You are on page 1of 3

EXT.DEPAN KAWASAN RUMAH.LUAR RUMAH.

DAY

Senja yang tenang, Suami isteri memegang beg baju untuk masuk kerumah barunya sambil
melihat keadaan sekeliling.

Isteri
Abang, cantik kan rumah ni, dahla banyak kemudahan
Dekat dengan pasaraya, klinik… senangla kita nanti…

Suami
Betul sayang, nasib baik ada rumah kosong kat sini,tak payah
Kita nak cari lain dah… Sini pun dah banyak kemudahan…
Jom kita masuk rumah baru kita sayang…

INT.DALAM RUMAH. RUANG TAMU.DAY

Isteri masuk ke bilik ternampak sehelai kain putih yang lusuh dan berlumpur di dalam bilik
tidur dan ternampak beberapa helai rambut melekat kat rambut.

Isteri
(dalam hati) kain pontianak ke ni? Dia tukar dalam bilik ke ni? (gelak kecik)

Isteri terus ambil dan campak kain itu ke

SCENE LAIN (BELAKANG RUMAH)

tong sampah luar rumah.

SCENE LAIN (RUANG TAMU)

Ke ruang tamu dengan suami sambil menari nari lagu klasik (bunyi gitar p ramlee).

INT.BIILIK TIDUR.DAY

Isteri di dalam bilik tidur sedang mengemas barang. Kemudian, dia terdengar bunyi paip air
terbuka dengan kuat di dalam bilik air yang berada di luar bilik tidur. Bunyi tersebut begitu
kuat sehinggalah isteri pergi ke bilik air untuk menyiasat.

SCENE LAIN (BILIK AIR)


Dia terjumpa air shower terbuka dan kemudian menutupnya. Dengan penuh kekeliruan,
sang isteri menelefon suaminya dan bertanya.

SCENE LAIN (BILIK TIDUR)


Isteri masuk ke dalam bilik

Isteri
(call suami) Uh abang… saya rasa air paip shower rumah kita ni rosak la… balik nanti
abang tolong tengokkan boleh tak?

Suami
Oh yeke… balik nanti abang tengok

Suami mematikan telefon, lalu isteri pun berjalan ke bilik tidur balik. Tiba-tiba dia terdengar
bunyi paip air terbuka lagi. I

SCENE LAIN (BILIK AIR)

steri terus menyiasat bilik air lagi sekali dan terjumpa dua2 berus gigi dia dan suaminya
berada di dalam lubang jamban dan lantai. Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke
serpihan cermin tandas yang pecah. Dengan perasaan keliru, dia tidak mempersoalkannya
dan memutuskan untuk mengemaskan semula bilik mandi. Semasa dia mengambil salah
satu serpihan cermin yang pecah, ia menunjukkan pantulan riak wajahnya yang risau.

INT. DALAM RUMAH. DAPUR. NIGHT

Pada malam yang sama, suaminya pulang ke rumah dan mecium dahi isterinya. Kemudian
dia terus duduk di meja makan. Isteri menyediakan hidangan untuk suaminya dengan
meletak pinggan dan mangkuk yang mempunyai lauk. The wife takes a seat and converses
with her husband.

ABANG
Sayang, abang call dah tadi plumber suruh tengok nanti

ISTERI
Oh… okay abang, abang ada call landlord juga tak? Dia takde mention pon ada masalah
dengan pipe ke apa.. taula sewa rumah ni murah tapi at least bagitaula masalah2 ngn
rumah ni boleh kita buat repair2 dulu hm

ABANG
Hm tulatu nanti abang call dia kot2 ada masalah lain ka just in case

ISTERI
Okay abang.. tapikan bang, lepas saya call abang tadi, ada bunyi kuat datang dari tandas tu
pula pastu saya gi cek ah pastu saya jumpa smua barang dlm tandas berselerak sampai
cermin dalam tu pon jatuh pecah… saya ada bersihkan tadi tapi seram la abang…

ABANG
Srslah? Seram betul… rumah kita dihantui ka apa ni haha..

ISTERI
Abang jangan la cakap camtu takutla

ABANG
Hahaha gurau ja.. takde pape la tu sayang biasalatu kadang2 boleh terjatuh sendiri.. kita
husnudzon ja

ISTERI
Hmm okay abang… dahlah taknak fikir, rasala pula masakan isteri awak ni haha tengok
sedap tak

SUAMI
Hahaha tak sabarnya nak rasa isteri kesayangan saya punya makanan ni... bismillah…
(CRINGE AF)
Apabila sudu itu menghampiri mulutnya, mukanya sedikit berkerut kerana terhidu bau busuk
yang pelik dari sudu itu. Bimbang dengan riak wajahnya, si isteri mempersoalkan reaksinya

ISTERI
Kenapa bang? Tak sedap ka?

Si suami cepat-cepat menukar ekspresinya dan melembutkannya sekiranya ia akan


menyakiti perasaan isteri manisnya dan terus meletakkan makanan tersebut dalam
mulutnya. Dia cuba untuk senyum sambil mengunyah tetapi ekspresinya berubah dengan
cepat menjadi jijik dan akhirnya dia meludahkan semua makanan.

ISTERI
Ya Allah Abang!! Kenapa ni?! Ambil air ni!

Suami terus membuang semua nasi di dalam mulutnya balik ke pinggan dan meminum air.
SUAMI
Sayang… kenapa nasi tu rasa macam tu? Saya bukan nak sakitkan hati awak tapi nasi tu
rasa cam basi…

ISTERI
Basi..? tp saya baru ja masak nasi tu takkanla dah basi…

Sang Isteri pun mengambil sepinggan nasi dan membaunya. Isteri memberi reaksi negatif
disebabkan bau nasi yang begitu busuk.
Suami cuba bertenang selepas batuk berterusan dan wajah isteri kelihatan risau. Suami
kemudian tiba-tiba berdiri dan mula berjalan pergi, isterinya memanggilnya.

ISTERI
Abang? Abang!

Suami melaungkan azan di setiap sudut rumah dan isteri memerhatikannya dalam
kebimbangan. Apabila suami selesai azan di bilik terakhir, mereka berdua tiba-tiba terdengar
suara mula mengejek dan meniru azannya dan pasangan itu terpaku dalam ketakutan.
Mereka tidak dapat mengetahui dari mana suara itu dan si isteri jatuh ke dalam pelukan
suaminya dalam ketakutan.

You might also like