You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SUNGAI CHOH, 48000 RAWANG SELANGOR Kod Sekolah: BEA 5063

Hashnaniliza Binti Rezuan


1. Nama Guru
3. Bidang: Amalan dan Nilai
2. Judul
Budaya Kerja Cemerlang Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 5 bab. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan kerja.
Bab 2 pula menerangkan tentang pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab ini
menyentuh tentang rahsia ’A-B-C’ dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C
untuk Ceria. Tidak kira sama ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja
sokongan, kita perlu ”beradab” sesama sendiri. Kadangkala kita tidak perlu terlalu
berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun mahupun hormat-menghormati
kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan. Ketika melaksanakan
tugasan harian, kita boleh mempraktikkan cara seperti berikut: a. Nyatakan hasrat dan
permintaan dengan memulakan ungkapan, ”Tolong”. b. Maklum balaskan setiap jawapan
walaupun berbentuk negatif dengan ucapan, ”Terima kasih”. c. Terima sebarang
kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan, ”Saya minta maaf” Dalam
pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-membantu antara satu sama lain dan bekerja
dalam satu kumpulan. Setiap pekerja tidak mungkin bersemangat untuk melaksanakan
tugasan sekiranya tiada suasana yang ceria. Justeru, kita perlu belajar untuk membberi
senyuman dan apresiasi kepada orang lain, atas apa yang telah mereka lakukan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerja sama
e. mementingkan masa
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi
dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah
dan dalam bidang pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta
sekolah sebagai sebuah organisasi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HASHNANILIZA BINTI REZUAN ) ( )

You might also like