKAN DISIPLIN

13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:


13.2.1 Amaran lisan
13.2.2 Amaran bertulis

13.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan
Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 14 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika
perlu.
14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 15 : PEMBUBARAN

15.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh


Pendaftaran Persatuan secara bertulis
15.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng
daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

PERATURAN 16 : HAL-HAL LAIN

16.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat

16.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Permainan Tradisional merupakan satu aset yang


sangat bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya
menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga,
kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam kelab Permainan Tradisional mampu
melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru,
adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita
semua.

Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh,

………………………..

MOHAMAD SYAHIR SOLIHIN BIN MOHAMAD SABRI


Guru Penasihat Kelab Permainan Tradisional
Sek. Keb. Sultan Idris II

Tarikh:

Disemak Oleh, Disediakan Oleh,

……………………… ………………………

NUR SYAQIRAH IZZATI BINTI SANI SOLEH SOLIHIN BIN AHMAD


GPK Kokurikulum Guru Besar
Sek. Keb. Sultan Idris II Sek. Keb. Sultan Idris II

Tarikh: Tarikh:

You might also like