You are on page 1of 1

Document No. PQS-01 (C.

LIST/NEW)
Registration Process
Professional Quantity Surveyor: Version 3
Checklist New Registration Effective Date 01.07.2022

LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA


PERMOHONAN PENDAFTARAN JURUUKUR BAHAN PROFESSIONAL

A. MAKLUMAT PENTING UNTUK PEMOHON


1. Permohonan secara ‘ONLINE’ adalah keperluan MANDATORI melalui sistem ReQSys pada laman portal LJBM.
2. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses.
3. Sila ambil maklum bahawa semua permohonan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pendaftaran dan Kelayakan untuk perakuan sebelum dibentangkan di Mesyuarat Lembaga untuk keputusan
rasmi. Permohonan yang diterima selepas tarikh Mesyuarat Jawatankuasa hanya akan dibentangkan dalam
Mesyuarat Lembaga yang seterusnya.
4. Tiada sebarang penerimaan dokumen sokongan di dalam bentuk fizikal (hardcopy).

B. SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN


NO PERKARA TINDAKAN (√)
1 Menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk dimuatnaik di dalam sistem ReQSys :
No Dokumen

(i) Surat kelulusan permohonan pendaftaran skim “Assessment of Professional Competence
(APC)”.
(ii) Sekeping gambar saiz pasport (berpakaian rasmi)

(iii) Surat pengesahan pengalaman kerja sebagai Juruukur Bahan dari majikan yang
mengandungi perkataan berikut:

"Saya mengesahkan bahawa Encik …….…. (No. K.P.


………) telah berkhidmat dengan memuaskan dalam firma saya selama …..tahun
di bawah pengawasan Encik ……. seorang Professional Quantity Surveyor/
Consultant Quantity Surveyor dengan Nombor Pendaftaran: …………………
Encik ........................................................................ telah
berkhidmat dengan firma saya dari tarikh ……………..
hingga ............. "
atau yang memberi maksud sedemikian

Surat pengesahan pengalaman kerja perlu disokong dengan sesalinan surat perlantikan
jawatan atau borang caruman KWSP atau mana-mana dokumen yang relevan untuk
membuktikan bahawa tuan/puan telah bekerja dengan firma tersebut.

(iv) Surat pengesahan majikan terkini (sekiranya berbeza dengan item (iii) di atas)

2 Bayaran adalah secara atas talian melalui sistem ReQSys. Jumlah bayaran yang perlu dikemukakan
adalah sebanyak RM400.00 yang merangkumi: ❑
• RM300.00 (yuran pendaftaran).
• RM100.00 (yuran pemprosesan yang tidak akan dikembalikan).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Pendaftaran Juruukur Bahan Professional di talian : 03-26107987
atau e-mail : zainab.zainuddin@bqsm.gov.my.

You might also like