You are on page 1of 18

PANDUAN

KESELAMATAN DIRI PELAJAR


DI AMERIKA SYARIKAT

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA


WILAYAH TENGAH, CHICAGO

2004
http://www.msdchicago.org
KAWASAN PENYELIAAN JABATAN PENUNTUT MALAYSIA, CHICAGO

Iowa
Illinois
Indiana
Kansas
Missouri
Michigan
Nebraska
Oklahoma
Wisconsin
Minnesota
North Dakota
South Dakota

2
KANDUNGAN HALAMAN

PENDAHULUAN 4–5

BAHAGIAN PERTAMA
KESELAMATAN DI KAWASAN UNIVERSITI 6
1. Perkhidmatan Keselamatan Universiti 6
2. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan 6
3. Perkhidmatan Bantuan Guaman 6
4. Perkhidmatan Pejabat Pelajar Antarabangsa 7

BAHAGIAN KEDUA
PERANAN PELAJAR DALAM MENJAGA KESELAMATAN DIRI
1. Sikap 7
2. Amalan Hidup 7
3. Faktor Persekitaran 8
4. Penjagaan Keselamatan di Tempat Kediaman 8
5. Penjagaan Keselamatan Dokumen 8
6. Penjagaan Kesihatan Diri dan Keluarga 9

BAHAGIAN KETIGA
KESELAMATAN DI JALAN RAYA 10
1. Pemilikan Lesen Memandu 10
2. Panduan Memiliki Kenderaan 10
3. Panduan Menyewa Kenderaan 10
4. Peraturan Lalu Lintas 11
5. Panduan Memandu Ketika Bercuti 11 – 12

LAMPIRAN A 13 – 14
Jabatan Penuntut Malaysia di Amerika Syarikat
Pegawai-Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Wilayah Tengah
Amerika Syarikat

LAMPIRAN B 15
JPM, Wilayah Timur Amerika Syarikat
JPM, Wilayah Barat Amerika Syarikat
JPM, Kanada
LAMPIRAN C 16 – 17
Kedutaan Besar Malaysia Amerika Syarikat
Konsulat Jeneral Malaysia, New York
Konsulat Jeneral Malaysia , Los Angeles

LAMPIRAN D 18
Pejabat Yang Perlu dihubungi Bagi Tujuan Pembaharuan
Passport.

3
PENDAHULUAN

Pengalaman menunjukkan pelajar memerlukan panduan dalam pelbagai aspek


terutamanya apabila berada dalam persekitaran asing di luar negara. Buku panduan
ini disediakan bagi memenuhi keperluan tersebut. Keselamatan diri amat penting dan
memerlukan perhatian bagi membolehkan pelajar mengikuti pengajian dalam
keadaan selesa, aman dan tenteram. Secara khusus, buku panduan ini disediakan
dengan tujuan memperingati pelajar supaya mementingkan keselamatan diri.
Langkah dan tindakan tertentu perlu diambil bagi menjamin keselamatan diri masing-
masing. Kejadian yang tidak diingini boleh berlaku kepada pelajar. Dalam beberapa
kes yang terjadi sebelum ini, boleh dielakkan jika langkah-langkah tertentu diambil.
Kecuaian dan sikap memandang ringan terhadap sesuatu perkara sering kali
menjadi punca kemalangan.

Tumpuan buku panduan ini adalah terhadap keselamatan diri pelajar dan ahli
keluarga, bagi mereka yang berkeluarga. Sama ada pelajar berada di dalam rumah,
di kawasan universiti atau di tempat lain, keselamatan diri sewajarnya diberikan
keutamaan. Pelajar perlu sedar bahawa keselamatan diri adalah tanggungjawab
pelajar sendiri kerana pelbagai bentuk kemalangan boleh berlaku pada bila-bila
masa dan di mana-mana. Dengan adanya kesedaran sedemikian adalah diharapkan
keselamatan diri pelajar sentiasa terjamin.

Pencapaian diri para pelajar adalah berkait secara langsung dengan pencapaian
akademik pelajar seperti mana anda sedia maklum fokus utama pelajar yang terbaik
dihantar ke Amerika Syarikat adalah untuk mendapatkan ijazah dalam bidang ilmu
yang amat diperlukan oleh negara. Sehubungan itu, setiap pelajar adalah dituntut
untuk berusaha gigih dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik masing-
masing. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha untuk mencapai CGPA 3.00
sekurang-kurangnya setiap semester. Pelajar perlu berazam sejak daripada awal lagi
supaya mengamalkan sikap cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu pelajar
harus segera menyesuaikan diri dengan persekitaran setempat dan tidak lalai
dengan tanggungjawab untuk memperoleh keputusan akademik yang cemerlang.
Kegagalan dalam pengajian akan menyebabkan pelajar dihantar pulang oleh pihak
penganjur. Sekiranya anda tidak lalai dan sentiasa belajar bersungguh-sungguh
pencapaian akademik akan sentiasa cemerlang, Insya-Allah.

4
Jabatan ini berharap agar buku panduan ini dapat mengingatkan pelajar tentang
peranan dan tanggungjawab terhadap keselamatan diri. Ini merupakan satu cara
jabatan menunjukkan keprihatinannya terhadap keselamatan dan kebajikan pelajar.
Jabatan ini sentiasa mendoakan agar pelajar semua selamat dalam menjalani
kehidupan di Amerika Syarikat. InsyaAllah. Kami yakin keluarga pelajar juga ingin
melihat pelajar kembali ke tanah air dalam keadaan sejahtera dan berjaya. Semoga
usaha kita ini diberkati Tuhan.

‘SELAMAT MAJU JAYA’

Jabatan Penuntut Malaysia


Wilayah Tengah, Chicago
Amerika Syarikat
2004

5
BAHAGIAN PERTAMA

KESELAMATAN DI KAWASAN UNIVERSITI

Pelajar seharusnya menyedari bahawa pihak universiti menyediakan berbagai-bagai


jenis perkhidmatan untuk kemudahan pelajar seperti berikut;

• Perkhidmatan Keselamatan Universiti


• Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan
• Perkhidmatan Bantuan Guaman
• Perkhidmatan Kaunseling Pelajar
• Perkhidmatan Pelajar-Pelajar Antarabangsa

1. Perkhidmatan tersebut mudah didapati sekiranya pelajar mengetahui:

• Jenis perkhidmatan yang disediakan


• Tempat perkhidmatan berkenaan boleh diperoleh
• Maklumat penting yang berkaitan seperti nombor telefon, alamat dan
nama pegawai yang boleh dihubungi.

2 Perkhidmatan Keselamatan Universiti

Apabila pelajar menghadapi masalah keselamatan seperti semasa


kecemasan dan memerlukan bantuan segera, pihak berikut boleh dihubungi;

Pegawai Keselamatan Universiti


Pegawai Khas Hal Ehwal Pelajar

3. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

Pihak universiti menyediakan klinik iaitu Student Health Center bagi memberi
perkhidmatan rawatan ke atas penyakit yang tidak serius. Pelajar yang
menghadapi penyakit yang serius seharusnya mendapat rawatan di hospital
atau klinik swasta. Setiap pelajar Malaysia tajaan kerajaan diberi perlindungan
di bawah Skim Insurans Kesihatan Berkelompok Pelajar. Sila rujuk kepada
syarikat yang dilantik.

4. Perkhidmatan Bantuan Guaman

Apabila menghadapi masalah guaman, pelajar diminta merujuk kepada


Pejabat Pelajar Antarabangsa (Foreign/International Students Office) untuk
mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan berkenaan. Pelajar dinasihati
supaya tidak mengambil tindakan undang-undang secara persendirian.

6
5. Perkhidmatan Pejabat Pelajar Antarabangsa

Pejabat ini memberi pelbagai jenis perkhidmatan kepada semua pelajar


antarabangsa. Antara perkhidmatan yang diberi adalah urusan yang berkaitan
dengan pembaharuan dan pertukaran status visa.

BAHAGIAN KEDUA

PERANAN PELAJAR DALAM MENJAGA KESELAMATAN DIRI


Keselamatan diri bermula daripada diri individu sendiri. Oleh itu pelajar
bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing walaupun wujud
agensi-agensi tertentu untuk memastikan keselamatan umum. Sikap, amalan hidup
dan faktor-faktor persekitaran mempunyai kaitan langsung dengan keselamatan diri.

1. Sikap

Pelajar perlu sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan diri pada setiap
masa dan di mana sahaja. Kelalaian dan kecuaian boleh mendatangkan
bahaya kepada diri.

2. Amalan Hidup

Pelajar diminta supaya tidak:

• mengunjungi tempat yang diketahui tidak selamat seperti kelab malam


atau tempat hiburan dan kawasan yang terkenal dengan jenayah atau
kawasan yang sunyi terutamanya pada waktu malam;
• menyertai kegiatan-kegiatan yang boleh mendatangkan bahaya seperti
demonstrasi ganas, mengambil chances seperti memiliki kereta tanpa
litupan insurans dan memandu tanpa lesen;
• berpakaian yang tidak sesuai dengan keadaan cuaca atau
persekitaran;
• berperangai atau berkelakuan tidak sopan dan provocative dalam apa
jua situasi sehingga boleh menimbulkan reaksi yang tidak di ingini dari
pihak lain;
• berkeliaran di kawasan bandar atau di jalan raya pada hujung minggu
terutama pada waktu malam bagi mengelakkan risiko buruk gangguan
orang atau pemandu mabuk;
• bergaul dengan orang-orang yang disyaki menjadi ahli kumpulan
haram; dan
• melakukan perbuatan yang salah dari segi agama dan undang-undang
seperti mencuri, menipu, tidak menjelaskan hutang, minum arak ,
menghisap dadah dan berjudi.

7
3. Faktor Persekitaran

Pelajar seharusnya memilih persekitaran yang selamat dalam mencari tempat


tinggal. Walaupun faktor-faktor lain seperti kadar sewaan, jarak dari universiti
dan kemudahan – kemudahan awam penting, pertimbangan aspek
keselamatan hendaklah diutamakan. Persekitaran meliputi aspek fizikal
seperti keadaan rumah atau bangunan dan keadaan sekeliling, dan juga
aspek sosial. Jika tidak ada pilihan, pelajar perlu berusaha menentukan risiko
dari segi keselamatan dapat di hindar sama ada di kawasan tempat tinggal
atau ketika pelajar berada di mana sahaja. Langkah berhati-hati sentiasa
mendatangkan faedah kepada kita.

4. Penjagaan Keselamatan Di Tempat Kediaman.

Sebagai langkah menjaga keselamatan di tempat tinggal pelajar seharusnya;


• memilih bangunan kediaman dan kawasan yang selamat;
• sentiasa menjaga tempat kediaman dan peralatan yang digunakan
dengan baik mengikut peraturan keselamatan;
• mengelakkan penyimpanan dan penggunaan peralatan dan bahan
yang marabahaya;
• memastikan tempat kediaman tidak mudah atau dicerobohi; dan
• mengelakkan gangguan kepada jiran jika mengadakan majlis
keramaian.

5. Penjagaan Keselamatan Dokumen

Dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, pasport, lesen memandu, kad


social security buku bank dan kad kredit merupakan dokumen penting yang
perlu dijaga dan disimpan dengan baik.

Langkah penjagaan yang disarankan adalah seperti berikut;


• meletakkannya di tempat yang selamat dan mudah dikesan seperti
dalam laci (berkunci) beg khas dari fail,
• membuat salinan dan mencatat nombor-nombor penting untuk rujukan,
bila perlu
• sentiasa membuat semakan mengenai tarikh kesahan dokumen; dan
• sentiasa membawa dokumen-dokumen penting yang diperlukan dalam
keadaan tertentu.

Jenis-jenis dokumen dan tindakan yang perlu diambil oleh pelajar:

• pasport antarabangsa dan visa: menyemak tarikh kesahan dan


membaharuinya bila perlu;
• kad Social Security atau Kad Pengenalan Universiti: sentiasa dibawa
sepanjang masa;

8
• lesen memandu: sentiasa sedar tarikh tamat dan membaharuinya,
memastikan alamat dikemas kini dan membuat laporan polis, jika
hilang;
• kad ATM atau kad kredit
memastikan kad digunakan untuk diri sendiri sahaja dan tidak
diserahkan kepada orang lain; serta memastikan perbelanjaan
mengikut keperluan dan kemampuan;
• buku cek : menjaga dan menyimpan di tempat yang selamat,; dan
• dokumen-dokumen perjanjian: membaca dengan teliti dan memahami
sebelum menandatanganinya.

6. Penjagaan Kesihatan Diri dan Keluarga

Diri yang sihat menyebabkan seseorang merasa lebih selesa dan terjamin
dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar. Oleh itu, penjagaan kesihatan diri
dan keluarga ( jika ada) seharusnya diberikan keutamaan. Antara langkah
yang perlu diambil adalah membina dan mengamalkan gaya hidup yang positif
seperti:

• mematuhi amalan makanan dan pemakanan yang baik;


• menjaga diri daripada terdedah kepada cuaca yang ekstrem dan
berubah-ubah;
• mendapat rehat yang cukup;
• beriadah pada masa-masa tertentu; dan
• mendapatkan rawatan awal apabila ada tanda-tanda gangguan
kesihatan.

9
BAHAGIAN KETIGA

KESELAMATAN DI JALAN RAYA

Keselamatan di jalan raya merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian
oleh pelajar. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian
pelajar yang tidak mengambil berat tentang masalah keselamatan. Panduan berikut
disediakan bagi pelajar yang ingin memandu kenderaan di Amerika Syarikat.

1. Pemilikan Lesen Memandu

• seiap pelajar yang ingin memandu kenderaan adalah diwajibkan


memiliki lesen memandu yang sah;
• alamat lesen memandu perlu dikemas kini dan
• lesen memandu Malaysia hanya sah digunakan bagi tempoh tiga bulan
pertama pelajar berada di Amerika Syarikat semasa memandu
menggunakan lesen tersebut, pelajar perlu membawa passport
antarabangsa.

2. Panduan Memiliki Kenderaan

• kenderaan yang dibeli perlu didaftarkan atas nama pelajar sendiri;


• semasa urusan pembelian dibuat pelajar hendaklah memastikan
penjual mengemukakan dokumen yang sah seperti surat hak milik dan
resit pembelian dan
• setiap kenderaan yang dimiliki seharusnya mempunyai insurans
kenderaan, “licence plate”, “sticker” cukai jalan, “city sticker” ataupun
“village sticker” (jika perlu).

3. Panduan Menyewa Kenderaan

Ketika hendak menyewa kenderaan, pelajar dikehendaki memastikan perkara-


perkara berikut:
• meneliti syarat-syarat perjanjian;
• meneliti keadaan kenderaan;
• mengambil insurans untuk kenderaan , diri sendiri dan penumpang ;
• mendaftar pemandu kedua sekiranya ada rakan pelajar yang akan
sama-sama memandu; dan
• melaporkan dengan segera kepada syarikat penyewa jika berlaku
kemalangan.

10
4. Peraturan Lalu – Lintas

Pelajar perlu menyedari bahawa peraturan lalu-lintas di Amerika Syarikat


adalah berbeza daripada peraturan lalu lintas di Malaysia. Berikut adalah
panduan bagi pelajar yang mempunyai kenderaan atau ingin memandu:

• pelajar semestinya mematuhi peraturan lalu-lintas setiap masa dan di


mana sahaja berada;
• ketika memandu pelajar seharusnya menunjukkan sikap bersopan di
jalan raya;
• pelajar dikehendaki memberi laluan kepada polis, ambulans dan bomba
semasa dalam kecemasan; dan
• sekiranya terdengar bunyi siren polis, ambulans atau bomba pelajar
semestinya memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan raya
untuk memberi laluan.

5. Panduan Memandu Ketika Bercuti

5.1 Sekiranya pelajar ingin bercuti dan memandu jauh, perkara-


perkara berikut perlu diambil kira:

• memberitahu Jabatan Penuntut Malaysia yang berdekatan;


• mempunyai pemandu kedua;
• mengatur perjalanan dengan mengambil kira faktor jarak, arah, dan
kemudahan jalan raya yang dilalui berpandukan peta perjalanan;
• memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan
• memastikan diri pelajar dan pemandu kedua berada dalam keadaan
sihat dan segar;
• memastikan perjalanan pada waktu siang dan mengelakkan perjalanan
selepas 9.00 malam; dan
• melaporkan dengan segera sebarang kemalangan kepada pihak polis
dan syarikat insurans.

5.2 Sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan antara kenderaan


pelajar dan kenderaan lain langkah-langkah perlu diikuti:

• menghubungi segera pihak polis dan ambulans, jika perlu;


• mengelakkan daripada mengubah kedudukan kenderaan;
• mendapatkan nama, alamat, nombor telefon, nombor lesen memandu,
nombor polisi dan nama agen insurans semua pihak terlibat;
• menunggu sehingga polis tiba dan menjelaskan perkara yang berlaku.
Sekiranya terdapat percanggahan fakta antara yang terlibat, pelajar
seharusnya mendapatkan saksi (sekiranya ada dengan nama, alamat
dan nombor telefon diri saksi) untuk membantu pelajar semasa
perbicaraan di mahkamah;
• tidak meninggalkan tempat kemalangan dan tidak ‘mengaku salah’;

11
• memaklumkan dengan segera kepada syarikat insuran mengenai
kemalangan yang berlaku;
• menghubungi pihak International students Office untuk mendapatkan
nasihat dan bantuan guaman, jika perlu; dan
• menghubungi Jabatan Penuntut Malaysia yang terdekat untuk
memaklumkan kejadian dan keadaan diri pelajar.

12
LAMPIRAN A

Maklumat Jabatan Penuntut Malaysia Chicago (Wilayah Tengah) Amerika


Syarikat

Jabatan Penuntut Malaysia Chicago ( Wilayah Tengah),USA

Alamat : Jabatan Penuntut Malaysia Chicago


820, Davis Street Suite 510,
Evanston, IL 60201-4448
No.Tel: : (847) 328 2440
(847) 328 2516
No.Fax: ; (847) 328 2517
E-mail: : msdchi2001@ameritech.net , msdchicago@yahoo.com
Website : Website:http://msdchicago.org

Pegawai-pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Chicago,


Wilayah Tengah Amerika Syarikat

1. En. Rahim Abu Bakar


Pengarah
2028 Central Avenue
Wilmette, IL, 60091

Tel : (847) 328 2440 (P)


(847) 251 1358 (R)
E-mail : rahimab1@hotmail.com

2. Pn. Maharom bt Mahmood


Atase Pendidikan
9314, Mansfield Ave
Morton Grove, IL, 60053

No Tel : (847) 328 2440 (P)


(847) 967 0819( R )
E-mail : m_mahmood53@hotmail.com
(Kawasan seliaan :Illinois, Michigan, Iowa, Kansas)

13
3. En. Khalid Ahmad Dahlan
Atase Pendidikan
4834 W. Chase Av
Lincolnwood, IL 60712

Tel : (847) 328 2440 (P)


: (847) 983 0615 (R)
E-mail : khalidjpm@yahoo.com
(Kawasan seliaan: Indiana, Wisconsin, Missouri, Oklahoma,)

4. En. Ab Rahim Ahmad


Atase Pendidikan
4741 W. Farwell Av
Lincolnwood, IL 60712

No Tel : (847) 328 2440 (P)


: (847) 983 0893 (R)
E-mail : aim16663@yahoo.com
(Kawasan seliaan: Minnesota, Nebraska, South Dakota, N.Dakota)

14
LAMPIRAN B

Maklumat Jabatan Penuntut Malaysia Wilayah Timur, Wilayah Barat Amerika


Syarikat dan Jabatan Penuntut Malaysia , Kanada dan JPM Wilayah Timur
Amerika Syarikat

Alamat : Jabatan Penuntut Malaysia


Kedutaan Besar Malaysia.1900 24th Street N.W
Washington , D.C 20008-1688
No.Tel : (202) 572 9714/15/16/17
No.Fax : (202) 572 9784
E-mail : jpmwdc@aol.com

JPM Wilayah Barat Amerika Syarikat

Alamat : Jabatan Penuntut Malaysia


Consulate-General of Malaysia
550 S.Hope St. – Suite 400,Los Angeles, CA 90071
No.Tel : (213) 955 0182
No.Fax : (213) 955 9175
E-mail : jpmla@pacbell.net

Jabatan Penuntut Malaysia Kanada

Alamat : Jabatan Penuntut Malaysia,Kanada


60 Boteler St. Ottawa, Ontario, Canada KIN 847
No.Tel : (613) 241 1213
E-mail : msdcan@globalserve.net

15
LAMPIRAN C

Maklumat Kedutaan Besar Malaysia & Konsulat Jeneral di Amerika Syarikat,


Pejabat MARA dan PETRONAS di Amerika Syarikat.

Kedutaan Besar Malaysia, Washington D.C

Nama : T.Y.T. Dato’ Ghazzali Sheikh Abdul Khalid


Alamat : Embassy of Malaysia
3516 International Court, N.W
Washington D.C 20008
No.Tel : (202) 572 9700
No.Fax : (202) 572 9882

Konsulat Jeneral Malaysia , New York

Nama : En. Ahmad Shahizan Abd Samad


Alamat : Consulate-General of Malaysia
313 East 43rd Street, New York, NY 10017
No. Tel : (212) 490-2722 ext.102
: (212)286-8924
No Fax : (212) 490-2049

Konsulat Jeneral Malaysia, Los Angeles

Nama : En. Zulkephli Mohd Noor


Alamat : Consulate-General of Malaysia
50 South Hope St., Suite 400 LA, CA 90071
No.Tel : (213) 892-1238
No.Fax : (213) 892-9031

Maklumat Pejabat MARA dan PETRONAS Washington D.C

1. MARA

Alamat : MARA Student Office


1501,18th street N.W
Washington D.C 20036
No Fax : 202 463 6851
E-mail : marawdc@aol.com
Nama : Puan Radziah Mohammad
No. Tel : 202 328 2726
Pegawai : Mohamad Hamidi Mazlan
No. Tel : 202 328 2776/2777

16
2. PETRONAS

Alamat : Petronas Student Office


Embassy of Malaysia
3516 International Court N.W
D.C.20008
No Fax : 202 572 9785
E-mail : petronaswdc@msn.com
Pegawai : En.Kamarul Zaman Johan
No Tel : 202 572 9720/9769/ (P)
: 703 8934346 (R)

17
LAMPIRAN D

Maklumat Pejabat Yang Perlu Dihubungi Bagi Tujuan Pembaharuan Passport


(Please submit your passport renewal application to the office mentioned below if
state you are residing in falls under category)

Embassy of Malaysia Consulate General of Consulate General of


Washington D.C. Malaysia New York Malaysia Los Angeles
Alabama Arkansas Alaska
Florida Connecticut Arizona
Georgia Delaware Colorado
Illinois Iowa Hawaii
Indiana Maine Idaho
Kentucky Massachusetts Kansas
Louisiana Michigan Montana
Maryland Minnesota Nevada
Mississippi Missouri Nebraska
North Carolina New Hampshire New Mexico
Ohio New Jersey North Dakota
South Carolina New York Oregon
Tennessee Oklahoma South Dakota
Texas Pennsylvania Utah
Virginia Rhode Island Washington State
West Virginia Vermont Wyoming
Wisconsin California

18

You might also like