You are on page 1of 5

SK LEMBAH JAYA,

JALAN 9A, LEMBAH JAYA SELATAN, 68000 AMPANG

KERTAS KERJA

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN


BOLA TAMPAR

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya,
Jalan 9A, Lembah Jaya Selatan,
68000 Ampang

1. TUJUAN/ OBJEKTIF

 Kertas kerja ini bertujuan membentangkan cadangan untuk menjalankan


kursus asas kejurulatihan bola tampar bagi guru jurulatih bola tampar U-12
SK Lembah Jaya
 Meningkatkan pengetahuan jurulatih tentang asas kejurulatihan yang betul
bagi permainan bola tampar
 Membangunkan potensi murid dalam permainan bola tampar dengan lebih
berstruktur dan menggunakan strategi kejurulatihan yang betul serta
menggunakan ilmu dalam sains sukan

2. LATAR BELAKANG

Pasukan bola tampar SK Lembah Jaya pernah menjadi antara pasukan yang
mampu memberi cabaran dan bersaing di peringkat daerah dengan cemerlang suatu
ketika dahulu. Namun bagi 5 tahun kebelakang ini, pasukan ini dilihat semakin tidak
dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila bertanding di
kejohanan MSSD Hulu Langat.

Antara faktor yang menyumbang kemerosotan pasukan ini adalah ketiadaan


program pelapis bagi menggantikan pemain yang telah memasuki persekolahan
menengah, di samping faktor jurulatih yang berpindah. Justeru, suatu program
intervensi harus dilaksanakan untuk membangunkan semula sistem kejurulatihan
1|
SK LEMBAH JAYA,
JALAN 9A, LEMBAH JAYA SELATAN, 68000 AMPANG

bersistematik, menyediakan pool pemain pelapis, dan latihan kepada pemain yang
lebih berkesan dan mampu meningkatkan tahap keupayaan dan bakat murid ke
peringkat yang lebih tinggi.

3. CADANGAN TARIKH

16 dan 17 Ogos 2023

4. TEMPAT

Bilik Mesyuarat Lantera dan gelanggang bola tampar SK Lembah Jaya

5. KUMPULAN SASAR

Guru-guru jurulatih bola tampar SK Lembah Jaya

6. ANGGARAN BILANGAN PESERTA

5 orang guru bola tampar (juga terbuka kepada guru yang berminat)

7. PELIBATAN

1. En. Nik Yusoff bin Nik Othman (SMK Pandan Jaya)


Pegawai Teknikal Bola Tampar Daerah Hulu Langat

2. En. Mohd Fadlulhilmi bin Suhaimi (SK Bandar Tun Hussein Onn 2)
Jurulatih Bola Tampar U-12 (Lelaki) Daerah Hulu Langat

8. PENGISIAN KURSUS

1. Ceramah asas kejurulatihan / undang-undang permainan


2. Amali latihan asas

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat: En. Khairul Anuar bin Nordin (Guru Besar)


Pengerusi: En. Mohammed Ridhwan bin Ibrahim (Peserta Perantisan NPQEL)
Timb. Pengerusi 1: En. Shahrol Nisman bin Hj Omar (PK Pentadbiran)
Timb. Pengerusi 2: Pn. Che Wan Maimon binti Wan Nong (PK HEM)
Timb. Pengerusi 3: Pn. Juhaida binti Sha’ari (PK Kokurikulum)
Bendahari: Pn. Haliza binti Mohamed Rashid
Setiausaha: En. Fariduzuan bin Ab Ghani
JK Sijil & Cenderahati: Pn. Mariana binti Muhamad Fadzil
Pengacara: Pn. Norli binti Ismail
Jurugambar: Pn. Nurul Azura binti Aripin
JK Peralatan dan tempat: En. Mohd Hilmy bin Ali

2|
SK LEMBAH JAYA,
JALAN 9A, LEMBAH JAYA SELATAN, 68000 AMPANG

10. PERJALANAN KURSUS

Tarikh Tempat Masa Tentatif Catatan


16 Ogos 2023 Bilik 2.00 ptg  Pendaftaran dan  Bahan
(Rabu) Lantera peserta mengambil powerpoint
tempat dan tayangan
 Bacaan doa video
 Ucapan alu-aluan  Borang KWL
pengerusi  Borang
 Ceramah teori rotation chit
kejurulatihan  Bola
 Penyampaian
cenderahati dan sijil
 Jamuan dan
4.30 ptg bersurai
17 Ogos 2023 Gelanggang 8.30 pg  Pendaftaran dan  Pakaian sukan
(Khamis) bola tampar peserta mengambil  Bola dan jaring
tempat  Skittle
 Bacaan doa
 Latihan amali
 Permainan kecil
 Sesi soal jawab
11.00 pg  Bersurai

11. ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK

BIL BUTIRAN UNIT KUANTITI KADAR JUMLAH


(RM) (RM)
1 Cenderahati penceramah - - - 100.00
2 Bahan bercetak Set 10 1.00 10.00
3 Cetakan sijil Pcs 8 1.00 8.00
JUMLAH (RM) 118.00

12. SUMBER KEWANGAN


 Sumbangan PIBG
13. KESIMPULAN
Adalah menjadi harapan kami agar kertas kerja ini mendapat perhatian untuk
dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak-pihak berkenaan. Semoga projek ini
dapat direalisasikan selaras dengan matlamat dan objektif yang dinyatakan.

Disediakan Oleh :- Disemak Oleh :-

Nama : Fariduzuan bin Ab Ghani Nama : Mohammed Ridhwan bin Ibrahim


Jawatan : Setiausaha projek Jawatan : Pengerusi projek
Tarikh : Peserta NPQEL 2023 (SRBE5)

3|
SK LEMBAH JAYA,
JALAN 9A, LEMBAH JAYA SELATAN, 68000 AMPANG

Tarikh :

KERTAS KERJA
KURSUS ASAS KEJURULATIHAN
BOLA TAMPAR
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan

Ulasan :

KHAIRUL ANUAR BIN NORDIN


Guru Besar,
SK Lembah Jaya, Ampang

Tarikh :

4|
SK LEMBAH JAYA,
JALAN 9A, LEMBAH JAYA SELATAN, 68000 AMPANG

5|

You might also like