You are on page 1of 2

Kelab Mahasiswa PEMADAM UTHM

Tel: 011-19973787/ 017-7975659


UTHM/PEMADAM/119-2/2/1 Jld20 (20)
12 Nov 2022
Prof Sr. Ts. Dr Lokman Hakim Bin Ismail
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.

Melalui,

Encik Ahmad Shah Bin A Rahim


Penasihat,
Kelab Mahasiswa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yang Dihormati,

JEMPUTAN MERASMIKAN PELANCARAN KEMPEN ‘GENERATIONAL END GAME’ (GEG) SEMPENA


FESTIVAL KONVOKESYEN (FESTKON) 2022

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan
FESTKON bermula 2 sehingga 8 Disember 2022 yang bertempat di Padang Kawad, UTHM.

2. Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput Prof Sr. Ts. Dr Lokman Hakim Bin Ismail untuk hadir
sebagai perasmi Bual Bicara : Bahaya Vape & Rokok bagi Festival Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Disini disertakan maklumat program untuk makluman Tuan/Puan/Dato’/Datin.

Tarikh : 6 Disember 2022


Masa : 8:00 malam – 10:00 malam
Tempat : Pentas Padang Kawad, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

3. Segala kerjasama dan jasa baik daripada pihak Tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih. Pihak Tuan boleh berhubung dan mengesahkan kedatangan Tuan kepada Saudari Wan Aina Maisarah di
talian (011-21373741). Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk rujukan Tuan. Kehadiran Tuan berhubung
perkara di atas amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(Eugene Yong Tyng Yew)


Pengarah Program Bual Bicara FESTKON
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tentatif Program Bual Bicara : Bahaya Vape & Rokok


6 Disember 2022

Masa Perkara Tempat

10:00 pagi - Pameran Antidadah dari AADK Batu Pahat


5.00 Petang

7.30 Malam Pendaftaran peserta bagi Bual Bicara, Jamuan makan malam
dan sesi Pameran Video GEG

8:45 Malam Ucapan aluan dan pembukaan majlis

9:00 Malam Bual Bicara: Bahaya Vape dan Rokok

Panel 1:
Tapak
Dr. Hj Mohd Azlee bin Ahmad (PEMADAM Negeri Johor) FESTKON

Panel 2:

Tn Hj. Zainuddin bin Mohd Noh (PENGERUSI AKRAB)

10.00 Malam Sesi Soalan daripada penonton (Q&A Session)

10:15 Malam Pelancaran kempen GEG oleh YAB TNC HEPA UTHM

10:25 Malam Rumusan, penutup serta sesi bergambar

10:30 Malam Persembahan selebriti (FLOOR 88 & K-CLIQUE)

11:00 Malam Bersurai

You might also like