You are on page 1of 1

SANTAI

Sertai Pertandingan
Menarik Sempena Bulan
Kebangsaan 2023

BACA ARTIKEL

07/08/2023, 7:00 AM

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia


tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti
menarik yang boleh dilakukan oleh rakyat
Malaysia. Bagi memeriahkan lagi sambutan bulan
kemerdekaan ini, pihak kerajaan telah
menganjurkan beberapa aktiviti menarik yang
boleh disertai oleh orang ramai. Berikut
disenaraikan antara aktiviti yang boleh disertai
oleh anda atau ahli keluarga anda.

Sumber : www.penerangan.gov.my

1. Pertandingan Public Speaking


Asean 2023

Pertandingan Public Speaking Asean yang


dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia
(IRDivision) terbuka secara percuma kepada murid
sekolah yang berumur 13 hingga 17 tahun. Terdapat
dua kategori petandingan ini iaitu dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini


perlu rakam satu video Public Speaking dengan
durasi 4 hingga 5 minit yang bertemakan ASEAN
dan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 berpandukan
tajuk yang disediakan. Peserta boleh menghantar
penyertaan ke pautan Google Forms yang akan
disediakan oleh pihak urusetia atau di kod QR
berkenaan.

Tempoh pertandingan ini pula bermula pada 1


Ogos hingga 16 September 2023. Sesiapa yang ingin
mencungkil bakat rebutlah peluang terbaik ini
dengan menyertai pertandingan dan menonjolkan
kemahiran anda. Untuk maklumat lanjut, sila
layari laman web rasmi penganjur.

Sumber : www.penerangan.gov.my

2. Pertandingan Storytelling Folk Tales


Asean 2023

Anda suka bercerita? Inilah peluang terbaik untuk


menunjukkan bakat anda dengan menyertai
Pertandingan Storytelling Folk Tales ASEAN
sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari
Malaysia yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 16
September 2023.

Peserta yang berminat perlu rakam satu video


Storytelling Folk Tales anda dengan tajuk yang
diberi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Video perlu berdurasi 4 hingga 6 minit dan perlu
dihantar melalui pautan Google Forms yang akan
disediakan oleh pihak urusetia atau di kod QR.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh
melayari laman web rasmi penganjur.

Sumber : Facebook
Kementerian Perpaduan Negara

3. Kongsi Cerita Merdeka

Semarakkan Hari Kemerdekaan anda dengan


menyertai pertandingan Kongsi Cerita Merdeka
anjuran Kementerian Perpaduan Negara.
Penyertaan ini terbuka kepada semua rakyat
Malaysia bermula dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2023.
Peserta yang berminat perlu menghasilkan video
berdurasi tidak melebihi 3 minit mengikut
kreativiti anda yang bertemakan Kemerdekaan.

Cara menyertai pertandingan ini pula sangat


mudah dimana anda perlu menggunakan media
sosial seperti Facebook/ Instagram/ Tiktok dan
pastikan akaun anda dalam mod awam. Muat naik
video kreatif anda di akaun media sosial dengan
menggunakan hashtag yang disediakan. Anda
boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai
pertandingan ini melalui laman sosial
Kementerian Perpaduan Negara.

Sumber : shikinrazali

4. Kuiz Kemerdekaan Dalam Talian

Perpustakaan Negara Malaysia telah


menganjurkan Kuiz Kemerdekaan Dalam Talian
bagi rakyat Malaysia sempena Bulan Kebangsaan.
Peserta yang berminat boleh kunjungi laman
sosial Perpustakaan Negara Malaysia dan imbas
Kod QR untuk menjawab kuiz kemerdekaan.
Peserta yang berjaya akan mendapat hadiah wang
tunai dan sijil penyertaan daripada pihak
penganjur. Penyertaan ini terbuka dari 1 Ogos
hingga 31 Ogos 2023. Tunggu apa lagi? Segera
imbas Kod QR dan sertai pertandingan ini!

ARTIKEL SEBELUM INI ARTIKEL SETERUSNYA

Taklimat Peserta 5 Punca Lampu Minyak


Kursus Protokol Dan Enjin Menyala
Pengurusan Kenderaan
Jabatan Perdana
Menteri

Lain-lain Artikel

BERITA

Majlis Penyerahan Kereta Perodua


8 Ogos 2023 – Majlis penyerahan kereta konsesi
kerajaan bagi model baharu iaitu Perodua telah
diadakan di Pusat Servis Wilayah...

READ

MEKANIKA

Faktor Menyebabkan Lampu


Amaran Penutup Bahan Api
Menyala
Kenderaan baharu kini mempunyai banyak fungsi
baru digunakan untuk memudahkan pengguna
kenderaan. Antaranya adalah pelbagai jenis tanda
amaran di papan...

READ

MEKANIKA

Punca Kebocoran Bendalir


Terdapat kesan bendalir di bawah kenderaan? Ia
adalah tanda radiator kereta mengalami masalah
yang perlu diberi perhatian segera. Disenaraikan
antara...

READ

Berkaitan

SANTAI

Penggunaan Bendera Malaysia


Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol
penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan
bagi sesebuah negara. Bendera Jalur Gemilang
adalah satu lambang dan...

18/08/2023, 12:21 PM

 

Terkini
Majlis Penyerahan Kereta
Perodua

Faktor Menyebabkan Lampu


Amaran Penutup Bahan Api
Menyala

Punca Kebocoran Bendalir

Penggunaan Bendera Malaysia

Kolaborasi ‘e Service Coupon’


bersama Honda Malaysia

Ingin mengikuti berita


dan artikel terkini?
Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung
dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!

Email address SUBSCRIBE

   

Terkini

Majlis Penyerahan Kereta


Perodua

Faktor Menyebabkan Lampu


Amaran Penutup Bahan Api
Menyala

Punca Kebocoran Bendalir

Popular

10 Tips Mengelakkan
Kemalangan Jalan Raya

Mengurangkan
Kebergantungan Terhadap
Bahan Api Fosil

6 Cara Meningkatkan
Keselamatan Siber

Pautan
Utama

Berita

Khidmat SPANCO

Mekanika

Santai

Kembara

Teknologi

Telegram

© tagDiv | All rights reserved | Made with Newspaper Theme

You might also like