You are on page 1of 8

Tugasan folio seni: Tokoh

Seni Malaysia
Terdapat ramai tokoh seni lukis di Malaysia bermula
dari zaman sebelum merdeka sehingga sekarang.
Diantara tokoh-tokoh seni lukis ialah Peter Harris, Tay
Hooi Keat, Lee Joo For, Kuo Ju Ping,  Dato’ Syed
Ahmad Jamal, Sulaiman Esa, Datuk Ibrahim Hussein,
Abdul Muthalib Musa, Khalil Ibrahim dan lain-lain.
Peter Harris
Peter Harris merupakan pengasas
Kumpulan Seni Lukis Wednesday.Beliau
dilahirkan di United Kingdom pada tahun
1923.Beliau merupakan ekspatriat lepasan
sekolah seni lukis yang bertugas sebagai
nazir seni lukis Persekutuan Tanah Melayu di
Kuala Lumpur pada tahun 1951.Belaiau
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
pendidikan seni lukis di sekolah-sekolah
pada tahun 1950-an.
Tay Hooi Keat
Tay Hooi Keat dilahirkan di Nibong Tebal, Seberang Prai pada tahun 1910.Beliau merupakan
pengasas Kumpulan Seni Lukis Thursday. Beliau menerima pendidikan seni secara formal di
Camberwell School of Art, England, Intermediate Arts & Craft, London dan GraphicSchool of
Art, London. Beliau bertanggungjawab dalam memperkenalkan konsep-konsep seni lukis
baru dengan misi mengubah sikap guru-guru seni dan memberi idea baru tentang
pengajaran seni lukis di sekolah semasa bertugas sebagai nazir seni lukis sekolah.
Sulaiman Esa
Sulaiman Esa dilahirkan pada 12 September 1941 di Johor Bahru. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Zahrah. Kemudian beliau melanjutkan
persekolahannya di Maktab Inggeris, Johor Bahru pada tahun 1953. Beliau mendapat
Biasiswa Negeri Johor dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan
pelajaran peringkat diploma Seni Lukis dan Seni Reka di Hornsey College of Art,
London pada tahun 1960 hingga 1966. Pada tahun 1967 beliau menyambung ijazah
pasca siswazah dalam bidang cetakan di kolej yang sama. Pada 1974 dilantik sebagai
pensyarah di Jabatan Seni Halus, Institut Teknologi Mara (ITM).
Syed Ahmad Jamal
Syed Ahmad Jamal dilahirkan di Johor pada tahun 1929.Beliau menerima
pendidikan seni secara formal di London dan Amerika. Beliau melukis,
mengajar,mengelola, menilai, dan menulis serta dapat menjalankan
tanggungjawab yang beraneka dengan baik. Pernah memegang jawatan
penting dalam pelbagai pergerakan seni lukis.Antaranya ialah menjadi Ketua
Jabatan Seni Lukis MPIK, Pengarah Balai Seni Lukis Negara dan sebagainya.
Datuk Ibrahim Hussein
Datuk Ibrahim Hussein yang lebih dikenali sebagai Ib merupakan Ketua
Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Beliau
dilahirkan pada 13 Mac 1936 di Yan, Kedah merupakan pelukis sepenuh
masa.

You might also like