You are on page 1of 28

GARIS PANDUAN PENARAFAN DAN PENGIKTIRAFAN

PENGURUSAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

___________________________________________________________________

1. PENGENALAN

Pengurusan sahsiah murid di sekolah memainkan peranan penting bagi


mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
memperkembangkan potensi murid secara optimum selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Inisiatif yang
berfokus, usaha berterusan dan pencapaian berimpak dalam perkembangan
sahsiah murid, peningkatan disiplin murid dapat melahirkan insan unggul
serta budiman. Pengiktirafan ini juga seiring dengan usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia menjadikan aspek kemanusiaan dan berasaskan nilai
dengan memupuk budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-
menghormati sebagai asas penting bagi melahirkan generasi manusiawi
budiman dan bertanggungjawab.

2. MATLAMAT
Meningkatkan kualiti pengurusan sahsiah murid di sekolah seluruh negara
agar lebih berkesan, profesional dan berkualiti dalam pembentukan
kemenjadian murid.

3. OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan penarafan adalah seperti berikut:

3.1 mengiktiraf pengurusan pembangunan sahsiah murid di sekolah


sebagai model terbaik dalam pembentukan kemenjadian murid unggul.
3.2 meningkatkan pelaksanaan pengurusan sahsiah murid agar lebih
menarik, proaktif, kreatif dan berimpak dalam pembangunan
kemenjadian murid.
3.3 membangunkan sahsiah, mengukuhkan disiplin, memantapkan
pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan meningkatkan
kesejahteraan diri murid.

4. SASARAN PENYERTAAN

4.1 Semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia seluruh negara.


4.2 Jabatan Pendidikan Negeri.
4.3 Pejabat Pendidikan Daerah.

5. PERINGKAT PELAKSANAAN
Jadual pelaksanaan adalah seperti berikut:

BIL PERINGKAT TEMPOH

1 Taklimat kepada JPN Jun 2022

Kategori murid Pengurusan peringkat


daerah/negeri sehingga
a) Anugerah Ikon Pengawas
15 September 2023
b) Anugerah Ikon Kelab Pencegahan
Jenayah (KPJ)
2
c) Anugerah Ikon Pendidikan Tarikh akhir penghantaran JPN
Pencegahan Dadah (PPDa) ke KPM 19 September 2023

Penilaian Peringkat Kebangsaan September

3 Poster Digital 1 September 2023

Kategori Penarafan dan Pengiktirafan


& Amalan Terbaik

Julai – September 2023


4 Penilaian kendiri sekolah/ daerah /negeri

06 Oktober 2023
Tarikh akhir penghantaran JPN - KPM

5 Penilaian Peringkat Kebangsaan Oktober 2023

1
Majlis Anugerah Pembangunan Sahsiah 31 Okt - 2 Nov 2023
Murid &
6
Simposium Amalan Terbaik Sahsiah dan
PPDa

6. ANJURAN

Unit Pembangunan Sahsiah Murid


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

7. PENGIKTIRAFAN
Pengiktirafan dikategorikan seperti berikut:

a) Murid
i. Anugerah Ikon Murid Pengawas

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

ii. Anugerah Ikon Murid PPDa

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

iii. Anugerah Ikon Murid Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)

2
● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

b) Guru
i. Anugerah Ikon Guru Disiplin

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

ii. Anugerah Ikon Guru PPDa

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

iii. Anugerah Ikon Guru KPJ

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

c) Sekolah
i. Anugerah Pengurusan Pengawas Cemerlang

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

ii. Anugerah Pengurusan Sahsiah Cemerlang

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

3
iii. Anugerah Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah Cemerlang

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

iv. Anugerah Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


Cemerlang

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

v. Anugerah Amalan Terbaik Sahsiah Cemerlang (5 Terbaik)

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

vi. Anugerah Amalan Terbaik Pendidikan Pencegahan Dadah


Cemerlang (5 Terbaik)

● Sekolah Rendah

● Sekolah Menengah

8. GARIS PANDUAN DAN INSTRUMEN PENILAIAN


https://bit.ly/UPSMPenarafan2023

9. HADIAH DAN SIJIL (Tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia)

10. PENUTUP

4
Adalah diharapkan dengan terlaksananya pengiktirafan pengurusan
pembangunanan sahsiah murid ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan
disiplin serta memperkasakan PPDa di seluruh Malaysia. KPM juga
mengharapkan agar pengiktirafan murid-murid diperingkat kebangsaan boleh
dijadikan sumber inspirasi serta suntikan motivasi kepada murid-murid lain
dalam memupuk budaya sihat dan sahsiah terpuji.

Lampiran 1

5
Kriteria Penilaian

1. Anugerah Tokoh Murid PPDa.

a. Matlamat
a. Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid yang
menunjukkan sahsiah terpuji yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial agar menjadi suri teladan dan ikutan bagi
murid-murid lain. Ikon ini boleh dijadikan pencetus serta penggalak
kepada murid lain untuk terus aktif dalam aktiviti menyebarkan info
yang berkaitan pendidikan pencegahan dadah khususnya sekaligus
dapat membentuk sahsiah murid yang terpuji amnya.

b. Pencalonan Kebangsaan
a. Pencalonan terbuka kepada sekolah menengah, khusus kepada ahli
Skim Lencana Antidadah (SLAD) yang aktif serta memberikan
khidmat cemerlang sebagai agen utama sekolah dalam menyebar luas
PPDa di sekolah dan luar sekolah serta komuniti.
b. Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah bagi murid yang aktif
serta memberikan khidmat cemerlang sebagai agen utama sekolah
dalam menyebar luas PPDa di sekolah dan luar sekolah serta
komuniti.
c. Calon yang dipilih mestilah dinilai melalui penarafan kendiri peringkat
sekolah dan di peringkat daerah dengan memenuhi kriteria yang
ditetapkan untuk dicalonkan bagi mewakili Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) seteruskan ke peringkat kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah
rendah dan satu (1) wakil sekolah menengah akan mewakili peringkat
JPN.
d. Penyertaan calon akan dinilai oleh panel KPM dan lima (5) peserta
terbaik akan terpilih ke peringkat akhir.
e. 5 peserta terbaik akan menghadiri sesi penilaian akhir iaitu bual
bicara secara dalam talian bersama-sama panel KPM.

6
c. Syarat penyertaan
a. Penyertaan terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah
menengah.
b. Setiap murid yang perlu melaksanakan salah satu tugasan berkaitan
PPDa khusus berdasarkan tema tugasan : Kepimpinan Dalam Diri
Sendiri seperti berikut:
i. Kesukarelawan (contoh: menyampaikan informasi PPDa
kepada masyarakat)

ii. Program Kerohanian/Moral (contoh:tazkirah/ceramah bahaya


DARVIH)
iii. Mengendalikan Perhimpunan (contoh: mengetuai ikrar
antidadah)

iv. Pengurusan Acara (contoh:pengacara majlis minggu


antidadah atau program yang berkaitan PPDa)

v. Pengucapan Awam (contoh : 5 minit antidadah)

vi. Pengurusan laluan/sudut PPDa


(Contoh: jurucakap/penyampai kepada warga sekolah/luar
sekolah)

Nota : murid digalakkan menerapkan nilai karamah insaniah dalam


tugasan yang dilaksanakan.

Setiap tugasan perlu divideokan dan perlu mempunyai :

i. Tajuk tugasan
ii. Maklumat diri murid (nama, nama sekolah & kod sekolah)
iii. Pendahuluan
iv. Isi Kandungan(penceritaan)
v. Impak kepada warga sekolah
vi. Penutup

c. Format Video: MP4


d. Durasi masa: 2 hingga 3 minit
e. Bahasa yang boleh digunakan ialah Bahasa Kebangsaan sahaja.
7
f. Produksi mestilah karya asal peserta.
g. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan
syarat pertandingan.

d. Cara Penghantaran
a. Penyertaan perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
masing-masing untuk proses saringan dan pemilihan ke Peringkat
Kebangsaan.
b. Pihak JPN akan menghantar bahan video kepada urus setia
Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan memaklumkan dari
semasa ke semasa
c. Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun
penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program
pendidikan, promosi semasa serta yang bersesuaian.
d. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.
e. Karya yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-
unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan
keagamaan.
f. Tarikh tutup penyertaan 15 September 2023.
g. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

e. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
PPDa.

f. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima

8
Lampiran 2
Kriteria Penilaian

2. Anugerah Ikon Murid Kelab Pencegahan Jenayah.

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan bagi mengiktiraf murid-murid yang menunjukkan
sahsiah terpuji yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial agar menjadi suri teladan dan ikutan bagi murid-murid lain. Tokoh ini
boleh dijadikan pencetus serta penggalak kepada murid untuk terus aktif
dalam aktiviti pencegahan jenayah seterusnya dapat membentuk sahsiah
pelajar yang terpuji.

b. Pencalonan Kebangsaan
a. Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.
Calon yang dipilih mestilah dinilai melalui penarafan kendiri peringkat
sekolah dan di peringkat daerah dengan memenuhi kriteria yang
ditetapkan untuk dicalonkan bagi mewakili Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) seteruskan ke peringkat kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah
rendah dan satu (1) wakil sekolah menengah akan mewakili peringkat
JPN.
b. Penyertaan calon akan dinilai oleh panel KPM dan lima (5) peserta
terbaik akan terpilih ke peringkat akhir.
c. 5 peserta terbaik akan menghadiri sesi penilaian akhir iaitu bual
bicara secara dalam talian bersama-sama panel KPM.

9
c. Syarat Pertandingan

a. Penyertaan terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah


menengah.
b. Setiap murid yang perlu melaksanakan salah satu tugasan berkaitan
KPJ khusus berdasarkan tema tugasan : Kepimpinan Dalam Diri
Sendiri seperti berikut:

i. Pembudayaan Adab Murid


contoh: Bengkel Vandalisme, Minggu Sahsiah
Cemerlang, Program Masih Ada Yang Sayang

ii. Peningkatan Disiplin Murid


Contoh: Kempen Anti Buli, Kursus Kepimpinan dan
Pengurusan Kelab, Program Jom ke Sekolah

iii. Perpaduan Murid.


Contoh: Program Khidmat Masyarakat, Karnival
Pencegahan Jenayah, Dialog Bersama Tokoh dan
Pemimpin Masyarakat.

iv. Patriotisme
Contoh: Kibar Jalur Gemilang, Sambutan Hari
Kemerdekaan, Bicara Tokoh Kemerdekaan

v. Jati Diri
Contoh: Seminar Pembentukan Sahsiah, Kempen
Kesedaran Antisosial, Ceramah Juvana dan Undang-
Undang.

c) Setiap tugasan perlu divideokan dan perlu mempunyai :


10
i. Tajuk tugasan
(contoh:Kepimpinan Dalam Diri Sendiri: Peningkatan
Disiplin Murid)
ii. Maklumat diri murid (nama, nama sekolah & kod sekolah)
iii. Pendahuluan
iv. Isi Kandungan (penceritaan)
v. Impak kepada warga sekolah
vi. Penutup

d) Format Video: MP4


e) Durasi masa: 2 hingga 3 minit
f) Bahasa yang boleh digunakan ialah Bahasa Kebangsaan sahaja.
g) Produksi mestilah karya asal peserta.

d) Cara Penghantaran
1. Penyertaan perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-
masing untuk proses saringan dan pemilihan ke Peringkat Kebangsaan.
2. Pihak JPN akan menghantar bahan video kepada urus setia Kementerian
Pendidikan Malaysia dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa
3. Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun
penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program
pendidikan, promosi semasa serta yang bersesuaian.
4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.
5. Karya yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur
yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
6. Tarikh tutup penyertaan 15 September 2023.
7. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

e. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Kelab Pencegahan Jenayah
11
f. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berikut:
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima

Lampiran 3

Kriteria Penilaian

3. Anugerah Ikon Pengawas


12
a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid yang menunjukkan
sahsiah terpuji yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial agar menjadi suri teladan dan ikutan bagi murid-murid lain. Anugerah
Tokoh Pengawas boleh menggalakkan kepada murid lain terutama
mengembangkan potensi kepimpinan murid dan satu usaha ke arah
kemenjadian murid secara holistik.

b. Pencalonan Kebangsaan
a. Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.
Calon yang dipilih mestilah dinilai melalui penarafan kendiri peringkat
sekolah dan di peringkat daerah dengan memenuhi kriteria yang
ditetapkan untuk dicalonkan bagi mewakili Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) seteruskan ke peringkat kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah
rendah dan satu (1) wakil sekolah menengah akan mewakili peringkat
JPN.
b. Penyertaan calon akan dinilai oleh panel KPM dan lima (5) peserta
terbaik akan terpilih ke peringkat akhir.
a. Peserta terbaik akan menghadiri sesi penilaian akhir iaitu bual
bicara secara dalam talian bersama-sama panel KPM.

c. Syarat pertandingan
a. Penyertaan terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah
menengah.
b. Setiap murid yang akan perlu melaksanakan salah satu tugasan
khusus berdasarkan tema tugasan : Kepimpinan Dalam Diri Sendiri
seperti berikut:
i. Khidmat Masyarakat
ii. Kesukarelawan
iii. Program Kerohanian/ Moral
iv. Mengendalikan Perhimpunan
v. Komandan Kawad Kaki
vi. Pengurusan Acara

13
vii. Pengucapan Awam
viii. Pengurusan kelas/bilik darjah/bilik khas

Setiap tugasan perlu divideokan dan perlu mempunyai :

i. Tajuk tugasan
(contoh : Kepimpinan Dalam Diri Sendiri: Pengurusan
Acara)
ii. Maklumat diri murid (nama, nama sekolah & kod sekolah)
iii. Pendahuluan
iv. Isi Kandungan (penceritaan)
v. Impak kepada warga sekolah
vi. Penutup

c. Format Video: MP4


d. Durasi masa: 2 minit hingga 3 minit
e. Bahasa yang boleh digunakan ialah Bahasa Kebangsaan sahaja.
f. Produksi mestilah karya asal peserta.
g. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan
syarat pertandingan.

d. Cara Penghantaran
a. Penyertaan perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
masing-masing untuk proses saringan dan pemilihan ke Peringkat
Kebangsaan.
b. Pihak JPN akan menghantar bahan video kepada urus setia
Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan memaklumkan dari
semasa ke semasa
c. Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau
bagaimanapun penganjur boleh menggunakan produksi tersebut
untuk tujuan program pendidikan, promosi semasa serta yang
bersesuaian.
d. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua
bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh
mana-mana pihak yang berkaitan.

14
e. Karya yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-
unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan
diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan
menengah seperti
f. keagamaan.
g. Tarikh tutup penyertaan 15 September 2022.
h. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD.

e. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Pengawas

f. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


berikut:
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima

Lampiran 4
4. Anugerah Ikon Guru Disiplin

15
a. Matlamat
Kategori ini untuk mengiktiraf peranan Guru Disiplin dalam usaha
membangunkan sahsiah diri murid di sekolah. Ia adalah sebagai satu
penghargaan dan galakan kepada guru disiplin supaya lebih proaktif ke arah
kemenjadian murid yang seimbang. Anugerah ini boleh menjadi inspirasi
kepada guru-guru disiplin yang lain untuk mendepani cabaran masa kini
khususnya dalam pembangunan sahsiah murid.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Guru Disiplin

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 5
Kriteria Penilaian

16
5. Anugerah Ikon Guru PPDa

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
(PPDa) yang berjaya memainkan peranan dalam PPDa secara berkesan di
sekolah, daerah dan juga diperingkat negeri. Ia adalah sebagai satu
penghargaan dan galakan kepada guru PPDa supaya lebih proaktif dalam
memainkan peranan terutama ke arah matlamat Sekolah Bebas Dadah.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Guru PPDa

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 6
Kriteria Penilaian

17
6. Anugerah Ikon Guru KPJ

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf Guru KPJ yang berjaya memainkan
peranan dalam Kelab Pencegahan Jenayah secara berkesan di sekolah. Ia
adalah sebagai satu penghargaan dan galakkan kepada guru KPJ supaya
lebih proaktif dalam memainkan peranan terutama ke arah matlamat Sekolah
Bebas Jenayah.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Guru KPJ

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 7
Kriteria Penilaian

18
7. Pengurusan Pengawas Cemerlang

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf sekolah yang telah memperkasakan
peranan pengawas di sekolah melalui pengurusan kepimpinan pengawas
yang cemerlang. Ia adalah sebagai satu penghargaan dan galakan kepada
pengurusan pengawas supaya lebih proaktif dalam membantu urusan
sahsiah dan disiplin murid di sekolah. Pengurusan yang cemerlang boleh
dijadikan contoh kepada sekolah lain supaya pengurusan lebih berkesan dan
teratur.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
Pengawas Cemerlang

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 8
Kriteria Penilaian
19
8. Pengurusan Sahsiah Cemerlang

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf sekolah yang berjaya membangunkan
sahsiah murid melalui pengurusan disiplin yang efektif ke arah perubahan
sikap dan kemenjadian murid. Pengurusan disiplin yang cemerlang dapat
membendung salah laku disiplin dalam kalangan murid dan memupuk amalan
baik bagi diri setiap murid.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
Sahsiah Cemerlang.

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 9
Kriteria Penilaian

9. Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah Cemerlang


20
a. Matlamat
Kategori bertujuan ini untuk mengiktiraf sekolah yang telah memainkan
peranan serta tanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif
mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang
diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang kokurikulum dan juga sahsiah
serta menggembleng kreativiti diri secara global. Pelaksanaan aktiviti ini
dapat mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah, PPS dan
Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) dalam usaha memberikan
penghargaan dan pengiktirafan kepada Kelab Pencegahan Jenayah sekolah.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah dan
negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil
sekolah menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
Kelab Pencegahan Jenayah Cemerlang

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 11
Kriteria Penilaian

10. Pengurusan Pendidikan Pencegahahan Dadah (PPDa) Cemerlang


21
a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf pengurusan PPDa sekolah dalam
memastikan warga sekolah mempunyai pengetahuan, kesedaran dan
kemahiran menentang bahaya dadah serta bahan terlarang yang boleh
merosakkan jasmani, emosi, rohani dan intelek di peringkat sekolah yang
lebih berkesan. Selain itu, ia secara tidak langsung dapat memperkasakan
pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan, bahaya dadah, dan
pelencongan sosial atau gejala negatif kepada warga luar juga.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil
sekolah menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
PPDa Cemerlang

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 12
Kriteria Penilaian

11. Amalan Terbaik Sahsiah Murid

22
a. Matlamat
Kategori ini bertujuan mengiktiraf amalan terbaik sahsiah murid merangkumi
peningkatan disiplin dan peningkatan kehadiran murid ke sekolah
berdasarkan isu yang dapat ditangani dengan baik. Meningkatkan kualiti
dan profesionalisme perkhidmatan disiplin di sekolah-sekolah menengah dan
rendah agar lebih berstruktur, berkesan dan cemerlang. Ini adalah usaha
menggalakkan penglibatan guru dengan inovasi dalam menyelesaikan
masalah yang dikesan. Hasil daripada Amalan Terbaik ini dapat dikongsi dan
diimplimentasi oleh semua sekolah serta menjadi penanda aras di peringkat
KPM.

Pencalonan Kebangsaan

Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.


Penilaian dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri dengan memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh KPM. Pihak JPN perlu menghantar Satu (1)
wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil sekolah menengah mewakili JPN
untuk dinilai dan diiktirafkan di peringkat kebangsaan.

b. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Instrumen Amalan Terbaik Sahsiah
Murid

c. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan menengah
seperti berikut:
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima
Lampiran 14
Kriteria Penilaian

12. Amalan Terbaik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

a. Matlamat
23
Kategori ini bertujuan mengiktiraf amalan terbaik Pendidikan Pencegahan
Dadah yang merangkumi dadah, substan dan pelencongan sosial.
Meningkatkan kualiti dan profesionalisme perkhidmatan dan pengurusan
PPDa di sekolah-sekolah menengah dan rendah agar lebih berstruktur,
berkesan dan cemerlang. Hasil daripada perkongsian Amalan Terbaik
sekolah dapat mengimplimentasikan kaedah intervensi terbaik untuk
menangani isu dadah, substan dan pelencongan sosial dalam merealisasikan
visi PPDa iaitu ‘Sekolah Bebas Dadah’.

b. Pencalonan Kebangsaan.

Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.


Penilaian dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri dengan memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh KPM. Pihak JPN perlu menghantar Satu (1)
wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil sekolah menengah akan mewakili
JPN untuk dinilai dan diiktirafkan di peringkat kebangsaan.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Instrumen Amalan Terbaik
Pendidikan Pencegahan Dadah.

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan menengah
seperti berikut:
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima
Lampiran 15
Kriteria Penilaian

13. Pertandingan Poster Digital


Tema : Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara: Hentikan Buli

24
1. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha murid dan guru bagi
menyampaikan mesej hentikan buli disamping memberikan ilmu pendidikan
pencegahan berkaitan buli yang boleh memberi impak bermakna kepada
warga sekolah dan warga komuniti agar sentiasa peka dengan isu ini dan
menerapkan nilai positif melalui medium sosial media.

2. Syarat Peryertaan dan Garis Panduan

1. Penyertaan terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah


menengah secara INDIVIDU.
2. Peserta perlu menghasilkan Poster Digital dengan tema Murid Ceria,
Guru Bahagia, Sekolah Bitara: Hentikan Buli
3. Bilangan penyertaan dihadkan kepada 1 murid dan perlu ada seorang
guru pembimbing. Guru pembimbing berperanan membimbing murid
supaya hasil karya menepati syarat serta tiada unsur negatif.
4. Bahasa yang boleh digunakan ialah Bahasa Melayu sahaja.
5. Rekaan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri dan asli.
Penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau
menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster
yang dihantar adalah tidak asli dan diplagiat.
6. Penyediaan poster hendaklah menggunakan perisian komputer atau
aplikasi alat peranti dengan reka bentuk berukuran A4 di dalam format
JPEG / PNG / PDF.
7. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian komputer atau
aplikasi untuk menghasilkan poster digital.
8. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan
syarat pertandingan
9. Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun
penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program
pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan.
10. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.

25
11. Karya yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-
unsur negatif yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan
keagamaan.
12. Semua poster digital yang dihasilkan dihantar ke Jabatan Pendidikan
Negeri masing-masing.
13. Keputusan juri adalah MUKTAMAD
14. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Ogos 2023.

3. Cara Penghantaran :
1. Penghantaran adalah kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-
masing. Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
2. Jabatan Pendidikan Negeri dikehendaki menghantar satu wakil rendah
dan menengah kepada urus setia Kementerian Pendidikan Malaysia
pada 25 Ogos 2022.

4. Instrumen Penilaian
Instrumen pemarkahan berdasarkan Instrumen Poster Digital

5. Cara Penghantaran
Penghantaran adalah kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

6. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan menengah seperti
berikut:
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga

26
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima

27

You might also like