You are on page 1of 1

TARIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

TARIAN KOLATTAM (TARIAN KAYU)

Istilah kolattam merupakan gabungan dua perkataan Tamil, iaitu “kol” (kayu


pendek) dan “attam” (tarian). Maka, persembahan ini juga boleh digelar “tarian kayu”
dalam konteks Malaysia.
Di negara asalnya, iaitu India, kolattam juga dikenali dengan nama-nama lain.
Misalnya, dandiya di Gujarat, garbha di Rajasthan dan kaliyal adithal di Kerala.
Manakala di Tamil Nadu, Andra Pradesh dan Telangana, ia dikenali dengan
nama kolattam. Tarian kayu ini juga popular di Malaysia, Singapura, Sri Lanka dan
mana-mana tempat tumpuan diaspora India. Komuniti India di Malaysia yang pernah
membesar di kawasan ladang dan estet pasti amat biasa dengan tarian ini.

Secara tradisi, kolattam dipersembahkan pada mana-mana majlis atau


keramaian sebagai tanda meraikan kegembiraan. Pada suatu waktu dahulu di
Malaysia, majlis perkahwinan, kelahiran, ponggal, Deepavali dan sebagainya tidak
lengkap tanpa persembahan kolattam. Walau bagaimanapun, keadaan itu sudah
berubah sekarang. Persembahan kolattam hanya dapat disaksikan
semasa Thaipusam, upacara di kuil dan majlis persembahan kebudayaan.

Tarian kolattam biasanya ditarikan dalam kumpulan seramai 8 hingga 40


peserta. Secara tradisi, penari terdiri daripada golongan wanita sahaja, manakala
golongan lelaki bermain alat muzik seperti gendang dan simbal. Bagaimanapun,
lama-kelamaan, lelaki dan wanita menari bersama-sama dalam
persembahan kolattam. 

Pergerakan penari biasanya bermula dengan gerak-geri yang lemah-lembut.


Kayu yang dipegang di kedua-dua tangan dipukul atau dipalu untuk menghasilkan
bunyi. Pukulan atau hentaman inilah yang memberikan tempo kepada
tarian kolattam. Selain daripada memukul kayu sendiri, penari juga memukul kayu
yang dipegang oleh para penari lain secara berirama. Ada kala, kayu dihentam ke
lantai atau tanah.

You might also like