You are on page 1of 2

Rujukan Tuan : PPM(K)/ : 30-001/22 (28)

PPM(K)/ : 30-001/22 (29)


Rujukan Kami : JPNK 600-3/2/3 ( 12 )
Tarikh : 29 Mei 2022
Pengetua / Guru Besar
(Sekolah-sekolah seperti lampiran)

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MELAKSANAKAN PROGRAM SAMBUTAN 100


TAHUN PENGAKAP NEGERI KEDAH (1922-2022)

Surat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah, PPM(K)/ : 30-001/22 (28) dan
PPM(K)/ : 30-001/22 (29) bertarikh 26 Mei 2022 adalah dirujuk dan dilampirkan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah


akan mengadakan menganjurkan program seperti ketetapan berikut:

Tarikh / Hari : 23 Jun 2022 hingga 30 Oktober 2022


Konsep sambutan : Bersemuka dan secara dalam talian
Tempat sambutan : Rujuk Lampiran 1
Sasaran Penyertaan: Terbuka kepada semua ahli pengakap yang berdaftar
pada tahun 2022

3. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) mengambil


maklum serta tiada halangan atas penglibatan guru, pelajar dan murid berkenaan untuk
turut serta dalam program tersebut. Walau bagaimanapun, pihak JPNK ingin
mengingatkan bahawa penglibatan dalam aktiviti tersebut hendaklah memenuhi syarat
serta mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2018, Bil.7/1988 dan Bil.8/2009 serta
Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Kerjasama tuan adalah dimohon untuk memberi pelepasan bertugas kepada guru,
pelajar dan murid sekolah tuan untuk menyertai program tersebut. Sebarang tuntutan
berkaitan adalah di bawah tanggungan sendiri atau Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Kedah.

5. Sebarang maklumat berkaitan program tersebut boleh merujuk kepada Encik


Badrul Hisham bin Abdullah, Pengerusi Program Negeri Kedah di talian
019-5989246. Pegawai berurusan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En. Awang
Rosnadi bin Awang Rosli, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Sektor
Pembangunan Murid, di talian 04-7745 185 atau rosnadi.rosli@moe.gov.my.
Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
b.p. Pengarah Pendidikan Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k: 1. Pengarah Pendidikan Kedah


2. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah

You might also like