You are on page 1of 1

NAMA MURID : ……………………………………………….

……………… KELAS : ……………………… ALIRAN : …………………………

(A) Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang paling sesuai.
1. Mariani mengenali Junita __________ mereka kecil lagi.
2. Kapal terbang itu akan berlepas ____-____ Taiwan sebentar lagi.
3. Polis trafik sanggup mengorbankan masa___________ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.
4. Wang saku yang dibeli oleh ibu saya simpan __________ dalam kocek seluar.
5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____________ masalah disiplin para pelajar.
6. Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal _____________ kawasan pedalaman Sarawak.
7. Setiap kakitangan melaksanakan tugas mereka ______________ yang ditetapkan oleh ketua jabatan.

(B) Terdapat satu kesalahan bahasa pada setiap ayat di bawah. Nyatakan kesalahan tersebut dan betulkan kesalahan
itu.

1. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya. _______________________________
2. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu. . _______________________________
3. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari. . _______________
4. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos. . __________________________________
5. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi. ______________
6. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. ____________________________________
7. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera. ___________________________________
8. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. ________________________________
9. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. ______________________________
10.“Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak
kepada Sultan Mansur Syah. ________________________________
11.Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. ________________________________
12.Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat persiapan
hari raya. ________________________________
13.Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. ________________________________
14.Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam. ____________________________
15.Mereka menunggu sejak dari pagi tadi. ________________________________

(C) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.


1. Encik Mail menerima kedatangan kami dengan ______________ walaupun belum pernah bertemu.
2. Najihah rela _________________ untuk membeli kereta idamannya itu.
3. Jangan _________________ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
4. Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _______________ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
5. Saya berasa _________________melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.
6. Pihak penguat kuasa menahan warga asing yang berniaga di ________________ bangunan itu.
7. Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti __________________ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
8. Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai _________________ sebelum pergi ke pejabat.

You might also like