You are on page 1of 1

RABU 27 september 2023

Bahasa Melayu Tahun 6

Tajuk : Lemak Manis Tepung Pelita

Arahan : Tuliskan cara-cara membuat kuih dibawah dengan betul dan kemas.

Resipi Tepung Pelita:


Bahan-bahan:
•daun pisang sebagai acuan
•1 sudu teh gula pasir yang dikisar bagi setiap acuan
lapisan bawah:
•1 cawan tepung beras
•1 cawan gula
• 4 cawan air kisaran daun pandan
lapisan atas:
• 4 cawan santan
• 4 sudu makan tepung beras
•1 cubit garam

Mula-mula, kita mestilah sediakan acuan tepung pelita. Kemudian,


masukkan satu sudu teh gula pasir yang telah dikisar ke dalamnya. Seterusnya,
untuk lapisan bawah, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan.
Kacau adunan sehingga sebati dan likat. Selepas itu, tuang adunan ke dalam
acuan dan biarkannya menyejuk. Untuk bahagian atas, kita perlu panaskan
semua bahan iaitu 4 cawan santan, 4 sudu makan tepung beras dan secubit
garam. Apabila adunan telah sebati, kita tutup api. Akhir sekali, tuang adunan
ke dalam acuan semula dan biarkannya menyejuk.

You might also like