You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN ISLAND


JALAN SULTAN AHMAD SHAH,
10050 GEORGETOWN, PULAU PINANG
Tel / Faks : 04-226 3402 Emel : pbb1025@jpnpp.edu.my

Bil : SKPI/10-9/6/1 ( )
Tarikh : 26 September 2023

Kepada :
Encik Amir Saifuddin B. Md Zaki)

Tuan ,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SEMPENA MAULIDUL RASUL DI SK
PEREMPUAN ISLAND.
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa , SK Perempuan Island akan


mengadakan Program Sambutan Maulidul Rasul . Program ini bertujuan menyemai dan
memupuk rasa cinta kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW dalam kalangan
murid .

3. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah ingin menjemput penceramah daripada


pihak tuan untuk menghadiri program yang diadakan . Berikut adalah butiran program :-
Tarikh : 6 OKTOBER 2022 ( Jumaat )
Masa : 9 :00 Pagi
Tempat : Dewan SK Perempuan Island
Penceramah : Encik Amir Saifuddin B. Md Zaki

4. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih .
Sekian , terima kasih .

“ MALAYSIA MADANI”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“ PULAU PINANG PENERAJU PENDIDIKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

………………………………………………..
(PN. NOORIANI BINTI ABD RAHMAN)
Guru Besar
SK Perempuan Island

You might also like