You are on page 1of 13

17.

2 Ujian Personaliti dan Kerjaya (VPI)

Profil Inventori Personaliti

DESKRIPSI INVENTORI PEMILIHAN KERJAYA (VPI)


(Vocational Preference Inventory)

Alih Bahasa

Oleh
Dr Sidek Mohd Noah
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Jabatan Pendidikan
Universiti Putra Malaysia

Arahan

Inventori ini terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama mengandungi satu senarai
nama jenis-jenis pekerjaan manakala bahagian kedua pula merupakan kertas jawapan.

Anda dikehendaki membaca tiap-tiap jenis pekerjaan serta menentukan samada anda;

a. Sukakan pekerjaan itu. (Y)


b. Tidak sukakan pekerjaan itu. (T)
c. Tidak pasti.

Sekiranya anda SUKA sesuatu pekerjaan itu, anda dikehendaki menghitamkan ruangan
(Y) dalam kertas jawapan. Demikian juga sekiranya anda TIDAK SUKA pada sesuatu
pekerjaan itu, sila hitamkan (T). Sila pastikan bahawa angka jawapan adalah sama
dengan angka pada kertas soalan. Contohnya untuk pekerjaan no. 1 tandakan pada
ruangan 1 pada kertas jawapan.

Sekiranya anda tidak dapat menentukan pilihan anda (TIDAK PASTI), JANGAN BUAT
APA-APA tanda untuk soalan nombor tersebut pada kertas jawapan.

1. AHLI KRIMINOLOGI 11. MEKANIK KAPAL TERBANG

2. PENYIASAT SULIT 12. AHLI KAJICUACA


3. PEKERJAAN DI RESTORAN 13. PENYAIR

4. DETEKTIF 14. AHLI SOSIOLOGI

5. PENGUKIR GAMBAR FOTO 15. SPEKULATOR

6. PEKEBUN SAYUR 16. PENYIMPAN KIRA-KIRA

7. GURU PENDIDIKAN JASMANI 17. JURUSELAM LAUTAN DALAM

8. PELAWAK 18. KERANI STOK

9. JURUGAMBAR 19. JURULATIH DRAMA

10. DIPLOMAT 20. PEGUAM

21. PAKAR IKAN DAN HIDUPAN LIAR 31. MEKANIK KERETA

22. AHLI BIOLOGI 32. AHLI KAJIBINTANG

23. PEMIMPIN ORKESTRA SIMFONI 33. AHLI MUZIK

24. GURU SEKOLAH MENENGAH 34. PAKAR DELINKUEN JUVANA

25. PEMBELI 35. EKSEKUTIF PENGIKLANAN

26. GURU PERDAGANGAN 36. PENYEMAK BELANJAWAN

27. PERUNTUH BANGUNAN 37. AHLI TINJU TERKENAL

28. DOKTOR HAIWAN 38. KERANI PEJABAT POS

29. GURU SEKOLAH RENDAH 39. JURUTERA MAKMAL UJIKAJI

30. DOKTOR 40. PELAYAN BAR

41. TUKANG KAYU 51. JURUPANDU MEMBURU/MEMANCING

42. JURUTEKNIK MAKMAL PERUBATAN 52. ANTROPOLOGIS

43. PENGARANG 53. PELUKIS PERDAGAGAN

44. AHLI TERAPI PERTUTURAN 54. KAUNSELOR PERKAHWINAN

45. WAKIL PENGILANG 55. PENERBIT TELEVISYEN

46. AKAUNTAN 56. PENYIASAT HUTANG/KREDIT

47. AHLI BOMBA 57. PELATIH BINATANG LIAR

48. AGEN TIKET PENERBANGAN 58. PENOLONG PENTADBIR

49. PENGHIBUR 59. TERAPIS FIZIKAL

50. NOVELIS 60. JURUWANG


61. JURU UKUR 71. MERINYU PEMBINAAN

62. AHLI ZOOLOGI 72. AHLI KIMIA

63. PENULIS BEBAS 73. PENYUSUN MUZIK

64. PENGETUA SEKOLAH 74. PENGARAH PADANG/GELANGGANG


PERMAINAN
65. PENGURUS HOTEL 75. EKSEKUTIF PERNIAGAAN
66. JURUTERENGKAS MAHKAMAH 76. KERANI BANK

67. STUNT MAN/STUNT WOMAN FILEM 77. JOKI/PENUNGGANG KUDA LUMBA

68. JURUJUAL BERTEMPAT 78. JURUHIAS DALAMAN

69. AHLI SUKAN PROFESIONAL 79. PEMANDU KAPAL TERBANG

70. PRAMUGARI/PRAMUGARA 80. PEMILIK/PENGARAH BANK

81. OPERATOR RADIO 91. JURUTEKNIK ELEKTRONOK

82. AHLI SAINS PENYELIDIKAN 92. PENULIS RENCANA SAINS BEBAS

83. WARTAWAN 93. PELUKIS POTRET

84. AHLI PSIKOLOGI KLINIKAL 94. GURU SAINS SOSIAL

85. PENGURUS RESTOREN 95. JURUACARA

86. PAKAR CUKAI 96. PENGAWAL PERKAKAS/ALAT

87. PELUMBA MOTORSIKAL 97. PELETUP BUKIT (DYNAMITER)

88. PENGANJUR SUKAN 98. PEGAWAI POLIS

89. PENGADIL SUKAN 99. GURU BAHASA INGGERIS

90. POSMEN 100. PEGAWAI PERTUBUHAN BANGSA-


BANGSA
BERSATU

101. AHLI ILMU PERKEBUNAN 111. PEMANDU BAS

102. PENYUNTING JURNAL SAINS 112. AHLI KAJIBUMI

103. PENYANYI KONSERT 113. PENGUBAH LAGU

104. PENGARAH AGENSI KEBAJIKAN 114. PENGARAH KEM BELIA

105. JURUJUAL 115. JURUJUAL HARTA, RUMAH DAN TANAH

106. OPERATOR KOMPUTER IBM 116. PENGANALISIS KEWANGAN

107. AGEN PENGINTIP KERAJAAN 117. PENDAKI GUNUNG

108. PEGAWAI PERCUBAAN 118. KETUA TUKANG MASAK

109. ANGKASAWAN 119. PENGARAH PENTAS

110. PROFESOR UNIVERSITI 120. AGEN TIKET


121. JURUTERA KERETAPI 131. OPERATOR MESIN

122. AHLI BOTANI 132. PENYELIDIK SAINS

123. PEMAHAT/PENGUKIR 133. PENULIS LAKUNAN

124. KAUNSELOR PERIBADI 134. PEKERJA KES PSIKTRI

125. PENGARAH PUBLISITI 135. PENGURUS SUPERMARKET

126. PENILAI HARTA/KOS 136. KERANI GAJI

127. PENEROKA 137. JURUTERBANG PENGUJI


128. GURU TADIKA 138. PENGATUR PROGRAM KOMPUTER

129. PAKAR KAWALAN MUTU 139. PEREKA FESYEN PAKAIAN

130. HAKIM 140. PEMANDU LORI

141. JURUELEKTRIK 151. PENGURUS JENAZAH

142. AHLI FIZIK 152. TUKANG TILIK

143. PELUKIS KARTUN 153. ARKITEK

144. KAUNSELOR KERJAYA 154. KERANI PERKAPALAN

145. PENGURUS JUALAN 155. AHLI PSIKOLOGI JENAYAH

146. PEMERIKSA BANK 156. KERANI INSURANS

147. PEMANDU KERETA LUMBA 157. TUKANG GUNTING RAMBUT

148. PEGAWAI PERHUTANAN 158. PENGUTIP BIL/HUTANG

149. PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT 159. ATENDAN HOSPITAL

150. KERANI JUALAN 160. TUKANG URUT


INVENTORI PEMILIHAN KERJAYA (VPI) – SEMAKAN 1985
Oleh
John I. Holland Ph.D

NAMA :…………………………………….……………………… JANTINA :………………..

TINKATAN:…………………. UMUR: ………….. TARIKH:……………………

HITAMKAN JAWAPAN Y (YA) ATAU T (TIDAK)

1 11 21 31 41 51 61 71 81 91 101 111 121 131 141 151


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

2 12 22 32 42 52 62 72 82 92 102 112 122 132 142 152


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

3 13 23 33 43 53 63 73 83 93 103 113 123 133 143 153


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

4 14 24 34 44 54 64 74 84 94 104 114 124 134 144 154


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

5 15 25 35 45 55 65 75 85 95 105 115 125 135 145 155


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

6 16 26 36 46 56 66 76 86 96 106 116 126 136 146 156


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

7 17 27 37 47 57 67 77 87 97 107 117 127 137 147 157


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

8 18 28 38 48 58 68 78 88 98 108 118 128 138 148 158


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

9 19 29 39 49 59 69 79 89 99 109 119 129 139 149 159


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130 140 150 160


Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T

3 KOD HOLAND _____________________

R I

C A

E S
SKOR INVENTORI PEMILIHAN KERJAYA (VPI) – SEMAKAN 1985
Oleh
John I. Holland Ph.D

1 11 21 31 41 51 61 71 81 91 101 111 121 131 141 151


T Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
REALISTIK

2 12 22 32 42 52 62 72 82 92 102 112 122 132 142 152


T Y Y Y Y INVESTIGATIF Y Y Y Y Y Y Y T

3 13 23 33 43 53 63 73 83 93 103 113 123 133 143 153


Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y T
ARTISTIK

4 14 24 34 44 54 64 74 84 94 104 114 124 134 144 154


Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
SOSIAL

5 15 25 35 45 55 65 75 85 95 105 115 125 135 145 155


T Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y T
ENTERPRISING

6 16 26 36 46 56 66 76 86 96 106 116 126 136 146


T Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
CONVENTIONAL

7 17 27 37 47 57 67 77 87 97 107 117 127 127 147


Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
KAWALAN DIRI

8 18 28 38 48 58 68 78 88 98 108 118 128 138 148

9 19 29 39 49 59 69 79 89 99 109 119 129 139 149


T Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
MASCULINITY
FEMINITY

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130 140 150


T Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
STATUS

CARA MEMBENTUK PROFIL INVENTORI PEMILIHAN KERJAYA (VPI)


LANGKAH 1 : Tumpukan kepada skala REALISTIK, INVESTIGATIF, ARTISTIK,
SOSIAL, ENTERPRISING dan CONVENTIONAL (Skala Prima). Skala-
skala yang lain adalah skala sekunder.

LANGKAH 2 : Tumpukan kepada jawapan Y sahaja dan lupakan jawapan T. Jumlahkan


jawapan Y bagi setiap skala untuk mendapatkan skor mentah.

LANGKAH 3 : Pndahkan jumlah skor yang diperolehi dari setiap skala ke gambarajah
heksagonal Holland seperti di bawah.

LANGKAH 4 : Isikan kod tiga huruf Holland pada ruangan di sebelah bawah gambarajah
heksegonal berdasarkan kepada skor yang tertinggi, kedua tinggi dan
ketiga tinggi.

R I

C A

E S

Kod Tiga Huruf Holland _______ _________ ________


REALISTIK – R

1. Individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal.


2. Suka bekerja dengan objek yang boleh disentuh, mesin, peralatan,
tumbuhan dan binatang.
3. Tidak suka kepada aktiviti yang banyak menggunakan pemikiran.
4. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan
5. Tingkahlaku ini cenderung kepada kebolehan manual, mekanikal, elektrikal
dan pertanian.
6. TIDAK MEMENTINGKAN EMOSI

Ciri-ciri individu Realistik

1. Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak dari aktiviti –aktiviti sosial.
2. Akan menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan
masalah.
3. Mempunyai kebolehan mekanikal dan permainan sukan tetapi kurang
berkebolehan dalam hubungan sosial.
4. Menghargainperkara-perkara yang konkrit seperti wang, kuasa dan status.

Sifat-Sifat Individu Realistik

 Pemalu
 Suka ikut perintah
 Natural
 Berterus terang
 Materialistik
 Praktikal
 Jujur
 Maskulin
 Tekun
 Tidak romantis

Kerjaya Yang Sesuai

1. Mekanik Kejenteraan 7. Jurutera Lokomotif


2. Merinyu Bangunan 8. Tukang Paip
3. Juruelektrik 9. Jurufoto
4. Atendan Pam Minyak 10. Operator Mesin
5. Pakar Hidupan Liar 11. Juru Ukur
6. Pakar Perikanan 12. Juruselam

INVESTIGATIF – I
1. Individu yang suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik dan kerja
penyelidikan sains fizikal atau biologikal.
2. Sangat tidak menyukai aktiviti sosial, pemujukan dan proses yang
berulang-ulang atau rutin.
3. Punyai tingkahlaku yang cenderung kepada kebolehan saintifik dan
matematik tetapi sebaliknya kurang kebolehan memujuk.
4. SENTIASA INGIN TAHU

Ciri-Ciri Individu Investigatif

1. Sukakan suasana dan pekerjaan investigatif.


2. Menyelesaikan masalah dengan kaedah investigatif.
3. Mengganggap dirinya sebagai penyelidik, intelektual, ada kebolehan dalam
matematik dan sains.

Sifat-Sifat Individi Investigatif

1. Analitikal 7. Pasif
2. Berhati-hati 8. Pesimistik
3. Kritikal 9. Teliti
4. Ingin Tahu 10. Rasional
5. Bebas 11. Intelektual
8. Introvert 12. Tidak Popular

Kerjaya Yang Sesuai

1. Ahli Antropologi 2. Ahli Kaji Cuaca


3. Ahli Falak 4. Penyelidik
5. Ahli Kaji Hayat 6. Ahli Kaji Bumi
7. Ahli Kimia 8. Akauntant
9. Penulis Rencana 10. Penyunting

ARTISTIK – A
1. Individu yang sukakan aktiviti-aktiviti yang bebas, tidak bersistem dan
kabur.
2. Tingkahlakunya cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni, muzik,
drama, penulisan dan sangat benci pekerjaan jenis perkeranian dan
perniagaan.
3. INDIVIDU PUITIS, MEMENTINGKAN EMOSI DAN ROMANTIS.

Ciri-Ciri Individu Artistik

1. Sukakan suasana dan pekerjaan artistik.


2. Melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan cara
melahirkannya menerusi ciptaan atau karyanya.
3. Mempunyai kebolehan dalam muzik dan kesenian.
4. Sensitif kepada persekitaran.

Sifat-Sifat Individu Artistik

1. Suka bersendirian 2. Kurang bersosial


3. Lembut 4. Tidak mudah terikut-ikut
5. Romantis 6. Penuh Kasih Sayang
7. Mahukan kebebasan 8. Sukakan penghargaan

Kerjaya Yang Sesuai

1. Penjual hasil seni 2. Dramatis


3. Pengarang 4. Artis
5. Kartunis 6. Pelukis
7. Pelukis Papan Iklan 8. Penyair
9. Penyanyi 10. Pemimpin Orkestra

SOSIAL – S

1. Individu yang mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengarohi orang lain


seperti memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan.
2. Mengelak diri dari aktiviti yang sistematik yang melibatkan benda, perkakas
atau mesin.
3. Mempunyai kebolehan dalam hubungan sosial dan kurang kebolehan
dalam bidang teknikal.
4. INDIVIDU YANG MESRA DAN SUKA MENOLONG.

Ciri-Ciri Individu Sosial

i. Sukakan suasana dan pekerjaan sosial.


ii. Sukakan kegiatan-kegiatan sosial.
iii. Suka dirinya dilantik ketua.
iv. Pandai mewujudkan hubungan antara individu.
v. Suka mendapat perhatian.

Sifat-Sifat Individu Sosial

1. Bekerjasama 2. Suka berkawan


3. Murah hati 4. Lemah lembut
5. Suka menolong 6. Idealistik
7. Baik hati 8. Pandai memujuk
9. Bertanggung jawab 10. Saling memahami
11. Mesra

Kerjaya Yang Sesuai


1. Guru 2. Kaunselor
3. Ahli Psikologi Klinikal 4. Pegawai Kebajikan Masyarakat
5. Juru Acara 6. Pekerja Hospital Bahagia
7. Diplomat 8. Pekerja Sosial

Enterprising – E

Individu-individu yang suka kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan


keuntungan.
Mempunyai kebolehan untuk memimpin, berhubung secara inter-personel dan
pandai memujuk.
Kurang berkebolehan dalam perkara-perkara saintifik.
Menerima diri sebagai agresif, popular, berkeyakinan diri, sosial dan ada
kecekapan bercakap.
BIJAK MENGAMBIL KESEMPATAN DAN OPTIMISTIK.

Ciri-Ciri Individu Enterprising

1. Berminat kepada suasana dan pekerjaan enterprising.


2. Ambil berat tentang soal-soal kekuasaan.
3. Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan.
4. Sukakan status dan kepimpinan.

Sifat-Sifat Individu enterprising

1. Bersungguh-sungguh 2. Suka mengembara


3. Bercita-cita tinggi 4. Suka berbahas
5. Bebas 6. Cergas
7. Suka menonjol diri 8. Optimistik
9. Bercakap dan berlagak dengan 10. Suka bercakap dan
angkuh bersosial

Kerjaya yang Sesuai

1. Pegawai pemasaran 2. Kerja-kerja perhotelan


3. Pakar perunding 4. Jurujual
5. Pekerja restoran 6. Penganjur sukan
7. Penerbit 8. Pegawai penilai

CONVENSIONAL – C

1. Individu yang suka kepa aktiviti-aktiviti yang melibatkan usaha yang


mempengaruhi data-data dengan sistematik.
2. Mementingkan kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan angka,
memberatkan kepada aspek-aspek perbualan atau topik-topik yang
dirancang.
3. Tingkahlaku cenderung kepada bidang perkeranian, perniagaan dan
komputer.
4. TERANCANG, BERSISTEM DAN TERSUSUN
Ciri-Ciri Individu Convensional

1. Berminat kepada suasana dan pekerjaan convensional.


2. Suka mengelakkan diri dari persoalan-persoalan atau masalah-masalah
yang rumit.
3. Sukakan tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu.
4. Bekerja ikut sistem.

Sifat-Sifat Individu Convensional

1. Mudah menyesuai diri 2. Bersungguh-sungguh dan teliti


3. Suka mempertahankan diri 4. Cekap
5. Patuh 6. Sopan
7. Praktikal 8. Tekun
9. Tenang 10. Tidak berkhayal

Kerjaya Yang Sesuai

1. Pemeriksa Akaun Bank 2. Perancang Belanjawan


3. Pegawai Penilai 4. Operator Komputer
5. Pakar Kawalan Mutu 6. Pegawai Perangkaan
7. Pegawai Cukai 8. Juru Terengkas Mahkamah

STATUS – ST

Skor tinggi (8 hingga 14) menunjukkan individu yang memberi nilaian dan
persepsi yang tinggi kepada kerjaya yang pada anggapannya mempunyai status
yang tinggi.

Skor rendah pula (0 hingga 7) menunjukkan individu yang tidak begitu


mementingkan status dalam pekerjaan.
MASKULINITI – FEMINITI – MF

Skor tinggi (8 hingga 14) dikaitkan dengan individu yang memiliki ciri-ciri
kelelakian yang selalu dikaitkan dengan kerjaya sebagai polis, tentera, mekanik
atau juruteknik.

Sementara skor rendah pula (0 hingga 7) menunjukkan individu yang memiliki


ciri-ciri feminin dan selalu dikaitkan dengan kerjaya wanita seperti guru,
pragawati, jururawat atau setiausaha.

KAWALAN DIRI – SC
Skor tinggi (8 hingga 14) menunjukkan individu yang mempunyai kawalan diri
yang baik dan dikaitkan dengan individu yang mempunyai lokus kawalan
dalaman yang tinggi atau individu yang proaktif.

Skor rendah pula (0 hingga 7) menunjukkan individu yang kurang mampu


mengawal diri sendiri. Individu ini dikatakan mempunyai lokus kawalan luaran
yang tinggi atau individu yang reaktif dan mereka sangat dipengarohi oleh faktor
persekitaran.

INFREQUENCY – INF

Skor tinggi (11 hingga 20) menunjukkan jawapan yang diberikan oleh individu
yang mengambil ujian adalah tidak konsisten dan
dengan itu profil ujian yang diperolehi adalah meragukan dan tidak boleh
dipercayai.

Sementara skor rendah (0 hingga 10) menunjukkan jawapan yang diberikan oleh
individu yang mengambil ujian adalah konsisten dan dengan itu profil ujian yang
diperolehi adalah tekal dan boleh dipercayai.

Umumnya skala ini adalah berkaitan dengan kebolehpercayaan ujian VPI.

ACQUIESCENCE – AC

Skor tinggi (16 hingga 30) menunjukkan jawapan yang diberikan oleh individu
yang mengambil ujian adalah tidak jujur dan dengan itu profil ujian yang
diperolehi adalah tidak sah.

Sementara skor rendah (0 hingga 15) menunjukkan jawapan yang diberikan oleh
individu yang mengambil ujian adalah jujur dan tidak dipengarohi oleh orang lain.

Umumnya skala ini adalah berkaitan dengan keesahan ujian VPI.

You might also like