You are on page 1of 2

SYARAT DAN PERATURAN

1. PERBADANAN SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN


a. Syarikat, koperasi atau perniagaan yang memohon hendaklah diperbadankan mengikut undang-undang negara ini sebagai :-
i. Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad
ii. Firma Perseorangan atau Perkongsian yang berdaftar di Sarawak
iii. Koperasi atau Pertubuhan yang berdaftar di Sarawak

b. Lesen Perniagaan yang dimiliki oleh Syarikat, koperasi atau perniagaan hendaklah berkaitan mengikut kategori pendaftaran
yang dipohon.
2. KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT / FIRMA
Sesebuah syarikat, koperasi atau perniagaan hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan
bagi kelas yang dipohon.

MODAL BERBAYAR/
KELAS BENTUK MODAL
TERKUMPUL MINIMA (RM)
A 600,001 Bagi Syarikat Sendirian Berhad atau Awam Berhad
Modal Berbayar.
B 400,001 Baki Akaun Semasa syarikat mestilah tidak kurang
daripada ¼ jumlah modal minima (ikut kelas pendaftaran).
BX 200,001

C 100,001 Bagi Firma Perseorangan / Perkongsian


Jumlah Modal Tunai Terkumpul
D 35,001
(Merangkumi Baki Akaun semasa, ASB, Tabung Haji,
E 17,501 Simpanan Tetap, Simpanan Peribadi dan lain-lain

EX 7,501 Bagi Koperasi/ Pertubuhan


F 5,001 Jumlah Baki Akaun Semasa

3. PEJABAT
Hendaklah memiliki pejabat yang beroperasi di Sarawak

Nota : Dua atau lebih syarikat / firma yang berlainan yang menjalankan aktiviti di premis yang sama tidak boleh berdaftar di
bawah bidang yang sama.
4. TENAGA KERJA DAN KAKITANGAN

Kelayakan Akademik

KELAS KELAYAKAN MINIMA KEPERLUAN PENDAFTARAN

A
Sekurang-kurangnya seorang ahli syarikat sama ada
B Ijazah Yang Berkaitan Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham atau
Kakitangan yang dibayar caruman KWSP mestilah
BX berkelulusan teknikal, bergantung kepada kelas yang
dipohon
C Diploma Yang Berkaitan

E Kursus/Sijil/Pengalaman Yang
Berkaitan
EX
F

Sijil/Lesen Kompetensi

Kepala Subkepala Lesen Dikeluarkan Oleh

I Lesen Pemasang/Penyambung Paip Pihak Berkuasa Air Negeri, (JKR)


4
II Lesen Jurugegas Paip Pihak Berkuasa Air Negeri, (JKR)
5. REKOD KERJA SYARIKAT / FIRMA

Bukti dokumen (salinan yang disahkan) seperti berikut untuk rekod kerja yang berkaitan hendaklah dikemukakan:-
i. Surat Tawaran Kerja/Inden Kerja termasuk Skop Kerja (BQ).
ii. Sijil Perakuan siap kerja atau baucar bayaran bagi kerja-kerja sebutharga atau “requisition”
iii. Surat perjanjian Sub-kontrak, Surat Penerimaan Tawaran Tender, Sijil Perakuan Siap Kerja yang dikeluarkan kepada
Kontraktor Utama
iv. Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance), cek pembayaran, inbois dsb.

6. LOJI DAN PERALATAN


Pemohon hendaklah sama ada memiliki atau menyewa peralatan/mesin yang berkaitan dengan Kepala/Subkepala yang
dipohon.

7. PEMILIKAN / PENGURUSAN ASING


Tidak melebihi 49% daripada modal berbayar (syarikat) / modal terkumpul (Firma / Koperasi / Pertubuhan), sementara majoriti
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja adalah warganegara Malaysia dan sekurang-kurangnya 30% daripada modal
berbayar / modal terkumpul syarikat / firma dimiliki oleh Bumiputera.

8. PENGLIBATAN DALAM SYARIKAT / FIRMA LAIN YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN UPKJ
Permohonan tidak akan diberi pertimbangan sekiranya :-

i. Pemegang saham syarikat memiliki saham / syer melebihi 5% atau RM50,000 (yang mana terkurang) dalam mana-mana
syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

ii. Syarikat Induk / syarikat Bersekutu / Syarikat Pegangan / Anak Syarikat sesebuah perniagaan yang telah berdaftar dengan
UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

iii. Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang memohon memegang apa-apa jawatan sama ada jawatan eksekutif / bukan eksekutif
di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

iv. Ahli pengurusan atau pekerja yang memohon memegang apa-apa jawatan di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar
dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.
9. PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA
Syarikat atau firma yang memohon hendaklah memenuhi syarat pengiktirafan Status Bumiputera seperti berikut :-

i. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada Kaum Bumiputera
Sarawak.

ii. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak.

iii. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% Hakmilik Saham terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak.

iv. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Pekerja-Pekerja (perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada
Bumiputera Sarawak.

v. Pengurusan Kewangan syarikat dikuasai oleh Bumiputera Sarawak


 
  Pengiktirafan Status Bumiputera merupakan satu KEISTIMEWAAN sahaja dan BUKANNYA satu HAK. UPK berhak menarik
balik atau membatalkan Status Bumiputera yang telah diberi kepada mana-mana syarikat jika ianya didapati melanggar
sebarang syarat-syarat yang dikenakan atau didapati bahawa maklumat / dokumen yang diberi adalah palsu.

You might also like