You are on page 1of 8

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN RAGBI


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT
SECARA DALAM TALIAN
TAHUN 2021

ANJURAN :
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT

KELOLAAN :
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUDA

DISEDIAKAN OLEH :
ENCIK MUHAMMAD FAHMI BIN YUSRI
SETIAUSAHA PERTANDINGAN KEMAHIRAN RAGBI MSSD
HULU LANGAT

SK TAMAN MUDA

1
KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN RAGBI MSSD HULU LANGAT
SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2021

1. PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini dibuat adalah hasil inisiatif Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
kesenian (BSKK) untuk mengadakan program pertandingan kemahiran sukan dan
pertandingan sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Secara Dalam Talian
(Online). Ia merangkumi semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Program ini dirancang bagi menyediakan peluang bertanding dan mengekalkan
kemahiran sukan dalam kalangan atlet murid berikutan program secara bersemuka tidak
dapat dilaksanakan akibat penularan pandemic COVID-19

2. KONSEP

Bagi memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam mendapatkan markah yang


menepati sasaran minimum PAJSK 2021, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
(BSKK) melalui Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) mencadangkan supaya konsep
pertandingan sedia ada diubah suai kepada aktiviti yang bersesuaian dengan situasi
semasa namun perlu menepati Standard Operating Prosedure (SOP) Perintah Kawalan
Pergerakan.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid mewakili sekolah, daerah dan negeri.
3.2 Mewujudkan satu pertandingan supaya pemain terus bergiat aktif dalam sukan
Ragbi;
3.3 Mempertingkatkan mutu sukan ragbi di peringkat akar umbi; dan
3.4 Memastikan prestasi atlet dapat dikekalkan walaupun dalam situasi
Pandemik Covid-19

2
4. KUMPULAN SASARAN

Semua atlet ragbi di semua sekolah yang bergabung dengan MSSD Hulu Langat.

5. STRUKTUR PERTANDINGAN KEMAHIRAN

5.1 PERATURAN PERTANDINGAN

5.1.1 Peraturan pertandingan adalah mengikut peraturan am


MSSM dari segi penyertaan dan kelayakan umur.
5.1.2 Peraturan permainan adalah diubahsuai mengikut
kesesuaian dengan dipersetujui oleh semua PTPS MSS
negeri.

5.2 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

5.2.1 Lelaki 12 tahun ke bawah

5.3 HADIAH DAN SIJIL

5.3.1 Medal dan sijil disediakan seperti ketentuan dibawah.


Sijil Pencapaian
Bil Sijil
Naib Penyertaan
Johan Ke 3 Ke 4 Ke 5
Johan
1 Lelaki 12 Tahun 1 1 1 1 1 100

2 Teknikal dan Juri --- --- --- --- --- 10

3 Jawatankuasa Pelaksana --- --- --- --- --- 23

JUMLAH 5 133

JUMLAH SEMUA 138

Medal
Bil
Johan Naib Johan Ke 3 Ke 4 Ke 5

1 Lelaki 12 Tahun 1 1 1 1 1
Pingat
Tempat ke 6 hingga ke 20 ( 15 pingat )
JUMLAH SEMUA 20

3
5.4 JENIS KEMAHIRAN YANG DIPERTANDINGKAN

5.4.1 Kemahiran sukan yang dipertandingkan adalah kemahiran


yang telah diubahsuai seperti berikut:

BIL KEMAHIRAN TEMPOH MASA


1 Larian Zig Zag 1 minit
2 Handling Grip Mobility 1 minit
3 Round the waist & rotate 1 minit

5.5 JADUAL PELAKSANAAN

BIL TARIKH TINDAKAN CATATAN


1. Kertas Cadangan
2. Syarat dan cara menyertai
3. Cara-cara penghasilan
1 Jun Penyediaan Kertas Konsep video
4. SOP Pertandingan
5. Kemahiran
dipertandingkan
September Pemakluman dan sebar
2 2021 luas
Oktober Peringkat daerah dan
3 2021 negeri
November
4 Peringkat MSSM
2021

5.6 PEMILIHAN PANEL JAWATANKUASA DAN PANEL PENILAI

5.6.1 Panel Jawatankuasa adalah terdiri daripada guru-guru ragbi


sekolah rendah di bawah MSSD Hulu Langat yang dicalonkan
oleh Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan Ragbi Sekolah
Rendah sebagai panel penilai peringkat daerah.

6. PENDAFTARAN PEMAIN

6.1 Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan terbaik sahaja.
6.2 Had maksima bagi setiap sekolah menghantar penyertaan adalah
mengikut bilangan pemain sebuah pasukan mengikut umur mengikut

4
peraturan MSSM (kawalan bagi penghantaran penyertaaan adalah oleh
guru penasihat/jurulatih sekolah berkenaan)
6.3 Setiap peserta mesti mendaftar dalam Borang Maklumat
Pendaftaran Peserta yang disediakan melalui google form (akan
dimaklumkan kemudian)
6.4 Peserta perlu memuat naik video di dalam youtube channel atau media
sosial (facebook atau Instagram). Link video perlu diisi di dalam google
form pendaftaran peserta.

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan dijalankan secara individu.


7.2 Setiap peserta hanya perlu menghantar 1 (SATU) pautan rakaman
yang terbaik sahaja dan di isi dalam google form untuk dinilai oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
7.3 Rakaman video hendaklah :
7.3.1 Rakaman video adalah dalam keadaan kamera setempat di
satu sudut yang akan ditetapkan. Kamera boleh digerakkan tapi
atas paksi yang sama.
7.3.2 Rakaman adalah asli tanpa suntingan.
7.3.3 Penggunaan muzik iringan (audio) digalakkan semasa
aksi rakaman.
7.3.4 Menampakkan keseluruhan aksi atlet dan pergerakan bola.
7.4 Video rakaman yang dimuat naik ke akuan facebook/youtube
perlu diletakkan #rugbyskillchallenge #mss(negeri) #mssm #e-
challenge.
7.5 Contoh kemahiran boleh rujuk :
https://youtu.be/dBQDFXx3PS
0

5
8. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN

8.1 Peserta akan diberi markah berdasarkan bilangan ulangan


sempurna yang berjaya yang berjaya dilakukan.
8.2 Jika berlaku seri dari segi bilangan markah, maka bilangan markah
bagi kemahiran paling sukar akan diambilkira.

9. PAKAIAN

9.1. Peserta digalakkan memakai pakaian yang sesuai dan menunjukkan


dia adalah seorang pemain ragbi.
9.2 Pemakaian baju beridentitikan sekolah adalah sangat digalakkkan

10. BANTAHAN

Tiada bantahan. Keputusan juri adalah muktamad.

11. ALATAN PERTANDINGAN

11.1 Alatan pertandingan yang diguna adalah alatan yang mudah


didapati dirumah atlet.
11.1.1 Botol mineral 1.5 liter sebagai ganti marker/kon
11.1.2 Botol mineral 500 ml sebagai ganti bola

12. KESELAMATAN

Semua individu yang terlibat WAJIB mematuhi SOP yang disediakan sebelum,
semasa dan selepas pertandingan;

6
13. JAWATANKUASA TEKNIKAL & KEPEGAWAIAN

13.1 Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan Ragbi MSSD Hulu Langat
13.2 10 orang Hakim/Juri peringkat daerah

14. ANGGARAN BELANJA MENGURUS

JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
(RM)
1 Elaun Pegawai/Teknikal 10 orang x RM 30.00 x 1 hari RM 300.00
2 Sijil
Sijil 100 orang x RM1.00 RM 100.00

3 Hadiah
Tempat pertama hingga
kelima
5 X RM 30 RM 150.00
4 Pingat
Tempat ke 6 hingga 20
15 X RM 8 RM 120.00
Jumlah RM 670.00

15. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tuan Haji Arbain bin Pinni


(Pegawai Pendidikan Daerah, PPD HL
Pengerusi : Pn Muhayon Bt Mashod
(Guru Besar SK Taman Muda )
Timbalan Pengerusi : Pn Fauzalina Bt Ahmad ( GPK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 1 : Encik Hussen Shabeer bin Abd Basir ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : En Jacob Paul A/L L P P Raja ( GPK HEM )
Naib Pengerusi 3 : Pn Juhaida Bt Sha’ari (GPK Petang)
Pengerusi Teknik : Encik Azhari bin Mat Daud
Setiausaha : Encik Muhammad Fahmi bin Yusri
Bendahari : Encik Muhammad Ilham bin Amri

Ex- Officio : Syed Norzalman Bin Syed Yusof


Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Hulu Langat

: Encik Azhar bin Shafiei


Penolong PPD Unit Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid
PPD Hulu Langat

Jawatankuasa Pelaksana

7
Juri Rayuan
1. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
2. Pengerusi Teknik

Pendaftaran
1.Puan Hartina binti Hod
2.Puan Nor Atiqah binti Amirruddin

Publisiti
1.Encik Ahmad Rabbaani bin Yusof
2.Encik Mohd Reduwam bin Ramly

Sijil dan Hadiah


1. Encik Mohd Hafiz bin Che Lat
2. Encik Mohd Qarnur Asraf bin Samran
3. Encik Wan Muhammad Aizuddin bin Mohd Razib
4. Puan Yusnida binti Mohd Yunus

Pengacara Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup


1.Puan Nor Rasidah binti Mohamad
2.Puan Wan Norliani binti Wan Jusoh

Bacaan Doa Majlis Penutup


1.En Mohd Nubli bin Nawawi

Buku Program dan dokumentasi


1.Puan Noraniza binti Mohamad
2.Puan Munirah Solehah binti Zainal Abidin
3.Encik Mohd Sayuti bin Che Hat

Disediakan oleh:

(En Muhammad Fahmi bin Yusri)


Setiausaha Pertandingan Kemahiran Ragbi MSSD HL
SK Taman Muda Ampang

Disemak oleh :

( Puan Muhayon binti Mashod)


Guru Besar SK Taman Muda Ampang

Disahkan oleh :

( Encik Azhar bin Shafiei )


Penolong PPD Unit Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid
PPD Hulu Langat

You might also like