You are on page 1of 1

Aktiviti Makmal : Pentitratan Asid-Bes

Tujuan : Menentukan kepekatan larutan kalium hidrosida, KOH melalui pentitratan asid-bes.
Bahan : Asid nitrik, HNO3 1.0 mol dm-3, larutan kalium hidroksida, KOH (kepekatan belum diketahui),
penunjuk fenolftalein dan air suling.
Radas : Buret, pipet 25 cm3, pengisi pipet,kelalang kon 250cm3, jubin putih, kaki retort dan pengapit.
Prosedur :

Buret Asid nitrik, HNO3 1.0 mol dm-3

Kelalang kon 250 cm3


Kaki retort

Larutan kalium hidroksida,


KOH + beberapa titis
penunjuk fenolftalein
Jubin putih
Rajah 1.0

1. Bilaskan permukaan di bahagian dalam sebatang pipet 25 cm3 dengan sedikit larutn kalium hidroksida, KOH.
Kemudian, keluarkan semua larutan itu.
2. Pipetkan dengan tepat 25 cm3 larutan kalium hidroksida, KOH. Pindahkan larutan itu ke dalam sebuah kelalang
kon.
3. Tambahkan beberapa titis penunjuk fenolftalein ke dalam larutan kalium hidroksida, KOH dan goncangkan.
4. Bilaskan permukaan di bahagian dalam sebatag buret dengan asid nitrik, HNO3 1.0 mol dm-3. Kemudian
keluarkan semua larutan itu.
5. Isikan buret dengan asid nitrik, HNO3 1.0 mol dm-3 dan apitkan buret pada kaki retort. Rekod bacaan awal buret.
6. Alirkan asid nitrik, HNO3 1.0 mol dm-3 secara perlahan-lahan ke dalam kelalalang kon sambil memusarkan
kelalang kon.
7. Hentikan penambahan asid nitrik, HNO3 1.0 mol dm-3 sebaik sahaja warna larutan di dalam kelalang kon berubah
daripada merah jambu kepada tidak berwarna. Rekod bacaan akhir buret.
8. Ulang langkah 2 dan 3 sebanyak 2 kali. Rekod keputusan dalam Jadual 1.0

Keputusan :

Bilangan pentitratan 1 2 3
Bacaan akhir buret (cm3)
Bacaan awal buret (cm3)
Isipadu asid nitrik, HNO3 yang diperlukan (cm3)
Jadual 1.0

Soalan :

1. Mengapkah jubin putih digunakan alam aktiviti ini?

…………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Apakah yang dimaksudkan dengan takat akhir?

…………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Tuliskan persamaan perkataan bagi tindak balas peneutralan yang terlibat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

SOALAN TAMAT

You might also like