You are on page 1of 21

Perhatian penting:

Sila muat turun tulisan (font) “muli” sekiranya mahu

menggunakan dokumen Word Doc yang lebih mesra
tulisan untuk murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Tulisan
(font)”muli” ini boleh dimuat turun di pautan berikut:
https://www.fontsquirrel.com/fonts/muli

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
UJIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PERTENGAHAN TAHUN 2023
TAHUN 3

BAHASA MELAYU (Set 1)

1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa

SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian Nombor Markah Markah

Bahagian
utama: Bahagian A dan Bahagian B. soalan Penuh Diperoleh

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang A 1-20 20

disediakan dalam kedua-dua bahagian ini.
21 7
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih satu 22 7
jawapan sahaja.
B 23 6
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan
dalam ruang jawapan yang telah disediakan. 24 5

5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda dan 25 5

jawab itu kepada guru yang bertugas pada akhir
ujian tersebut. JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 16 halaman bercetak

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
1

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 15
Bulatkan jawapan A, B, C atau D dengan jawapan yang paling sesuai.

1.

Bendera Malaysia juga dikenali sebagai ___________ .

A Jalur Kebangsaan
B Jalur Cemerlang
C Jalur Gemilang
D Jalur gemilang

2.

Faeqah melukis dua keping ____________ pemandangan yang sangat indah.

A cerita
B potret
C grafik
D gambar
2

3. Puan Aminah berasa ___________________ menerima kedatangan para tetamu ke

rumahnya dengan tangan terbuka.
A jauh hati
B kecil hati
C besar hati
D berat hati

4. Pasangan kembar itu dipuji oleh bapa ________ kerana membantu seorang perempuan tua
melintas jalan raya.
A dia
B beliau
C kalian
D mereka

5.

Kemalangan ngeri _________ telah menyebabkan jalan raya menjadi sesak.

A ini
B itu
C sini
D sana

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
3

6.

Nenek menjahit baju cucunya yang koyak dengan menggunakan selembar benang dan se
_____________ jarum

A biji
B bilah
C buah
D batang

7. Bulatkan jawapan pada ayat tunggal.

A Gerai ini menjual buah-buahan.

B Arissa dan Linda sedang membaca buku cerita.
C Ibu menanak nasi sambil menggoreng ikan di dapur.
D Naura ialah sorang murid yang berdedikasi dan berdisiplin.

8.

Pekerja restoren itu ___________ sedulang minuman untuk dihidangkan kepada

pelanggannya.

A menjinjing
B menatang
C membawa
D memegang

9. Air muka Yasmin kelihatan ___________ ketika menerima berita __________ itu.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
4
A simpati …pilu
B marah… sedih
C ceria…gembira
D pucat…gembira

10.

Ibu gembira menerima hadiah sehelai selendang yang ____________________ daripada

ayah sempena hari jadinya.

A luas bak lautan

B lembut bak sutera
C masam seperti cuka
D manis umpama madu

11.

Idlan memetik gitarnya __________ menyanyikan sebuah lagu.

A dan
B lalu
C sambil
D kerana

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
5
12.

Rendang tok itu dibuat ______________________ bahan-bahan rempah-ratus terpilih.

A dari
B oleh
C dengan
D daripada

13. Wak Dol memiliki sebuah kandang lembu di _________ rumahnya.

A belakang
B tengah
C dalam
D atas

14. Lelaki yang menunggang motosikal tanpa topi keledar itu seperti _____________ apabila
disoal polis.

A cacing kepanasan
B aur dengan tebing
C katak di bawah tempurung
D melepaskan batuk di tangga

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
6

15. “_______ bersedih. Pasti kucing kesayangan awak dapat ditemukan nanti,” pujuk Aina
kepada Linda.

A Sila
B Usah
C Harap
D Minta

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
7
Soalan 16 hingga 20
Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI PULAU LANGKAWI

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga makan angin di Pulau Langkawi. Perjalanan di
dalam kereta mengambil masa selama enam jam di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sebelum
kami sampai di Kuala Perlis untuk menaiki jeti. Inilah pertama kali saya menaiki feri. Perjalanan
di atas feri mengambil masa selama satu jam untuk kami sampai di Pulau Langkawi.
Kami menginap di sebuah hotel di Pekan Kuah. Antara tempat yang menarik
yang kami lawati ialah Dataran Lang, Makam Mahsuri dan Pantai Cenang. Dataran
Lang merupakan mercu tanda Langkawi dimana berdirinya sebuah tugu replika burung helang
setinggi 12 meter di situ.
Ibu pula tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di Pekan Kuah. Beliau
rambang mata apabila melihat barang-barang yang dijual pada harga yang agak murah seperti
pinggan mangkuk, kain batik dan coklat. Pengalaman selama tiga hari dan dua malam berada di
pulau Mahsuri itu cukup bermakna walaupun kami tidak cukup masa untuk melawat
keseluruhan pulau yang agak luas.

16. Berapa lamakah perjalanan yang diambil oleh penulis dan keluarganya untuk sampai ke
Pulau Langkawi?

A satu jam
B tujuh jam
C enam jam
D lapan jam

17. Penulis dan keluarganya menginap di sebuah hotel di _______________.

A Kuala Perlis
B Pekan Kuah

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
8
C Dataran Lang
D Pantai Cenang

18. Perkataan “replika” dalam petikan membawa maksud __________.

A sama
B kontras
C berbeza
D menyerupai

19. Maksud peribahasa “rambang mata” dalam petikan ialah _______________.

A membeli mengikut nafsu

B tidak mahu tergopoh-gapah membeli
C membeli mengikut perancangan perbelanjaan
D tidak tahu memilih yang mana satu hendak dibeli

20. Penyataan di bawah berkenaan cerita di atas adalah tidak benar kecuali ___________.

A Burung Helang ialah ikon bagi Pulau Langkawi.

B Penulis dan keluarga memandu kereta untuk sampai ke Pulau Langkawi
C Penulis dan keluarga bercuti di Pulau Langkawi selama dua hari dan tiga malam
D Penulis dan keluarga melawat Dataran Lang, Makam Mahsuri, dan Pantai Kuah.

BAHAGIAN A TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
9
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21 [7 markah]

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong berdasarkan jawapan yang
diberikan di bawah.

Bilakah Apakah Di manakah Siapakah

Bagaimanakah Mengapakah Berapakah

(1) ________________ lelaki yang memakai kemeja berwarna hitam itu?

Lelaki yang memakai kemeja hitam itu ialah abang saya. [1 markah]

(2) ________________ kamu akan bertolak ke Pulau Langkawi?

Saya akan bertolak ke Pulau Langkawi pada minggu hadapan. [1 markah]

(3) ________________ cara agar lalat tidak menghurungi makanan?

Kita boleh menggunakan tudung saji untuk menutup makanan supaya lalat
tidak menghurungi makanan. [1 markah]

(4) ________________ kamu jumpa dompet ini?

Saya terjumpa dompet ini di atas lantai perpustakaan sekolah. [1 markah]

(5) ________________ kamu tidak hadir ke sekolah pada hari semalam?

Saya tidak hadir ke sekolah pada hari semalam kerana demam. [1 markah]

(6) ________________ harga seikat bayam ini?

Harga seikat bayam ini ialah RM2.00 sahaja. [1 markah]

(7) ________________ kita dapat mengelakkan diri daripada jangkitan Covid -

19?
Kita dapat mengelakkan diri daripada jangkitan Covid -19 dengan
memakai pelitup muka dan sentiasa membasuh tangan. [1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
10
Soalan 22 [7 markah]

Gariskan kata sendi nama atau kata hubung yang betul dalam ayat di bawah.

(1) Bas rombongan itu telah bergerak menuju (di, ke, dari) Tanah Tinggi
Cameron pada pukul 9.00 pagi tadi. [1 markah]

(2) Pengambilan ubat penahan sakit secara berlebihan boleh menyebabkan

kerosakan (kepada, pada, oleh) buah pinggang manusia. [1 markah]

(3) “Lebih baik kamu membaca buku (dari, daripada, pada) membuang masa
dengan sia-sia,” kata ibu kepada Arif. [1 markah]

(4) Hayfa dan keluarganya telah bermalam (di, ke, pada) Hotel Corpthorne.
[1 markah]

(5) Anggota tentera mengawal sempadan Malaysia (untuk, dengan, lalu)

menggalas senapang. [1 markah]

(6) Encik Leong tidak sedar (kerana, supaya, yang) dia telah terbeli sebuah
telefon bimbit tiruan. [1 markah]

(7) Pekerja syarikat itu dihadapkan ke mahkamah (agar, kerana, bahawa) pecah
amanah. [1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
11
Soalan 23 [6 markah]

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai berpandukan gambar.

(1)

sebuah

sebilah

sebatang

[1 markah]

(2)

sebiji

sebatang

sekeping

[1 markah]

(3)

sehelai

sekeping

sebotol

[1 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi simpulan bahasa yang paling sesuai berpandukan gambar.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
12

(1)

buah hati

buah fikiran

buah tangan

[1 markah]

(2)

ada hati

berat hati

besar hati

[1 markah]

(3)

dalam tangan

lepas tangan

bekas tangan

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
13

Soalan 24 [5 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Setiap tahun, bencana banjir pasti melanda di dalam negara kita. Kita sering diingatkan agar
sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan terutamanya ketika berlakunya banjir di
kawasan rumah.

Antaranya ialah dengan mengemaskan barang-barang serta dokumen-dokumen yang

penting dan berharga sebagai persediaan jika berlaku banjir supaya barang-barang tersebut tidak
musnah dihanyutkan arus banjir. Selain itu, kita juga perlulah mematuhi arahan pihak berkuasa
apabila diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara untuk memastikan
keselamatan nyawa kita.

Seterusnya, kita perlulah berada di pusat pemindahan sementara dan dilarang untuk
pulang ke rumah sehingga mendapat keizinan dan arahan daripada pihak berkuasa. Hal ini
kerana, pihak berkuasa akan memastikan dahulu keadaan banjir sudah surut dan selamat untuk
para penduduk pulang ke rumah masing-masing.

Soalan (a) dan (b)

Tulis BETUL atau SALAH.

(a) Mangsa banjir perlu berpindah ke pusat perpindahan

sementara apabila mendapat persetujuan semua penduduk. [1 markah]

(b) Mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah oleh pihak berkuasa

apabila banjir sudah surut dan keadaan selamat untuk pulang. [1 markah]

Soalan (c), (d) dan (e)

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
14

Jawab soalan-soalan yang berikut.

(c) Kita perlu mengemas mengemaskan barang-barang serta dokumen-dokumen yang penting
dan berharga supaya _______________________________________
________________________________________________________________________

[1 markah]

(d) Kita perlu mematuhi arahan pihak berkuasa apabila diarahkan untuk berpindah ke pusat

pemindahan sementara untuk _________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

(e) Kita perlulah berada di pusat pemindahan sementara sehingga _____________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
15
Soalan 25 [5 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis idea utama dan idea sampingan. Contoh
yang pertama telah diberikan.

CARA PENJAGAAN DIRI

Terdapat pelbagai cara penjagaan diri yang betul yang boleh dijadikan amalan kita setiap hari.
Antaranya, kita perlulah mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari agar tubuh badan kita
bersih dan rasa segar.

Selain itu, kita juga perlulah mengambil makanan yang seimbang daripada
pelbagai kumpulan makanan. Antara kumpulan makanan yang perlu kita ambil ialah
karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Seterusnya, kita juga perlulah melakukan senaman atau bersukan sekurang-

kurangnya 30 minit setiap hari. Apabila badan kita berpeluh, toksin di dalam badan akan
disingkirkan daripada badan dan kita akan menjadi lebih cergas.

Di samping itu, kita juga perlulah mendapatkan tidur yang cukup setiap malam.
Hal ini kerana badan kita akan mendapat rehat yang secukupnya ketika kita tidur.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
16
Perenggan 1

Idea utama : Terdapat pelbagai cara penjagaan diri yang betul yang boleh
dijadikan amalan kita setiap hari.

Idea sampingan : Antaranya, kita perlulah mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap
hari agar tubuh badan kita bersih dan rasa segar.

Perenggan 2

Idea utama : _______________________________________________________

[1 markah]
_______________________________________________________
_______________________________________________________
Idea sampingan : _______________________________________________________
[1 markah]
_______________________________________________________
_______________________________________________________

Perenggan 3

Perenggan 4

Idea utama : Di samping itu, kita juga perlulah mendapatkan tidur yang cukup
setiap malam.
Idea sampingan : _______________________________________________________
[1 markah]
_______________________________________________________
_______________________________________________________

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

JAWAPAN
BAHAGIAN A (20 markah)

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
17

Nombor Jawapan Topik soalan Unit Markah

Soalan
1 C Kata nama khas 1 1
2 B Kata nama am 1 1
3 C Simpulan bahasa 1 1
4 D Kata ganti nama diri 2 1
5 B Kata ganti tunjuk 2 1
6 B Penjodoh bilangan 2 1
7 A Ayat tunggal 3 1
8 B Kata kerja 3 1
9 C Kata adjektif 4 1
10 B Bandingan semacam 5 1
11 B Kata hubung 5 1
12 D Kata sendi 6 1
13 A Kata arah 6 1
14 A Perumpamaan 7 1
15 B Kata perintah 8 1
16 B Pemahaman - 1
17 B Pemahaman - 1
18 D Pemahaman - 1
19 D Pemahaman - 1
20 A Pemahaman - 1

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
18
BAHAGIAN B
(30 markah)

Nombor Jawapan Markah

Soalan
21. Kata tanya (Unit 6)
(1) Siapakah 1
(2) Bilakah 1
(3) Apakah 1
(4) Di manakah 1
(5) Mengapakah 1
(6) Berapakah 1
(7) Bagaimanakah 1
[7 markah]

22. Kata sendi (Unit 6) dan kata hubung (Unit 5)

(1) ke 1
(2) pada 1
(3) daripada 1
(4) di 1
(5) dengan 1
(6) yang 1
(7) kerana 1
[7 markah]

23. Penjodoh bilangan dan simpulan bahasa (Unit 2)

(a) (1) sebilah 1
(2) sebatang 1
(3) sehelai 1
1
(b) (1) buah tangan 1
(2) besar hati 1
(3) dalam tangan
[6 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023
19
24. (a) SALAH 1
(b) BETUL 1
(c) Kita perlu mengemas mengemaskan barang-barang serta dokumen- 1
dokumen yang penting dan berharga supaya barang-barang tersebut
tidak musnah dihanyutkan arus banjir.

(d) Kita perlu mematuhi arahan pihak berkuasa apabila diarahkan untuk 1
berpindah ke pusat pemindahan sementara untuk memastikan
keselamatan nyawa kita.

(e) Kita perlulah berada di pusat pemindahan sementara sehingga 1

mendapat keizinan dan arahan daripada pihak berkuasa.
[5 markah]

25. Perenggan 2:
Idea utama: Selain itu, kita juga perlulah mengambil makanan yang 1
seimbang daripada pelbagai kumpulan makanan.
Idea sampingan: Antara kumpulan makanan yang perlu kita ambil ialah 1
karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Perenggan 3:
Idea utama: Seterusnya, kita juga perlulah melakukan senaman atau 1
bersukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Idea sampingan: Apabila badan kita berpeluh, toksin di dalam badan 1
akan disingkirkan daripada badan dan kita akan
menjadi lebih cergas.

Perenggan 4:
Idea sampingan: Hal ini kerana badan kita akan dapat rehat yang 1
secukupnya ketika kita tidur.

[5 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023

You might also like