You are on page 1of 8

SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN 01000 KANGAR, PERLIS

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PBL – KMR

Nama 1. Pn Aniza Binti Abdul Wahab (RBT)

2. Pn Rosalina Binti Darus (PSV)

3. Cik Nurdamia Aimi Binti Shaffee (English)

4. Pn Siti Fatimah Binti Yunus (Matematik)

Sekolah SMK Tuanku Lailatul Shahreen

Tajuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Kek

Ringkasan (Project Overview) Umum:


Murid diberikan peranan sebagai pencipta inovasi untuk menghasilkan
suatu barangan kegunaan harian yang berupaya mengekalkan
kelestarian alam. Murid dikehendaki mencari maklumat daripada
pelbagai sumber untuk menjana idea mereka ke arah penciptaan
tersebut. Hal ini demikian kerana masyarakat hari ini khususnya
generasi muda kurang menghargai alam sekitar. Mereka juga tidak
mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang kesan buruk
penggunaan bahan berasaskan plastik kerana perkara itu telah menjadi
kebiasaan masyarakat hari ini. Oleh itu, murid perlu diberikan
pengetahuan dan bimbingan untuk mencari sumber alternatif bagi
menggantikan penggunaan plastik yang mengambil masa jutaan tahun
untuk lupus. Atas matlamat ini, murid-murid perlu menghasilkan suatu
inovasi berdasarkan sumber persekitaran yang boleh menjamin
kelestarian alam mengikut kreativiti masing-masing. Hasil tersebut
akan dinilai oleh guru untuk diberikan markah, seterusnya dipamerkan
di peringkat sekolah.

Murid:
Anda diberikan peranan sebagai pencipta inovasi untuk menghasilkan
suatu barangan kegunaan harian yang mesra alam. Anda perlu
mencipta objek tersebut mengikut kreativiti anda berdasarkan
pemerhatian, pencarian maklumat dan pengalaman anda sendiri.
Maklumat yang anda peroleh akan membantu anda untuk
mendapatkan idea yang sesuai. Ciptaan anda perlu menggunakan
bahan persekitaran yang mudah untuk dilupuskan dan boleh menjamin
kelestarian alam. Secara tidak langsung, ciptaan anda boleh
menggantikan penggunaan bahan plastik yang menggugat kelestarian
alam. Dengan cara ini juga, anda boleh memupuk sikap cinta akan
alam sekitar dalam diri anda dan dapat menggalakkan masyarakat
sekeliling anda untuk menggunakan bahan yang mesra alam. Hasil
ciptaan anda akan dinilai oleh guru untuk diberikan markah, seterusnya
dipamerkan di peringkat sekolah.

Mata Pelajaran ☒ RBT ☒ PSV

☒ English ☒ Matematik

Tingkatan 1

Masa 4 Minggu
Standard Standard 1. RBT
Kandungan 3.1 Project Brief
2. PSV
Ekspresi Seni – Penzahiran idea dan
konsep melalui pelbagai sumber dan
teknologi dalam penjanaan tugasan
3. English
4.1 Communicate intelligibly through
print and digital media on familiar
topics.

4.2 Communicate with appropriate


language, form and style.

4. Matematik
10.2 Luas segitiga, segiempat selari,
lelayang dan trapezium

Standard 1. RBT
Pembelajaran
3.1.6 Membina mock up berdasarkan
Project Brief

2. PSV
Menterjemahkan hasil daripada
eksperimentasi dan penerokaan unsur
bentuk untuk menghasilkan karya
dengan menggunakan imaginasi dan
idea secara kreatif

3. English
4.1.5 Connect sentences into two
coherent paragraphs or more using
basic coordinating conjunctions and
reference pronouns.
4.2.3 Produce a plan or draft of two
paragraphs or more and modify this
appropriately in response to feedback.
4. Matematik
10.2.2 Menerbitkan rumus luas segi
tiga, segi empat selari, lelayang dan
trapezium berdasarkan luas segi empat
tepat.
10.2.3 Menyelesaikan masalah yang
melibatkan luas segi tiga, segi empat
selari, lelayang, trapezium dan
gabungan bentuk-bentuk tersebut.

Standard Prestasi T.P 6


1. RBT
Menghasilkan mock up berdasarkan
lakaran dengan nilai tambah

2. PSV
Menzahirkan idea secara kreatif dan
inovatif hasil daripada eksperimen dan
penerokaan unsur bentuk dalam
penghasilan karya

3. ENGLISH
a) Expresses ideas, opinions,
common feelings and organises
information independently.
b) Shows the ability to plan, draft and
edit work independently.

4. MATEMATIK
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai tentang
perimeter dan luas dalam konteks
penyelesaian masalah bukan rutin.
Hasil Pembelajaran 1. Membina dan menilai mock up pembungkusan kek berdasarkan
Project Brief. (RBT)

2. Menghasilkan 1 lukisan atau catan kotak pembungkusan kek


dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif dan inovatif serta
membuat pembentangan hasil karya berpandukan bahasa Seni
Visual. (PSV)

3. Able to write a simple opinion essay explaining at least 2 reasons


to use paper wrappings over plastic wrappings for environmental
sustainability independently. (English)

4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran perimeter dan luas


dalam penghasilan kotak kek. (Matematik)

The Big Idea Inovasi Lestari Alam

Soalan Pencetus Idea 1. Apakah bahan terbaik yang boleh digunakan untuk menjamin
kelestarian alam? (RBT)

2. Bagaimana anda boleh menjana idea berdasarkan sumber


persekitaran bagi menghasilkan produk? (PSV)

3. Does using papers better than using plastics for product


wrappings? (English)

4. Why do we need to opt for the use of paper wrappings over plastic
wrappings? (English)

5. Bagaimanakah ketepatan ukuran perimeter dan luas penting dalam


kelestarian alam? (Matematik)

6. Bagaimanakah cara untuk membina kotak pembungkusan kek


menggunakan rumus perimeter dan luas? (Matematik)

Rancangan Pentaksiran

Tugasan Jenis / Alatan Pentaksiran


1. Pelajar dapat menghasilkan Hasil:
lukisan atau catan kotak
1. Borang Brief
pembungkusan kek. (PSV)
2. Jadual dan lakaran.
3. Drafts of the essay
2. Pelajar dapat menghasilkan
4. Lakaran awal pelbagai bentuk
mock up kotak 5. Transkrip pembentangan
pembungkusan kek. (RBT)

3. Pupils able to produce a Proses:


simple opinion essay on the
reasons to use paper 1. Perbincangan kumpulan
2. Pencarian maklumat di Internet
wrappings instead of plastic
3. Refleksi pelajar
wrappings for environmental 4. Gambar pelbagai jenis kotak
sustainability (English). 5. Video berkaitan topik
4. Pelajar dapat membuat
pengiraan perimeter dan luas
yang tepat untuk penghasilan
kotak pembungkusan kek.
(Matematik)

Langkah Pengajaran RBT


1. Pelajar akan mengenalpasti takrifan Projek Brief dan
mengenalpasti ciri-ciri Projek Brief
2. Dua orang pelajar akan diminta berlakon di mana seorang akan
menjadi pengurus dan seorang lagi akan menjadi pelanggan.
3. Pelanggan akan memberitahu bahawa beliau mahukan satu
rekabentuk pembungkusan makanan iaitu pembungkus kek.
4. Pelajar (pengurus) akan membentuk satu kumpulan untuk
membuat perancangan Projek Brief iaitu:
i) Senarai semak
ii) Borang Brief
iii) Menyaring maklumat
iv) Bentuk jadual dan lakaran
v) Pembinaan mock up
5. Pasukan pengurus akan membina bahan pembungkusan makanan
(kek) mengikut kehendak pelanggan.
6. Pasukan akan membuat penambahbaikan pada mock up
pembungkusan makanan tersebut.

PSV
1. Tayangan multimedia
2. Memperolehi maklumat tentang bentuk daripada:
- Sumbang Saran
- Soal Jawab
- Perbincangan
- Nota Anekdot
3. Kembara Visual (Pereka Muda)
- Meneroka jenis bentuk yang terdapat pada alam semula jadi dan
objek buatan manusia
- Melakar pelbagai jenis bentuk yang terdapat pada subjek kajian
4. Murid diminta untuk menghasilkan beberapa idea lakaran kotak
pembungkusan kek.
5. Murid diminta untuk memilih satu daripada aktiviti iaitu:
- Lukisan
- Catan
6. Kemasan akhir produk dan membuat penilaian kendiri terhadap
hasil karya yang dipamerkan.
7. Mengemukakan pengalaman sendiri dalam penghasilan karya.
8. Mencatatkan nota sendiri melalui aktiviti tumpu galeri di mana
setiap kumpulan melawat hasil karya kumpulan lain.

English
1. Pupils watch a National Geographic documentary on “See How It
Feels to Be an Ocean Animal Stuck in a Plastic Bag”
2. Pupils read an opinion essay on similar issue and find information
on the Internet on the reasons to use paper over plastic wrappings.
3. Pupils work in a group to plan, organise and draft their essay
expressing opinions on the topic.
4. Pupils edit the written work using the checklist and feedback
provided independently.
5. Pupils walk around the class to read other group’s work (Gallery
Walk) and write feedback (2 Stars and A Wish).

Matematik
1. Murid mempelajari tajuk-tajuk berikut:
a) Menerbitkan rumus luas segi tiga, segi empat selari, lelayang
dan trapezium berdasarkan luas segi empat tepat.
b) Mengira luas bagi segi tiga, segi empat selari, lelayang dan
trapezium
2. Murid mengaplikasikan pengiraan luas segiempat, segitiga,
lelayang dan trapezium kepada bahan-bahan di persekitaran
mereka.
3. Murid membuat penilaian ukuran objek yang telah dicipta.
Sumber 1. Internet
2. Buku rujukan / buku teks
3. Ensikopledia
4. Majalah
5. Senarai semak tugasan

You might also like