You are on page 1of 6

3/25/23, 7:55 PM BERNAMA - Perluas Biak Black Soldier Fly Sebagai Makanan Alternatif Haiwan Ternakan

RENCANA

Perluas Biak Black Soldier Fly Sebagai Makanan Alternatif Haiwan


Ternakan
Pengurus Ain Aquaculture Sdn Bhd Mohamad Akib Baharom (Berbaju kemeja merah jambu)

25/07/2022 09:54 AM

Oleh Muhammad Basir Roslan

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Menternak lalat? Barangkali ada yang menganggap itu kerja kurang waras, sementelah lalat diketahui umum sebagai “pengotor” dan
pembawa penyakit.

Jangan salah sangka kerana lalat yang dimaksudkan ialah lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (BSF) yang dibuktikan secara saintifik bukan vektor penyakit dan
sama sekali tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.

Sebaliknya, larva BSF merupakan sumber protein yang tinggi dan amat sesuai dijadikan makanan ternakan seperti ayam dan ikan, sekali gus berpotensi menjadi
alternatif utama bagi industri ternakan negara yang pada masa ini terlalu bergantung pada makanan ternakan import.

Hasil penguraian sisa organik larva BSF dapat memberi pendapatan sampingan kepada penternak menerusi penghasilan baja tumbuh-tumbuhan.

Apatah lagi dunia kini mengalami peningkatan harga barangan termasuk makanan ternakan, yang mana menurut media, harga satu beg dedak ayam seberat 50
kilogram (kg) kini mencecah RM102 berbanding RM85 sebelum ini, iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus sejak Oktober tahun lepas.

Justeru, mahu tidak mahu penternak juga menaikkan harga ternakan mereka, menyaksikan impak melata sepanjang rantaian bekalan hingga ke peringkat
pengguna yang kini terpaksa membayar harga yang mahal untuk seekor ayam bagi hidangan keluarga.

SUMBER ALTERNATIF

https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2103492 1/6
3/25/23, 7:55 PM BERNAMA - Perluas Biak Black Soldier Fly Sebagai Makanan Alternatif Haiwan Ternakan

Pensyarah Kanan di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) Dr Norhidayah Mohd Taufek (duduk, kiri)

Sedar akan perlunya industri ternakan negara mengurangkan kebergantungan pada makanan import, pelbagai pihak mengetengahkan sumber alternatif termasuk
larva BSF.

Pensyarah kanan di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) Dr Norhidayah Mohd Taufek berkata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
pada 2013 mengenal pasti serangga itu sebagai antara sumber protein yang baik untuk haiwan ternakan.

“Membiak serangga, terutamanya lalat, mungkin sesuatu yang pelik bagi masyarakat kita, namun, berdasarkan kajian yang dijalankan bersama pemain industri,
penghasilan larva BSF mampu mengurangkan kos pembelian makanan ternakan seperti dedak.

“Yang menariknya, satu gram telur BSF berharga sekitar RM10 mampu menghasilkan tiga hingga empat kg larva yang boleh terus digunakan atau diproses sebagai
makanan alternatif ternakan,” katanya kepada Bernama.

Norhidayah mengetuai pasukan penyelidik UM yang aktif menjalankan penyelidikan bagi mencari sumber protein alternatif tempatan sejak 10 tahun lepas, dalam
usaha mengurangkan kebergantungan pada sumber import seperti jagung bijian dan soya.

Beliau yakin penternakan BSF secara meluas dapat membantu menstabilkan industri ternakan negara memandangkan harganya jauh lebih kompetitif berbanding
makanan ternakan yang diimport.

“Kalau penternak ayam ternak sendiri BSF dan ganti penggunaan dedak dalam lingkungan 30 hingga 40 peratus dengan larva BSF, kos makanan ayam akan
berkurang,” jelasnya.

Malah katanya kegunaan BSF bukan setakat untuk makanan ternakan tetapi juga dalam bidang lain seperti farmaseutikal, biodiesel, pengurusan sisa organik dan
yang terkini, kosmetik.

MUDAH DITERNAK

https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2103492 2/6
3/25/23, 7:55 PM BERNAMA - Perluas Biak Black Soldier Fly Sebagai Makanan Alternatif Haiwan Ternakan

BSF mudah membiak, bersih, bukan bawaan vektor penyakit dan tidak berbahaya kepada manusia.

Menurut penyelidik itu, BSF atau nama saintifiknya Hermetia Illucens mempunyai kitaran hidup yang singkat iaitu sekitar 45 hari dan serangga dewasa akan bertelur
ketika berusia 30 hingga 35 hari, manakala larva boleh dituai dalam tempoh 15 hingga 18 hari selepas menetas.

Antara kelebihan BSF ialah serangga ini mudah dijumpai di seluruh dunia dan senang membiak dalam cuaca panas, justeru amat sesuai diternak di Malaysia,
jelasnya.

“Untuk menternak hanya perlu sediakan sisa organik bersesuaian. Contohnya, letak kira-kira satu gram larva BSF di dalam sebuah besen bersama sisa makanan
dan tutup dengan kelambu. Biarkan ia membesar hingga saiz prapupa iaitu kira-kira seinci (2.54 cm),” katanya, menambah pada masa ini begitu mudah untuk
mendapatkan telur BSF termasuk menerusi platform e-dagang.

Menurut Norhidayah, larva boleh diberikan terus kepada ayam atau diproses kepada bentuk palet berprotein tinggi, sementara untuk makanan ikan, larva diproses
menjadi tepung yang kemudian dimasukkan ke dalam adunan palet.

Larva BSF juga memainkan peranan menguraikan sisa organik untuk pembentukan kompos, jelasnya dan menambah antara negara yang mengamalkan
penternakan BSF secara meluas ialah Belanda.

BERPOTENSI DIKEMBANGKAN

https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2103492 3/6
3/25/23, 7:55 PM BERNAMA - Perluas Biak Black Soldier Fly Sebagai Makanan Alternatif Haiwan Ternakan

Pengurus Ain Aquaculture Sdn Bhd Mohamad Akib Baharom (Berbaju kemeja merah jambu)

Penternakan larva BSF di Selangor berkembang sejak beberapa tahun lepas dan usaha itu diperluas ke Kelantan menerusi kerjasama penyelidik UM dengan sebuah
pusat pembenihan dan asuhan ikan marin, Ain Aquaculture Sdn Bhd, yang berpangkalan di Kampung Gajah, Pengkalan Chepa.

Menerusi kerjasama itu, penduduk setempat dan kawasan sekitar didedahkan kepada penternakan larva BSF, dan menurut Pengurus Ain Aquaculture Mohamad
Akib Baharom, buat masa ini kebanyakan peserta adalah Orang Asli dan mereka diajar cara membiak BSF untuk dijadikan makanan ternakan ikan.

Dimulakan pada 2020, projek ini sudah memberikan pulangan positif kepada usahawan Orang Asli terbabit, ujarnya ketika dihubungi Bernama.

“Ikan yang kita gunakan dalam kajian berfasa ini ialah ikan siakap yang diternak di dalam kolam seluas 0.2 ekar di sini. Kos permulaan bagi projek BSF hanya
membabitkan pembelian telur BSF dan yang selebihnya untuk melengkapkan fasiliti yang sudah ada di tapak projek, iaitu sekitar RM10,000,” katanya.

Selain itu, mereka turut bekerjasama dengan usahawan di bawah Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan membangunkan fasiliti ternakan BSF
di Kok Lanas dengan mengubah suai kandang lembu yang sudah lama terbiar.

Menurut Mohamad Akib, penternakan larva BSF turut mewujudkan industri hiliran seperti penjualan telur dan larva BSF serta baja organik yang mampu memberikan
pendapatan agak lumayan kepada peserta industri.

PERBANYAK PELUANG PENYELIDIKAN

Antara tanki ternakan ikan Siakap yang menggunakan makanan alternatif BSF di Ain Aquaculture. Pakar turut berpandangan industri BSF memerlukan lebih banyak kajian dan penyelidikan.

Dalam pada itu, Norhidayah berkata usaha memperluas pembiakan BSF perlu dipergiatkan lagi dengan memperbanyak penyelidikan selain menaik taraf fasiliti
penghasilan BSF menggunakan teknologi automasi.

Menurutnya, sekalipun Malaysia mempunyai iklim yang cukup sesuai untuk penternakan larva BSF, buat masa ini tidak ramai usahawan yang terlibat sedangkan
permintaan dari dalam dan luar negara terhadap sumber protein itu amat tinggi.

“Sebahagian besar pengusaha BSF di Malaysia adalah syarikat luar yang mengeksport larva BSF ke negara lain seperti rantau Eropah kerana harganya lebih tinggi.
Selain itu, di sebalik permintaan domestik yang tinggi, industri penternakan BSF tidak dikawal selia.

“Sekiranya kita dapat tingkatkan kadar pengeluaran domestik serta menambah lebih ramai usahawan dalam industri BSF ini, impaknya ialah harga yang lebih
kompetitif dan menguntungkan semua pihak yang berkenaan,” ujarnya.

https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2103492 4/6
3/25/23, 7:55 PM BERNAMA - Perluas Biak Black Soldier Fly Sebagai Makanan Alternatif Haiwan Ternakan

BERNAMA

BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di
saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan
RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :


Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Kata Kunci

tag: haiwan ternakan black soldier fly dr norhidayah mohd taufek ain aquaculture sdn bhd mohamad akib baharom

Lagi Berita

Polis sahkan kes remaja maut terjatuh dalam longkang tiada unsur jenayah

https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2103492 5/6
3/25/23, 7:55 PM BERNAMA - Perluas Biak Black Soldier Fly Sebagai Makanan Alternatif Haiwan Ternakan

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC

Perbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu


besar

BERNAMA Kategori Laman Mikro Wilayah Lain-lain


• Am • Sukan Komanwel • Tengah • Laman Korporat
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
• Ekonomi 2022 • Utara • Hubungi Kami
Wisma BERNAMA
• Pasaran • BAJET 2022 • Selatan • Produk dan
No.28 Jalan BERNAMA
• Tenaga • Kesihatan • Timur Perkhidmatan
Off Jalan Tun Razak
• Sukan • Johor Votes 2022 • Sabah • Kerjaya@BERNAMA
50400 Kuala Lumpur • Politik • Sarawak Tok • Sarawak • Sebutharga / Tender
Malaysia
• B Fokus • Malaysia @ • Maklum Balas
• Rencana Expo2020 Dubai Pelanggan 2023
+603 2693 9933 / +603 2631 1000 (Talian Am)
• Dunia • Bencana Negara
+601 6415 2766 (Bernama.com)
• Nam News Network
+603 2631 1535 / 1252 (Wires)
(NNN)
+603 2631 1112 (Digital Services)
• Tinta Minda
+603 2631 1123 (PR/MREM Services)
• Infografik
+603 2631 1510 (Subscription)
• Video
+603 2631 1447 (Bernama TV)
• Images
+603 2692 9739 (Bernama Radio)
• Siaran Media
 helpdesk[at]bernama.com
Eksklusif
• Arkib
    

© 2023 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan

https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2103492 6/6

You might also like