You are on page 1of 2

Pengenalan

(https://www.st.gov.my/ms/microsites/index/…

#POSTER-DRAWING-CHALLENGE
(https://www.st.gov.my/ms/microsites/index/…

#STORY-TELLING-CHALLENGE
(https://www.st.gov.my/ms/microsites/index/…

SEKOLAH PALING EE
(https://www.st.gov.my/ms/microsites/index/…

VIDEO EE PALING KREATIF


(https://www.st.gov.my/ms/microsites/index/…

Hubungi Kami
(https://www.st.gov.my/ms/microsites/index/…

#STORY-TELLING-CHALLENGE

APA ITU #STORY-TELLING-CHALLENGE


Pertandingan menyampaikan sajak/ pidato/ syarahan berdurasi 3-4 minit berkaitan kecekapan tenaga, keselamatan elektrik/
gas dan aktiviti berkaitan Suruhanjaya Tenaga.

KATEGORI
Hanya terdapat 1 kategori untuk pelajar sekolah rendah darjah 4 hingga darjah 6 sahaja.

JENIS PENYERTAAN
Penyertaan adalah secara individu melalui sekolah dan dihantar secara berkelompok kepada Urus Setia.

SYARAT PENYERTAAN
Warganegara Malaysia.
Bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
Peserta adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2023/2024.
Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
Mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran,
hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
Sekiranya peserta pernah menyertai pertandingan ini pada tahun lepas, hasil pertandingan/skrip hendaklah berlainan
daripada yang telah dihantar. Penyertaan adalah dikira terbatal sekiranya hasil pertandingan adalah sama seperti yang
pernah dihantar.
Nama, nombor kad pengenalan peserta dan nama sekolah haruslah ditulis di bahagian bawah kanan video.
Setiap video mestilah mempunyai perkataan SURUHANJAYA TENAGA dan ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 2023.
Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut
kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain.
Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

TEMA
Mengapa saya perlu menjadi hero cekap tenaga
Cara saya menjadi hero cekap tenaga di rumah/ sekolah
Cara saya menggunakan peralatan elektrik/ gas dengan selamat

FORMAT HASIL PERTANDINGAN


Video hendaklah berformat mp4 sahaja
Berdurasi antara 3-4 minit sahaja
Menghantar bersama lirik/ skrip didalam format PDF
Video yang direkod haruslah menunjukkan peserta berdiri dan menggayakan mengikut kesesuaian

TARIKH TUTUP
Sekolah WAJIB mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 15 September
2023.

HADIAH
Hadiah adalah milik pelajar sekolah rendah yang menyertai Kategori #storytellingchallenge.

Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:

Nota:

Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang
daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan,
Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah
saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
Sekolah yang menghantar penyertaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan
menyerahkan kepada pemenang.

2023 © Suruhanjaya Tenaga. Hak Cipta Terpelihara.

Penafian (https://www.st.gov.my/ms/home/disclaimer) Dasar Keselamatan (https://www.st.gov.my/ms/home/security)


Dasar Privasi (https://www.st.gov.my/ms/home/privacy)

Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome (https://www.google.com/intl/en/chrome/browser/) or Mozilla Firefox (//www.mozilla.org/en-
US/firefox/new/). This website is mobile responsive.

You might also like