You are on page 1of 1

ABSTRAK

Produk Kipas Mini ini dihasilkan dengan tujuan unjuk menyejukkan badan dengan cepat dan tidak
meletihkan. Kebanyakan orang semakin sensitif terhadap cuaca panas dan ini menyebabkan mereka
berasa panas dan cepat letih. Melalui proses penyelesaian masalah secara inventif, reka bentuk elektrik
dan reka bentuk pembuatan telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan reka bentuk Kipas Mini.
Reka bentuk ini membolehkan produk menyejukkan badan pengguna dengan cepat dan tidak meletihkan
serta memudahkan mereka untuk membawa kipas tersebut ke mana-mana sahaja. Laporan ini turut
memuatkan langkah-langkah produk. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang
telah dijalankan membuktikan bahawa produk mampu memenuhi objektif asal penghasilannya. Produk
juga mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna yang telah menguji produk ini. Selain
daripada itu, laporan ini turut menyatakan cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan dan
memantapkan kualiti produk Kipas Mini yang akan dihasilkan pada masa hadapan.

You might also like