You are on page 1of 2

Modul 6.

2_Aktiviti 1: Kami di Kuadran Mana

Aktiviti 1: Kami di Kuadran Mana

Arahan: Bersama-sama guru di sekolah anda, bincang senario ini dan tentukan
projek murid ini berada di kuadran mana dalam kerangka Rigor, Relevance &
Relationship. Beri justifikasi.

Kami di Kuadaran Mana?

SENARIO:

Murid Tingkatan 1 dikehendaki melaksanakan Pembelajaran Berasaskan


Projek (Project Based Learning) yang bertemakan Bumiku Hijau.
Pembelajaran ini melibatkan empat mata pelajaran iaitu Sains, Geografi,
Matematik dan Bahasa Melayu. Bagi mata pelajaran Sains murid-murid
dikehendaki mengkaji percambahan biji benih dan pertumbuhan anak benih
dengan mengambil kira pelbagai faktor (jenis tanah, sumber air, suhu,
kecerunan dan lain-lain).

Dengan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam keempat-empat


mata pelajaran, murid-murid diberi masa empat minggu untuk berbincang,
menguji dan memastikan hasil dapat dijelaskan dengan lebih bermakna.
Seterusnya, murid-murid dikehendaki mempersembahkan kajian dalam
pelbagai bentuk yang difikirkan terbaik misalnya dalam bentuk sajak, puisi,
debat, lakonan dan lain-lain kepada semua murid, guru dan pihak-pihak
yang berkepentingan.

Penilaian terhadap setiap peringkat (proses dan produk) dilaksanakan


berdasarkan rubrik-rubrik tertentu yang telah digariskan.

1
2

You might also like