You are on page 1of 4

FAQ eKomPeG

1. Apakah yang akan saya peroleh setelah mengikuti Program Peningkatan


Profesionalisme Pentaksiran Peringkat Asas menggunakan modul
eKomPeG?
Pengetahuan dan pendedahan berkaitan maklumat pentaksiran di peringkat
asas.

2. Apakah itu eKomPeG?


Akronaim kepada e Kompetensi Pentaksiran Guru

3. Apakah kandungan Modul eKomPeG?


Modul eKomPeG mengandungi 7 unit pembelajaran iaitu:

i) Konsep Asas Pentaksiran

ii) Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif

iii) Proses Pembinaan Item

iv) Pembinaan Item Objektif

v) Pembinaan Item Subjektif

vi) Pentaksiran Prestasi

vii) Instruksional Pentaksiran

4. Adakah program menggunakan modul eKomPeG diwajibkan ke atas


semua warga pendidik khususnya guru?
Program ini merupakan sebahagian daripada program pembangunan
profesionalisme berterusan (CPD) justeru ianya tidak diwajibkan tetapi amat
digalakkan
5. Adakah program menggunakan modul eKomPeG terbuka untuk semua
guru Malaysia untuk diakses?
Program ini terbuka kepada semua guru di Malaysia untuk meningkatkan
kompetensi mereka dalam bidang pentaksiran pendidikan.

6. Adakah saya boleh akses modul eKomPeG pada bila-bila masa?


Modul e-KomPeG boleh diakses dengan talian internet pada bila-bila masa
dan di mana sahaja.

7. Perlukah saya membayar untuk mengakses modul eKomPeG?


Modul e-KomPeG disediakan secara percuma. Pengguna hanya perlu
mendaftar sebagai pelajar di Learning Management Services (LMS) Schoology.
Namun begitu pengguna yang berjaya mendaftar perlu menggunakan kod
akses yang diberikan untuk mencapai kandungan e-kompeg.

8. Apakah kesan sekiranya guru tidak menjawab latihan-latihan yang


disediakan?
Guru tidak dapat menilai tahap kefahaman masing-masing dalam proses
pembelajaran dan pentaksiran kendiri menggunakan modul e-KomPeG.

9. Adakah guru wajib menjawab soalan-soalan dalam latihan yang


disediakan?
Tidak diwajibkan tetapi latihan yang disediakan adalah untuk guru menguji
kefahaman masing-masing sebagai pentaksiran kendiri.

10. Sekiranya guru berada di kawasan pedalaman yang tidak memiliki


capaian internet, apakah kaedah alternatif yang boleh digunakan bagi
mengikuti modul ini?
Latihan secara bersemuka boleh diadakan.
11. Mengapakah program ini menggunakan kaedah blended learning?
Kaedah ini lebih cost-effective, dan juga dapat memberi peluang untuk para
pengguna belajar mengikut kelapangan dan kesesuaian masa masing-masing.

12. Apakah bentuk sijil yang akan diperolehi oleh individu yang mengikuti
keseluruhan modul ini?
Sijil kehadiran.

13. Adakah penyertaan dalam eKompeG boleh dimasukkan dalam rekod


eSPLG?
Boleh.

14. Bolehkah saya berkongsi passcode e-KomPeG ini dengan warga


pendidik yang lain?
Boleh.

15. Adakah saya akan mendapat maklum balas tentang latihan yang saya
hantar?
Maklum balas boleh diperoleh melalui perbincangan dengan Fasilitator.

16. Bolehkah saya menghubungi pegawai LP melalui emel jika perlu?


Boleh.

17. Siapakah yang saya boleh hubungi jika saya kurang jelas tentang
kandungan eKompeG?
Fasilitator Pusat, Fasilitator Negeri atau tuliskan dalam komen e-KomPeG.

18. Bolehkah saya mengikuti modul berkali-kali?


Boleh.

You might also like