You are on page 1of 2

-Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor

-Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah


Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan
English College, Johor Bahru sehingga 1949.

-Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di


Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil keputusan mengikuti pelajaran
seni di Chelsea School of Art, London (1951-1955).

-Beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor, dan bertugas sebagai pensyarah di
Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (1957). Peranannya sebagai pensyarah dilanjutkan di
Malayan Teacher's College, Kirkby, United Kingdom (1958-1959) sebelum kembali semula
mengajar di Maktab Perguruan Harian pada tahun 1960.

-Beliau seterusnya berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Cheras (1961-1963). Pada tahun 1963, beliau menerima biasiswa United States
Department untuk melanjutkan pelajaran di School of Art Chicago, Amerika Syarikat.

-Setahun selepas itu, beliau dilantik memegang jawatan Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas
sehingga 1972. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Jabatan Perancangan dan
Penyelidikan Pelajaran.

-Pada tahun 1973, Syed Ahmad Jamal memperolehi biasiswa East-West Centre untuk
menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di University of Hawaii

-Sekembalinya ke tanahair, beliau menjadi pensyarah lawatan di Universiti Malaya sehingga


1979, sebelum dilantik menjadi pengarah di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Tugas rasmi
terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara bermula tahun 1983 hingga
1991.

-Pada 1995, beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara. Pelbagai hadiah dan anugerah diterima
sepanjang penglibatannya dalam seni lukis. Lukisannya ada dipamerkan di Balai Seni Lukis
Negara, Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau dianugerahkan Seniman Negara

 -(1950) Sultan Ibrahim Scholarship


 (1962) Indian Council for Cultural Relations
 (1963–1964) United State Department Award
 (1969) Ahli Mangku Negara
 (1970) Alliance Francaise Medallion
 (1973) East-West Centre Award
 (1983) Kesatria Mangku Negara
 (1984) Australia Cultural Award
 (1987) Cultural Award (Visual Art)
 (1995) Anugerah Seni Negara
 (1996) Panglima Jasa Negara
 (2005) Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
 (2008–2009) Pelukis Tamu, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur

-Pada 30 Julai 2011, beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun di rumahnya
di Gombak, Selangor. Beliau meninggalkan isterinya Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak
lelaki. Jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak.

You might also like