You are on page 1of 8

GARIS PANDUAN

SKIM INSENTIF PENERBITAN JURNAL

(Pindaan Tahun 2022)

No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa


01 01 01/07/2022
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
SKIM INSENTIF PENERBITAN JURNAL
(Pindaan Tahun 2022)

1.0 PENGENALAN

Skim Insentif Penerbitan Jurnal merupakan salah satu inisiatif Universiti di bawah payung Skim
Insentif Penebitan UKM bagi meningkatkan penerbitan Universiti terutamanya penerbitan artikel
dalam jurnal terindeks dan berimpak tinggi. Skim ini boleh dijadikan motivasi kepada penyelidik
dalam menghasilkan penerbitan artikel dalam jurnal terindeks dan berimpak tinggi dan sekaligus
membantu UKM mengekalkan status sebagai Universiti Penyelidikan.

2.0 JENIS PENERBITAN

Penerbitan yang diiktiraf untuk menerima insentif adalah Jurnal Terindeks WoS sahaja (Quartile 1 –
Quartile 4: disemak oleh PTSL melalui Journal Citation Report).

3.0 SYARAT DAN KELAYAKAN

3.1 Penerbitan yang telah diterbitkan pada tahun 2021 sahaja yang layak menerima insentif ini.
3.2 Insentif akan diberi kepada Pengarang Utama. Jika Pengarang Utama adalah pelajar atau
bukan kakitangan UKM, Pengarang Berutusan akan menerima insentif ini.
3.3 Pengarang Utama dan/atau Pengarang Berutusan mesti merupakan kakitangan akademik
yang aktif mengikut definisi glosari MyRA®.
3.4 Penerbitan mesti mempunyai afiliasi Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.5 Penerbitan yang diterbitkan telah dimuat naik dalam sistem e-Repositori Penerbitan (e-ReP)
dan telah disahkan status penerbitan dan kuartil oleh PTSL.
3.6 Pengarang mesti membuat sitasi sekurang-kurangnya lima (5) rujukan terbaharu penyelidik
UKM (5 tahun terkini), dan perlu berkaitan dengan manuskrip yang diterbitkan (sekiranya tidak
membuat sebutan lima (5) rujukan penyelidik UKM, CRIM akan mempertimbangkan dengan
surat maklum balas dengan justifikasi yang kukuh).
3.7 Penerbitan digalakkan mempunyai kolaborasi bersama Agensi Kerajaan / Badan Induk /
Badan Berkanun / Swasta / Industri / Badan bukan kerajaan / Agensi Antarabangsa.
3.8 Semua jurnal penerbit-penerbit “Predatory Journals” (yang dipersetujui oleh Pengurusan
UKM) adalah tidak layak menerima insentif penerbitan.
3.9 Penerima insentif ini hanya layak menerima maksimum 3 kali insentif sahaja. Penerima
insentif boleh menolak tawaran insentif sekiranya ada penerbitan lain yang akan
diterbitkan dalam tahun semasa dengan melengkapkan Bahagian E pada borang
permohonan. Namum begitu, ianya tertakluk kepada kecukupan baki peruntukan.
3.10 Pembiayaan untuk insentif ini adalah tertakluk kepada kecukupan baki peruntukan
yang disediakan oleh universiti.
3.11 Peruntukan yang disediakan oleh universiti untuk insentif ini adalah bersifat one-off.

1
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
SKIM INSENTIF PENERBITAN JURNAL
(Pindaan Tahun 2022)

4.0 KADAR INSENTIF

4.1 Skim Insentif Penerbitan Jurnal akan diberi kepada Pengarang Utama atau Pengarang
Berutusan (seorang sahaja) dalam bentuk projek penyelidikan yang didaftarkan dalam SMPU
(Geran Ganjaran Penerbitan).

4.2 Ketetapan bidang adalah berdasarkan bidang penulisan jurnal.

4.3 Ketetapan kadar insentif adalah seperti Jadual di bawah:

Kadar Insentif Mengikut Kuartil dan Bidang Jurnal


(Penerbitan diterbitkan mulai 1 Januari 2021 – 31 Disember 2021)

Kuartil Sains & Teknologi (RM) Sains Sosial (RM)


Q1 6,000 11,000
Q2 3,000 6,000
Q3 1,000 2,000
Q4 500 1,000

4.4 Contoh Senario Pembayaran adalah seperti pada Lampiran 2.

5.0 PERBELANJAAN DIBENARKAN

5.1 Skim Insentif Penerbitan Jurnal boleh digunakan untuk membiayai keperluan semua aktiviti
penyelidikan termasuklah menghadiri persidangan, pembiayaan yuran penerbitan, pembelian
bahan pakai habis dan pembelian peralatan ICT yang dibenarkan tertakluk kepada peraturan
perolehan dan kewangan Universiti yang telah ditetapkan.

5.2 Skim ini juga boleh digunakan untuk keperluan pelajar dan ahli penyelidik yang lain (berkaitan
dengan aktiviti penyelidikan dan penerbitan) tertakluk kepada kelulusan Ketua Projek serta
peraturan perolehan dan kewangan Universiti yang telah ditetapkan.

5.3 Perbelanjaan selain daripada yang dinyatakan pada Perkara 5.1 dan 5.2 di atas perlulah
mendapatkan kelulusan CRIM terlebih dahulu.

5.4 Pembelian peralatan ICT untuk tujuan penyelidikan adalah tertakluk kepada garis panduan
dan peraturan yang ditetapkan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Permohonan perlu
terlebih dahulu mendapatkan kelulusan CRIM.

2
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
SKIM INSENTIF PENERBITAN JURNAL
(Pindaan Tahun 2022)

5.5 Pembelian komputer adalah perlu memenuhi keperluan seperti berikut:

5.5.1 Pembelian komputer baharu adalah seperti kategori berikut:


i) Komputer Desktop
ii) Komputer Riba / Komputer Tablet

5.5.2 Permohonan untuk pembelian komputer lebih daripada satu unit komputer adalah
dibenarkan tetapi bukan daripada kategori yang sama.

5.5.3 Pembelian komputer desktop atau komputer riba / komputer tablet hanya dibenarkan
sekali dalam tempoh 3 tahun.

5.5.4 Pembelian komputer hanya dibenarkan menggunakan satu kod projek ganjaran
penerbitan sahaja; dan

5.5.6 Pembelian telefon pintar (smartphones) adalah tidak dibenarkan.

6.0 PROSEDUR PERMOHONAN

6.1 Urus setia CRIM akan menerima senarai jurnal berstatus “Telah disahkan oleh PTSL” daripada
PTSL. (Maklumat akan diterima daripada PTSL pada 5hb pada setiap bulan)

6.2 Urus setia CRIM memajukan Borang Permohonan Insentif Penerbitan Jurnal 2021 kepada
Pengarang Utama / Pengarang Berutusan. Borang permohonan adalah seperti pada Lampiran
3.

6.3 Pengarang Utama / Pengarang Berutusan perlu melengkapkan Borang Permohonan Skim
Insentif Penerbitan Jurnal 2021.

6.4 Borang permohonan yang lengkap perlu dimajukan ke CRIM untuk semakan dan kelulusan.

6.5 Urus setia CRIM akan mendaftarkan skim insentif penerbitan kepada penyelidik melalui Sistem
Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).

6.6 Pihak Bendahari membuat pembayaran ke akaun bank pemohon sekiranya pembayaran yuran
penerbitan menggunakan biaya sendiri.

6.7 Skim Insentif Penerbitan boleh digunakan dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh peruntukan
dimasukkan dan didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Penyelidikan Universiti (SMPU).

6.8 Carta Alir Prosedur Permohonan adalah seperti pada Lampiran 1.

3
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
SKIM INSENTIF PENERBITAN JURNAL
(Pindaan Tahun 2022)

7.0 PEMAKAIAN GARIS PANDUAN & TARIKH KUAT KUASA

7.1 Garis Panduan ini terpakai untuk kakitangan akademik/penyelidik UKM yang menerima Skim
Insentif Penerbitan ini.

7.2 Pemakaian garis panduan ini adalah tertakluk dari semasa ke semasa kepada perubahan yang
dibuat oleh CRIM. Justeru, garis panduan ini akan tidak terpakai/terbatal sekiranya berlaku
sebarang perubahan arahan CRIM.

7.3 Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022.

7.4 Dengan pemakaian Garis Panduan Skim Insentif Penerbitan Jurnal ini maka Garis Panduan
Skim Insentif Penerbitan UKM 2020 dan Skim Insentif Penerbitan Jurnal Tahun 2021 adalah
terbatal bermula dari tarikh kuat kuasa garis panduan ini.

Disediakan oleh:
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
Universiti Kebangsaan Malaysia

4
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
SKIM INSENTIF PENERBITAN JURNAL
(Pindaan Tahun 2022)

LAMPIRAN 1

CARTA ALIR

Mula

Urus setia CRIM menerima senarai jurnal yang telah


disahkan oleh PTSL

Urus setia CRIM membuat semakan kelayakan


penerimaan Insentif Penerbitan

Tidak
Layak?
Ya
Urus setia CRIM memajukan borang permohonan kepada
Pengarang Utama / Pengarang Berutusan

Penyelidik mengisi borang dan menghantar permohonan


Pemakluman kepada
ke CRIM
penyelidik melalui emel
Pemakluman kepada atau surat
Urus setia CRIM terima borang permohonan
penyelidik melalui emel atau
surat untuk melengkapkan
permohonan
Urus setia CRIM membuat semakan

Tidak
Lengkap?
Ya

Unit Kewangan menguruskan CRIM mendaftarkan projek


pembayaran ke akaun penyelidik penyelidikan dalam SMPU
bagi kos yuran penerbitan
Projek Aktif dan boleh digunakan

Tamat

5
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
SKIM INSENTIF PENERBITAN JURNAL
(Pindaan Tahun 2022)

LAMPIRAN 2

Contoh Senario Pembiayaan Skim Insentif Penerbitan Jurnal 2021

Kes 1 – Jurnal Q1 (Selain Wang Sendiri)

Penyelidik A menghasilkan jurnal Q1 (bidang Sains Teknologi)


Siling insentif penerbitan yang layak diperoleh bagi hasil penerbitan bagi jurnal Q1
adalah RM6,000.00

Jadi, RM6,000.00 akan dimasukkan ke akaun projek penyelidikan (Geran Ganjaran


Penerbitan).

Kes 2 – Kos Yuran Penerbitan Tidak Melebihi Siling (Wang Sendiri)

Penyelidik B menghasilkan penerbitan jurnal Q1 (bidang Sains Sosial)


Yuran Penerbitan yang dikenakan adalah RM3,500.00
Siling insentif penerbitan yang layak diperoleh adalah RM11,000.00

Jadi, RM3,500.00 akan dimasukkan ke akaun bank Pengarang Utama / Pengarang


Berutusan. RM7,500.00 akan dimasukkan ke akaun projek penyelidikan (Geran Ganjaran
Penerbitan).

Kes 3 – Kos Yuran Penerbitan Melebihi Siling (Wang Sendiri)

Penyelidik C menghasilkan penerbitan Q4 (bidang Sains Sosial)


Yuran Penerbitan yang dikenakan adalah RM2,200.00
Siling insentif penerbitan yang layak diperoleh adalah RM1,000.00

Jadi, RM1,000.00 akan dimasukkan ke akaun bank Pengarang Utama / Pengarang


Berutusan. RM1,200.00 ditanggung oleh Pengarang Utama / Pengarang Berutusan

6
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
SKIM INSENTIF PENERBITAN JURNAL
(Pindaan Tahun 2022)

Kes 4 – Tiada Kos Yuran Penerbitan (Jurnal Tidak Berbayar)

Penyelidik D menghasilkan penerbitan jurnal Q2 (bidang Sains Sosial)


Tiada kos yuran penerbitan dikenakan
Siling insentif penerbitan yang layak diperoleh adalah RM6,000.00

Jadi, RM6,000.00 akan dimasukkan ke akaun projek penyelidikan (Geran Ganjaran


Penerbitan).

Kes 5 – Yuran Penerbitan Dibayar Menggunakan Peruntukan Projek Penyelidikan

Penyelidik E menghasilkan penerbitan jurnal Q4 (bidang Sains Teknologi)


Yuran Penerbitan dibiaya menggunakan peruntukan projek penyelidikan
Siling insentif penerbitan yang layak diperoleh adalah RM500.00

Jadi, RM500.00 akan dimasukkan ke akaun projek penyelidikan (Geran Ganjaran


Penerbitan).

Kes 6 – Kos Yuran Penerbitan Dibiayai oleh CRIM / Fakulti / Institut / Pusat

Penyelidik F menghasilkan penerbitan jurnal Q3 (Sains danTeknologi)


Yuran Penerbitan yang dikenakan adalah RM1,500.00
Siling insentif penerbitan yang layak diperoleh adalah RM1,000.00

Jadi, RM1,000.00 akan dimasukkan ke akaun projek penyelidikan (Geran Ganjaran


Penerbitan).

Kes 7 – Penyelidik menghasilkan penerbitan selain Q1 – Q4

Tiada insentif akan diperuntukkan kepada penerbitan selain Q1 – Q4

Disediakan oleh:
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
Universiti Kebangsaan Malaysia

You might also like