You are on page 1of 10

View metadata, citation and similar papers at core.ac.

uk brought to you by CORE


provided by UKM Journal Article Repository

International Journal of the Malay World and Civilisation 6(2), 2018: 99 - 108
(https://doi.org/10.17576/jatma-2018-0602-08)

Implikasi Hubungan Diplomatik Terhadap Kerajaan Melaka dan Kedah Berdasarkan Naskhah
Melayu Tradisional

Implication of Diplomatic Relation to Government of Malacca and Kedah Based on Malay Traditional
Manuscripts

Salmah Jan Noor Muhammad

ABSTRAK
Hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua buah atau lebih kerajaan merupakan hasil persetujuan
bersama untuk mencari kata sepakat bagi mengukuhkan pertahanan dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
kerajaan. Pemerintah kerajaan sama ada kerajaan baharu ditubuhkan mahupun kerajaan yang merasakan terancam
akan menawarkan hubungan diplomatiknya dengan kerajaan di kawasan persekitaran yang lebih kuat dan mantap
pertahanannya. Oleh itu, sekiranya sesebuah kerajaan tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan kerajaan lain,
kebarangkalian, kerajaan tersebut tidak mencapai kemajuan dan tidak dikenali di sekitarnya. Justeru, dengan adanya
hubungan diplomatik, kerajaan-kerajaan tersebut akan memperoleh kebaikan yang banyak daripada pelbagai sudut.
Justeru, kajian ini akan memfokuskan implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah sebagai
kerajaan tertua dan terkenal di Nusantara sebagai perbincangan utama dengan mengambil peristiwa yang terdapat
dalam naskhah Melayu tradisional seperti Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, dan
Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Jangkaan kajian menunjukkan bahawa implikasi hubungan diplomatik tersebut
akan dapat dilihat dengan penambahbaikan aspek politik, sosiobudaya, ekonomi dan agama.

Kata kunci: Implikasi; diplomatik; Melaka; Kedah; naskhah Melayu

ABSTRACT

The diplomatic relations between the two or more governments are the result of a mutual agreement to seek consensus
to strengthen defence in the governance and administration of a government. The ruler of a government whether a
newly formed government or a government that feels threatened will offer diplomatic relation to the government in
a stronger and more stable environment. Therefore, if a government does not have any relationship between other
governments, it is probable that the government is not progressing and is not known. Hence, with diplomatic relations,
these government will gain a lot of benefits from the various aspect. Therefore, this study will focus on the implication
of diplomatic relations to the government of Malacca and Kedah as the oldest and most famous government in the
Malay archipelago as a main discussion by taking on the events found in Malay traditional manuscripts such as Sulalat
al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. The expectation
of the study shows that the implications of the diplomatic relations will be seen by improvement on political, socio-
cultural, economic and religious aspects.

Keywords: Implication; Diplomatic; Malacca; Kedah; Malay manuscripts

PENGENALAN everybody’s nightmare, diplomacy is everybody’s


business. Sementara itu, dalam The Oxford English
Hubungan diplomatik merupakan hubungan yang Dictionary (1989), diplomatik ditakrifkan sebagai
terjalin antara dua atau lebih kerajaan. Matlamat suatu bentuk pengurusan hubungan antarabangsa
utama hubungan ini terjalin ialah untuk memantapkan melalui proses rundingan, suatu kaedah yang
pemerintahan dan pentadbiran serta pembangunan diselaraskan oleh duta atau perwakilan, perniagaan
sebuah kerajaan, terutamanya kerajaan baharu dan atau seni diplomat, kemahiran dalam mengendalikan
kerajaan yang acap kali diceroboh atau diganggu oleh urusan antarabangsa dan perundingan manakala Bijan
pihak musuh. Keith Hamilton dan Richard Langhorne Bidabad (2012), mendefinisikan diplomatik kepada
(2011) berpendapat bahawa istilah diplomatik ialah dua bentuk iaitu yang pertama, diplomatik ialah
in a world where war is everybody’s tragedy and peraturan atau bimbingan polisi sesebuah negara
100 Salmah Jan Noor Muhammad

yang berkaitan dengan isu-isu politik antarabangsa, mendorong sesuatu negara mengadakan hubungan
dan bentuk kedua ialah diplomasi merupakan diplomatik antaranya ialah menunjukkan kerjasama
suatu kemahiran atau seni dalam berunding untuk dan usaha sama dalam sesuatu dasar, konsep
mencapai kesefahaman di peringkat antarabangsa. atau objektif yang ingin dicapai secara bersama.
Selain itu, diplomasi adalah istilah yang diberikan Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan
kepada saluran rasmi perhubungan yang digunakan implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan
oleh ahli-ahli sistem negeri dalam sistem dunia Melayu yang menjalinkan hubungan diplomatik
moden ini yang boleh didapati terutamanya dengan di Nusantara dan mengaplikasikan kaedah analisis
mengguna pakai istilah diplomat atau konsul. Mereka kandungan dengan menumpukan kepada peristiwa-
ini menikmati perlindungan peraturan undang- peristiwa dalam naskhah Melayu tradisional seperti
undang khas dan bermastautin tetap di luar negara Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat
(G. R. Berridge, Maurice Keens-Soper and T.G Otte Merong Mahawangsa, dan Al-Tarikh Salasilah
2001). Afzal Iqbal (2000) pula menyatakan bahawa Negeri Kedah untuk analisis data.
diplomasi ialah saranan untuk mencapai tujuan Sulalat al-Salatin atau juga dikenali sebagai
dan sesuatu yang bersih serta jujur serta mencari Sejarah Melayu, ataupun Hikayat Melayu karangan
jalan persetujuan tetapi mencapai persefahaman Tun Seri Lanang merupakan sebuah karya
kedamaian adalah lebih diutamakan. Menurut Salmah sastera sejarah Melayu dan menjadi asas kepada
Jan Noor Muhammmad (2015:136) diplomatik ialah pensejarahan karya Melayu yang lain. Menurut
hubungan yang melibatkan dua atau lebih kerajaan, Teuku Iskandar (1958), teks Sulalat al-Salatin yang
yang mempunyai matlamat dan keinginan bersama bermaksud ‘Peraturan Segala Raja-Raja’ dikatakan
untuk bersatu dalam memenuhi kelompangan telah disalin oleh Tun Seri Lanang pada 12 Rabi’ul-
yang ada dalam sesebuah pemerintahan dan awal 1021H bersamaan 13 Mei 1612. Terdapat
pentadbiran kerajaan. Justeru, hubungan diplomatik beberapa pengkaji yang membincangkan tentang
sememangnya memberi banyak kebaikan kepada Sulalat-al-Salatin. Antaranya, Arba’ie Sujud, Siti
kerajaan yang terlibat dengannya. Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak (2014).
Hubungan diplomatik terjalin dengan tujuan Mereka mengatakan bahawa salah satu peranan
untuk melindungi sesebuah kerajaan daripada senjata dalam manuskrip ini adalah bertujuan
ancaman musuh luar bagi memelihara kebajikan sebagai alat komunikasi terutamanya dalam bidang
dan keselamatan para penduduknya (Salmah Jan politik. Dalam komunikasi politik, senjata menjadi
Noor Muhammad 2018:3). Selain itu, adakalanya tanda atau alat iringan dalam menjalin hubungan
sesebuah negara menggunakan helah diplomatik antara dua buah kerajaan. Selain itu, senjata juga
untuk meluaskan pengaruhnya atas alasan digunakan sebagai menyampaikan arahan atau
untuk mengukuhkan, meninggikan imej, dan mesej kepada rakyat. Dengan mengambil contoh
prestij negara tersebut. Menurut Mohd Jamil genta yang dipasang pada perisai dibunyikan melalui
Mukmin (2011:71) tujuan utama sesebuah kerajaan hanyunan atau layaman sebagai isyarat agar bala
menjalinkan hubungan diplomatik dengan beberapa tentera di bawah pimpinan ketua panglima bersedia
kerajaan besar adalah untuk mengelakkan ancaman atau terus mara untuk menyerang musuh. Bunyi
musuh yang mengganggu urusan pemerintahan dan genta pada perisai sebagai satu bentuk komunikasi
pentadbiran kerajaan berkenaan. Menurut Karen kepada bala tentera untuk berperang. Justeru,
Mingst (1998:14-15) dalam bukunya Approaches senjata bukan sahaja berfokuskan kepada aktiviti
to the study of international relation, terdapat tiga fizikal semata, namun juga merupakan simbol
pendekatan yang membentuk hubungan antarabangsa perpaduan yang dapat membentuk kesepaduan
(diplomatik), iaitu hubungan tradisional, perlakuan dalam jalinan hubungan antara kerajaan. Hikayat
(behavioral) dan alternatif. Hubungan tradisional Hang Tuah merupakan naskhah yang acap kali
ialah satu bentuk hubungan tradisi merentasi masa, menjadi pilihan penyelidik apabila membicarakan
iaitu satu bentuk hubungan diplomasi yang telah tentang genre epik. Antara pengkaji yang telah
sedia ada terjalin. Manakala hubungan antarabangsa mengkaji naskhah ini ialah Lokman Abdul Samad
atas sebab perlakuan (behavioral) pula ialah satu pada tahun 2001. Beliau berpendapat bahawa
bentuk hubungan yang dijalin atas sebab-sebab kebijaksanaan, kepahlawanan, peribadi, dan akhlak
ekonomi, sosiologi, dan sains politik. Sementara itu, yang dimiliki oleh Hang Tuah telah menempatkan
hubungan antarabangsa juga boleh terbentuk atas dirinya sebagai seorang manusia Melayu yang
sebab alternatif yang terdapat beberapa faktor yang bertaraf dunia dan mampu bersaing di peringkat
Salmah Jan Noor Muhammad 101

antarabangsa. Tambahnya lagi, keunggulan Hang ini terus menjadi perhatian pengkaji-pengkaji dalam
Tuah bukan setakat hebat di medan perang tetapi arus perdana. Justeru, makalah ini diharapkan akan
menyerlah sebagai seorang yang bijak dan fasih memberi sumbangan dapatan terbaharu dalam
dalam berkomunikasi semasa membuat hubungan bidang sastera tradisional dan sains politik.
diplomatik. Dalam prinsip kerajaan Melayu,
kemuliaan dan ketinggian martabat sesebuah negara
banyak bergantung kepada komitmen dan kejayaan ANALISIS DAN PERBINCANGAN
mengatur tugas diplomatik. Justeru, cita-cita dan
harapan membentuk kerajaan yang berpengaruh Implikasi hubungan diplomatik kerajaan Melayu
banyak bergantung kepada Hang Tuah. Melaka dan Kedah dapat dilihat daripada aspek a)
Hikayat Merong Mahawangsa merupakan politik, b) sosiobudaya, c) ekonomi dan, d) agama.
antara karya besar sastera historiografi kerajaan Setiap aspek ini akan diperincikan perbincangan
Kedah selain daripada Al-Tarikh Salasilah Negeri seperti berikut:
Kedah, Syair Sultan Maulana dan Tarikh Kerajaan
Kedah. Hikayat Merong Mahawangsa secara
asasnya merupakan sebuah karya agung Melayu IMPLIKASI HUBUNGAN DIPLOMATIK DARIPADA
ASPEK POLITIK
terpenting dalam meriwayatkan sejarah asal usul
negeri Kedah serta salasilah keturunan kesultanan
Kedah. Meskipun tidak diketahui pengarang dan Implikasi hubungan diplomatik Melayu daripada
tarikh penulisannya, teks ini merupakan hasil sastera aspek politik dalam naskhah Melayu tradisional
yang memancarkan pemikiran masyarakat Melayu tertumpu kepada aspek pertahanan dan ketahanan
terdahulu tentang bentuk penulisan sejarah yang dalam pemerintahan dan pentadbiran sebuah kerajaan
tersendiri (Harun Mat Piah 2000:34) manakala Al- Melayu. Menurut Adibah Sulaiman et al. (2005:91),
Tarikh Salasilah Negeri Kedah merupakan karya pertahanan bermaksud perihal mempertahankan,
Muhammad Hassan Dato’ Kerani Muhammad membela, dan menjaga keselamatan serta keamanan
Arshad. Beliau menerima perintah daripada Tunku negara. Manakala ketahanan ialah perihal tahan
Ibrahim ibn Sultan Abdul Hamid, Pemangku Raja atau keupayaan menanggung derita terhadap
pada 1 Rejab 1345H (5 Januari 1927) untuk menulis sesuatu. Selain itu, ketahanan juga bermaksud tetap
manuskrip ini. Jelani Harun (2003: 12) menegaskan keadaannya walaupun mengalami pelbagai keadaan,
bahawa naskhah ini memfokuskan perbincangan sanggup menahan, dan teguh hati. Dengan kata lain,
kepada dua aspek penting, iaitu tentang dokumen pertahanan dan ketahanan merupakan kesanggupan
sejarah dan adab ketatanegaraan. Beliau mengatakan atau perbuatan secara suka rela sesebuah masyarakat
bahawa salasilah raja Kedah, pembukaan negeri dan untuk mempertahankan negaranya daripada
kota, kedatangan Islam, peranan para pembesar, diganggu oleh anasir luar. Kelompok masyarakat
perkahwinan dan kemangkatan, peperangan dengan ini sanggup bergadai nyawa dan sanggup berbuat
negara luar, keberangkatan raja, penerimaan utusan, apa sahaja agar tanah air tercinta tidak ditakluki.
pemantapan sistem sosial dan pentadbiran, serta Aspek pertahanan dan ketahanan ini menjadi
perhubungan dengan Inggeris merupakan dokumen semakin kukuh dengan terjalinnya hubungan
sejarah yang penting dalam naskhah ini dan perlu diplomatik antara kerajaan. Antara implikasi yang
dijadikan rujukan dalam menceritakan tentang wujud daripada aspek politik yang dikesan ialah:
sejarah Kedah manakala, adab ketatanegaraan a) mencipta komuniti keselamatan, keamanan, dan
yang meliputi ‘adab raja,’ ‘adab peperangan,’ kerjasama dan, b) memperoleh bekalan barang
‘adab temenggung’ dan ‘adab penasihat raja pertahanan kerajaan.
adalah panduan kepada raja-raja Kedah untuk
memerintah dengan saksama dan merupakan suatu Mencipta Komuniti Keselamatan, Keamanan, dan
sumber yang sangat berharga dalam menelusuri Kerjasama (4K)
ketinggian dan kebijaksanaan adab pemerintahan
negeri Kedah masa silam. Apabila diteliti secara Hasil daripada hubungan diplomatik Melayu
mendalam, naskhah-naskhah di atas sememangnya yang digunakan oleh orang Melayu telah berjaya
relevan dalam pengkajian semasa kerana acapkali mencipta sebuah komuniti keselamatan, keamanan,
menghidangkan kepelbagaian tema dalam kajian. dan kerjasama (4K) dalam melindungi sesama
Oleh itu, seharusnya naskhah-naskhah tradisional kerajaan yang menjalinkan hubungan diplomatik.
102 Salmah Jan Noor Muhammad

Pendek kata, sama-sama menjadi ‘pelindung Dalam peristiwa tersebut, Pahang dengan
diplomatik’ dalam usaha merealisasikan hubungan bantuan Melaka telah berjaya menewaskan angkatan
diplomatik yang telah terjalin antara kerajaan. Tanpa tentera Raja Legor. Adalah diperihalkan oleh
mengira agama dan ras bangsa serta ideologi politik, pengarang naskhah, bahawa Raja Legor terpaksa
kerajaan Melayu serantau ini secara rela membina melarikan dirinya dan ramai tenteranya yang telah
tanggungjawab serta mengambil tahu akan hal terbunuh dalam peperangan tersebut (A. Samad
ehwal semasa politik yang berlaku antara kerajaan. Ahmad 2010: 240) disebabkan kedua-dua kerajaan
Hal ini, dengan sendirinya membentuk dan mencipta saling bekerjasama dan sehabis daya melawan
implikasi pertama ini. serangan daripada kerajaan musuh. Dalam keadaan
4K bukan sahaja dapat menjamin dan ini, peribahasa ‘bersatu teguh, bercerai roboh,’ telah
mengukuhkan hubungan sesama kerajaan, ia ditanamkan dalam jiwa kedua-dua pemerintah.
dibentuk untuk menjaga dan mempertahankan Kesannya, Pahang tidak berjaya ditawan oleh Raja
kepentingan masing-masing daripada aspek lain Legor. Selain itu, peristiwa Kedah dibantu oleh
seperti kesejahteraan ekonomi dan sosial (akan Siam dalam menentang serangan Raja Kelana Hitam
dibincangkan) dengan bersama-sama menghalang dalam naskhah Hikayat Merong Mahawangsa juga
ancaman pihak luar daripada mengancam membuktikan bahawa hubungan diplomatik antara
keselamatan kerajaan. Justeru, akan mewujudkan kerajaan telah membantu Kedah kekal aman dan
suatu persekitaran yang harmoni dalam sebuah ditadbir oleh waris Kesultanan Melayu Kedah
kerajaan dan hubungan yang saling memanfaatkan sendiri (Siti Hawa Salleh 1998: 68). Sejak daripada
antara kerajaan tersebut. Di samping itu, atas peristiwa tersebut, hubungan Kedah dan Siam yang
semangat ini juga, kerajaan yang terlibat akan sememangnya baik menjadi lebih akrab.
mendorong perasaan taat setia dan sedaya upaya Kedua-dua peristiwa di atas membuktikan
mengelakkan perbuatan khianat. Dalam naskhah bahawa kesan daripada kejayaan hubungan diplomatik
Sulalat al-Salatin, Sultan Mahmud daripada kerajaan antara kerajaan telah berjaya mewujudkan sebuah
Melaka telah membantu kerajaan Pahang yang komuniti keselamatan, keamanan, dan kerjasama
diperintah oleh Sultan Mansur Syah menyelesaikan (4K), yang mana 4K ini telah berjaya membantu
pencerobohan Legor ke atas Pahang. kerajaan Pahang dan Kedah mengekalkan kedaulatan
Raja Legor yang bernama Maharaja Dewa dan memperkukuhkan benteng pertahanan kerajaan
Sura telah diarahkan oleh kerajaan Siam untuk masing-masing. Hidup serumpun yang harmoni
menyerang dan menakluk Pahang. Berita tersebut tanpa gangguan akan menguatkan lagi perpaduan
telah sampai kepengetahuan Sultan Mahmud antara masyarakat dalam dan luar kerajaan. Semangat
Syah. Lalu baginda bermuafakat dengan pembesar bantu-membantu dan mengambil tahu antara satu
baginda untuk menghantar bantuan kepada kerajaan sama lain menyebabkan ikatan diplomatik antara
Pahang bagi menangani serangan Raja Legor kerajaan semakin kukuh.
dan mempertahankan kerajaan Pahang daripada
diceroboh oleh raja tersebut. Petikan di bawah Memperoleh Bekalan Barang Pertahanan Kerajaan
ini menunjukkan usaha Sultan Mahmud Syah
dan pembesar baginda untuk membantu Pahang Salah satu implikasi yang dapat dinikmati oleh sebuah
daripada ditakluki oleh Raja Legor : kerajaan hasil daripada hubungan diplomatik Melayu
Maka khabar Raja Legor disuruh raja Siam menyerang Pahang ialah memperoleh bekalan barang pertahanan kerajaan
itu pun kedengaranlah ke Melaka. Maka Sultan Mahmud lain dalam mengukuhkan sistem pertahanan kerajaan.
menyuruh memanggil Bendahara Seri Maharaja, dan segala Pada zaman kesultanan Melayu, parang, pisau,
Orang Besar-besar para Menteri, hulubalang. Maka sekaliannya badik, karambit, lembing, dan tombak merupakan
pun datanglah mengadap; maka Sultan Mahmud pun antara alat persenjataan yang digunakan oleh orang
mesyuaratlah akan pekerjaan Raja Legor hendak menyerang
Pahang itu, Maka sembah Seri Nara Diraja, “Tuanku, pada
Melayu untuk mempertahankan kedaulatan kerajaan.
bicara patik, baik juga duli Yang Dipertuan menyuruh Namun, orang Melayu menyedari bahawa alat senjata
membantu Pahang, dari kerana barang sesuatu peri Pahang itu, yang digunakan itu tidak dapat mencabar kekuatan
tiadakah duli Yang Dipertuan kerugian?” Maka titah Sultan kerajaan lain khususnya kerajaan daripada Barat.
Mahmud, “Baiklah, jika demikian Bendahara pergi dengan Hal ini, kerana pada masa itu, kerajaan Barat seperti
segala hulubalang, membantu Pahang. Maka sembah Bendahara
Portugis sudah mempunyai meriam dan senapang.
Seri Maharaja, “Baiklah tuanku.”
(A.Samad Ahmad 2010: 238) Pengarang Hikayat Hang Tuah menyebutkan bahawa
semasa Hang Tuah pergi ke China untuk menjadi
Salmah Jan Noor Muhammad 103

utusan Benua Keling, rombongan Hang Tuah telah baginda dengan bahasa rong, “ Hai biduandaku, tanyakan utusan
berselisih faham dengan pihak Portugis. Lalu pihak itu, lain daripada bedil itu apa lagi maksud Raja Melaka itu pada
kita.”... Kemudian dari itu, berpuluh-puluh kati emas dan perak
Portugis membedil beberapa kali kapal Hang Tuah
dan permata dan senjata berbagai-bagai dianugerah akan baginda
(Kassim Ahmad 1997:417 ). Ternyata daripada pada Laksamana dan Maharaja Setia.
peristiwa tersebut, pihak Portugis mempunyai (Kassim Ahmad 1997:530)
kecanggihan dan bekalan alat senjata berbanding
orang Melayu pada ketika itu. Dengan persediaan penambahan peralatan
Justeru, menyedari hal tersebut, orang Melayu pertahanan sesebuah kerajaan, maka kerajaan tersebut
mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan akan dapat mengukuhkan pertahanan kerajaan serta
anjakan paradigma dalam sistem pertahanan dapat memperkasakan minda dan fizikal rakyatnya
khususnya daripada aspek persenjataan. Perkara dalam menghadapi ancaman atau serangan dari
ini penting kerana dengan adanya penambahan kerajaan luar. Dalam hal ini, kerjasama antara
model baharu peralatan pertahanan kerajaan, sistem kerajaan Melayu dengan kerajaan yang berpengaruh
pertahanan sebuah kerajaan akan semakin kuat dan khususnya yang mempunyai kekuatan daripada
kukuh. Selain itu, keadaan ini akan mewujudkan aspek pertahanan seperti Rom akan dapat membantu
semangat kepada raja, pembesar serta rakyat dan Melaka melaksanakan misinya dan juga perkara ini
seterusnya memberi keyakinan kepada ketiga-tiga sedikit sebanyak mampu mempengaruhi cara kerajaan
golongan ini untuk terus bersama-sama berganding Melayu dalam mengatur corak pertahanan kerajaan.
bahu mempertahankan kedaulatan dan mengekalkan Menurut Abdul Latip Talib (2010: 197), kerajaan
kemerdekaan kerajaan. Oleh itu, dengan adanya Rom merupakan antara kuasa berpengaruh di dunia
hubungan diplomatik yang terjalin antara kerajaan dan mempunyai angkatan tentera yang kuat. Oleh
Melayu dengan antara kuasa pengeluar barang demikian, hubungan diplomatik yang terjalin antara
pertahanan seperti meriam dan senapang, ia akan kerajaan Melayu Melaka dengan Rom telah banyak
memudahkan kerajaan Melayu memperoleh bekalan membantu Melaka menjaga kedaulatan raja, bangsa,
barangan pertahanan tersebut apabila diperlukan. dan negara. Dalam konteks ini, kekuatan ketenteraan
Kepentingan barang seperti meriam kepada yang dimiliki disebabkan oleh pertambahan barang
pertahanan kerajaan diakui sendiri oleh pemerintah peralatan bukanlah bertujuan untuk menyerang atau
kerajaan Kedah. Kerajaan Kedah telah membeli untuk menguasai bangsa dan negara lain tetapi lebih
bedil meriam daripada pihak Portugis yang masuk kepada bertujuan untuk mempertahankan kerajaan
berdagang ke Kedah. Tujuan raja Kedah berbuat daripada diceroboh oleh musuh.
demikian adalah untuk menguatkan pertahanan
dan bersedia menghadapi penceroboh yang ingin IMPLIKASI HUBUNGAN DIPLOMATIK MELAYU
menganggu gugat pertahanan Kedah. Buktinya: DARIPADA ASPEK SOSIOBUDAYA
Adapun baginda itu sentiasa-lah bermuafakat dengan segala
menteri2 penggawa-nya kalau membuat sa-suatu pekerjaan Salah satu implikasi hubungan diplomatik yang
negeri dan sentiasa menchari jalan yang mendatangkan kebajikan
dikenal pasti dalam penulisan ini ialah daripada
kapada negerinya.
(Muhammad Hassan Dato’ Kerani Muhammad Arshad aspek sosiobudaya. Pertembungan dua bangsa dalam
1968:73) kerajaan berlainan melalui ikatan perkahwinan
telah membentuk sebuah masyarakat campuran
Selain pembelian terus daripada pedagang atau golongan peranakan. Perbincangan ini akan
Portugis, hubungan penghantaran utusan diraja juga menumpukan perkahwinan antara dua bangsa dalam
sangat membantu raja Melayu untuk memperoleh kalangan golongan bangsawan yang menghasilkan
bekalan barangan tersebut. Misalnya, Hang Tuah peranakan istana. Huraiannya seperti berikut:
yang berkarisma dan berkaliber sebagai utusan
kerajaan Melaka telah berjaya menarik perhatian Komuniti Peranakan Istana
raja Rom (Turki). Kerajaan Rom bersetuju untuk
menerima hubungan diplomatik dengan Melaka dan Komuniti peranakan istana wujud dalam sesebuah
juga bersedia memberikan bekalan meriam kepada masyarakat kesan daripada perkahwinan campur
kerajaan tersebut. Lihat petikan ini: antara dua bangsa daripada kerajaan berlainan. Buku
...kata baginda, “Ia ini bukan barang-barang orang, amat 1 Malaysia (2009) terbitan Kementerian Penerangan,
bijaksana, sangat ia hendak berbuat kebaktian pada tuannya dan Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia menyatakan
sukar mencari hamba dan hulubalang seperti ini.” Maka titah
104 Salmah Jan Noor Muhammad

bahawa istilah ‘peranakan’ merujuk kepada salah Naskhah Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah
satu kelompok yang bermastautin di Nusantara. Ia
wujud disebabkan oleh perkahwinan campur antara Kerajaan Kedah dan Mengkasar  

bangsa yang berlainan. Sementara itu, dalam konteks  


Raja Juang Tawa Tengku Sapura
kajian ini, perkataan ‘peranakan’ istana bermaksud (Mengkasar)     Negara (Kedah)  
perkahwinan yang berlaku antara pemerintah atau  
waris keturunannya dalam sebuah kerajaan yang  
berketurunan Melayu dengan pemerintah atau anak-  
Tengku Ngah Putra  
anaknya daripada kerajaan lain yang berketurunan (Melayu - Bugis)  
 
bukan Melayu. Hasil daripada perkahwinan tersebut
   
telah membentuk suatu komuniti baharu, iaitu (Muhammad Hassan Dato’ Kerani Muhammad Arshad 1968: 81)  
komuniti peranakan istana.
Antara perkahwinan campur yang menghasilkan
komuniti peranakan istana ialah: Komuniti peranakan dalam istana ini bukan sahaja
mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan
Naskhah Sulalat al-Salatin mencantumkan adat serta budaya, malahan menurut
Sarjit S. Gill (2001:190), anak peranakan yang
Perkahwinan pertama: dilahirkan ini mempunyai kecerdasan, kepintaran dan
kecantikan tersendiri hasil daripada percantuman gen
Kerajaan Melaka dan China   yang berbeza. Oleh demikian, dengan ciri tersebut,
  ia akan dapat melancarkan proses pentadbiran di
Sultan Mansur Syah
 
Puteri Hang Liu samping memantapkan pengurusan negara dan dapat
(Melaka)  
 
(China)  
mengembangkan pengaruh sosiobudaya kerajaan
datuk moyang masing-masing ke dalam khalayak
 
istana, khususnya dan rakyat, amnya.
 

 
Paduka Hamimat (Melayu-Cina)  
.   IMPLIKASI HUBUNGAN DIPLOMATIK MELAYU
  DARIPADA ASPEK EKONOMI
(A Samad Ahmad 2010: 133-134)  
Pertumbuhan ekonomi akan menggalakan
pembangunan sebuah kerajaan yang mampan.
Menurut Muhammad Asad (1980:86), sesebuah
Perkahwinan kedua: kerajaan perlu bertanggungjawab untuk
menyediakan kemudahan terutama peluang ekonomi
Kerajaan Melaka dan China   yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan
  mengekalkan kebahagiaan (happiness) dan maruah
Sultan Mansur Syah
 
Puteri Hang Liu diri (dignity). Salah satu aktiviti yang menggalakan
(Melaka)   (China)  
  pertumbuhan dan pengembangan pesat ekonomi ialah
  dengan melakukan aktiviti perdagangan. Aktiviti
 
ini begitu terkenal pada zaman kesultanan Melayu.
 
Antara aktiviti perdagangan tersebut akan dihuraikan
Paduka Hamimat (Melayu-Cina)   dalam subtopik di bawah ini.
.  

 
Kemasukan Para Pedagang Luar
(A Samad Ahmad 2010: 133-134)  

Kesepakatan Raja Singgora (Songkla) dan Kedah


bersama-sama membina jalan dari Singgora ke
Kedah dalam naskhah Altarikh Salasilah Negeri
Kedah telah membuka peluang perdagangan kepada
kedua-dua kerajaan (Muhammad Hassan Dato’
Kerani Muhammad Arshad 1968:215). Namun,
Salmah Jan Noor Muhammad 105

kelebihan pembinaan jalan tersebut lebih berpihak Selain kerajaan Kedah, kerajaan Melaka
kepada kerajaan Kedah. Hal ini kerana, terdapat juga menerima tempias hasil daripada kejayaan
ramai pedagang luar yang memilih Kedah untuk hubungan diplomatik Melayu. Melaka berjaya
berurusniaga. Keadaan sedemikian ada kaitannya menjadi salah satu kuasa perdagangan dunia, yang
dengan keadilan pemerintahan raja Kedah serta mana ramai pedagang asing telah datang ke Melaka
keamanan Kedah pada masa itu. Keadaan tersebut untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Lantaran
bukan sahaja membantu menjana ekonomi penduduk kepentingan Melaka sebagai pusat perdagangan
malahan turut memberi imej positif kepada sultan dunia, ramai pengkaji telah menulis atau mengkaji
dan pembesar Melayu atas kecekapan mentadbir tentang aspek ini. Antaranya, Noordin Husin
serta kelancaran aktiviti ekonomi kerajaan Kedah. (2008) dengan tajuk tulisannya Geografi dan
Keadaan tersebut digambarkan oleh pengarang Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka kepada
seperti petikan ini: Perdagangan Dunia, Asia, dan Dunia Melayu
Adapun dalam tahun Hijrah sa-ribu dua ratus delapan puloh lima 1700-1800 dan Ahmad Jelani Halimi (2008) dengan
(1285) terdapat banyak-lah rumah2 kedai ikatan batu di dalam tajuk tulisannya ‘Perkapalan dan Perdagangan
bandar Kota Setar itu hinggakan hampir2 penoh segala lorong2 Melaka’ dalam buku Sejarah dan Tamadun Bangsa
dengannya. Maka ramai-lah saudagar2 yang terdiri daripada Melayu. Menurut kedua-dua penulis ini, tumpuan
bangsa Keling, Hindu, dan China masok berniaga di dalam negeri para pedagang untuk berdagang ke Melaka juga
Kedah oleh kerana termashor adilnya duli baginda Sultan Yang
Maha Mulia dan insafnya dia di-atas segala ra’ayat isi negeri.
dibantu dengan kedudukan Melaka yang hubungan
(Muhammad Hassan Dato’ Kerani Muhammad Arshad di bahagian tengah Selat Melaka dan menjadikan
1968:219-220) Melaka sebagai pusat perkapalan dan perdagangan
yang penting (Ahmad Jelani Halimi 2008:238;
Selain itu, semasa pemerintahan Raja Merong
Noordin Husin 2008:3). Selain itu, dalam naskhah
Mahawangsa dalam kerajaan Langkasuka, baginda
Sulalat al-Salatin, ada mengisahkan secara ringkas
telah berjaya menjalinkan hubungan dengan kerajaan
tentang keadaan Melaka pada ketika itu. Peristiwa
Aceh dan Kelinggi. Kesan daripada hubungan
tersebut seperti berikut:
tersebut, Langkasuka telah mendapat perhatian
daripada pedagang luar khususnya pedagang kerajaan Adapun pada zaman itu negeri Melaka terlalulah ramainya,
segala datang pun bertambah-tambah berkampung, dari sebelah
sahabat dan kesannya, telah membantu kerajaan
Kampung Keling datang ke Kuala Penajuh, rapat rumah;
Langkasuka membangunkan serta memantapkan orang pergi-pergian dari Melaka hingga datang ke Jugra tiada
ekonomi kerajaannya. Kedatangan beramai-ramai membawa api; barang di mana ia berhenti, di sana adalah
pedagang luar ini dapat dilihat dalam contoh berikut: kampung orang. Dan dari sebelah sini datang ke Batu Pahat,
demikian juga; kerana rakyat Melaka sembilan belas laksa
Maka termahsyurlah Raja Merong Mahawangsa itu sudah duduk
banyaknya yang dalam negeri juga itu.
menjadi raja pada tempat itu. Maka segala dagang senteri pun
(A.Samad Ahmad 2010:244)
berhimpunlah datang berniaga ke dalam negeri itu. Dengan
baik budi bahasanya baginda itu serta dengan menteri sekalian Kedatangan para pedagang luar dan pedagang
itu tiadalah merasai kesakitan segala rakyat mencari makan daripada kerajaan diplomatik ke kerajaan Melayu
pergi mari ke negeri itu. Maka banyaklah orang telah pindah
dengan anak isterinya pergi duduk bersama-sama Raja Merong
lain membuktikan bahawa hubungan diplomatik
Mahawangsa; makinlah bertambah-tambah rakyatnya daripada yang dirancangkan telah memberikan kesan positif
sebulan kepada sebulan, daripada setahun kepada setahun, kepada pembangunan ekonomi sesebuah kerajaan.
makin banyak segala orang pindah ke negeri itu. Maka tetaplah Pemerintah kerajaan diplomatik bertanggungjawab
Raja Merong Mahawangsa di atas takhta kerajaan dengan adil membantu memantapkan serta melancarkan aktiviti
murahnya.
ekonomi sesebuah kerajaan khususnya kepada
(Siti Hawa Salleh 1998:15-16)
kerajaan yang baharu dibentuk seperti Langkasuka
dan, dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Selain
Sebermula adapun Raja Merong Mahapudisat selama peninggal itu, aktiviti perdagangan yang menjadi aktiviti
ayahanda baginda itu, maka ia pun duduklah di atas takhta terbesar dalam aspek ekonomi telah membantu
kerajaannya di negeri Kedah Zamin Turan, terlalulah adil dan masyarakat melengkapi keperluan asas dalam
murah pada segala dagang, senteri, rakyat, bala sekalian. Maka kehidupan. Dengan berkongsi segala kekurangan
sekalian mereka itu pun memuji-muji akan dia, banyaklah
sumber dagangan antara kerajaan, maka kehidupan
datang segala mereka berniaga dari sebulan kepada sebulan,
makin bertambah-tambah ramainya serta banyak orang datang sesebuah masyarakat akan lebih sempurna dan
ke negeri itu. dapat menjamin kemakmuran dan kesejahteraan
(Siti Hawa Salleh 1998:35) rakyat. Oleh itu, kerjasama ekonomi antara kerajaan
106 Salmah Jan Noor Muhammad

diplomatik mampu meningkatkan taraf hidup rakyat, mengukuhkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua
di samping mempelbagaikan aktiviti ekonomi dalam kerajaan. Perkara paling menarik dalam peristiwa
sebuah kerajaan. ini ialah Sumdit Chao Phya tidak menghalang
sekiranya Sultan Ahmad Tajuddin mengislamkan
anak angkatnya itu. Ternyata, hubungan baik yang
IMPLIKASI HUBUNGAN DIPLOMATIK DARIPADA dijalinkan selama ini menyebabkan Siam berfikiran
ASPEK AGAMA positif dan tidak membenci agama Islam. Juga
membuktikan bahawa dua bangsa dan dua agama
Penyebaran sesuatu agama juga boleh terjalin yang berbeza tidak mustahil untuk disatukan. Namun,
daripada hubungan diplomatik. Namun dalam secara realitinya agama yang benar ialah agama
konteks kajian ini, penyebaran agama Islam sangat Islam. Contoh petikan berikut menceritakan tentang
dominan. Hal ini kerana, Islam pada waktu itu sudah perkara tersebut:
tersebar luas ke Tanah Melayu. Menurut Hashim
... maka berkata Sumdit kepada duli baginda Sultan Yang Maha
Musa (2004: 41), pada abad ke-15, Pasai dan Melaka Mulia, “Dengan perhamba ini ada sa-orang anak raja negeri
telah menjadi pusat kebudayaan Melayu Islam dan Petani yang perhamba ambil dari Kechil dan perhamba buatkan
menjadi nadi kegiatan pengajaran dan penyebaran seperti anak sendiri. Sekarang ini ia sudah berumor tujoh belas
agama Islam untuk seluruh Kepulauan Melayu. tahun. Perhamba tampak patut di-letak taroh kapada Phya
Kedudukan agama Islam di Tanah Melayu bertambah Saiburi. Ta’ dapat tiada Phya Saiburi mahu-lah menerima-nya
mengikut hukum Islam.” Maka sahut duli baginda Sultan Yang
kukuh lagi apabila sesebuah kerajaan yang bukan
Maha Mulia, “Jika Chao Phya sudah tampak patut perhamba
beragama Islam membuka ruang atau kesediaan terima-lah dengan ikhlas dan chuchi hati.” Sa-telah itu Sumdit
untuk menerima agama Islam. Oleh itu, ia akan bertanya kepada Tuan Syed Abdullah al-Jafri, “Macham mana-
membantu menyebarkan syiar Islam. Pernyataan ini kah hukum orang Islam?” maka di-ma‘alum oleh Tuan Syed
ada kaitannya dengan topik yang akan dibincangkan Abdullah Al-Jafri akan hal ahwal nikah chara Islam. Maka Sumdit
di bawah ini. Chao Phya pun sangat suka hati mendengar hal yang demikian
itu, lalu bertitah kapada Luang Kucha Ishak, “Boleh-lah siapkan
alat2 perkahwinan dengan segera.”
Menyebarkan Syiar Islam (Muhammad Hassan Dato’ Kerani Muhammad Arshad
1968:203)
Pengarang Al-tarikh Salasilah Negeri Kedah
Selain contoh peristiwa di atas, perkahwinan
menyatakan bahawa hubungan diplomatik yang
antara Sultan Mansur Syah dengan Raden Galuh
sedia terjalin antara Kedah dan Siam telah membawa
Cendera Kirana dari Majapahit yang beragama Hindu
pembaharuan dan perubahan kepada masyarakat
dalam Sulalatus Salatin juga antara peristiwa yang
Siam khususnya daripada aspek penerimaan
membantu kepada penyebaran syiar Islam. Walaupun
Islam. Agama Islam merupakan agama rasmi
peristiwa ini tidak diceritakan secara jelas, namun
yang menjadi pegangan kerajaan Melayu Kedah
perkahwinan antara kedua-dua kerajaan ini secara
pada waktu itu (Muhammad Hassan Dato’ Kerani
terangan mengesahkan hal tersebut, iaitu Raden
Muhammad Arshad 1968:26). Oleh itu, sudah
Galuh Cendera Kirana memeluk agama Islam dan
menjadi tanggungjawab bagi pemerintah Islam
melahirkan puteranya, Raden Dikelang.
untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat
bukan Islam. Namun disebabkan agama yang
dianuti oleh Kedah dan Siam berbeza (Siam KESIMPULAN
menganut agama Buddha), maka Kedah terpaksa
menangguhkan dahulu hasrat tersebut untuk tidak
Dengan kemampuan yang berbeza-beza dan rasa
menyinggung perasaan masyarakat Siam. Hal ini
kebertanggungjawaban antara kerajaan yang
kerana, agama merupakan isu yang sangat sensitif
menjalinkan hubungan diplomatik telah mewujudkan
untuk dibincangkan apatah lagi kedua-dua kerajaan
suatu hubungan yang harmoni dan saling lengkap-
mempunyai pegangan agama berbeza.
melengkapi antara satu sama lain, khususnya
Namun, hajat tersebut akhirnya terlaksana,
daripada aspek teras seperti politik, sosiobudaya,
apabila Sumdit Chao Phya (Siam) terbuka hati dan
ekonomi, dan agama. Kerjasama dalam aspek teras
rela mengahwinkan anak angkatnya, iaitu anak
dalam masyarakat Melayu ini telah membantu
raja Petani yang beragama Buddha dengan Sultan
memantapkan serta mengukuhkan pentadbiran
Ahmad Tajuddin. Peristiwa tersebut berlaku semasa
dan pemerintahan sebuah kerajaan di samping
Sultan Ahmad Tajuddin melawat kerajaan Siam bagi
Salmah Jan Noor Muhammad 107

membantu membangunkan dan menyempurnakan Hashim Musa. 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia:
kekurangan dalam setiap kerajaan. Hasil daripada Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya dan Pusat Dialog Peradaban.
kejayaan hubungan diplomatik Melayu ini telah
Jelani Harun. 2003. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman:
membawa kerajaan Melayu menapak dan terus Muhammad Hassan dan Kepengarangan Istana Melayu Awal
maju ke depan. Tumpuan bukan sahaja kepada isu Abad ke-20. Kertas kerja dalam Bengkel Kajian Naskhah
fizikal, keselamatan malahan isu rohaniah juga Kesultanan Melayu III. Auditorium Perbadanan Perpustakaan
sangat ditekankan dalam hubungan ini. Hal inilah Awam Negeri Kedah, 3-5 Jun.
yang menyebabkan hubungan diplomatik yang Karen Mingst. 1998. Essenstials of International Relations. New
York:Norton & Company Inc.
dibincangkan sebelum ini dalam bab keempat Kassim Ahmad (Penyl.). 1997. Hikayat Hang Tuah. Kuala
merupakan hubungan yang mantap dan terbaik Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan.
yang dicipta dan dilaksanakan dengan jayanya oleh Keith Hamilton & Richard Langhorne. 2010. The Practice of
masyarakat Melayu serta meninggalkan impak yang Diplomacy: Its Evolution, Theory and Administration (2nd
besar di alam Melayu. ed). London: Routledge.
Lokman Abdul Samad. 2001. Hikayat Hang Tuah: Suatu
Pembicaraan Karya Agung dari Pelbagai Aspek. Kota
Kinabalu: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti
RUJUKAN Malaysia Sabah.
Mohd Jamil Mukmin. 2011. Sejarah Hubungan Diplomasi
1Malaysia. 2009. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan, Kerajaan Melayu: Satu Tinjauan. Jurnal IKSEP 2: 71-90.
Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Muhammad Asad. 1980. The Principles of State and Government
A.Samad Ahmad (Pnyl.). 2010. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. in Islam. Gibraltar: Dar-Al-Andalus.
Edisi Kesepuluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Hassan Dato’ Kerani Muhammad Arshad. 1968.
Abdul Latip Talib. 2010. Khalifah-khalifah yang Benar: Abu Bakar, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan
Umar, Uthman, Ali. Batu Caves: PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Bahasa dan Pustaka.
Adibah Sulaiman, Siti Nor Baya Mat Yaacob, Noor Sham Abdul Noordin Husin. 2008. Geografi dan Perdagangan: Kepentingan
Hamit & Mohd Fauzi Naim Keri. 2006. Sejarah Kertas Teks Selat Melaka kepada Perdagangan Dunia, Asia dan Dunia
& Rujukan Lengkap. Shah Alam: Arah Pendidikan. Melayu 1700-1800. Akademia 73: 3-26.
Afzal Iqbal. 2000. Diplomasi Islam. Jakarta : Pustaka Al-Kautsar. Salmah Jan Noor Muhamad. 2015. Warkah Sebagai Medium
Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Diplomatik Kesultanan Melayu Dalam Menjalankan
Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Hubungan Dengan Kuasa Barat. Jurnal Melayu 14(1):
Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar & Salihahs Razak. 136-148.
2014. Peranan Senjata Dalam Sulalatus Salatin. Jurnal Salmah Jan Noor Muhammad. 2018. Ilmu Diplomatik Melayu
Pertanika Mahawangsa 1(2):165-180. dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Serdang: Penerbit
Bijan Bidabad. 2012. Diplomacy principles: An Islamic Sufi Universiti Putra Malaysia.
approach – continuation. International Journal of Law and Sarjit S. Gill. 2001. Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di
Management 54(6): 422-442. Sabah. Jurnal Sari 19: 189-203.
G. R. Berridge, Maurice Keens-Soper And T.G Otte. 2001. Siti Hawa Salleh (Penyl.). 1998. Hikayat Merong Mahawangsa.
Diplomatic Theory From Machiavelli To Kissinger. Great Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti
Britain: Palgrave Macmillan. Malaya.
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Teuku Iskandar. 1958. De Hikajat Atjeh. Leiden: Rijksuniversiteit
Sham, Abdul Rahman Kaeh & Jamilah Haji Ahmad. 2000. te Leiden.
Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan The Oxford English Dictionary. 1989. New York: Oxford
Bahasa dan Pustaka. University Press.

Salmah Jan Noor Muhammad (Ph.D)


Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor D.E.
E-mel: salmahjan@upm.edu.my
E-mel: salmahjannoor@gmail.com

Diserahkan: 1 Februari 2018


Diterima: 24 April 2018
108 Salmah Jan Noor Muhammad

Lampiran

You might also like