You are on page 1of 24

SURAT TAWARAN

Xanderia Services Sdn Bhd


201801042883 (1304915-W)

Tarikh : 21/08/2023
No. Ruj : 0010200782-1
Nama Pelanggan/Pembeli : MAHADI BIN HASSAN
Alamat Surat Menyurat : NO 12 JALAN KASIH 4, TAMAN MURNI, SEGAMAT, 85000, Johor
No. K. P : 810319-04-5337

Tuan/Puan,

PEMBIAYAAN KANZ AL-ILHAM SEBANYAK RM 9,000.00

Kami merujuk kepada permohonan Tuan/Puan bertarikh 21/08/2023 dan sukacita dimaklumkan bahawa
Xanderia Services Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 201801042883) (“XS”) telah bersetuju untuk menawarkan
Pembiayaan Kanz Al-Ilham tersebut, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam surat
tawaran ini (“Surat Tawaran”) seperti berikut:

1 KONSEP PEMBIAYAAN Berdasarkan konsep Tawarruq (transaksi jual beli


komoditi atau aset berasaskan pembayaran
tangguh secara Murabahah)

2 TUJUAN PEMBIAYAAN Penggunaan Peribadi Pelanggan/Pembeli

3 JUMLAH PEMBIAYAAN (HARGA BELIAN) RM 9,000.00

4 HARGA JUALAN XS RM 15,291.00

5 KADAR KEUNTUNGAN (%) 6.99% p.a.

6 TEMPOH 120 BULAN

7 PEMBAYARAN HARGA ANSURAN XS RM 130.48

8 CARA PEMBAYARAN (a) Ansuran pertama akan bermula pada bulan


berikutnya dari tarikh Perjanjian Jualan Komoditi
dan ansuran mesti dibuat setiap bulan.

(b) Ansuran bulanan melalui potongan gaji


bulanan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad (ANGKASA).

9 DOKUMEN
i. Surat Tawaran
ii. Surat Janji Untuk Membeli Komoditi
iii. Surat Perlantikan Wakil Bagi
Menyempurnakan Akad (Wakalah)
iv. Perjanjian Jualan Komoditi
v. Deklarasi dan Perakuan

10 KOS, CAJ, YURAN DAN ANSURAN (a) Caj Tetap: Tiada.

M/S 1 / 3
Version 9.3(ii)
Date:11.4.2021
PENDAHULUAN (b) Caj Tidak Tetap:
i. Duti setem
ii. Yuran pemprosesan 20% jumlah
Pembiayaan
iii. Caruman Takaful Berkumpulan: Tidak
Berkenaan
(c) Ansuran pendahuluan akan dianggap sebagai
ansuran bulan pertama.

Segala kos dan/atau caj dan/atau yuran akan


ditanggung dan dibayar oleh Pelanggan/ Pembeli.

11 PENYELESAIAN AWAL SEBELUM Pelanggan/Pembeli dibenarkan pada bila-bila


TAMAT TEMPOH PERJANJIAN JUALAN masa membayar semula jumlah Harga Jualan XS
KOMODITI atau bahagian yang belum selesai dibayar, serta
apa-apa caj-caj yang ditentukan secara mutlak.
XS di atas budi bicara mutlaknya akan
mempertimbangkan pemberian sejumlah rebat
yang ditentukan sepenuhnya oleh XS pada tarikh
penyelesaian awal.

12 SYARAT KHAS (a) Surat tawaran ini tertakluk kepada kelulusan


potongan gaji dari Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (ANGKASA).
(b) Pelanggan/ Pembeli membenarkan XS untuk
menguruskan pembayaran ansuran pembiayaan
melalui penolakan gaji Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Pelanggan/Pembeli bersetuju bahawa setiap
potongan gaji yang dijalankan oleh pihak XS akan
dikenakan caj perkhidmatan Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

13 TERMA-TERMA AM Segala perincian terma-terma dan syarat- syarat


adalah seperti di dalam Perjanjian Jualan
Komoditi.

Sila ambil perhatian bahawa XS boleh membatalkan tawaran Pembiayaan ini (dengan notis bertulis)
sekiranya berlaku perkara-perkara berikut:

1) Syarat Khas atau Terma-Terma Am tidak dipenuhi;

2 Pembiayaan tidak digunakan untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan yang tidak dipersetujui oleh XS;

3) Terdapat perubahan ketara dalam keadaan kewangan atau keadaan Pelanggan/Pembeli yang lain
selepas tarikh Surat Tawaran ini; dan

4) Pelanggan/Pembeli telah memberikan XS maklumat yang tidak tepat, mengelirukan atau salah semasa
memohon Pembiayaan.

M/S 2 / 3
Version 9.3(ii)
Date:11.4.2021
Sila nyatakan persetujuan Tuan/Puan dengan menandatangani dan mengembalikan kepada kami salinan
pendua Surat Tawaran ini.

Untuk dan bagi pihak


XANDERIA SERVICES SDN. BHD.
(No. Syarikat: 201801042883)

Tandatangan
Nama : SYED MOHD NURUL ALIMIN BIN SYED ABDUL GHAFUR
Jawatan : KETUA PRODUK

Saya telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat Pembiayaan Kanz Al-Ilham yang
ditawarkan oleh Xanderia Services Sdn Bhd (XS) dalam Surat Tawaran ini dan dengan ini bersetuju
dengan semua terma-terma dan syarat-syarat tersebut.

Diterima oleh,

X
Tandatangan
Nama : MAHADI BIN HASSAN
No. K/P : 810319-04-5337

M/S 3 / 3
Version 9.3(ii)
Date:11.4.2021
Tarikh : 21/08/2023
No. Ruj : 0010200782-2

XANDERIA SERVICES SDN. BHD. (“XS”)


17-1, Menara Q Sentral
No.2A, Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

SURAT JANJI UNTUK MEMBELI KOMODITI

Merujuk kepada Surat Tawaran bertarikh 21/08/2023.

2. Berdasarkan prosedur pembiayaan XS dan Surat Tawaran yang telah dipersetujui


oleh XS dan saya, saya dengan ini meminta XS sebagai wakil untuk membeli Komoditi
tersebut daripada mana-mana pedagang Komoditi pada Harga Belian yang harus dibayar
berdasarkan syarat Pembiayaan.

Jenis Komoditi : AIRTIME CREDIT

Kuantiti Komoditi : Berdasarkan sijil perdagangan komoditi

Harga Belian XS : RM 9,000.00

Harga Jualan XS (RM) : RM 15,291.00

3. Setelah belian Komoditi dilakukan oleh pihak XS, saya dengan ini berjanji dan beraku
janji tanpa boleh ditarik balik untuk membeli Komoditi daripada XS, pada Harga Jualan XS
dengan cara bayaran bertangguh dan mengesahkan bahawa akujanji di sini tanpa boleh
ditarik balik (kecuali dengan persetujuan bertulis daripada XS terlebih dahulu) dan
mengikat harta pusaka, waris, pengganti hak milik saya, pegawai dan wakil peribadi yang
dibenarkan.

M/S 1 / 2
Version 9.3(i)
Date: 11.4.2021
4. Dengan menandatangani Surat Janji Untuk Membeli Komoditi ini, saya mengaku telah
memahami dan sedia maklum akan sebarang bentuk liabiliti dan risiko yang melibatkan diri
saya. Saya beraku janji untuk memberi ganti rugi sepenuhnya dan melindungi XS daripada atau
ke atas sebarang perbelanjaan, kerugian, kerosakan atau liabiliti yang mungkin dialami oleh XS
akibat persetujuan untuk terlibat dalam pembelian atau penjualan Komoditi.

Yang benar,

X
Tandatangan
Nama : MAHADI BIN HASSAN

No. K/P : 810319-04-5337

M/S 2 / 2
Version 9.3(i)
Date: 11.4.2021
Tarikh : 21/08/2023
No. Ruj : 0010200782-3

XANDERIA SERVICES SDN. BHD.


17-1, Menara Q Sentral
No.2A, Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

SURAT PERLANTIKAN WAKIL BAGI MENYEMPURNAKAN AKAD (WAKALAH)

Saya, MAHADI BIN HASSAN (No. K/P: 810319-04-5337), seorang warganegara


Malaysia yang cukup umur dan beralamat di NO 12 JALAN KASIH 4, TAMAN MURNI,
SEGAMAT, 85000, Johor, dengan ini melantik Xanderia Services Sdn. Bhd. (‘’XS’’) dan
mana-mana pihak yang dilantik oleh XS sebagai wakil saya untuk membeli Komoditi
berikut (“Akad Belian”) dan pada masa yang sama memberi kuasa kepada XS untuk
bertindak bagi pihak saya dalam menjual Komoditi berikut (“Akad Jualan”) kepada mana-
mana pihak yang berkenaan:-

Jenis Komoditi : AIRTIME CREDIT

Kuantiti Komoditi : Berdasarkan sijil perdagangan komoditi

Harga Belian : RM 9,000.00

Caj Wakalah : RM 3.00

Saya beraku janji dengan menyerahkan hakmilik Komoditi kepada Pembeli Komoditi
sebaik saja selesai Urusniaga Jualan. Sebagai balasan kepada perlantikan XS atau
pihak yang dilantik oleh XS sebagai wakil, saya dengan ini bersetuju untuk membayar
XS atau pihak yang dilantik oleh XS caj wakalah, yang akan ditolak dari jumlah hasil
daripada penjualan Komoditi.

M/S 1 / 2
Version 9.3(i)
Date: 8.3.2021
Sila kreditkan baki dari jumlah hasil penjualan Komoditi tersebut ke dalam akaun saya.
Segala penjelasan adalah mengikut butiran yang dinyatakan di atas.

Yang benar,

X
Tandatangan
Nama : MAHADI BIN HASSAN

No. K/P : 810319-04-5337

Kami, Xanderia Services Sdn. Bhd., dengan ini menerima perlantikan sebagai wakil
bagi pihak seperti di atas, untuk membeli dan menjual Komoditi bersetuju sepertimana
dinyatakan di atas.

Untuk dan bagi pihak,


Xanderia Services Sdn. Bhd.,
(No.Pendaftaran: 201801042883)

Tandatangan
Nama : SYED MOHD NURUL ALIMIN BIN SYED ABDUL GHAFUR
Jawatan : KETUA PRODUK
Tarikh : 21/08/2023

M/S 2 / 2
Version 9.3(i)
Date: 8.3.2021
PERJANJIAN JUALAN KOMODITI Xanderia Services Sdn Bhd
201801042883 (1304915-W)

SUATU PERJANJIAN diperbuat pada haribulan dan tahun yang dinyatakan di dalam Seksyen 1 Jadual
Pertama dalam Perjanjian ini.

ANTARA

Xanderia Services Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 201801042883), sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta
Syarikat 2016 yang pejabat berdaftarnya seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 2 Jadual Pertama sebagai
pihak pertama [selepas ini dirujuk sebagai “XS”].

DAN

Suatu pihak seperti dinyatakan di dalam Seksyen 3 Jadual Pertama sebagai pihak yang satu lagi [selepas ini
dirujuk sebagai “Pelanggan/Pembeli”]

MUKADIMAH

BAHAWASANYA:

I. Pelanggan/Pembeli telah memohon kepada XS untuk memperolehi Pembiayaan Kanz Al-Ilham dengan
jumlah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 4 Jadual Pertama [selepas ini dirujuk sebagai
“Pembiayaan”] di bawah kontrak Komoditi Murabahah (Tawarruq), untuk tujuan penggunaan peribadi
Pelanggan/Pembeli; dan

II. Melalui Surat Tawaran, XS dan Pelanggan/Pembeli bersetuju untuk melakukan transaksi jual beli
komoditi di bawah konsep Komoditi Murabahah (Tawarruq). XS bersetuju untuk menjual dan
Pelanggan/Pembeli bersetuju untuk membeli komoditi tersebut mengikut terma dan syarat Perjanjian
ini. Pelanggan/Pembeli kemudian bersetuju untuk melantik XS sebagai wakil untuk membeli komoditi
patuh Shariah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 5 Jadual Pertama [selepas ini dirujuk sebagai
"Komoditi"] dengan harga yang dinyatakan di dalam Seksyen 6 Jadual Pertama [selepas ini dirujuk
sebagai "Harga Jualan XS"] mengikut syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI YANG BERIKUT:

1. DEFINISI DAN TAFSIRAN

1.1. Definisi

Terma-terma berikut mempunyai makna masing-masing yang diberikan kepadanya melainkan jika konteksnya
menghendaki sebaliknya:
M/S 1 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
Perjanjian Ertinya Perjanjian ini dibuat antara XS dan Pelanggan/Pembeli dan termasuk
segala perubahan, penjumlahan atau penambahan yang tidak bercanggah
dengan prinsip Syariah, sepertimana dipersetujui oleh kedua-dua Pihak;

Komoditi Ertinya komoditi yang diguna pakai di dalam transaksi Murabahah seperti yang
telah ditetapkan oleh XS di dalam Perjanjian ini;

Harga Belian Komoditi Ertinya harga belian yang dibayar oleh XS kepada pembekal Komoditi untuk
pembelian Komoditi yang bersamaan dengan Jumlah Pembiayaan sepertimana
yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran;

Pembeli Komoditi Ertinya pembeli Komoditi yang berkaitan dengan Perjanjian ini;

Harga Jualan Komoditi Ertinya Harga Belian Komoditi termasuk kadar keuntungan yang dipersetujui
sepertimana yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran;
Pembekal Komoditi Ertinya pembekal Komoditi sepertimana dimaklumkan oleh XS;

Pelanggan/Pembeli Ertinya individu yang mana nama dan maklumat-maklumatnya dinyatakan


dalam Perjanjian ini termasuk pengganti dalam hak milik dan penerima serah
hak yang dibenarkan;

Peristiwa-Peristiwa Ertinya suatu peristiwa yang dinyatakan di dalam Klausa 9 dalam Perjanjian ini
Kemungkiran atau suatu peristiwa di mana, masa luput dan/atau pemberian notis dan/atau
keazaman telah dibuat di bawah perenggan berkaitan akan membentuk suatu
peristiwa yang dinyatakan di dalam Klausa 9 dalam Perjanjian ini;

Penyelesaian Awal Ertinya penyelesaian Pembiayaan sebelum tamat tempoh matang;

Surat Tawaran Ertinya Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh XS dan penerimaan oleh
Pelanggan/Pembeli seperti yang sepatutnya;

Murabahah Ertinya bermaksud penjualan dan pembelian Komoditi di mana harga jualan
dan kadar keuntungan didedahkan kepada Pelanggan/Pembeli;

Pihak-Pihak Secara kolektif ertinya XS dan Pelanggan/Pembeli;

SST Ertinya Cukai Jualan dan Perkhidmatan seperti yang tertakluk di bawah Akta
Cukai Perkhidmatan 2018;

Tawarruq Ertinya urusan antara XS dan Pelanggan/Pembeli di mana Komoditi dijual oleh
XS kepada Pelanggan/Pembeli pada harga Jualan XS yang perlu dibayar oleh
M/S 2 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
Pelanggan/Pembeli, di mana urusniaga tersebut menjadi efektif selepas
penerimaan Pelanggan/Pembeli terhadap Surat Tawaran;

Hari Bekerja Ertinya hari yang bukan hari cuti am, Sabtu dan Ahad di mana XS menjalankan
urusan sebagaimana diperlukan oleh Perjanjian ini;

XS
Ertinya Xanderia Services Sdn. Bhd., suatu syarikat yang didaftar di bawah
Akta Syarikat 2016 yang pejabat berdaftarnya beralamat di 17-1, Menara Q
Sentral, No.2A, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral 50470 W.P.
Kuala Lumpur dan termasuk pengganti dalam hak milik dan penerima serah
hak yang dibenarkan;

Harga Jualan XS Ertinya harga jualan yang perlu dibayar oleh Pelanggan/Pembeli untuk
pembelian Komoditi secara ansuran yang mana bersamaan dengan Harga
Jualan XS beserta kadar keuntungan; dan

Pembayaran Harga Jualan Ertinya bayaran ansuran bagi Harga Jualan XS mengikut masa dan dalam
XS jumlah yang ditetapkan di dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Jadual Pertama
dalam Perjanjian ini.

1.2 Tafsiran

Tajuk klausa ini dimasukkan semata-mata untuk rujukan dan boleh diabai dalam penafsiran Perjanjian ini.
Dalam Perjanjian ini, selain intipati yang diperlukan, rujukan kepada klausa- klausa dan jadual-jadual perlu
disifatkan sebagai rujukan kepada klausa-klausa dan jadual- jadual kepada Perjanjian ini dan rujukan kepada
Perjanjian ini termasuk jadual-jadual, perkataan-perkataan yang membawa erti bilangan banyak hendaklah
meliputi bilangan tunggal dan sebaliknya; jantina lelaki hendaklah meliputi perempuan dan jantina-jantina
neuter, dan rujukan kepada seseorang disifatkan termasuk kepada individu, firma, syarikat, pertubuhan yang
tidak diperbadankan atau mana-mana negeri atau mana-mana/agensi/berikutnya.

2. KEBERGANTUNGAN TERHADAP SURAT JANJI UNTUK MEMBELI KOMODITI

2.1. Pelanggan/ Pembeli mengakui bahawa XS (dalam kapasitinya sebagai penjual) akan membeli secara
langsung Komoditi yang relevan dengan bergantung pada arahan Pelanggan/Pembeli yang tidak dapat
ditarik balik untuk membeli dan melakukan, seperti yang terkandung dalam Surat Janji Untuk Membeli
Komoditi untuk membolehkan pembelian Komoditi dari XS dengan Harga Jualan XS.

M/S 3 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
3. TRANSAKSI MURABAHAH

3.1. Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, setelah pembelian Komoditi oleh XS seperti yang
dijelaskan dalam Klausa 2 di atas, XS kemudian akan menjual, dan Pelanggan/Pembeli akan membeli
Komoditi berdasarkan Perjanjian ini.
3.2. Balasan bagi Komoditi tersebut adalah Harga Jualan XS yang perlu dibayar berdasarkan pembayaran
tangguh. Pembayaran oleh Pelanggan/Pembeli kepada XS selari dengan syarat-syarat Perjanjian ini
akan dirujuk sebagai kewajipan kepada Pelanggan/Pembeli untuk membayar Harga Jualan XS di
dalam Seksyen 8 Jadual Pertama di sini.

3.3. Setelah pelaksanaan [dokumen penjualan dan pembelian yang relevan yang disediakan oleh pembekal
Komoditi], penjualan Komoditi kepada Pelanggan/Pembeli akan diselesaikan dan pemilikan dan semua
risiko dalam Komoditi akan diserahkan kepada Pelanggan/Pembeli.

3.4. XS boleh memilih untuk mengambil atau menjual Komoditi dengan harga kos kepada pembeli pihak
ketiga.

3.5. Pelanggan/Pembeli perlu menanggung dan bertanggungjawab ke atas semua kos dan perbelanjaan
(termasuk belanja tunai langsung dan yuran guaman jika diperlukan) dan cukai yang dikenakan untuk
atau berkaitan dengan tindakan, kerja dan perkhidmatan yang disebut dalam Perjanjian ini atau
pelaksanaan tanggungjawab masing-masing di bawah ini.

4. PEMILIKAN DAN PENGGUNAAN KOMODITI

Pelanggan/Pembeli boleh memiliki dan menggunakan Komoditi dalam keadaan sedia ada, tertakluk
kepada kaedah mengikut turutan seperti berikut:-

(a) Pembelian komoditi oleh XS setelah menerima Surat Janji Untuk Membeli Komoditi daripada
Pelanggan/Pembeli;
(b) Penjualan komoditi berasaskan pembayaran tangguh secara Murabahah oleh XS kepada
Pelanggan/Pembeli untuk dibayar secara tertangguh; dan
(c) Penjualan komoditi oleh XS (bagi pihak Pelanggan/Pembeli) kepada pembekal komoditi.

5. CARA PEMBAYARAN HARGA JUALAN XS


5.1 Bayaran Harga Jualan XS
Pelanggan/Pembeli mesti membayar setiap ansuran bagi Harga Jualan XS tepat pada waktu dan
jumlahnya sepertimana dinyatakan di dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Jadual Pertama dalam
Perjanjian ini.

5.2 Lanjutan Tempoh Masa Pembayaran Harga Jualan XS


Pelanggan/Pembeli membenarkan XS melanjutkan Tempoh Pembayaran Harga Jualan XS sekiranya
baki Pembiayaan masih belum selesai pada akhir Tempoh yang telah ditetapkan.
M/S 4 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
5.3 Kegagalan Membuat Pembayaran Harga Jualan XS
Sekiranya Pelanggan/Pembeli gagal membuat salah satu atau lebih bayaran ansuran sepertimana
yang dinyatakan di atas dan terus tidak membayar untuk selama 14 hari selepas notis tuntutan
dikeluarkan sama ada oleh XS atau wakil yang dilantik oleh XS, maka kesemua jumlah baki tertunggak
Harga Jualan XS perlu dibayar dengan serta merta. Sekiranya jumlah tersebut tidak dilunaskan seperti
dinyatakan, XS atau pihak yang dilantik/dipilih oleh XS berhak untuk mengambil tindakan yang
sepatutnya, termasuk memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatkan baki jumlah tertunggak
tersebut.

6. PEMBAYARAN LEWAT

6.1. Adalah dengan ini dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa XS berhak mengenakan caj bayaran
lewat kepada Pelanggan/Pembeli ke atas pembayaran lewat dan kemungkiran bayaran ke atas Harga
Jualan XS berdasarkan mekanisma-mekanisma berikut: -

(a) Sekiranya Pelanggan/Pembeli gagal membayar mana-mana ansuran bulanan dari tarikh
pertama bayaran ansuran sehingga tarikh matang, caj bayaran lewat sebanyak 1.0% setahun
ke atas bayaran ansuran tertunggak akan dikenakan. Walaubagaimanapun, jumlah bayaran
lewat tersebut tidak boleh dikompaun bersama bayaran ansuran tertunggak; dan

(b) Manakala sekiranya Pelanggan/Pembeli gagal membayar mana-mana ansuran


bulanan selepas tarikh matang Pembiayaan ini, dengan caj bayaran lewat sebanyak 1.0%
setahun ke atas jumlah tertunggak Harga Belian Komoditi, dikira atas dasar bulanan
sehinggalah pembayaran penuh Harga Jualan XS. Walaubagaimanapun, jumlah caj bayaran
lewat tersebut tidak boleh dikompaun bersama jumlah tertunggak Harga Belian Komoditi
tersebut.

7. PENJELASAN/ PEMBAYARAN AWAL DAN REBAT (IBRA’)

7.1 Penyelesaian Awal Harga Jualan XS


Pelanggan/pembeli boleh pada bila-bila masa membayar seluruh jumlah Harga Jualan XS atau
bahagian yang belum selesai dibayar. Kadar caj atau jumlah penyelesaian adalah seperti Jadual
Kedua Perjanjian ini.

7.2 Rebat (Ibra’)


XS di atas budi bicara mutlaknya akan mempertimbangkan pemberian rebat yang ditentukan pada
tarikh penyelesaian awal dibuat.

7.3 XS akan memberikan rebat (Ibra ') kepada Pelanggan/Pembeli di atas pembayaran awal terhadap
harga Pembiayaan pada, tetapi tidak terhad kepada, peristiwa-peristiwa berikut:

M/S 5 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
(a) Pelanggan/Pembeli membuat penyelesaian awal atau penebusan awal, termasuk
bayaran- bayaran yang telah dibuat terlebih dahulu; dan

(b) Sekiranya jumlah sebenar yang dikeluarkan oleh XS kepada Pelanggan/Pembeli adalah
kurang daripada jumlah Pembiayaan.

7.4 Untuk mengelakkan keraguan, dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa rebat (Ibra’) yang disebutkan
di sini tidak akan ditafsirkan dengan apa cara sekalipun sebagai rebat tunai yang harus dibayar kepada
Pelanggan/Pembeli, tetapi akan diambil kira sebagai pengurangan elemen keuntungan dari Harga
Jualan XS.

7.5 Sekiranya penyelesaian dilakukan dalam tempoh separuh pertama pembiayaan, rebat (Ibra’) akan
dikurangkan dengan Penyelesaian Awal. Jumlah rebat (Ibra’) adalah dikira berdasarkan formula
berikut:
Ibra’ = Keuntungan Tertangguh - Penyelesaian Awal, di mana

n = Jumlah baki ansuran bulanan seperti di


n ( n +1) dalam tempoh berjadual
Keuntungan Tertangguh = × P T = Tempoh pembiayaan (bulan)
T ( T+1) P = Keuntungan berbayar sepanjang
keseluruhan tempoh pembiayaan XS

8. REPRESENTASI DAN WARANTI

8.1 Representasi dan Waranti Pelanggan/Pembeli


Pelanggan/Pembeli memberi representasi dan berwaranti kepada XS kepentingan berikut: -
(a) Status
Sesungguhnya Pelanggan/Pembeli mempunyai kapasiti perundangan untuk memasuki
Perjanjian ini dan Pelanggan/Pembeli tidak bankrap dan tidak mempunyai penghakiman
kebangkrapan keatasnya atau apa-apa notis atau apa-apa bentuk arahan atau proses telah
dikenakan ke atas Pelanggan/Pembeli, sepengetahuan Pelanggan/Pembeli.

(b) Perbicaraan
Sesungguhnya tidak ada sebarang tindakan litigasi, arbitrasi atau tindakan tadbir atau tuntutan,
sedang atau mungkin berlangsung ke atas Pelanggan/Pembeli di dalam mana-mana
mahkamah dan tidak ada tindakan disiplin atau mana-mana tindakan perbicaraan yang sama
telah diambil, sepengetahuan Pelanggan/Pembeli yang boleh mengancamnya; dan

(c) Maklumat
Sesungguhnya maklumat yang diberikan Pelanggan/Pembeli untuk tujuan Perjanjian ini adalah
sepengetahuan Pelanggan/Pembeli dan dipercayai tidak mengandungi kenyataan-kenyataan
yang tidak benar atau ditinggal untuk menyatakan apa-apa fakta yang peninggalannya akan
menyebabkan kenyataan yang dibuat berkeadaan ianya adalah mengelirukan.

M/S 6 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
Sekiranya mana-mana representasi dan waranti yang dibuat pada bila-bila masa selepas ini
dibuktikan salah di dalam apa-apa segi, maka dalam keadaan tersebut dan walau ada apa-
apa yang berlawanan dengannya, XS mempunyai hak mutlak untuk mengkaji,
menggantung, menarik balik atau menamatkan Pembiayaan tersebut atau sebahagian
daripadanya.

8.2 Representasi dan Waranti XS


XS memberi representasi dan berwaranti kepada Pelanggan/Pembeli bagi kepentingan sesungguhnya
XS adalah tuan punya Komoditi dan mempunyai hak milik Komoditi tersebut di mana, seperti
perkara yang disebut di atas, berkenaan dengan urusniaga jualan Komoditi dan XS beraku janji untuk
melepaskan Pelanggan/Pembeli dari sebarang kos atau liabiliti yang disebabkan oleh mana-mana
kemungkiran/representasi/ini.

9. PERISTIWA KEMUNGKIRAN

Jika berlaku peristiwa kemungkiran dan Pelanggan/Pembeli gagal untuk menyelesaikan kemungkiran
(jika ianya boleh diselesaikan) dalam masa yang ditetapkan, XS akan memberi notis kepada
Pelanggan/Pembeli bagi memohon segala jumlah tertunggak Harga Jualan XS, yang sememangnya
belum dibayar, menjadi perlu dibayar dengan serta merta. XS berhak tanpa notis tambahan ke atas
Pelanggan/Pembeli, memulakan tindakan dan mengambil langkah seperti yang difikirkan perlu untuk
menguatkuasakan pembayaran keseluruhan jumlah yang perlu dibayar,merujuk kepada Perjanjian
ini. Perkara berikut adalah dianggap sebagai peristiwa kemungkiran:

(a) Sekiranya Pelanggan/Pembeli gagal atau mungkir mana-mana peruntukan dalam


Perjanjian ini, yang tidak berupaya untuk diselesaikan atau berupaya untuk penyelesaian, tidak
diselesaikan dalam masa 14 hari selepas notis bertulis dikemukakan kepada
Pelanggan/Pembeli daripada XS, yang mana meminta tindakan untuk menyelesaikan perkara
yang sama; atau

(b) Sekiranya mana-mana representasi atau waranti Pelanggan/Pembeli seperti yang dinyatakan
dalam Klausa 8 di atas adalah palsu atau salah di dalam apa-apa segi; atau

(c) Sekiranya Pelanggan/Pembeli didapati bankrap atau mempunyai notis kebankrapan yang
dikenakan ke atasnya, menjadi gila atau tidak waras, meninggal dunia; atau

(d) Sekiranya Pelanggan/Pembeli gagal untuk membayar salah satu atau lebih, bayaran ansuran
Harga Jualan XS, pada tarikh pembayaran selepas notis dikenakan ke dalam Klausa 9(a) di
atas.

10. PEMBATALAN

M/S 7 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
10.1. Pelanggan/Pembeli boleh membatalkan Pembiayaan ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh Perjanjian
selagi jumlah pembiayaan belum diserahkan kepada Pelanggan/Pembeli, dan Pelanggan/Pembeli
akan dikenakan bayaran kos sebenar proses pembatalan (jika ada). Segala pembatalan dibuat
selepas tamat tempoh 14 hari akan dianggap sebagai penyelesaian awal.

10.2. Sekirannya terdapat apa-apa kemungkiran sepertimana yang dinyatakan dalam Klausa 9, XS
berhak pada bila-bila masa, secara mutlak, menarik balik Pembiayaan tersebut dan Perjanjian ini,
dengan memberi notis 14 hari kepada Pelanggan/Pembeli berkenaan hasrat untuk penarikbalikan
Pembiayaan tersebut, segala tunggakan dan jumlah yang belum dituntut dari Harga Jualan XS dan
semua obligasi dalam Perjanjian ini, perlu dibayar dan/atau dijelas dalam masa 14 hari dari
pembatalan atau penarikbalikan tersebut.

11. PELBAGAI

11.1 Perjanjian ini merupakan perjanjian keseluruhan dan persefahaman antara Pihak-Pihak berkenaan
perkara subjek. Pihak-Pihak mengambil maklum, yang dengan termeterainya Perjanjian ini, ianya tidak
bergantung kepada mana-mana representasi, waranti atau lain-lain jaminan (kecuali sepertimana
diberikan atau dirujuk dalam Perjanjian ini) secara lisan mahupun bertulis dan melepaskan segala hak
dan penyelesaian yang mungkin sebaliknya ada padanya, dengan jangkaan tidak ada perkara dalam
Perjanjian ini akan menghad atau mengecuali apa-apa liabiliti salah satu pihak-pihak untuk penipuan.

11.2 Suatu kegagalan atau suatu kelewatan dalam melaksanakan apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan
dalam hal Perjanjian ini, tidak boleh dianggap untuk tindakan sebagai perlepasan, dan salah satu atau
sebahagian perlaksanaan apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan tidak boleh dianggap sebagai untuk
dimasukkan mana-mana perlaksanaan yang seterus atau kemudiannya, tentang hak tersebut, kuasa,
atau keistimewaan tidak boleh dianggap sebagai dimasukkan mana-mana perlaksanaan yang seterus
atau kemudiannya, tentang hak tersebut, kuasa atau keistimewaan atau perlaksanaan hak, kuasa atau
keistimewaan yang lain.

11.3 Semua fi, caj dan duti setem akan ditanggung dan dibayar sepenuhnya oleh
Pelanggan/Pembeli.
11.3.1 Pelanggan/Pembeli hendaklah menanggung semua cukai kerajaan, levi dan kos lain yang
dikenakan oleh undang-undang berhubung dengan peruntukan Perjanjian di antara XS
dan Pelanggan/Pembeli. Khususnya, di mana SST adalah terpakai kepada XS, XS berhak
mengenakan SST yang perlu dibayar kepada Kerajaan dalam menyediakan Pembiayaan
tersebut dan/atau mana-mana perkhidmatan XS yang dibekalkan kepada Pelanggan/Pembeli
termasuk dan tidak terhad kepada fi, caj dan/atau caj yang dikenakan ke atas caj/yuran
kutipan;

11.3.2 Jika XS bertanggungjawab ke atas SST maka XS hendaklah;

M/S 8 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
(a) Memberikan kepada Pelanggan/Pembeli maklumat yang mungkin dikehendaki secara
munasabah liabiliti bagi SST; dan
(b) Memberikan apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang semunasabahnya
dikehendaki oleh Pelanggan/Pembeli untuk membolehkan Pelanggan/Pembeli untuk
menuntut kredit cukai input di bawah undang-undang SST.

11.3.3 Di mana bekalan yang boleh dikenakan cukai telah dibuat dan pertimbangan yang dikenakan
tetapi SST berkenaan telah tidak didakwa, peningkatan dalam pertimbangan yang
diperlukan hendaklah dibayar kepada Pelanggan/Pembeli.

11.3.4 Pelanggan/Pembeli bersetuju untuk menanggung segala caj-caj yang berhubung dengan
Perjanjian ini termasuk dan tidak terhad kepada caj pemprosesan, caj pentadbiran dan yuran
komoditi yang mana kesemuanya harus dibayar secara terus kepada pihak yang berkaitan
dengan XS.

11.4 Segala terma-terma dan syarat-syarat di dalam Surat Tawaran XS untuk pemberi Pembiayaan kepada
Pelanggan/Pembeli akan dianggap digabungkan ke dalam dan difahami, disifatkan dan ditafsir sebagai
sebahagian dari Perjanjian ini. Sekiranya timbul sebarang konflik atau ketidaktepatan antara
peruntukan-peruntukan di dalam Surat Tawaran dan Perjanjian ini lebih tepat digunakan untuk tujuan
penafsiran dan penguatkuasaan Perjanjian ini.

11.5 XS berhak pada bila-bila masa meminda terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian dan/atau Surat
Tawaran dengan memberi notis bertulis kepada Pelanggan/Pembeli. Tarikh berkuatkuasa pindaan ini
adalah seperti yang dimaklumkan di dalam notis.

11.6 Pelanggan/Pembeli memberi hak sepenuhnya kepada XS pada bila-bila masa tanpa notis untuk
menggunakan apa-apa baki kredit dari mana-mana Pembiayaan atau baki yuran Pelanggan/Pembeli
untuk mengurangkan jumlah terhutang dalam Perjanjian ini atau Perjanjian lain di antara
Pelanggan/Pembeli dan XS mahupun di antara Pelanggan/Pembeli dengan mana-mana pihak yang
telah memberi penyerahhakkan kepada pihak ketiga melalui suatu sekuriti serahhak.

12. PENYERAHAN HAK OLEH XS

Pelanggan/Pembeli bersetuju bahawa XS boleh pada bila-bila masa menjual dan/atau menyerahkan
sepenuhnya hak dan kepentingan XS dalam Perjanjian ini kepada pihak yang berkaitan dan
Pelanggan/Pembeli bersetuju untuk terikat pada penyerahan hak dan/atau penjualan tersebut.

13. MASA MERUPAKAN ASAS

Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini berhubung dengan segala peruntukan- peruntukan
dalam Perjanjian ini dan terutamanya kepada pembayaran Harga Jualan XS atau sebarang bahagian

M/S 9 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
kemudiannya dan bayaran segala bentuk jumlahan wang yang perlu dibayar Pelanggan/Pembeli
kepada XS di bawah Perjanjian ini.

14. JADUAL

Jadual Pertama di dalam Perjanjian ini hendaklah difahami, disifatkan dan ditafsir sebagai yang paling
penting di dalam Perjanjian ini.

15. NOTIS

15.1 Sebarang notis atau penyampaian lain di bawah Perjanjian ini yang diminta atau dituntut untuk
diberikan pihak-pihak kepada pihak-pihak yang satu lagi ditujukan ke alamat atau nombor sepertimana
dinyatakan dalam Klausa 15.2 dan dianggap telah sempurna/penghantarannya.

(a) Sekiranya notis bertulis dan dihantar dengan tangan atau melalui pos laju pada masa tarikh
ianya dihantar; atau
(b) Sekiranya dihantar melalui penghantaran faksimili, pada masa tarikh ianya diterima oleh
penerima atau pekerja penerima yang bertanggungjawab, dalam bentuk yang boleh dibaca;
atau
(c) Sekiranya dihantar melalui surat yang diperaku atau berdaftar (pos udara, jika luar negara)
atau yang setaraf dengannya, tiga (3) Hari Bekerja, selepas ianya telah dihantar.

15.2 Alamat Notis Penyampaian.


(a) Semua notis kepada XS dihantar ke:
17-1, Menara Q Sentral,
No. 2A, Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.
(b) Semua notis kepada Pelanggan/Pembeli dihantar ke alamat seperti yang dinyatakan di dalam
Jadual Pertama.

15.3 Pertukaran Maklumat


Salah satu Pihak-Pihak hendaklah secara notis bertulis kepada Pihak-Pihak yang satu lagi, menukar
maklumat alamat atau nombor faksimili, di mana notis atau penyampaian lain diberi kepadanya.

16. UNDANG-UNDANG BERKUATKUASA DAN BIDANGKUASA

Perjanjian ini akan dikuatkuasa dan digunapakai mengikut undang-undang Malaysia selagimana ianya
mematuhi prinsip Syariah dan Mahkamah Malaysia mempunyai bidangkuasa yang ekslusif.

M/S 10 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
SEBAGAI MENYAKSIKAN BAHAWA MAKA pihak-pihak dalam Perjanjian ini menurunkan tandatangan
mereka pada hari dan tahun sepertimana dinyatakan di dalam Seksyen 1 Jadual Pertama dalam Perjanjian
ini.

DITANDATANGANI oleh Penandatangan yang


Diberi kuasa untuk dan bagi pihak XS

…………………………………..

Nama : SYED MOHD NURUL ALIMIN BIN SYED ABDUL GHAFUR

No. K/P : 681210-02-5529

Tarikh : 21/08/2023

DITANDATANGANI oleh Pelanggan/Pembeli

…………………………………. X

Nama : MAHADI BIN HASSAN

No. K/P : 810319-04-5337

Tarikh :

M/S 11 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
JADUAL PERTAMA
(untuk difahami, disifatkan dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini)

Perjanjian No: 0010200782

SEKSYEN PERKARA MAKLUMAT

1. Hari dan tahun Perjanjian ini

2. Pejabat berdaftar XS 17-1, Menara Q Sentral

No. 2A, Jalan Stesen Sentral 2

Kuala Lumpur Sentral

50470 Kuala Lumpur

3. Butiran Pelanggan/Pembeli Nama: MAHADI BIN HASSAN

No. K/P: 810319-04-5337

Alamat: NO 12 JALAN KASIH 4, TAMAN


MURNI, SEGAMAT, 85000, Johor

4. Jumlah Pembiayaan RM 9,000.00


(Harga Pembelian)

5. Komoditi AIRTIME CREDIT

6. Harga Jualan XS RM 15,291.00

7. Kadar Keuntungan (%) 6.99% p.a.

8. Pembayaran Harga Jualan XS Ansuran RM 130.48


Bulanan

Ansuran RM 130.48
Bulanan
Akhir

9. Tempoh 120 BULAN

10. Caj tetap – Caj Pendaftaran RM 0.00

11. Caj tidak tetap – Caj Pemprosesan RM 1,800.00

12. Caj tidak tetap – Duti Setem RM 45.00

M/S 12 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
13. Caj tidak tetap – Caruman Takaful RM Tidak Berkenaan
Berkumpulan

14. Ansuran Pendahuluan Bulanan RM 126.83

15. Jumlah Pengeluaran Akhir RM 7,028.17

M/S 13 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
JADUAL KEDUA
(Kadar caj yang dikenakan bagi penyelesaian Pembiayaan)

Nota untuk Jadual Penyelesaian


1
Nota: Ini termasuk caj perkhidmatan potongan gaji oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad (ANGKASA).
2
Nota: Ini tidak termasuk sebarang bayaran sampingan yang berlaku semasa tempoh pembiayaan.
3
Nota: Sebarang perbelanjaan di luar poket yang dikeluarkan dan ditanggung oleh Pembiayaan, akan
ditanggung oleh Pelanggan/Pembeli pada waktu penebusan atau penyelesaian jumlah bayaran.

- Sila lihat mukasurat sebelah untuk jadual penyelesaian -

M/S 14 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
JADUAL PENYELESAIAN

No Bayaran (RM) 1 Penyelesaian Awal (RM) No Bayaran (RM) 1 Penyelesaian Awal (RM)
2, 3 2, 3

1 / 120 126.83 9,377.10 61 / 120 130.48 6,111.44


2 / 120 130.48 9,352.06 62 / 120 130.48 6,035.14
3 / 120 130.48 9,326.13 63 / 120 130.48 5,957.97
4 / 120 130.48 9,299.30 64 / 120 130.48 5,879.93
5 / 120 130.48 9,271.58 65 / 120 130.48 5,801.03
6 / 120 130.48 9,242.97 66 / 120 130.48 5,721.25
7 / 120 130.48 9,213.46 67 / 120 130.48 5,640.62
8 / 120 130.48 9,183.06 68 / 120 130.48 5,559.11
9 / 120 130.48 9,151.77 69 / 120 130.48 5,476.74
10 / 120 130.48 9,119.59 70 / 120 130.48 5,393.51
11 / 120 130.48 9,086.51 71 / 120 130.48 5,309.40
12 / 120 130.48 9,052.55 72 / 120 130.48 5,224.43
13 / 120 130.48 9,017.69 73 / 120 130.48 5,138.60
14 / 120 130.48 8,981.93 74 / 120 130.48 5,051.89
15 / 120 130.48 8,945.29 75 / 120 130.48 4,964.32
16 / 120 130.48 8,907.75 76 / 120 130.48 4,875.89
17 / 120 130.48 8,869.32 77 / 120 130.48 4,786.58
18 / 120 130.48 8,830.00 78 / 120 130.48 4,696.41
19 / 120 130.48 8,789.78 79 / 120 130.48 4,605.38
20 / 120 130.48 8,748.67 80 / 120 130.48 4,513.48
21 / 120 130.48 8,706.67 81 / 120 130.48 4,420.71
22 / 120 130.48 8,663.78 82 / 120 130.48 4,327.07
23 / 120 130.48 8,620.00 83 / 120 130.48 4,232.57
24 / 120 130.48 8,575.32 84 / 120 130.48 4,137.20
25 / 120 130.48 8,529.75 85 / 120 130.48 4,040.97
26 / 120 130.48 8,483.28 86 / 120 130.48 3,943.87
27 / 120 130.48 8,435.93 87 / 120 130.48 3,845.90
28 / 120 130.48 8,387.68 88 / 120 130.48 3,747.06
29 / 120 130.48 8,338.54 89 / 120 130.48 3,647.36
30 / 120 130.48 8,288.51 90 / 120 130.48 3,546.79
31 / 120 130.48 8,237.58 91 / 120 130.48 3,445.36
32 / 120 130.48 8,185.76 92 / 120 130.48 3,343.06
33 / 120 130.48 8,133.05 93 / 120 130.48 3,239.89
34 / 120 130.48 8,079.45 94 / 120 130.48 3,135.86
35 / 120 130.48 8,024.95 95 / 120 130.48 3,030.96
36 / 120 130.48 7,969.56 96 / 120 130.48 2,925.19
37 / 120 130.48 7,913.28 97 / 120 130.48 2,818.56
38 / 120 130.48 7,856.11 98 / 120 130.48 2,711.06
39 / 120 130.48 7,798.04 99 / 120 130.48 2,602.69
40 / 120 130.48 7,739.09 100 / 120 130.48 2,493.46
41 / 120 130.48 7,679.24 101 / 120 130.48 2,383.36
42 / 120 130.48 7,618.49 102 / 120 130.48 2,272.39
43 / 120 130.48 7,556.86 103 / 120 130.48 2,160.56
44 / 120 130.48 7,494.33 104 / 120 130.48 2,047.86
45 / 120 130.48 7,430.91 105 / 120 130.48 1,934.30
46 / 120 130.48 7,366.59 106 / 120 130.48 1,819.86
47 / 120 130.48 7,301.39 107 / 120 130.48 1,704.57
48 / 120 130.48 7,235.29 108 / 120 130.48 1,588.40
49 / 120 130.48 7,168.30 109 / 120 130.48 1,471.37
50 / 120 130.48 7,100.41 110 / 120 130.48 1,353.47
51 / 120 130.48 7,031.64 111 / 120 130.48 1,234.71
52 / 120 130.48 6,961.97 112 / 120 130.48 1,115.07
53 / 120 130.48 6,891.41 113 / 120 130.48 994.58
54 / 120 130.48 6,819.95 114 / 120 130.48 873.21
55 / 120 130.48 6,747.61 115 / 120 130.48 750.98
56 / 120 130.48 6,674.37 116 / 120 130.48 627.88
57 / 120 130.48 6,600.24 117 / 120 130.48 503.92
58 / 120 130.48 6,525.21 118 / 120 130.48 379.09
59 / 120 130.48 6,449.30 119 / 120 130.48 253.39
60 / 120 130.48 6,372.49 120 / 120 130.48 126.83

M/S 15 / 15
Version 9.3
Date: 3.3.2021
DEKLARASI DAN PERAKUAN
Xanderia Services Sdn Bhd
201801042883 (1304915-W)
No. Ruj : 0010200782-5
Tarikh : 21/08/2023

Saya, MAHADI BIN HASSAN (No. K/P: 810319-04-5337), yang cukup umur dengan sesungguh dan
sebenarnya mengakui bahawa: -

1. Saya mengesahkan bahawa saya telah memohon Pembiayaan Kanz Al-Ilham berjumlah RM
9,000.00 (No. Perjanjian 0010200782) daripada Xanderia Services Sdn. Bhd.;

2. Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami segala butiran dan telah
menandatangani dokumen-dokumen berikut yang bertarikh mengikut surat deklarasi dan
perakuan ini atau sebelumnya:

(a) Surat Tawaran;

(b) Surat Janji Untuk Membeli Komoditi;

(c) Surat Perlantikan Wakil Bagi Menyempurnakan Akad (Wakalah);

(d) Perjanjian Jualan Komoditi; dan

(e) Borang BPA 1/79.

3. Saya mengesahkan dan mempersetujui bahawa pembayaran balik Pembiayaan Kanz Al-Ilham
akan dibuat melalui skim potongan gaji bulanan yang dikendalikan oleh Xanderia Services Sdn.
Bhd. melalui Kadar Niaga Sdn. Bhd. Saya aku janji untuk membuat bayaran terus kepada
Xanderia Services Sdn. Bhd. sekiranya baki harga jualan masih belum dijelaskan dengan
sepenuhnya atau potongan gaji untuk bayaran ansuran bulanan yang diterima tidak mencukupi;

4. Saya mengesahkan dan beraku janji bahawa saya tidak akan berhenti kerja atau meletak jawatan
dalam tempoh pembiayaan daripada tarikh Perjanjian Jualan Komoditi. Jika saya meletak
jawatan sebelum tamat tempoh pembiayaan dari tarikh Perjanjian Jualan Komoditi, saya beraku
janji untuk membayar balik kesemua keterhutangan mengikut terma-terma yang terkandung di
dalam dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas;

5. Saya berfikiran waras dan mengesahkan bahawa saya tidak dipaksa oleh mana-mana pihak dan
mengambil Pembiayaan Kanz Al-Ilham ini secara sukarela;

6. Saya memahami dan mempersetujui bahawa Xanderia Services Sdn. Bhd. di atas budi bicara
mutlaknya akan mempertimbangkan untuk memberi sejumlah rebat yang ditentukan sepenuhnya
oleh Xanderia Services Sdn. Bhd.; dan

M/S 1 / 2
Version 9.3(i)
Date: 8.3.2021
Saya membuat deklarasi dan perakuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di
dalamnya adalah benar.

Dengan menandatangani Deklarasi dan Perakuan ini, saya bersetuju dan membenarkan Xanderia
Services Sdn. Bhd. untuk mengumpul, memperolehi, menyimpan dan memproses data peribadi saya
yang telah saya sediakan bagi tujuan Pembiayaan Kanz Al-Ilham.

X
Tandatangan
Nama : MAHADI BIN HASSAN
No. K/P : 810319-04-5337

M/S 2 / 2
Version 9.3(i)
Date: 8.3.2021

You might also like