You are on page 1of 2

Rujukan kami : SKTM2.

100-13/1/4 (18)
Tarikh : 30 Ogos 2022

Ketua Jurutera Mekanikal


Bahagian Perkhidmatan Mekanikal
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
No 2, Jalan Arowana
55300 Cheras
Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KHIDMAT JENTERA TANAH : ‘BACKHOE’ UNTUK PROGRAM GOTONG


ROYONG HAPUSKAN AEDES SK TAMAN MIDAH 2, KUALA LUMPUR

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pada 24 September 2022, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Taman Midah 2 (SKTM2), Kuala Lumpur akan menganjurkan satu program sebagaimana ketetapan
berikut:
Nama program : Program Gotong Royong Hapuskan Aedes
Tarikh : 24 September 2022
Tempat : Belakang Kantin SKTM2

3. Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar situasi longkang di bahagian belakang kantin yang
tersumbat dan bertakung.

4. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………..
(AZRUL EFFENDI BIN KHALID)
Yang Dipertua PIBG,
SK Taman Midah 2,
Kuala Lumpur.

s.k : Guru Besar SK Taman Midah 2

You might also like