Antara Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam Ialah

You might also like

You are on page 1of 5

Antara kesan negatif perniagaan pasar malam ialah:

1. Kesesakan lalulintas ~Tapak pasar malam di Indera Mahkota yang terletak di laluan masuk ke
kawasanperumahan Indera Mahkota 1 telah menyekat laluan orang ramai. Sikappengunjung-
pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telahmemburukkan lagi keadaan dan
menyebabkan kesesakan teruk pada laluan ini.Keadaan bertambah teruk ketika waktu
kemuncak aktiviti perniagaan iaitu bermuladari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam.

2. Pencemaran ~ Kekurangan tong-tongsampah di kawasan pasar malam, menyebabkan bekas-


bekas makanan dan minumandibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi
longkang ataubahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan dengan sikap peniaga dan
pengunjungpasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasansekitar.
Oleh sebab itu, selepasberakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokan
sampahsarap dengan pemandangan yang menyakitkan mata! Bau busuk juga
menyelubungikawasan itu.

3. Wabak penyakit ~ Longgokan sampah-sarap dikawasan pasar malam ini telah menggalakkan
pembiakan lalat, tikus dan tempattumpuan anjing-anjing liar mencarikan makanan. Keadaan
tidak sihat ini bolehmengundang kepada perebakan penyakit kepada penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yangtidak menutup makanan jualan dengan
sempurna. Makanan yang terdedah dandihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes
keracunan makanan.

Kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan wabak penyakitdapat dihindar, jika kita sama-sama
menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripencemaran.

4. Harga tanpa kawalan ~ Apabila kurangnya pemantauan dari pihak PBT, peniaga sewenang-
wenangnyamenaikkan harga barangan. Contohnya, peniaga gerai minuman telah
menaikkanharga air minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi
dalamplastik. Tambahan pula tiadanya tanda harga dipaparkan di sesetengah
gerai,menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual.
Pengunjungmerasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibeli
tidak berkualiti.
Punca Dan Kesan Peningkatan Suhu Bumi

Pemanasan global merujuk kepada keadaan suhu bumi meningkatsecara berterusan. Menurut
kajian yang dibuat, purata suhu bumi akanmeningkat 1.5 C hingga 4.0 C dalam abad ini.

Pemanasan global berpunca daripada penerokaan kawasan hutan yangberleluasa. Banyak pokok
akan ditebang untuk menjalankan penerokaansumber galian seperti bijih timah, emas dan
sebagainya. Maka, fungsi pokoksebagai penstabil ekosistem terjejas. Hal ini mengurangkan
penghasilan gasoksigen daripada pokok dan sebaliknya menambahkan gas karbon
dioksidadalam udara. Fenomena ini turut memperlihatkan proses fotosintesistumbuhan terjejas.
Kesannya, gas karbon dioksida yang semakin banyak akanmendorong pemanasan global.

Selain itu, pemanasan global turut berpunca daripada kegiatanpembakaran terbuka.


Pembakaran terbuka banyak dilakukan oleh golonganpetani yang tidak bertanggungjawab.
Mereka membakar sisa - sisa pertaniansebagai langkah untuk pelupusan bahan buangan.
Sebagai kesannya,pembakaran terbuka ini mendorong penghasilan gas karbon dioksida
yangmampu meningkatkan suhu bumi. Selain itu, penggunaan kenderaan yangmelibatkan
pembakaran fosil turut meyumbangkan kepada pemanasan global.Jelasnya, segala kejadian
yang melibatkan pembakaran akan mendorongpemanasan global.

Pemanasan global akan mengakibatkan kesan seperti kenaikan aras laut.Keadaan suhu bumi
yang semakin meningkat akan menyebabkan pencairanglasier. Ekoran daripada itu, banjir kian
berlaku dan menjejaskan kehidupanmanusia. Malahan, banjir yang berlaku boleh menyebarkan
pelbagai penyakitkepada manusia seperti penyakit kulit, cirit-birit dan
seumpamanya.Malahanbanjir yang berlaku kemungkinan besar dapat meragut nyawa manusia.
Olehitu, pemanasan global menyebabkan pencairan glasier berikutan dengankenaikan aras laut
yang boleh mengakibatkan banjir melanda manusia.

Selain itu, pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia.Keadaan suhu bumi yang
semakin meningkat akan mengakibatkanketidakselesaan manusia. Malahan, fenomena ini turut
mengakibatkanpelbagai penyakit seperti kerosakan kanta mata, kanser kulit, malahan
berlakumutasi dalam sistem kromosom manusia. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila
manusia menghadapi Sindrom Down dan Sindrom Turner akibatdaripada mutasi kromosom.
Tegasnya, pemanasan global akan menjejaskankesihatan manusia.’’
Usaha-usaha merealissasikan Malaysia sebagai Negara hab halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan sijil halal sejak 1974 lagi dan jika tempoh ini
dijadikan kayu ukur, isu halal itu sendiri telah wujud lebih kurang 30 tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi sewaktu merasmikan Minggu Pembangunan Ekonomi Islam (MPEI) 2003 di Pusat
Dagangan Dunia Putra Disember lepas telah menyentuh isu hub halal. Dalam ucapannya, beliau
mengingatkan pengusaha produk halal tempatan supaya memberi penekanan kepada kualiti produk
untuk menjadikan Malaysia hub untuk makanan halal.

Perdana Menteri juga mahu pengusaha tempatan menimba ilmu dalam bidang sains dan teknologi untuk
membolehkan mereka mempelbagaikan produk keluaran dan mendapat nilai tambah bagi produk mereka
dari semasa ke semasa. Tanpa diragui, kerajaan memang serius untuk menjadikan Malaysia sebagai hub
halal dan sebagai bukti, Jawatankuasa Teknikal Untuk Menjadikan Malaysia Hub Pengeluaran Makanan
Halal Serantau dibentuk tahun lepas untuk tujuan itu. Ia dipengerusikan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI).

Angka-angka yang dikaitkan dengan pasaran makanan halal dunia bukan sahaja besar malah sesetengah
penganalisis menggunakan istilah `amat besar'. Menurut MITI, pada masa ini, tiada perangkaan
menyeluruh diperoleh mengenai prestasi pengeluaran makanan halal di Malaysia tetapi saiz pasaran
dapat dilihat daripada jumlah import dan eksport makanan yang diproses.

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pula telah memberi lesen pengilang kepada 424
syarikat pengeluar makanan, bagi tempoh 1995 hingga Jun 2003 dengan jumlah pelaburan sebanyak
RM5.9 bilion.

Berdasarkan maklum balas daripada MITI, para pengeluar makanan halal Malaysia telah berjaya
mengeksport makanan yang diproses ke 80 buah negara. Tiga pasaran utama bagi produk halal
berasaskan ternakan ialah ASEAN (Indonesia, Singapura, Thailand), Timur Tengah/Asia Barat (Emiriyah
Arab Bersatu, Arab Saudi, Iran dan Iraq) dan Eropah (United Kingdom, Perancis dan Jerman). Pengeluar
makanan tempatan perlu berusaha lebih gigih untuk mendapat bahagian yang lebih dalam pasaran
makanan halal dunia memandangkan jumlah eksport mereka juga ternyata begitu kecil berbanding
anggaran jumlah pasaran tersebut.

Menurut MITI, antara masalah utama yang dihadapi oleh pengeluar makanan dan produk halal tempatan
ialah kekurangan daya saing berbanding negara maju terutama dari segi teknologi pemprosesan, kualiti
produk, penyelidikan dan pembangunan (R&D), jaringan pengedaran yang cekap dan pembangunan
jenama. Dalam usaha untuk negara menjadi hub halal, MITI diberikan peranan menyelaras dasar dan
program pembangunan produk halal.

Antara inisiatif yang sedang diberi perhatian termasuk menyeragamkan proses dan prosedur pensijilan
halal, menyelaraskan pembangunan standard piawaian halal dan menyelaraskan penguatkuasaan
undang-undang. MITI juga dari semasa ke semasa berbincang dengan industri mengenai isu-isu dan
masalah yang perlu diselesaikan bagi merealisasi objektif pembangunan produk halal selain mengadakan
rundingan dan misi pelaburan di peringkat antarabangsa. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih
Kementerian Pertanian berkata keutamaan beliau sekarang adalah untuk meningkatkan pengeluaran
makanan negara.

Lazimnya, apabila bercakap tentang pasaran makanan halal, ia sering dikaitkan dengan produk berasaskan
daging dan Malaysia tidak mengeluarkan binatang ternakan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan
pengeluar bagi pasaran tempatan dan luar negara. Negara-negara yang mengimport bekalan daging
termasuk India, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China. Untuk daging ayam
dan itik pula, import negara untuk tempoh yang sama ialah RM123.88 juta berbanding keluaran dalam
negeri sepanjang 2003 iaitu RM3.37 bilion.
Cabaran merealissasikan Malaysia sebagai Negara hab halal

SALAH satu objektif Pelan Induk Pembangunan Ketiga (IMP3) adalah menjadikan Malaysia sebagai hab
halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan serta perkhidmatan halal.Industri halal pada
dasarnya tidak hanya tertumpu kepada produk makanan halal sahaja seperti mana yang difahami
sebelum ini malahan merangkumi sektor perkhidmatan seperti logistik, pembungkusan, penjenamaan dan
pasaran.Ia juga merangkumi produk farmaseutikal, dandanan diri dan kosmetik, kewangan, hiburan,
pelaburan, pelancongan dan sebagainya.

Ini mewujudkan hubungan baru dalam rantaian nilai terutamanya logistik, pelabuhan, perkapalan,
penghantaran, kemudahan pengendalian dan gudang.Untuk itu, Malaysia perlu menjadi peneraju kepada
penetapan piawaian halal global termasuklah proses mengaudit, pengeluaran sijil halal bagi melindungi
integriti halal dan selanjutnya mengarah serta menyelaras pembangunan industri halal di peringkat global.

Hal ini termasuklah dalam bidang teknologi maklumat seperti Internet yang mana banyak syarikat telah
berjaya menggunakan sepenuhnya untuk menjalinkan perniagaan ke seluruh dunia.Melalui sokongan
politik yang kuat seperti penganjuran Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) dan
Forum Halal Dunia (WHF), ia dapat menarik pelaburan industri halal ke negara ini dan menyokong
pertumbuhan penyertaan syarikat Malaysia dalam pasaran halal di peringkat global.

Di samping itu membangun dan memasarkan jenama halal serta mempromosi konsep produk halal dan
perkhidmatan di Malaysia yang dijangka mencatat transaksi dagangan bernilai lebih daripada RM2 bilion
kepada pasaran dunia yang lebih luas.Beberapa tumpuan dan penekanan juga perlu diberi perhatian
serius bagi menjayakan prasarana industri halal meliputi pembangunan sains halal, logistik, pengedaran
dan perdagangan halal antarabangsa; model pelaburan Islam untuk pasaran ekonomi halal; pandangan
syariah terhadap penyembelihan menggunakan kejutan elektrik pada bahagian yang hampir dengan
jantung haiwan; pembangunan dalam peruncitan; perkhidmatan dan pelancongan halal; dan pengilangan
dan kandungan untuk pasaran halal.

Isu-isu yang masih di peringkat pertikaian dan perselisihan perlu diselesaikan segera agar perkara
berkenaan tidak merencat transformasi industri halal global.Anggaran kasar menunjukkan saiz pasaran
produk makanan halal berjumlah antara RM1.3 bilion hingga RM1.5 bilion setahun, dengan mengambil
kira penggunaan oleh pengguna Muslim saja di negara kita.

Namun begitu, pasaran makanan halal dunia hari ini masih dikuasai empat negara bukan Islam iaitu China,
Thailand, Australia dan Brazil.Ini adalah cabaran kepada semua negara Islam yang masih terkebelakang
dalam industri ini dan masih bersifat tempatan serta belum bersedia meneroka industri ini secara
serius.Masyarakat Islam tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati atau pengguna sahaja malahan perlu
berubah menjadi negara pengeluar dan pemain utama di dalam industri halal global.

BeraniPada tahun 2002 sahaja, Australia telah mengeksport makanan yang bernilai AS$3.7 bilion ke
negara-negara Islam. Daripada jumlah ini, lebih AS$330 juta merupakan nilai eksport daging lembu dan
biri-biri dan lebih AS$1 bilion merupakan eksport bahan tenusu.Jika diteliti secara ekonominya, negara-
negara Islam mempunyai peluang dan ruang yang sangat luas di dalam industri ini sekiranya mempunyai
keinginan, sokongan dan perancangan politik yang kuat serta penyertaan berani di dalam industri ini.

Adalah amat memalu, menyusah dan meresahkan apabila kita terpaksa bergantung kepada orang lain
untuk membekalkan produk halal kepada kita sedangkan kita sendiri mampu menyediakannya.Komitmen
Malaysia sebagai peneraju produk halal global dapat dilihat melalui penetapan semua barangan import
berasaskan daging ke Malaysia mestilah mematuhi keperluan standard dan piawaian halal yang digariskan.
Pemerdagangan Manusia : Kesan

1. Mencemarkan imej negara di mata dunia

Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu
permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.

Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.

Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara

Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan


kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan
dan rumah urut dan sebagainya.

Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk
mengumpulkan kekayaan.

3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara

Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu
yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.

Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa


tidak puas hati antara negara yang terlibat

4. Peningkatan masalah sosial

Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat

seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.

Penularan penyakit berjangkit

Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya


kembali menular dalam kalangan masyarakat

You might also like