You are on page 1of 20

Perhatian penting:

Sila muat turun tulisan (font) “muli” sekiranya mahu


menggunakan dokumen Word Doc yang lebih mesra
tulisan untuk murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Tulisan
(font)”muli” ini boleh dimuat turun di pautan berikut:
https://www.fontsquirrel.com/fonts/muli

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
UJIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PERTENGAHAN TAHUN 2023
TAHUN 3

BAHASA MELAYU (Set 2)


1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa


SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian Nombor Markah Markah


Bahagian
utama: Bahagian A dan Bahagian B. soalan Penuh Diperoleh

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang A 1-20 20


disediakan dalam kedua-dua bahagian ini.
21 7
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih satu 22 7
jawapan sahaja.
B 23 6
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan
dalam ruang jawapan yang telah disediakan. 24 5

5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda dan 25 5


jawab itu kepada guru yang bertugas pada akhir
ujian tersebut. JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 15 halaman bercetak

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
1

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 15
Bulatkan jawapan A, B, C atau D dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Puan Syamsiah sudah bekerja sebagai seorang bidan di __________ selama 15 tahun.

A Restoran Sri Menora


B Hospital Serdang
C Klinik Gigi Aida
D Taman Permata

2. Penggunaan ____________ dan polistirena untuk membungkus makanan perlu dielakkan


kerana ia mencemarkan alam.

A kertas
B plastik
C kotak
D getah

3. Oleh sebab kehadirannya tidak dihiraukan oleh pelayan butik tersebut, Rania menjadi
________ hendak membeli beg tangan di butik itu.

A ada hati
B jauh hati
C tawar hati
D berat hati
2

4. Dato’ Kamarul sangat disenangi ramai kerana __________ ialah seorang yang prihatin dan
dermawan.

A dia
B beliau
C kalian
D mereka

5.

“Berapakah harga selonggok durian _________?” tanya Rizal kepada peniaga gerai buah-
buahan.

A ini
B itu
C sini
D sana

6. Farah memerlukan se_______________ kad manila dan se________ gam untuk


menyiapkan kraftangan tersebut.

A helai..botol
B keping..utas
C helai..batang
D keping..botol

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
3

7. Bulatkan jawapan pada ayat majmuk.

A Gerai ini menjual buah-buahan.


B Yasmeen gemar makan buah durian.
C Zarif ialah seorang murid yang aktif dalam bidang sukan.
D Nurin dan Zahira menziarahi rakan mereka yang sedang sakit.

8. Seekor buaya yang besar telah __________seekor lembu Pak Hamid pada petang semalam.

A melulur
B menelan
C menggigit
D membaham

9. Pokok kelapa tua di tepi rumah Ziqri itu sudah _________ benar dan hampir tumbang.

A tegak
B bengkok
C bongkok
D condong

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
4

10.

Air sirap yang dibancuh kakak _______________________ kerana terlebih gula.

A luas bak lautan


B lembut bak sutera
C masam seperti cuka
D manis umpama madu

11.

“___________, sudah lama hamba ingin membuat perhitungan dengan tuan hamba!”
jerkah Hang Tuah kepada Hang Jebat.

A Eh
B Oh
C Cis
D Nah

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
5
12. Johan pertandingan deklamasi sajak diperingkat sekolah pada tahun ini __________
Saudari Qaseh Naura.

A ialah
B tidak
C bukan
D adalah

13. Murid-murid gembira _________ ketika menyambut ketibaan Menteri Pendidikan yang
datang untuk merasmikan pembukaan blok bangunan sekolah yang baharu.

A agak
B benar
C terlalu
D paling

14. Ameera _______ sanggup melihat keadaan orang tua yang daif itu meminta sedekah di
tepi jalan.

A bukan
B benar
C tidak
D ya

15. Murid-murid bekerjasama menyusun kerusi dan meja di dewan peperiksaan tersebut
supaya kelihatan ______________ dan rapi.

A beratur
B teratur
C pengatur
D mengatur

Soalan 16 hingga 20
Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
6

BANJIR KILAT

MUAR, 30 November - Satu kejadian banjir kilat telah melanda Pekan Muar, petang tadi.
Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai di pekan itu telah dinaiki air setinggi satu
meter.

Menurut seorang penduduk di situ, Encik Abdullah bin Hasan, air mula naik pada
pukul 3.00 petang. Hujan lebat selama lima jam telah menyebabkan air melimpah kerana
longkang yang tersumbat.

Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca utama
berlakunya banjir kilat ini. Longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air
tersekat. Selain itu, pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan tanah
lumpur mengalir ke longkang.

Kejadian itu mengakibatkan banyak harta benda telah rosak.


Walaubagaimanapun tiada kehilangan jiwa yang dilaporkan berlaku. Para penduduk
merasa panas hati dengan sikap pemaju projek berhampiran yang tidak bertanggungjawab.
Mereka berharap pihak berkuasa tempatan memantau semua projek pembangunan dan
segera mengambil tindakan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

16. Banjir kilat menyebabkan air naik setinggi ________________.

A satu meter
B dua meter
C tiga meter
D lima meter

17. Berikut ialah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat kecuali
_____________.

A sampah-sarap tidak diurus dengan baik


B tanah lumpur memenuhi longkang
C longkang-longkang tersumbat
D sistem perparitan yang efektif

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
7

18. Frasa kehilangan jiwa bermaksud _________________.

A kematian
B kemalangan
C kecurian harta benda
D kerosakan harta benda

19. Maksud peribahasa “panas hati ” dalam petikan ialah _______________.

A sedih
B teruja
C marah
D terkilan

20. Penyataan di bawah berkenaan berita di atas adalah tidak benar kecuali ___________.

A hujan lebat berakhir pada pukul 6.00 petang


B pihak berkuasa tempatan dipertanggungjawabkan memantau pembangunan pesat di
Pekan Muar
C pemaju projek pembangunan mengaku bersalah dan membayar wang pampasan
kepada penduduk
D hujan lebat telah mengakibatkan tanah lumpur mengalir ke kawasan pembangunan
yang sedang pesat dibangunkan.

BAHAGIAN A TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
8
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21 [7 markah]

Tulis jawapan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong di bawah.

masin runcing antik

cantik keruh pahit

garau kabur

(1) Suara petani yang ______________ itu menakutkan burung-burung di


sawah padi. [1 markah]

(2) Isteri Cikgu Kamarul sangat _____________ dan berbudi bahasa.


[1 markah]

(3) Penglihatan nenek semakin ________________ kerana faktor usianya. [1 markah]

(4) Hujung mata lembing itu sangat ______________ dan sesuai digunakan
untuk memburu haiwan di hutan. [1 markah]

(5) Air sungai Muar menjadi ______________ selepas hujan lebat pada petang
semalam. [1 markah]

(6) Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke


mulutnya terasa _______________. [1 markah]

(7) Rumah Dato’ Azman penuh dengan koleksi barang-barang


______________. [1 markah]

Soalan 22 [7 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
9
Tulis kata seru dan kata perintah yang betul dalam ayat di bawah.

Tolong Nah Usah Amboi

Cis Harap Wah Sila

(1) ________, pandainya ibu kamu menyediakan masakan Barat! Tidak sabar
saya hendak merasai masakannya. [1 markah]

(2) _________, ambillah balik barang-barang kamu ini !


[1 markah]

(3) _________, pandai sungguh anak ibu ini bergaya!


[1 markah]

(4) _________, berani sungguh dia membuat kecoh di sini !


[1 markah]

(5) ________ simpan peralatan sukan di dalam stor dengan kemas.


[1 markah]

(6) “ ___________ dikenang akan peristiwa sedih itu lagi,”


pujuk ibu kepada adik. [1 markah]

(7) _________ semua yang hadir dapat bersabar. Majlis akan dimulakan
sebentar lagi. [1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
10
Soalan 23 [6 markah]

(a) Lengkapkan sambungan frasa bagi bandingan semacam yang paling sesuai
berpandukan gambar.

(1)

_____________ seperti cuka.

[1 markah]

(2)

_____________ laksana pendeta.

[1 markah]

(3)

______________ seperti merak.

[1 markah]

(b) Tuliskan jenis ayat yang sesuai pada tempat kosong berdasarkan ayat yang diberikan.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
11
Ayat pasif Ayat tunggal Ayat majmuk

Ayat Jenis ayat

(1) Encik Luqman dan Puan Azimah bangga dengan


pencapaian anak mereka dalam bidang akademik.
________________________
[1 markah]

(2) Halaman rumah telah disapu oleh Haiqal pada waktu


pagi tadi. ________________________
[1 markah]

(3) Nadia membaca buku di dalam biliknya. ________________________


[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
12
Soalan 24 [5 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut.

KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH JIRAN SAYA

Pada hari Sabtu yang lepas, saya menghabiskan masa mengulangkaji di bilik. Tiba-tiba, saya
ternampak kepulan asap keluar dari rumah jiran menerusi tingkap bilik saya. Alangkah
terkejutnya saya apabila melihat rumah jiran saya, Encik Abu sedang dijilat api.

Sepantas kilat, saya memberitahu ayah tentang kejadian itu dan ayah meminta
saya menelefon pihak bomba dengan segera. Ayah kemudiannya membantu Encik Abu untuk
menyelamatkan ahli – ahli keluarga dan barang-barang berharga mereka. Selang 15 minit
kemudian, pihak bomba sampai dan dengan pantasnya memadamkan api setelah berhempas-
pulas selama hampir 30 minit.

Walaupun Encik Abu dan keluarganya berasa sedih melihat sebahagian rumah
mereka musnah dijilat api tetapi mereka tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.
Setelah penyiasatan dibuat, pihak bomba telah mengesahkan yang punca kebakaran adalah
disebabkan kebocoran tong gas di bahagian dapur.

Soalan (a) dan (b)

Tulis BETUL atau SALAH.

(a) Pihak bomba menghabiskan masa selama 30 minit untuk

sampai ke tempat kejadian. [1 markah]

(b) Keseluruhan rumah Encik Abu telah musnah dijilat api.

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
13
Soalan (c), (d) dan (e)

Jawab soalan-soalan yang berikut.

(c) Saya menelefon pihak bomba sementara ayah pula ________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

(d) Encik Abu dan keluarganya berasa sedih melihat rumah mereka musnah dijilat api tetapi

_______________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

(e) Setelah penyiasatan dibuat, pihak bomba telah mengesahkan _______________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
14
Soalan 25 [5 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian bina ayat berdasarkan gambar. Contoh yang
pertama telah diberikan.

PUSAT PELANCONGAN MENARIK DI MALAYSIA

CAMERON HIGHLANDS PULAU PANGKOR BANDAR MELAKA

 Terletak di negeri Pahang.  Terletak di negeri Perak.  Terletak di negeri Melaka.


 Pusat penanaman teh dan  Pusat pelancongan dan  Pusat pelancongan dan
sayur-sayuran. perikanan. kebudayaan.
 Ladang teh, ladang  Pantai yang indah dan  Bangunan bersejarah
strawberi dan kilang hasil perikanan yang terutamanya yang
memproses teh. murah. ditinggalkan semasa zaman
penjajah.

Cameron Highlands

1. Cameron Highlands terletak di Negeri Pahang.

2. Ia terkenal sebagai pusat penanaman teh dan sayur-sayuran.

3. Antara tarikan pelancong di sini ialah teh, ladang strawberi dan kilang memproses teh.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
15

Pulau Pangkor

1. Pulau Pangkor terletak di Negeri Perak.

2. Ia terkenal sebagai ____________________________________________________

______________________________________________________________________

[1 markah]

3. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[1 markah]

Bandar Melaka

1. _______________________________________________________________________
[1 markah]

2. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[1 markah]

3. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[1 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


JAWAPAN
BAHAGIAN A (20 markah)

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
16
Nombor Jawapan Topik soalan Unit Markah
Soalan
1 B Kata nama khas 1 1
2 B Kata nama am 1 1
3 C Simpulan bahasa 1 1
4 B Kata ganti nama diri 2 1
5 A Kata ganti tunjuk 2 1
6 D Penjodoh bilangan 2 1
7 D Ayat majmuk 3 1
8 D Kata kerja 3 1
9 D Kata adjektif 4 1
10 D Bandingan semacam 5 1
11 C Kata seru 8 1
12 A Kata pemeri 9 1
13 B Kata penguat 9 1
14 C Kata nafi 10 1
15 B Imbuhan awal 11 1
16 A Pemahaman - 1
17 D Pemahaman - 1
18 A Pemahaman - 1
19 C Pemahaman - 1
20 B Pemahaman - 1

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
17
BAHAGIAN B
(30 markah)

Nombor Jawapan Markah


Soalan
21. Kata adjektif (Unit 4)
(1) garau 1
(2) cantik 1
(3) kabur 1
(4) runcing 1
(5) keruh 1
(6) pahit 1
(7) antik 1
[7 markah]

22. Kata seru dan kata perintah (Unit 8)


(1) Wah 1
(2) Nah 1
(3) Amboi 1
(4) Cis 1
(5) Tolong 1
(6) Usah 1
(7) Harap 1
[7 markah]

23. Bandingan semacam (Unit 5) dan Jenis-jenis ayat (Unit 3)


(a) (1) Masam 1
(2) Bijak 1
(3) Angkuh 1

(b) (1) Ayat majmuk 1


(2) Ayat pasif 1
(3) Ayat tunggal 1
[6 markah]

24. (a) SALAH 1


(b) SALAH 1
(c) Saya menelefon pihak bomba sementara ayah pula membantu Encik 1
Abu untuk menyelamatkan ahli – ahli keluarga dan barang-barang
berharga mereka.

(d) Encik Abu dan keluarganya berasa sedih melihat rumah mereka 1
musnah dijilat api tetapi mereka tetap bersyukur kerana tiada
kemalangan jiwa berlaku.

(e) Setelah penyiasatan dibuat, pihak bomba telah mengesahkan yang 1


punca kebakaran adalah disebabkan kebocoran tong gas di bahagian
dapur.
[5 markah]

25. Pulau Pangkor:


2 Ia terkenal sebagai pusat pelancongan dan perikanan. 1
3 Antara tarikan pelancong di sini ialah pantai yang indah dan hasil 1

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
18
perikanan yang murah.
Bandar Melaka
1 Bandar Melaka terletak di Negeri Melaka. 1
2 Ia terkenal sebagai pusat pelancongan dan kebudayaan. 1
3 Antara tarikan pelancong di sini ialah bangunan bersejarah
terutamanya yang ditinggalkan semasa zaman penjajah.
[5 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023

You might also like