You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh : 1 MAC 2022
Kepada:
Ibu bapa/Penjaga
Pelajar Diploma Tahun 1 Seni Reka Fesyen (DDC) Kohort 2021

SURAT MAKLUMAN PELAJAR MENGIKUTI TUGASAN LAPANGAN BAGI KURSUS KHIDMAT


KOMUNITI (MPU2412) SESI 2/2022

Perkara di atas adalah dirujuk.

01. Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar DIPLOMA TAHUN 1 SESI 2/2021 diwajibkan untuk
menyiapkan tugasan lapangan bagi kursus Insaniah iaitu KHIDMAT KOMUNITI (MPU2412) yang
merupakan kursus wajib diambil dan wajib LULUS bagi semester ini (SEMESTER 2).

02. Justeru aktiviti tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh 3 MAC 2022
Hari KHAMIS
SURAU AL-JABAL NUR, LORONG 2, BATU 3 ½ 91000 TAWAU,
Lokasi/Tempat
SABAH
Masa 8.00 PAGI – 10.00 PAGI
Nama Pensyarah Pengiring PN. HEATINORAYU BINTI MD NOR

03. Pihak kolej akan mengambil tindakan yang perlu dan wajar bagi memastikan keselamatan para
pelajar terlibat (Pelajar Harian Sahaja) sepanjang aktiviti/program tersebut dijalankan. Ibu
bapa/penjaga hendaklah menasihati serta mengingatkan anak/anak jagaan masing-masing supaya
patuh kepada arahan yang diberikan oleh pensyarah semasa aktiviti/program dijalankan.
Pensyarah juga akan berusaha untuk memastikan para pelajar patuh dengan SOP yang
ditetapkan.

04. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amatlah dhargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

Saya yang menjalankan amanah,

(HEATINORAYU BINTI MD NOR)


Pensyarah Kursus Khidmat Komuniti

You might also like