You are on page 1of 310

KANDUNGAN

BIL. BIL.PEK. TAJUK SYOR M.SURAT

1 1/86 BAYARAN PEJABAT (OFFICE FEE) UNTUK (* *) 1


PERMOHONAN KEBENARAN MEMINDAHMILIK
DAN MENCAGAR TANAH-TANAH YANG MEMPUNYAI
SEKATAN KEPENTINGAN

2 2/86 DASAR PEMBANGUNAN MARKAH UNTUK MEMILIH ( <> ) 2


PEMOHON –PEMOHON TANAH KERAJAAN KERANA
PERTANIAN

3 3/86 MEMINDA SEKATAN HAKMILIK MENGENAI 11


GADAIAN KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT KEWANGAN
YANG DIDAFTAR DI MALAYSIA

4 4/86 BAYARAN DENDA KE ATAS PERMOHONAN UBAH 19


SYARAT DIMANA TELAH BERLAKU LANGGAR SYARAT
SEBELUM KELULUSAN DIBERIKAN OLEH PIHAK
BERKUASA

5 5/86 BAYARAN SECARA BERANSUR BAGI KELULUSAN (* *) 22


PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA

6 6/86 PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN DAN LAPORAN (* *) 34


BULANAN DI ATAS PRESTASI KEMAJUAN KERJA
PEJABAT-PEJABAT TANAH

7 7/86 BORANG SEMAKAN TINDAKAN (CHECKLIST) ( <> ) 38


SEBELUM PENDAFTARAN HAKMILIK SERAHBALIK
DAN KURNIASEMULA

8 8/86 PERMOHONAN BAGI DIKECUALIKAN DARIPADA (* *) 67


MEMBAYAR BAYARAN PEJABAT (OFFICE FEE)
YANG DIKENAKAN DI BAWAH JADUAL V – KAEDAH
TANAH JOHOR (PINDAAN) TAHUN 1990

9 9/86 PENGENAAN SYARAT EQUITI BUMIPUTRA KE ATAS 69


HAKMILIK-HAKMILIK TANAH YANG DIPOHON
UNTUK KURNIAAN ATAU DI UBAHSYARAT KEPADA
TANAH PERINDUSTRIAN

10 10/86 KEBENARAN YANG MENYELURUH BAGI CAGARAN/ ( * * ) 75


GADAIAN UNTUK TANAH-TANAH YANG DIKENAKAN
SEKATAN KEPENTINGAN

11 11/86 PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN ( * * ) 78


KERAJAAN BAGI MEMBOLEHKAN BANK-BANK
PERDAGANGAN DAN SYARIKAT KEWANGAN YANG
BERURUSNIAGA DALAM MALAYSIA MENERIMA
TANAH-TANAH RIZAB MELAYU SEBAGAI CAGARAN
ATAS PINJAMAN

12 12/86 TATACARA PERMOHONAN MEWAKAFKAN TANAH 81


KANDUNGAN

BIL. BIL.PEK. TAJUK SYOR M.SURAT

13 13/86 TATACARA PENYEDIAAN/MENGHANTAR BORANG ( X X ) 83


G.H. BAUCER-BAUCER PEMBAYARAN BAGI KES
PENGAMBILAN BALIK TANAH DI KAWASAN JOHOR
BARAT DAN RUJUKAN MAHKAMAH

14 14/86 PENURUNAN KUASA KEPADA PENGARAH TANAH (* *) 87


DAN GALIAN JOHOR BAGI MENGURNIAKAN
TANAH-TANAH DI DALAM KAWASAN PERINDUSTRIAN
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI
JOHOR (PKENJ) DAN TATACARA MEMPROSES DI
DALAM KAWASAN PERINDUSTRIAN PKENJ

15 15/86 TATACARA PERMOHONAN MEWAKAFKAN TANAH ( <> ) 99

16 16/86 TATACARA MEMPROSES PERMOHONAN UBAH ( <> ) 101


SYARAT SERAHBALIK KURNIASEMULA BAGI TUJUAN
PERINDUSTRIAN

17 17/86 PENURUNAN KUASA BAGI MEMPERTIMBANGKAN (* *) 104


DAN MELULUSKAN PERMOHONAN LESEN
MENDUDUKI SEMENTARA DARIPADA WARIS KEPADA
PENTADBIR TANAH DAERAH

18 18/86 PENUBUHAN PASUKAN PETUGAS BAGI (* *) 105


MENIMBANGKAN PINDAAN PELAN LEOUT YANG
TELAH DILULUSKAN OLEH PENGUASA NEGERI

19 1/87 PENURUNAN KUASA KEPADA P.T.G DAN P.T.D. - ( <> ) 107


P.T.D

20 2/87 PENGENAAN BAYARAN PENDAFTARAN DIBAWAH 115


SEKSYEN 124(a), (b) DAN (c) KANUN TANAH NEGARA

21 3/87 PEMILIKAN TANAH OLEH BUKAN WARGANEGARA 117

22 4/87 MENGENAKAN DENDA KEPADA TUAN TANAH ( XX) 122


YANG TELAH MENJUAL TANAH MEREKA YANG
MEMPUNYAI SEKATAN KEPENTINGAN TANPA
TERLEBIH DAHULU MENDAPATKAN KEBENARAN
PENGUASA NEGERI

23 1/88 PANDUAN PROSIDUR MENGEMASKINIKAN (XX) 124


PERUBAHAN MAKLUMAT DOKUMEN HAKMILIK
DAN CUKAI TANAH KEPADA SISTEM DOKUMEN
HAKMILIK TANAH DAN PENTADBIRAN CUKAI
BERKOMPUTER

24 2/88 PENGELUARAN HAKMILIK TANAH (<> ) 127


WAKAF – TATACARA

25 3/88 TAMBAHAN KEPADA TAFSIRAN ( <> ) 129


TANAH KOCEK
KANDUNGAN

BIL. BIL.PEK. TAJUK SYOR M.SURAT

26 4/88 PREMIUM UNTUK KELAPA SAWIT DAN GETAH (* *) 130


BAGI TANAH-TANAH YANG DIKURNIAKAN
KEPADA SWASTA

27 5/88 DASAR PENGURNIAAN TANAH BAGI PERUSAHAAN ( <> ) 132


TERNAKAN IKAN, KETAM,UDANG DAN KERANG

28 6/88 134

29 7/88 DASAR MENGENAI SYARAT-SYARAT DAN PREMIUM ( * * ) 135


BAGI KELULUSAN SAMBUNGAN PAJAKAN

30 8/88 TANAH YANG DILIPUTI AIR – 137


TINDAKAN LELONGRAYA

31 9/88 PENGAMBILAN TANAH DI BAWAH AKTA (* *) 138


PENGAMBILAN BALIK TANAH 1960 BAGI TANAH
DALAM KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK

32 10/88 BUKU PANDUAN KERJA BAGI PEGAWAI-PEGAWAI (* *) 139


PENEMPATAN

33 11/88 PENGELUARAN BAHAN BATUAN 140

34 12/88 MEMASUKKAN KAVEAT PENDAFTAR (* *) 156


OLEH FELCRA

35 13/88 LAPORAN BULANAN PENTADBIRAN TANAH 158

36 14/88 LAPORAN TAHUNAN BAGI PEJABAT-PEJABAT TANAH 176


DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

37 15/88 SERAHBALIK KURNIASEMULA– KAJIAN ( <> ) 179


SEMULA DASAR

38 16/88 INSENTIF BAGI MENGGALAKKAN BAYARAN (* *) 183


CUKAI DALAM TAHUN 1989

39 17/88 KUTIPAN BAYARAN KURNIAAN TANAH ( XX ) 186

40 1/89 TAFSIRAN MELAYU DIBAWAH (* *) 193


ENAKMEN RIZAB MELAYU TAHUN 1936

41 2/89 TATACARA PENYEDIAAN PELAN 195

2/89 PEMBETULAN PEK.P.T.G. 1/89 KEPADA (* *) 200


PEK.P.T.G. 2/89 DAN TAMBAHAN.

42 3/89 PERATURAN BARU MENGENAI CARA 201


PEMBAYARAN ROYALTI EKSPORT
BAHAN BATUAN
KANDUNGAN

BIL. BIL.PEK. TAJUK SYOR M.SURAT

43 1/90 PELAKSANAAN KAEDAH BARU PENGKELASAN (**) 206


FAIL PERMOHONAN TANAH OLEH INDIVIDU

44 2/90 MELESENKAN SEGALA BINAAN SEMENTARA (XX) 210


DI LAUT UNTUK MENANGKAP IKAN

45 3/90 PERATURAN-PERATURAN MENGENAI PENURUNAN ( <> ) 212


KUASA KEPADA PENGARAH TANAH DAN GALIAN
DAN PENTADBIR TANAH DAERAH MENGENAI
KURNIAAN SEMULA TANAH

46 4/90 TATACARA PENGGUNAAN SURAT-SURAT AKUAN ( <> ) 215


PENYERAHAN TANAH BAGI KES-KES PERMOHONAN
SEMULA

47 5/90 DASAR KURNIAAN MENGENAI PENGURNIAAN (**) 221


TANAH UNTUK PAM MINYAK

48 6/90 ISU-ISU MENGENAI PROSES SERAHBALIK ( <> ) 225


KURNIASEMULA

49 7/90 TINDAKAN MENYELESAIKAN TUNGGAKAN (XX) 227


PERMOHONAN-PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN
SEMENTARA

50 8/90 PERATURAN MENGENAI PENGELUARAN HASIL BALAK ( * * ) 230


KE ATAS TANAH-TANAH YANG DIKURNIAKAN

51 9/90 TATACARA PENYAMPAIAN KELULUSAN TANAH- (XX) 232


TANAH KERAJAAN

52 10/90 GARIS PANDUAN MENYELESAIKAN TUNGGAKAN (* *) 234


PENDAFTARAN HAKMILIK TETAP

53 11/90 KADAR-KADAR BARU LESEN PENDUDUKAN (* *) 283


SEMENTARA

54 12/90 PENENTUAN KRITERIA PENGURNIAAN TANAH ( <> ) 286


KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

55 13/90 PINDAAN PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 7 / 88 ( <> ) 289

56 1/91 SEKATAN HAKMILIK BAGI BANGUNAN -BANGUNAN ( <> ) 291


BERTINGKAT
57 2/91 292

58 3/91 PEMBEKUAN PENGELUARAN LESEN PENDUDUKAN 293


SEMENTARA

59 1/92 PENGGUNAAN BORANG J18A, J18B DAN J18C (* *) 294


(ARAHAN PERUBAHAN) DI PEJABAT-PEJABAT
TANAH NEGERI JOHOR
KANDUNGAN

BIL. BIL.PEK. TAJUK SYOR M.SURAT

60 1/93 PEMBEKUAN SEMENTARA LESEN PENDUDUKAN 300


SEMENTARA

61 1/94 PERWAKILAN KUASA YANG DIPERTURUNKAN 302


KEPADA PENTADBIR TANAH BAGI MENIMBANGKAN
PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
PERHATIAN KEPADA SIMBOL-SIMBOL

1. (**) BAGI DIKEKALKAN


2. (XX) BAGI DIMANSUHKAN
3. ( <> ) BAGI DIUBAHSUAI

Pekeliling-Pekeliling yang tidak dijumpai

1. 6/88
2. 2/ 91
Bil. (4)dlm. P.T.G (R) 15/85-8

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 1/86 ( * * )

BAYARAN PEJABAT (OFFICE FEE) UNTUK PERMOHONAN


KEBENARAN MEMINDAHMILIK DAN MENCAGAR
TANAH-TANAH YANG MEMPUNYAI SEKATAN KEPENTINGAN

1. TUJUAN

1.1. Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu semua Pentadbir-Pentadbir


Tanah Daerah mengenai kelulusan Kerajaan untuk mengenakan Bayaran
Pejabat kerana semua permohonan-permohonan kebenaran bagi
memindahmilik dan mencagar tanah yang mempunyai Sekatan Kepentingan.

2. PERSETUJUAN KERAJAAN

2.1. Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam mesyuaratnya 21/08/1985 di dalam


Ringkasan Mesyaurat Bil. 696/85 telah bersetuju dipungut bayaran tersebut
sebagai bayaran untuk memproses permohonan (prosessing fee) bagi
kebenaran memindahmilik atau mencagar tanah-tanah yang mempunyai
Sekatan Kepentingan yang memerlukan persetujuan Pentadbir Tanah Daerah
atau Pengarah Tanah dan Galian atau pun Penguasa Negeri yang mana kuasa
tersebut telah diwakilkan kepada Y.A.B Dato‘ Menteri Besar Johor.

3. KADAR YANG DITETAPKAN

3.1. Kadar yang ditetapkan ialah $10.00 bagi setiap permohonan kebenaran
pindahmilik atau cagaran yang dikemukakan ke Pejabat Tanah.

3.2. Nombor resit terima bayaran dan tarikhnya hendaklah dicatatkan di atas
Borang Permohonan. Bayaran ini hendaklah dipungut sebelum permohonan
difailkan.

3.3. Bayaran ini hendaklah dipungut sebagai Hasil Negeri dan hendaklah
dikreditkan kepada Kod Hasil 57203-Bayaran Pendaftaran (Tanah).

4. KUATKUASA

4.1. Peraturan ini adalah berkuatkuasa pada 1hb. Januari, 1986

4.2. Semua permohonan yang diterima dari tarikh 1hb. Januari, 1986 hendaklah
dikenakan bayaran ini.

t.t
(DATO‘ HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH)
Pengarah Tanah dan Galian Johor,
Johor.

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN,


JOHOR.
11hb. JANUARI, 1986
1
Bil. ( 11 ) dlm. P.T.G ( P ) 50/64

PEKELILING P.T.G. JOHOR BILANGAN 2/1986 ( <> )

DASAR PEMBANGUNAN MARKAH UNTUK MEMILIH


PEMOHON-PEMOHON TANAH KERAJAAN KERANA PERTANIAN

1. TUJUAN :

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memberi panduan kepada semua Pentadbiran Tanah
mengenai cara pembahagian markah untuk memilih pemohon-pemohon tanah Kerajaan
kerana pertanian.

2. KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT OLEH KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan dimesyuaratnya pada 2.8.1985 bagaimana R/M


Bil. 688/85 telah bersetuju menetapkan kriteria-kriteria untuk menentukan
peringkat-peringkat kesesuaian seseorang pemohon melalui satu sistem
pembahagian markah sebagaimana berikut :-

2.1.1 Umur 20 markah

2.1.2 Saiz keluarga 18 markah

2.1.3 Penilaian 15 markah

2.1.4 Taraf pendudukan 15 markah

2.1.5 Pekerjaan sebenarnya/pengalaman 06 markah

2.1.6 Jumlah pendapatan 06 markah

2.1.7 Aktiviti kemasyarakatan 10 markah

2.1.8 Lain-lain kriteria 10 markah


____________
100 markah
____________
2.2 Faktor-faktor Pemilihan Kriteria :

2.2.1 Umur

2.2.1.1 Pada kebiasaannya umur seseorang pemohon dijadikan


sebagai asas penentu dalam apa jua jenis permohonan. Ini
kerana setiap tahap aktiviti hidup manusia lazimnya mengikut
peringkat umur yang ditempuhinya.

2.2.1.2 Oleh itu peringkat umur pemohon sepatutnya dijadikan


kriteria penting untuk orang muda mengerjakan ataupun
orang-orang pertengahan umur atau bagi orang-orang
golongan tua yang wajar dikurniakan tanah.

2
2.2.1.3 Untuk tujuan ini telah diputuskan supaya pembahagian
markah mengikut peringkat umur seperti berikut :-

1. 18 tahun - 34 tahun
2. 35 tahun - 45 tahun
3. 46 tahun - 55 tahun
4. 55 tahun keatas.

2.2.1.4 Pemohon-pemohon daripada golongan muda 18 tahun - 34


tahun adalah golongan yang masih muda dan mempunyai
peluang pekerjaan lain. Seperkara lagi ialah peluang untuk
memasuki Rancangan-rancangan Tanah Kerajaan seperti
FELDA bagi golongan ini adalah lebih luas memandangkan
tahap umur mereka sesuai menjadi peneroka-peneroka
rancangan tersebut. Diantara pemohon-pemohon golongan
ini masih belum berdikari termasuk belum berumahtangga
dan seterusnya kurang pengalaman bertani. Oleh itu markah
yang patut diberikan adalah setengah daripada markah penuh
iaitu 10 markah.

2.2.1.5 Pemohon-pemohon berumur 35 - 45 tahun adalah


merupakan golongan yang mempunyai sifat ingin berdikari
dan berinisiatif untuk menjalankan sesuatu pekerjaan oleh
kerana golongan ini masih bertenaga dan biasanya sudah
mempunyai keluarga dan peluang untuk memasuki
Rancangan-rancangan Tanah Kerajaan adalah tipis. Maka
markah penuh untuk golongan ini ialah 20 markah.

2.2.1.6 Biasanya golongan umur 46 - 55 tahun ini sudah mempunyai


pekerjaan tetap dan tenaga untuk memajukan tanah tersebut
sudah berkurangan. Oleh itu inisiatif untuk mengerjakan
tanah yang akan dikurniakan adalah tidak serancak seperti
golongan di para 3.1.5. Walaupun mungkin anak-anak
mereka yang akan mengerjakannya tetapi tanpa inisiatif orang
tua adalah tidak akan mendatangkan kesan yang
menggalakkan. Oleh itu markah yang patut diberikan adalah
kurang sedikit daripada golongan 3.1.5 iaitu 15 markah.

2.2.1.7 Corak kehidupan golongan umur 55 tahun keatas ini biasanya


tidak begitu mencabar lagi, malahan kadangkala kehidupan
mereka adalah ditanggung atau diatur oleh anak-anak
mereka. oleh itu markah yang paling rendah patut diberikan
iaitu 5 markah.

2.2.2. Saiz Keluarga / Tanggungan

2.2.2.1 Kedudukan saiz keluarga adalah menjadi penentu kedua


penting sama ada seseorang pemohon itu betul-betul
memerlukan tanah untuk bercucuk tanam.

2.2.2.2 Untuk tujuan ini saiz keluarga adalah tidak bermakna


seseorang pemohon itu mesti telah berumahtangga tetapi
terdapat juga pemohon yang bujang menjadi ‗breadwinner‘
atau menanggung keluarganya.

3
2.2.2.3 Bagi pemohon yang mempunyai saiz keluarga yang besar
bermakna jumlah tanggungannya adalah ramai. Untuk
memberi mata pencarian yang cukup kepada golongan ini
supaya dapat menyara tanggungannya maka markah yang
tinggi hendaklah diberikan iaitu 18 markah.

2.2.2.4 Makna tanggungan disini ialah semua ahli-ahli keluarga yang


belum berumahtangga dan belum berdikari yang ditanggung
kehidupannya oleh pemohon.

2.2.2.5 Bagi pemohon yang mempunyai saiz keluarga atau


tanggungan yang kecil maka markah rendah hendaklah
diberikan.

2.2.3 Pemilikan Tanah

2.2.3.1 Sepatutnya kriteria pemilikan tanah ini dijadikan kriteria


pertama untuk menentukan samada pemohon itu layak
dipetimbangkan. Tetapi oleh kerana kesulitan Pejabat Tanah
membuktikan kesahihan akuan pemohon mengenai pemilikan
tanahnya, maka tidak dapat dielakkan kriteria ini jatuh ke
tahap nombor 3 untuk mengelakkan daripada berlakunya
penilaian yang tidak tepat.

2.2.3.2 Bagi pemohon yang tidak mempunyai tanah langsung


hendaklah mendapat markah yang paling tinggi iaitu 15
markah.

2.2.3.3 Manakala pemohon-pemohon yang sudah mempunyai tanah


samada tanah pesaka atau beli, markah yang patut diberikan
adalah mengikut jumlah ekar yang dimilikinya iaitu
pengurangan markah pada setiap pertambahan keluasan
tanah sehinggalah 0 markah kepada pemohon-pemohon yang
telah mempunyai 6 ekar atau lebih.

2.2.3.4 Keluasan 6 ekar digunakan sebagai ukuran kerana keluasan


yang sama dianggap sebagai ‗economic holding‘.

2.2.4. Taraf Pendudukan

2.2.4.1 Kriteria taraf pendudukan adalah penting bagi mempastikan


tanah-tanah yang diumumkan ini dimiliki oleh penduduk-
penduduk tempatan.

2.2.4.2 Untuk tujuan ini pemohon-pemohon dikategorikan seperti


berikut :-

1. Penduduk tempatan.
2. Penduduk luar.
3. Penduduk tempatan tetapi bekerja diluar.

2.2.4.3 Markah yang tinggi hendaklah diberikan kepada pemohon


tempatan dan markah yang paling rendah bagi pemohon-
pemohon daripada luar manakala pemohon-pemohon
tempatan tetapi bekerja diluar hendaklah diberi markah
pertengahan.
4
2.2.4.4 Ketetapan jarak diantara tempat tinggal pemohon dengan
tanah yang dipohon untuk menentukan kategori pemohon
adalah bergantung kepada keadaan dan budi bicara Pentadbir
Tanah Daerah.

2.2.5 Pekerjaan sekarang/Pengalaman

2.2.5.1 Jenis atau status pekerjaan pemohon adalah perlu diberikan


pertimbangan untuk menentukan keperluan memiliki tanah
dan kesesuaian dirinya untuk dikurniakan tanah.

2.2.5.2 Bagi pemohon yang mempunyai pekerjaan tetap iaitu


mendapat pendapatan bulanan tetap adalah wajar diberikan
markah rendah. Manakala pemohon yang tidak mempunyai
pekerjaan tetap, tetapi mempunyai keupayaan mengerjakan
tanah hendaklah diberikan markah yang tinggi iaitu 6
markah.

2.2.5.3 Sesuatu pekerjaan itu dianggap tetap atau tidak tetap adalah
bergantung kepada jenis dan tempoh sesuatu pekerjaan itu
dilakukan. Misalnya jika pekerjaan itu dilakukan dalam
sesuatu tempoh dan kemudiannya membuat pekerjaan yang
serupa berulang kali adalah dianggap pekerjaan tetap.
Sebaliknya pekerjaan tidak tetap adalah jika pemohon itu
membuat beraneka jenis pekerjaan.

2.2.5.4 Pemohon yang mempunyai pengalaman dalam bidang


pertanian sama ada masa lalu atau sekarang patut diberikan
markah bonus kerana kesesuaiannya mengerjakan tanah yang
dipohon.

2.2.5.5 Bagi pemohon-pemohon yang akan mengerjakan tanah


tersebut dengan cara mengupah orang lain, maka markah
rendah hendaklah diberikan melainkan jika sekiranya
kawasan tanah-tanah tersebut ada cadangan untuk dijadikan
mini estet.

2.2.6 Jumlah Pendapatan

2.2.6.1 Bagi pemohon yang berpendapatan rendah hendaklah


diberikan markah tinggi dan sebaliknya markah yang rendah
kepada pemohon-pemohon yang berpendapatan tinggi.

2.2.6.2 Pembahagian markah adalah mengikut jumlah pendapatan


yang diperolehi.

2.2.6.3 Jumlah pendapatan yang perlu diambil kira ialah jumlah


pendapatan pemohon dan pendapatan daripada ahli
keluarganya yang ditanggung oleh pemohon daripada apa jua
jenis sumber pendapatan yang diperolehi.

5
2.2.7 Aktiviti Kemasyarakatan

2.2.7.1 Pemohon juga perlu dinilaikan dari segi penglibatan dalam


aktiviti kemasyarakatan yang mana termasuk jasa-jasa yang
telah disumbangkan kepada negara, bangsa dan tanahair.

2.2.7.2 Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang boleh diambilkira


adalah banyak dan bergantung kepada kehendak dan norma-
norma masyarakat pada masa itu. Jika sekiranya pemohon
berkenaan ada melibatkan diri, markah tinggi bolehlah diberi.
Tetapi sekiranya tiada penglibatan langsung maka markah
rendah hendaklah diberi.

2.2.7.3 Bagi pemohon-pemohon yang sedang/telah menaburkan jasa


seperti Anggota keselamatan, kakitangan-kakitangan Kerajaan
lain, markah bonus hendaklah diberi untuk mengenangkan
jasa-jasa yang sedang/telah ditaburkan kepada Negara dan
bangsa.

2.2.8 Lain-lain Kriteria

2.2.8.1 Tidak dapat dinafikan bahawa untuk menilai seseorang


pemohon didalam masa temuduga yang terhad adalah rumit.
Banyak lagi kriteria-kriteria lain yang boleh dijadikan asas
walaupun sifatnya tidak begitu penting tetapi bagi ahli-ahli
penemuduga pada masa itu penting. Sebagai contohnya
seperti berikut :-

1. Kesihatan tubuh badan.


2. Perawakan
3. Kelulusan Pelajaran
4. Kemahiran-kemahiran tertentu
5. Simpanan wang
6. Dan lain-lain.

2.2.8.2 Oleh itu untuk mengelakkan daripada berlakunya kekurangan


dalam penilaian-penilaian tersebut maka dicadangkan supaya
sejumlah markah yang minima diuntukkan bagi ruangan ini
iaitu 10 markah.

2.2.8.3 Tinggi rendahnya markah-markah patut diberi adalah


bergantung kepada Ahli-ahli Temuduga mengikut budi
bicaranya tetapi hendaklah berdasarkan kepada kriteria-
kriteria di para 1 hingga 5 dalam para 2.2.8.1.

3. Jumlah Markah

3.1 Jumlah markah penuh untuk kesemua kriteria ialah 100. Ini adalah kerana
dengan jumlah ini akan memberikan satu keadaan dimana kesesuaian
seseorang pemohon itu dapat dibeza-bezakan dengan nyata.

3.2. Markah penuh bagi tiap-tiap kriteria adalah seperti berikut :-

3.2.1 Umur 20 markah


3.2.2 Saiz Keluarga 18 markah
6
3.2.3 Pemilikan Tanah 15 markah
3.2.4 Taraf Pendudukan 15 markah
3.2.5 Pekerjaan sekarang/ 6 markah
Pengalaman
3.2.6 Jumlah Pendapatan 6 markah
3.2.7 Aktiviti Kemasyarakatan 10 markah
3.2.8 Lain-lain Kriteria 10 markah
_________
100 markah
_________

4. HURAIAN PEMBAHAGIAN MARKAH MENGIKUT TIAP-TIAP KRITERIA

4.1 Umur

4.1.1 18 tahun - 34 tahun 10 markah


4.1.2 35 tahun - 45 tahun 20 markah
4.1.3 46 tahun - 55 tahun 15 markah
4.1.4 55 tahun keatas 5 markah

4.2 Saiz Keluarga

4.2.1 9 tanggungan keatas 18 markah


4.2.2 8 tanggungan 16 markah
4.2.3 7 tanggungan 14 markah
4.2.4 6 tanggungan 12 markah
4.2.5 5 tanggungan 10 markah
4.2.6 4 tanggungan 8 markah
4.2.7 3 tanggungan 6 markah
4.2.8 2 tanggungan 4 markah
4.2.9 1 tanggungan 2 markah

4.3 Pemilikan Tanah

4.3.1 Tiada tanah 15 markah


4.3.2 Kurang 2 ekar 12 markah
4.3.3 ( + ) 2 ekar - 3 ekar 10 markah
4.3.4 ( + ) 3 ekar - 4 ekar 8 markah
4.3.5 ( + ) 4 ekar - 5 ekar 6 markah
4.3.6 ( + ) 5 ekar - 6 ekar 3 markah
4.3.7 Lebih 6 ekar 0 markah

4.4 Taraf Kedudukan

4.4.1 Penduduk tempatan 15 markah


4.4.2 Penduduk tempatan tetapi 10 markah
kerja diluar
4.4.3 Penduduk luar 5 markah

7
4.5 Pekerjaan sekarang/pengalaman

4.5.1 Pekerjaan tidak tetap dan 6 markah


berpengalaman pertanian
4.5.2 Pekerjaan tidak tetap dan tiada 4 markah
pengalaman pertanian
4.5.3 Pekerjaan tetap dan 2 markah
berpengalaman pertanian
4.5.4 Pekerjaan tetap tanpa 1 markah
pengalaman pertanian

4.6 Jumlah Pendapatan sebulan

4.6.1 $300.00 6 markah


4.6.2 Lebih $300.00 dan kurang 5 markah
$400.00
4.6.3 Lebih $400.00 dan kurang 4 markah
$500.00
4.6.4 Lebih $500.00 dan kurang 3 markah
$600.00
4.6.5 Lebih $600.00 dan kurang 2 markah
$700.00
4.6.6 Lebih $700.00 dan kurang 1 markah
$800.00
4.6.7 Lebih dariapda $800.00 0 markah

4.7 Aktiviti Kemasyarakatan

4.7.1 Ada melibatkan diri dalam


aktiviti-aktiviti masyarakat beserta
dengan jasa-jasa yang ditaburinya. 10 markah

4.7.2 Ada melibatkan diri dalam


aktiviti-aktiviti masyarakat 8 markah

4.7.3 Bekas atau anggota keselamatan


atau kakitangan Kerajaan 5 markah

4.7.4 Bukan anggota keselamatan atau kakitangan


Kerajaan dan tidak melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti masyarakat 0 markah

4.8 Lain-lain Kriteria

4.8.1 Markah penuh bagi bidang ini ialah 10 .

4.8.2 Tidak ditetapkan pembahagian markah lain. Ahli-ahli


Temuduga hendaklah menggunakan budi bicaranya sendiri
berdasarkan kepada kiteria-kriteria lain yang difikirkan sesuai
mengikut keadaan-keadaan tertentu.

8
5. MARKAH KELAYAKAN MINIMA

5.1 Markah minima sebagai penentu kelayakan seseorang pemohon memiliki


tanah tidak ditetapkan. Ianya hendaklah mengikut keadaan peratusan
markah yang diperolehi oleh oleh semua pemohon-pemohon.

5.2 Jawatankuasa setelah selesai memproses temuduga hendaklah menentukan


markah yang serendah-rendahnya yang membolehkan seseorang itu
memiliki tanah.

5.3 Seboleh-bolehnya jumlah kelayakan tersebut hendaklah sama dengan lot


tanah yang diumumkan itu.

6. JAWATANKUASA TEMUDUGA

6.1 Cara pembahagian markah untuk memilih pemohon-pemohon seperti yang


dihuraikan di atas adalah dilakukan secara temuduga.

6.2 Untuk memastikan kaedah ini berjalan dengan lancar dan mengikut
peraturan yang ditetapkan maka satu Jawatankuasa Temuduga hendaklah
diujudkan.

6.3 Jawatankuasa Temuduga bagi memilih pemohon-pemohon tanah Kerajaan


untuk pertanian hendaklah dianggotai oleh Pengerusi dan Ahlinya seperti
berikut :-

6.3.1 Pentadbir Tanah Daerah berkenaan - Pengerusi

6.3.2 Ahli Dewan Undangan Negeri bagi - Ahli


kawasan berkenaan.

7. FORMAT LAPORAN TEMUDUGA

7.1 Semua Pejabat Tanah yang mengendalikan temuduga tersebut hendaklah


menggunakan format yang ‗standard‘ supaya menyenangkan pengurusan.

7.2 Format yang akan digunakan adalah seperti dilampiran ‗A‘.

t.t
( DATO‘ HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengarah Tanah dan Galian,
Johor.
Pejabat Tanah dan Galian
Johor
12. Januari 1986

9
Nama Alamat Umur Saiz Pemilikan Taraf Pekerjaan Pendapata Aktiviti Lain- Jumlah
Bil Pemohon Tempat Keluar- Tanah Pendudu- Sekarang/ n keluarga Kemasya- Lain Keselu-
& Tinggal ga kan Pengalaman rakatan Krite- ruhan
Bilangan Pertanian ria markah
Kad di-per
Pengena- olehi
lan

10
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL.3/86

MEMINDA SEKATAN HAKMILIK MENGENAI GADAIAN


KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT KEWANGAN YANG DIDAFTAR DI MALAYSIA

1. Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan semua Pentadbir Tanah Daerah


mengenai kelonggaran yang telah diberi oleh Kerajaan bagi tuan-tuan tanah
untuk mencagarkan atau menggadaikan hakmilik kepada semua Badan-Badan
Berkanun, Bank-Bank dan syarikat-syarikat kewangan yang berdaftar di Malaysia.

2. Kelonggaran Mencagarkan Kepada Semua Institusi-Institusi Kewangan Yang


Berdaftar Di Malaysia.

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 29hb. Februari 1984 telah
bersetuju untuk membenarkan tuan-tuan tanah mencagar ataupun
menggadaikan hakmilik mereka kepada semua Badan-Badan Berkanun,
Bank-Bank dan syarikat-syarikat kewangan yang berdaftar di Malaysia.
Sebelum ini Kerajaan telah menentukan bahawa institusi-institusi kewangan
yang dibolehkan menerima cagaran hakmilik hanyalah terdiri daripada
institusi kewangan yang bergabung dengan Bank-Bank yang didaftarkan di
Malaysia. Oleh kerana syarikat ini telah mendapat teguran daripada pihak
Bank Negara, maka Kerajaan telah bersetuju untuk menarik balik syarat yang
dikenakan itu.

3. Kebenaran Mencagar Atau Menggadai Tanpa Mendapat Kelulusan Terlebih Dahulu


Daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 22hb Januari 1986 telah


juga membuat keputusan untuk melonggarkan sekatan kepentingan bagi
tanah-tanah yang dibeli daripada pemaju dimana tuan-tuan tanah hanya
dibenarkan mencagar atau menggadaikan tanah-tanah mereka sekali sahaja.
Selepas itu untuk menggadai atau mencagar tanah mereka bagi kali kedua
dan seterusnya, kebenaran daripada Penguasa Negeri hendaklah diperolehi
terlebih dahulu.

Untuk membolehkan tuan-tuan tanah membuat pinjaman daripada


institusi-institusi kewangan bagi tujuan membangunkan tanah mereka atau
bagi tujuan perniagaan yang lain, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk
membatalkan sekatan tersebut.

Oleh hal yang demikian sekatan-sekatan kepentingan yang baru adalah


berbunyi seperti berikut :-

Bagi Tanah-Tanah Kurniaan Kerajaan

―tuanpunya tanah dibenarkan mencagar tanah mereka kepada bank-


bank yang berdaftar dalam Malaysia. Syarikat-syarikat kewangan
yang didaftarkan dalam Malaysia dan juga Malaya Borneo Building
Society dan syarikat kerjasama.‖

11
Bagi Tanah-Tanah Tapak Rumah Murah Pangsa Dalam Projek
Perumahan Swasta

―tuan-tuan punya petak-petak bangunan dibenarkan


menggadai/mencagar petak-petak bangunan mereka kepada
Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun atau mana-mana bank
berdaftar di Malaysia atau syarikat-syarikat kewangan yang
didaftarkan dalam Malaysia.‖

Bagi Tanah-Tanah Tapak Rumah Murah Biasa Dalam Projek


Perumahan Swasta

―tuan tanah dibenarkan menggadaikan/mencagar kepada Kerajaan


atau Badan-Badan Berkanun atau mana-mana bank yang berdaftar di
Malaysia atau kepada syarikat-syarikat kewangan yang didaftarkan
dalam Malaysia.

4. Pindaan Kepada Sekatan Di Atas Hakmilik

Tuan-tuan tanah boleh membuat permohonan meminda sekatan


kepentingan yang dikenakan pada hakmilik mereka kepada sekatan
kepentingan yang baru dengan membuat permohonan dibawah seksyen 124
Kanun Tanah Negara dengan dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 bagi
tiap-tiap hakmilik.

(Datin Paduka Fatimah Bt Abdullah)


Pengarah Tanah Dan Galian,
Johor.

Pejabat P.T.G.Johor
Johor Bahru
20hb Februari 1986

12
LAMPIRAN B
Pentadbir Tanah Daerah
………………………..…..……

Per. PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA

Nama Pemaju :
Untuk Lot :
Mukim :
Daerah :
Nama Taman :

1. Saya bersetuju dengan syarat-syarat dan kadar bayaran yang dinyatakan dalam
surat P.T.G. Bilangan ________________________________________________

2. (a) Saya memilih untuk membayar segala tuntutan dengan satu bayaran
(b) Saya memilih untuk membayar segala tuntutan secara beransur seperti
berikut :-

Tarikh Membayar

Peringkat pertama ………………………..


Peringkat kedua ………………………..
Peringkat ketiga ………………………..

3. (a) Bagi peringkat pertama unit-unit yang terlibat ialah :-


(tidak kurang dari 30 jumlah unit bagi seluruh rancangan)

Jenis bangunan Unit

(b) Luas kawasan yang bakinya ______________ ekar.

4. (a) Bagi peringkat kedua unit-unit yang terlibat ialah :-

Jenis bangunan Unit

(b) Luas kawasan yang bakinya ______________ ekar.

5. (a) Bagi peringkat ketiga unit yang terlibat ialah :-

Jenis bangunan Unit

(b) Luas kawasan yang bakinya ______________ ekar.

(Potong yang tidak berkenaan)

13
6. Dilampirkan satu pelan layout menunjukkan peringkat-peringkat di atas.

………………………………...……………..
Tandatangan Pemaju/Tuan Tanah

14
LAMPIRAN ‗D‘

………………………………..
………………………………..
………………………………..

PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA BAGI TUJUAN PERUMAHAN

Bilangan hakmilik :
Bilangan lot :
Mukim :
Daerah :
Tarikh kelulusan Kerajaan :
Tarikh notis 5A :
Jumlah yang dituntut :
Tarikh luput tempoh 5A :

Didapati bahawa tuan masih belum menjelaskan bayaran yang telah dituntut mengikut
surat saya bilangan ………………………………………………

Sila sahkan sama ada tuan sanggup untuk menjelaskan bayaran secara beransur seperti
yang dibutirkan di dalam tatacara bayaran secara beransur yang dilampirkan bersama-
sama ini. Jika tuan bersetuju membayar secara beransur, sila isi dan tandatangan borang
yang dilampirkan bersama-sama ini dan kembalikan ke pejabat ini dalam tempoh satu
bulan dari tarikh surat ini.

2. Sertakan satu salinan layout yang menunjukkan peringkat-peringkat kawasan yang


akan dibayar.

3. Bayaran bagi peringkat pertama hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga bulan dari
tarikh surat ini.

4. Bayaran yang berbaki ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh
surat ini.

5. Kelulusan yang telah diberi akan terbatal dalam keadaan dimana :-

6.
(a) Tuan tidak memberi pengesahan dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat ini;
ATAU
(b) Tuan tidak menjelaskan bayaran pertama dalam tempoh tiga bulan dari tarikh
surat;
(c) Tuan tidak menjelaskan baki bayaran selepas bayaran pertama dalam tempoh 24
bulan dari tarikh surat ini.

7. Apabila permohonan terbatal tuan hendaklah mengemukakan semula permohonan.

8. Permohonan semula hendaklah disertai dengan bayaran denda sebanyak


RM1,000.00.

9. Permohonan semula yang tidak disertai dengan bayaran denda adalah ditolak.

10. Permohonan semula adalah dianggap permohonan baru yang akan diedarkan ke
Jabatan-Jabatan yang berkenaan.
15
Pentadbir Tanah Daerah,

………………………………..………

s.k.
Pengarah Tanah Dan Galian,
Johor.

16
LAMPIRAN ‘E‘

TATACARA BAYARAN SECARA BERANSUR


BAGI KELULUSAN PERMOHONAN SERAHBALIK
DAN KURNIASEMULA

1. Pemaju boleh membayar dengan tiga ansuran.

2. Bayaran perkhidmatan atas kadar 8 setahun dikenakan di atas baki yang belum
dibayar.

3. Bayaran pertama hendaklah meliputi bayaran bagi tidak kurang dari 30 dari
jumlah unit keseluruhan rancangan.

4. Bayaran pertama hendaklah dibayar dalam tempoh tiga bulan dari tarikh
penyampaian notis 5A.

5. Bayaran seterusnya hendaklah dibayar dalam tempoh 24 bulan dari tarikh tersebut.

6. Kelewatan membayar dalam tempoh yang telah ditetapkan ini akan mengakibatkan
pembatalan kelulusan Serahbalik dan Kurniasemula yang telah diberi.

7. Pemaju dikehendaki menunjukkan di atas layout pembahagian kawasan-kawasan


mengikut peringkat-peringkat bayaran.

8. Hakmilik bagi kegunaan bangunan akan didaftarkan bagi unit-unit yang selesai
dibayar.

9. Hakmilik seperti hakmilik asal akan dikeluarkan di atas bagi kawasan yang belum
dibayar.

10. Hakmilik ini boleh diserahkan dan didaftar hakmilik pecahan mengikut layout yang
telah diluluskan apabila pemaju membayar ansuran mengikut peringkat-peringkat
yang telah ditentukan dalam layout.

11. Bayaran kedua dan seterusnya hendaklah disertakan dengan bayaran perkhidmatan
yang dinyatakan dalam jumlah kata 2. dia atas.

12. Permohonan Serahbalik dan Kurniasemula setelah bayaran kedua atau ketiga
dijelaskan, hendaklah dikemukakan kepada P.T.G. untuk kelulusan, sekiranya tidak
ada pindaan kepada layout yang telah diluluskan oleh Kerajaan.

13. Apabila terdapat pindaan kepada layout, permohonan Serahbalik dan Kurniasemula
akan dikemukakan bagi pertimbangan Jawatankuasa Hasil Bumi.

14. Bayaran beransur tidak termasuk bayaran ukur.

15. Kemudahan bayaran secara beransur adalah kemudahan yang sementara bagi
membantu pemaju menghadapi keadaan ekonomi yang lembab. Kemudahan ini
akan dibatalkan apabila keadaan ekonomi pulih semula.

17
Bil. Fail P.T.D Nama Tuan Nama Tarikh Kelulusan Jumlah Tarikh Bayaran Bayaran Kedua Bayaran Ketiga
Dan P.T.G Tanah Pemaju & Bil. R/M Dituntut Luput 5A Pertama Dan Dan Terakhir Dan Terakhir
Terakhir
(2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10)
18
PEKELILING P.T.G JOHOR BIL: 4/86

BAYARAN DENDA KE ATAS PERMOHONAN UBAH SYARAT


DIMANA TELAH BERLAKU LANGGAR SYARAT SEBELUM
KELULUSAN DIBERIKAN OLEH PIHAK BERKUASA.

1.0 Tujuan

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan berkaitan dengan cara mengira denda di atas tanah-tanah pertanian
yang telah melanggar syarat dengan membina kilang tanpa kebenaran Pihak
Berkuasa Negeri. Cara kiraan baru ini dibuat bagi menggantikan cara yang
dipakai sekarang sebagaimana Pekeliling P.T.G Johor Bil: 2/75.

2.0 Cara Baru Mengira Bayaran Denda

2.1 Majlis Mesyuarat Negeri bermesyuarat pada 2.10.1985 (R/M: 851/85) telah
membuat keputusan di atas cara baru bagi mengira denda-denda keatas tanah
pertanian yang telah melanggar syarat dengan mendirikan kilang sebelum
permohonan ubahsyaratnya diluluskan oleh Kerajaan. Cara baru itu adalah
sebagaimana berikut:-

2.1.1 Pemohon dikenakan bayaran denda berasaskan cukai untuk


perindustrian dikira daripada tarikh langgar syarat dilakukan sehingga
tarikh kelulusan Kerajaan.

2.1.2 Pemohon juga dikenakan bayaran iaitu premium tambahan yang dikira
diatas kadar 2 kali ganda premium tambahan biasa(2 X 30% perbezaan
harga pasaran sebelum dan sesudah ubah syarat.)

2.1.3 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah boleh memperakukan denda yang


dikenakan di para 2.1.2 sehingga ke10 kali ganda mengikut budi bicara
Pentadbir Tanah Daerah misalnya PTD merasakan bahawa pencemaran
yang dilakukan oleh kilang yang berkaitan adalah begitu serius atau
pihak tuanpunya tanah telah menimbulkan berbagai masalah dan
kesusahan di bawah Pentadbiran semasacuba menguatkuasakan
peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara berkaitan dengan langgar
syarat.

Di dalam perakuan PTD kepada Jawatankuasa Teknikal dan


Pembangunan Perindustrian Negeri Johor PTD hendaklah memberikan
sebab-sebab ia memperakukan bayaran denda lebih daripada 2 kali
ganda.

3.0 PEMANSUHAN PEKELILING P.T.G JOHOR BIL 2/75

3.1 Dengan adanya keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan ini Pekeliling P.T.G. Johor
Bilangan 2/75 adalah dimansuhkan.

19
4.0 Tarikh Kuatkuasa

4.1 Pekeliling ini mula berkuatkuasa daripada tarikh Majlis Mesyuarat Kerajaan
membuat mesyuarat iaitu daripada 2.10.1985. Pejabat ini akan mengambil
tindakan untuk meminda Peraturan Tanah Johor dengan mewartakan pindaan ini
dan tarikh berkuatkuasa pindaan ini dalam warta tersebut akan juga diberikan
mulai dari tarikh yang sama.

5.0 Penyelarasan Pengiraan

5.1 Perlaksanaan pengiraan baru ini sudah tentu akan menimbulkan masalah bagi
mereka-mereka yang telah membayar atau mendapat kelulusan ubahsyarat
tanah sebelum keluarnya Pekeliling ini. Bagi mengatasi masalah tersebut
Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengambil tindakan-tindakan
berikut:-

5.1.1 Mana-mana ubahsyarat pada kilang-kilang yang telah diluluskan dan


dimana di atas tanahnya telah berlaku pelanggaran syarat dan tuntutan
belum dibuat lagi, PTD bolehlah terus mengenakan bayaran mengikut
cara baru ini.

5.1.2 Mana-mana yang telah membayar pada/selepas 2.10.1985 tetapi


sebelum keluarnya Pekeliling ini atas perkiraan lama, jika sekiranya ada
tuntutan daripada pihak tuanpunya tanah untuk dikembalikan wang
yang telah terlebih dibayar PTD boleh mengambil tindakan untuk
mengembalikan wang yang terlebih bayar itu dengan menghantar
baucer ke Perbendaharaan Negeri supaya bayaran balik ini dapat dibuat
dibawah kepala 5100 ‗Pulang Balik Hasil‘.

5.1.3 Mana-mana bayaran berlebihan yang tidak dituntut oleh pihak


tuanpunya tanah, PTD bolehlah mengkreditkan bayaran tersebut ke
hasil Cukai Tanah dengan membuat baucer penyelarasan.

6.0 Pemakaian

6.1 Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Pekeliling P.T.G Johor Bil.
3/70 dan surat bilangan (47) dlm. P.T.G. 116/70 bertarikh 11.11.1975 bagi
menentukan bayaran-bayaran yang akan dikenakan diatas kelulusan ubahsyarat
daripada tanah pertanian kepada perindustrian. Bagi kemudahan Pentadbir-
Pentadbir Tanah Daeah bersama-sama ini disertakan salinan Pekeliling dan
surat yang dinyatakan diatas.

(Datin Paduka Fatimah Bte Abdullah)


Pengarah Tanah dan Galian, Johor.

Pejabat P.T.G Johor


Johor Bahru
22hb. Februari, 1986
20
Edaran:

1. YB Pegawai Kewangan Negeri Johor


2. Semua Pegawai Tadbir Daerah
3. Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil
4. Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah
5. Ketua Cawangan Audit Johor
6. Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian Negeri Johor

21
Bil : ( 19 ) dlm P.T.G. 4 / 73 Pt. IV

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 5/1986 ( * * )

BAYARAN SECARA BERANSUR BAGI KELULUSAN


PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA

1.0 TUJUAN :

1.1 Pekeliling ini dikeluarkan untuk memberitahu Pentadbir-Pentadbir Tanah


Daerah bahawa Pihak Berkuasa Negeri telah bersetuju membenarkan Pemaju-
Pemaju Rancangan Perumahan membayar dengan secara beransur, tuntutan-
tuntutan Kerajaan setelah mendapat kelulusan permohonan Serahbalik Dan
Kurnia Semula. Keputusan ini telah dibuat di dalam R.M 1064/5 dan R..M.
109/86.

2.0 PEMAJU MEMBUAT PILIHAN

2.1 Dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat P.T.G. yang memberitahu kelulusan
Kerajaan, Pemaju selain dari dikehendaki memberi persetujuan mengenai
syarat-syarat yang dikenakan, juga dikehendaki memberitahu sama ada hendak
menjelaskan bayaran dengan satu bayaran atau secara beransur. ( Sial lihat
lampiran ‗A‘ sabagai contoh ).

3.0 CARA PEMBAYARAN BERANSUR

3.1 Pemaju dikehendaki membayar bayaran pertama yang jumlahnya tidak kurang
dari 30% dari jumlah bayaran yang dituntut dalam tempuh 3 bulan dari tarikh
penyampaian notis 5A yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah.

3.2 Bayaran perkhidmatan dengan kadar 8% setahun akan dikenakan keatas baki
yang belum dibayar.

3.3 Semua tuntutan hendaklah dijelaskan dalam tempuh 24 bulan dari tarikh
penyampaian notis 5A

3.4 Sebelum membayar secara beransur, Pemaju hendaklah menunjukkan di dalam


leaout kawasan yang hendak dibayar dahulu. Unit-unit yang terlibat hendaklah
sekelompok, yang mengandungi tidak kurang dari 30% jumlah unit yang
dirancangkan bagi seluruh rancangan.

3.5 Pemaju hendaklah membutir jumlah unit bagi tiap-tiap jenis bangunan yang
terlibat di dalam satu-satu peringkat untuk menyenangkan pendaftaran
hakmilik.

3.6 Bagi bahagian yang bakinya, pemaju atau Jurukur Berlesennya dikehendaki
memberitahu keluasan keseluruhannya, supaya dapat ditentukan kadar cukai
yang dikenakan

22
4.0 BAYARAN UKUR

4.1 Bayaran ukur hendaklah dijelaskan sepenuhnya kepada Lembaga Ukur Malaysia
( melainkan kelonggaran membayar secara berperingkat telah diperolihi dari
pihak tersebut ). Sebelum pendaftaran hakmilik dilakukan, Pentadbir Tanah
Daerah hendaklah mendapat pengesahan dari Lembaga tersebut bahawa
bayaran ukur telah dijelaskan.

5.0 PENDAFTARAN HAKMILIK

5.1 Bagi unit-unit yang telah dijelaskan bayaran, hakmilik bagi kegunaan bangunan
boleh didaftarkan mengikut apa yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Negeri.

5.2 Sebelum pendaftaran dilakukan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyemak


bahawa unit-unit ini selaras dengan leaout yang telah diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Negeri.

5.3 Bagi unit-unit yang belum dibayar, hakmilik pertanian akan didaftarkan pada
keseluruhannya dengan dikenakan syarat-syarat dan sekatan kepentingan yang
sama dengan hakmilik asal.

6.0 DAFTAR BAYARAN PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA

6.1 Pentadbir Tanah Daerah dikehendaki menyediakan daftar mengenai Pemaju-


pemaju yang telah mendapat kelulusan. Catitkan tarikh kelulusan dan bilangan
Ringkasan Mesyuarat, jumlah yang patut dibayar dan tarikh luput Notis 5A.
Bayaran secara berperingkat yang akan dijelaskan oleh Pemaju hendaklah juga
dicatitkan didalam daftar ini ( sila lihat Lampiran C sebagai contoh )

7.0 PEMAJU YANG TELAH LAMA MENDAPAT KELULUSAN TETAPI BELUM MEMBAYAR
TUNTUTAN DI DALAM NOTIS 5A

7.1 Pemaju hendaklah diberitahu mengenai kemudahan secara berperingkat-


peringkat dengan menggunakan contoh surat seperti Lampiran D

7.2 Beritahu Pemaju supaya memberi pengesahan mengenai cara membayar dalam
tempoh satu bulan dari tarikh surat Pentadbir Tanah Daerah

7.3 Lampirkan sekali surat untuk ditandatangani oleh Pemaju atau tuantanah.
Contoh di Lampiran D boleh digunakan dengan dipotong jumlahkata ( 1 )

7.4 Sekiranya Pemaju tidak menjawab dalam tempuh tersebut, keluarkan surat
kepada Pemaju memberitahu bahawa kelulusannya telah terbatal

7.5 Permohonan semula akan mengakibatkan bayaran denda sebanyak RM1000.00


dan permohonan dianggap yang baru dengan dikeliling semula ke Jabatan-
Jabatan yang berkenaan

7.6 Salinkan kepada P.T.G. surat yang dihantar kepada Pemaju.

23
8.0 KELULUSAN BERIKUTNYA

8.1 Apabila Pemaju bersedia untuk membayar bagi peringkat yang berikutnya,
permohonan serahbalik dan kurniasemula dihantar di Pejabat Tanah dan Galian
bagi kawasan yang telah dikeluarkan Hakmilik Pertanian. Kuasa bagi
meluluskan permohonan seperti ini telah diperwakilkan kepada Pengarah Tanah
dan Galian.

8.2 Pengarah Tanah dan Galian akan meluluskan permohonan tersebut tanpa
menghantar ke Jabatan-Jabatan lain mengikut leaout yang telah diluluskan.

8.3 Sekiranya terdapat apa-apa perbezaan kepada leaout, permohonan akan


dimajukan bagi pertimbangan Jawatankuasa Hasil Bumi dan sekiranya perlu
ulasan dari Jabatan yang berkenaan akan diminta

9.0 TEMPOH MAKSIMA

9.1 Kesemua bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempuh 24 bulan dari tarikh
penyampaian Notis 5A bagi permohonan-permohonan yang diluluskan selepas
tarikh Pekeliling ini dan 24 bulan dari tarikh surat pemberitahu P.T.D. (
Lampiran D ) bagi permohonan-permohonan yang diluluskan sebelum tarikh
Pekeliling ini dan belum menjelaskan apa-apa bayaran

10.0 KEMUDAHAN SEMENTARA

10.1 Kebenaran membayar secara beransur ini merupakan satu kemudahan


sementara untuk menghadapi keadaan ekonomi yang meleset. Kemudahan ini
akan diberhentikan apabila keadaan ekonomi pulih semula.

t.t.
( DATO‘ FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G. Johor


Johor Bahru.
8hb. Mac, 1986

24
LAMPIRAN ‗A‘

Bil: ( ) dlam . PTG.

...........................................................................

……………………………………………….

……………………………………………….

Per; PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIA SEMULA


BAGI TUJUAN PERUMAHAN

Oleh :

Untuk :

Mukim :

Daerah :

Nama Taman :

…………………………………………………………………………………………………

Adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri telah pun bersetuju tanah-tanah yang tersebut diatas di
serahbalik kepada Kerajaan dan dikurniakan semula kepada tuanpunya-tuanpunya tanah
dalam bentuk bidang-bidang kecil seperti berikut :-

2. Jika tuan bersetuju dengan syarat-syarat yang diterangkan diatas berikut dinyatakan
tindakan-tindakan yang perlu tuan lakukan :-

Tandatangan surat yang dilampirkan bersama-sama ini dan hantar kepada Pentadbir
Tanah Daerah dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat ini;

Memberitahu samada tuan hendak membayar tuntutan kerajaan dengan satu bayaran atau
secara berperingkat.

Menandatangan Surat Perjanjian yang akan dihantar kepada tuan oleh Pentadbir Tanah
Daerah ……………………………………… Surat Perjanjian ini hendaklah ditandatangan
dan dikembalikan ke Pejabat Tanah yang berkenaan dalam tempoh dua minggu dari tarikh
surat Pentadbir Tanah Daerah ………………………………

25
3. Permohonan tuan akan terbatal sekiranya Surat Perjanjian tidak dikembalikan ke
Pejabat Tanah dalam tempoh yang dinyatakan di atas.

4. Notis tuntutan bayaran akan dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah sebaik-baik
sahaja Surat Perjanjian selesai diuruskan.

5. Denda sebanyak RM1,000.00 akan dikenakan apabila tuan memohon semula dalam
tempuh 6 bulan dari surat ini.

6. Sekiranya tuan memohon semula selepas tempuh 6 bulan dari tarikh surat ini,
permohonan tuan akan dianggap sebagai permohonan baru dan akan dilelilingkan
semula ke Jabatan-Jabatan yang berkenaan.

7. Tatacara Bayaran Secara Beransuran disertakan bersama-sama ini untuk makluman


tuan.

Sekian untuk tindakan tuan.

‗BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‘

Pengarah Tanah Dan Galian


Johor

Salinan kepada :-

1. Timbalan Pengerusi,
Majlis Perbandaran Johor Bahru

2. Pengerusi Majlis Daerah,

…………………………………..

3. Pegawai Daerah,

…………………………………..

4. Pengarah Perancang Bandar Dan Desa


Johor

5. Penolong Setiausaha Kerajaan,


Cawangan Kerajaan Tempatan.

6. Penolong Setiausaha Kerajaan,


Cawangan Perumahan.
Johor Bahru.

7. Pengarah,
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor,
Johor.

8. Pentadbir Tanah Daerah,


……………………………………….…… [ ]

26
1. Setelah tuan menerima surat persetujuan yang tersebut diatas, Surat Perjanjian
mengikut Pek. PTG 1/81 yang mana telah dikenakan hendaklah disediakan untuk
tuanpunya tanah menandatangani dan dimajukan ke pejabat ini untuk tindakan
selanjutnya. Borang 5A Kanun Tanah Negara hanya boleh dikeluarkan apabila surat
perjanjian ini disempurnakan.

2. Sebagai penjelasan yang lebih lanjut diatas persetujuan pengurniaan ini, sila tuan lihat
perkara-perkara berikut yang dikembarkan bersama-sama ini :-

2.1

2.2

2.3

3 keping pelan yang telah diluluskan.

Sekian untuk tindakan tuan.

Pengarah Tanah Dan Galian,


Johor

27
LAMPIRAN B

Pentadbir Tanah Daerah ,

Per : PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIA SEMULA

Nama Pemaju :

Untu Lot :

Mukim :

Daerah :

Nama Taman :

1. Saya bersetuju dengan syarat-syarat dan kadar bayaran yang dinyatakan dalam surat
P.T.G. Bilangan

2. *( a ) Saya memilih untuk mebayar segala tuntutan dengan satu bayaran

*( b ) Saya memilih untuk membayar segala tuntutan secara beransur seperti berikut
:-

Tarikh Membayar

Peringkat Pertama ……………………...

Peringkat Kedua ……………………...

Peringkat ……………………...

3. (a) Bagi peringkat Pertama unit-unit yang terlibat ialah :- ( tidak kurang dari 30%
jumlah unit bagi seluruh rancangan )

Jenis Bangunan Unit

(b) Luas kawasan yang bakinya …………………………………………… ekar

28
4. (a) Bagi peringkat kedua unit-unit yang terlibat ialah

Jenis Bangunan Unit

(b) Luas kawasan yang bakinya ……………………………………. Ekar.

* Potong yang tidak berkenaan.

5. (a) Bagi peringkat ketiga unit-unit yang terlibat ialah

Jenis Bangunan Unit

6. Dilampirkan satu pelan leout menunjukkna peringkat-peringkat yang dinyatakan


diatas

………………………………………
Tandatangan Pemaju / Tuan Tanah

29
LAMPIRAN C

DAFTAR BAYARAN PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA


PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 5/86
Bil Bil Fail Nama Nama Tarikh Jumlah Tarikh Bayaran Bayaran Bayaran
P.T.D & Tuan Pemaju Kelulusan Dituntut Luput Pertama & Kedua & Ketiga &
P.T.G Tanah Bil. R/M 5A Tarikh Tarikh Tarikh
(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) ( 10 )

30
LAMPIRAN D

.........................................................................

.........................................................................

.........................................................................

Permohonan Serahbalik dan Kurniasemula Bagi Tujuan Perumahan

Bilangan Hakmilik :

Bilangan Lot :

Mukim :

Daerah :

Tarikh Kelulusan Kerajaan :

Tarikh Notis 5A :

Jumlah Yang Dituntut :

Tarikh Luput Tempoh 5A :

Didapati bahawa tuan masih belum menjelaskan bayaran yang telah dituntut mengikut
surat saya bilangan ...................................................................................................................

1. Sila sahkan sama ada tuan sanggup untuk menjelaskan bayaran secara beransur seperti
yang dibutirkan didalam Tatacara Bayaran secara Beransur yang dilampirkan bersama-
saman ini, sila isi dan tandatangan borang yang dilampirkan bersama-sama ini dan
kembalikan ke Pejabat ini dalam tepuh satu bulan dari surat ini

2. Sertakan satu salinan leaout yang menunjukkan peringkat-peringkat kawasan yang


akan dibayar

3. Bayaran bagi peringkat pertama hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari
tarikh ini

4. Bayaran yang berbaki hendaklah dijelaskan dalam tempuh 24 bulan dari tarikh surat
ini

5. Kelulusan yang telah diberikan akan terbatal didalam keadaan dimana :-

(a) Tuan tidak memberi pengesahan dalam tempuh satu bulan dari tarikh surat
ini ;

(b) Tuan tidak menjelaskan bayaran pertama dalam tempuh 3 bulan dari tarikh
surat ini;

(c) Tuan tidak menjelaskan baki bayaran selepas bayaran pertama dalam tempuh
24 bulan dari tarikh surat ini

31
6. Apabila permohonan terbatal tuan hendaklah mengemukakan semula permohonan

7. Permohonan semula hendaklah disertakan dengan bayaran denda sebanyak


RM1000.00

8. Permohonan semula yang tidak disertakan dengan bayaran denda adalah ditolak

9. Permohonan semula adalah dianggap sebagai permohonan baru yang akan diedarkan
ke Jabatan-Jabatan yang berkenaan

Pentadbir Tanah Daerah,

s.k. Pengarah Tanah dan Galian,


Johor

32
LAMPIRAN E

TATACARA BAYARAN SECARA BERANSUR


BAGI KELULUSAN PERMOHONAN SERAHBALIK
DAN KURNIASEMULA

1. Pemaju boleh membayar dengan tiga ansuran.

2. Bayaran perkhidmatan atas kadar 8% setahun dikenakan diatas baki yang belum
dibayar.

3. Bayaran pertama hendaklah meliputi bayaran bagi tidak kurang dari 30% dari jumlah
unit keseluruhan rancangan.

4. Bayaran pertama hendaklah dibayar dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penyampaian
notis 5A.

5. Bayaran yang seterusnya hendaklah diselesaikan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh
tersebut.

6. Kelewatan membayar dalam tempuh yang ditetapkan ini akan mengakibatkan


pembatalan kelulusan serahbalik dan kurniasemula yang telah diberi.

7. Pemaju dikehendaki menunjukkan di atas leaout pembahagian kawasan-kawasan


mengikut peringkat-peringkat pembayaran.

8. Hakmilik bagi kegunaan Bangunan akan didaftarkan bagi unit-unit yang selesai
dibayar.

9. Hakmilik seperti Hakmilik asal akan dikeluarkan di atas baki kawasan yang dibayar.

10. Hakmilik ini boleh diserahkan dan didaftar Hakmilik pecahan mengikut leaout yang
telah diluluskan apabila Pemaju membayar ansuran mengikut peringkat-peringkat
yang telah ditentukan dalam leaout.

11. Bayaran kedua dan seterusnya hendaklah disertakan dengan bayaran perkhidmatan
yang dinyatakan dijumlah kata 2 diatas.

12. Permohonan serahbalik dan kurniasemula setelah bayaran kedua atau ketiga dijelaskan,
hendaklah dikemukakan kepada P.T.G. untuk kelulusan, sekiranya tidak ada pindaan
kepada leaout yang telah diluluskan oleh Kerajaan.

13. Apabila terdapat pindaan kepada leaout, permohonan serahbalik dan kurniasemula
akan dikemukakan bagi pertimbangan Jawatankuasa Hasil Bumi.

14. Bayaran beransur tidak termasuk Bayaran Ukur

15. Kemudahan bayaran secara beransur adalah kemudahan yang sementara bagi
membantu Pemaju menghadapi keadaan ekonomi yang lembap. Kemudahan ini akan
dibatalkan apabila keadaan ekonomi pulih semula.

33
Bil. ( 1 ) dlm. PTG(P) 29/86

PEKELILING P.T.G. BIL. 6 / 86 ( * * )

PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN DAN LAPORAN BULANAN


DI ATAS PRESTASI KEMAJUAN KERJA PEJABAT-PEJABAT TANAH

1.O TUJUAN:

2. Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan supaya tiap-tiap Pejabat Tanah


termasuk Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dapat menyediakan Laporan
Bulanan dan Laporan Tahunan bagi tiap-tiap tahun. Laporan tahunan
hendaklah disediakan mulai tahun 1985 dan Laporan Bulanan mulai tahun
1986.

3.0 SEBAB-SEBAB LAPORAN DIPERLUKAN :

3.1 Laporan prestasi ini penting kerana sebab-sebab seperti yang diperturunkan di
bawah ini :-

3.1.1 Supaya Pentadbir-Pentadbir Tanah dan Pejabat P.T.G. dapat mengikuti


kemajuan tiap-tiap bahagian di Pejabat Tanah.

3.1.2 Supaya Pentadbir-Pentadbir Tanah akan lebih ‗sensitive‘ diatas


kelemahan-kelemahan di setiap bahagian pejabatnya dan dengan itu
akan segera dapat mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan.

3.1.3 Supaya laporan yang disediakan akan lebih teratur dan seragam untuk
semua Pejabat-pejabat Tanah.

3.1.4 Supaya Pentadbir Tanah dapat menyediakan laporan tahunan berkenaan


kemajuan kerja disemua bahagian di Pejabat Tanah.

3.1.5 Supaya Pentadbir Tanah Daerah dapat memberikan laporan yang


kemaskini kepada pihak Kerajaan, Dewan Negeri, Jawatankuasa
Tindakan Negeri dan lain-lain apabila pihak-pihak tersebut meminta
laporan-laporan diatas prestasi pentadbiran tanah.

3.1.6 Supaya Pentadbir Tanah dapat menggunakan data yang terkumpul bagi
merancangkan belanjawan jabatan khasnya yang berkaitan dengan
perkara-perkara berikut :-

(a) Bagi menyelesaikan tunggakan-tunggakan kerja dengan


rancangan menambahkan kakitangan ( samada sementara atau
kekal ) .

(b) Membeli alat-alat baru atau menambahkan alat-alat yang sediada


bagi memudahkan memproses permohonan-permohonan.

34
(c) Bagi merancang pembesaran pejabat, setor dan lain-lain dan
melengkapkan bahagian-bahagian yang terlibat dengan perabut
dan alat perkakas yang lain.

3.1.7 Supaya Pejabat Tanah dapat memberikan sumbangan Data-data tanah


bagi tujuan perancangan.

4.0 SKOP LATIHAN :

4.1 Laporan ini disediakan untuk meliputi kerja-kerja bagi bahagian-bahagian


berikut :-

4.1.1 Laporan Kemajuan Bahagian Am/Pembangunan ;

4.1.2 Laporan Kemajuan Bahagian Kurniaan;

4.1.3 Laporan Kemajuan Bahagian Kemajuan;

4.1.4 Laporan Kemajuan Bahagian Pendaftaran;

4.1.5 Laporan Kemajuan Bahagian Hasil;

4.1.6 Laporan Kemajuan Bahagian Kuatkuasa;

4.1.7 Laporan Bahagian Petempatan.

5.0 BENTUK LAPORAN :

5.1 Laporan-laporan yang disediakan ini adalah dibuat di dalam 2 bentuk


seperti berikut :-

5.1.1 Laporan Tahunan bagi tahun 1985 dan tahun-tahun berikut :-

5.1.2 Laporan Bulanan bagi bahagian-bahagian pentadbiran di para


3.1.1 hingga 3.1.6.

6.0 BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN :-

6.1 Bersama-sama Pekeliling ini disertakan borang-borang bagi digunakan oleh


Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah untuk dimajukan kepada Pengarah Tanah
dan Galian. Bagi Laporan Tahunan ia hendaklah dimajukan kepada Pengarah
Tanah dan Galian pada atau sebelum 1 hb. Februari, tahun berikutnya, tetapi
untuk tahun 1985 ia hendaklah dimajukan kepada Pengarah Tanah dan Galian
sebelum 30.4.1986 .

6.2 Bagi Laporan Bulanan ia hendaklah dimajukan sebelum 15 hb. berikutnya. Bagi
tahun 1986 ini , oleh kerana borang-borang ini telah terlewat disediakan oleh
35
pihak Pengarah Tahan dan Galian maka laporan bagi bulan Januari, Februari
dan Mac bolehlah dimajukan tidak lewat daripada 30.4.1986.

6.3 Bagi semakan-semakan Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah senarai borang-


borang yang akan digunakan adalah sebagaimana Lampiran‘A‘ .

6.4 Di dalam mengisi butir-butir di dalam borang-borang ini, Pentadbir-Pentadbir


Tanah hendaklah membaca dengan teliti penerangan-penerangan dan arahan-
arahan di bahagian bawah borang-borang tersebut bagi mengelakkan kesilapan.

6.5 Senarai-senarai tugas, permohonan atau pemprosesan di tiap-tiap borang ini


boleh ditambah bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan. Tindakan ini
amatlah digalakkan supaya segala aspek kerja di Pejabat Tanah akan diliputi
oleh laporan ini. Misalnya untuk Pendaftaran Hakmilik bagi Serahbalik
Kurniasemula hendaklah direkodkan mengikut pecahan jenis bangunan yang
diluluskan ) .

7.0 KERJASAMA KAKITANGAN PENTADBIRAN TANAH :

7.1 Kerjasama kakitangan Pentadbir Tanah di semua peringkat adalah sangat


diharapkan di dalam usaha mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat pada
tiap-tiap akhir bulan. Pada peringkat awal kerja ini amatlah rumit kerana
kebanyakkan maklumat ini telah lama tidak kutip tetapi apabila kerja ini telah
menjadi tindakan biasa pada tiap-tiap awal bulan maka ini akan menjadi
mudah.

8.0 PEMBAHAGIAN KERJA :

8.1 Adalah molek jika Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dapat menentukan


seorang kerani di tiap-tiap Bahagian yang terlibat untuk mengutip maklumat-
maklumat ini pada tiap-tiap awal bulan. Lebih molek lagi jika kerani yang
berkenaan itu adalah juga kerani yang bertanggungjawab mendaftarkan atau
yang menjaga perjalanan fail.

9.0 KEBERKESANAN PENGURUSAN :

9.1 Adalah diharapkan usaha menyediakan laporan bulanan dan tahunan bagi tiap-
tiap Bahagian di Pejabat Tanah ini akan menjadikan Pentadbir-Pentadbir dan
Penolong-Penolong Pentadbir Tanah lebih berkesan lagi sebagai Pengurus
Bahagian masing-masing - ‗sensitive‘ dengan kemajuan dan kelemahan
pengurusan bahagiannya. Dari itu ia akan sentiasa bersedia untuk memperbaiki
prestasi kerja bahagiannya. Dengan sebab itu saya penuh yakin dan percaya
tiap-tiap seorang pegawai dan kakitangan Pentadbiran Tanah akan
menumpukan segala usaha dan tenaga untuk menjayakan cita-cita ini.

36
10.0 PEMANSUHAN :

9.1 Dengan adanya Pekeliling ini segala bentuk laporan yang diminta oleh pejabat
ini melalui Pekeliling-pekeliling atau surat-surat arahan sebelum ini dimana
butir-butir laporan telah di luputi oleh Pekeliling ini hendaklah diberhentikan
serta merta dan Pekeliling atau surat yang berkenaan adalah dimansuhkan.

t.t
( DATIN PADUKA HAJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah dan Galian,
Johor .

Pejabat P.T.G Johor,


Johor Bahru
9 hb. Mac 1986

37
Bil . ( 20 ) dlm. P.T.G. 48/73 Pt. IV

PEKELILING P.T.G. BIL. 7/86 ( <> )

BORANG SEMAKAN TINDAKAN ( CHECKLIST ) SEBELUM


PENDAFTARAN HAKMILIK BAGI SERAHBALIK
DAN KUNIASEMULA

1. TUJUAN :

Borang semakan Tindakan ( checklist ) ini adalah bagi tujuan mengadakan satu garis
panduan kepada semua Pejabat-Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian mengenai
perkara-perkara dan tindakan-tindakan yang perlu diambil sebelum pendaftaran
Hakmilik bagi permohonan Serahbalik dan Kurniasemula dapat dilaksanakan

2. Pentingnya borang semakan tindakan ( Checklist )

2.1 Sebab-sebab pentingnya Checklist adalah seperti berikut :-

2.1.1 Supaya tiap-tiap Pejabat Tanah dapat mengambil tindakan yang lebih
teratur dan seragam

2.1.2 Membolehkan pemaju-pemaju/tuantanah memahami keperluan-


keperluan asas ( pre/requisites ) yang diperlukan dan menyempurnakan
sebelum pengeluaran hakmilik bagi satu-satu skim perumahan itu dapat
dilaksanakan

2.1.3 Membolehkan pemaju/ tuantanah menyediakan keperluan-keperluan


asas ( pre-requisites ) itu dengan lengkap dan tepat, memudahkan
pihak Pejabat-pejabat Tanah menyemaknya dan menjimatkan masa
pemprosesan

2.1.4 Membolehkan Pejabat-Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian


mengenal pasti fail-fail yang sudah benar-benar lengkap dan menyusun
giliran pendaftaran QT-QT yang berkenaan

2.1.5 Mengelak daripada tertinggal apa-apa butir penting atau tindakan


penting yang perlu disempurnakan

2.1.6 Memudahkan semakan atas perkembangan / perjalanan fail

3. Format Borang Semakan Tindakan

Bentuk Checklist yang ditetapkan adalah sebagaimana Borang P.T.G Johor(R)1 dan
borang ini bolehlah digunakan oleh Bahagian Serahbalik dan kurnia semula/
Pendaftaran di Pejabat Tanah sebaik sahaja kelulusan diperolehi dan tuntutan 5A
dijelaskan. Checklist ini hendaklah ‗dilengkapkan‘ dari masa kesemasa dan satu salinan
( Fotostat ) hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan satu salinan ( Fotostat )
hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Borang 11A ( QT ) ke Pejabat Tanah
38
dan Galian. Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hanya memajukan Borang 11A ( QT )
berkenaan ke Pejabat Tanah dan Galian jika sekiranya keperluan-keperluan yang
dinyatakan di ‗checklist‘ ini semuanya telah disempurnakan oleh pihak tuantanah /
pemaju.

4. TINDAKAN MENYEMAK :

4.1 Antara perkara-perkara yang perlu disemak oleh Pentadbir Tanah Daerah
secara terperinci adalah bagaimana berikut :-

4.1.1 Surat Perjanjian - Panduan Semakan - lihat Borang P.T.G ( R ) 3

4.1.2 Borang 12A - Panduan Semakan - lihat Borang P.T.G ( R ) 5

4.1.3 Borang 11A/11B - Panduan Semakan - lihat Borang P.T.G ( R ) 6

4.2 Bagi semakan Borang 11A di para 4.1.3 di atas, Pentadbir Tanah Daerah
dikehendaki menyemak tiap-tiap Borang 11A yang disediakan oleh pemaju /
tuantanah tetapi hendaklah memastikan bahawa pihak pemaju benar-benar
faham cara-cara mengisi Borang 11A denagn betul terutamanya berkaitan
dengan tuanpunya, Syarat-syarat dan Sekatan Kepentingan seperti yang
ditetapkan di para 5 atau mengikut syarat-syarat lain yang diluluskan

5. JENIS SYARAT-SYARAT DAN SEKATAN KEPENTINGAN

5.1 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah adalah diingatkan bahawa jenis-jenis syarat


dan sekatan kepentingan yang ditetapkan adalah sebagaimana Lampiran ‗A‘
sahaja. Walaubagaimanapun ada kemungkinan juga dikenakan lain-lain
syarat/sekatan kepentingan mengikut kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

6. BUKU SENARAI PLOT-PLOT

6.1 Format Buku Senarai Plot-Plot adalah sebagaimana Borang P.T.G ( R ) 7 dan
buku ini hendaklah disediakan oleh Jurukur Berlesen Pemaju. Buku ini dalah
perlu bagi memudahkan semakan jumlah unit dibuat dan Bolangan-Bilangan
Hakmilik diberikan terutamanya bagi projek-projek yang dijalankan secara
besar-besaran atau berperingkat. Begitu juga buku ini dapat memberikan
anggaran hasil yang boleh diperolehi.

7. PENDAFTARAN BORANG 12A DAN BORANG HAKMILIK ( 11A / 11B )

7.1 Sebelum mengambil tindakan mendaftar Borang 12A Pentadbir Tanah Daerah
hendaklah memastikan bahawa Borang 11A atau Borang 11B telah disemak dan
didapati lengkap dan boleh didaftar. Selepas itu barulah Borang 12A diberi
bilangan perserahan dan catitan ( endorsement ) dibuat didalam Daftar
Hakmilik dan serentak dengan itu( pada tarikh yang sama ) diperuntukkan
Nombor Hakmilik yang berkaitan. Ini adalah penting diawasi bagi bagi
mengelak perselisihan masa ( time-lag ) dan juga untuk mengawal kehilangan
hasil cukai tanah. Bagi hakmilik yang didaftarkan di Pejabat Tanah dan Galian
tetapi hakmilik asalnya adalah hakmilik Pejabat Tanah, Pentadbir Tanah Daerah
39
hendaklah mendapatkan arahan daripada Pengarah Tanah dan Galian untuk
mendaftarkan Borang 12A. Sebaik sahaja pendaftaran Borang 12A dibuat,
Pendaftar Hakmilik hendaklah diberitahu melalui Borang P.T.G ( R ) 2

8 PENUTUP :

8.1 Dengan adanya ‗checklist‘ ini adalah diharapkan bahawa pendaftaran hakmilik
melalui proses serahbalik dan kurniasenula dapat disempurnakan dengan lebih
licin dan teratur baik di peringkat Pejabat Tanah Daerah mahupun di Pejabat
Tanah dan Galian

t.t. ( DATO‘ FATIMAH BTE ABDULLAH )


Pengarah Tanah dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G. Johor


Johor Bahru.
15hb. Mac, 1986

40
BORANG PT G ( R ) 1

BORANG SEMAKAN TINDAKAN ( CHECK LIST )


UNTUK PENDAFTARAN HAKMILIK BAGI
PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA

NO. FAIL PTD : NO. FAIL P.T.G :


TARIKH KELULUSAN :
NAMA PEMAJU :
TAMAN :
NO. HAKMILIK ASAL :
DALAM / LUAR KAWASAN MELAYU :
NAMA TUANPUNYA :
JUMLAH HAKMILIK ( UNIT ) :
JENIS HAKMILIK BARU : PEJABAT TANAH PENDAFTAR
HS ( M ) HS ( D )
..........................................................................................................................................................

1. SURAT PERJANJIAN : i ) TELAH DITANDA- ii) PERTANYAAN


TANGAN ( QUERY )

iii ) SURAT WAKIL KUASA iv ) KE P.T.G -


DIDAFTARKAN 4 SALINAN

v ) DIKEMBALIKAN OLEH iv ) SELESAI


P.T.G ( 2 SALINAN )

2. TUNTUTAN BORANG 5A : TELAH DIJELASKAN -

i ) BERANSUR ii ) SEPENUHNYA

NO. RESIT BAYARAN PERTAMA : ...............................................

NO. RESIT BAYARAN KEDUA : ...............................................

NO. RESIT BAYARAN KETIGA : .............................................

3. BAYARAN CUKAI SEMASA ATAS HAKMILIK ASAL : TELAH DIJELASKAN

NO. RESIT ..............................

41
4. BAYARAN AMANAH UKUR : TELAH DIJELASKAN -

i ) BERANSUR ii ) SEPENUHNYA

( MAJUKAN PENGESAHAN PEJABAT UKUR ATAU)


( SALINAN RESIT KE PEJABAT TANAH DAN GALIAN )

5. LEAOUT BUMIPUTRA : *ADA / DIKECUALIKAN


( SATU SALINAN LEAOUT KE P.T.G )

6. HAKMILI ASAL : PEJABAT TANAH *ADA/TIADA


DISERTAKAN
PENDAFTAR

7. PELAN PRE-COMPUTATION : TIGA SALINAN


( DUA SALINAN UNTUK P.T.G )

8. BUKU MEMORANDUM : DUA NASKAH ( SATU NASKAH UNTUK P.T.G )

9. BUKU SENARAI PLOT-PLOT : DUA NASKAH ( UNTUK P.T.G )

10. SANGKUTAN PADA HAKMILIK ASAL :

i ) ADA ii ) TIDAK

GADAIAN

CAVEAT

PERINTAH LARANGAN
iii ) TELAH
DIJELASKAN

iv ) ADA SURAT
PERSETUJUAN
( SALINAN KE P.T.G )

11. BORANG 12A : i ) BUTIR-BUTIR ii ) PERTANYAAN


LENGKAP ( QUERY )

iii )DIKEMBALIKAN iv ) DIRUJUK UTK


KELULUSAN :

PTD

P.T.G
12. * * BORANG 11A : i ) BUTIR-BUTIR ii ) KE P.T.G
LENGKAP
42
13. BORANG 11B i ) BUTIR-BUTIR ii ) PERTANYAAN
LENGKAP ( QUERY )

iii ) DIKEMBALIKAN iv ) DIDAFTARKAN

14. BORANG ―A‖ DISERTAKAN SEKIRANYA TANAH


DALAM KAWASAN MELAYU ( 3 SALINAN )

15. * * BORANG 12A DIMAJUKAN UNTUK DIDAFTARKAN -

NO. PERSERAHAN : ...................... JLD : .................. FOL : ................

TARIKH : .................................

16. * BORANG 11A/11B DIMAJUKAN UNTUK PENDAFTARAN


* TINDAKAN P.T.G/PTD

NO. HAKMILIK : DARI .............................. HINGGA ...........................

DIDAFTARKAN PADA : .................................................

17. HAKMILIK ASAL DIMUSNAHKAN OLEH :

PTD

P.T.G

18. HAKMILIK DITERIMA DARIPADA P.T.G PADA : .....................................................

19. 1 BUKU SENARAI PLOT-PLOT DITERIMA

20. SALINAN PEJABAT TANAH DIREKODKAN

21. PENYERAHAN HAKMILIK PADA TUAN TANAH :

BORANG 5F BUKTI
PENYERAHAN

DISERAHKAN PADA : .............................. TUAN TANAH

WAKILNYA ( SURAT
KUASA DIFAILKAN )

22. CATITAN NO. HAKMILIK DALAM BUKU LOT

23. PENYEDIAAN KERATAN PERUBAHAN ( J. 18 )

43
24. PEMBATALAN BIL CUKAI LAMA ( J. 17A )

25. PENYEDIAAN BIL CUKAI BARU ( J. 17 B )

26. TINDAKAN SELESAI

CATATAN :

/ - TINDAKAN PADA YANG BERKAITAN

* - POTONG YANG TIDAK BERKAITAN SAHAJA

** - BAGI PERKARA ( 10 ) SANGKUTAN DISEMAK OLEH PTD ATAU P.T.G


MENGIKUT JENIS HAKMILIK ASAL

- BAGI PERKARA ( 12 ) BORANG 11A DIMAJUKAN KE P.T.G HANYA


SETELAH SEGALA KEPERLUAN DI PERKARA 9( 1 ) HINGGA ( 11 ) TELAH
DIPENUHI

- BAGI PERKARA ( 15 ) DAN ( 16 ) PENDAFTARAN HANYA BOLEH


DILAKUKAN APABILA KEDUA-DUA BORANG 12A DAN QT ( 11A / 11B
) DIDAPATI LENGKAP. PENDAFTARAN BORANG 12A DAN BORANG QT
11A JUGA DALAH SERENTAK DAN PADA TARIKH YANG SAMA.

44
BORANG P.T.G ( R ) 2

Bil. ( ) dlm. PTD. .

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian


Johor.

( U/P Timbalan Pendaftar Hakmilik )

Puan,

Per : PENDAFTARAN BORANG 12A ATAS


* EMR / Geran Mukim / Pajakan Mukim / HS ( M ) ................................................

Lot :

Mukim :

Daerah :

Rujukan fail P.T.G :


..........................................................................................................................................................

Adalah dengan ini disahkan bahawa tindakan pendaftaran Borang 11A diatas hakmilik
tersebut di atas telah disempurnakan bagaimana kenyataan berikut :

No. Perserahan :

Jilid :

Folio :

Tarikh Daftar :

2. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

Saya yang menurut perintah,

( Nama dan Cop Jabatan )

Ingatan :
* Potong mana yang tidak berkaitan.

45
Borang P.T.G ( R ) 3

PANDUAN MENYEMAK SURAT PERJANJIAN

Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mempastikan ketepatan perkara-perkara berikut

1. EJAAN NAMA TUANPUNYA TANAH :

Nama yang perlu dicatit di para 1 surat perjanjian adalah nama tuanpunya tanah
( hakmilik asal ) sahaja bukannya nama pemaju ataupun pemegang wakil kuasa. Ejaan
nama tuantanah hendaklah sama seperti yang tercatit di dalam Hakmilik. Jika sekiranya
timbul perbezaan antara nama sama ada dengan kad pengenalan atau Undang-Undang
Tubuh Syarikat maka ubah nama di bawah Seksyen 378 KTN perlu dibuat terlebih
dahulu. Melainkan PTD berpuashati bahawa perbezaaan nama terlalu kecil dan
tindakan ubah nama tidak perlu. Bagi orang perseorangan bilangan kad pengenalan
hendaklah dicatitkan juga.

2. ALAMAT :

Alamat hendaklah mengikut alamat berdaftar yang boleh dihubungi.

3. TARIKH PERJANJIAN :

Tarikh hendaklah dicatitkan dengan jelas

4. BUTIR-BUTIR HAKMILIK :

Nombor Hakmilik, Lot, Mukim, Daerah dan kegunaan dicatitkan dengan tepat di
ruang-ruang yang disediakan

5. RUJUKAN KERTAS RINGKASAN MESYUARAT :

Rujukan kepada kertas Ringkasan Mesyuarat hendaklah mengikut bilangan siri dalam
fail P.T.G. dan bertarikh

CONTOH : ―mengikut keputusan Jawatankuasa Hasil Bumi bil. ( 97 )


dlm. P.T.G. 9/79-124 bertarikh 15 hb. Oktober. 1980‖

6. SYARAT-SYARAT :

Seperti yang dikenakan di Lampiran A Pekeliling P.T.G. Bil. 1/81 atau mengikut
pindaan yang diluluskan

7. PEMBATALAN KLAUSA :

Pembatalan mana-mana klausa hendaklah mengikut kelulusan Kerajaan

8. TANDATANGAN :

Tandatangan Tuantanah/Pemaju/Pemegang Wakil Kuasa hendaklah diikuti di


bawahnya catitan nama, kad pengenalan, jawatan ( dalam syarikat ) bilangan daftar
surat wakil kuasa dan juga seal mohor syarikat mana yang sesuai
46
CONTOH : Lihat BORANG P.T.G ( R ) 4

9. SEAL SYARIKAT :

Seal yang digunakan hendaklah timbul dan diperturunkan mengikut Undang-Undang


Tubuh Syarikat

10. PENYAKSIAN :

Tandatangan di jumlah kata 8 hendaklah disaksikan oleh Pentadbir Tanah Daerah atau
Peguam. Nama dan Cop jawatan hendaklah diturunkan

11. SURAT WAKIL KUASA :

Sekiranya melibatkan surat kuasa hendaklah dipastikan bahawa surat wakil kuasa
hendaklah di daftarkan di Pejabat Tanah dan satu salinan disertakan bersama-sama
surat perjanjian untuk rujukan P.T.G

47
BORANG P.T.G(R)4
CONTOH TANDATANGAN SURAT PERJANJIAN :

1. ORANG PERSEORANGAN

………………………………………..
( LEE KAW )
K/P : 2337969 ( biru )

2. SYARIKAT PEMAJU :

(1) ………………………………
( ER CHENG CHAU )
K/P : 3437323
Pengarah,
Pembenaan Jujaya Sdn. Bhd.

(2) ………………………………
( MUHAMMAD ZAINUDDIN BIN ALI )
K/P : 4693765
Pengarah,
Pembenaan Jujaya Sdn. Bhd.

TANDA MOHOR

2. PEMEGANG SURAT WAKIL KUASA :

PENG HENG REALTY SDN. BHD.


( tuantanah ) oleh pemegang wakil kuasanya
sebagaimana P/A bil. 499/86
vol. 105 folio 97 bertarikh 22.2.1986

(1) …………………………………
( Chai Meng Foh )
K/P : 0681306
Pengarah,
Senai Realty Sdn. Bhd.

(2) ………………………………..
( Tan Ah Kow )
K/P : 0703333
Pengarah,
Senai Realty Sdn. Bhd.

TANDA MOHOR.
48
BORANG P.T.G ( R ) 5

PANDUAN MENYEMAK BORANG 12A

Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mempastikan ketepatan perkara-perkara


berikut:

1. NAMA TUANPUNYA TANAH :

Nama yang perlu dicatatkan adalah nama tuan punya tanah ( hakmillik asal ) sahaja
bukannya nama pemaju ataupun pemegang wakil kuasa. Ejaan nama tuantanah
hendaklah sama dengan tercatat di dalam hakmilik. Jika sekiranya timbul perbezaan
antara nama sama ada dengan kad pengenalan atau Undang-Undang Tubuh Syarikat
maka ubah nama dibawah Seksyen 378 adalah perlu dibuat terlebih dahulu. Melainkan
PTD berpuas hati bahawa perbezaan nama terlalu kecil dan tindakan ubah nama tidak
perlu. Bagi orang perseorangan bilangan kad pengenalan hendaklah dicatatkan juga.

2. BUTIR-BUTIR TANAH :

Nombor hakmilik , lot, Mukim, Daerah dan Luas.

3. BAYARAN PERMOHONAN :

Bayaran permohonan dan nombor resit hendaklah dicatatkan

4. TARIKH TANDATANGAN :

Tarikh hendaklah jelas.

5. TANDATANGAN TUANPUNYA TANAH :

Jika sekiranya tuantanah orang perseorangan, nama dan bilangan kad pengenalan
hendaklah dicatatkan. Jika sekiranya tuantanah Syarikat atau Pertubuhan, nama, kad
pengenalan dan jawatan wakil Syarikat tersebut hendaklah dicatatkan.

6. SEAL SYARIKAT :

Seal yang digunakan hendaklah timbul dan diperturunkan mengikut Undang-Undang


Tubuh Syarikat.

7. RESIT CUKAI SEMASA :

Bilangan resit cukai semasa hendaklah dicatatkan.

49
8. SURAT-SURAT PERSETUJUAN :

Surat-surat persetujuan dan lain-lain yang disebutkan dalam Borang 12A yang perlu
dikemukakan hendaklah disemak.

9. SURATAN HAKMILIK :

Suratan Hakmilik yang dikeluarkan bagi tanah yang terlibat hendaklah disertakan
dengan Borang 12A

10. KELULUSAN PENYERAHAN BALIK :

Kelulusan samada oleh PTD atau P.T.G hendaklah ditandatangani. Cop jawatan dan
tarikh kelulusan hendaklah dilengkapkan.

50
( CONTOH KANDUNGAN )

B NO. LUAS LUAS Kegunaan PREMIUM Hakmilik Pelan Cukai Jumlah


PTD K.P. METRIK ………… ………….. Kekal & …….. …….. ………..
I (Sebutkan RM SEN Sementara RM RM RM
Jenis & …………….
L Tingkat) RM SEN

51
BORANG P.T.G ( R ) 6

PANDUAN MENYEMAK BORANG 11A / 11B

Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mempastikan ketepatan perkara-perkara


berikut:

1. BUTIRAN TANAH :
Bilangan PTD / PTB, keluasan hendaklah dibandingkan dengan pelan kelulusan, pelan
lakar dan pelan pre—computation dan butir-butir tersebut hendaklah diselaraskan

2. BUTIRAN CUKAI TANAH :


Jumlah cukai yang dicatitkan hendaklah mengikut kadar yang sesuai

3. GERAN SELAMANYA/ TEMPOH :


Butir-butir mengenai tempoh kurniaan ( Geran selama-lamanya / Bertempoh )
hendaklah mengikut kelulusan Kerajaan

4. LOT-LOT BUMIPUTRA ( 40% )


Pengenaan Sekatan Bumiputra adalah mengikut sebagaimana pelan peruntukan
Bumiputra yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor ( Biro
Perumahan )

5. JENIS PENGGUNAAN TANAH :


Jenis penggunaan samada pertanian / bangunan / perusahan hendaklah ditentukan.

6. SYARAT-SYARAT / SEKATAN KEPENTINGAN


Syarat-syarat dan Sekatan Kepentingan mengikut bagaimana kelulusan Kerajaan. Jenis-
jenis syarat rujuk Lampiran ‗A‘

7. NAMA TUANPUNYA TANAH :


Nama tuanpunya tanah adalah sebagaimana yang diluluskan. Ejaan nama orang
perseorangan mengikut dalam kad pengenalan. Jika Syarikat atau Pertubuhan mengikut
nama berdaftar dan buku Undang-Undang Tubuh Syarikat atau Pertubuhan tersebut.

8. ―POTONG PERKATAAN :‖
Untuk digunakan bagi penyatuan sahaja.

9. Tanda ( - ) diruangan yang mengandungi tajuk hendaklah dipenuhkan apabila


hakmilik dikeluarkan bagi sambungan.

10. Kedudukan plot /keluasan/PTB/PTD Pelan Lakar hendaklah sama di pelan pre-
computation

11. Tiap-tiap pelan lakar hendaklah mengandungi petunjuk ‗Bering dan Distance‘

12. Sekiranya apa-apa kesilapan pada Borang 11A / 11B tidak boleh dipadamkan ( Erased )
dengan rubber atau Liquid Paper. Pembetulan hendaklah dibuat dengan memotong
perkataan-perkataan yang silap dan menulis semula butir-butir yang betul di atas atau
sebelahnya.

52
BORANG P.T.G ( R ) 7

( CONTOH KULIT BUKU SENARAI PLOT-PLOT )

PTD /PTB …………………………….. HINGGA …………………….……….

SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA

ATAS HAKMILIK :

LOT :

MUKIM :

DAERAH :

NAMA PEMAJU :

NAMA JURUKUR BERLESEN : NO. FAIL PTD :

NAMA TAMAN : NO. FAIL P.T.G :

53
TAPAK UNTUK RUMAH KEDIAMAN : (1)

SYARAT-SYARAT NYATA :

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk
sebuah rumah teres / berbandung / sesebuah biasa / ………………………tingkat /
………….storey jenis kekal dibina mengikut pelan yang diluluskan oleh

Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah
digunakan semata-mata untuk kediaman sahaja.

SEKATAN HAKMILIK ( Bagi Plot Khas Bumiputera )

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini apabila apabila sahaja bertukar miliknya kepada
seorang Bumiputera maka tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak atau
dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada orang yang bukan bumiputera tanpa
persetujuan Penguasa Negeri.

SEKATAN HAKMILIK ( Untuk Rumah Berharga Murah Sahaja )

Tuantanah selepas ( Nama Pemaju …………………………………………. ) tidak boleh


menjual / memajak ataupun memindahmilik tanah ini dengan apa cara sekalipun, termasuk
dengan cara menggunakan segala surat perjanjian yang bertujuan untuk melepaskan /
menjual tanah ini tanpa kebenaran Penguasa Negeri.

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK RUMAH KEDAI MURAH (2)

SYARAT-SYARAT NYATA :

Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai tapak untuk sebuah
kedai murah jenis kekal untuk perniagaan dan kediaman sahaja dibina mengikut pelan yang
diluluskan oleh Majlis

Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah di
gunakan semata-mata untuk kedai dan kediaman sahaja.

Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini yang digunakan
sebagai kedai, hanya boleh digunakan untuk Perdagangan yang bukan Industri dan yang
dipersetujui oleh Majlis

SEKATAN HAKMILIK :

Tuan tanah selepas ( Nama Pemaju ………………………………………………….. ) tidak


boleh menjual / memajak ataupun memindahmilik tanah ini denagan apa cara sekalipun,
termasuk dengan menggunakan segala surat perjanjian yang bertujuan untuk melepaskan /
menjual tanah ini tanpa kebenaran Penguasa Negeri.

0000000000#000000000000000#000000000000
54
TAPAK UNTUK RUMAH KEDAI : (3)

SYARAT-SYARAT NYATA

Tapak yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai tapak untuk sebuah
kedai biasa / …………………………….…… tingkat jenis kekal untuk perniagaan dan
kediaman sahaja dibina mengikut pelan yang diluluskan oleh

Bangunan yang didirikan diatas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah
digunakan semata-mata untuk kediaman dan kedai sahaja.

Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini yang digunakan
sebagai kedai, hanya boleh digunakan untuk Perdagangan yang bukan Industri dan yang
dipersetujukan oleh Majlis

SEKATAN HAKMILIK : ( Bagi Plot Khas untuk Bumiputera sahaja )

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini apabila sahaja bertukar miliknya kepada
seorang Bumiputera maka tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak atau
dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada orang yang bukan Bumiputera tanpa
persetujuan Penguasa Negeri.

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK PENCAWANG LETRIK (4)

Kegunaan - Bangunan

Hakmilik - (Hakmilik Sementara hendaklah dipohon dalam tempoh 3


bulan dari tarikh Borang 5a dikeluarkan).

Harga Tanah - RM ………..……….. bagi tiap-tiap satu plot.

Cukai tahunan - RM ………….……….. bagi tiap-tiap 1,000 k.p. atau


sebahagian daripadanya.

Bayaran Ukur - Tiada ( dijalankan oleh Jurukur Berlesen )

Lain-Lain Bayaran - Mengikut Jadual

SYARAT-SYARAT NYATA ;

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk
sebuah Pencawang Letrik jenis kekal dibina mengikut pelan yang diluluskan.

0000000000#000000000000000#000000000000

55
TAPAK UNTUK RUMAH PANGSA / RUMAH PANGSA HARGA MURAH / CONDOMINIUM

SYARAT-SYARAT NYATA :

(a) Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata
untuk sebuah rumah pangsa / rumah pangsa jenis murah / kondominium untuk
kediaman / perkedaian daripada jenis kekal dibina mengikut pelan yang diluluskan
oleh

(b) Bangunan rumah pangsa yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam
hakmilik ini yang digunakan sebagai tempat kediaman hendaklah digunakan semata-
mata untuk kediaman sahaja dan bukan tempat yang boleh disewakan atau digunakan
sebagai tempat penginapan yang ada unsur-unsur maksiat

(c) Jika sekiranya unit ( parcels ) bangunan rumah pangsa yang didirikan diatas tanah
yang terkandung di dalam hakmilik ini adalah untuk dijual atau disewakan, sekurang-
kurangnya 40% daripada jumlah unit ( parcels ) hendaklah dijual atau disewakan
kepada Bumiputera dengan harga 15% lebih murah daripada harga jualan atau sewaan
unit-unit ( parcel ) bangunan ini kepada bukan Bumiputera.

SEKATAN HAKMILIK :

(a) Tuanpunya tanah tidak dibenarkan menawar atau menjualkan unit-unit ( parcel )
bangunan yang akan dibina di atas tanah ini selagi hakmilik tetap belum dikeluarkan
dan bangunan kekal di atas tanah belum dibina dan dikeluarkan sijil kelayakan
menduduki oleh Penguasa Tempatan dan Hakmilik Strata belum dikeluarkan.

(b) Hakmilik tanah ini apabila dipecahkan kepada hakmilik ‗subsidiary‘ pecahan hakmilik
subsidiary tersebut apabila sahaja bertukar hakmilik kepada seorang Bumiputera maka
tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak, digadai atau dipindahmilik
dengan apa cara sekalipun kepada orang yang bukan Bumiputera tanpa persetujuan
Penguasa Negeri

SEKATAN HAKMILIK TAMBAHAN ( UNTUK RUMAH PANGSA HARGA MURAH )

(a) Apabila bangunan rumah-rumah pangsa yang didirikan di atas tanah ini telah
dipecahbahagikan dan Hakmilik Strata didaftarkan, tuan-tuan punya petak-petak
bangunan ini selepas ( Nama pemaju …………………. ) tidak boleh menjual /
memajak atau memindahmilik petak-petak bangunan ini dengan apa cara sekalipun,
termasuk dengan cara menggunakan segala surat perjanjian yang bertujuan untuk
melepaskan / menjual petak-petak bangunan ini tanpa kebenaran Penguasa Negeri.

0000000000#000000000000000#000000000000

56
TAPAK UNTUK RUMAH PANGAS BERHARGA MURAH ( PLOT ) : (6)

SYARAT-SYARAT NYATA:

Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk rumah-
rumah pangsa ………………………….. tingkat berharga murah untuk kediaman jenis kekal
dengan keluasa tiap-tiap bangunan di permukaan tanah sekurang-kurang 5,000 k.p. dan
dibina mengikut pelan yang diluluskan oleh

Bangunan rumah pangsa yang didirikan dia tas tanah yang terkandung dalam hakmilik ini
hendaklah digunakan semata-mata untuk kediaman sahaja

Bangunan rumah pangsa yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam hakmilik ini
yang digunakan sebagai rumah kediaman dan semata-mata untuk kediaman sahaja, dan bukan
temoat yang boleh disewa-sewakan atau digunakan sebagai tempat penginapan yang ada
unsur-unsur maksiat

SEKATAN HAKMILIK : ( UNTUK RUMAH-RUMAH PANGSA BERHARGA MURAH )

Apabila bangunan rumah-rumah pangsa yang didirikan di atas tanah ini telah
dipecahbahagikan dan Hakmilik Strata didaftarkan, tuan-tuan punya petak-petak bangunan
ini selepas ( Nama Pemaju ………………. ) tidak boleh menjual / memajak atau
memindahmilik petak-petak bangunan ini dengan apa cara sekalipun, termasuk dengan cara
menggunakan segala surat perjanjian yang bertujuan untuk melepaskan / menjual petak-petak
bangunan ini tanpa kebenaran Penguasa Negeri

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK BENGKEL ( PLOT ) (7)

SYARAT-SYARAT NYATA :

Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk sebuah
bengkel ( workshop ) sesebuah / berbandung / teres daripada bangunan jenis kekal mengikut
pelan yang diluluskan oleh

Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah
digunakan semata-mata untuk bengkel memperbaiki kenderaan dan kejuruteraan

Tuanpunya tanah hendaklah mengambil pekerja-pekerja dan melatih rakyat Persekutuan


dalam jawatan-jawatan eksekutif dan teknikal sehingga ke peringkat Pengurus dengan
menitikberatkan kepada pengambilan dan mengambil orang-orang Melayu supaya sekurang-
kurangnya 40% daripada semua peringkat kerja diisi oleh orang Melayu

Segala kotoran yang dikeluarkan daripada bengkel ini seperti air kotor, minyak hitam dan
sampah sarap dan sebagainya hendaklah disalurkan atau dibuang kepada tempat-tempat yang
telah ditentukan. Segala pelan-pelan yang menunjukkan bagaimana sampah sarap atau segala
kekotoran akan disalurkan / dibuang hendaklah dipersetujukan terlebih dahulu oleh Pegawai-
Pegawai yang ditentukan.

57
SEKATAN HAKMILIK ( BAGI PLOT-PLOT YANG DIKHASKAN UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA )

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini apabila sahaja bertukar miliknya kepada
seorang Bumiputera maka tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak atau
dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada orang yang bukan Bumiputera tanpa
persetujuan Penguasa Negeri

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK PAWAGAM ( PLOT ) (8)

SYARAT-SYARAT NYATA :

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk
sebuah bangunan Pawagam ( Panggung Wayang Gambar ) jenis kekal dibina mengikut pelan
yang diluluskan oleh

Bangunan Panggung Wayang Gambar yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam
hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk sebuah Panggung Wayang Gambar
yang menayangkan filem-filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapis yang tertentu.

Tuanpunya Perusahaan Pawagam ( Panggung Wayang Gambar ) ini hendaklah mengambil


pekerja-pekerja dan melatih rakyat Persekutuan dalam peringkat eksekutif dan teknikal hingga
tingkatan Pengurusan dengan menitikberatkan kepada pengambilan dan melatih orang-orang
melayu supaya sekurang-kurangnya 40% daripada semua tingkatan jawatan hendaklah
dipenuhi oleh orang-orang Melayu.

SEKATAN HAKMILIK : Tiada

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK GERAI BERTUTUP ( PLOT ) (9)

Kegunaan - Bangunan

Hakmilik - ( Hakmilik Sementara hendaklah dipohon dalam tempoh


. 3 Bulan )

Harga Tanah - Mengikut R/M : 819/79 pada 17.7.79. RM100.00 seplot

Cukai Tahunan - Rm ……………….. bagi tiap-tiap 1,000 k.p. atau sebahagian


daripadanya

Bayaran Ukur - Tiada ( dijalankan oleh Jurukur Berlesen )

Lain-lain Bayaran - Mengikut Jadual

58
SYARAT-SYARAT NYATA :-

Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai tapak untuk sebuah
gerai bertutup jenis kekal untuk perniagaan sahaja dibina mengikut pelan yang diluluskan
oleh

Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah
digunakan semata-mata untuk gerai bagi tujuan berniaga barang-barang makanan sahaja

Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini yang digunakan
sebagai gerai, hanya boleh digunakan untuk perniagaan bagi barang-barang yang
dipersetujukan oleh

SEKATAN HAKMILIK ( BAGI PLOT KHAS UNTUK BUMIPUTERA )

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini apabila sahaja bertukar miliknya kepada
seorang Bumiputera maka tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak atau
dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Bumiputera tanpa persetujuan
Penguasa Negeri

TAPAK UNTUK KOMPLEK PERNIAGAAN : ( 10 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

1. Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata


untuk sebuah bangunan perniagaan / Komplek jenis kekal mengikut pelan yang
diluluskan oleh

2. Bangunan Perniagaan / kompleks yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam
hakmilik ini, yang digunakan sebagai Perniagaan / Kompleks hanya boleh digunakan
untuk Perdagangan yang bukan Industry yang dipersetujukan oleh

3. Bangunan Perniagaan/ Kompleks yang didirikan di atas tanah yang terkandung di


dalam hakmilik ini yang digunakan sebagai Perniagan / Kompleks hanya boleh
digunakan sebagai Perniagaan / Kompleks yang bukan tempat yang boleh disewa-
sewakan sebagai tempat hiburan dan tempat penginapan yang ada unsur-unsur
maksiat.

4. Jika sekiranya unit parcels bangunan Komplek Perniagaan yang didirikan di atas tanah
yang terkandung di dalam hakmilik ini adalh untuk dijual atau disewakan, sekurang-
kurangnya 40% daripada jumlah unit ( parcels ) hendaklah dijual atau disewakan
kepada Bumiputera dengan harga 15% lebih murah daripada harga jualan atau
sewaaan unit-unit ( parcels ) bangunan ini kepada bukan Bumiputera

SEKATAN HAKMILIK :

(1) Tuanpunya tanah tidak dibenarkan menawar atau menjual unit-unit ( parcels )
bangunan yang akan dibina di atas tanah ini selagi hakmilik tetap belum di keluarkan

59
dan bangunan kekal di atas tanah belum dibina dan dikeluarkan sijil kelayakan oleh
Penguasa Tempatan dan Hakmilik Strata belum dikeluarkan lagi.

(2) Hakmilik tanah ini apabila dipecahkan kepada hakmilik ‗subsidiary‘ pecahan hakmilik
subsidiary tersebut apabila sahaja bertukar hakmilik kepada seorang Bumiputera maka
tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak, digadai atau dipindahmilik
dengan apa cara sekalipun kepada orang yang bukan Bumiputera tanpa persetujuan
Penguasa Negeri

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK KOMPLEK PERNIAGAAN / HOTEL : ( 11 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

1. Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklan digunakan semata-mata


untuk sebuah bangunan hotel ( commercial ) jenis kekal untuk perniagaan dan
penginapan didirikan mengikut pelan yang diluluskan oleh

2. Bangunan Komplek Perniagaan / Hotel ( commercial ) yang didirikan diatas tanah yang
terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk
perniagaan, penginapan dan juga perniagaan restoran, Concert Room, bath, tempat
hiburan dan arcade perniagaan sahaja ( dari segi commercial )

3. Bangunan kompleks Perniagaan/ Hotel ( commercial ) yang didirikan di atas tanah


yang terkandung di dalam hakmilik ini yang digunakan sebagai Kompleks Perniagaan /
Hotel, Boarding House, Restaurant, Concert Room, Bath, tempat hiburan dan arcade-
arcade perniagaan, hanya dan semata-mata untuk Hotel / Boarding House, Restaurant,
Concert Room, Bath, tempat Hiburan dan arcade-arcade perniagaaan sahaja dan
BUKAN tempat yang boleh disewa atau digunakan sebagai tempat penginapan dan
tempat hiburan yang ada unsur-unsur maksiat.

4. Tuanpunya perusahaan Hotel ( commercial ) ini hendaklah mengambil pekerja-pekerja


dan melatih Rakyat Persekutuan dalam peringkat eksekutif dan teknikal hingga
tingkatan Pengurus dengan menitikberatkan kepada pengambilan dan melatih orang-
orang Melayu supaya sekurang-kurangnya 40% dari semua tingkatan jawatan
hendaklah dipenuhi oleh orang-orang Melayu

5. Jika sekiranya unit ( parcels ) bangunan Komplek Perniagaan yang didirikan diatas
tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini adalah untuk dijual atau disewakan,
sekurang-kurangnya 40% daripada jumlah unit ( parcels ) hendaklah dijual atau
disewakan kepada Bumiputera dengan harga 15% lebih murah daripada harga jualan
atau sewaan unit-unit ( parcels ) bangunan ini kepada bukan Bumiputera

SEKATAN HAKMILIK :

(1) Tuanpunya tanah tidak boleh dibenarkan menawar atau menjual unit-unit ( parcels )
bangunan yang akan dibina di atas tanah ini selagi hakmilik tetap belum dikeluarkan
60
dan bangunan kekal di atas tanah belum dibina dan dikeluarkan Sijil Menduduki oleh
Penguasa Tempatan dan Hakmilik Strata belum dikeluarkan lagi

(2) Hakmilik tanah ini apabila dipecahkan kepada hakmilik ‗subsidiary‘ pecahan hakmilik
subsidiary tersebut apabila sahaja bertukar hakmilik kepada seorang Bumiputera maka
tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak, digadai atau dipindahmilik
dengan apa cara sekalipun kepada orang yang bukan Bumiputera tanpa persetujuan
Penguasa Negeri

TAPAK UNTUK KOMPLEK PERNIAGAAN / PAWAGAM : ( 12 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

1. Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklan digunakan semata-mata


untuk sebuah bangunan perniagaan / Kompleks jenis kekal mengikut pelan yang
diluluskan oleh

2. Bangunan Perniagaan / Kompleks yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam
hakmilik ini, yang digunakan sebagai Perniagaan / Kompleks hanya boleh digunakan
untuk perdagangan yang bukan industry dan yang dipersetujukan oleh

3. Bangunan Perniagaan/ Kompleks yang didirikan di atas tanah yang terkandung di


dalam hakmilik ini yang digunakan sebagai Perniagaan / Kompleks hanya boleh
digunakan sebagai perniagaan / Kompleks yang bukan tempat yang boleh disewa-
sewakan sebagai tempat hiburan dan tempat penginapan yang ada unsur-unsur
maksiat

4. Panggung Wayang Gambar di dalam bangunan Kompleks Pawagam yang didirikan di


atas tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata
untuk sebuah Panggung Wayang Gambar yang menayangkan filem-filem yang
diluluskan oleh Lembaga Penapis yang tertentu

5. Tuanpunya perusahan Pawagam ( Panggong Wayang Gambar ) ini hendaklah


mengambil pekerja mengambil pekerja-pekerja dan melatih Rakyat Persekutuan dalam
peringkat eksekutif dan tenikal hingga tingkatan Pengurus dengan menitikberatkan
kepada pengambilan dan melatih orang-orang Melayu supaya sekurang-kurangnya
40% dari semua tingkatan jawatan hendaklah dipenuhi oleh orang-orang Melayu

6. Jika sekiranya unit ( parcels ) bangunan Komplek Perniagaan yang didirikan diatas
tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini adalah untuk dijual atau disewakan,
sekurang-kurangnya 40% daripada jumlah unit ( parcels ) hendaklah dijual atau
disewakan kepada Bumiputera dengan harga 15% lebih murah daripada harga jualan
atau sewaan unit-unit( parcels ) bangunan ini kepada bukan Bumiputera

SEKATAN HAKMILIK :

(1) Tuanpunya tanah tidak boleh dibenarkan menawar atau menjual unit-unit ( parcels )
bangunan yang akan dibina di atas tanah ini selagi hakmilik tetap belum dikeluarkan
dan bangunan kekal di atas tanah belum dibina dan dikeluarkan Sijil Kelayakan
Menduduki oleh Majlis Daerah dan Hakmilik Strata belum dikeluarkan lagi

(2) Hakmilik tanah ini apabila dipecahkan kepada hakmilik ‗subsidiary‘ pecahan hakmilik
subsidiary tersebut apabila sahaja bertukar hakmilik kepada seorang Bumiputera maka
61
tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak, digadai atau dipindahmilik
dengan apa cara sekalipun kepada ornag yang bukan Buniputera tanpa persetujuan
Penguasa Negeri

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK PERUSAHAAN ( 13 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

(a) Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklan digunakan semata-mata
untuk sebuah bangunan kilang jenis teres / berbandung / sesebuah setingkat jenis
kekal untuk Perusahaan Ringan dibina mengikut pelan yang diluluskan oleh

(b) Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah
digunakan semata-mata untuk Perusahaan Ringan

(c) Tuanpunya tanah hendaklah mengambil pekerja-pekerja dan melatih Rakyat


Persekutuan dalam peringkat eksekutif dan tenikal hingga tingkatan Pengurus dengan
menitikberatkan kepada pengambilan dan melatih orang-orang Melayu supaya
sekurang-kurangnya 40% dari semua tingkatan jawatan hendaklah dipenuhi oleh
orang-orang Melayu

(d) Segala kekotoran yang dikeluarkan daripada kilang ini seperti air, ataupun debu
hendaklah disalurkan ataupun dibuang kepada tempat / tempat-tempat yang
ditentukan. Segala pelan-pelan yang menunjukkan bagaimana sampah-sarap atau
kekotoran yang disalurkan / dibuang hendaklah dipersetujukan terlebih dahulu oleh
Pegawai-Pegawai yang tertentu

SEKATAN HAKMILIK :

Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini tidak boleh dibenarkan dipindah milik dengan apa
cara sekalipun melainkan bangunan kilang di syarat Nyata ( a ) diatas telah mula dibina
mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan

SEKATAN HAKMILIK ( BAGI PLOT KHAS UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA )

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini apabila sahaja bertukar miliknya kepada
seorang Bumiputera maka tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak atau
dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Bumiputera tanpa persetujuan
Penguasa Negeri

0000000000#000000000000000#000000000000

62
TAPAK UNTUK TAKUNGAN NAJIS ( PLOT ) ( 14 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah diguanakan semata-mata untuk
kegunaan Takungan Najis ( Oxidatioan Ponds ) dibina mengikut pelan yang disediakan oleh
seorang Jurutera Kesihatan yang berdaftar dan diluluskan oleh

Tuanpunya tanah hendaklah mengadakan perkhidmatan penjagaan ( maintainance ) keatas


‗central sewerage‘ tersebut sehingga diserahkan kepada

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK SHOW ROOM : ( 15 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

1. Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai tapak untuk
sebuah bangunan ‗show-room‘ biasa / …………………. Tingkat jenis kekal untuk
perniagaan dan Pejabat sahaja dibina mengikut pelan yang diluluskan oleh

2. Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini
hendaklah digunakan semata-mata untuk show-room dan pejabat sahaja

3. Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini yang
digunakan sebagai ‗show-room‘ hanya boleh digunakan untuk perdagangan yang
bukan industri atau Bengkel dan dipersetujukan oleh

SEKATAN HAKMILIK ( BAGI PLOT KHAS UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA )

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini apabila sahaja bertukar miliknya kepada
seorang Bumiputera maka tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak atau
dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Bumiputera tanpa persetujuan
Penguasa Negeri

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK PADANG GOLF ( 16 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

1. Tanah yang terkandung didalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai kawasan
tapak Padang Golf. Tiada bangunan dibenarkan di atas tanah di bawah hakmilik ini
kecuali untuk sebuah rumah Kelab dan bangunan-bangunan yang ada kaitannya
dengan kemudahan-kemudahan yang difikirkan perlu untuk sebuah Padang Golf

63
2. Tanah ini hendaklah dimajukan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pendaftaran
hakmilik

3. Tuanpunya tanah hendaklah mengambil pekerja-pekerja daripada rakyat Malaysia


dalam peringkat eksekutif dan teknikal hingga peringkat pengurus dan daripada
bilangan ini tidak kurang daripada 40% dari semua peringkat jawatan hendaklah
dipenuhi oleh Bumiputera dan gaji yang dibayar kepada mereka hendaklah sama bagi
tiap-tiap peringkat jawatan tanpa mengira rupa bangsa

SEKATAN HAKMILIK :

TIADA

TAPAK UNTUK DEPOH BAS ( COMMERCIAL ) : ( 17 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

1. Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklan digunakan semata-mata


untuk sebuah Depoh Bas daripada bangunan jenis kekal mengikut pelan yang
diluluskan oleh

2. Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini
hendaklah digunakan semata-mata untuk kegunaan bagi maksud Depoh Bas

3. Tuanpunya tanah hendaklah mengambil pekerja-pekerja dan melatih rakyat


persekutuan dalam peringkat eksekutif dan tenikal hingga tingkatan Pengurus dengan
menitikberatkan kepada pengambilan dan melatih orang-orang Melayu supaya
sekurang-kurangnya 40% dari semua tingkatan jawatan hendaklah dipenuhi oleh
orang-orang Melayu

4. Segala kekotoran yang dikeluarkan daripada Depoh Bas ini seperti air kotor, minyak
hitam dan sampah-sarap dan sebagainya hendaklah disalurkan ataupun dibuang
kepada tempat / tempat-tempat yang ditentukan. Segala pelan-pelan yang
menunjukkan bagaimana sampah-sarap atau segala kekotoran akan disalurkan /
dibuang hendaklah dipersetujukan terlebih dahulu oleh Pegawai-Pegawai yang tertentu

SEKATAN HAKMILIK :

TIADA

0000000000#000000000000000#000000000000

64
TAPAK UNTUK GUDANG ( WARE HOUSE ) : ( 18 )

SYARAT-SYARAT NYATA :

1. Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklan digunakan semata-mata


untuk sebuah Gudang ( Ware House ) daripada bangunan jenis kekal mengikut pelan
yang diluluskan oleh

2. Bangunan yang didirikan diatas tanah yang terkandung didalam hakmilik ini
hendaklah digunakan semata-mata untuk menyimpan barang-barang buatan kilang
dan barang-barang dagangan sahaja.

3. Bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini tidak
boleh digunakan menyimpan bahan-bahan letupan atau bahan-bahan beracun
melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tertentu

4. Segala kekotoran yang dikeluarkan daripada Gudang ini seperti air kotor, minyak
hitam dan sampah-sarap dan sebagainya hendaklah disalurkan ataupun dibuang
kepada tempat / tempat-tempat yang ditentukan. Segala pelan-pelan yang
menunjukkan bagaimana sampah-sarap atau segala kekotoran akan disalurkan /
dibuang hendaklah dipersetujukan terlebih dahulu oleh Pegawai-Pegawai yang tertentu

SEKATAN HAKMILIK ( BAGI PLOT-PLOT YANG DIKHASKAN UNTUK BUMIPUTERA


SAHAJA )

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini apabila sahaja bertukar miliknya kepada
seorang Bumiputera maka tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak atau
dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Bumiputera tanpa persetujuan
Penguasa Negeri

0000000000#000000000000000#000000000000

TAPAK UNTUK RUMAH REHAT ( 19 )

SYRAT-SYARAT NYATA :

1. Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata


untuk sebuah Rumah Pangsa ( Commercial ) jenis kekal untuk perniagaan dan
penginapan didirikan mengikut pelan yang diluluskan oleh

2. Bangunan Rumah Rehat ( Commercial ) yang didirikan di atas tanah yang terkandung
di dalam hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk penginapan dan juga
untuk perniagaan restoran sahaja ( dari segi commercial )

3. Bangunan Rumah Rehat ( Commercial ) yang didirikan di atas tanah yang terkandung
di dalam hakmilik ini yang digunakan sebagai penginapan dan Restoran, hanya dan
semata-mata untuk penginapan dan restoran sahaja dan BUKAN tempat yang boleh
disewakan atau digunakan sebagai tempat penginapan dan tempat yang ada unsur-
unsur maksiat.

65
4. Tuanpunya perusahan Rumah Rehat ( Commercial ) hendaklah mengambil pekerja-
pekerja dan melatih rakyat persekutuan dalam peringkat eksekutif dan tenikal hingga
tingkatan Pengurus dengan menitikberatkan kepada pengambilan dan melatih orang-
orang Melayu supaya sekurang-kurangnya 40% dari semua tingkatan jawatan
hendaklah dipenuhi oleh orang-orang Melayu

SEKATAN HAKMILIK :

Tiada

66
Bil . ( 25 ) dlm. P.T.G. ( R ) 15 / 85 - 38

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL . 8 / 86 (**)

PERMOHONAN BAGI DIKECUALIKAN DARIPADA


MEMBAYAR BAYARAN PEJABAT ( OFFICE FEE )
YANG DIKENAKAN DI BAWAH JADUAL V -
KAEDAH TANAH JOHOR (PINDAAN) TAHUN 1990

1. TUJUAN :

Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu semua Pentadbir Tanah Daerah


mengenai kelulusan Kerajaan mengenai perkara di atas.

2. PERSETUJUAN KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam mesyuaratnya pada 14.5.86 ( Ringkasan


Mesyuarat Bil. 449/86 ) telah bersetuju mengecualikan Pejabat Cukai Setem
daripada membayar Bayaran Pejabat( Office Fee ) di bawah item 16 - Jadual V -
Kaedah-Kaedah Tanah Johor (Pindaan) Tahun 1980.

2.2 Pengecualian bayaran ini ialah berkuatkuasa pada 14.5.86 .

3. PERIHAL PENGECUALIAN :

3.1 Timbalan Pemungut Duti Setem Johor Bahru telah memohon bagi dikecualikan
daripada membayar Bayaran Pejabat ( Office Fee ) bagi mendapatkan Salinan
Sah Suratcara Pindahmilik ( Borang 14A ) yang diperlukan oleh Pejabat tersebut
untuk membolehkan Pejabat berkenaan mengembalikan semula bayaran duti
setem yang telah terlebih dipungut. Permohonan ini telah dibawa kepada
Kerajaan dan seterusnya telah dipersetujukan bagaimana di para 2 .

3.2 Apabila ada berlaku tuntutan bayaran balik duti setem, Pegawai daripada
Pejabat Duti Setem akan datang untuk membatalkan setem-setem diatas borang
14A mengikut jumlah yang terlebih pungut sahaja. Untuk membuktikan kepada
Perbendaharaan yang jumlah terlebih dipungut itu telah dibatalkan setem-
setemnya, Pemungut Duti Setem memerlukan 2 ( dua ) keping borang 14 A bagi
satu-satu permohonan bayaran balik Duti Setem atau Suratcara Pindahmilik.
Satu keping ialah borang yang belum dibatalkan setemnya dan sekeping lagi
borang yang telah dibatalkan setem-setem yang telah terlebih dibayar itu.

4. Semua Pentadbir Tanah Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil hendaklah
memberi pengecualian bayaran apabila mengeluarkan salinan borang 14A kepada
Pejabat Duti Setem bagi urusan pembatalan duti setem.

67
t.t
( DATIN PADUKA FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR .

S.K. YB Pegawai Kewangan Negeri, Johor

Ketua Cawangan Odit,


Jabatan Odit, Tingkat 5, Blok A
Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Timbalan Pemungut Duti Setem,


Jabatan Hasil Dalam Negeri, Tkt. 2 & 3,
Blok B, Wisma Persekutuan ,
Karung Berkunci 719,
Jln. Air Molek, Johor Bahru.

PEJABAT P.T.G JOHOR,


JOHOR BAHRU.

24 HB. JUN, 1986

68
Bil : ( 5 ) dlm. P.T.G. 19/86

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 9 / 86

PENGENAAN SYARAT EQUITI BUMIPUTRA KEATAS


HAKMILIK-HAKMILIK TANAH YANG DIPOHON UNTUK
KURNIAAN ATAU DI UBAHSYARAT KEPADA
TANAH PERINDUSTTRIAN

1. LATARBELAKANG

1.1 Kerajaan Persekutuan mulai 12.12.1985 telahpun menggubal dasar bagi tujuan
untuk menggalak pelaburan asing ke negara ini dengan memberikan
kelonggaran di atas equiti Bumiputra bagi syarikat-syarikat asing.

1.2 Didalam memberikan kelonggaran ini didapati beberapa pengecualian equiti


Bumiputra telah diberikan dan Kerajaan Negeri telah meminta supaya dasar
yang sama dapat dipakai di negeri-negeri di dalam mengenakan syarat bagi
kurniaan dan ubahsyarat tanah kepada perindustrian supaya dasar-dasar ini
dipakai sama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA BESAR PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN NEGERI


JOHOR

2.1 Jawankuasa Besar Pembangunan Perindustrian Negeri Johor di mesyuaratnya


pada 24.6.1986 telah membuat keputusansupaya dasar ini diterimapakai dan
dikenakan ke atas permohonan tanah untuk perindustrian dan permohonan-
permohonan ubahsyarat kepada Perindustrian

3. PEMBATALAN PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL 11 / 72

3.1 Sebelum ini pihak Berkuasa Negeri Johor melalui Pekeliling P.T.G. Johor Bil 11 /
72 telahpun menetapkan syarat-syarat yang seragam bagi dikenakan keatas
hakmilik-hakmilik untuk perindustrian samada tanah itu didapati melalui
pengurniaan atau syarat-syarat perindustrian itu dikenakan melalui proses
ubahsyarat

3.2 Dengan adanya Pekeliling ini, Pekeliling P.T.G. Johor Bil. 11 / 72 adalah
dibatalkan dan syarat-syarat nyata berikut hendaklah dikenakan keatas tanah-
tanah kurniaan di mana jenis tanahnya adalah untuk perindustrian atau tanah-
tnah kurniaan yang telah diubahsyarat untuk kegunaan perusahaan :-

(A) Jenis Tanah - Perusahaan


(B) Syarat-syarat Nyata -
(i) Tanah yang terkandung didalam hakmilik ini hendaklah
digunakan semata-mata kerana perusahaan ringan / sederhana /
berat ( 1 )
______________________________________________________________________________
Kenyataan :-
( 1 ) Disini potong yang mana tidak berkenaan

69
( ii ) Tanah yang terkandung didalam hakmilik ini hendaklah
digunakan semata-mata sebagai tapak bangunan untuk
perusahaan ………………..…. 2 ……….………….. dan lain-lain
bangunan yang berkaitan dengan perusahaan itu.

( iii ) Dalam tempoh 24 bulan dari tarikh pendaftaran suratan hakmilik


tuanpunya tanah hendaklah mendidikan kilang mengikut pelan
yang diluluskan oleh Majlis ………………..……. 3 ……………
atau mana-mana Pihak Berkuasa Perancang yang tertentu.

( iv ) Tiada satu bangunan pun dibenarkan didirikan atau digunakan


untuk tujuan perumahan di atas tanah yang dikurniakan ini
melainkan untuk tujuan tidak lebih daripada 2 orang yang
diambil kerja sebagai Jaga.

(v) Segala kekotoran yang dikeluarkan daripada kilang ini seperti air
ataupun debu heendaklah disalurkan ataupun dibuang kepada
tempat-tempat yang ditentukan. Segala pelan-pelan yang
menunjukkan bagimana sampah-sarap atau kekotoran akan
disalurkan / dibuang hendaklah dipersetujukan terlebih dahulu
oleh Pegawai-Pegawai tertentu

( vi ) Tuanpunya tanah hendaklah mengambil pekerja-pekerja dan


melatih rakyat Persekutuan dalam peringkat eksekutif dan
teknikal hingga tingkatan Pengurus dengan menitikberatkan
kepada pengambilan dan melatih orang-orang Melayu /
Bumiputra supaya sekurang-kurangnya dipenuhi oleh orang-
orang Melayu / Bumiputra

Peringatan
(2) Disini nyatakan jenis kilang perusahan yang dipersetujukan
seperti kilang gelas, kain dan sebagainya

(3) Disini nyatakan Majlis Perbandaran atau Majlis daerah yang


berkenaan

( vii ) Tuanpunya tanah hendaklah memperuntukkan 30% daripada


saham syarikatnya kepada orang-orang Melayu/Bumiputra.
Walaubagaimanapun syarat ini adalah dikecualikan mengikut
keadaaan-keadaan sebagaimana yang diberikan di dalam syarat-
syarat berikut : -

(1) Bagi tanah-tanah Yang Digunakan Untuk Kilang-Kilang


Dimana Pengeluaranya Adalah Untuk Eksport

70
(a) Bagi tanah-tanah diman 80% pengeluaran
daripada kilang yang dibina di atasnya adalah
untuk dieksport, maka tuan tanah adalah
dibenarkan untuk diberikan equiti kepada
warganegara asing sehingga ketahap 80%.

( b) Walaubagaimanapun peratusan yang lebih besar


sehingga 100% boleh dibenarkan oleh
Jawatankuasa Besar Pembangunan Perindustrian
Negeri Johor bergantung kepada keadaan kes-kes
yang terlibat merits of each case ) selepas
mengambil kira tahap teknologi, kesan-kesan
pelaburan ( spin off effect ), saiz pelaburan,
kedudukan tanah, nilai ditambahvalue added ) dan
pengunaan bahan-bahan tempatan

(c) Bagi tanah-tanah dimana 51% hingga 70%


pengeluaran daripada kilang di atas tanah tersebut
adalah untuk dieksport , maka 51% equiti
daripada warganegara asing bolehlah dibenarkan.
Walaubagaimana pun equiti sehingga 80% boleh
dibenarkan oleh Jawatankuasa Perindustrian
Negeri Johor bergantung kepada syarat-syarat
yang dapat dipenuhi oleh syarikat tersebut atas
perkara-perkara yang dinyatakan di para ( b )
diatas

( 2 ) Syarat-Syarat Bagi Tanah-Tanah Yang Digunakan Untuk


Kilang-Kilang Dimana Pengeluarannya Adalah Untuk
Kegunaan Tempatan ( Domestic Oriented Project )

(a) Bagi tanah-tanah dimana 20% hingga 50%


daripada pengeluaran kilang yang dibina dia
tasnya adalah untuk dieksport, maka equiti bagi
warganegara asing bolehlah dibenarkan daripada
30 hingga 51% oleh Jawatankuasa Pembangunan
Perindustrian Negeri Johor bergantung kepada
syarat-syarat sebagaimana di ( 1 ) ( b ) diatas

(b) Bagi tanah-tanah dimana 20% daripada


pengeluaran kilang yang dibina diatasnya adalah
untuk dieksport, maka equiti bagi warganegara
asing boleh dibenarkan hingga ke tahap
maksimum 30%

(3) Syarat-syarat Bagi Tanah-Tanah Yang Digunakan Untuk


Kilang-Kilang Yang Mempunyai Teknologi Tinggi Yang
Berupa Projek-Projek Yang diberikan Keutamaan
71
(a) Tuantanah dibenarkan untuk memberikan equiti
Syarikatnya sehinga 51% kepada warganegara
asing dengan syarat kilang yang didirikan
diatasnya adalah kilnag yang menggunakan
teknologi tinggi atau kilang-kilang bagi projek-
projek yang diberikan keutamaan oleh Pihak
Kerajaan

(4) Syarat-syarat Bagi Tanah-Tanah Digunakan Untuk Kilang-


Kilang / Projek-Projek menggunakan Sumber Yang Tidak
Boleh Diperbaharui ( non-renewable Resource )

(a) Tuantanah dibenarkan memberi equiti sahamnya


sehingga 100% jika sekiranya pihak Jawatankuasa
Besar Pembangunan Perindustrian Negeri Johor
berpuas hati dengan tahap pelaburannya, teknologi
yang digunakan, risiko yang terlibat, penggunaan
tenaga pakar, cara pemprosesan bijih yang terlibat,
tahap integrasi dan peringkat nilai ditambah yang
terlibat didalam projek tersebut.

SEKATAN HAKMILIK

(i) Tanah yang dikurniakan ini tidak boleh dijual, dicagar, dipajak,
dipindahmilik atau dilepaskan dengan apa cara sekailipun termasuk
dengan cara menggunakan segala surat perjanjian yang bertujuan untuk
melepaskan / menjual tanah ini melainkan setelah medapat kelulusan
Pihak Berkuasa Negeri

[Sekatan ini hanya dikenakan kepada tuantanah yang


dikurniakan oleh Kerajaan untuk Perindustrian. Bagi tanah-tanah
yang telah diubah syarat kepada industri sekatan ini tidak boleh
dikenakan]

( ii ) Tuanpunya tanah dibenarkan menggadai, mencagar tanahnya sekali


sahaja kepada Kerajaan atau Badan Berkanun atau mana-mana Bank
yang berdaftar di Malaysia atau man-mana sumber kewangan yang
diakui oleh Kerajaan

4. PIHAK BERKUASA MEMBERIKAN PENGECUALIAN EQUITY BUMIPUTRA

4.1 Oleh kerana segala pengecualian equiti Bumiputra yang dibenarkan


diperenggan sebelum ini adalah dibenarkan dengan syarat-syarat yang
melibatkan perkara-perkara teknikal maka segala pengecualian untuk equiti
Bumiputra dan kebenaran ntuk penawaran equiti kepada warganegara asing
adalah terletak kepada Jawwatankuasa Besar Pembangunan Perindustrian
Negeri Johor. Dari itu segala permohonan untuk menawarkan equiti
warganegara asing hendaklah di alamatkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Teknikal Perindustrian Negeri Johor

72
5. TARIKH BERKUATKUASA

5.1 Jawatankuasa Besar Pembangunan Perindustrian Negeri Johor di dalam


Mesyuaratnya pada 24.6.1986 telah membuat memutuskan supaya syarat-
syarat baru ini khasnya yang berkaitan dengan penyertaan-penyertaan equiti
warganegara asing hendaklah dilaksanakan mulai 1hb. Julai 1986.

6. PENYELARASAN TINDAKAN

6.1 Oleh kerana tarikh perlaksanaan Pekeliling ini ialah mulai daripada 1hb. Julai
1986, maka beberapa tindakan penyelarasan perlu diambil seperti berikut :-

6.1.1 Mana-mana permohonan yang sedang diproses oleh P.T.D. maka


pengenaan syarat ini adalah secara automatis dan P.T.D. semasa
membuat perakuan kepada Jawatankuasa Teknikal Perindustrian
hendaklah memperakukan supaya syarat-syarat Pekeliling ini dikenakan

6.1.2 Mana-mana permohonan yang sedang diproses oleh Jawatankuasa


Teknikal Perindustrian dan pihak P.T.D. telahpun menghantar
pandangan dan perakuan sebelum daripada tarikh pekeliling ini, pihak
P.T.G. akan mengambil tindakan membetulkan syarat-syarat dan lain-
lain kepada Kertas yang akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan
sesuai dengan kehendak pekeliling ini.

6.1.3 Bagi permohonan-permohonan yang telah dimajukan bagi pertimbangan


Majlis Mesyuarat Kerajaan, maka segala kelulusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan adalah terikat dengan syarat-syarat ini. Syarat-syarat baru ini
secara automatis dikenakan apabila hakmilik didaftarkan bagi
permohonan tanah yang telah dikurniakan dan juga dikunakan bagi
permohonan ubahsyarat

6.1.4 Segala surat-surat kelulusan berkaitan dengan 6.1.3 hendaklah


mengandungi syarat-syarat di para 6.1.3...

7. PENGGUNAAN PEKELILING YANG LAIN

7.1 Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan pekeliling P.T.G. Johor
Bil.9 / 72. Bagi kemudahan rujukan salinan pekeliling tersebut dikembarkan
bersama-sama ini.

t.t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BT ABDULLAH )
PengarahTanah Dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G. Johor


Johor Bahru
2hb Julai 1986

73
Diedarkan kepada :-

1. Y.B. Setiausaha Kerajaan, Johor

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, Johor

3. Ahli-Ahli Jawatankuasa Besar Pembangunan Perindustrian Negeri Johor

4. Semua Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah

5. Semua Pentadbir-Pentadbir Tanah, Daerah Kecil

6. Ketua Cawangan Audit, Johor

74
Bil. (12) dlm. P.T.G (R) 15/84-30

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 10/86 ( * * )

KEBENARAN YANG MENYELURUH BAGI CAGARAN/


GADAIAN UNTUK TANAH-TANAH YANG DIKENAKAN
SEKATAN KEPENTINGAN

1. TUJUAN

1.1. Pekelilimg ini dikeluarkan untuk memaklumkan Pentadbir-Pentadbir Tanah


Daerah dan Pendaftar Hakmilik mengenai Keputusan Kerajaan yang bersetuju
memberikan kebenaran menyeluruh untuk cagar/gadaian bagi semua jenis
tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.

2. KEPUTUSAN KERAJAAN

2.1. Majlis Mesyuarat Kerajaan bagaimana Ringkasan Mesyuarat Bil. 321/86


bertarikh 05.04.1986 telah memberi persetujuan yang menyeluruh ini bagi
membolehkan tuan-tuan tanah membuat cagaran/gadaian kepada :-

2.1.1 Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri


2.1.2 Badan-Badan Berkanun
2.1.3 Semua Bank-bank Perdagangan yang berurusniaga di Malaysia
2.1.4 Semua Bank-bank bukan Perdagangan yang ditubuhkan di bawah
Undang-undang seperti Bank Pertanian, Bank Rakyat dan lain-lain bank.
2.1.5 Semua Syarikat-syarikat Kewangan yang berdaftar dan berurusniaga di
Malaysia.
2.1.6 Semua Koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi.

3. KELONGGARAN SEKATAN

Kelonggaran bagi cagaran/gadaian ini adalah meliputi semua jenis sekatan


kepentingan dan semua jenis tanah yang memerlukan kelulusan Penguasa Negeri,
Pengarah Tanah dan Galian atau Pentadbir Tanah Daerah.

3.2. Kelonggaran ini juga adalah meliputi cagaran/gadaian bagi kali kedua dan
seterusnya.

3.3. Kebenaran cagaran/gadaian yang menyeluruh ini tidak termasuk


cagaran/gadaian kepada syarikat-syarikat yang bukan Syarikat Kewangan dan
orang-orang perseorangan. Jika ada permohonan untuk cagaran/gadaian selain
daripada yang dinyatakan di para 2.1.1 hingga 2.1.6 permohonan tersebut
hendaklah dikemukakan ke P.T.G bagi tindakan lanjut.

3.4. Kelonggaran ini juga adalah tertakluk kepada peruntukan Undang-undang


Tanah dan Enakmen Rizab Melayu Johor yang berkaitan.

75
4. TARIKH KUATKUASA

4.1. Kebenaran cagaran/gadaian yang menyeluruh ini berkuatkuasa mulai daripada


5hb. April, 1986.

4.2. Permohonan-permohonan bagi cagaran/gadaian yang telah ada diterima


selepas 5hb. April, 1986 atau selepas penerimaan pekeliling ini tidak perlu
dimajukan ke P.T.G dan Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah bolehlah
mengeluarkan surat kebenaran yang diperlukan itu. Dimasa-masa akan datang,
tuan-tuan tanah tidak perlu membuat permohonan rasmi dan Pentadbir Tanah
Daerah dan Pendaftar Hakmilik hendaklah menasihatkan supaya mereka
berurus terus dengan Bank-bank atau Syarikat-syarikat Kewangan pilihan
merekam, dan pejabat ini percaya pihak yang berkaitan dapat memberikan
pertimbangan kerana ini melalui surat bil:13 dlm. P.T.G(R)15/84-30 bertarikh
30hb. Ogos 1986 telah memaklumkan kepada Bank-bank dan Syarikat-syarikat
Kewangan tersebut mengenai kelonggaran yang diberikan oleh Kerajaan ini.

5. PERLAKSANAAN

5.1. Semua Pentadbir Tanah Daerah, Penolong Pentadbir Tanah di Daerah-Daerah


Kecil dan Pendaftar Hakmilik hendaklah menentukan kebenaran menyeluruh
bagi cagaran/gadaian ini dilaksanakan dengan segera. Satu cap getah (rubber
stamp) yang mengandungi rujukan kebenaran menyeluruh ini hendaklah
disediakan. Cap getah ini hendaklah dibuat sebagaimana di bawah :-

Kebenaran Mencagar/Menggadai tanah ini


Telah diluluskan oleh Kerajaan Johor
Sebagaimana Ringkasan Mesyuarat Bil:
321/86 bertarikh 5hb. April, 1986
Fail : P.T.G(R)15/84-30

5.2. Setiap dokumen cagaran/gadaian (Borang 16A) yang diterima di Pjabat Tanah
atau di Pejabat Pendaftar Hakmilik (P.T.G) hendaklah dicapkan dengan
kelulusan ini di atasnya setelah disemakdan didapati layak didaftarkan.

5.3. Dengan adanya kebenaran menyeluruh ini, semua Pentadbir Tanah Daerah dan
Pendaftar Hakmilik hendaklah mengambil maklum iaitu semua hakmilik tanah
yang mempunyai sekatan kepentingan yang melarang cagaran/gadaian bagi
maksud mendapatkan pinjaman daripada pihak-pihak yang disebutkan di para
2.1.1. hingga 2.1.6 di atas hendaklah dianggap telahpun dilonggarkan (waived)
dan dengan itu sekatan adalah tidak timbul sama sekali kerana kelonggaran
sekatan tidak membawa erti pindaan sekatan.

76
6. PEMBATALAN PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 3/86

6.1. Dengan adanya pekeliling ini, maka Pekeliling P.T.G Johor Bil. 3/86 bertarikh
20hb. Februari, 1986 adalah dibatalkan.

t.t
(DATO‘ HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH)
PengarahTanah dan Galian Johor,
Johor.

s.k. :
YB. Pegawai Kewangan Negeri, Johor.
Ketua Cawangan Audit Negeri, Johor.

PEJABAT P.T.G, JOHOR,


JOHOR BAHRU.
30hb. Ogos, 1986.

77
Bil ( 16 ) dlm P.T.G( R ) l5/86 - 15

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 11/86 ( * * )

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN KERAJAAN BAGI


MEMBOLEHKAN BANK-BANK PERDAGANGAN DAN SYARIKAT KEWANGAN
YANG BERURUSNIAGA DALAM MALAYSIA MENERIMA TANAH-TANAH
RIZAB MELAYU SEBAGAI CAGARAN ATAS PINJAMAN

1. TUJUAN :

Pekeliling ini dikeluarkan bagi menyampaikan keputusan Kerajaan mengenai perkara


di atas.

2. KEPUTUSAN KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor ( Ex. Co. ) yang telah bermesyuarat pada
6.7.86 ( R/M : 628/86 telah memberi persetujuan yang menyeluruh kepada
Bank-Bank dan Syarikat-Syarikat Kewangan yang berurusniaga dalam malaysia
menerima tanah-tanah Rizab Melayu sebagai cagaran di atas permohonan
pinjaman oleh orang-orang Melayu yang mengemukakan hakmilik Rizab
Melayu untuk cagaran pinjaman mereka.

2.2 Tujuan kebenaran cagaran yang menyeluruh ini dibuat oleh Kerajaan ialah bagi
menolong orang-orang Melayu yang memegang hakmilik Rizab Melayu
khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan juga golongan pertengahan
mendapatkan kemudahan pinjaman daripada Bank-Bank Perdagangan dan
Syarikat-Syarikat Kewangan yang belum diiktirafkan oleh Kerajaan Johor
sebagai Melayu di bawah Jadual Kedua Malay Reservation Enactment No. 1 of
1936.

3. SYARAT-SYARAT CAGARAN

Semua Bank-Bank Perdagangan dan Syarikat-Syarikat Kewangan yang belum


diiktirafkan sebagai sebagai Melayu di bawah Jadual Kedua Malay Reservation
Enactment No. 1 of 1936 adalah dibenarkan menerima cagaran tanah-tanah pegangan
Melayu dengan syarat :

3.1 Taraf tanah Rizab Melayu akan tetap dikekalkan walaupun peminjam gagal
membayar hutang Bank dan tanahnya terpaksa dilelong.

3.2 Pihak Bank hendaklah menentukan iaitu tanah yang hendak dilelong itu
hendaklah kepada orang Melayu juga sebagaimana yang dinyatakan dalam
Malay Reservation Enactment No. 1 of 1936

3.3 Tanah–Tanah Rizab Melayu yang dicagarkan kepada Bank-Bank dan Syarikat
Kewangan Asing adalah terikat dengan kehendak Seksyen 433B(4) – Kanun
Tanah Negara (Pindaan ) Tahun 1984 dan juga Seksyen 17 – Malay Reservation
Enactment No.1 of 1936. Seksyen-Seksyen berkenaan diberi di dalam Lampiran
‗A‘ kepada Pekeliling ini..

78
4 TARIKH KUATKUASA :

Tarikh berkuatkuasa kebenaran menyeluruh bagi cagaran tanah-tanah Rizab Melayu


ialah mulai daripada 6hb. Julai 1986.

t.t. ( DATO FATIMAH BINTI ABDULLAH )


PengarahTanah Dan Galian
Johor.

s.k.
Ketua Cawangan Odit,
Johor.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri


Johor.

PEJABAT PENGARAHTANAH DAN GALIAN,


JOHOR,
JOHOR BAHRU.

1hb. September 1986.

79
Lampiran ‗A‘

Seksyen 433(B) (4) Kanun Tanah Negara

Where an order for sale has been made under section 256, or 263 or 281, as the case
may be a non-citizen or a foreign company,whether or not he is the charge or a lien-
holder, shall not been entitled to bid at the sale where the land is subject to the category
―agriculture‖ or to any condition enquiring its use for any agricultural purpose, and in
a case where it is not subject to the category ―industry‖, without the prior approval of
the State Authority.

Seksyen 17 – Malay Reservation Enactment, 1956

(i) Subject to the provisions of sub-…………….. (ii), if any land included in a


Malay Reservation is encumbered, such land may be said or transfered at the instance of
the encumbrancer under the provisions of any law in force for the time being.

( ii ) No such land shall be sold or transfered to any person not being a Malay if at the
date of the registration of the encumbrance the sole proprietor of each of the co-
proprietors of such land was a Malay and such land was such date include ia a Malay
Reservation duly declared and gazetted after the commencement of this Enactment and
the interest of such sale proprietor or of each of such co-proprietor as the case may be a
Malay holding within the meaning of Section 2.

( iii ) In this section an ―encumbrance‖ includes a charge, a caveat in support of a lien


by deposit of document of title an attachment is execution of a decree or either order of
Court and an attachment before judgement, and an ―encumbrance‖ includes a charge, a
caveator who has caused to be registered such caveat as aforesaid, an attaching creditor
and a plaintif who has obtained an attachment before judgement.

80
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL.12/86

TATACARA PERMOHONAN MEWAKAFKAN TANAH

1. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan

Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 19.9.1986 (R/M Bil.749/86) telah


membuat keputusan seperti berikut:-

―Majlis Mesyuarat menimbangkan Ringkasan Mesyuarat bil. 749/86 dan


bersetuju mengecualikan segala bayaran premium, cukai tanah, bayaran pelan, bayaran
pendaftaran hakmilik dan lain-lain bayaran yang terlibat dengan kelulusan atau
permohonan Serahbalik dan Kurniasemula daripada Majlis Agama Islam untuk
mendapatkan hakmilik berasingan bagi tanah-tanah yang telah dipindahmilik
pihaknya sebagai tanah wakaf‖.

2. Tujuan Keputusan

Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat keputusan tersebut dengan tujuan untuk memberikan
kemudahan kepada tanah-tanah yang telah diwakafkan supaya dikeluarkan hakmilik
berasingan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor supaya tanah-tanah tersebut ditadbirkan
secara berasingan daripada tanah asalnya.

3. Tatacara Memproses Permohonan Mewakafkan Tanah

Dengan adanya keputusan ini maka P.T.D – P.T.D. hendaklah mengikut tatacara baru yang
diperuntukkan di bawah ini bagi bagi memproses permohonan wakafkan tanah:~

3.1.1 Tuan tanah yang berhajat untuk mewakafkan tanahnya hendaklah


terlebih dahulu berurus dengan Pejabat Kadi Daerah untuk mendapatkan
―sighah‖.

3.1.2 Setelah ―sighah‖ diperolehi, bolehlah permohonan wakaf dirujukkan ke


Pejabat Tanah yang berkenaan dengan menggunakan Borang 12D.

3.1.3 Setelah menerima permohonan ini, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah


mengukur dan menentukan bahagian yang hendak diwakafkan.

3.1.4 Permohonan bagi tujuan Serahbalik dan Kurniasemula ini tidak


dikenakan apa-apa bayaran sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan di perenggan 1.0 di atas. Permohonan ini dan pendaftaran
hakmilik-hakmilik di atas kelulusan Serahbalik dan Kurniasemula tidak
dikenakan apa-apa bayaran.

3.1.5 Bagi bayaran ukur pula pihak P.T.G. adalah dengan ini memberikan satu
blanket kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor agar dikecualikan
bayaran upah ukur bagi tujuan mendapat hakmilik kekal.

81
3.1.6 Pihak P.T.D. hendaklah memberikan kerjasama yang sepenuhnya
kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor di dalam menyediakan
pelan dan lain-lain berkaitan dengan permohonan Serahbalik dan
Kurniasemula kerana pihak Jabatan Agama tidak mempunyai kepakaran
di dalam bidang ini.

3.1.7 Segala keutamaan hendaklah diberikan kepada permohonan ini agar


sesuatu kelulusan itu dapat diberikan di dalam tahun permohonan wakaf
itu dibuat agar pihak Majlis Agama Islam tidak terkena membayar cukai
bagi tanah yang bukan tanggungjawabnya.

3.1.8 Jika terdapat mana-mana permohonan boleh diproses dengan cara pecah
bahagian sahaja, maka permohonan tersebut hendaklah diproses dengan
cara yang demikian dan kelulusan bagi tanah-tanah yang berpegang
dengan hakmilik pejabat tanah adalah diluluskan oleh pejabat tanah dan
bagi tanah-tanah berpegang dengan hakmilik daftar, kelulusannya
hendaklah dirujukkan ke pejabat P.T.G. bagi pertimbangan.

3.1.9 Bagi permohonan-permohonan yang diproses dengan cara pecah


bahagian ini pengecualian-pengecualian bagi bayaran kelulusan ukur
dan lain-lain adalah dikecualikan sama seperti permohonan Serahbalik
dan Kurniasemula.

3.1.10Bagi permohonan pecah sempadan pihak P.T.D. hendaklah juga


memberikan kerjasama kepada pihak Jabatan Agama bagi menyediakan,
mengisikan borang permohonan dan menyediakan pelan-pelan yang
berkaitan.

4. Pembatalan Pekeliling

Dengan adanya pekeliling ini, maka Pekeliling P.T.G. Johor Bil. 3/84 adalah
dibatalkan.

(Datin Paduka Fatimah Bt. Abdullah)


Pengarah Tanah Dan Galian,
Johor

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.
11hb Oktober 1986.

s.k. Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, Johor


Yang Dipertua, Jabatan Agama,Johor
Bendahari Negeri,Johor
Juru Audit Kanan Negeri Johor.

82
Bil. (23) dim. P.T.G XXXII /2/84

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 13/86 (XX)

TATACARA PENVEDIAAN/MENGHANTAR BORANG G. H.


BAUCER-BAUCER PEMBAYARAN BAGI KES PENGAMBILAN
BALIK TANAH DI KAWASAN JOHOR BARAT DAN RUJUKAN MAHKAMAH.

1. TUJUAN:

1.1 Pekeliling ini dibuat bagi tujuan untuk mengiktiraf cara-cara


menyediakan Borang G, H, baucer dan pembayaran berkaitan dengan
Pengambilan Balik Tanah di kawasan Johor Barat serta rujukan
mahkamah yang telah dipersetujukan antara pihak P.T.G, Pejabat-Pejabat
Tanah, Akauntan Negara Cawangan Johor dan pihak Johor Barat
sebagaimana surat Johor Barat JW. 2.03 - 5 (44) bertarikh 29hb.
Oktober, 1980 yang telah diedarkan ke Pejabat-pejabat Tanah yang
terlibat ketika itu [salinan dikembarkan].

1.2 Dengan adanya pekeliling ini maka cara yang telah dipersetujukan
sebagaimana surat tersebut hendaklah dipakai dan segala peraturan
pembayaran dan penyediaan baucer hendaklah merujuk kepada
pekeliling ini.

2. TINDAKAN-TINDAKAN PENYESUAIAN:

2.1 Walaubagaimanapun baru-baru mi pihak Akauntan Negara telah


mengadakan satu mesyuarat dengan pihak P.T.G, Johor Barat dan Pejabat
Tanah, Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Labis pada
27.9.86 bagi membincangkan masalah berbangkit daripada peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Dalam mesyuarat tersebut beberapa
keputusan telah dibuat dan ini melibatkan pengecualian-pengecualian
tersebut adalah sebagaimana berikut

2.1.1 Tuan tanah tidak hadir semasa penyiasatan:

Bagi kes-kes dimana tuan tanah tidak hadir semasa


penyiasatan, P.T.D - P.T.D tidak lagi diperlukan untuk mengisi
bilangan kad pengenalan jika sekiranya pihak tuan tanah tersebut
tidak dapat dikesan, memadailah P.T.D memberi kenyataan
kepada pihak Jabatan Parit dan Taliair, Johor Barat bahawa yang
berkenaan tersebut telah tidak hadir semasa penyiasatan.

83
2.1.2 Rujukan ke Mahkamah Tinggi Muar:

Masalah yang ditimbulkan oleh P.T.D Batu Pahat berkaitan


dengan permintaan pihak Mahkamah Tinggi, Muar supaya cek
disediakan terlebih awal semasa afidavit dihantar ke Mahkamah
Tinggi bagi tujuan mengamanahkan wang yang tidak dapat
diserahkan kepada tuan tanah, pihak Akauntan Negara akan
berutus surat kepada pihak Mahkamah Tinggi, Muar untuk
memberitahu diatas peraturan yang teiah dipersetujukan pada
tahun 1980. Dengan adanya tindakan daripada pihak Akauntan
Negara, P.T.D-P.T.D yang terlibat dengan pihak Mahkamah
Tinggi, Muar tidak perlu lagi meminta pihak Johor Barat atau
mana-mana Agensi Kerajaan yang memohon Pengambilan Balik
Tanah menyediakan cek bagi dihantar bersama-sama affidavit ke
Mahkarnah Tinggi.

2.1.3 Cek-cek yang tidak dapat diserahkan

Bagi cek yang tidak dapat diserahkan yang sekarang ini


telah meningkat ke jumlah ribuan di Pejabat Tanah Pontian dan
terdapat juga di Pejabat Tanah Batu Pahat dan cek-cek tersebut
telah pun lama terbatal, jika sekiranya timbul tuntutan oleh pihak
tuan punya tanah, maka apabila P.T.D menyediakan tuntutan
baru kepada J.P.T., bilangan cek lama, nombor baucer Akauntan
Negara, bilangan Baucer J.P.T hendaklah disertakan bagi
kemudahan dan penyemakan pihak J.P.T dan Akauntan Negara.

2.1.4 Perbezaan Nama

Jika terdapat perbezaan nama oleh kerana semasa gazette


dan lain-lain P.T.D. menggunakan nama yang ada di dalam
hakmilik tetapi apabila tuan tanah telah dapat dikesan nama-
nama yang ada didalam hakmilik tidak sama dengan nama yang
ada di dalam kad pengenalan, maka bentuk ―rubber stamp‖ di
dalam tuntutan bayaran yang dihantar kepada J.P.T seperti
berikut :-

―Adalah disahkan nama …………………....……………........….


(tuliskan disini nama di dalam hakmilik)

yang terdapat di dalani hakmilik dan nama ………………………


yang terdapat di dalam kad pengenalan adalahmerujuk kepada
tuan tanah yang sama sebagaimana enquiry bilangan
……………………… bertarikh ……………...……

84
……..………………………..…….
Pentadbir Tanah Daerah,
…….……………………………….
Tarikh : ………………………….

2.1.5 Pertukaran nama tuan tanah disebabkan keputusan bicara Harta


Pesaka Kecil atau Perintah Mahkamah berkaitan dengan Probate:

Jika berlaku pertukaran nama tuan tanah disebabkan


‗Transmission on Death‘ sama ada dibuat dengan cara Perintah
P.T.D melalui ―Small Estate Distribution Ordinance‖ ataupun
melalui Perintah Mahkamah Tinggi melalui ―Grant of Probate‖,
maka P.T.D hendaklah membuat pengesahan semasa penyediaan
tuntutan kepada J.P.T dalam bentuk ‗Rubber Stamp‘ sebagaimana
berikut :-

―Nama tuan-tuan tanah baru sebagaimana berikut:

1. ……………………………………………….
2. ……………………………………………….
3. ……………………………………………….
4. ……………………………………………….

adalah dilakukan dengan Perintah P.T.D / Perintah Mahkamah


sebagaimana Perintah Bil ………………………………….
bertarikh …………………………………………………………

…………………………………….
Pentadbir Tanah Daerah,‖

Tarikh: ………………………

2.1.6 Cara Pembayaran Selepas Mendapat Perintah Daripada


Mahkamah Kesan Daripada Rayuan Kepada Mahkamah
Tinggi:

Jika Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan di


atas kes-kes rayuan Pengambilan Balik Tanah dan pihak
Jabatan yang berkaitan diminta membayar jumlah yang lebih
daripada yang telah diputuskan oleh P.T.D, maka dua cek
pembayaran hendaklah disediakan. Pertama cek untuk
perbezaan diantara bayaran yang pertama dengan Perintah
Mahkamah dan yang kedua untuk pcmbayaran daripada
tarikh Perintah dibuat sehingga cek pertama diterima oleh
tuan tanah di atas kadar 8% daripada nilai yang telah
ditetapkan oleh Mahkamah.

85
2.1.7 Kelewatan Keputusan Mahkamah di atas Kes Rayuan

Jika sekiranya terdapat kes-kes rayuan Mahkamah Tinggi


lewat diputuskan oleh pihak Mahkamah sehingga Jabatan yang
berkenaan tidak dapat membayar daripada peruntukan projek
kerana telah terlewat dan masa yang telah ditetapkan, maka
pembayaran bagi kes-kes seperti ini hendaklah dibayar dibawah
Kepala Tanggungan Kes-kes Mahkamah oleh Perbandaran. Pihak
Jabatan yang memohon P.B.T hendaklah berhubung terus dengan
pihak Perbendaharaan berkaitan dengan perkara seperti ini.

3. TARIKH KUATKUASA:

3.1 Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam pekeliling ini adalah


berkuatkuasa mengikut tarikh pekeliling ini.

t.t.
(Datin Paduka Fatimah bt. Abdullah )
PengarahTanah dan Galian,
Johor
PEJABAT P.T.G. JOHOR,
JOHOR BAHRU
llhb. Oktober 1986

86
Bil. ( 12 ) dlm. P.T.G. 249/71 Jld. II.

PEKELILING P.T.G JOHOR BILANGAN 14/1986 ( * * )

PENURUNAN KUASA KEPADA PENGARAH TANAH DAN


GALIAN JOHOR BAGI MENGURNIAKAN TANAH-TANAH
DI DALAM KAWASAN PERINDUSTRIAN PERBADANAN
KEMAJUAN EKONOMI NEGERI JOHOR ( PKENJ ) DAN
TATACARA MEMPROSES PERMOHONAN DIDALAM
KAWASAN PERINDUSTRIAN PKENJ.

1. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

1.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 8hb. November 1986 di


bawah Perkara-perkara lain telah membuat keputusan seperti berikut :

― Majilis Mesyuarat bersetuju kuasa mengurniakan tanah di dalam Kawasan


Perindustrian Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor diperwakilkan
kepada Pengarah Tanah dan Galian, Johor mengikut Seksyen 13 Kanun Tanah
Negara.‖

1.2 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 12.11.1986 (R/M :1157/86)


telah membuat keputusan untuk mengira bayaran premium tanah-tanah di
dalam kawasan perindustrian PKENJ mengikut peraturan di Lampiran ‗A‘.

2. KAWASAN-KAWASAN PERINDUSTRIAN P.K.E.N.J.

2.1 Bagi tujuan-tujuan perlaksanaan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan,


kawasan-kawasan yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Johor untuk Perindustrian sebagaimana yang disenaraikan dibawah ini adalah
diistilahkan ―Kawasan Perindustrian P.K.E.N.J.‖ :-

Bil. Kawasan Perindustrian Luas ( Ekar )

2.1.1 Tanjung Agas, Muar 241

2.1.2 Tongkang Pecah, Batu Pahat 41

2.1.3 Segamat I 97

2.1.4 Senai I 02

2.1.5 Senai II 173

2.1.6 Pasir Gudang 6,037

2.1.7 Pasir Gudang ( Tambahan ) 842

2.1.8 Kota Tinggi 30

87
2.1.9 Pt. Raja. Batu Pahat 93

2.1.10 Kluang I 129

2.1.11 Sri Gading I 133

2.1.12 Sri Gading II 387

2.2 Kawasan-kawasan baru boleh ditambah kepada senarai ini apabila ia dimajukan
oleh P.K.E.N.J bagi tujuan-tujuan Perindustrian.

3. PERANAN PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI JOHOR


DAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN, JOHOR .

3.1 Peranan P.K.E.N.J untuk menerima permohonan tanah dan bayaran tuntutan di
dalam Borang 5A K.T.N akan diteruskan.

3.2 Begitu juga peranan Pengarah Tanah dan Galian Johor ( Timb. P.T.G ) bagi
menjalankan tugas-tugas Pentadbir Tanah Daerah (P.T.D) dikawasan-kawasan,
sebagaimana yang dibenarkan di bawah seksyen 12 Kanun Tanah Negara
adalah juga diteruskan.

3.3 Kedua-dua peranan yang disebutkan di para 3.1 dan 3.2 di atas adalah
dilaksanakan bersesuaian dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada
14.2.1973 R/M. Bil. (77/73). Ini dilakukan bagi memudahkan pelabur-pelabur
untuk berurus terus dengan P.K.E.N.J. bagi segala urusan tanah dan
mempercepatkan proses.

4. TATACARA MEMPROSES PERMOHONAN :

4.1 Mulai daripada tarikh Pekeliling ini segala permohonan-permohonan tanah di


dalam Kawasan Perindustrian P.K.E.N.J hendaklah diproses mengikut tatacara
berikut :-

4.1.1 Pihak P.K.E.N.J. adalah bertanggungjawab untuk membuat leaut dan


mendapatkan kelulusan-kelulusan daripada Pihak Berkuasa
Perancang.

4.1.2 Pihak P.K.E.N.J. hendaklah memberikan sesalinan pelan leaut yang


telah diluluskan berserta dengan tarikh mesyuarat dan bilangan
mesyuarat Penguasa Perancang untuk simpanan dan rekod kepada
P.T.D berkenaan dan sesalinan lagi kepada P.T.G.

4.1.3 Pihak P.K.E.N.J. hendaklah mengadakan satu siri bilangan tanah bagi
tiap-tiap satu kawasan perindustrian.

4.1.4 Bilangan siri tanah ini hendaklah didaftarkan dan Kemaskinikan


rekodnya sama seperti ―Buku Land Office Index‖ atau ―Survey Lot
88
Book‖ yang disimpan di Pejabat Tanah.

4.1.5 Bilangan tanah ini juga hendaklah direkodkan di atas pelan leaut
yang telah diluluskan.

4.1.6 Pihak P.K.E.N.J. adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan


rekod-rekod ini kepada P.T.D. berkenaan apabila sampai masanya
kelak.

4.1.7 Pihak P.T.G. atau Timb. P.T.G. akan memeriksa rekod-rekod di 4.1.3
hingga 4.1.6 bagi memastikan rekod-rekod ini dilaksanakan dan
disimpan dengan baik.

4.1.8 Pihak P.K.E.N.J. hendaklah menyimpan sebuah Buku Daftar


permohonan tanah seperti di Jadual 2 Kaedah-Kaedah Tanah Johor.
Daftar ini hendaklah dijaga dengan baik.

4.1.9 Segala permohonan tanah di dalam kawasan-kawasan ini hendaklah


dibuat dengan menggunakan borang di Jadual I, Kaedah-Kaedah
Tanah Johor dan dialamatkan kepada P.K.E.N.J.

4.1.10 Penentuan satu-satu permohonan adalah mengikut piawai dan


dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Negara yang mutakhir berkaitan
dengan pelaburan baik tempatan mahupun pelaburan asing.

4.1.11 Bayaran $10/- dan segala bayaran pengurniaan bagi tiap-tiap satu
permohonan hendaklah dikutip oleh P.K.E.N.J. Bayaran $10/- kerana
permohonan dikutip kerana tanah-tanah ini dianggap terletak di
dalam kawasan bandar.

4.1.12 Bayaran permohonan adalah Hasil Kerajaan Negeri dan akan


dikemukakan oleh P.K.E.N.J. kepada P.T.D yang berkenaan sama ada
permohonan diluluskan atau ditolak.

4.1.13 Bayaran-bayaran pembangunan dan lain-lain yang dikenakan oleh


P.K.E.N.J. sebagaimana yang dibenarkan oleh M.M.K pada 14.2.1973
(R/M.Bil. 77/73) akan juga dikutip oleh P.K.E.N.J.

4.1.14 Perkiraan bayaran Premium adalah sebagaimana yang diluluskan


oleh M.M.K pada 12.11.1986 ( R/M. Bil. 1157/86 ). Butir-butir
perkiraan diberikan di Lampiran ‗A‘.

4.1.15 Pihak P.T.G. akan merundingkan dengan pihak P.K.E.N.J. dan P.T.D di
atas kadar bayaran premium bagi satu-satu kawasan bagi satu-satu
tahun sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Majlis Mesyuarat
Kerajaan.

4.1.16 Sebelum sesuatu permohonan dimajukan ke Pejabat P.T.G ia


hendaklah terlebih dahulu dipertimbangkan oleh P.K.E.N.J.

4.1.17 Pihak P.K.E.N.J. hendaklah memastikan tiap-tiap tanah diukur awal,


ditandakan (pegged) di atas tanah dan pemohon telah ditunjukkan
tanahnya.

89
4.1.18 Pihak P.K.E.N.J. hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap kerja ukur
ini hendaklah direkodkan di dalam sebuah buku kerja luar ( Field
Book ). Ini bermakna setiap plot tanah mestilah mempunyai Buku
Kerja Luarnya sendiri.

4.1.19 Mutu kerja luar ini samalah dengan mutu kerja bagi penyediaan
pelan untuk permintaan ukur.

4.1.20 Segala ‗tracing‘ daripada kerja-kerja ini hendaklah diberi siri


bilangan khas dan disimpan dalam keadaan teratur dan kemaskini.

4.1.21 Apabila sesuatu permohonan itu telah diluluskan oleh P.K.E.N.J.


perakuan hendaklah dimajukan dengan segera ke Pejabat P.T.G
dengan menggunakan 3 salinan borang di Lampiran ‗B‘.

4.1.22 Tiap-tiap perakuan hendaklah disertakan dengan tiga salinan pelan


tanah yang berkenaan. Skala yang bersesuaian hendaklah digunakan
agar pelan tersebut mudah disalin apabila menyediakan Hakmilik
Sementara.

4.1.23 Apabila perakuan diterima oleh P.T.G ia akan diberikan satu bilangan
fail dan bilangan ini hendaklah digunakan di dalam apa-apa urusan
atau rujukan berkaitan dengan tanah ini.

4.1.24 Apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak P.T.G ( Timb. P.T.G ) 2
salianan pelan akan dikembalikan ke pihak P.K.E.N.J.

4.1.25 Catitan seperti berikut akan dibuat oleh P.T.G. pada pelan kelulusan
:-

Bil. ( ) dlm. P.T.G .....................................................................................

Dipersetujukan oleh P.T.G sebagaimana kuasa yang diperwakilkan

oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8.11.1986 ( P.T.G. 249/71 Jld. II )

............................................
PengarahTanah & Galian
Johor.

Tarikh : ...........................

4.1.26 Pihak P.K.E.N.J. apabila menerima kelulusan rasmi daripada P.T.G.


akan terus mengemukakan sesalinan Borang B yang telah diluluskan
bersama-sama dengan :-

90
(a) Satu salinan pelan tanah yang diluluskan.

(b) Satu salinan borang permohonan tanah.

(c) Bayaran permohonan tanah, bayaran premium dan lain-lain


bayaran.

(d) Tiga salinan borang Hakmilik Sementara yang telah disiapkan


butir-butirnya untuk pendaftaran.

(e) Tracing pelan tanah.

(f) Buku kerja Luar berkaitan.

4.1.27 P.T.D. berkenaan apabila menerima perkara dalam 4.1.26 hendaklah


mengambil tindakan berikut :-

(a) Mendaftar permohonan itu dalam satu daftar permohonan tanah


khas untuk Kawasan Perindustrian P.K.E.N.J. Format daftar sama
seperti didalam Jadual 2 Kaedah-Kaedah Tanah Johor.

(b) Mengkreditkan segala bayaran ke dalam akaun P.T.D. mengikut


Kod Hasil.

(c) Merekodkan bil resit-resit bayaran di dalam buku daftar.

(d) Memberikan bilangan tanah di dalam leaut yang telah diberikan


oleh P.K.E.N.J. sebagaimaan 4.1.2.

(e) Memasukkan bilangan tanah di dalam buku ―Land Office Index‖.

(f) Mengarahkan Pegawai Petempatan ( P.P ) berkenaan untuk


memeriksa perkara-perkara berikut :-

(i) Tanah telah diukur dengan betul.

( ii ) Tanda-tanda sempadan sementara telah diletakkan


dengan betul.

( iii ) Pelan tanah untuk Hakmilik Sementara ( pelan tanah


untuk permintaan ukur ) telah disediakan dengan betul.

( iv ) Membuat segala pembetulan yang perlu.

(v) Memberikan persijilan di atas tracing pelan, pelan-pelan


Hakmilik Sementara, di dalam Land Office Index dan di
dalam fail dengan persijilan berikut :-

91
Saya telah memeriksa pelan, kerja-kerja ukur,
tanda-tanda sempadan sementara dan didapati
adalah betul.
.......................................
( Tandatangan P. P )

Tarikh : .........................

(g) Memajukan ketiga-tiga salinan Hakmilik Sementara kepada


Pejabat P.T.G. bagi didaftarkan. Gunakan rujukan fail di para
4.1.23.

4.1.28 Segala tindakan-tindakan berikut setelah ini adalah mengikut


peraturan-peraturan yang sediada di Pentadbiran Tanah.

5. TINDAKAN-TINDAKAN PENYESUAIAN :

5.1 Segala permohonan yang diterima sebelum ini dan belum diluluskan hendaklah
diproses mengikut tatacara di dalam Pekeliling ini.

5.2 Segala permohonan yang telah diluluskan sedapat yang mungkin hendaklah
diselaraskan rekod-rekodnya mengikut tatacara yang ada di dalam Pekeliling
ini.

6. TARIKH KUATKUASA :

6.1 Tatacara ini berkuatkuasa pada tarikh Pekeliling ini .

t.t
( DATIN PADUKA FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.
Bertarikh 10hb. Disember, 1986.

92
LAMPIRAN ‗A‘

FORMULA MENGIRA BAYARAN PREMIUM BAGI TANAH-TANAH


DI DALAM KAWASAN PERINDUSTRIAN P.K.E.N.J

A. BAGI TANAH YANG BAYARAN P.D.T. DIBAYAR


OLEH KERAJAAN NEGERI :-

1. Kira keluasan sebenar tanah yang telah diambil balik ( didalam kaki persegi ).

2. Kira keluasan sebenar tanah yang digunakan untuk infrastruktur ( didalam kaki
persegi ).

3. [ 1 - 2 ] ( di dalam kaki persegi ).

4. Dapatkan harga 3 mengikut harga pasaran semasa P.B.T.

5. Dapatkan 30 % harga mengikut harga pasaran pada tahun sebelum tahun


kurniaan. Harga ini ditentukan mengikut perundingan diantara P.T.G., P.K.E.N.J.
dan P.T.D. berkenaan.

6. Premium bagi satu-satu plot :-


= ( 4 + 5 ) x keluasan plot dalam kaki persegi.

7. Harga pasaran di 6 akan hanya diambil kira jika sekiranya P.K.E.N.J. belum
menjelaskan K.N. bayaran pampasan yang telah didahulukan oleh K.N.

B. BAGI TANAH YANG BAYARAN P.B.T. DIBAYAR BERSAMA


OLEH KERAJAAN NEGERI ( K.N ) DAN P.K.E.N.J.

{ Bayaran di A6 } + { Bayaran dijelaskan oleh K.N }


{ di atas } { jumlah pampasan P.B.T }

C. BAGI TANAH YANG BAYARAN P.B.T-NYA DIBAYAR


KESELURUHANNYA OLEH P.K.E.N.J.

Tiada bayaran premium.

RINGKASAN

P.K.E.N.J. = Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.


P.B.T. = Pengambilan Balik Tanah
P.T.G. = Pengarah Tanah dan Galian
P.T.D = Pentadbir Tanah Daerah
K.N. = Kerajaan Negeri.

93
LAMPIRAN ‘B’

RAHSIA KERAJAAN JOHOR


Bil : ( ) dlm.
Bil : ( ) dlm. P.T.G.

( ISIKAN DALAM 3 SALINAN )

PERMOHONAN TANAH DI DALAM KAWASAN


PERINDUSTRIAN P.K.E.N.J.
( Pekeliling P.T.G. Johor Bil. 14/86 )

UNTUK LOT :....................................................................


MUKIM :....................................................................
DAERAH :....................................................................
_____________________________________________________

A. BUTIR-BUTIR PEMOHON :

1. Sila isikan bahagian ini jika permohonan dibuat oleh orang perseorangan.

1.1 Nama : ...............................................................…………..............................................

1.2 No. K/Pengenalan : .............................................………….......................................

1.3 Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia *.

1.4 Bilangan Sijil Kerakyatan : ........................................................................................

1.5 Alamat : .............................................................................................................

1.6 Pekerjaan : ....................................................................................…………….…

1.7 Jika seorang kakitangan Kerajaan, sudah / belum mendapat kebenaran Lembaga
Tatatertib *.

1.8 No. Telefon : ...............................................................…..................………………

2. Jika permohonan daripada Syarikat :-

2.1 Nama Syarikat : ......................................................…………..............................

2.2 Alamat berdaftar Syarikat : ........................................................……………….......

2.3 Bilangan Pendaftaran Syarikat : ......................................................………….

Tarikh Didaftarkan : ..........................................................………….

2.4 Negeri asal ( untuk Syarikat Asing ) : ................................................………..............

2.5 Alamat di negeri asal : ............................................……….........................................

2.6 No. Telefon : .......................................................................……….............................

94
B. STATUS TANAH :

3. Status tanah ini adalah :-

3.1 * Tanah yang pampasannya dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

3.2 * Tanah yang pampasannya dibayar bersama oleh Kerajaan Negeri dan P.K.E.N.J.

3.3 * Tanah yang pampasannya dibayar sepenuhnya oleh P.KE.N.J.

4. Tandakan / dalam dimana yang bersesuaian.

Sudah Belum

4.1 Buku Siri Bilangan Tanah telah di


kemaskinikan rekodnya

4.2 Leaut telah dicatit bilangan tanah


dan ditandakan.

4.3 Bayaran permohonan $10/- dan


bayaran premium $ .................... @
......................./ p.k. dan lain-lain
bayaran telah dikutip.

4.4 Sempadan tanah sementara telah


ditandakan di atas tanah dan
ukuran mutu kerja permintaan
ukur telah dilaksanakan.

4.5 Segala butir-butir kerja ukur


telah direkodkan di dalam Buku
Kerja Luar.

4.6 Tracing telah disediakan dengan skil


sesuai untuk pelan Q.T dan P.Ukur.

4.7 Traing telah diberi bilangan siri

4.8 Pemohon telah ditunjukkan


sempadan sementara tanah dipohon.

C. KEPUTUSAN LEMBAGA PENGARAH P.K.E.N.J.

5.1 Permohonan ini telah dibawa ke mesyuarat Lembaga PengarahP.K.E.N.J. pada


......................... dan Lembaga bersetuju supaya diperakukan kepada Penguasa
Negeri bagi diluluskan.

95
D. PERAKUAN PIHAK P.K.E.N.J.

6.1 Adalah diakui bahawa segala laporan di atas adalah benar dan segala tindakan
dan keputusan telah disempurnakan dengan betul, maka dengan ini adalah
dipohonkan supaya permohonan ini diluluskan kepada pemohon oleh Penguasa
Negeri.

6.2 Disertakan bersama-sama ini 3 salinan pelan

............................................................
b.p P.K.E.N.J

Tarikh : ..............................................

E KELULUSAN P.T.G. JOHOR BAGI PIHAK PENGUASA NEGERI

7.1 Adalah saya dengan kuasa-kuasa yang diperwakilkan kepada saya mengikut
Seksyen 13 KanunTanah Negara oleh pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan pada
8.11.1986 [ Bil. ( 2 ) dlm. P.T.G. 249/71 ] dengan ini meluluskan permohonan
/ menolak tanah bil : ....................................................seluas
.........................................................................kepada.....................................................
.............................. dengan bayaran, syarat-syarat dsan pelan sebagaimana
dilampirkan.

7.2 Dengan ini pihak P.K.E.N.J. dikehendaki memanjangkan keputusan ini bersama
perkara-perkara berikut kepada P.T.D. berkenaan bagi tindakannya :-

(a) SATU salinan pelan tanah yang diluluskan.

(b) SATU salinan borang permohonan tanah.

(c) Bayaran permohonan tanah, bayaran premium dan lain-lain bayaran.

(d) TIGA salinan borang Hakmilik Sementara .

(e) ― Tracing‖ pelan tanah.

(f) Buku Kerja Luar.

96
T.M …...................................................
PENGARAH TANAH & GALIAN
JOHOR.

Bertarikh : ......................................

___________________________________________________________________________

* Potong yang mana tidak berkenaan.

- Kembalikan 2 salinan perakuan ini bersama


2 salinan pelan kepada P.K.E.N.J.

RAHSIA KERAJAAN JOHOR

SYARAT-SYARAT DAN BAYARAN KELULUSAN

Kegunaan - Bangunan / Perusahaan

Hakmilik - Pajakan Negeri ( 60 tahun )

Harga Tanah - Mengikut Lampiran ‗A‘ dalam Pekeliling


P.T.G. Johor Bil. 14/86

Cukai Tahunan - Mengikut Jadual dalam Kaedah-kaedah


Tanah Johor.

Bayaran Ukur dan - Mengikut Jadual.


lain-lain.

Syarat-syarat Nyata :-

1) Tanah yang terkandung di dalam Hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata


kerana perusahaan ( ringan/sederhana/berat )*.

2) Tanah yang terkandung di dalam Hakmilik ini hendaklah digunakan semata-mata


sebagai tapak bangunan untuk perusahaan + ............................ dan lain-lain bangunan
yang berkaitan dengan perusahaan ini.

+ Disini sebutkan jenis kilang perusahaan yang dipersetujukan seperti


Kilang Gelas, Kain, dan sebagainya.

3) Dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pendaftaran Suratan Hakmilik tuanpunya tanah
hendaklah mendirikan sebuah kilang mengikut pelan yang diluluskan oleh Majlis
Daerah atau sebarang Pihak Berkuasa.
97
4) Tiada satu bangunan pun dibenar didirikan atau digunakan untuk tujuan perumahan
di atas tanah yang dikurniakan ini melainkan untuk tujuan tidak lebih daripada 2
orang yang diambil kerja sebagai Jaga.

5) Tuanpunya tanah hendaklah mengambil pekerja-pekerja dan melatih Rakyat


Persekutuan dalam peringkat Eksekutif dan Teknikal hingga tingkatan Pengurus dengan
menitikberatkan kepada pengambilan dan melatih orang-orang Melayu supaya
sekurang-kurangnya 40 % daripada semua tingkatan jawatan hendaklah dipenuhi oleh
orang-orang Melayu.

6) Segala kekotoran yang dikeluarkan dari kilang ini seperti air, debu hendaklah
disalurkan atau dibuang kepada tempat/tempat-tempat yang ditentukan. Segala pelan-
pelan yang menunjukkan bagaimana sampah sarap atau kekotoran akan
disalurkan/dibuang hendaklah dipersetujukan terlebih dahulu oleh Pegawai-pegawai
yang tertentu.

Sekatan Hakmilik :

1) Tanah yang dikurniakan ini tidak boleh dijual, dipajak, ataupun dipindahmilik dengan
apa cara sekalipun, termasuk dengan cara menggunakan segala surat perjanjian yang
bertujuan untuk melepas/menjual tanah ini tanpa kebenaran Penguasa Negeri.

___________________________________________________________________________

* - Potong yang tidak berkenaan.

98
Bil. ( 31 ) dlm. P.T.G ® 15 / 82 - 38

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 15/86 (<>)

TATACARA PERMOHONAN MEWAKAFKAN TANAH

1. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan :

1.1 Majli Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 19.9.86 ( R.M Bil. 749/86 )
telah membuat keputusan seperti berikut :-

―Majlis Mesyuarat menimbangkan Ringkasan Mesyuarat Bil.749/86 dan


bersetuju mengecualikan segala bayaran premium, cukai tanah, bayaran pelan,
bayaran pendaftaran Hakmilik dan lain-lain bayaran yang terlibat dengan
kelulusan atau permohonan serahbalik kurni semula daripada Majlis Agama
Islam ntuk mendapat Hakmilik berasingan bagi tanah-tanah yang telah
dipindahmilik kepda pihaknya sebagai tanah Wakaf.‖

2. Tujuan Keputusan :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat keputusan tersebut dengan tujuan untuk
memberikan kemudahan kepada tanah-tanah yang telah diwakafkan supaya
dikeluarkanHakmilik berasingan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor
supaya tanah-tanah tersebut ditadbir secara berasingan daripada tanah asalnya.

3. Tatacara Memproses Permohonan Mewakafkan Tanah:

3.1 Dengan adanya keputusan ini maka PTD-PTD hendaklah mengikut tatacara
baru yang diturunkan di bawah ini bagi memproses permohonan mewakafkan
tanah :-

3.1.1 Tuan tanah yang berhajat untuk mewakafkan tanahnya hendaklah


terlebih dahulu berurus dengan Pejabat Kadi Daerah untuk mendapatkan
‗Sighah‘ .

3.1.2 Setelah ‗Sighah‖ diperolehi, bolehlah permohonan wakaf dirujukkan ke


Pejabat Tanah yang berkenaan dengan menggunakan Borang 12D.

3.1.3 Setelah menerima permohonan ini, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah


mengukur dan menentukan bahagian yang hendak diwakafkan.

3.1.4 Permohonan bagi tujuan Serahbalik dan Kurniasemula ini tidak


dikenakan apa-apa bayaran sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan di perenggan 1.0 di atas . Begitu juga segala bayaran yang
berkaitan dengan permohonan ini dan pendaftaran hakmilik-hakmilik
diatas kelulusan Serahbalik dan Kurniasemula tidak dikenakan apa-apa
bayaran.

3.1.5 Bagi bayaran ukur pula, pihak P.T.G adalah dengan ini memberikan satu
kelulusan menyeluruh kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor
agar dikecualikan bayaran upah ukur bagi tujuan mendapat hakmilik
kekal
99
3.1.6 Pihak PTD hendaklah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada
pihak Jabatan Agama di dalam menyediakan pelan dan lain-lain
berkaitan dengan permohonan Serahbalik dan Kurniasemula kerana
pihak Jabatan Agama tidak mempunyai kepakaran di dalam bidang ini.

3.1.7 Segala keutamaan hendaklah diberikan kepada permohonan ini agar


sesuatu kelulusan itu dapat diberikan di dalam tahun permohonan wakaf
itu dibuat agar pihak Majlis Agama Islam tidak terkena membayar cukai
bagi tanah yang bukan tanggungjawabnya.

3.1.8 Jika terdapat mana-mana permohonan boleh diproses dengan cara pecah
bahagian sahaja, maka permohonan tersebut hendaklah diproses dengan
cara yang demikian dan kelulusan bagi tanah-tanah yang berpegang
dengan Hakmilik Pejabat Tanah adalah diluluskan oleh Pejabat Tanah
dan bagi tanah-tanah yang berpegang dengan Hakmilik
Pendaftar,kelulusannya hendaklah dirujukkan ke Pejabat P.T.G bagi
pertimbangan.

3.1.9 Bagi permohonan-permohonan yang diproses dengan cara pecah


bahagian ini pengecualian-pengecualian bagi bayaran kelulusan ukur
dan lain-lain adalah dikecualikan sama seperti permohonan Serahbalik
dan Kurniasemula.

3.1.10 Bagi permohonan pecah sempadan pihak PTD hendaklah juga


memberikan kerjasama kepada Jabatan Agama bagi
menyediakan,mengisikan borang permohonan dan menyediakan pelan-
pelan yang berkaitan.

3.1.11 Walaubagaimanapun, jika mana-mana pecah sempadan tanah pertanian


mengakibatkan ada bahagian pecah sempadan menjadi kurang daripada
2/5 hektar, permohonan mewakafkan tanah ini hendaklah diproses
dengan cara Serahbalik dan Kurniasemula.

4. Pembatalan Pekeliling :

4.1 Dengan adanya pekeliling ini, maka Pekeliling P.T.G. Johor Bil. 12/86 adalah
dibatalkan.

t.t
( DATIN PADUKA HAJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah dan Galian,
Johor .

Pejabat P.T.G Johor,


Johor Bahru.
9 hb. Mac 1986.

S.K :
Y.B Pegawai Kewangan Negeri, Johor,
Yang Dipertua Jabatan Agama, Johor.
Bendahari Negeri, Johor.
Juruodit Kanan Negeri Johor.
100
Bil. ( 18 ) dlm P.T.G. 116 / 70 Bhg. III
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 16 / 86 ( <> )

TATACARA MEMPROSES PERMOHONAN UBAH SYARAT


SERAHBALIK KURNIASEMULA BAGI TUJUAN PERINDUSTRIAN

1. KEPUTUSAN M.M.K.

1.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 8.11.1986 di bawah ―LAIN-


LAIN PERKARA‖ telah membuat keputusan supaya satu cara baru sebagaimana
dinyatakan di tajuk-tajuk di bawah diikuti untuk memproses permohonan
ubahsyarat kepada Perindustrian bagi kawasan-kawasan diluar zone
Perindustrian atau diluar kawasan Perusahaan Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Johor( PKENJ )

2. TATACARA MEMPROSES PERMOHONAN

2.1 Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan


dengan salinan kepada Urusetia. Tindakan hendaklah diambil mengikut arahan
di jumlah kata 2, Pek. P.T.G. Johor Bil 9 / 72

2.2 Urusetia menghantar borang permohonan Perindustrian untuk mengetahui


perihal industri yang hendak dilaksanakan

2.3 Borang permohonan yang telah diisi dihantar kepada Jabatan-Jabatan yang
terlibat untuk mendapatkan ulasan dan pandangan

2.4 Setiap Jabatan dikendaki memberi ulasan di dalam masa DUA MINGGU
sekiranya Jabatan-Jabatan gagal memberi ulasan dalam tempoh tersebut,
Jabatan berkenaan dianggap bersetuju dengan permohonan atau Jabatan-
Jabatan berkenaan dikehendaki memberi ulasan semasa Mesyuarat
Jawatankuasa diadakan

2.5 Ulasan-Ulasan daripada Jabatan-Jabatan akan dibawa bagi pertimbangan


Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian Negeri Johor ( JPPNJ ). Ahli
Jawatankuasa ini ialah :-
1. YAB Menteri Besar Johor ( Pengerusi )
2. Y.B. Dato‘ Setiausaha Kerajaan Johor
3. Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor
4. Pengarah Kerja Raya
5. Pengarah Tanah Dan Galian Johor
6. Pengarah Kerja, P.K.E.N.J.
7. Pengarah Perancang Bandar Dan Desa Johor
8. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Johor
9. Pengarah MIDA
10. Pengawal Telekom Johor
11. Pengurus LLN Johor
12. Pegawai Kawalan Tanah, Jabatan Alam Sekitar
13. Pengawal Kastam Johor

101
Turut hadir :

1. Pengarah Perubatan Dan Kesihatan Johor


2. Ketua Polis Johor
3. Pegawai-Pegawai Daerah
4. Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah
5. Pegawai Pelancongan
6. Pengarah Perhutanan

2.6 Keputusan Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian Negeri Johor akan dibawa


terus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan

2.7 Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan akan dibawa terus kepada Urusetia

2.8 Urusetia akan menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan kepada


pemohon dan dengan itu pemohon dikehendaki membayar premium tanah dan
mengambil langkah-langkah mendirikan kilang atau projek perusahaan mereka

3. SYARAT EQUITI BUMIPUTRA

3.1 Syarat-syarat Equiti Bumiputra hendaklah selaras dengan syarat-syarat yang


ditetapkan oleh Kerajaan Pusat

3.2 Syarat Equiti Bumiputra hendaklah terus didaftarkan didalam hakmilik

3.3 Penguatkuasaan syarat-syarat ini dilonggarkan selama 2 tahun untuk


memberikan peluang kepada tuanpunya memulakan perusahaan

4. PENUKARAN KEGUNAAN ( PENGELUARAN )

4.1 Jika sekiranya timbul keraguan menukarkan penukaran kegunaan( pengeluaran


) tetapi tidak mengubah jenis berat, ringan atau sederhana, maka permohonan
tersebut tidak perlu dibawa kepada Jawatankuasa memadai dengan dirujuk
kepada Jabatan-jabatan yang perlu oleh Pentadbir Tanah Daerah sendiri dan
kemudiannya dibawa bagi pertimbangan P.T.G.

5. PENUKARAN SYARAT KEPADA PAM MINYAK

5.1 Permohonan seperti ini tidak perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pembangunan
Perindustrian Negeri Johor. Peraturan yang berjalan sekarang ini dengan
merujuknya kepada P.T.G. hendaklah diteruskan

102
6. PEMAKAIAN PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL 9 / 86 DAN PERCANGGAHAN
DENGANNYA :

6.1 Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Pekeliling P.T.G Johor Bil
9 /86

6.2 Jika terdapat apa-apa percanggahan dengan Pekeliling tersebut maka peraturan
didalam Pekeliling ini hendaklah dipakai

7. TARIKH KUATKUASA :

7.1 Peraturan-Peraturan didalam Pekeling ini mula berkuatkuasa pada 8.11.1986


iaitu tarikh Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat Keputusannya

t.t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BT ABDULLAH )
Pengarah Tanah Dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G. Johor


Johor Bahru
10hb Disember 1986

103
Bil. ( 55 ) dlm. P.T.G. 1183 / 69 S / K

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 17 / 86 ( * * )

PENURUNAN KUASA BAGI MEMPERTIMBANGKAN


DAN MELULUSKAN PERMOHONAN LESEN
MENDUDUKI SEMENTARA DARIPADA WARIS
KEPADA PENTADBIR TANAH DAERAH

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan:

1.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 23.1.85 selepas


menimbangkan Ringkasan Mesyuaratnya Bil. 17 / 85 telah bersetuju diatas
perkara-perkara berikut :-

(a) Supaya Lesen Menduduki Sementara boleh dikeluarkan kepada tanah-


tanah yang pernah dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara dengan
syarat permohonan datang daripada balu atau anak tuanpunya Lesen
yang asal dan tanah belum lagi diperlukan oleh pihak Kerajaan Negeri.

(b) Bayaran Lesen Menduduki Sementara adalah mengikut Kaedah-Kaedah


Tanah Johor.

(c) Bayaran Lesen Menduduki Sementara yang tidak dikutip pada hal waris
pemegang asal Lesen Menduduki Sementara terus menduduki tanah
tersebut hendaklah dijadikan bayaran tambahan Lesen Menduduki
Sementara tahun yang pertama.

(d) Kuasa menimbangkan permohonan-permohonan seperti ini adalah


diperwakilkan dibawah Seksyen 13 Kanun Tanah Negara kepada
Pentadbir Tanah Daerah.

(e) Permohonan yang datang daripada bukan waris hendaklah dibawa bagi
pertimbangan Penguasa Negeri.

Tarikh Kuatkuasa :

2.1 Keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat
keputusan iaitu pada 23.1.1985

2.2 Peristiharan penurunan kuasa di dalam warta akan memberikan tarikh kuatkuasanya
pada tarikh yang sama.

t.t.
( DATO‘ FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengarah Tanah Dan Galian,
Johore.

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.
11hb. Disember 1986

104
Bil. ( 38 ) Dlm P.T.G 48 / 73 Pt. IV

PEKELILING P.T.G. JOHOR BILANGAN 18 / 1986 ( * * )

PENUBUHAN PASUKAN PETUGAS BAGI MENIMBANGKAN


PINDAAN PELAN LEOUT YANG TELAH DILULUSKAN
OLEH PENGUASA NEGERI

1. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

1.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 12hb. November 1986 ( RM


Bil. 1140 / 46 ) telah bersetuju di atas penubuhan sebuah Pasukan Petugas bagi
menimbangkan pindaan pelan leout yang telah diluluskan oleh pihak Berkuasa
Negeri. Ahli-Ahli Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada mereka-mereka di
bawah ini :-

1.1.1 Y.B. Setiausaha Kerajaan - Pengerusi

1.1.2 PengarahUnit Perancangan - Ahli


Ekonomi Negeri

1.1.3 PengarahPerancang Bandar - Ahli


Dan Desa

1.1.4 PengarahJ.K.R. - Ahli

1.1.5 Pentadbir Tanah Daerah - Ahli


berkenaan

1.1.6 Pihak Berkuasa Tempatan ) - Ahli-Ahli yang


yang berkenaan ) boleh dilantik
)
1.1.7 Lain-lain Ketua Jabatan )

1.1.8 Pengarah Tanah Dan Galian - Setiausaha

1.2 Di mesyuarat yang sama juga Majlis Mesyuarat Kerajaan telah melantik Pejabat
Pengarah Tanah Dan Galian sebagai urusetia

2. KUASA-KUASA PASUKAN PETUGAS ;

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju untuk mewakilkan kuasa kepada
pasukan Petugas bagi menimbangkan serta meluluskan permohonan pelan-
pelan pindaan dan leout serta perkara-perkara yang berbangkit dengannya
dengan syarat :-

2.1.1 Peratusan unit rumah murah tidak dikurangkan

2.1.2 Tidak ada perubahan kepada keluasan untuk kemudahan-kemudahan


awam

105
2.1.3 Jabatan-Jabatan yang berkenaan tidak adaa halangan

2.1.4 Pemaju telah menjelaskan bayaran pertama ( sekurang-kurang 30% dari


jumlah bayaran yang dituntut ), atau bagi mereka yang memilih untuk
membayar sekaligus telah menjelaskan segala tuntutan yang dibuat oleh
Kerajaan

3. TATACARA MEMPROSES PERMOHONAN

3.1 Segala permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengarah Tanah Dan


Galian, Johor dengan memberikan 10 salinan pelan bagi dirujukkan kepada
Jabatan-Jabatan seperti 1.1.1. hingga 1.1.8 diatas

3.2 Jabatan yang berkenaan hendaklah memberi jawapan di dalam masa 2 minggu
daripada tarikh surat edaran

3.3 Mana-mana Jabatan yang tidak memberi jawapan di dalam masa tersebut akan
diminta memberikan pandangannya semasa mesyuarat diadakan

3.4 Mesyuarat akan diadakan sebulan selepas tarikh permohonan dibuat. Ini
bermakna pemohon akan menerima jawapan di dalam tempuh 2 bulan
daripada tarikh permohonannya diterima

4. TARIKH KUATKUASA :

4.1 Peraturan di dalam Pekeliling ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh Majlis
Mesyuarat Kerajaan membuat keputusannya iaitu pada 12.11.1986

4.2 Apa-apa perisytiharan yang dibuat di dalam Warta Kerajaan akan memberi
tarikh di atas sebagaimana tarikh kuatkuasa perisytiharan tersebut

t.t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BT ABDULLAH )
Pengarah Tanah Dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G. Johor


Johor Bahru
13hb Disember 1986

106
Bil. ( 8 ) P.T.G. ( PER ) 120

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 1 / 87 ( <> )

PENURUNAN KUASA KEPADA P.T.G. DAN P.T.D.- P.T.D.

1. Tujuan

1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memaklumkan P.T.D.- P.T.D. mengenai
keputusan Kerajaan untuk menurunkan beberapa kuasa kepada P.T.G. dan
P.T.D.- P.T.D. mengikut keputusan yang telah dibuat didalam R.M. Bil 209/87
bertarikh 14.2.87.

2. Kuasa-kuasa yang telah diturunkan

2.1 Kurniaan Semula Tanah

2.1.1 Pentadbir Tanah Daerah adalah diberi kuasa untuk meluluskan


permohonan semula tanah-tanah yang telah terbatal kurniaannya
kerana tidak menjelaskan tuntutan 5A sekiranya tanah tersebut dipohon
semula oleh pemohon asal atau oleh ahli-ahli keluarga seperti
suami/isteri atau anak-anak.

2.1.2 Pengarah Tanah dan Galian diberi kuasa untuk meluluskan


permohonan-permohonan semula oleh waris-waris lain selain dari yang
dinyatakan di atas.

2.2 Kurniaan tanah selepas ukuran halus

2.2.1 P.T.D. diberi kuasa untuk meluluskan tanah-tanah yang telah berlebihan
selepas diukur halus sekiranya keluasan yang terlibat kurang daripada 3
ekar atau kurang daripada 10 % daripada keluasan asal mengikut yang
mana terlebih kecil.

2.2.2 Bagi tanah-tanah yang kelebihannya lebih daripada 3 ekar tetapi tidak
melebihi 10 ekar dan masih kurang daripada 10 % daripada keluasan
asal kuasa meluluskannya adalah diturunkan kepada P.T.G.
Bagi kes-kes yang melebihi keluasan-keluasan yang dinyatakan di atas
kuasa meluluskannya adalah terletak kepada pihak Berkuasa Negeri.

2.3 Bayaran premium secara beransur-ansur


bagi projek perumahan

Pentadbir Tanah Daerah adalah diberi kuasa untuk membenarkan bayaran


premium secara beransur-ansur bagi permohonan-permohonan Serahbalik dan
Kurniasemula yang telah diluluskan dan telah dikeluarkan Borang 5A. Tempoh
bayaran 5A adalah dipinda daripada 3 bulan kepada 6 bulan dengan bayaran
pertamanya sebanyak 30% daripada jumlah yang dituntut.Jumlah yang masih
berbaki boleh dipungut dengan lima bayaran dengan kiraan samarata.
Kemudahan ini adalah hanya untuk kelulusan projek-projek perumahan yang
107
mana jumlah tuntutan adalah lebih daripada $2,000/-.

2.4 Menempatkan peserta-peserta Rancangan G.S.A.

2.4.1 Di dalam beberapa Rancangan G.S.A didapati bahawa selepas diukur


halus ada peserta-peserta yang menduduki tanah tidak mengikut
sempadan yang telah diukur. Mereka tidak boleh diarah untuk
berpindah dengan sebab telah bercucuk tanam di atas tanah tersebut.
Selalunya apa yang dilakukan ialah P.T.D. merombak semula tanah-
tanah yang tidak mengikut lot di dalam pelan dan mengemukakan
semula penempatan peserta-peserta bagi pertimbangan Kerajaan.

2.4.2 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan P.T.D


menempatkan dahulu peserta-peserta mengikut rombakan lot-lot
sebagaimana yang telah diusahakan oleh peserta-peserta. Selepas selesai
penempatan peserta-peserta perkara tersebut hendaklah dibawa untuk
pengesahan pihak Berkuasa Negeri.

2.5 Penurunan kuasa ini adalah terhad kepada P.T.D sendiri dan tidak meliputi
mana-mana Penolong Pentadbir Tanah Daerah.

3 Laporan Bulanan

3.1 Semua P.T.D dikehendaki mengemukakan laporan bulanan mengenai kelulusan


yang telah dibuat olehnya untuk dimaklumkan kepada Majlis Mesyuarat
Kerajaan. Format yang digunakan adalah seperti yang dilampirkan. Bagi
pungutan bayaran beransur Format seperti Lampiran ‗C‘ yang disertakan
dengan Pekeliling P.T.G., Johor bil. 5/86 boleh digunakan dengan
menambahkan ruang-ruang untuk ansuran bayaran.

t.t
( DATIN PADUKA FATIMAH BT. ABDULLAH )
PengarahTanah dan Galian,
Johor.
Pejabat P.T.G. Johor,
Johor Bahru.
23.2.87

108
LAMPIRAN ‗A‘
Bil : ( ) dlm. P.T.G. .

............................................................................

............................................................................

............................................................................

Per : PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA


BAGI TUJUAN PERUMAHAN

Oleh :

Untuk :

Mukim :

Daerah :

Nama Taman :

________________________________________________________________________

Adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri telahpun bersetuju tanah-tanah yang tersebut diatas
diserahbalik dan kepada Kerajaan dan dikurniakan semula kepada tuan-tuanpunya tanah
dalam bentuk bidang-bidang kecil seperti berikut :-

2. Jika tuan bersetuju dengan syarat-syarat yang diterangkan diatas berikut dinyatakan
tindakan-tindakan yang perlu tuan lakukan :-

2.1 Tandatangan surat yang dilampirkan bersama-sama ini dan hantar kepada
Pentadbir Tanah Daerah dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat ini

2.2 Memberitahu samada tuan hendak membayar tuttutan Kerajaan dengan satu
bayaran atau secara berperingkat

2.3 Menandatangani Surat Perjanjian yang akan dihantar kepada tuan oleh
Pentadbir Tanah Daerah ..............................................................................................
Surat Perjanjian ini hendaklah ditandatangan dan kembalikan ke Pejabat Tanah
yang berkenaan dalam tempuh dua minggu dari tarikh surat Pentadbir Tanah
Daerah ............................................................................................................................

3. Permohonan tuan akan terbatal sekiranya Surat Perjanjian tidak dikembalikan ke


Pejabat Tanah dalam tempoh yang dinyatakan di atas

109
4. Notis tuntutan bayaran akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Tanah Daerah sebaik-baik
sahaja surat perjanjian selesai diurus.

5. Denda sebanyak RM1000.00 akan dikenakan apabila tuan memohon semula dalam
tempoh 6 bulan dari surat ini

6. Sekiranya tuan memohon semula selepas tempoh 6 bulan dari tarikh ini, permohonan
tuan akan dianggap sebagai permohonan baru dan akan dikelilingkan semula ke
Jabatan-Jabatan yang berkenaan

7. Tatacara bayaran Secara Beransur disertakan bersama-sama ini untuk makluman tuan.

‗BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‘

Pengarah
Tanah Dan Galian
Johor

Salinan kepada :-

1. Timbalan Pengerusi,
Majlis Perbandaran Johor Bahru

2. Pengerusi Majlis Daerah,

............................................

3. Pegawai Daerah,

............................................

4. PengarahPerancang Bandar dan Desa,


Johor

5. penolong setiausaha Kerajaan,


Cawangan Kerajaan Tempatan

6. Penolong Setiausaha Kerajaan,


Cawangan Perumahan,
Johor Bahru,

7. Pengarah,
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor,
Johor

8. Pentadbir Tanah Daerah

....................................................... [ ]

110
1. Setelah tuan menerima surat persetujuan yang tersebut di atas, Surat Perjanjian
mengikut Pek. P.T.G. 1/81 yang mana telah dikenakan hendaklah disediakan
untuk tuanpunya tanah menandatangani dan dimajukan ke Pejabat ini untuk
tindakan selanjutnya. Borang 5A Kanun Tanah Negara hanya boleh dikeluarkan
apabila surat perjanjian ini sempurna diuruskan.

2. Sebagai penjelasan yang lebih lanjut di atas persetujuan pengurniaan ini, sila
tuan lihat perkara-perkara berikut yang dikembarkan bersama-sama ini :-

2.1

2.2

2.3

2.4 3 keping pelan yang telah diluluskan

Sekian untuk tindakan tuan.

Pengarah Tanah dan Galian


Johor

111
LAMPIRAN B
Pentadbir Tanah Daerah,

Per : PERMOHONAN SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA

Nama Pemaju :

Untuk Lot :

Mukim :

Daerah :

Nama Taman :

1. Saya bersetuju dengan syarat-syarat dan kadar bayaran yang dinyatakan dalamsurat
P.T.G. Bilangan

2. *( a ) Saya memilih untuk membayar segala tuntutan dengan satu bayaran

*( b ) Saya bersetuju dengan membayar segala tuntutan secara beransur seperti


berikut

Tarikh Membayar

Peringkat Pertama ......................................

Peringkat Kedua ......................................

Peringkat Ketiga ......................................

3. (a) Bagi peringkat pertama unit-unut yang terlibat ialah :- ( tidak kurang dari 30%
jumlah unit bagi seluruh rancangan )

Jenis Bangunan Unit

(b) Luas kawasan yang bakinya ................................................................ ekar

4. (a) Bagi peringkat kedua unit-unit yang terlibat ialah :-

Jenis Bangunan Unit

(b) Luas kawasan yang bakinya ................................................................ ekar

* Potong yang tidak berkenaan

112
5. (a) Bagi peringkat ketiga unit yang terlibat ialah :-

Jenis Bangunan Unit

6. Dilampirkan satu pelan leout menunjukkan peringkat-peringkat yang dinyatakan di


atas.

.............................................................
Tandatangan Pemaju / Tuan tanah

TIADA

SALINAN

113
LAMPIRAN C

Bil Bil.. Fail Nama Nama Tarik Ke- Jumlah Tarikh Bayaran Bayaran Bayaran
P.T.D. & Tuan Pemaju lulusan & Dituntut Lupus 5A Pertama dan Kedua & Ketiga
P.T.G. Tanah Bil. Tarikh Tarikh Dan
R.M. Tarikh
(1) (2) (3) (4) (6) (7) (8) (9)
(5) ( 10 )

114
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 2/87

PENGENAAN BAYARAN PENDAFTARAN DI BAWAH


SEKSYEN 124(A)(B) DAN (C) KANUN TANAH NEGARA

1. TUJUAN

Tujuan pekeliling ini untuk memaklumkan kepada semua Pentadbir Tanah Daerah
mengenai keputusan Kerajaan untuk mengenakan bayaran bagi endosmen dibawah
Seksyen 124(A)(B) Dan (C) Kanun Tanah Negara.

2. LATARBELAKANG

Di dalam kaedah Tanah Johor 1966 yang berkuatkuasa sekarang ini jadual V item
14(xx) catatkan seperti di bawah:-

Jadual V
14(xx)

Endorsement of rescission of express condition – RM60.00


Ini bermakna bahawa berkenaan bayaran pendaftaran hanyalah boleh dibuat kepada
pembatalan (rescind) syarat nyata sahaja dan tidak boleh dikenakan kepada lain-lain
perkara iaitu dibawah seksyen 124(a)(b) dan (c).

Memandangkan bahawa peruntukan di dalam kaedah tanah Johor ini terhad dan tidak
merangkumi seksyen 124(a)(b) dan (c) maka adalah difikirkan perlu sekarang ini
dikenakan bayaran kesemua endorsmen dibawah seksyen tersebut.

Pengarah Tanah dan Galian telah memperakukan kepada Kerajaan tentang pengenaan
bayaran tersebut dan Majlis Mesyuarat Kerajaan bagaimana Ringkasan Mesyuarat bil.
822/87 bertarikh 20.5.87 telah bersetuju supaya kaedah tanah Johor bagi
dipinda/ditambah bagi memasukkan peruntukan ini.

3. PINDAAN KEPADA KAEDAH TANAH JOHOR 1966

Jadual V item 14(xx) kaedah tanah Johor 1966 dengan ini adalah dimansuhkan dan
tempatnya digantikan dengan ayat seperti berikut:-

Jadual V
14(xx)

Endorsement under seksyen 124(a)(b) dan (c) dikenakan bayaran sebanyak RM60.00
bagi setiap hakmilik.

115
4. TARIKH KUATKUASA

Tarikh kuatkuasa pekeliling ini bermula pada tarikh Majlis Mesyuarat Kerajaan
membuat keputusan iaitu 20.5.1987. perisytiharan dalam warta Kerajaan akan dibuat
mengikut tarikh ini.

(Datin Paduka Hajjah Fatimah Binti Abdullah)


Pengarah Tanah Dan Galian,
Johor.

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.

116
Bil: (20)dlm.P.T.G.871/65 AJ-XIII

PEKELILING PENGARAH TANAH


DAN GALIAN JOHOR BIL.3/1987

PEMILIKAN TANAH OLEH BUKAN WARGANEGARA

1.0 TUJUAN

Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memaklumkan kepada Pentadbir-Pentadbir Tanah


Daerah mengenai keputusan Kerajaan yang dibuat didalam R/M bil.753/87bertarikh
7.5.1987mengenai syarat menyekat penjualan tanah kepada bukan warganegara.

2.0 KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

2.1 Bersetuju supaya syarat yang menghadkan penjualan tanah kepada


warganegara Malaysia sahaja yang terkandung di dalam surat perjanjian yang
dikehendaki ditandatangani oleh tuan tanah sebagai syarat kelulusan
permohonan serahbalik dan kurnia semula itu dibatalkan.

2.2 Bersetuju supaya tuan-tuan tanah yang telah menandatangani surat perjanjian
sebelum ini hendaklah membuat permohonan sekiranya ingin mendapatkan
pelepasan untuk menjual tanah kepada bukan warganegara.

2.3 Bersetuju bagi permohonan-peermohonan serahbalik dan kurniasemula yang


baru hendaklah dikenakan sekatan kepentingan yang menegah penjualan atau
pindahmilik tanah kepada sesiapa pun tanpa mendapat kebenaran Penguasa
Negeri bagi semua tapak-tapak rumah kediaman dan kedai.

3.0 TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

3.1 Untuk permohonan serahbalik dan kurniasemula yang baru diluluskan dan
belum menandatangani surat perjanjian:

- Perkara 12 dalam surat perjanjian yang dikeluarkan mengikut


Pekeliling P.T.G. 1/1981 adalah dibatalkan.

3.2 Untuk permohonan serahbalik dan kurniasemula yang telah menandatangani


surat perjanjian:

- Tuan punya tanah/pemaju hendaklah memohon kebenaran Y.A.B. Menteri


Besar. Permohonan ini hendaklah disalurkan kepada setiausaha kepada Y.A.B.
Menteri Besar terlebih dahulu dengan menggunakan format seperti dilampirkan
bersama-sama ini.

3.3 Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengenakan sekatan kepentingan dibawah


bagi semua hakmilik untuk tapak-tapak rumah kediaman dan kedai yang
diluluskan serahbalik kurniasemula selepas 6hb. Mei 1987:-

117
―Tanah yang terkandung didalam hakmilik ini tidak boleh dijual atau
dipindahmilik dengan apa cara sekali pun kepada bukan warganegara tanpa
persetujuan Penguasa Negeri.‖

(Datin Paduka Fatimah Binti Abdullah)


Pengarah Tanah Dan Galian,
Johor.

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.

Tarikh :22.hb September 1987

118
Lampiran (A) Kepada Pekeliling
P.T.G. Johor Bil.3/87

Nama:
Alamat:
Tarikh:

Kepada:
Setiausaha kepada
Menteri Besar,
Johor.

Per: Permohonan Untuk Mendapatkan Pelepasan Menjual Tanah Kepada Bukan


Warganegara Untuk Projek Perumahan Di Bawah Kelulusan Serahbalik Dan
Kurniasemula

Untuk Lot :
Mukim :
Daerah :
Nama Rancangan :
Nama Projek/Taman :

Dengan hormatnya saya/kami memohon untuk mendapatkan pelepasan dari Y.A.B.


Menteri Besar, Johor untuk menjual tanah kepada bukan warganegara.

2. Butir-butir dan maklumat lanjut tanah-tanah berkenaan disertakan dalam borang


Lampiran (B) kepada Pekeliling P.T.G. Bil.3/1987.
Sekian,terima kasih

…………………………………..
(Tandatangan)
s.k. PengarahTanah Dan Galian,
Johor Rujukan P.T.G. ………………….

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

PengarahTanah Dan Galian,


Johor

Keputusan Y.A.B. Menteri Besar, Johor Adalah Sebagaimana Dilampirkan

BIL. FAIL P.T.G……………….

119
Lampiran (B) Kepada Pekeliling
P.T.G. Johor Bil.3/87

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PELEPASAN MENJUAL TANAH KEPADA


BUKAN WARGANEGARA UNTUK PROJEK PERUMAHAN DIBAWAH KELULUSAN
SERAHBALIK DAN KURNIASEMULA.

1.0 MAKLUMAT MENGENAI PEMAJU/PEMILIK

1.1 Nama Pemaju/Pemilik ……………………………


……………………………
……………………………
1.2 Alamat ……………………………
……………………………
……………………………
……………………………
1.3 Bilangan Lesen Pemaju ...………………………….
1.4 Tarikh Luput ..…………………………..

2.0 MAKLUMAT MENGENAI PROJEK PERUMAHAN

2.1 Nama Projek…………………………………….


2.2 Tempat Kedudukannya…………………………
.…………………….…..
2.3 Mukim/Bandar……………………………….…
2.4 Daerah………………………………………….
2.5 Unit-unit yang Jenis Bangunan Jumlah Unit
diluluskan mengikut
Pelan Perancang Bil…………................…

(Sediakan Lampiran sekiranya ruang tidak cukup)

3.0 MAKLUMAT MENGENAI HAKMILIK- HAKMILIK

Gunakan lampiran (C ) sekiranya ruang tidak cukup

4.0 MAKLUMAT MENGENAI PENJUALAN YANG TELAH DILAKUKAN

4.1 Jumlah yang telah dijual kepada bumiputera …………….......Unit


4.2 Jumlah yang telah dijual kepada bukan bumiputera ………...Unit
4.3 Baki yang masih belum dijual ………………………………...Unit

120
5.0 MAKLUMAT MENGENAI UNIT-UNIT YANG DIMOHON UNTUK DIJUAL KEPADA
BUKAN WARGANEGARA

Jenis Bangunan
(Misalnya Kedai,Rumah Deret, Jumlah Unit
Rumah Sesebuah,Rumah Pangsa Dan Sebagainya)

(i)
(ii)
(iii)

………………………………….......….
Tandatangan Pemaju Atau Tuan Tanah
(Nama Penuh ………………......……..)

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

PengarahTanah Dan Galian,


Johor

Permohonan Diluluskan/Ditolak Dengan Syarat-Syarat :-

Y.A.B. MENTERI BESAR,


JOHOR.

121
Bil. (4)dlm.P.T.G(D) 15/87-19

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 4/87 ( X X )

MENGENAKAN DENDA KEPADA TUAN TANAH YANG TELAH


MENJUAL TANAH MEREKA YANG MEMPUNYAI SEKATAN
KEPENTINGAN TANPA TERLEBIH DAHULU MENDAPATKAN
KEBENARAN PENGUASA NEGERI

1. TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dan di


Daerah Kecil mengenai kelulusan Kerajaan bagi perkara di atas.

2. PERSETUJUAN KERAJAAN

Kerajaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (M.M.K) pada 10.09.1987


(Ringkasan Mesyuarat Bil.1313/87) telah bersetuju dikenakan denda kepada tuan-tuan
tanah yang telah melanggar Sekatan Kepentingan kerana menjual/menyerah tanah
mereka tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Penguasa Negeri.

3. KADAR DENDA

3.1. Kadar denda yang telah dipersetujukan oleh Kerajaan ialah:-

(i) Bagi tanah-tanah yang dijeniskan bangunan dikenakan $200.00 seplot


setahun.

(ii) Bagi tanah-tanah yang dijeniskan pertanian dikenakan $50.00 seekar


setahun.

3.2. Kerajaan juga bersetuju bayaran denda ini dikenakan untuk tempoh tidak
melebihi 10 tahun daripada tarikh surat Perjanjian Jualbeli (Agreement of Sale)
ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

3.3 Bagi kes-kes penyerehan tanah yang dibuat selain daripada menggunakan
Agreement of Sale seperti Power of Attorney, dan lain-lain lagi, Kerajaan juga
bersetuju denda tersebut dikenakan bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun iaitu
dikira daripada tarikh penerima menduduki tanah.

3.4 Bayaran denda ini ialah Hasil Negeri dan hendaklah dikreditkan kepada Kod
Hasil 57699-Pelbagai Denda dan Hukuman.

3.5. P.T.G. akan menentukan jumlah denda yang dikenakan kepada pemohon (tuan
tanah) di dalam surat kelulusan permohonan pindahmilik dan seterusnya
mengarahkan supaya denda tersebut dibayar kepada Pejabat Tanah di
Daerah/Pendaftar berkenaan. Bayaran tersebut hendaklah disertakan sekali
semasa perserahan dibuat dan hendaklah disertakan sekali semasa perserahan
dibuat dan hendaklah dimasukkan ke dalam kod seperti 3.4. di atas.

122
4. KUATKUASA

4.1. Peraturan ini adalah berkuatkuasa pada 01.04.1987 dan hanya meliputi tanah-
tanah yang telah diserahkan dipindahmilik dalam tempoh 10 tahun.

4.2. Semua permohonan kebenaran pindahmilik tanah yang diterima selepas ini
yang memerlukan kelulusan Y.A.B. Menteri Besar, hendaklah disiasat dengan
teliti dan hasil siasatan hendaklah dijelaskan dalam perakuan permohonan.
Semua salinan surat perserahan oleh tuan tanah yang berupa Surat Perjanjian
Jualbeli, Power of Attorney dan lain-lain lagi hendaklah dihantar bersama
dengan perakuan. Jika tidak ada surat perserahan, P.T.D hendaklah
memperakukan sedemikian didalamnya didalam perakuannya kepada P.T.G.

t.t
(DATO‘ HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH)
Pengarah Tanah dan Galian Johor,
Johor.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,


Johor.
Johor Bahru.
10.09.1987.

123
Bil. P.T.G ( PER ) 79
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 1 / 88 ( * * )

PANDUAN PROSIDUR MENGEMASKINIKAN PERUBAHAN


MAKLUMAT DOKUMEN HAKMILIK DAN CUKAI TANAH
KEPADA SISTEM DOKUMEN HAKMILIK TANAH DAN
PENTADBIRAN CUKAI TANAH BERKOMPUTER

1. TUJUAN :

Tujuan Pekeliling ini ialah untuk mengadakan satu prosidur kerja yang seragam bagi
memastikan pengemaskinian maklumat-maklumat Dokumen hakmilik ( DHM ) dan
pentadbiran Cukai Tanah ( PCT ) ke sistem Dokumen Hakmilik dan Pentadbiran Cukai
Tanah Berkomputer.

2. LATARBELAKANG :

2.1 Maklumat-Maklumat dokumen Hakmilik dan Cukai Tanah sentiasa berubah


berkaitan dengan pendaftaran Hakmilik baru, urusniaga, bukan urusniaga,
ubahsyarat, mengenakan syarat, membatalkan syarat, serahan tanah, cantuman,
pecah sempadan / bahagian, perampasan tanah, Pengambilan Balik Tanah,
remitan cukai, rebit cukai, penangguhan cukai, perjanjian semula cukai dan
lain-lain lagi.

2.2 Perubahan maklumat tersebut perlu dipindahmilik segera kepada maklumat-


maklumat DHM dan PCT ke setoran fail-fail komputer yang berkenaan.

3. PROSES PEMINDAHAN MAKLUMAT :

3.1 Perubahan maklumat berlaku di Bahagian Pendaftaran dan Bahagian Hasil


Pentadbiran Tanah sama ada di Pejabat Tanah Dan Galian ataupun Pejabat
Tanah Daerah.

3.2 Punca pertama maklumat-maklumat yang mengalami perubahan ialah


Dokumen Hakmilik seperti berikut :-

3.2.1 Pendaftaran Hakimilik.


3.2.2 Pendaftaran Ururniaga dan Bukan Urusniaga.
3.2.3 Memorial Pentadbiran Tanah
[ Sil lihat lampiran C ]

3.3 Perubahan maklumat-maklumat diatas hendaklah dipindahkna ke Borang-


Borang Komputer UBDT ( J1 ), UBDT ( J2 ) dan UBDT ( J3 ) oleh Pegawai Kerani
Pendaftaran yang berkenaan apabila memproses urusan-urusan berkenaan.
Pendaftaran Hakmilik dikehendaki mendaftarkan dahulu dokumen-dokumen
Urusniaga dan Bukan Urusniaga, kemudian menyemak maklumat pada J1, J2
dan J3 dan menandatangani ( initial ) borang-borang tersebut sebelum
mengembalikannya kepada kerani Pendaftaran.

124
3.4 Punca kedua maklumat-maklumat yang mengalami perubahan ialah dokumen-
dokumen Sistem Perakaunan Bermesin NCR seperti berikut :-

3.4.1 Buku Daftar Cukai


3.4.2 Bil Cukai Tanah
3.4.3 Borang Perubahan Cukai

J. 16
J. 17A
J. 17 B

Perubahan maklumat-maklumat tersebut hendaklah dilakukan oleh Pegawai


Kerani Hasil ( Kawalan )

4. PROSIDUR SEMAKAN DAN MENGEMASKINIKAN MAKLUMAT DHM DAN PCI :

4.1 Terdapat dua peringkat prosesan pengemaskinian maklumat.

4.1.1 Pengesahan dan Pembetulan Maklumat.

4.1.2 Mengemaskinikan Maklumat Perubahan

4.1.1 PEMBETULAN MAKLUMAT :

4.1.1.1 Pemindahan Peringkat Utama adalah proses pemindahan data-


data kutipan yang dilakukan oleh Seksyen Bank Data Tanah
K.P.T.G ke Komputer Pejabat Tanah Daerah dan Daerah Kecil.

4.1.1.2 SEMAKAN DAN MENGEMASKINI :

4.1.1.2.1 Senarai butir-butir DHM dan PCT perlu disemak dengan


DHM asal dan Buku Daftar Cukai ( termasuk butir-butir
cukai ) bagi mempastikan maklumat adalah betul.
Kesilapan yang terdapat perlu diperbetulkan di dalam
senarai dan data-data pembetulan perlu dipindahkan
kefail-fail tertentu di dalam setoran komputer.

4.1.1.2.2 Bagi DHM Pejabat Pendafaran P.T.G Johor, satu senarai


khas perlu disediakan dan dimajukan kepada P.T.G Johor
untuk diambil tindakan yang serupa.

125
4.1.2 Mengemaskini Maklumat Perubahan :

Perubahan-perubahan maklumat-maklumat yang diterima semasa


urusan peringkat pertama dilaksanakan hendaklah dipindahkan dan
dikemaskinikan bersama-sama. Tindakan ini termasuk maklumat-
maklumat tambahan rekod hasil daripada urusan pendaftaran hakmilik,
urusniaga, bukan urusniaga, memorial ubahsyarat, mengenakan syarat,
pembatalan syarat, Pengambilan Balik Tanah, serahan tanah, pecah
sempadan / bahagian, remitan, rebit dan penangguhan cukai dan lain-
lain.

4.2 Adalah penting bagi Bahagian Pentadbiran Tanah yang bertanggungjawab


terhadap perubahan maklumat DHM dan PCT mengadakan salinan-salinan
dokumen tambahan bagi perubahan maklumat cukai di dalam Borang J16, J17A
dan J17B dan memajukan borang-borang tersebut ke Seksyen Bank Data Tanah
Pejabat Tanah berkenaan supaya perubahan tersebut dapapt dipindahkan ke
storan maklumat komputer ( selain daripada salinan yang dimajukan ke
Bahagian NCR P.T.G Johor ).

4.3 Perubahan maklumat-maklumat DHM dan PCT yang perlu dikemaskini


sebagaimana yang dihuraikan di atas adalah meliputi perubahan-perubahan
yang bermula dari tahun 1985 sehingga tahun semasa.

4.4 Sebagai panduan,bersama-sama ini dikembarkan Jadual Tindakan Perubahan


Maklumat untuk perhatian dan tindakan sebagaimana di Lampiran ―A‖ dan
―B‖.

t. t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengarah Tanah Dan Galian,
Johor

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.

17hb. Januari 1988.

126
Bil . ( 40 ) dlm. P.T.G ( R ) 15 / 82 - 38

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 2/88 (<>)

TATACARA MENGELUARKAN HAKMILIK TANAH


YANG DIWAKAFKAN DI BAWAH ENAKMEN
PENTADBIRAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

1. TUJUAN :

1.1 Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan Pentadbir-Pentadbir Tanah dan


Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah, Daerah kecil mengenai keputusan Majlis
Mesyuarat di mesyuaratnya pada 29 hb. Januari 1988 ( R/M Bil. 75/88 )
mengenai Tatacara mengeluarkan Hakmilik Tanah yang diwakafkan di bawah
Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

1.2 Perkara yang telah diputuskan ialah :-

1.2.1 Menurunkan kuasa untuk meluluskan permohonan Serahbalik dan


Kurniasemula bagi tanah yang diwakafkan sebahagiannya kepada
Pengarah Tanah dan Galian.

1.2.2 Mengecualikan tanah-anah yang direzabkan bagi kegunaan Agama


Islam dan keputusan yang dibuat bagaimana R/M. 699/84 yang
merizabkan tanah-tanah untuk kegunaan awam di bawah Setiausaha
Kerajaan Johor. Tanah-tanah seumpama ini hendaklah diberikan
hakmilik atas nama Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri
Johor.

1.2.3 Tanah-tanah yang telah dirizabkan sama ada atas nama Y.B Setiausaha
Kerajaan Johor atau Yang Dipertua Jabatan Agama Islam hendaklah
dibatalkan rizabnya dan dikeluarkan hakmilik atas nama Timbalan
Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor.

2. TINDAKAN PENTADBIRAN TANAH :

2.1 Memandangkan keputusan yang dibuat ini selaras dengan kehendak Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 1978, PTD-PTD dan PPTD Daerah Kecil
hendaklah mengambil tindakan untuk membatalkan pewartaan-pewartaan
yang telah dibuat bagi merizabkan tanah-tanah bagi kegunaan Agama Islam
dibawah jagaan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan menggantikannya dengan
Hakmilik yang berdaftar diatas nama Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam
sebagai Pemegang Amanah.

2.2 Perlantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam sebagai Pemegang Amanah
telah dipersetujukan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam yang bersidang pada
20 hb. Disember 1983.

127
3. PENGGUNAAN PEKELILING :

3.1 Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Pekeliling P.T.G Johor Bil.
15/86 bertarikh 11 hb.Disember 1986.

t.t
( DATIN PADUKA HAJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah dan Galian,
Johor .

Tarikh : 21 hb. Februari 1988.

Pejabat P.T.G Johor,


Johor Bahru.

128
Bil. ( 18 ) dlm. P.T.G ( P ) 21/82

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 3/88 ( <> )

TAMBAHAN KEPADA TAFSIRAN TANAH KOCEK

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan berkaitan dengan tafsiran tanah kocek yang ada sekarang sebagaimana
Pek. P.T.G. Johor bil. 10/71 itu diperluaskan definasinya.

1.2 Ini adalah kerana definasi tanah yang diamalkan sekarang tidak meliputi tanah-
tanah yang dikelilingi oleh tanah-tanah yang dari segi fizikalnya amat sukar
untuk ditanam dengan sebarang tanaman dan sesuai untuk dikurniakan.

2. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 20.1.1988 ( R/M. bil. 58/88
) telah membuat keputusan supaya definasi tanah kocek ditambah dengan
perkataan berikut :

―Tanah-tanah yang dikelilingi oleh tanah-tanah yang dari segi fizikalnya amat
sukar untuk ditanam dengan sebarang tanaman kerana paya, tanah bukit dan
lain-lain.‖

3. TINDAKAN-TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL :

3.1 Dengan keluarnya Pekeliling ini maka definasi tanah kocek yang disenaraikan di
dalam Pek. P.T.G. Johor bil. 10/71 hendaklah ditambahkan para berikut selepas
daripada para 1(a) V.

( vi ) Tanah-tanah yang dikelilingi oleh tanah-tanah yang dari segi


fizikalnya amat sukar untuk ditanam dengan sebarang tanaman
kerana paya, tanah bukit dan lain-lain.

3.2 Walaubagaimana pun Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengambil


ingatan iaitu dengan mengeluarkan kawasan-kawasan seperti paya, bukit dan
lain-lain, baki tanah-tanah tersebut hendaklah masih tidak melebihi 30 ekar.

4. TARIKH KUATKUASA :

4.1 Tarikh kuatkuasa pekeliling ini bermula pada tarikh Majlis Mesyuarat Kerajaan
membuat keputusan iaitu pada 20.1.1988.

t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH BTE ABDULLAH )
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR.
Pejabat P.T.G.
Johor.
27 hb. Mac, 1988.
129
Bil. ( 19 ) dlm. P.T.G. ( P ) 21/82.

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 4/88 ( * * )

PREMIUM UNTUK KELAPA SAWIT DAN GETAH BAGI


TANAH-TANAH YANG DIKURNIAKAN KEPADA SWASTA

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan mengenai pindaan kepada kadar premium bagi pengurniaan tanah
kepada pihak swasta untuk tanaman kelapa sawit dan getah sebagaimana yang
telah ditetapkan di dalam Pekeliling P.T,G Johor bil. 6/75.

2. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan dimesyuaratnya pada 20.1.1988 (R/M. bil. 76/88)
telah membuat keputusan sebagaimana berikut :-

2.1.1 Bayaran premium yang dikenakan kepada pihak swasta untuk tujuan
kelapa sawit dan getah ialah $300.00 seekar bagi tanah-tanah yang
dikurniakan lebih 100 ekar. Walaubagaimana pun Pihak Berkuasa
Negeri dibenarkan untuk menyemak kadar-kadar yang berlainan dalam
keadaan-keadaan tertentu.

2.1.2 Bagi tanah-tanah yang luasnya kurang daripada 100 ekar kadar
premiumnya ialah di antara $100.00 hingga $300.00.

2.1.3 Manakala tanah-tanah yang luasnya 10 ekar ke bawah hendaklah


dikenakan kadar premium $70.00 seekar.

3. PEMBATALAN PEKELILING :

3.1 Dengan adanya pekeliling ini maka Pek. P.T.G. Johor bil. 6/75 adalah
dibatalkan.

4. TARIKH KUATKUASA :

4.1 Tarikh kuatkuasa kadar bayaran baru ini adalah bermula pada tarikh Majlis
Mesyuarat Kerajaan membuat keputusan iaitu pada 20.1.1988.

4.2 Walaubagaimana pun jika ada permohonan yang seumpama ini yang telah
diluluskan terdahulu daripada tarikh ini dan pemohon yang berjaya belum lagi
diberitahu dengan notis, maka kadar bayaran baru ini hendaklah dikenakan.
130
t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAHTANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Pejabat P.T.G Johor


Johor Bahru.

Bertarikh : 3hb. Mac, 1988.

131
Bil ( 20 ) dlm. P.T.G. 21/82

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 5/88 ( <> )

DASAR PENGURNIAAN TANAH BAGI PERUSAHAAN


TERNAKAN IKAN, KETAM, UDANG DAN KERANG.

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan mengenai dasar pengurniaan tanah bagi permohonan ternakan ikan
yang ada sekarang sebagaimana Pek. P.T.G Johor Bil. 13/72 itu dipinda dan
ditambah supaya ianya juga merangkumi lain-lain jenis ternakan.

2. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 20.1.1988 (R/M Bil. 77/88)
telah membuat keputusan sebagaimana berikut :

2.1.1 Dasar pengurniaan tanah bagi permohonan ternakan udang, ketam dan
kerang

2.1.2 Keluasan tanah yang boleh dipohon oleh permohonan individu


hendaklah ditetapkan supaya tidak melebihi 5 ekar.

2.1.3 Permohonan bagi tujuan ‗Commercial‘ yang melebihi 5 ekar hendaklah


dikenakan syarat Lesen Menduduki Sementara terlebih dahulu sekurang-
kurangnya bagi tempoh 3 tahun dan selepas itu barulah dikeluarkan
pajakan dengan tempoh tidak melebihi 30 tahun.

3. BAYARAN DAN SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN :

3.1 Bayaran yang ditetapkan bagi permohonan tujuan‘commercial‘ adalah


sebagaimana berikut :-

3.1.1 Harga Tanah :

Sekurang-kurangnya $30.00 pada seekar.

3.1.2 Cukai Tahunan :

Antara $3.00 hingga $10.00 seekar setahun.


( Mengikut keluasan tanah ).

132
4. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL :

4.1 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah adalah diminta mematuhi syarat-syarat


pengurniaan diatas apabila memperakukan permohonan-permohonan bagi
ternakan ikan, ketam, udang dan kerang.

4.2 Syarat-syarat khas yang lain adalah sebagaimana telah ditetapkan di dalam Pek.
P.T.G JOHOR bil.13/72.

5. TARIKH KUATKUASA :

5.1 Tarikh kuatkuasa Pekeliling ini adalah bermula pada tarikh Majlis Mesyuarat
Kerajaan membuat keputusan iaitu pada 20.1.1988.

t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Pejabat P.T.G.
Johor.

Bertarikh : 3hb. Mac, 1988.

133
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 6/1988

134
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 7/1988 ( * * )

DASAR MENGENAI SYARAT-SYARAT DAN PREMIUM


BAGI KELULUSAN SAMBUNGAN PAJAKAN

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan mengenai perkara di atas.

2. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 6.4.1988 (R/M Bil. 315/88)
telah membuat keputusan sebagaimana berikut :-

2.1.1 Semua kelulusan bagi permohonan sambungan pajakan tidak lagi


dikenakan syarat-syarat jenis bangunan rumah sementara, separuh kekal
dan kekal.

2.1.2 Tempoh sambungan pajakan bagi Kampung-kampung Baru adalah


ditetapkan 60 tahun sahaja. Manakala bagi tanah-tanah di kawasan
Bandar tempoh sambungan pajakan hendaklah dikekalkan 21 tahun, 60
tahun dan 99 tahun.

2.1.3 Kadar premium tanah adalah ditetapkan sebanyak 20% daripada harga
pasaran bagi tanah-tanah di Kampung-kampung Baru dan 50%, 30%
dan 20% daripada harga pasaran bagi tanah-tanah dikawasan Bandar
untuk tempoh 21 tahun, 60 tahun dan 99 tahun.

3. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL :

3.1 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah adalah diminta mematuhi syarat-syarat


pengurniaan di atas apabila memperakukan permohonan-permohonan bagi
sambungan pajakan.

3.2 Disamping itu Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah adalah diingatkan iaitu


syarat-syarat dan kadar premium yang baru iniadalah tidak meliputi bagi
pengurniaan baru dimana ianya masih dikenakan syarat-syarat dan kadar
premium mengikut Pekeliling P.T.G Johor Bil. 7/71.

4. TARIKH KUATKUASA :

4.1 Tarikh kuatkuasa Pekeliling ini adalah bermula pada tarikh Majlis Mesyuarat
Kerajaan membuat keputusan iaitu pada 6.4.1988.

135
4.2 Walaubagaimana pun bagi tanah-tanah yang telah diluluskan sambungan
pajakannya tetapi belum lagi dikeluarkan notis tuntutan bayaran, Pentadbir
Tanah Daerah bolehlah mengambil tindakan untuk mengubah syarat-syarat
binaan bangunan, tempoh hakmilik dan perkiraan premium mengikut
persetujuan R/M Bil.315/88 ini.

t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Pejabat P.T.G Johor


Mei, 1988.

136
Bil. (53) dlm. P.T.G XXX/15/86.

PEKELILING P.T.G JOHOR 8/1988

TANAH YANG DILIPUTI AIR –


TINDAKAN LELONG RAYA

1.0 Tujuan :

1.1 Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik pandangan semua PTD –PTD
mengenai pendapat :-

1.1.1 Samada tanah yang dilipiti air semasa air pasang boleh diiktirafkan
sebagai tanah Kerajaan.

1.1.2 Samada tanah tersebut masih mempunyai nilai bagi tujuan lelongraya.

2.0 Peruntukan Kanun Tanah Negara:

2.1 Seksyen 49 mengatakan :-


―Where the shore-line or the bed of any river advances so as to encroach on any
alienated land, the area affected by the encroachment shall there upon cease to
form part of that land, and shall there upon cease to form part of that land , and
shall become State Land, but the boundaries of alienated land shall not ( except
in the circumstances mentioned in paragraph ( i ) of the proviso to sub-section (
2 ) of section 353 ) be affected by any retreat of the shore-line or iof the bed of
any river.‖

2.2 Peruntukan ini diperkukuhka oleh definasi dibawah Seksyen 5 :-

―Shore-line‖ means the high water mark of ordinary spring tides‖

2.3 Dengan peruntukan-peruntukan tersebut jelas bahawa tanah seumpama ini


adalah tanah Kerajaan dan dengan yang demikian ia tidak perlu dinilai untuk
dilelongraya. Apabila sesuatu tanah itu menjadi tanah Kerajaan, segala
kepentingan-kepentingan diatasnya mansuh, dan pemegang cagar tidak
boleh memohon dikeluarkan PerintahLelongraya dibawah Seksyen 260 Kanun
Tanah Negara.

t.t
DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Pejabat P.T.G Johor


31 Mei, 1988.

137
Bil. (3) dlm. P.T.G ( P) 195/67 (PBT) Jilid 1.

PEKELILING P.T.G JOHOR 9/1988 (* *)

Pengambilan Tanah Di bawah Akta Pengambilan Balik

Tanah 1960 Bagi Tanah Dalam Kawasan Penempatan Berkelompok.

1. TUJUAN:

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan semua Pentadbir Tanah dan Penolong
Pentadbir Tanah Daerah dan Daerah-Daerah Kecil mengenai keputusan yang telah
dibuat di Persidangan Pengarah-Pengarah Tanah dan Gailan yang telah diadakan pada
15hb. April 1988, mengenai Pengambilan Balik Tanah bagi tanah yang terletak dalam
rancangan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah ( Kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960.

2. RUJUKAN KEPADA MENTERI:

Adalah dimaklumkan bahawa telah diputuskan supaya persetujuan Menteri sebelum


penamatan sesuatu kawasan penempatan berkelompok di bawah Seksyen 44 patutlah
dihadkan kepada kawasan pembangunan rancangan tanah Persekutuan dan tidak
merangkumi rancangan-rancangan kawasan penempatan berkelompok anjuran
Kerajaan Negeri . Dengan in bermakna bahawa akuan pengambilan balik tanah bagi
tanah-tanah termasuk di dalam rancangan penempatan berkelompok selain daripada
rancangan - rancangan Felda bolehlah dirujukkan terus ke Pejabat ini untuk
persetujuan pihak Berkuasa Negeri tanpa terlebih dahulu merujukannya kepada Ketua
Pengarah Tanah dan Galian sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling KP.T.G.
4/86.

Akuan untuk Pengambilan Balik Tanah hendaklah dibuat mengikut Format yang telah
dihantar kepada tuan-tuan melalui Surat Arahan PTD. 2/1986 (Bit. (2) dim. P.T.G (P)
195/67 (PBT) Jld. 1 bertarikh 7.2.88). Mana-mana kes yang telah dirujuk kepada
Ketua Pengarah Tanah dan Galian yang tidak terletak di dalam Rancangan Felda,
bolehlah dikemukakan balik ke pejabat ini tanpa menunggu jawapan dan pihak
tersebut.

138
Bil . ( 4 ) dlm. P.T.G. MISC-88

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 10/88 (**)

BUKU PANDUAN KERJA BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PETEMPATAN

1. TUJUAN :

1.1 Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pentadbir-Pentadbir Tanah


Daerah kepada Buku Panduan Kerja Pegawai-Pegawai Petempatan yang
dikeluarkan untuk kegunaan Pegawai-pegawai Petempatan di Pejabat-pejabat
Tanah Negeri Johor Darul Ta‘zim mengenai Peraturan Kerja yang perlu
dipatuhi.

2. BUKU PANDUAN KERJA :

2.1 Bersama-sama ini dilampirkan Buku Panduan Kerja untuk kegunaan Pegawai-
Pegawai Petempatan semasa membuat laporan mengenai tanah.

2.2 Buku Panduan ini telahpun dibincangkan di mesyuarat Pentadbir-Pentadbir


Tanah Daerah pada 16 hb. Ogos 1987 dan telah dipersetujukan supaya
digunakan oleh semua Pegawai-pegawai Petempatan di Pejabat-pejabat Tanah
Negeri Johor.

3. TARIKH KUATKUASA :

3.1 Arahan ini berkusatkuasa mulai tarikh mesyuarat tersebut.

4. PEMBATALAN PEKELILING :

4.1 Dengan adanya Pekeliling ini, maka Pekeliling P.T.G Johor Bil. 7/85 adalah
dibatalkan .

t.t
( DATIN PADUKA HAJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengarah Tanah dan Galian,
Johor .

Pejabat P.T.G Johor


14 hb Jun 1988

139
Bil: (8) dlm. P.T.G.40/32(c) Jilid.1

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 11/88

PENGELUARAN BAHAN BATUAN

1. Tujuan:

1.1 Pekeliling ini dikeluarkan untuk memberi panduan kepada semua Pentadbir
Tanah Daerahmengenaitatacara mengeluarkan permit bahan-bahan batu dan
pembatalan penggunaan Buku Pass sebagaimana ditetapkan didalam Pekeliling
P.T.G. Bil: 6/83

1.2 Pekeliling ini juga bertujuan untuk menyatukan semua arahan-arahan yang
telah dikeluarkandahulu mengenai perkara yang sama sebagaimana di dalam
Pekeliling-Pekeliling P.T.G Bil:5/27 dan Bil:3/83

2. Sebab-Sebab:

2.1 Sejak Bulan Januari, 1984 apabila peraturan menggunakan Buku Pass
disamping permit pengeluaran bahan-bahan batu dilaksanakan melalui
Pekeliling P.T.G Johor Bil: 6/83, didapati telah menimbulkan banyak masalah
kepada Pejabat Tanah. Masalah ini timbul kerana terdapat beberapa kelemahan-
kelemahan di dalam kegunaan Buku Pass. Keadaan ini telah membuka jalan
kepada pengusaha-pengusaha untuk mengambil kesempatan dalam mencari
keuntungan yang lebih yang melibatkan kerugian kepada pihak Kerajaan
Negeri.

2.2 Dalam pemerhatian yang telah dibuat, perkara seperti dibawah ini telah berlaku:-

2.2.1 Penguasaha-pengusaha bahan batu mengambil kesempatan


menggunakan Buku Pass ini lebih-lebih lagi mempunyai peluang
membeli Buku Pass melebihi daripadakadarela padu yang dibenarkan
sebagaimana dibenarkan didalam permit 4C. Akibatnya adalah seperti
berikut:-

2.2.1.1 Kerajan hilang hasil yang tidak dibayar permitnya.

2.2.1.2 Pengusaha yang dapat peluang tersebut telah menyalahgunakan


Buku Pass tersebut seperti mengagihkan kepada pengusaha lain
dengan cara menjual, meminjam dan sebagainya.

2.2.1.3 Peluang seperti ini juga telah mengalakkan lebih ramai


pengusaha-pengusaha menjalankan perniagaan bahan-bahan
batu yang tidak mempunyai permit yang mengakibatkan terdapat
lebih bilangan pengusaha daripada bilangan pemegang permit
yang sebenarnya.

2.2.1.4 Berlakunya pemegang-pemegang permit tidak dapat menjelaskan


beberapa masalah yang timbul kerana permitnya digunakan oleh
pengusaha lain tanpa pengetahuannya. Akibatnya berlaku selisih
faham diantara pemegang permit dan pengusaha.
140
2.2.2 Tindakan penguatkuasaan terhadap ke atas lori mengangkut bahan-bahan batu
lebih sukar kerana dibawah arahan penggunaan Buku Pass ini pemandu-
pemandu lori tidak diperlukan membawa permit memadai memajukan Buku
Pass sahaja. Cara begini telah menimbulkan masalah seperti berikut:-

2.2.2.1 Pegawai penguatkuasa tidak dapat menentukan kesahihan


maklumat-maklumat yang dinyatakan didalam Buku Pass
tersebut seperti tempoh permit, jumlah ela padu yang dibenarkan
dan lain-lain.

2.2.2.2 Tidak dapat memastikan pengusaha adalah menyamai dengan


pemegang permit. Sebagai contoh pengusaha pasir A telah
mengikrar dalam ruangan tandatangan Pemegang Permit Sebagai
Pengusaha A sedangkan permit yang digunakan adalah diatas
nama pengusaha B

2.2.2.3 Pusat Kawalan P.T.G. tidak dapat memastikan berapa jumlah


pemegang-pemegang permit yang sebenarnya yang telah
dibenarkan untuk mengusahakan bahan-bahan batu.

2.2.2.4 Oleh kerana tidak kesamaan maklumat yang diisytiharkan di


dalam Buku Pass kerana permit telah menyukarkan apabila
membuat penyelarasan bulanan

2.2.2.5 Didalam buku Pass ini Pegawai-Pegawai Kuatkuasa


(Pengeksportan) tidak membuat potongan muatan. Dengan ini
dari segi kawalan tidak dapat dibuatsecara efektif.

2.2.3 Mengalakkan Pengusaha-Pengusaha membuat kenyataan palsu didalam


pengisytiharan Pass dan ketidakjujuran sebagaimana berikut:-

2.2.3.1 Hanya menuliskan butir-butir pada salinan pertama sahaja


perkara ini dapat diketahui semasa membuat penyelarasan. Butir-
butir pada salinan pertama ada salinan pertama ada
perbezaan dengan butir-butir terdapat di dalam lain-lain salinan.

2.2.3.2 Pengusaha-pengusaha ada kalanya hanya mengisi butir–butir


tersebut tatkala diadakan pemeriksaan sedangkan arahan asal
adalah segala butir-butir hendaklah diisikan semasa dikawasan
pasir.

2.2.3.3 Meminda butir-butir penting di dalam Buku Pass ini dengan


sewenang-wenangnya seperti No. Lori sewaktu dikeluarkan,
tarikh dikeluarkan tarikh luput yang mengakibatkan perasaan
syak wasangka kepada pegawai-pegawai kuatkuasa. Sepatutnya
pindaan-pindaan pada Buku Pass hendaklah dibandingkan
dengan permit dan ditandatangani oleh Pentadbir Tanah Daerah.

141
2.2.3.4 Dengan penggunaan Buku Pass Pejabat-Pejabat Tanah sepatutnya
membuat penyelarasan pada akhir tiap-tiap bulan bagi
menentukan berapa banyak jumlah hasil yang telah dipungut
samada dari penghasilan untuk eksport dan kegunaan tempatan.
Oleh kerana banyak perkara yang perlu dititikberatkan bagi
memastikan jumlah pengeluaran permit bertepatan, maka
terdapat beberapa Pejabat Tanah yang tidak membuat
penyelarasan tersebut atas sebab-sebab kesuntukan masa dan
kekurangan tenaga.

3. TATACARA

3.1 Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut semua Pentadbir-Pentadbir


Tanah Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil adalah dikehendaki
melaksanakan kembali peraturan asal yang telah dikeluarkan melalui Pekeliling
P.T.G. Johor Bil: 3/83. Tarikh kuatkuasa peraturan baru ini ialah pada 1.8.1988.

3.2 Sebagai panduan dibawah ini dibutirkan tatacara-tatacara yang perlu diikuti
oleh Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dalam melaksanakan peraturan yang
telah ditetapkan melalui pekeliling ini.

3.2.1 Satu permit dikeluarkan untuk satu kenderaan sahaja.

3.2.2 Ukuran kenderaan (yang menyatakan panjang, lebar dan tinggi


kepungan dalam kiraan meter) hendaklah dinyatakan oleh pengeluar
dan hendaklah dicatit pada permit selepas bilangan kenderaan.

3.2.3 Tiap-tiap kenderaan hendaklah membawa permit asal.

3.2.4 Tempoh pengeluaran tidak melebihi empat belas hari. Sekiranya


pengeluaran ini tidak banyak, tempohnya hendaklah dipendekkan lagi.

3.2.5 Lanjutan tempoh tidak dibenarkan

3.2.6 Untuk mendapatkan permit yang baru pengeluar hendaklah diberitahu


supaya membuat permohonan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum
permit diperlukan untuk mengelakkan kelewatan dan kerumitan bagi
kakitangan yang berkenaan untuk menyediakannya

3.2.7 Sebelum diserahkan permit untuk mengeksport bahan batu, Penolong


Pentadbir Tanah Daerah di bahagian hasil hendakkan meminta
Pengeluar permit yang telah dikeluarkan sebelum itu dimana terdapat
catitan oleh kakitangan Pejabat P.T.G. mengenai pengeluaran sebenarnya
yang telah dibuat. Sekiranya didapati pengeluaran sebenar adalah
berlebihan daripada yang dibenarkan di dalam permit, Pengeluar
hendaklah membayar dengan serta merta apa bayaran-bayaran yang
kurang. Selagi bayaran yang kurang ini tidak dijelaskan, permit yang
baru tidak boleh diserahkan.

3.2.8 Pengeluaran bahan batu untuk dieksport tidak boleh dibenarkan pada
hari Ahad dan hari-hari kelepasan.

142
3.2.9 Selain daripada peraturan-peraturan di atas, masa kenderaan dibenarkan
mengangkut bahan-bahan batu hendaklah ditetapkan.

3.2.10 Diruang mengenai butir-butir mengenai tanah di Borang 4C hendaklah


dicatitkan warna merah dengan cara menggunakan ―rubber-stamp‖
dengan perkataan ―TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL BAHAN-BAHAN
BATU DARI TANAH KERAJAAN‖ bagi kenderaan yang membawa bahan-
bahan batu untuk projek kerajaan tidak perlu dicop dengan
perkataan tersebut tetapi ditulis diruangan atas permit dengan perkataan
PROJEK KERAJAAN nyatakan No.Indent dan tarikh kontrak.

3.2.11 Semua permit yang telah habis digunakan hendaklah dikembalikan ke


Pejabat Tanah untuk dicop ―PERMIT TELAH LUPUT‖

3.3 Selain daripada peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas, Pentadbir-


Pentadbir Tanah Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil hendaklah
mengambil perhatian sertamelaksanakan perkara-perkara berikut:-

3.3.1 Dalam menentukan jumlah bahan yang boleh dikeluarkan dengan tiap-
tiap satu permit, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menggunakan
kebijaksanaannya untuk membuat anggaran jumlah yang boleh diangkut
di dalam satu-satu tempoh yang di hadkan. Pengeluaran untuk eksport
hendaklah dianggarkan untuk dua perjalanan dalam satu hari.Lampiran
(A) merupakan panduan untuk mengira muatan bahan batu mengikut
kepungan lori dalam perkiraan meter padu.

3.3.2 Bayaran royalty hendaklah dikira berdasarkan perkiraan seperti berikut


kecuali batu-batu

3.3.2.1 1 ela padu = 0.765 meter padu.

3.3.2.2 Formula perkiraan royalty berdasarkan kepada muatan


meter padu ialah:-

Jumlah royalti =
Royalti 1 ela padu X Jumlah muatan dalam meter padu
Dibahagi dengan 0.765

3.3.2.3 Sebagai contoh sekiranya sesebuah lori mempunyai


muatan 10 ela padu pasir pada perkiraan asal untuk
tujuan eksport maka jumlah royalty yang dikenakan
adalah seperti berikut (10 ela padu bersamaan
dengan7.65 meter padu)

RM 7.50 X 7.65 = $75.00


0.765

3.3.3 Pengusaha-pengusaha adalah dikehendaki mengemukakan


Laporan Bulanan Pengeluaran Bahan-Bahan Batu ke Pejabat
Tanah Dan Galian Johor. Format laporan adalah sebagaimana
Lampiran (B)
143
3.3.4 Pentadbiran Tanah Daerah hendaklah menyediakan daftar
pengeluaran bagi tiap-tiap pengeluar beserta nombor
kenderaan yang digunakan untuk memudahkan pengesahan
dibuat oleh pihak P.T.G. dari semasa ke semasa. Format laporan
adalah sebagaimana Lampiran (C)

3.3.5 Permit hendaklah ditulis dengan tulisan yang terang. Kerani yang
menulis pada permit hendaklah berhati-hati dalam menulis
butir-buitr pada permit untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan
dan membolehkan orang lain membuat pindaan. Angka-angka
yang selalu mengelirukan ialah 0, 1, 7 yanng sepatutnya ditulis
seperti berikut:-

Sifar - 
Satu – 1 (bukan l)
Tujuh - 7

3.3.6 Tarikh tempoh permit hendaklah dicapkan dan tidak ditulis


tangan supaya tidak bolehdiubah.Apa-apa pembetulan kepada
kesilapan dalam penulisan hendaklah ditandatangani oleh
Pegawai yang menandatangani Permit serta dicap dengan cap
Jabatan.

3.3.7 Bagi permit yang dikeluarkan untuk kegunaan tempatan,


Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menambah satu
ruang dibelakang permit yang dibuat secara ―rubber stamp‖
sebagaimana contoh dibawah untuk diisi oleh pemegang-
pemegang permit bagi setiap kali perjalanan mengangkut bahan-
bahan batu dilakukan.

Tarikh Masa Keluar Muatan T/Tangan

Nombor-nombor yang dikeluarkan oleh Pejabat-Pejabat Tanah hendaklah menggunakan


Kod-kod seperti berikut:-

1 2 3

144
Pada ruangan pertama ialah diuntukkan bagi kod Pejabat Tanah Daerah Kecil iaitu
sebagaimana berikut:-

Kod Daerah

01 Batu Pahat
02 Johor Bahru
03 Kluang
04 Kota Tinggi
05 Mersing
06 Muar
07 Pontian
08 Segamat
011 Rengit
022 Kulai
044 Pengerang
066 Tangkak
088 Labis

Pada ruangan kedua adalah di peruntukkan untuknombor siri pengeluaran


permit; Manakala pada ruangan ketiga adalah untuk tahun permit dikeluarkan.

Sebagai contoh Pejabat Tanah Johor Bahru mengeluarkan permit Bil. 50 pada
tahun 1988. Maka nombor permit hendaklah dicatatkan 02/50/88.
Sekiranya Pejabat Tanah Daerah Kecil Kulai mengeluarkan permit bil.240 pada
tahun 1988 maka nombor permit hendaklah dicatatkan 01/240/88

3.3.9 Pengesahan Pentadbir Tanah Daerah Muar, Segamat dan Mersing


mestilah dibuat bagi kenderaan yang memegang permit dari negeri lain
Surat Pengesahan hendaklah ditunjukkan kepada Pengarah Tanah dan
Galian dan Pengarah Kastam Bahagian eksport dan ditentukan dari
negeri mana datangnya bahan batu.

3.3.10 Sebaik-baiknya Pentadbir Tanah Daerah menetapkan masa untuk


mengemukakan permohonan dan pengambilan permit unutk
mengelakkan kekecohan di Bahagian Hasil dan memberi masa bagi
kerani yang berkenaan menyediakan permit.

4. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN:

Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah diingatkan supaya tidak melakukan perkara-


perkara seperti berikut:-

4.1.1 Satu permit dikeluarkan bagi beberapa buah kenderaan.

4.1.2 Membenarkan Pengeluar mengeluarkan Bahan Batu yang banyak


jumlahnya bagi satu-satu permit.

4.1.3 Tempoh yang diberi dalam permit untuk mengeluarkan bahan-bahan


batu melebihi empat belas hari.
145
4.1.4 Melanjutkan tempoh mengeluarkan bahan batu beberapa kali sehingga
mencapai lebih satu tahun.

4.1.5 Tulisan yang tidak jelas pada permit yang membolehkan pindaan-
pindaan boleh dibuat.

4.1.6 Pengeluar mengeluarkan permit untuk pengeluaran bahan batu dari


tanah yang berlainan dari yang dinyatakan dalam permit.

5. TINDAKAN KUATKUASA DI BAWAH SEKSYEN 426 KANUN TANAH NEGARA.

5.1 Tindakan kuatkuasa hendaklah digiatkan dan dari semasa ke semasa


pemeriksaan hendaklah dibuat ke atas kenderaan yang membawa bahan-bahan
batu untuk memastikan bahawa undang-undang dipatuhi oleh mereka.
Lawatan-lawatan yang kerap hendaklah juga dibuat ke tempat-tempat yang
dibenarkan mengambil bahan-bahan tersebut.

5.2 Bagi kenderaan-kenderaan yang didapati membawa bahan-bahan batu tanpa


mempunyai permit yang sah atau menyalahgunakan permit-permit maka
Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mendakwa mereka ke mahkamah mengikut
kehendak sebagaimana 426 Kanun Tanah Negara. Tatacara
mendakwa/menangkap ke mahkamah bagi lori-lori yang mengangkut bahan-
bahan batu tanpa permit adalah sebagaimana Lampiran(D)

6 PEMBATALAN PEKELILING-PEKELILING

6.1 Dengan adanya pekeliling ini, maka perkara-perkara yang dibutirkan di para
1.2.2 dan para 8.1 hingga 8.4 pada pekeliling P.T.G. Johor Bil: 6/83 adalah
dibatalkan.

6.2 Oleh kerana perkara-perkara yang dihuraikan dalam Pekeliling-Pekeliling


P.T.G. Johor Bil: 5/72,dan Bil:3/83 telah dimasukkan di dalam Pekeliling ini
maka Pekeliling-Pekeliling P.T.G Johor Bil:5/72, Bil:3/83 dan Bil:1/85 adalah
juga dibatalkan.

7. TARIKH KUATKUASA

7.1 Arahan ini berkuatkuasa mulai 1hb Ogos, 1988

DATIN PADUKA HAJAH FATIMAH BT. ABDULLAH


PengarahTanah dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G Johor


25 Julai 1988
146
LAMPIRAN A

PANDUAN PENGIRAAN MUATAN METER PADU BAGI LORI-LORI YANG


MENGANGKUT BAHAN-BAHAN BATU

Lebar 2.03m 2.08m 2.13m 2.18m 2.24m 2.29m 2.34m 2.39m


Panjang
3.96m 4.90 5.02 5.15 5.27 5.41 5.53 5.65 5.77
4.04m 5.00 5.13 5.25 5.37 5.52 5.64 5.77 5.89
4.11m 5.09 5.21 5.34 5.47 5.62 5.74 5.87 5.99
4.19m 5.19 5.32 5.44 5.57 5.72 5.85 5.98 6.11
4.27m 5.29 5.41 5.55 5.68 5.83 5.96 6.09 6.23
4.34m 5.37 5.51 5.64 5.77 5.93 6.06 6.19 6.33
4.42m 5.47 5.60 5.74 5.88 6.04 6.17 6.31 6.44
4.5m 5.57 5.71 5.84 5.98 6.15 6.29 6.42 6.56
4.57m 5.66 5.80 5.94 6.08 6.24 6.38 6.52 6.66
4.65m 5.76 5.90 6.04 6.18 6.35 6.50 6.64 6.78
4.72m 5.84 5.99 6.13 6.28 6.45 6.59 6.74 6.88
4.8m 5.94 6.09 6.24 6.38 6.56 6.71 6.85 7.00
4.88m 6.04 6.09 6.34 6.49 6.67 6.82 6.97 7.11
4.95m 6.13 6.28 6.43 6.58 6.76 6.91 7.07 7.22
5.03m 6.23 .6.38 6.54 6.69 6.87 7.03 7.18 7.33
5.11m 6.33 6.48 6.64 6.8 6.98 7.14 7.29 7.45
5.18m 6.41 6.57 6.73 6.89 7.08 7.24 7.39 7.55
5.26m 6.51 6.67 6.83 6.99 9.19 7.35 7.51 7.67
5.33m 6.60 6.76 6.93 7.09 7.28 7.45 7.61 7.77
5.41m 6.70 6.86 7.03 7.19 7.39 7.56 7.72 7.89
5.49m 6.80 6.97 7.13 7.30 7.50 7.67 7.84 8.00

147
LAMPIRAN (B)

Kepada,

Pengarah Tanah dan Galian Johor,


Bangunan Sultan Ibrahim,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

(U.p Bahagian Kuatkuasa)

Per: LAPORAN BULANAN PENGELUARAN


BAHAN-BAHAN BATU.

Bersama-sama ini dikemukakan laporan bagi bulan ……………19…….


sebagaimana berikut:-

1.1 Jenis Bahan Batu……………………………………

1.2 Nama Pengusaha……………………………………

1.3 Alamat ………………………………………………

………………………………………………

………………………………………………

Tarikh Kuantiti Nombor No. Lori Eksport/Tempatan


Pengeluaran Permit

Tandatangan…………………….

Nama Penuh…………………….

Cop Syarikat…………………….

Tarikh……………………………

148
LAMPIRAN (C)

DAFTAR PENGELUARAN PERMIT


BAHAN-BAHAN BATU

Nombor siri Tarikh Mula Jenis Bahan Jumlah Jumlah Masa, Tarikh
Permit dan Luput Batu Muatan Bayaran dan
Permit Meter Tandatangan
Padu/Ketul Penerima

149
LAMPIRAN (D)

TATACARA MENANGKAP/MENDAKWA KE MAHKAMAH BAGI LORI-LORI


YANG MENGANGKUT BAHAN-BAHAN BATU TANPA PERMIT

1. Menahan kenderaan-kenderaan yang membawa bahan-bahan batu tanpa permit

2 Tunjukkan kad kuasa (Authority Card) pengenalan diri kepada yang berkenaan seksyen
426A (2)

3. Apabila pemandu itu tidak dapat menunjukkan permit membawa bahan-bahan batu
tindakan yang dibuat ―Saya tangkap awak kerana membawa bahan-bahan batu tanpa
permit mengikut seksyen 426 Kanun Tanah Negara‖.

4. Butir-butir lanjut berkenaan diri pemandu dan kelindan, tarikh, waktu, tempoh
ditangkap, jenis bahan-bahan batu yang dibawa, no. lori hendak dicatitkan dalam
borang berkenaan yang disediakan oleh Pejabat Tanah (2 Salinan), sebagaimana format
lampiran (D1)

5. Membuat laporan di Balai Polis yang berhampiran sekali dan menyerah orang yang
ditangkapkepada pegawai polis dengan seberapa segera yang boleh (seksyen 426 A (4)
Kanun Tanah Negara)

6. Jaminan kepercayaan kepada pemandu dan kelindan boleh diberi. Biasanya jaminan
kepercayaan sebanyak RM1,000.00.

7. Menyerahkan bahan yang dirampas itu kepada Pegawai Polis bagi disimpannya atau
bagi pihak Polis mengambil tindakan melepaskannya (dispose of) mengikut seksyen 22
Akta Polis 1967 seksyen 426 B 2(a) & (b) KTN

8. Catitkan dan simpan rekod semua barang-barang yang dirampas dan yang diserahkan
kepada pihak polis.

9. Jika sekiranya rampasan dibuat tanpa disaksikan oleh tuan punya/wakil-


wakilnya/agennya, pegawai itu hendaklah memberitahu dengan cara bertulis tuan
punya barang-barang itu akan tindakan perampasan itu dan sebab-sebabnya (jika
diketahui tuanpunya dan alamatnya seksyen 426 A (5) Kanun Tanah Negara.

10. Laporan tangkapan hendaklah dibuat dalam buku laporan Polis yang berkenaan. 2
salinan report yang telah ditandatangani oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) akan diberi
kepada kita. Contoh salinan report adalah sebagaimana Lampiran (D2)

11. Mencatit nombor aduan dan butir-butir aduannya itu dalam failnya, bagi kemudahan
apabila diperlukan kemudian hari kelak.

12. Sekiranya hendak menjalankan dakwaan, hendaklah disediakan charge (dakwa) dan
menjalankan dakwaan dalam tempoh 24 jam di mahkamah yang berkelayakkan.
Rangka tuduhan adalan seperti berikut:-

150
Tuduhan

Bahawa kamu pada………………kira-kira pada pukul……………….di……..................


dalam …….......……. Negeri Johor didapati mengangkat/mengambil/membenarkan
mengambil bahan-bahan batu itu dengan lori ..……………dari…………..tanpa apa-apa
kebenaran dari pihak berkuasa dan dengan ini telah melakukan kesalahan di bawah fasal 426
K.T.N. no. 56/65 dan boleh dihukum dibawah fasal yang sama.

Charge

That you……....…………. At about …....…………..at ……......…………. In the district


of………………in State of Johor without lawful Authority did remove/did extract/did permit
the extraction of rock material to wit (lorry no.) …………….by carrying the said material
from……………………… and hereby committed an offence punishable under section 426 of
National Land Code act no: 56/65

13. Peringatan

13.1 Barang-barang atau kenderaan yang dirampas boleh dipulangkan buat sementara
mengikut seksyen 426 A (1) (b) kepada tuan punya.

DENGAN SYARAT tuanpunya hendaklah mengikat jamin (bond). Bond ini dibuat di
mahkamah dan ditandatangani oleh Pengadil mahkamah rendah yang berkenaan
seksyen 426(2) K.T.N. rangka bond adalah seperti berikut:-

PERSEKUTUAN MALAYSIA NEGERI JOHOR


Dalam Mahkamah Rendah __________________

Jaminan (Bond)

Saya_________________________________k/p__________________________
di___________________sebagaimana diperintah di bawah seksyen 426 (C) (3) K.T.N. bagi
menerima balik (lori) __________________________ No._____________________________.
Dengan ini mengaku tidak akan menukar milik atau menjual dan menghidupkan insurance
dan Road Tax ____________________________ yang tertentu dengan apa cara sekalipun atau
melakukan sesuatu dengan cara menukar atau merosakkan mana-mana bahagian (parts)
__________________tersebut dan memulangkan/mengadakan semula bila-bila masa juga
apabila dikehendaki oleh Pemungut Hasil Tanah ______________ dan pada hari perbicararan
sebagaimana dikehendaki oleh Mahkamah dan sekiranya saya ada melakukan sesuatu
petukaran/kerosakkan mana-mana bahagian pada ______________________ tertentu di atas
mana-mana yang telah saya buat jaminan berjumlah _________________ maka wang
jaminannya itu akan dirampas oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.

…………………………………..

Dihadapan saya: ………………………………….

13.2 Gambar-gambar kenderaan hendaklah diambil dan disimpan butir-butir


barang-barang (parts/spare parts) yang terdapat pada kenderaan itu. Negatif
hendaklah dibawa ke Mahkamah apabila hadir dalam perbicaraan.

151
13.3 Hanya mahkamah saja yang boleh membuat perintah (order) merampas atau
melepas barang/benda/kenderaan yang ditahan (seized) mengikut seksyen
426A (1) (b) setelah pendakwaan dibuat dan sabit kesalahannya mengikut 426
K.T.N. [seksyen 426 c (3) ] contoh perintah adalah seperti berikut:-

PERSEKUTUAN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Dalam Mahkamah Rendah di_________________

PERINTAH
[Dibawah seksyen 426 (c) (3) K.T.N.

Bahawa …………………………… Pejabat Tanah …………………berhubung dengan


suratnya bil:…………….............……….bertarikh…………….......................…memohon kepada
mahkamah ini untuk memulangkan eksibit (exhibit) iaitu (lori No.) ………............................
yang terlibat dalam mengangkut bahan batu (…………………………) dipulang balik kepada
tuanpunya berhak ………………………………...........………….k/p………….......................
di……………………………………………………………………………………………

Maka saya ……………………………………………Magistrate ………………... yang


diberi kuasa dibawah seksyen 426 (c) (3) Kanun Tanah Negara dah setelah berpuashati
dengan permohonan ini, DENGAN INI MEMERINTAHKAN supaya eksibit tersebut dipulangkan
balik kepada tuan punya yang berhak melalui Pentadbir Tanah Daerah
…….............…………… dengan dikenakan mengikut jaminan sebanyak Ringgit
………................................... ……………………………………(RM..............................................)

Disempurnakan di bawah tandatangan dan mohor mahkamah ini pada hari


……………………...…………….hb …………………...……………………198………….

..............................................................

Bil.( ) dlm. Mahkamah…………………….

13.4 Jika sekiranya barang/benda/kenderaan yang ditahan (seized) dibawa ke Mahkamah


atau dalam masa 1 bulan selepas tarikh ditahan tuanpunya menuntutnya dengan cara
bertulis, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengemukakan tuntutan itu kepada Yang
Di Pertua Mahkamah Tengah (seksyen 426 C 4 (a) (b) K.T.N.)

13.5 Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mendapat arahan P.T.G. bagi

13.5.1 Melepas/menjual (dispose of) barang-barang yang dirampas (for feiture)

13.5.2 Melepaskan menjual barang-barang/benda berjenis cepat musnah yang


ditahan (seized) mengikut seksyen 426 A (1) (b) [seksyen 426 C (6)
K.T.N.]
152
LAMPIRAN (D1)

MENGANGKUT BAHAN-BAHAN BATU TANPA


KEBENARAN DI BAWAH FASAL 426
KANUN TANAH NEGARA

PEMANDU KELINDAN

1. Nama dan No. KP …………………….. …………........

2. Alamat …………………….. ………………

3. No. Lesen Memandu ……………………. ………………

4. Jenis Kenderaan ……………………. ………………

5 No. Registration Kenderaan …………………….. ………………


dan No. Plate

6. Tahun didaftarkan …………………….. ………………

7. Nama syarikat dsb …………………….. ………………

8. Jenis Bahan Batu yang …………………….. ………………


dibawa

9. Dimana ditahan …………………….. ………………

10 Pukul berapa …………………….. ………………

11. Destinasi kenderaan itu …………………….. ………………

12. Lain-lain kenyataan jika ada …………………….. ………………

(b) butir-butir tuanpunya kenderaan

1. Nama dan KP .......…………………………………………………

2. Alamat .......…………………………………………………

3. Nama Syarikat dan Alamatnya .......…………………………………………………

4. Lain-lain kenyataan jika ada .......…………………………………………………

153
(c) butir-butir tuan tanah

1. Nama dan KP ………………………………………………………………………

2. Alamat ………………………………………………………………………

3. Pekerjaan ………………………………………………………………………

(d) butir-butir tanah dan pelan

1. Bil Lot……………………..Mukim……....……………... Daerah……………….............

2. Luas ……………………………………….............…………………….

3. Syarat Kegunaan ………….............……………………………………………………

4. Jenis kegunaan tanah pada masa itu .........................………………………………………

154
LAMPIRAN D2

(Police 51A)

A…………………………PAGE……………………..

POLIS DIRAJA MALAYSIA


_________________________

SALINAN REPORT

No. Report 484/87 Rumah Pasong Ulu Tiram __________ Pada


2.40 Petang Pagi 28.9 1987 Fasal
Petang
Aduan Abdul Razak bin Hassan seorang Laki-Laki Bangsa Melayu
Perempuan
Umur 32_______ tahun. Kerja PP.T.G/Johor Bahru_____ Duduk di JKR 54 Jalam
Dato‘ Menteri_______________________________________________________ Jurubahasa
____________________ daripada_____________________ kepada________
Saksinya ________________________________________________________________
Kata Aduan Pada hari Ahad lebih kurang jam 11.15 pagi pada 28.9.87 telah melihat
sebuah lori, di dalam penuh pasir di batu 13 ½ Jalan Sungai Tiram dan setelah itu saya
bersama Pegawai Penempatan Pejabat Tanah, En Said bin Yahya telah menahan lori tersebut
lebih kurang jam 11.20 pagi. Saya telah menunjukkan Kad Kuasa kepada mereka dan beliau
tidak dapat menunjukkan permit mengangkat pasir apabila diminta. Saya telah menahan lori
tersebut serta pemandu dan dua orang penumpang dibawah seksyen 426 Kanun Tanah
Negara. Lori Yang dimaksudkan itu ialah AG 8383 yang dipandu oleh Cheong Sang Hang kad
pengenalan nombor 1873714 no. plet tangan 27565 yang tinggal di 104, Batu 10, Skudai New
Village Johor Bahru. Seorang daripadanya Ali bin Jonid (kelindan tinggal di Batu 18, Sungai
Tiram, Johor Bahru. Dia tidak dapat menunjukkan kad pengenalannya kerana tinggal di
rumah. Seorang lagi berbangsa cina telah menghilangkan diri semasa lori itu mengikut saya ke
Pejabat Tanah. Sekian, aduan saya.

Disalin dan disemak


t.t Kpl. 22385
T.T Aduan

H/Rumi

28.9.87 SALINAN YANG DISAHKAN BENAR

t.t. Ketua Polis Daerah J/Bahru


28.9.87

155
Bil(25)dlm.P.T.G(R)160/70 Jld. III

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 12/88 ( * * )

MEMASUKKAN KAVEAT PENDAFTAR OLEH FELCRA

1. TUJUAN

Tujuan pekeliling ini ialah untuk memaklumkan Pentadbir-Pentadbir Tanah dan


Penolong-Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil pandangan Yang Berhormat
Penasihat Undang-undang Negeri Johor mengenai kemasukkan Kaveat Pendaftar oleh
FELCRA.

2. PERANAN FELCRA :

FELCRA telah diberi tanggungjawab untuk memajukan tanah terbiar yang mempunyai
hakmilik di beberapa kawasan di dalam Negeri Johor. Selain daripada itu terdapat juga
FELCRA membayarkan dahulu tuntutan-tuntutan Kerajaan Negeri ke atas tanah-tanah
yang baru dikurniakan yang belum dikeluarkan hakmilik dan seterusnya tanah-tanah
tersebut dimajukan oleh FELCRA dahulu dan kemudiannya selepas mengeluarkan hasil,
tuan-tuan tanah akan membayar balik segala perbelanjaan-perbelanjaan yang telah
didahulukan itu.

Demi untuk menjaga kepentingan FELCRA dan memastikan bahawa potongan


pendapatan peserta dapat dilakukan sebagai bayaran balik perbelanjaan yang dianggap
hutang itu, FELCRA telah memohon supaya pihaknya dapat memasukkan Kaveat
Pendaftar dengan alasan untuk menjaga kepentingan Kerajaan Persekutuan di bawah
Seksyen 340 Kanun Tanah Negara.

3. PANDANGAN YB. PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI JOHOR :

Berhubung dengan perkara ini YB. Penasihat Undang-undang Negeri Johor telah
memberi pandangan seperti berikut di dalam suratnya Bil.(48)PUNJ.131(16)(G)
bertarikh 26hb. Julai, 1988:-

―FELCRA adalah satu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta


(Memperbadanankan) Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara 1966
dan mereka mempunyai berbagai ciri-ciri autonomi seperti kewangan dan
pentadbiran. Dari segi dasar am seperti autonomi dalam kewangan dan
pentadbiran, FELCRA tidak berbeza dari perbadanan lain, misalan: PKEINJ, LLN
atau LLM. Oleh sebab itu, kesemua badan ini tidak dianggap sebagai Jentera
Kerajaan Persekutuan. Sepertimana Y.B sedia maklum, seksyen 320 Kanun
Tanah Negara adalah semata-mata untuk memperlindungi kepentingan
Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Memendangkan FELCRA tidak termasuk
dalam golongan jentera Kerajaan saya berpendapat bahawa Kaveat Pendaftar
tidak boleh dimasukkan.‖

156
Oleh hal yang demikian, perkara ini dimaklumkan untuk perhatian tuan-tuan.

t.t
(DATO‘ HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH)
Pengarah Tanah dan Galian Johor,
Johor.

Pejabat PengarahTanah dan Galian,


Johor.
2.hb. Ogos, 1988

DPHF/a

Edaran Kepada : Semua Pentadbir Tanah Daerah

Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil

Salinan Kepada : Pengarah FELCRA Negeri Johor,


No. 6N & 6N1, Jalan Larkin,
Karung Berkunci 782,
80350 Johor Bahru.

157
Bil. ( 83 ) dlm. P.T.G. (P) 29 / 87

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 13 / 88

LAPORAN BULANAN PENTADBIRAN TANAH

1. TUJUAN

1.1. Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memaklumkan Pentadbir-Pentadbir Tanah dan
Penolong-Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai perubahan kepada
borang-borang laporan bulanan Pentadbiran Tanah. ( P.T.G (L) 1 – 16 ).

1.2. Kesemua Pejabat Tanah termasuk Pejabat Tanah Daerah Kecil adalah
dikehendaki menghantar Laporan Kemajuan Kerja setiap bulan ke Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian, Johor mengikut borang-borang yang telah
ditentukan. Laporan bulanan tersebut hendaklah sampai dalam minggu pertama
bulan berikutnya.

2. OBJEKTIF

Penyediaan laporan bulanan adalah mempunyai matlamat seperti berikut :-

2.1. Menunjukkan prestasi kemajuan kerja di tiap-tiap Pejabat Tanah.

2.2. Dijadikan alat mengesan hasil kerja kakitangan-kakitangan dalam Pentadbiran


Tanah.

2.3. Membantu Pentadbiran Tanah Daerah untuk mengesan dan mengkaji


tunggakan kerja dan kelemahan-kelemahan yang terdapat di pejabat masing-
masing serta mencari jalan untuk mengatasinya.

2.4. Membantu Pentadbir Tanah untuk menyusun tugas-tugas yang diberi pada
kakitangan-kakitangan.

2.5. Membantu Pentadbir Tanah Daerah untuk mengaturkan keutamaan di Pejabat


Tanah.

158
3. BORANG DAN PANDUAN MENGISI BORANG

3.1. Bersama-sama ini dilampirkan panduan mengisi borang dan contoh-contoh


borang ( P.T.G(L) 1 – 16 ) sebagaimana Lampiran ‗A‘.

3.2. Borang-borang yang dikenakan telahpun dibincangkan dan diterima


sebagaimana Mesyuarat bil. (9) dlm. P.T.G.(P) 29/87 Jld. 1 bertarikh 13
September 1988.

4. TARIKH KUATKUASA

Arahan ini berkuatkuasa mulai dari 1 Januari 1989. Pengguna borang mengenai
laporan bulanan sebelum tarikh tersebut adalah dengan ini dimansuhkan. Dengan ini
Pekeliling Bil. 6/86 adalah dibatalkan.

5. TUMPUAN KHAS

Memandangkan laporan-laporan ini mencerminkan tahap pencapaian sesuatu pejabat,


amatlah penting bagi Pentadbir-Pentadbiran Tanah Daerah untuk meneliti maklumat-
maklumat yang diberi serta mempastikan bahawa semua kakitangan di dalam
Pentadbiran Tanah memgambil berat merekod dengan betul setiap urusan-urusan yang
dipertanggungjawab.

Sekian.

( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BINTI ABDULLAH )


Pengarah Tanah dan Galian,
Johor.

PEJABAT P.T.G.
Johor Bahru
3 Disember 1988

Edaran Kepada : Semua Pentadbir Tanah Daerah.


: Semua Pen. Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

159
Lampiran ‗A‘ kepada Pek. 13 / 1988

OBJEKTIF PENTADBIRAN TANAH

OBJEKTIF PENTADBIRAN TANAH IALAH MENJALANKAN PERANAN SEBAGAI SEBUAH AGEN


PENGGERAK PEMBANGUNAN DENGAN MEWUJUDKAN PENGURUSAN YANG CEKAP DAN
PROGRESSIF.

MENANAM SIKAP PROFESSIONALISMA TERHADAP TUGAS-TUGAS DI KALANGAN SEMUA


PERINGKAT ANGGOTA KAKITANGAN PENTADBIRAN TANAH.

MENENTUKAN PERLAKSANAAN DAN PENGUATKUASAAN SEMUA UNDANG-UNDANG,


KAEDAH-KAEDAH,PERATURAN-PERATURAN DAN ARAHAN-ARAHAN YANG MELIBATKAN
PENTADBIRAN TANAH.

160
PANDUAN PENGISIAN BORANG-BORANG LAPORAN

2.0. P.T.G(L) 1

Borang ini melaporkan prestasi kerja bagi Bahagian Am dan Pembangunan. Bahagian
ini tidak mungkin wujud di Pejabat Tanah dan tajuk-tajuk yang dimasukkan dalam
laporan ini diuruskan oleh lain-lain bahagian tetapi di Pejabat Tanah dan Galian
perkara tersebut adalah diuruskan oleh Bahagian Am. Untuk membolehkan maklumat-
maklumat diisi dalam borang ini, Pentadbiran Tanah Daerah perlulah menugaskan
seorang kakitangan untuk mendapatkan maklumat dari kakitangan yang berkenaan.

Borang ini di bahagikan kepada (2) bahagian :-

2.0.1. Bahagian A - Memberi gambaran mengenai prestasi dan baki


kerja-kerja yang terdapat di Pejabat Tanah.

2.0.2. Bahagian B - Menunjukkan baki yang terdapat di Pejabat Tanah


dan Galian.

2.1. Bahagian A - Ruang (1) - Jelas maksudnya.

Ruang (2) - Jelas maksudnya.

Ruang (3) - Ruang ini hendaklah meliputi baki


permohonan yang dibawa dari bulan lepas.
Angka ini hendaklah sama dengan angka
baki yang diberi dalam laporan bulan
sebelumnya.

Ruang (4) - Jelas maksudnya

Ruang (5) - Jelas maksudnya

Ruang (6) - Keputusan yang dimasukkan ialah semua


keputusan yang telah dibuat oleh PTD.

161
Ruang (7) - Tidak semua perkara-perkara di dalam
format ini yang diakukan ke P.T.G. Dengan
demikian hanya permohonan yang telah
dihantar akuannya ke P.T.G. dalam bulan
berkenaan sahaja yang perlu dinyatakan.
Sekiranya keputusan dibuat oleh PTD
angkanya hendaklah dimasukkan pada
ruang (6). Akuan yang dimaksudkan
ialah akuan yang telah dihantar ke P.T.G
dan bukan yang sedang disediakan
oleh Pentadbir Tanah Daerah.

Ruang (8) - Baki yang dimasukkan di sini ialah


kesemua permohonan yang masih
belum ada apa-apa keputusan atau
diakukan yang masih lagi diuruskanoleh
PTD. Tidak termasuk yang ditangguhkan.

2.2. Bahagian B - Ruang (1) - Jelas maksudnya.


Ruang (2) - Jelas maksudnya.
Ruang (3) - Angka yang dinyatakan di ruangini
menunjukkan jumlah akuan-akuan yang
telah dihantar ke P.T.G tetapi masih
belum ada keputusan.Ini bermaknaP.T.G
hendaklah menyemak balik dari rekod
di Pejabat Tanah untuk mempastikan
jumlah akuan yang belum mendapat apa-
apa jawapan.
Ruang (4) - Ruang ini memberitahu jumlah
akuan yang dihantar ke P.T.G dalam
bulan yang dilaporkan sahaja. [ sama
seperti ruang (7) di Bahagian A ].
Ruang (5) - Jelas maksudnya.
Ruang (6) - Ruang ini memberi maklumat mengenai
kesemua keputusan-keputusan yang
diterima dari P.T.G. dalam bulan yang
dilaporkan sahaja dengan tidak
mengambilkira tarikh keputusan dibuat.
Ruang (7) - Ruang ini menunjukkan kesemua akuan-
akuan yang masih lagi di tangan P.T.G.
Setelah ditolak angka di ruang (6), angka
yang sama patutnya ditunjukkan di dalam
ruang (3) bagi laporan bulan yang
berikutnya.

162
3.0. P.T.G(L) 2

3.1. Laporan ini dibahagikan kepada (3) bahagian yang memberi maklumat
mengenai Lesen Pendudukan Sementara ( LPS ).

Bahagian A - Menunjukkan prestasi kerja dan baki permohonan Lesen


Pendudukan Sementara yang terdapat di Pejabat Tanah.

Bahagian B - Memberi maklumat mengenai baki kerja yang terdapat di


P.T.G.

Bahagian C - Laporan menyeluruh mengenai kesemua Lesen


Pendudukan Sementara yang terdapat di dalam daftar
Lesen Menduduki Sementara di Pejabat-Pejabat Tanah.

3.2. Untuk memudahkan penyediaan laporan, Pentadbir-Pentadbir Tanah


dikehendaki mengasingkan permohonan Lesen Pendudukan Sementara
mengikut jenis-jenis kegunaan.

3.3. Pengisian bagi Bahagian A dan B adalah sama seperti yang dijelaskan bagi
P.T.G(L) 1.

3.4. Untuk Bahagian C PTD dikehendaki melaporkan :-

a) Kesemua Lesen Pendudukan Sementara yang terdapat di dalam daerah


mengikut jenis kegunaan.

b) Jumlah Lesen Pendudukan Sementara yang dibaharui dalam bulan


berkenaan sahaja.

c) Jumlah Lesen Pendudukan Sementara yang telah dibaharui dari awal


tahun sehingga bulan yang dilaporkan.

d) Jumlah Lesen Pendudukan Sementara yang tidak dibaharui. Bagi laporan


di bahagian ini ( bahagian C ) PTD dikehendaki memberitahu hasil yang
terlibat.

3.5. Untuk maklumat PTD, dimesyuarat Pengarah-PengarahTanah danGalian yang


diadakan pada 18 Ogos 1988 telah diputuskan bahawa ― Temporary
Occupation Licence ‖ disebut sebagai Lesen Pendudukan Sementara ( LPS ).

163
3.6. Melalui laporan ini, PTD dapat mengesan Lesen Pendudukan Sementara yang
tidak dibaharui dan boleh mengeluarkan surat kepada yang berkenaan
memberitahu mengenai pembatalan Lesen Pendudukan Sementara mereka.

4.0. P.T.G(L) 3

Format ini menunjukkan prestasi mengenai permohonan-permohonan tanah yang


dibahagikan kepada (7) bahagian iaitu :-

a) Permohonan tanah biasa dan tanah kocek.


b) Permohonan tanah yang diumumkan.
c) Permohonan semula bagi permohonan yang telah terbatal kerana tidak
membayar tuntutan 5A.
d) Permohonan sambung lis.
e) Permohonan oleh pihak swasta.
f) Permohonan oleh Persatuan / Petubuhan.
g) Permohonan oleh Agensi atau Badan-Badan atau oleh Kerajaan.

4.1. Permohonan tanah biasa bermaksud ialah tanah yang dimohon dengan tidak
ada pengumuman diadakan oleh PTD seperti tanah-tanah yang telah diduduki
oleh pemohon, tanah yang dimohon oleh mereka-mereka yang dipindahkan
semasa darurat dan juga tanah yang telah diceroboh sejak beberapa tahun. PTD
dikehendaki memberitahu jumlah dan jumlah fail bagi tiap-tiap jenis
permohonan seperti yang dinyatakan dalam format ini.

4.2. Mengenai maklumat lain yang dikehendaki, adalah sama seperti yang
dinyatakan untuk P.T.G(L) 1.

4.3. Di samping itu, terdapat juga Bahagian B yang telahpun dijelaskan seperti di
dalam P.T.G(L) 1.

5.0. P.T.G(L) 4

Format ini memberi laporan umum mengenai rancangan GSA yang terdapat di daerah-
daerah, tetapi tidak termasuk ranangan Felda. Terdapat 2 jenis rancangan GSA di
daerah( juga dipanggil rancangan berkelompok atau rancangan tanah pinggir ) iaitu
yang berbantu dan tidak berbantu. Kalau dilihat daripada format ini laporan mengenai
rancangan GSA telah dibahagi kepada (2) iaitu bil. (1) – (6) meliputi rancangan GSA
yang telah diwartakan. Manakala bil (7) ialah mengenai rancangan GSA yang belum
diwartakan di bawah Akta ( Land Group Settlement Areas ) 1960.

164
5.1. Maklumat yang diperlukan untuk bil. 7(a) ialah mengenai penyediaan pelan
warta yang belum disahkan oleh P.T.G dan yang belum dihantar oleh P.T.G
untuk diwartakan. Bagi 7(d) pula ialah meliputi rancangan GSA yang masih
belum lagi diminta penyediaan pelan warta dan yang masih lagi dalam tindakan
PTD untuk menyediakan pelan kawasan.

6.0. P.T.G(L) 5

Laporan ini ialah mengenai permohonan Pengambilan Balik Tanah. Laporannya


dibahagi kepada (2) bahagian :-

Bahagian A - Laporan umum mengenai kes yang telah


diselesaikan iaitu sehingga pendaftaran Borang (K).

Bahagian B - Mengenai Pengambilan Balik Tanah yang belum


selesai, dibahagikan kepada (4) peringkat iaitu :-

i) Di peringkat tindakan PTD


ii) Di peringkat tindakan P.T.G
iii) Di peringkat tindakan pewartaan
iv) Di peringkat bicara dan bayaran
v) Pendaftaran Hakmilik Sementara

6.1. Selanjutnya terdapat (2) lagi bahagian iaitu peringkat penyediaan P.U dan
peringkat rayuan.
6.2. Dipercayai format ini jelas maksudnya dan tidak perlu diberi penerangan lanjut.

7.0. P.T.G(L) 6

Tiada perubahan pada format ini. yang perlu dilaporkan ialah mengenai permohonan
tanah untuk pembangunan yang dimohon oleh Jabatan-Jabatan atau Agensi-Agensi
Kerajaan sahaja.

7.1. Tujuan laporan ini ialah untuk mengetahui kedudukan permohonan yang masih
lagi dalam tindakan samada di peringkat Pejabat Tanah ataupun di peringkat
P.T.G dan yang telah mendapat kelulusan dalam bulan yang berkenaan. Dari
laporan ini dapat dilihat tempoh yang diambil untuk memproses satu-satu
permohonan.

165
7.2. Permohonan-permohonan yang disenaraikan ialah :-

7.2.1. Permohonan-permohonan yang telah mendapat kelulusan dalam


bulan berkenaan.

7.2.2. Permohonan yang sedang diproses dan belum mendapat apa-apa


kelulusan.

8.0. P.T.G(L) 7

P.T.G(L) 7 ini melaporkan mengenai semua tanah-tanah rizab yang terdapat di daerah-
daerah. Tanah rizab yang dimaksudkan ialah rizab yang diwartakan dalam Kanun
Tanah Negara sahaja. Bagi tujuan laporan ini PTD dikehendaki memberi maklumat-
maklumat mengenai semua tanah-tanah yang telah ada keputusan untuk dirizabkan.

8.1. Dari format ini PTD dapat mengesan rizab-rizab yang belum diambil
tindakan pewartaan dan sebagainya. Laporan ini dibahagikan kepada (3)
bahagian iaitu :-

Bahagian A - Laporan umum mengenai rizab-rizab yang telah


diwartakan.

Bahagian B - Laporan mengenai rizab yang belum diwartakan


dan peringkat-peringkat tindakan.

Bahagian C - Mengenai rizab yang belum diluluskan yang telah dihantar


ke P.T.G .dan yang telah diluluskan sehingga bulan yang
dilaporkan. Ini termasuk kesemua akuan dari dahulu
hingga sekarang, yang manamasih belumada lagi apa-apa
keputusan.

9.0. P.T.G(L) 8

Format ini ialah mengenai prestasi kerja di bahagian pendaftaran yang dipercayai jelas
maksudnya. Sungguh pun demikian maksud Bahagian A ruang (7) ialah jumlah yang
telah dibuat keputusan oleh Pentadbir Tanah Daerah.

166
10.0. P.T.G(L) 9

Laporan ini memberi maklumat mengenai tanah-tanah Rizab Melayu samada tanah
yang bermilik ataupun Tanah Kerajaan.
10.1. Terdapat (4) bahagian di dalam laporan ini iaitu :-
i) Permohonan di peringkat awal yang belum ada apa-apa
keputusan Kerajaan atau yang belum diambil tindakan
pewartaan.
ii) Peringkat akuan dan pewartaan.
iii) Peringkat penyediaan pelan warta.
iv) Maklumat umum mengenai kesemua tanah-tanah Rizab Melayu
di dalam Daerah.

10.2.
1(a) - Baki dari bulan lepas - Baki permohonan-permohonan
yang belum di daftar ke P.T.G.
yang masih lagi dalam tindakan
PTD.

1(b) - Permohonan - Permohonan yang diterima dalam


diterima bulan ini bulan yang dilaporkan.

1(c) - Permohonan yang - Jelas maksudnya


ditarikh balik atau
dibatalkan

1(d) - Jumlah Borang C - Jumlah Borang C adalah


atau akuan yang melibatkan tanah yang
dihantar dalam berhakmilik sahaja dengan itu
bulan ini hanya ruang (3) perlu diisikan
maklumat. Bagi Tanah Kerajaan
pula hendaklah diberitahu akuan
yang telah dihantar ke P.T.G.

2(a) - Jumlah Borang C - Untuk ruang (3) nyatakan jumlah


akuan yang dihantar Borang C yang telah dihantar
ke P.T.G yang belum sejak beberapa lama yang masih
ada kelulusan atau belum diwartakan. Bagi ruang (4)
pewartaan akuan-akuan untuk menjadikan
tanah Kerajaan sebagai Rizab
Melayu yang belum ada
keputusan.

167
2(b) - Jumlah yang telah - Warta yang dimaksudkan ialah
diwartakan warta kali yang ketiga bagi Tanah
Berhakmilik dan bagi tanah
Kerajaan bermakna pewartaan
Pelan Warta.
2(c) - Jumlah yang telah - Ruang (4) sahaja yang perlu diisi,
diluluskan mengenai keputusan-keputusan
Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk
menjadikan tanah Kerajaan
sebagai Rizab Melayu.

2(d) - Baki dalam tindakan - Ini bermakna [ 2(a) – 2(b) + 2(c)]

3(a) - Tindakan PTD - Pelan-pelan yang masih


disediakan oleh Pegawai
Petempatan dan permintaan-
permintaan ukur yang belum
dihantar ke Pejabat Ukur.

3(b) - Tindakan Pejabat - Jelas maksudnya.


Ukur

4 - Ringkasan - Maklumat ini dikehendaki untuk


mengetahui jumlah luas kawasan
Rizab Melayu yang terdapat
dalam tiap-tiap daerah. 4(i) dan
4(ii) perlu diasingkan untuk
mengetahui kadar pertambahan
kawasan tiap-tiap bulan.

11.0. P.T.G(L) 11

Laporan ini memberi maklumat kutipan hasil dari tuntutan 5A. Punca utama ialah dari
Pengurniaan Tanah Kerajaan, Permohonan-permohonan SBKS, Pecah Sempadan, Ubah
Syarat dan sebagainya dan tanah lombong.

11.1. Sekiranya terdapat juga pengeluaran 5A bagi permohonan-permohonan lain,


PTD bolehlah menambahkan tajuk.

11.2. Laporan ini terbahagi kepada (3) bahagian :-

Bahagian A - Memberi maklumat mengenai dengan


Penyata Notis 5A yang belum diserahkan.

168
Bahagian B - Memberi maklumat mengenai dengan
Penyata Notis 5A yang telah diserahkan
dan kutipan hasil yang dipungut.

Bahagian C - Memberi maklumat mengenai kutipan


hasil bagi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

12.0. P.T.G(L) 12

Laporan ini memaklumkan pencerobohan-pencerobohan yang berlaku dalam satu-satu


Daerah. Selagi tidak ada tindakan kuatkuasa maklumat yang diberi oleh PTD perlu
ditunjukkan bagi laporan tiap-tiap bulan, iaitu maklumat di ruang (1) hingga (7)
adalah sama. hanya apabila ada tindakan kuatkuasa barulah boleh diberi maklumat
bagi ruang (B) hingga (13).

12.1. Jenis kuatkuasa yang disenaraikan di ruang (1) hanyalah merupakan


sebagai contoh sahaja dan PTD tidak perlu menyenaraikan kesemua jenis
sekiranya tidak berlakunya pencerobohan Kerajaan.

13.0. P.T.G(L) 13

Laporan ini mengenai pemeriksaan terhadap kenderaan yang membawa bahan-bahan


batu. PPTD bahagian hasil dikehendaki membuat pemeriksaan samada di tempat
pengeluar bahan batu ataupun di jalanraya untuk mempastikan bahawa pemindahan
bahan batu dibuat dengan bayaran permit. Dipercayai format ini jelas dan tidak perlu
keterangan lanjut.

14.0. P.T.G(L) 14

Laporan ini memberi maklumat mengenai penyediaan 6A dan mengenai dengan


kutipan tunggakan cukai tanah.

14.1. Laporan ini dibahagi kepada (3) bahagian :-

a) Peringkat penyediaan 6A
b) Peringkat perampasan
c) Peringkat pembatalan perampasan

14.2. Dalam penyediaan laporan ini jumlah hakmilik bermaksud jumlah tanah-tanah
yang tidak membayar cukai-cukai dan bukan jumlah bil cukai.
169
15.0 P.T.G (L) 15

Dipercayai tidak perlu diberi keterangan mengenia laporan ini dan dengan menyimpan
rekod yang kemas dipercayai laporan bulanan mudah disediakan.

16.0 P.T.G (L) 16

Surat bil. (97) dlm. P.T.G (P) 29/87 telah dikeluarkan mengenai laporan ini.

170
KEPUTUSAN
BIL JENIS PERMOHONAN Baki Permohonan Dari Jumlah yang diterima JUMLAH BESAR
DILULUSKAN TIDAK DILULUSKAN
A Bulan Lepas Bulan ini (3)–(4)
Permohonan Jumlah Unit Permohonan Jum. Permohonan Jum. Permohonan Jum. Permohonan Jum.
Unit Unit
Unit Unit
1 Pecah Sempadan
2 Pecah Bahagian
3 Percantuman
4 S.B.K.S
5 Permohonan dibawah Seksyen 124A
6 Ubahsyarat pertanian Kepada pertanian
7 Ubahsyarat pertanian atau syarat ‗Nil‘
pada bangunan
8 Ubahsyarat bangunan atau syarat ‗Nil‘
pada bangunan
9 Ubahsyarat pertanian dan bangunan atau
syarat ‗Nil‘ pada
10 Permohonan S.K.C.
11 Permohonan Sijil Lombong
12 Permohonan Pecah Sempadan Bangunan
13 Permohonan Hak LaluLalang Pen. Tanah
14 Permohonan Lesen Dibawah Enakman Air
( a ) Seksyen 7( b ) Seksyen 7A ( c ) Seksyen 8
15 Permohonan Percantuman Bangunan
16 Sewaan Tanah Kerajaan
17 Pajakan Rizab Tanah
18 Permohonan Tanah Wakaf
19 Permohonan Ismen
JUMLAH
171
(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7)
BIL JENIS PERMOHONAN Jumlah yang dihantar ke Jumlah yang dihantar JUMLAH BESAR Keputusan-keputusan BAKI DI PTG
PTG yang
A Permohonan Jumlah Unit ke PTG bulan ini (3)–(4) (5)–(6)
yang belum ada keputusan diterima dari PTG
Permohonan Jum. Unit Permohonan Jum. Unit Permohonan Jum. Permohonan Jum. Unit Permohonan Jum.
Unit Unit
1 Pecah Sempadan
2 Pecah Bahagian
3 Percantuman
4 S.B.K.S
5 Permohonan dibawah Seksyen 124A
6 Ubahsyarat pertanian Kepada pertanian
7 Ubahsyarat pertanian atau syarat ‗Nil‘
pada bangunan
8 Ubahsyarat bangunan atau syarat ‗Nil‘
pada bangunan
9 Ubahsyarat pertanian dan bangunan atau
syarat ‗Nil‘ pada
10 Permohonan S.K.C.
11 Permohonan Sijil Lombong
12 Permohonan Pecah Sempadan Bangunan
13 Permohonan Hak LaluLalang Pentddbir
Tanah
14 Permohonan Lesen Dibawah Enakman Air
( a ) Seksyen 7 ( b ) Seksyen 7A ( c ) Seksyen
8
15 Permohonan Percantuman Bangunan
16 Sewaan Tanah Kerajaan
17 Pajakan Rizab Tanah
18 Permohonan Tanah Wakaf
19 Permohonan Ismen
JUMLAH
172
(1)
BIL JENIS PERMOHONAN BAKI KES RAYUAN KES YANG JUMLAH DILAKUKAN SEMULA BAKI
A DITERIMA DALAM DITERIMA DALAM BESAR DALAM BULAN INI DI PTD
BULAN INI BULAN INI
1 Pecah Sempadan
2 Pecah Bahagian
3 Percantuman
4 S.B.K.S
5 Permohonan dibawah Seksyen 124A
6 Ubahsyarat pertanian Kepada pertanian
7 Ubahsyarat pertanian atau syarat ‗Nil‘
pada bangunan
8 Ubahsyarat bangunan atau syarat ‗Nil‘
pada bangunan
9 Ubahsyarat pertanian dan bangunan atau
syarat ‗Nil‘ pada
10 Permohonan S.K.C.
11 Permohonan Sijil Lombong
12 Permohonan Pecah Sempadan Bangunan
13 Permohonan Hak LaluLalang Pentddbir
Tanah
14 Permohonan Lesen Dibawah Enakman Air
( a ) Seksyen 7 ( b ) Seksyen 7A ( c ) Seksyen
8
15 Permohonan Percantuman Bangunan
16 Sewaan Tanah Kerajaan
17 Pajakan Rizab Tanah
18 Permohonan Tanah Wakaf
19 Permohonan Ismen
JUMLAH
173
(1)
BIL JENIS PERMOHONAN BAKI KES RAYUAN RAYUAN YANG JUMLAH DILAKUKAN SEMULA BAKI
A DITERIMA DALAM DITERIMA DALAM BESAR DALAM BULAN INI DI PTD
BULAN INI BULAN INI
1 Pecah Sempadan
2 Pecah Bahagian
3 Percantuman
4 S.B.K.S
5 Permohonan dibawah Seksyen 124A
6 Ubahsyarat pertanian Kepada pertanian
7 Ubahsyarat pertanian atau syarat ‗Nil‘
pada bangunan
8 Ubahsyarat bangunan atau syarat ‗Nil‘
pada bangunan
9 Ubahsyarat pertanian dan bangunan atau
syarat ‗Nil‘ pada
10 Permohonan S.K.C.
11 Permohonan Sijil Lombong
12 Permohonan Pecah Sempadan Bangunan
13 Permohonan Hak Lalu Lalang Pentddbir
Tanah
14 Permohonan Lesen Dibawah Enakmen Air
( a ) Seksyen 7 ( b ) Seksyen 7A ( c ) Seksyen
8
15 Permohonan Percantuman Bangunan
16 Sewaan Tanah Kerajaan
17 Pajakan Rizab Tanah
18 Permohonan Tanah Wakaf
19 Permohonan Ismen
JUMLAH
174
(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8)
Bil JENIS BAKI DARI PERMOHONAN JUMLAH BESAR AKUAN KEPUTUSAN BAKI
A PERMOHONAN BULAN LALU DITERIMA KE PTG PTD DI PTG
BULAN INI
LULUS TOLAK
L E S E N P E N D U D U K A N S E M E N T A R A
Rumah Kediaman
1
Pertanian
2
Bengkel
3
Gerai/Kedai
4
Jeti
5
Ternakan ( lembu, kambing
6
Itik, ayam, kolam ikan,
udang, Ketam
Lain-lain ( Papan Iklan, Setor
7
Tahi Lombong ( Tailing )
Permit ruang udara, Ran,
Sawah, Tempat Letak Kereta,
Stokpile, Kelong, Portable
Sawmill, Pertunjukan Awam,
Nursery, Jalan )
175
Bil. (88)Dlm. P.T.G(P) 29/87 Jld.1.

PEKELILING P.T.G.BIL.14/1988

LAPORAN TAHUNAN BAGI PEJABAT-PEJABAT TANAH


DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

1.0 TUJUAN

Tujuan pekeliling ini ialah untuk memberitahu Pentadbir Tanah Daerah dan Penolong
Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai format laporan tahunan yang perlu disediakan
setiap tahun.

2.0 FORMAT

Format laporan telah sebagaimana yang telah dibincangkan di mesyuarat Pentadbir


Tanah Daerah-Pentadbir Tanah Daerah di Kluang pada 6.12.88 yang disertakan
bersama-sama ini. Sila teliti format ini kerana terdapat sedikit pindaan dari apa yang
telah dibincangkan pada tarikh tersebut. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil
hendaklah mengemukakan laporan ke Pentadbir Tanah Daerah.

3.0 PENERANGAN MENGENAI FORMAT:

3.1 PROFILE DAERAH memberi maklumat mengenai kegunaan tanah serta


pelupusan tanah dalam satu daerah.

3.2 KEGUNAAN TANAH tidak perlu dijelaskan kecuali dibahagian lain-lain yang
bermaksud tanah-tanah yang langsung tidak boleh dikurniakan mungkin oleh
kerana berpaya dan sebagainya. Sungguhpun tanah-tanah tersebut sepatutnya
dirangkumkan di bawah ―tanah Kerajaan‖ ia memberi gambaran seolah-olah
boleh dikurniakan dengan itu untuk membolehkan perancangan pengurniaan
dilakukan,perlulah maklumat tersebut diasingkan,supaya dapat diketahui
berapa banyak lagikah tanah Kerajaan yang masih boleh dikurniakan.

3.3 TANAH-TANAH AGENSI KERAJAAN- perkara ini juga jelas dimana dihuraikan
tanah-tanah yang dimiliki oleh agensi-agensi Kerajaan, termasuk ketua
Pengarah Tanah dan Galian, State Secretary Incorporation, dan rizab-rizab
agensi Kerajaan negeri. Nama-nama yang disenaraikan dalam format
merupakan contoh. Senarai tersebut perlu diatur semula. Tanah yang terletak
diatas nama ketua Pengarah Tanah dan Galian hendaklah dipecahkan kepada
Kementerian atau Agensi-Agensi yang sebenarnya menikmati tanah tersebut
misalnya Kementerian Pertahanan,Pendidikan dan sebagainya. Laporan tersebut
hendaklah dibahagi kepada dua bahagian iaitu agensi Kerajaan persekutuan dan
agensi Kerajaan Negeri.

3.4 TANAH INDIVIDU dipecahkan kepada tanah kurniaan di bawah Kanun Tanah
Negara dan dibawah akta GSA.

3.5 PROFILE PEJABAT TANAH memberi maklumat umum mengenai Pejabat Tanah.
Dipercayai penerangan lanjut tidak diperlukan bagi ruang-ruang mengenai
kakitangan dan jawatan-jawatan yang kosong.

176
3.6 Bagi ruang PERUNTUKAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN tajuk yang
dimaksudkan ialah tajuk yang diberi dalam buku anggaran hasil dan
perbelanjaan tahunan.

3.7 LAPORAN HASIL KERJA memberi maklumat mengenai urusan-urusan yang


diselesaikan di pejabat-pejabat tanah. Maksudkan ―selesai‖bagi permohonan
tanah ialah permohonan-permohonan yang telah ditolak oleh Pentadbir Tanah
Daerah, yang telah diakukan ke PengarahTanah Dan Galian dan yang diakukan
ke urusetia-urusetia seperti Jawatankuasa Teknikal Perindustrian Di Unit
Perancang Ekonomi Negeri Johor.

3.8 Bagi laporan PENGAMBILAN BALIK TANAH, projek yang disenaraikan ialah
yang telah dikeluarkan boring ‗H‘ yang disenaraikan mengikut Kementerian
atau agensi yang melaksanakan projek. Nama projek juga hendaklah diberi.
Sungguhpun demikian, sekiranya terdapat beberapa projek kecil-kecilan untuk
sesuatu Kementerian misalnya Kementerian Pendidikan, memadailah
dijumlahkan kesemua projek tersebut ,tanpa menyenaraikannya satu
persatu;yang perlu dinyatakan ialah jumlah kes dan (jumlah plot tanah yang
diambil balik). Begitu juga dengan maklumat mengenai baki, Pengambilan Balik
Tanah.

3.9 Untuk laporan BAHAGIAN PETEMPATAN, jumlah kerja yang dijalankan


bermaksud, jumlah plot dan luas tanah yang telah diselesaikan urusannya.

3.10 Bagi urusan-urusan yang tidak dilaporkan di ruang-ruang sebelum ini,ia boleh
dilaporkan di bawah ruang KEMAJUAN dimana ―jumlah yang diselesaikan‖
bermakna jumlah yang telah diakukan oleh Pentadbir Tanah Daerah ke
Pengarah Tanah dan Galian, atau ke pihak-pihak lain dan yang diberi mana-
mana urusan yang masih dalam siasatan pegawai petempatan atau dalam
peringkat penyediaan akuan atau laporan oleh Pentadbir Tanah Daerah tidak
boleh dikira sebagai selesai.

4.0 ULASAN MENGENAI PRESTASI PEJABAT TANAH

Berasaskan maklumat-maklumat yang diberi dalam laporan, Pentadbir Tanah Daerah


hendaklah memberi penilaian mengenai prestasi Pejabat Tanah Daerah Kecil dan
menerangkan program-program yang akan dilaksanakan untuk mempertingkatkan
prestasi pejabat.

5.0 PENYAMPAIAN LAPORAN

Laporan tersebut hendaklah sampai di pejabat tanah dan galian minggu kedua bulan
Januari. Dengan itu usaha-usaha mengumpul maklumat hendaklah dilakukan dalam
bulan Disember sebelum itu.

177
Sekian

(DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH)


Pengarah Tanah Dan Galian,
Johor.

Edaran Kepada: Semua Pentadbir Tanah Daerah.


Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

PEJABAT TANAH DAN GALIAN,


Johor.
Tarikh: 10.12.88

178
Bil. ( 80 ) dlm P.T.G. 48 / 73 Pt. IV

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 15/1988 ( <> )

SERAHBALIK KURNIASEMULA –
KAJIAN SEMULA DASAR

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan PTD dan Penolomg PTD Daerah
Kecil mengenai kajian semula yang dibuat oleh Kerajaan kepada dasar
serahbalik kurniasemula yang telah diluluskan dalam (R/M 976/88 bertarikh
14hb. Disember 1988)

2. PEMBINAAN RUMAH RENDAH ;

2.1 Pembinaan rumah-rumah murah adalah dikecualikan bagi tanah yang dimiliki
oleh Ahli-Ahli keluarga iaitu yang terdiri daripada Ahli-Ahli keluarga yang
terdekat sahaja iaitu anak beranak dan adik beradik. Kelonggaran tersebut
adalah diberi sekiranya jumlah plot adalah secukup-cukup untuk diagihkan
kepada anggota keluarga dan tanah tidak lebih daripada 3 ekar

2.2 Pengecualian untuk membina rumah murah juga diberi bagi tanah yang terletak
dalam Rizab Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu yang luasnya adalah tidak
lebih dari 5 ekar. Sungguhpun demikian, Kerajaan akan memberi pengecualian
ini bagi tanah yang lebih luas sekiranya difikirkan layak

2.3 Seterusnya penyediaan rumah murah juga dikecualikan bagi tanah yang dibeli
secara beramai-ramai atau atas nama Pertubuhan atau Koperasi yang telah
dibeli sebelum tahun 1985. Yang perlu dititikberatkan ialah tanah yang dipohon
Serahbalik Kurniasemula terletak dalam kawasan pembangunan mengikut
pandangan Perancang Bandar Dan Dan Desa. Pengecualian ini deberi tertakluk
kepada perkara berikut :-

2.3.1 Tidak lebih dar 3 ekar - Dikecualikan daripada .


membina rumah murah

2.4 Kuota rumah murah diubahsuai bagi tanah yang tersebut dijumlahkata 2.3
seperti berikut :-

2.4.1 Lebih dari 3. Ekar - rumah murah sebanyak


sehingga 5 Ekar 20%

2.4.2 Lebih dari 5 Ekar - sekurang-kurangnya 40% .


rumah murah

3. TANAH KEGUNAAN AWAM :

3.1 Penyediaan tanah untuk kegunaan awam seperti Balairaya, tapak sekolah dan
sebagainya adalah dikecualikan bagi tanah yang dimiliki oleh anggota keluarga
seperti yang dinyatakan di jumlahkata 2.1
179
3.2 Perkara yang sama juga dikecualikan bagi tanah-tanah yang dimiliki secara
beramai-ramai atau kepada Pertubuhan atau Koperasi yang telah dibeli sebelum
tahun 1985 yang luasnya tidak melebihi 3 ekar

4. PENYEDIAAN LEOUT

3.1 Bagi tanah yang dinyatakan dijumlahkata 2.1 dan 2.3 yang belum ada
bangunan penyediaan leout hendaklah selaras dengan keperluan perancangan.
Begitu juga dengan penyediaan prasarana yang setaraf dengan apa yang
ditetapkan oleh agensi-agensi Kerajaan untuk menentukan pemilik dapat
menikmati hidup yang selesa. Bagi memastikan penyediaan prasarana yang
sempurna, syarat nyata seperti dijumlahkata 5.1 hendaklah dikenakan.

3.2 Bagi tanah-tanah yang sudah didirikan bangunan, biasanya kemudahan air, api
dan jalan sudah siap dibina walaupun tidak mengikut piawai J.K.R. Sebahagian
besar daripada Pembangunan leout bagi kawasan ini hendaklah mengikut
kehendak perancangan minima. Sekiranya perancangan minima ini tidak dapat
juga ‗accommodate‘ bangunan-bangunan yang sedang dibina, pecahan tanah
akan diluluskan mengikut leout perancangan yang minima ini tanpa mengira
kedudukan bangunan

3.3 Dalam keadaan dimana leout yang teratur tidak dapat disesuaikan dengan
kedudukan bangunan yang ada, pemilik hendaklah memohon ubahsyarat bagi
keseluruhan tanahnya. Hakmilik akan dikenakan syarat nyata seperti
dijumlahkata 5.2

5. SYARAT NYATA :

5.1 Bagi memastikan penyediaan prasarana dipatuhi, syarat baru yang dikenakan
adalah seperti berikut :-

―Tanah yang didaftar dalam hakmilik ini tidak boleh dijual, dipajak atau
dipindahmilik melainkan selepas segala insfrastruktur yang disyaratkan telah
disahkan siap oleh ( Penguasa Tempatan Berkenaan ) dan sebuah bangunan
rumah / kedai telah siap dibina dan disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah dan
siap selepas mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri‖

5.2 Tanah yang telah sedia ada bangunan sebelum ubahsyarat diluluskan, seperti
yang dinyatakan dijumlahkata 4.3 syarat nyata yang dikenakan adalah seperti
berikut :-

―Bangunan yang terdapat dalam hakmilik ini, tidak boleh diubahsuai, ditambah
atau dibina semula melainkan leout yang telah diluluskan dan mengikut
Undang-Undang Kecil Bangunan Penguasa Tempatan‖.

5.3 Seterusnya bagi hakmilik oleh Pertubuhan atau Koperasi, tanah yang
dibangunkan adalah semata-mata untuk ahli-ahli dan bukan untuk jualan
kepada bukan ahli. Perkara ini boleh dikawal dengan mengenakan syarat nyata
tambahan yang berbunyi :-

180
―Tanah yang didaftarkan dalam hakmilik ini tidak boleh dijual, dipajak atau
dipindahmilik kepada mereka yang bukan Ahli Koperasi / Pertubuhan kecuali
terlebih dahulu medapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri‖

6. TANAH RIZAB MELAYU YANG DIMILIKI OLEH BUKAN MELAYU

6.1 Apabila tanah tersebut diproses secara serahbalik dan kurniasemula, ia


menjadi tanah Kerajaan setelah diserahkan, dan mengikut Seksyen 8
Enakmen Rizab Melayu :-

―No StateLand included within a Malay Reservation shall be alienated to


any person not being a Malay‖

Dengan keadaan demikian pengurniaan semula kepada pemilik asal


yang bukan Melayu tidak dapat dilakukan

6.2 Majlis Mesyuarat Kerajaan bersetuju supaya Pemilik Bukan Melayu boleh
memohon pecah sempadan dan ubahsyarat selepas terlebih dahulu
mengikrarkan supaya sebanyak 40% dari pecahan tanah-tanah
dinamakan atas nama salah seorang Pengarah bangsa Melayu yang
dilantik oleh Syarikat Berkenaan. Tanah yang sudah didaftarkan atas
nama seorang Melayu akan hanya dijual pada orang Melayu sahaja.
Dengan cara ini boleh mengatasi masalah yang timbul akibat dari
penyerahan tanah pada Kerajaan yang menghalangnya daripada
dikurniakan semula kepada pemilik Bukan Melayu

6.3 Sebelum pihak berkuasa tempatan mempertimbangkan permohonan


pecah sempadan dan ubahsyarat, pihak tersebut hendaklah berpuashati
mengenai penentuan plot untuk pembeli-pembeli Melayu.

7. PERLANTIKAN ―TRUSTEE‖

7.1 Penjualan rumah-rumah murah masih lagi dikenakan di bawah kelolaan Pejabat
Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Penjualan rumah murah ini
akan menjadi sulit apabila tanah yang dimiliki oleh ramai pemilik. Untuk
memudahkan perkara ini dilaksanakan, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah
bersetuju supaya pemilik-pemilik yang memiliki sesuatu bidang secara beramai-
ramai, melantik dua orang dan tidak lebih dari empat orang dari kalangan
mereka sebagai ―Trustee‖. Ini bagi membolehkan hakmilik yang akan
dikeluarkan bagi rumah-rumah murah didaftarkan atas nama ―Trustee‖ dan
―Trustee-Trustee‖ tersebut hendaklah diberi kuasa melalui ―Power Of Attorney‖
bagi membolehkan mereka menguruskan pembinaan dan pindahmilik rumah-
rumah murah setelah ditentukan pembahagiannya oleh Pejabat Perumahan.

8. PERMOHONAN-PERMOHONAN BARU :

8.1 Pembekuan permohonan-permohonan baru yang telah dikuatkuasakan sejak


1hb Januari 1987 adalah dilonggarkan dengan mereka-mereka yang berhajat
membangunkan tanah dikehendaki memajukan dahulu cadangan awal
(proposal) kepada Pengarah Tanah dan Galian mengenai konsep
pembangunannya yang kemudiannya akan dirujukkan kepada Y.A.B. Menteri
181
Besar Johor bagi persetujuan. Hanya selepas mendapat persetujuan tersebut,
barulah pihak Pemaju boleh mengemukakan permohonan kepada Pengarah
Tanah Dan Galian sebagai Agensi Setempat untuk dibawa bagi pertimbangan
Majlis Mesyuarat Kerajaan. Keutamaan akan diberi kepada mereka yang hendak
memajukan projek 100% rumah murah.

8.2 Untuk membantu P.T.G. meneliti cadangan awal, sebelum membawanya kepada
Y.A.B. Menteri Besar Johor, pandangan dari PengarahPerancang Bandar Dan
Desa, Penguasa tempatan dan P.T.D. akan diperolehi terlebih dahulu. Sekiranya
perlu pemohon akan dipanggil untuk memberi penjelasan kepada Panel yang
mengkaji cadangan tersebut, yang terdiri dari Ketua-Ketua Jabatan yang disebut
di atas

9. SYARAT-SYARAT DALAM SURAT PERJANJIAN:

9.1 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mempastikan bahawa perkara 15,


16, 17 dalam Surat Perjanjian yang diedarkan melalui Pekeliling P.T.G. Bil 1 /
1981 hendaklah dibuat pembatalan atau penyesuaian, bagi mereka-mereka
yang mendapatkan pengecualian atau pengurangan kuota sebagaimana yang
dujelaskan di jumlahkata 2.1, 2.2, 2.3 dan 2.4

t.t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BT ABDULLAH )
Pengarah Tanah Dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G. Johor


Johor Bahru
21hb Disember 1988

Edaran kepada :

Semua Pentadbir Tanah Daerah


Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil
PengarahPerancang Bandar Dan Desa, Negeri Johor
Semua Penguasa Tempatan, Negeri Johor Darul Ta‘zim

21 Disember 1988

182
Bil. ( 18 ) dlm. P.T.G. 138 / 86 JLD. VI – A

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 16 / 1988 ( X X )

INSENTIF BAGI MENGGALAKKAN BAYARAN


CUKAI DALAM TAHUN 1989

1.0 TUJUAN :

1.1 Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan Pentadbiran Tanah Daerah dan
Penolong Pentadbir Tanah Daerah di Daerah-Daerah Kecil mengenai keputusan
Majlis Mesyuarat Kerajaan di dalam Ringkasan Mesyuarat bil. 977 / 88
bertarikh 14.12.1988 yang telah memutuskan untuk mengecualikan tuntutan
denda atas tunggakan cukai yang di bayar dalam tahun 1988 bagi tanah-tanah
yang mempunyai keluasan 10 ekar ke bawah.

2.0 LATAR BELAKANG :

2.1 Mengikut laporan yang telah dikumpulkan daripada semua Pejabat Tanah,
jumlah tunggakan cukai daripada tahun 1980 sehingga 1988 adalah seperti
berikut :-

……………………………………………………………
TAHUN TUNGGAKAN
……………………………………………………………

1980 $2,113,652.45
1981 $1,426,078.20
1982 $1,558,820.25
1983 $2,208,619.26
1984 $1,752,876.68
1985 $2,383,838.90
1986 $2,320,295.92
1987 $2,691,900.42
1988 $2,135,449.84
………………………………………………………….

2.2 Angka ini kian bertambah oleh kerana mengikut kadar denda yang dikenakan.
Jumlah tunggakan akan bertambah dengan pengenaan denda sebanyak 20%
atas jumlah tunggakan setiap tahun.

2.3 Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan oleh kerana
angka tersebut yang kian meningkat tidak kira sebagai angka. Pembukaan
(Opening figure) bagi kutipan cukai tanah, Kerajaan Negeri telah bersetuju
untuk menghapuskan kutipan denda tunggakan cukai sekiranya cukai termasuk
cukai yang masih terhutang, dibayar dalam tahun 1989.

183
2.4 Ini bermakna bahawa pemilik-pemilik tanah hanya dikehendaki membayar
kadar cukai asas sahaja bagi tahun-tahun cukai tidak dibayar tanpa dikenakan
elemen denda. Sebagai contoh bagi tanah getah 5 ekar, cukai tahunan ialah
$30/=. Kiraan cukai ialah seperti berikut :-

Jun 1984 $30.00

Jun 1984 - $30.00 + ( 15% X 30.00 ) $34.50


= $30.00 + $4.50

Jun 1985 - $30.00 + 34.50 ) + 20% X 64.50 ) $77.40


= $64.50 + 12.90

Jun 1986 - $30.00 + 77.40 ) + ( 20% X 107.40 ) $128.90


= $107.40 + $21.48

Jun 1987 - $30.00 + 128.90 ) + ( 20% X 158.90 ) $190.70


= $158.90 + $31.78

Jun 1988 - $30.00 + 190.70 ) + ( 20% X 220.70 ) $264.80


= $220.70 + $44.14

2.5 Bagi tanah seumpama ini bayaran dipungut dalam tahun 1989 hanyalah $15.00
sahaja.

2.6 KEMUDAHAN INI HANYA BERJALAN UNTUK SEPANJANG TAHUN 1989


SAHAJA.

3.0 KUTIPAN CUKAI UNTUK TAHUN 1990 :

3.1 Sekiranya tuan-tuan tanah masih lagi tidak membayar cukai dalam tahun 1989,
kadar sebanyak 20% adalah dikenakan atas jumlah cukai yang patut dibayar.
Misalnya bagi contoh yang diberikan di atas bayaran untuk tahun 1990 adalah
seperti berikut :-

$180.00 + ( 20% X 180.00 ) = $180.00 + $36.00 = $216.00

Bermula daripada tahun 1990, semua kadar denda adalah dikenakan 20% daripada
jumlah cukai asas yang tidak dibayar.

4.0 HAKMILIK YANG TELAH DIKELUARKAN NOTIS 6A :

4.1 Bagi tanah-tanah yang telah disampaikan Notis 6A dalam tahun 1988, tindakan
perampasan hendaklah diteruskan. Tuan tanah boleh kemudaiannya memohon
pembatalan. Perampasan atau memohon supaya tanah yang telah menjadi
tanah Kerajaan itu dikurniakankepadanya dengan premium baru dan denda
yang akan ditetapkan oleh oleh Pihak Berkuasa Negeri.

184
5.0 HAD INSENTIF :

5.1 Insentif yang diberikan hanyalah dikhaskan kepada tanah-tanah yang luasnya
10 ekar kebawah sahaja. Bagi tanah-tanah yang lain, denda tunggakan
hendaklah dipungut seperti yang dinyatakan dijumlahkata 3.0 diatas.

t. t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah Dan Galian,
Johor

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.

21hb. Disember 1988.

185
Bil. (35) dlm. P.T.G (P) 18/87 Jld.1

PEKELILING P.T.G BIL.17/1988

KUTIPAN BAYARAN KURNIAAN TANAH

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini dikeluarkan untuk membutirkan langkah-langkah bagi diambil oleh


semua Pentadbir-Pentadbir dan Penolong-Penolong Pentadbir Tanah di Daerah-Daerah
Kecil untuk mengutip bayaran-bayaran pengurniaan tanah yang masih belum
dijelaskan oleh pemohon-pemohon.

2.0 JUMLAH YANG BELUM DISELESAIKAN

2.1 Berasaskan maklumat-maklumat yang diberi oleh Pentadbir-Pentadbir Tanah


Daerah, sejumlah RM30,659,599.00 masih belum dapat dikutip bagi tanah
kurniaan yang telah diluluskan sejak bulan Januari 1986 sehingga Julai 1988.
Maklumat lanjut dapat dilihatdi lampiran A. Ini merupakan 62% dari jumlah
yang patut dipungut.

2.2 Jumlah ini dipecahkan kepada kategori-kategori berikut:-

2.2.1 Pemohon tidak datang mengambil notis RM 1,832,168.05


5A
2.2.2 Notis 5A yang tidak dapat disampaikan. RM 75,893.60
2.2.3 Masih dalam siasatan tanah RM 1,744,853.00
2.2.4 Proses akuan semula RM 552,676.00
2.2.5 Belum keluar Notis 5A RM 1,387,674.00
2.2.6 Pemohon tidak menjelaskan tuntutan RM 25,066,334.00

(Sila Lihat Lampiran B)

3.0 TINDAKAN PENTADBIR TANAH DAERAH-PENTADBIR TANAH DAERAH

3.1 Hasil daripada perbincangan yang telah diadakan dengan Pentadbir


TanahDaerah-Pentadbir Tanah Daerah Kecil pada 24hb.Oktober,1988
keputusan telah dibuat supaya beberapa tindakan hendaklah dilakukan oleh
Pentadbir Tanah seperti yang di huraikan di bawah:-

4.0 HEBAHAN DI RADIO

4.1 Dari penjelasan-penjelasan yang diberi oleh pentadbir tanah segolongan besar
dari pemohon telah tidak datang mengambil Notis 5A dari Pejabat Tanah
sungguhpun surat memanggil mereka untuk mengambil Notis telah dikeluarkan

4.2 Selain dari itu terdapat juga kesulitan penyampaian Notis 5A dimana pemohon
tidak dapat dikesan di alamat yanng diberi.

4.3 Seterusnya sejumlah besar dari tuntutan itu tidak dapat dibuat kerana Notis 5A
memang belum dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
186
4.4 Sebagai satu jalan untuk memberitahu mereka-mereka yang telah diluluskan
tanah untuk tampil ke hadapan unutk mengambil Notis 5A, Pentadbiran ini
akan memohon kerjasama dari Radio Malaysia Johor Bahru, untuk
menghebahkan maklumat ini dan meminta mereka yang terlibat membuat
semakan di mana-mana Pejabat Tanah dalam Negeri Johor untuk menentukan
sama ada terdapat nama mereka dalam senarai permohonan yang diluluskan.

4.5 Bagi tujuan tersebut semua Petadbir Tanah Daerah dan Penolong Pentadbir
Tanah Daerah Kecil dikehendaki mengedarkan senarai pemohon-pemohon yang
dijeniskan seperti jumlahkata 4.1,4.2 dan 4.3 diatas kepada Pejabat Tanah dan
Galian dan kepada semua Pejabat-Pejabat Tanah termasuk di Daerah Kecil yang
lain untuk memudahkan semakan dibuat. Maklumat yang perlu diberi ialah:-

4.5.1 Nama kawasan dan Mukim terletaknya tanah yang dipohon


4.5.2 Bilangan fail Pejabat Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah
Daerah
4.5.3 Nama ada Bilangan Kad Pengenalan pemohon
4.5.4 Alamat yang diberi oleh pemohon.

4.6 Pemohon akan diberi tempoh 2 minggu dari tarikh hebahan untuk datang ke
mana- mana Pejabat Tanah unutk membuat semakan. Selepas tempoh tersebut
nama-nama mereka akan diakukan untuk ditolak

5.0 PENYAMPAIAN NOTIS 5A – PEMOHON TINGGAL LUAR DAERAH

5.1 Bagi kemudahan kepada mereka yang tidak tinggal di daerah dimana
terletaknya tanah yang dipohon, mereka dikehendaki mengisi satu Borang/
memberitahu alamat tinggal mereka yang sebenarnya, untuk diposkan kepada
Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan.

5.2 Borang C Pekeliling P.T.G JOHOR Bil. 17/1988/Format yang perlu disediakan
oleh semua Pejabat Tanah. Borang-borang yang diisi hendaklah distaplekan
dan dikirim dengan CopUrusan Kerajaan kepada Pentadbir Tanah Daerah yang
berkenaan.

5.3 Sebaik-baik sahaja menerima Borang C – Pekeliling P.T.G Johor Bil. 17/88 –
Pentadbir Tanah hendaklah terus mengirimkan Notis 5A kepada Pentadbir
Tanah, Daerah tempat tinggalnya pemohon disertai dengan satu salinan surat
Lampiran D – Pekeliling P.T.G JOHOR Bil. 17/1988. Satu lagi salinan surat
tersebut hendaklah dikirimkan kepadapemohon yang diberi tempoh 2 MINGGU
dari tarikh surat untuk mengambil Notis 5A dari Pejabat Tanah di Daerah
tempat tinggalnya.

5.4 Seorang kakitangan hendaklah ditugaskan untuk mengendalikan penyampaian


Notis 5A dari Daerah-Daerah lain, serta mendapatkan tandatangan pemohon
bagi Keratan Bawah Format tersebut.

5.5 PERUNTUKKAN Seksyen 431 dan 432 Kanun Tanah Negara mengenai
penyampaian Notis hendaklah dipatuhi.

187
6.0 PEMOHON YANG TINGGAL DI DALAM DAERAH

Bagi pemohon yang tinggal di dalam daerah tanah yang dipohon, penyampaian Notis
5A boleh dibuat serta-merta apabila mereka datang membuat penyemakkan.

7.0 PEMBATALAN PERMOHONAN

7.1 Pemohon-pemohon yang tidak datang membuat semakan atau mengambil Notis
5A dalam tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan permohonan mereka dan
tidak akan dibenarkan memohon semula.

7.2 Catitan ‗Permohonan Dibatalkan Mengikut Pekeliling P.T.G JOHOR Bil.


17/1988‘ hendaklah dibuat dalam Daftar Permohonan Tanah Serta Dalam
Rekod-Rekod Di Bahagian Penempatan.

8.0 NOTIS 5A YANG TELAH LUPUT

8.1 Pada masa ini tidak ada had masa diberi untuk memohon semula dan ini
mengakibatkan urusan-urusan pengurniaan tanah tidak dapat diselesaikan.

8.2 Bermula pada tarikh Pek. Ini Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengeluarkan
surat kepada mereka yang telah luput Notis 5A untuk mengemukakan
permohonan semula, serta menjelaskan bayaran ¾ sepenuhnya dalam tempoh
Dua Puluh Satu (21) hari.

8.3 Sekiranya tidak menerima jawapan, pemohonan terbatal dan tindakan


hendaklah diambil seperti di jumlah kata 7.1 dan 7.2

9.0 HAD TEMPOH MENGAMBIL NOTIS 5A

9.1 Apabila Pentadbir Tanah Daerah mengeluarkan surat memanggil pemohon


mengambil Notis 5A, had tempoh yang diberi ialah DUA MINGGU dari tarikh
surat. Selapas tempoh tersebut, tindakan seperti yang dikatakan dalam
jumlahkata 7.1 dan 7.2 akan diambil.

10.0 LANJUTAN TEMPOH NOTIS 5A UNTUK PEMOHON PERSEORANGAN

10.1 Sekiranya tuntutan melebihi RM 500/- Pentadbir Tanah Daerah dibenarkan


mengutip bayaran secara beransur dengan syarat bayaran pertama dibuat dalam
tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan Notis 5A. Sekiranya dalam tempoh
tiga bulan dari tarikh menerimaan Notis 5A bayaran masih tidak dijelaskan
kesemuanya, Pentadbir Tanah Daerah boleh mnagmbil lanjutan selama tiga
bulan lagi.

10.2 Lanjutan tempoh tiga bula ini tidak boleh diberi sekira tidak ada bayaran dibuat
dalam tempoh tiga bulan pertama

188
11.0 SELEPAS LANJUTAN TIGA BULAN

11.1 Kelulusan akan terbatal selepas lanjutan tiga bulan walaupun sebahagian dari
bayaran dijelaskan.

11.2 Tindakan seperti dihuraikan di jumlahkata 8.1,8.2,8.3 hendaklah diikuti.

12.0 KES-KES RAYUAN

12.1 Sunguhpun terdapat ramai dari pemohon-pemohon mengemukakan rayuan


kepada YB Menteri Besar, Johor sementara menunggu keputusan Notis 5A
hendaklah dikeluarkan dahulu berpandukan kepada arahan-arahan
dijumlahkata 9.1,10.1 dan 10.2

12.2 Arahan di jumlahkata 11.1 dan 11.2 hanya boleh dilaksanakan sekiranya
rayuan ditolak oleh Pihak Berkuasa. Selagi tidak mendapat keputusan, kelulusan
yang diberi masih berkuatkuasa.

12.3 Sebelum mengambil tindakan di jumlahkata 11.1 dan 11.2, pemohon


hendaklah diberitahu mengenai keputusan keatasnya.

13. MENENTUKAN ZON HARGA TANAH

13.1 Didapati penentuan harga tanah berbeza-beza mengikut budibicara Pentadbir


Tanah Daerah, dengan sebab itu rayuan yang dikemukan oleh pemohon-
pemohon apabila mereka dapat membandingkan dengan kadar-kadar yang
dikenakan untuk lain-lain kelulusan.

13.2 Persetujuan telah tercapai di perbincangan pada 24hb.Oktober 1988 dimana


semua Pentadbir Tanah Daerah dikehendaki menentukan kadar harga premium
untuk tapak bangunan yang seragam bagi sesuatu kawasan dengan berasaskan
pada lokasi tanah dan jenis bangunan yang akan dibina, sama ada untuk tapak
perumahan, kedai pam minyak industri, kegunaan Persatuan atau Badan
Sukarela dan sebagainya.

13.3 Pentadbir Tanah Daerah dikehendaki menunjukkan pada Pelan Daerah


penentuan zonakan dibawa untuk persetujaun Pihak Berkuasa Negeri dan
diwartakan dalam kaedah-kaedah Tanah Johor.

13.4 Contoh jadual yang dimaksudkan adalah seperti dibawah ini:-

Zon A (Nama kawasan)


(i) Harga tanah yang dikurniakan unutk tapak rumah .....................
(ii) Harga tanah yang dikurniakan untuk tapak kedai .....................
(iii) Harga tanah yang dikurniakan untuk pam minyak ...................
(iv) Harga tanah yang dikurniakan untuk rumah ibadat ..................
(v) Harga tanah yang dikurniakan untuk tapak industri ..................

Zon B (Nama kawasan)


(i)
(ii)
(iii)
189
(iv)
(v)
(vi)

13.5 Perkara ini hendaklah disediakan dengan segera untuk diwartakan dalam tahun
1989.

14.0 KUATKUASA PEKELILING

Arahan-arahan yang dikeluarkan dalam pekeliling ini adalah berkuatkuasa serta-


merta.

(Datin Paduka Fatimah Bte Abdullah)


PengarahTanah dan Galian, Johor

Edaran kepada: Semua Pentadbir Tanah Daerah


Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil

190
LAMPIRAN (C) kepada Pek. P.T.G.J Bil. 17/88

Pentadbir Tanah Daerah,


...........................................................
..........................................................

Kawasan Dipohon:.........................................................................................
Bilangan Fail:.................................................................................................
Nama Pemohon : ...........................................................................................
Bilangan Kad Pengenalan: ...........................................................................
Alamat Sekarang: .........................................................................................
..........................................................................................
..........................................................................................

Bilangan dalam senarai


Saya telah menyemak senarai yang berkenaan pada ........................dan
mengaku maklumat yang diberi diatas adalah benar.

Tandatangan Pemohon:

........................................................

191
LAMPIRAN (D) kepada Pek. P.T.GJ Bil.
17/88

Kepada,
...............................................................................
................................................................................
................................................................................
...............................................................................

Pemohonan tanah PTD/PTB ....................................Mukim/Bandar


..............................................Daerah...................................................

Permohonan tuan bagi tanah yang dinyatakan di atas telah diluluskan.

2. Sila ambil Notis 5A di Pejabat Tanah......................................Selewat-lewatnya


pada ......................................... Sekiranya notis tersebut tidak diambil sebelum
atau pada tarikh tersebut, kelulusan yang diberi akan terbatal dan tanah tersebut
akan dikurniakan kepada pemohon lain.

.................................................................

Nama (...................................................)

Pentadbir Tanah Daerah,


........................................

s.k Pentadbir Tanah Daerah .................................

______________________________________________________________________________

Pentadbir Tanah Daerah,


........................................

Akuan Penerimaan Notis 5A

Saya....................................................................................K/P................................................................
beralamat..................................................................................................................................................
........................................................................................................................................ mengaku
menerima Notis 5A bilangan ...................................................................................

............................................ Diserahkan oleh:-


Tandatangan
Nama(.......................................)
Pejabat Tanah ...............................

192
Bil ( 6 ) dlm P.T.G. J.( R )3 Jld IV

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 1/89 ( * * )

TAFSIRAN MELAYU DIBAWAH ENAKMEN


RIZAB MELAYU TAHUN 1936

1. TUJUAN :

Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan kepada semua Pentadbir Tanah
Daerah mengenai Tafsiran ―Melayu‖ yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan di dalan R/M 362/89 bertarikh 24.4.89

2. TAFSIRAN MELAYU :

Pihak Berkuasa Negeri telah memutuskan supaya Tafsiran ―Melayu di bawah Enakmen
Rizab Melayu 1936, hanyalah meliputi orang-orang Melayu yang terdiri daripada
Wargenegara Malaysia.

Tafsiran tersebut menjelaskan dengan lebih lanjut definasi ―Melayu‖ yang telah diberi
dan dalam Pekeliling P.T.G 9/1956. Dengan demikian, pandangan YB Penasihat
Undang-Undang Negeri yang telah disalinkan di dalam Pekeliling tersebut perlulah
diubahsuaikan dengan tidak meliputi semua orang Melayu yang datang dari Kepulauan
Melayu.

Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menolak semua pindahmilik yang dilakukan


kepada orang Melayu yang bukan Warganegara Malaysia.

t.t.

( DATO HJ. RAHMAT BIN A. RAHMAN )


b.p. PengarahTanah Dan Galian
Johor

Tarikh : 10.6.89

193
Bil. ( 7 ) dlm. P.T.G J( R ) 3Jld –IV

Kepada,

Semua Pentadbir Tanah Daerah.

Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

Tuan / Puan,

Per : Pindaan / Pembetulan kepada Pekeliling PTG J. Bil. 2/1989


Tafsiran Melayu di Bawah Enakmen Rizab Melayu Tahun 1936

Adalah dimaklumkan bahawa ada terdapat sedikit pembetulan / pindaan yang perlu dibuat
kepada Pekeliling tersebut seperti berikut:-

1. ―Pekeliling PTG Bil . 1/1989 hendaklah dibaca sebagai Pekeliling PTG Johor Bil.
2/1989.
Catitan : Pekeling PTG J. Bil 1/1989 ialah Tatacara Penyediaan Pelan.

2. dan juga terdapat sedikit tambahan perlu dibuat di perenggan yang terakhir Pek.
PTG J Bil 2/1989 seperti berikut.

―Pentadbir Tanah Daerah-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menolak semua


pindahmilik yang dilakukan kepada orang Melayu yang bukan Wargenegara
Malaysia‖.

Hendaklah dibaca sebagai -

―Pentadbir Tanah Daerah-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menolak semua


pindahmilik yang dilakukan kepada orang Melayu yang bukan Warganegara
Malaysia bagi tanah-tanah dalam Rizab Melayu‖.

Sekian untuk makluman Tuan/Puan. Terima kasih.

‗BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‘

t.t.
( Dato‘ Rahmat Bin Abd. Rahman )
b.p. Pengarah Tanah Dan Galian
Johor

194
Bil. ( 13 ) dlm. P.T.G 138/86 - 1

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL 2/89 ( * * )

TATACARA PENYEDIAAN PELAN

1. TUJUAN :

1.1 Kertas ini dikeluarkan untuk memberitahu Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah


dan Penolong-Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai Tatacara
Penyediaan Pelan dalam Pentadbiran Tanah. Tatacara ini hendaklah diikuti di
semua Pejabat-pejabat Tanah dalam Negeri Johor Darul Ta‘zim.

2. LATARBELAKANG :

2.1 Daripada penelitian terhadap pelan-pelan yang disediakan oleh Pejabat-pejabat


Tanah adalah kurang lengkap dan tidak seragam diantara satu Pejabat Tanah
dengan yang lain terutama dari segi butir-butir ukuran dan keadaan maklumat-
maklumat yang dikemukakan, butir-butir ukuran tanah, penggunaan skala dan
penyusunan penulisan.

2.2 Untuk mengatasi masalah tersebut, maka satu Bengkel Tatacara Penyediaan
Pelan bagi Pegawai-pegawai Petempatan telah diadakan pada 25.10.1988
bertujuan untuk mewujudkan satu tatacara yang seragam dalam penyediaan
pelan di Pentadbiran Tanah Negeri Johor Darul Ta‘zim.

2.3 Resolusi Bengkel tersebut telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Pentadbir-


Pentadbir Tanah Daerah pada 6.hb Disember 1988 dan telah mengambil
keputusan bersetuju dengan cadangan tatacara penyediaan pelan tersebut.

3. KATEGORI PELAN :

3.1 Pelan dibahagi kepada beberapa kategori iaitu :-

3.1.1 Pelan Perakuan

3.1.2 Pelan Permintaan Ukur.

3.1.3 Pelan Rujukan, termasuk pelan yang dirujukkan kepada Jabatan-Jabatan


Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun.

3.1.4 Pelan selain daripada 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3 dan 3.1.4 diatas .

195
4. SAIZ PELAN :

4.1 Saiz minima pelan ialah 30 cm. dari kiri ke kanan x 42 cm. dari atas ke bawah.

4.2 Saiz maksima pelan tidak ditentukan dan ini bermakna ianya boleh dibuat
mengikut ukuran-ukuran yang diperlukan.

5. MAKLUMAT PELAN :

5.1 Pelan dalam kategori Pelan Perakuan dan Pelan Permintaan Ukur adalah
dikehendaki mengandungi maklumat yang lengkap. Maklumat-maklumat yang
diperlukan adalah seperti berikut :-

5.1.1 Maklumat atas tanah seperti bearing, jarak, luas, bil. Lot/PTD/ PTB dan
jenis tanaman. Untuk diselaraskan dengan kadar cukai dalam JPU. 49,
keluasan hendaklah diberikan dalam nilai metrik dan nilai imperial
dalam kurungan.

5.1.2 Maklumat mengenai tanah-tanah sekeliling iaitu bagi pelan-pelan akuan


hendaklah mengandungi maklumat tanah sekeliling yang lengkap seperti
bil. Lot/PTB/PTD, luas, hakmilik, tanaman, luas tanah Kerajaan dan
ikatan kepada 3 tanda sempadan tanah yang telah diukur halus. Bagi
pelan-pelan Permintaan Ukur, peraturan bagi penyediaan permintaan
ukur hendaklah dipatuhi. Manakala bagi pelan yang lain, maklumat
mengenai tanah sekeliling boleh dinyatakan mengikut keperluan.

6. WARNA TANAH BERKENAAN :

6.1 Tanah-tanah yang berkenaan hendaklah diwarnakan dengan warna merah di


sekeliling atau memenuhi ruang tanah berkenaan.

7. PENUNJUK UTARA :

7.1 Penunjuk Utara hendaklah diletakkan tegak dipertengahan bahagian atas pelan
antara garisan bingkai pelan kiri dengan bingkai pelan panduan.

7.2 Saiz penunjuk Utara adalah sebagaimana contoh di dalam bingkai pelan
Lampiran ―A‖.

7.3 Bentuk Penunjuk Utara adalah sebagaimana contoh di dalam bingkai pelan
Lampiran ―A‖.

196
8. PELAN PANDUAN :

8.1 Pelan panduan hendaklah diletakkan di penjuru kanan bahagian atas pelan.

8.2 Bagi semua kategori, pelan panduan hendaklah digunakan skala 1 batu seinci
yang meliputi kawasan sekurang-kurangnya 3 batu keliling.

8.3 Bagi kes-kes tertentu dimana pelan panduan terlalu kecil untuk menunjukkan
kedudukan tanah seperti tapak kedai dan sebagainya, pelan panduan bolehlah
diambil daripada Syit Piawai atau mana-mana Pelan Leaut yang sesuai.

8.4 Pelan Panduan tidak diperlukan bagi pelan untuk Permintaan Ukur.

9. BINGKAI PELAN DAN RUANGAN TERTENTU :

9.1 Pelan dalam kategori 3.1.5 dikecualikan daripada bingkai.

9.2 Dua garisan kasar selari dengan jarak 1 cm. hendaklah disediakan merentasi
dari kiri ke kanan bingkai dengan jarak 10 cm. dari garisan bawah bingkai
pelan.

9.3 Garisan ruangan maklumat rujukan hendaklah disediakan selebar 16.5cm.


daripada bahagian kiri bingkai.

9.4 Ruangan disebelah maklumat rujukan hendaklah ditulis lain-lain.

10. MAKLUMAT DALAM RUANGAN TERTENTU :

10.1 Di bahagian bawah sebelah kiri hendaklah disediakan cop, maklumat rujukan
bagaimana Lampiran ‗B‘ disebelah kanan hendaklah disediakan ruangan lain-
lain maklumat.

10.2 Di bahagian bawah ruangan maklumat, rujukan hendaklah disediakan ruangan


skala dan bilangan daftar pelan.

10.3 Jika ada maklumat lain yang hendak dimasukkan hendaklah menggunakan
ruangan Lain-lain Maklumat

11. SKALA :

11.1 Dalam penyediaan pelan, pilihan adalah diberikan sama ada hendak
menggunakan skala Imperial atau Metrik mengikut keadaan tertentu
sebagaimana berikut :

11.1.1 Pelan-pelan yang disurih secara langsung daripada Pelan Akui


atau Syit Piawai hendaklah mengikut skala Pelan Akui atau Syit
197
Piawai tersebut dengan syarat sekiranya Pelan Akui atau Syit
Piawai tersebut berskala Imperial, nilai jarak dan luas hendaklah
ditukar kepada Metrik.

11.1.2 Pelan yang disediakan secara plotting hendaklah mengikut skala


Metrik sebagaimana berikut :-

( a ) Bagi pelan tanah bangunan hendaklah menggunakan skala


1 : 500 dan 1 : 800, kecuali untuk pelan cadangan Leaut 1 :
1500.

( b ) Bagi pelan tanah pertanian yang keluasannya kurang 2


hektar hendaklah menggunakan skala 1 : 2000 dan
keluasan 2 hektar hingga 10 hektar hendaklah
menggunakan skala 1 :4000. Manakala bagi keluasan lebih
10 hektar skala yang perlu digunakan ialah 1 : 8000.

12. TULISAN :

12.1 Tulisan dalam pelan tidak boleh ditulis dengan huruf sambung.

12.2 Tulisan bering dan jarak hendaklah ditulis mengikut kaedah bagaimana berikut
:-

12.2.1 Dari atas ke bawah jika bering terletak dalam sukuan kedua dan
keempat.

12.2.2 Dari bawah ke atas jika bering terletak dalam sukuan pertama
dan ketiga.

12.3 Cara tulisan boleh menggunakan tulisan tangan ( free-hand ) tetapi adalah
digalakkan supaya ditulis dengan menggunakan blok dan stencil.

12.4 Jika terdapat ruangan yang tidak mencukupi, maklumat bering dan jarak
hendaklah ditulis dalam ruangan yang boleh disediakan dimana-mana bahagian
yang lapang berhampiran dengan pelan, dengan memberikan nombor sebagai
rujukan. (Tabulation)

13. TINDAKAN PENTADBIR TANAH DAERAH :

13.1 Memandangkan pelan adalah dianggap sebagai satu dokumen penting maka
langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil perhatian bagi memastikan
pelan-pelan tersebut berada dalam keadaan terkawal dan teratur. Bagi
melaksanakan peraturan ini, Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah
menentukan supaya Bahagian Petempatan mengambil langkah-langkah berikut
:-

13.1.1 Pelan-pelan yang disediakan hendaklah diberi nombor daftar


mengikut kod-kod Mukim yang telah ditetapkan bagi memudahkan
penyemakan pelan-pelan yang berkaitan apabila diperlukan.
198
13.1.2 Pelan-pelan yang telah didaftarkan hendaklah dijilidkan dimana
setiap jilid mengandungi 100 pelan.

13.1.3 Satu buku indeks hendaklah disediakan yang mengandungi daftar


bersiri dan diasingkan mengikut Mukim-mukim tertentu.

14. TARIKH KUATKUASA :

14.1 Arahan-arahan yang dikeluarkan dalam Pekeliling ini adalah berkuatkuasa serta
merta.

t.t
( DATIN PADUKA HAJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengarah Tanah dan Galian,
Johor .

Edaran kepada : Semua Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru, Muar,Segamat,


Mersing, Kluang, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi.

Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil, Rengit, Kulai,


Labis,Tangkak dan Pengerang.

Semua Pegawai di Pejabat Tanah dan Galian, Johor.

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN,


JOHOR,
JOHOR BAHRU.

22.HB. Mac 1989

199
Tarikh : 5 hb Julai 1989

Bil. ( 7 ) dlm. P.T.G. J ( R ) 3 Jld. IV

Kepada ,
Semua Pentadbir Tanah Daerah.

Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

Tuan / Puan,

Per ; Pindaan / Pembetulan kepada Pekeliling P.T.G. J. Bil. 2 / 1989


Tafsiran Melayu di bawah Enakmen Rizab Melayu Tahun 1936

Adalah dimaklumkan bahawa ada terdapat sedikit pembetulan / pindaan yang perlu dibuat
kepada Pekeliling tersebut seperti berikut ;

1. ―Pekeliling P.T.G Bil. 1/1989 hendaklah dibaca sebagai Pekeliling P.T.G. Johor
Bil. 1/1989 ialah ―Tatacara Penyediaan Pelan‘

2. dan juga sedikit tambahan perlu dibuat di perenggan yang terakhir Pek. P.T.G. J
2/1989 seperti berikut :

―Pentadbir Tanah Daerah – Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menolak semua


pindahmilik yang dilakukan kepada orang Melayu yang bukan warganegara
Malaysia.‖

Hendaklah dibaca sebagai :

―Pentadbir Tanah Daerah – Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menolak semua


pindahmilik yang dilakukan kepada orang Melayu yang bukan Warganegara
Malaysia bagi tanah-tanah dalam Rizab Melayu‖

Sekian untuk makluman Tuan / Puan. Terima Kasih.

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t.t.
( DATO HJ. RAHMAT BIN A. RAHMAN )
b.p. PengarahTanah Dan Galian
Johor

200
Bil (56)Dlm.P.T.G.40/72-32A Jld.IV

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 3/89

PERATURAN BARU MENGENAI CARA PEMBAYARAN ROYALTI EKSPORT BAHAN BATUAN.

1. TUJUAN

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memberi panduan kepada semua Pentadbir Tanah
Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai peraturan baru dari segi
pembayaran royalti eksport bahan batuan.

2. SEBAB-SEBAB

Semenjak 1hb.Ogos 1988 apabila dikuatkuasakan peraturan satu permit untuk satu
kenderaan sebagaimana yang ditetapkan melalui pek. P.T.G. Johor bil.11/88, didapati
telah menimbulkan beberapa masalah sebagaimana berikut:

Beban kerja yang banyak dari segi pengeluaran permit 4C khasnya bagi Pejabat
Tanah Daerah kecil yang terlibat dengan urusan pengeluaran permit untuk tujuan
kegunaan tempatan.

Pengusaha-pengusaha eksport bahan batuan telah didapati mengambil


kesempatan menggunakan permit eksport tersebut untuk tujuan kegunaan tempatan.
Lebih-lebih lagi apabila terdapatnya Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Tanah Daerah
kecil telah memberikan kelonggaran dari segi melanjutkan tempoh sah penggunaan
permit eksport yang dikeluarkan atas alasan-alasan tertentu yang diberikan oleh
pengusaha-pengusaha berkenaan walaupun tindakan lanjutan tempoh ini tidak
dibenarkan sebagaimana arahan di dalam Pek.P.T.G bil.11/88.

Tindakan penguatkuasaan keatas lori-lori yang mengangkut bahan batuan


untuk tujuan eksport menjadi lebih sukar kerana pengusaha-pengusaha tidak
disyaratkan membuat potongan di belakang permit tersebut bagi setiap kali perjalanan
kerana potongan tersebut akan dilakukan oleh kakitangan di pusat kawalan eksport
bahan batuan di Kompleks Kastam Tanjung Puteri.

Berdasarkan kepada Kanun Tanah Negara tidak terdapat peruntukan yang


mensyaratkan permit 4C perlu dikeluarkan bagi bahan-bahan batuan yang dihantar
keluar negeri atau dieksport. Yang ada ditetapkan peraturan mengenai pengeksportan
bahan batuan ini ialah kadar-kadar royalti eksport bahan batuan sebagaimana
ditetapkan di bawah Jadual (1) Peraturan-Peraturan Tanah Johor 1966.

201
3. KAEDAH BARU PENGELUARAN PERMIT BAHAN BATUAN.

Untuk memperkemaskan lagi system pengeluaran permit bahan batuan di


Pejabat-Pejabat Tanah Daerah dan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan sebagaimana
dibutirkan di atas, maka adalah ditetapkan iaitu cara pengeluaran permit eksport
bahan batuan yang diamalkan sekarang adalah dibatalkan dan digantikan dengan
kaedah baru dimana hanya permit bahan batuan untuk kegunaan tempatan sahaja
akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah Daerah kecil.
Manakala untuk tujuan eksport pula tiada permit bahan batuan yang akan dikeluarkan.
Walau bagaimanapun pengusaha-pengusaha hendaklah membayar royalti eksport
bahan batuan tersebut di Pejabat PengarahTanah Dan Galian Johor.

4. TATACARA PEMBAYARAN ROYALTI EKSPORT BAHAN BATUAN:

Hanya pengusaha-pengusaha bahan batuan yang telah mempunyai kebenaran


eksport dibenarkan membuat pembayaran royalti eksport di kaunter bayaran Pejabat
Tanah Dan Galian, Johor.

Untuk urusan pembayaran royalti eksport pengusaha-pengusaha berkenaan


hendaklah mengemukakan borang permohonan yang boleh di dapati di kaunter
bayaran dan juga surat kelulusan eksport atau surat kebenaran daripada pemegang
permit berkenaan. Ini bermakna untuk tujuan urusan ini pengusaha-pengusaha
berkenaan tidak disyaratkan mengemukakan permit untuk kegunaan tempatan untuk
menjelaskan bayaran royalti eksport.

Jumlah bayaran royalti eksport yang perlu dijelaskan hendaklah berdasarkan


kepada jumlah ela padu/ketul bagi setiap lori mengikut kadar-kadar royalti eksport
bahan batuan sebagaimana lampiran ‗A‘ berkembar. Ini bermakna setiap satu resit
bayaran akan dikeluarkan bagi setiap lori mengikut jumlah muatan ela padu/ketul
yang dibawa.

Resit bayaran akan dikeluarkan oleh pejabat tanah dan galian bagi setiap
bayaran royalti eksport adalah merupakan borang J.8 iaitu merupakan bayaran untuk
permit sebagaimana ditetapkan sebagai bayaran-bayaran pejabat.

Untuk tujuan pemeriksaan di pusat kawalan eksport bahan batuan pula,


peraturan-peraturan berikut telah ditetapkan dan hendaklah dipatuhi oleh pengusaha-
pengusaha yang terlibat :-

Pengusaha-pengusaha berkenaan hendaklah mengemukakan permit untuk


kegunaan tempatan bersekali dengan resit bayaran royalti eksport untuk tujuan
semakan.

Resit bayaran royalti eksport yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan
Galian,Johor boleh digunakan untuk tujuan eksport bagi mana-mana permit bahan
batuan bagi tujuan tempatan yang sah digunakan oleh pemegang permit tersebut telah
memperolehi kelulusan eksport.

Satu format potongan sebagaimana contoh Lampiran ‗B‘ akan disediakan


dibelakang permit tempatan tersebut bagi membolehkan pihak pengusaha berkenaan
membuat potongan bagi setiap pengangkutan bahan batuan untuk kegunaan tempatan

202
dan juga potongan oleh pihak kakitangan pusat kawalan eksport bagi kegunaan eksport
mengikut jumlah ela padu/ketul bahan batuan tersebut dieksport.

Setelah semakan dan potongan ela padu/ketul dicatitkan keatas permit tempatan
tersebut, tindakan pembatalan resit bayaran berkenaan akan dilakukan dan pas
kebenaran masuk akan diserahkan kepada pengusaha berkenaan bersama-sama
dengan permit tempatan berkenaan.

UNTUK MEMPASTIKAN TATACARA BARU INI BERJALAN DENGAN LANCAR, MAKA


PERATURAN-PERATURAN BERIKUT HENDAKLAH DIPATUHI:-

4.6.1 Tiada pindaan dibenarkan bagi melanjutkan tempoh sah penggunaan permit
tempatan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah khususnya bagi
permit tempatan yang dikeluarkan untuk tujuan eksport.

4.6.2 Tempoh laku Resit Bayaran adalah untuk jangkamasa satu (1) tahun
yang berakhir pada 31hb Disember pada tiap- tiap tahun.

4.6.3 Peraturan baru ini adalah dikenakan pada semua pengeksport


bahanbatuan samada bahan batuan tersebut dieksport melalui darat
dengan menggunakan kenderaan jalanraya atau keretapi atau melalui
laut dengan menggunakan pantoan atau barges.

5 PEMAKAIAN PEKELILING P.T.G JOHOR BIL: 11/89

5.1 Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Pek. P.T.G Johor 11/89.

5.2 Jika terdapat apa-apa percanggahan dengan Pek. tersebut maka peraturan
dalam Pekeliling ini hendaklah dipakai.

6. TARIKH KUATKUASA

Arahan ini berkuatkuasa mulai 1hb. November, 1989.

(Datin Paduka Fatimah Bte Abdullah)


PengarahTanah dan Galian Johor

Pejabat P.T.G Johor


Johor Bahru

Bertarikh: 21hb. Oktober, 1989

203
LAMPIRAN (A)

PECAHAN BAYARAN ROYALTI BAHAN BATUAN


UNTUK TUJUAN EKSPORT

JENIS BAHAN TEMPATAN EKSPORT JUMLAH ROYALTI


BATUAN (RM) (RM) (RM)
1. Earth 1.00 per cubic yard 4.00 per cubic yard
5.00 per cubic yard
2. Laterite 1.00 per cubic yard 4.00 per cubic yard
5.00 per cubic yard
3. Loam 2.00 per cubic yard 8.00 per cubic yard
10.00 per cubic
yard
4. Clay 2.00 per cubic yard 8.00 per cubic yard 10.00 per cubic
yard
5. Sand 2.00 per cubic yard 5.50 per cubic yard 7.50 per cubic yard
6. Coral 2.00 per cubic yard 8.00 per cubic yard 10.00 per cubic
yard
7. Shell 2.00 per cubic yard 8.00 per cubic yard 1.00 per cubic yard
8. Lime 2.00 per cubic yard 8.00 per cubic yard 10.00
9. Limestone 2.00 per cubic yard 8.00 per square 10.00 per square
yard yard
10. Turf 1.00 per square 4.00 per cubic yard 5.00 per cubic yard
yard
11. Guano 1.00 per pikul 4.00 per pikul 5.00 per pikul
12. Rock, Stone or 1.00 per cubic yard 4.00 per cubic yard 5.00 per cubic yard
Granite in any form
13. Bricks 1.00 per 1000 or 7.00 per 1000 or 8.00 per 1000 or
part thereof part thereof part thereof
14. Tiles 1.00 per 1000 or 9.00 per 1000 or 10.00 per 1000 or
part thereof part thereof part thereof
15. Marble 4.00 per cubic foot 16.00per cubic foot 20.00 per cubic
foot
16. Sand and 0.35 per cubic yard 0.35 per cubic yard 0.70 per cubic yard
Seabed
17. Sand from River 0.60 per cubic yard 0.60 per cubic yard 1.20 per cubic yard

204
LAMPIRAN (B)

FORMAT POTONGAN DIBELAKANG PERMIT

NO. PERMIT: BAHAN: ELA PADU/KETUL:


NO. LORI : TARIKH LUPUT:

UNTUK DIISI OLEH PENGUASAHA UNTUK KEGUNAAN PEJABAT


TARIKH MASA MUATAN BAKI TANDATANGAN J-8 NO. TANDATANGAN
SIRI

205
Bil. ( 28 ) dlm. P.T.G. ( P ) 21 / 82

PEKELILING P.T.G. BIL. 1/ 1990 ( * * )

PERLAKSANAAN KAEDAH BARU PENGKELASAN


FAIL PERMOHONAN TANAH OLEH INDIVIDU

1. LATARBELAKANG :

1.1 Pada masa sekarang didapati cara yang berbeza yang diamalkan oleh Pejabat-
Pejabat Tanah Daerah dalam melaksanakan sistem pengkelasan fail di Pejabat
Tanah masing-masing. Malahan perbezaan cara pengkelasan fail ini juga ujud
di dalam tiap-tiap Bahagian yang terdapat di Pejabat Tanah Daerah itu sendiri.

1.2 Jika tatacara yang dilaksanakan di Pejabat-pejabat Tanah ini dibandingkan pula
dengan tatacara yang dilaksanakan di Pejabat Tanah dan Galian maka
perbezaannya amatlah ketara sekali yaini tiada perkaitan langsung dalam sistem
pengkelasan fail yang diamalkan diantara kedua-dua pentadbiran tersebut.
Malahan perbezaan tatacara ini juga wujud diantara bahagian-bahagian yang
terdapat di Pejabat Tanah dan Galian itu sendiri.

1.3 Perbezaan yang ketara dari segi sistem pengkelasan fail ini menggambarkan
seolah-olah tugas-tugas yang dijalankan oleh satu bahagian dengan satu
bahagian yang lain di Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian tidak
mempunyai pertalian langsung antara satu sama lain.

1.4 Oleh kerana ujudnya ketidaksamaan dalam sistem pengkelasan fail diantara
tiap-tiap bahagian di Pejabat Tanah Daerah, tiap-tiap bahagian di Pejabat Tanah
dan Galian dan diantara Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian
maka telah timbul masalah dari segi tugas-tugas merekod dan kerja-kerja
pengesahan fail yang tidak teratur diantara satu bahagian ke satu bahagian yang
lain.

2. PENGUJUDAN KAEDAH BARU :

2.1 Oleh itu untuk mengatasi kelemahan-kelemahan sebagaimana disebutkan di


atas dan bagi memperkemaskan lagi tugas-tugas Pendaftaran Fail dalam
Pentadbiran Tanah maka amatlah wajar satu sistem pengkelasan fail yang
seragam diamalkan di kesemua Pejabat dan Pentadbiran Tanah Johor.

2.2 Untuk mencapai tujuan ini maka pada peringkat permulaan tatacara baru
pengkelasan fail akan dilaksanakan bagi tempoh memproses penyeragaman
permohonan tanah oleh individu sahaja. Sekiranya didapai perlaksanaannya
berjalan lancar dan berkesan maka kaedah ini akan dilaksanakan di kesemua
Bahagian Pejabat Tanah Daerah dan di Pejabat Tanah dan Galian.

206
2.3 Untuk merangka kaedah ini satu perbincangan diantara Kerani-Kerani
Pendaftaran Fail , Bahagian Pengurniaan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah dan
Pejabat Tanah dan Galian telah diadakan. Segala cadangan-cadangan yang telah
dipersetujui telah dibentangkan di dalam mesyuarat Pentadbir-Pentadbir Tanah
pada 15.hb Oktober 1989 dan telah mengambil keputusan bersetuju
dilaksanakan tatacara baru tersebut.

3. TATACARA PERLAKSANAAN :

3.1 Sistem pengkelasan fail yang baru ini hendaklah dilaksanakan kepada kelas-
kelas fail yang terlibat dengan perlupusan tanah kepada individu-individu
sahaja. Ini bermakna ianya tidak mengambil kira di Bahagian mana yang
memproses permohonan tersebut.

3.2 Jenis-jenis permohonan tanah yang terlibat dengan kaedah baru ini adalah
hanya bagi permohonan-permohonan untuk tujuan seperti berikut :

3.2.1 Pertanian
3.2.2 Tapak Rumah
3.2.3 Tapak Kedai
3.2.4 Pam Minyak
3.2.5 Industri
3.2.6 Ternakan Air
3.2.7 Sambungan Pajakan

3.3 Kod Pendaftaran fail di Pejabat-Pejabat Tanah Daerah hendaklah berasaskan


kepada jenis-jenis pemohonan tanah dan bukan lagi berasaskan kepada faktor
Mukim sebagaimana yang diamalkan sekarang. Kategori-kategori permohonan
adalah sebagaimana 3.2.1 hingga 3.2.7 di atas.

3.4 Oleh kerana kod fail berasaskan kepada jenis-jenis permohonan maka Buku
Pendaftaran Fail hendaklah juga diubah mengikut kategori-kategori
permohonan sebagaimana yang ditetapkan diatas.

3.5 Kaedah Pengkelasan untuk tujuan pelupusan kepada individu yang telah
dipersetujui supaya dilaksanakan di Pejabat-Pejabat Tanah Daerah adalah
seperti berikut :

(1) (2) (3) (4) (5) (6)

[................../................../................/.................../................./................/]

(1) - ruang pertama ini adalah diuntukkan bagi kod Daerah. Kod-kod
bagi Daerah adalah sebagaimana Lampiran A.

(2) - ruang kedua ialah untuk kod bagi Mukim berkenaan sebagaimana
A.
207
(3) - ruang ketiga ialah untuk kod Bahagian sebagaimana Lampiran B.

(4) - ruang keempat ialah untuk kod jenis urusan sebagaimana


Lampiran B.

(5) - ruang kelima ialah untuk Nombor siri fail iaitu jumlah
permohonan yang didaftar mengikut jenis permohonan
berkenaan .

(6) - ruang keenam ialah untuk tahun permohonan tersebut


didaftar mengikut jenis pemohonan berkenaan.

3.6 Manakala pengkelasan fail untuk tujuan yang sama di Pejabat Tanah dan Galian
adalah menggunakan kod pendaftaran fail yang digunakan oleh Pejabat Tanah
Daerah dengan tambahan nombor siri bilangan permohonan dan tahun
didaftarkan.

3.7 No. Siri PengarahTanah dan Galian adalah jumlah permohonan yang
didaftarkan di Pejabat Tanah dan Galian mengikut Daerah dan jenis urusan.

3.8 Oleh itu keseluruhannya kedudukan ruang untuk pemberian kod-kod fail di
Pejabat PengarahTanah dan Galian untuk tujuan ini adalah seperti berikut :

(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8)


[.........../............/............/............/............/............/............/............/ ]

[ ( ______________________________ ) ( ____________________ )
Untuk Tindakan Pejabat Untuk Tindakan
Tanah Pejabat PengarahTanah
Daerah dan Galian.

4. TARIKH KUATKUASA :

Arahan ini berkuatkuasa mulai dari 1 hb. Januari 1990.

5. TINDAKAN PENTADBIR-PENTADBIR TANAH DAERAH :

Dengan persetujuan kaedah baru ini maka Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dan
Penolong-Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil hendaklah memastikan pengeluaran
fail bagi permohonan-permohonan tanah oleh individu yang diterima mulai 1 hb.
Januari 1990 hendaklah melaksanakan kaedah baru ini.

208
t.t
( DATIN PADUKA HAJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah dan Galian,
Johor .

Edaran kepada :
Semua Pentadbir Tanah Daerah dan
Semua Pen. Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN ,


JOHOR , JOHOR BAHRU.

3 HB. JANUARI 1990.

PEK. 1 / 1990 .

209
Bil. ( 8 ) dlm. P.T.G.( P ) 17 / 82 - 65

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 2 / 1990 ( X X )

MELESENKAN SEGALA BINAAN SEMENTARA DI LAUT


UNTUK MENANGKAP IKAN

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan untuk melesenkan secara Lesen Menduduki Sementara semua binaan
sementara di laut untuk menangkap ikan bagi tujuan kawalan pentadbiran dan
kutipan hasil.

2. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 28.5.1986 ( R / M. Bil 522 /


862 ) telah membuat keputusan bersetuju supaya Kaedah-Kaedah Tanah Johor
dipinda dengan pindaan kepada Peraturan 1 ( 5 ) dengan berikut :

―( 6 ) . Reference in these Rule as to fishing stakes means any device used for the
capture of fish which is made up of poles or other supports permanently fixed
into the ground and enclosed by ramle, rattan, wire or other screening
material, so designed as to lead fish into such enclosures, or any device using a
net or other screening material that is anchored permanently or impermanently
in the State Territorial water.‖

3. KADAR –KADAR BAYARAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA :

3.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan juga telah bersetuju supaya Jadual IV Peraturan 19
Kaedah yang sama selepas para ( a ) ( vii ) ditambah para baru ( a ) ( viii ) yang
berbunyi sepertimana berikut :

―( viii ) Land ( river or sea – bed ) for ―fishing Stakes‖

(a) Kelong - $50/= - $500/= per year

(b) Jermal - $50/= - $400/= per year

(c) Tegok / Ambai - $50/= - $300/= per year

(d) Belat Pok - $50/= - $250/= per year

(e) Lain-Lain - $50/= - $200/= per year

( Provided that for purposes other than those described above may be determine by the
State Authority ).

210
4. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL :

4.1 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyemak mengenai kedudukan


binaan-binaan sementara tersebut dan seterusnya mengeluarkan Lesen
Menduduki Sementara dengan mengenakan kadar-kadar sebagaimana yang
telah ditetapkan.

5. TARIKH KUATKUASANYA :

5.1 Tarikh kuatkuasanya Pekeliling ini adalah bermula pada 1.1.1990.

t.t.
( DATO‘ FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengarah Tanah Dan Galian,
Johore.

Untuk Edaran : Semua Pentadbir Tanah Daerah dan


Semua Penolong Pentadbir Tanah
Daerah Kecil.

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.

3hb. Januari 1990

211
Bil. ( 27 ) dlm. P.T.G. ( PER ) 120.

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 3 / 90 ( <> )

PERATURAN-PERATURAN MENGENAI PENURUNAN


KUASA KEPADA PENGARAH TANAH DAN GALIAN
DAN PENTADBIR TANAH DAERAH MENGENAI
KURNIAAN SEMULA TANAH
_____________________________________________

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan surat Pekeliling ini ialah untuk menerangkan kepada Pentadbir-
Pentadbir Tanah Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam memproses permohonan-
permohonan semula tanah yang telah terbatal kurniaannya kerana tidak
menjelaskan tuntutan Notis 5A.

2. LATARBELAKANG :

2.1 Kerajaan melalui mesyuaratnya pada 14hb. Februari, 1987 telah bersetuju
menurunkan beberapa kuasa kepada PengarahTanah dan Galian dan Pentadbir
Tanah Daerah yang mana antaranya seperti berikut :-

2.1.1 Pentadbir Tanah Daerah adalah diberi kuasa untuk meluluskan


permohonan semula tanah-tanah yang telah terbetal kurniaannya kerana
tidak menjelaskan tuntutan 5A sekiranya tanah tersebut dipohon semula
oleh pemohon asal atau oleh ahli-ahli keluarga seperti suami/isteri atau
anak-anak.

2.1.2 Pengarah Tanah dan Galian diberi kuasa untuk meluluskan


permohonan-permohonan semula oleh waris-waris lain selain dari yang
dinyatakan di atas.

2.2 Persetujuan Kerajaan tersebut telah dipekelilingkan melalui Pekeliling P.T.G


Johor bil. 1/87 yang berkuatkuasa pada 23 hb. Februari, 1987.

3. MASALAH-MASALAH :

3.1 Dalam masa perlaksanaan Pekeliling tersebut telah timbul beberapa kekeliruan
mengenai pemakaian peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Diantara
perkara-perkara yang menjadi kekeliruan tersebut adalah seperti berikut :-

3.1.1 Tempoh atau jangkamasa yang dibenarkan bagi permohonan semula


boleh dipertimbangkan oleh Pentadbir Tanah Daerah atau Pengarah
Tanah dan Galian.

212
3.1.2 Sama ada wang amanah perlu dijelaskan oleh pemohon.

3.1.3 Sama ada Pentadbir Tanah Daerah atau PengarahTanah dan Galian boleh
meluluskan permohonan-permohonan semula bagi kes-kes kelulusan
Kerajaan yang diterima selepas pemohon asal meninggal dunia.

3.1.4 Sama ada Pentadbir Tanah Daerah atau PengarahTanah dan Galian boleh
meluluskan permohonan-permohonan semula bagi kes-kes dimana
pemohon-pemohon yang berjaya telah menjelaskan Notis 5A tetapi telah
meninggal dunia.

3.1.5 Penakrifan yang berbeza mengenai konsep waris dan waris-waris lain.

4. PERATURAN-PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI :

4.1 Untuk mengatasi masalah-masalah sebagaimana yang dibutirkan di atas maka


peraturan-peraturan berikut hendaklah diikuti :-

4.1.1 Tempoh bagi tanah-tanah yang telah terbatal kurniaannya kerana tidak
menjelaskan Notis 5A yang dibolehkan dikurniakan semula kepada waris
atau waris-waris lain oleh Pentadbir Tanah Daerah atau PengarahTanah
dan Galian ialah 5 tahun daripada tarikh Notis 5A tersebut dikeluarkan
kepada pemohon asal yang berjaya. Ini bermakna bagi kes-kes yang telah
melampaui lima (5) tahun, jika diterima permohonan semula oleh waris
atau waris-waris lain hendaklah disediakan akuan untuk pertimbangan
Pihak Berkuasa Negeri.

4.1.2 Bagi kews-kes permohonan semula daripada waris-waris lain yang


memerlukan kelulusan PengarahTanah dan Galian. Pentadbir Tanah
Daerah hendaklah mensyaratkan pemohon mengamanahkan wang
sebagaimana dilaksanakan sebelum keluarnya Pekeliling P.T.G Johor bil.
1/87.

4.1.3 Jika sekiranya terdapat kelulusan-kelulusan Kerajaan yang telah diterima


selepas pemohon meninggal dunia dan waris atau waris-waris lain ada
membuat permohonan semula maka Pejabat-pejabat Tanah hendaklah
menyediakan akuan semula untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.

4.1.4 Manakala bagi kes-kes dimana pemohon yang berjaya telah menjelaskan
notis tuntutan 5A tetapi telah meninggal dunia sebelum Hakmilik
dikeluarkan kepadanya dan tanah tersebut dipohon oleh waris-warisnya
atau waris-waris lain, Pejabat-pejabat Tanah hendaklah menyediakan
akuan bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.

4.1.5 Konsep waris dalam Pekeliling P.T.G ,Johor bil 1/87 adalah bermaksud
suami/isteri dan anak-anak pemohon asal. Manakala waris-waris lain
membawa maksud bapa/ibu dan adik beradik pemohon asal. Bagi
pemohon lain, akuan semula hendaklah disediakan bagi pertimbangan
Pihak Berkuasa Negeri.

213
5. PENGGUNAAN SURAT PEKELILING :

5.1 Surat pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Pekeliling P.T.G.
Johor Bil. 1/87 bertarikh 23hb. Februari, 1987.

t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Tarikh : 14hb. Januari, 1990.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,


Johor, Johor Bahru.

[ C : P.T.G. 3-90 ]

214
Bil ( 2 ) dlm. P.T.G. ( P ) 21/90

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 4/90

TATACARA PENGGUNAAN SURAT-SURAT AKUAN


PENYERAHAN TANAH BAGI KES-KES PERMOHONAN SEMULA.

1. PENDAHULUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menerangkan kepada Pentadbir-Pentadbir


Tanah Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai tatacara
yang seragam dari segi penggunaan surat-surat akuan penyerahan tanah yang
telah dikurniakan bagi kes-kes permohonan semula.

2. LATARBELAKANG :

2.1 Daripada penelitian didapati Pejabat-pejabat Tanah banyak menerima


permohonan-permohonan untuk menyerahkan tanah daripada pemohon-
pemohon yang telah dikurniakan tanah kepada samada waris-waris terdekat,
waris-waris lain atau kepada pemohon yang tidak ada perhubungan
kekeluargaan langsung dengan pemohon asal.

2.2 Terdapat pelbagai sebab pemohon menyerahkan tanah yang telah dikurniakan
kepadanya. Walaubagaimanapun bagi kes-kes permohonan semula pada
lazimnya adalah disebabkan pemohon tidak berminat lagi untuk memiliki tanah
tersebut atau pemohon telah meninggal dunia apabila tanah yang dipohon telah
diluluskan kepadanya.

2.3 Untuk memproses permohonan-permohonan semula seperti ini, diantara syarat-


syarat yang dikenakan oleh Pejabat-pejabat Tanah ialah pemohon dikehendaki
mengemukakan surat akuan penyerahan tanah untuk dijadikan sebagai
dokumen bagi membolehkan pemohon atau waris-warisnya bersetuju tanah
tersebut dipohon semula oleh pemohon lain. Tujuan surat akuan ini ialah untuk
dijadikan sebagai dokumen perserahan yang sah jika berlaku perbalahan di
antara pemohon-pemohon di kemudian hari kelak.

3. KELEMAHAN-KELEMAHAN :

3.1 Dalam melaksanakan peraturan-peraturan sebagaimana dinyatakan di atas


didapati tidak ada tatacara yang seragam dilakukan di antara Pejabat-Pejabat
Tanah Daerah. Oleh itu terdapat pelbagai cara diamalkan dalam penyediaan
surat-surat akuan penyerahan tanah. Malahan kebanyakan Pejabat Tanah
Daerah tidak ada menyediakan borang yang khusus untuk tujuan tersebut.

3.2 Dengan keadaan yang demikian maka untuk memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkanuntuk kes-kes permohonan semula maka kebanyakan Pejabat Tanah
Daerah hanya berdasarkan kepada surat-surat akuan yang disediakan sendiri
oleh pemohon dan penerima serahan tanpa pengesahan mana-mana pihak. Jika
215
ada pun pengesahanhanyalah daripada Penghulu/Ketua Kampung atau Ketua
Masyarakat dimana letaknya tanah tersebut.

3.3 Dengan keadaan yang demikian maka timbulah masalah dari segi menentukan
kesahihan surat akuan tersebut yang diserahkan ke Pejabat Tanah kerana akuan
pemohon tersebut tidak ditandatangani dihadapan Pentadbir Tanah Daerah. Jika
ada pun pengesahan tersebut adalah hanya di dalam surat akuan tersebut.
Perbalahan yang mungkin timbul di antara waris-waris yang berhak keatas
tanah tersebut selepas diluluskan kepada pemohon lain melalui proses
pengurniaan semula, tanah dahulu akan menyulitkan tugas Pejabat Tanah untuk
menyelesaikannya.

3.4 Oleh kerana kaedah-kaedah penyediaan surat akuan penyerahan tanah yang
longgar sekarang ini maka sudah pasti penyelewengan akan lebih mudah
dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. PERATURAN-PERATURAN BARU :

4.1 Untuk mengatasi masalah-masalah sebagaimana dinyatakan di atas dan


tindakan penyeragaman dari segi penyediaan surat-surat akuan penyerahan
tanah bagi kes-kes kurniaan semula tanah sebagaimana ditetapakn di bawah
Pekeliling P.T.G Johor. Bil 1/87 bertarikh 23.2.1987, maka Pejabat-pejabat
Tanah adalah dikehendaki menggunakan format-format surat akuan seperti
berikut :-

4.1.1 Lampiran A

Surat Akuan Penyerahan Tanah Yang Telah Dikurniakan daripada


Pemohon Asal.

4.1.2 Lampiran B

Surat Persetujuan Darpada Ahli-ahli Keluarga Menyerahkan Tanah Yang


Telah Dikurniakan.

4.2 Ini bermakna surat-surat akuan penyerahan tanah sama ada oleh pemohon asal
atau waris-warisnya hendaklah ditandatangani oleh semua yang terlibat di
hadapan Pentadbir Tanah Daerah ( Bahagian Kurniaan ) yang berkenaan sahaja.

4.3 Bagi permohonan-permohonan semula yang dibuat olehpemohon-pemohon


asal, surat akuan tersebut hendaklah disediakan sebanyak dua ( 2 ) salinan iaitu
sat ( 1 ) salinan untuk simpanan Pejabat Tanah dan satu ( 1 ) salinan lagi untuk
simpanan pemohon. Manakala bagi kes-kes permohonan semula oleh bukan
pemohon asal yang memerlukan kelulusan PengarahTanah dan Galian atau
Pihak Berkuasa Negeri, surat akuan tersebut hendaklah disediakan sebanyak tiga
( 3 ) salinan yang mana satu ( 1 ) salinan asal hendaklah dikemukakan ke
Pejabat Tanah dan Galian bersama-sama akuan permohonan tersebut.

216
4.4 Permohonan-permohonan semula oleh waris atau bukan waris akibat daripada
kematian pemohon asal hendaklah disertakan sama satu salinan Sijil Kematian
pemohon asal yang telah dikurniakan tanah ke Pejabat Tanah dan Galian
bersama-sama akuan permohonan tersebut.

5. TARIKH KUATKUASA PEKELILING :

5.1 Peraturan-peraturan sebagaimana ditetapkan dibutiran ( 4.1 ) hingga ( 4.4 )


adalah berkuatkuasa mulai tarikh keluarnya Pekeliling ini.

t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Pejabat P.T.G.
Johor.

Bertarikh : 15hb. Januari, 1990.

217
LAMPIRAN ‗A‘

SURAT AKUAN PENYERAHAN TANAH YANG TELAH


DIKURNIAKAN DARIPADA PEMOHON ASAL

Adalah saya .......................................................... Nombor K/Pengenalan : .......................................


beralamat di ................................................................................................................ telah
dikurniakan / dikeluarkan L.P.S. tanah PTD/MLO/LOT ...................................... seluas ................
di Mukim ........................................….......... melalui No. Fail .........................................................

2. Oleh kerana ................................................................................................................ saya


dengan tidak digagahi oleh sesiapa pun ingin menyerahkan tanah teresebut di atas kepada
....................................................................... No. K/P ............................................................................
beralamat di ............................................................................................................................................
yang ada hubungan kekeluargaan sebagai *suami/isteri/anak ..............................................
dengan saya. Sekiranya tidak ada perhubungan kekeluargaan sila nyatakan sebab-sebab
serahan sebagaimana berikut : ]
..................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................

Sekian pengakuan saya, terima kasih.

..................................…….. ..........................................
( Tandatangan Penyerah ) ( Tandatangan Penerima )
Nama : Nama :
No. K/P : No. K/P :

[ Jika memerlukan tandatangan yang lebih sila gunakan lampiran A1 ]

Saya dengan ini mengaku bahawa akuan menyerahkan tanah sebagaimana dinyatakan di atas
telah dibuat dan ditandaangani di hadapan saya.

..........................................
( Tandatangan Saksi )
Nama :
Jawatan :
Tarikh :

Catatan
Pejabat : ....................................................................................................................................
Potong yang mana tidak berkenaan.

Ingatan :
Surat serahan ini hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua penyerah dan penerima
dihadapan PENTADBIR TANAH DAERAH atau PEN. PENTADBIR TANAH DAERAH (Kurniaan)
yang berkenaan sahaja.

218
Lampiran A1

Adalah kami isteri / suami dan anak-anak kepada : ............................................... nombor

Kad Pengenalan ………………………………………………… dengan ini bersetuju

Sebagaimana kenyataan di para ( 2 ) surat akuan penyerahan.

Bil. Nama No.K/P Hubungan T/Tangan

1. ....................................………. .......................... .................... ……………

2. ....................................………. .......................... ..................... ……………

3. ....................................………. .......................... ..................... ……………

4. ....................................………. .......................... ..................... ……………

5. ....................................………. .......................... .................... ……………

6. ....................................………. .......................... .................... ……………

7. ....................................………. .......................... .................... ……………

Saya dengan ini mengaku bahawa akuan menyerahkan tanah sebagaimana dinyatakan di atas

telah dibuat an ditandatangani di hadapan saya.

.......................................
( Tandatangani Saksi )

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

219
Lampiran B

Adalah kami isteri/suami dan anak-anak kepada pemohon yang telah dikurniakan
/dikeluarkan L.P.S. tanah PTD/MLO. LOT/ ...................................... seluas .....................................
di Mukim .......................................... melalui No. Fail ...................................................... dengan
ini bersetuju supaya tanah tersebut diserahkan kepada ........................................................ No.
Kad Pengenalan .......................................................beralamat di ………………………………
.............................................................................……………………………………………………
yang ada hubungan kekeluargaan dengan kami. [ Sekiranya tiak ada perhubungan
kekeluargaan, Sila nyatakan sebab-sebab serahan sebagaimana berikut. ]

...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................

Sebagai tanda persetujuan, kami turunkan tandatangan di bawah ini.

Bil. Nama No.K/P Hubungan T/Tangan

1. .................................... ........................... ............................ .........................


2. .................................... ........................... ............................ .........................
3. .................................... ........................... ............................ .........................
4. .................................... ........................... ............................ .........................
5. .................................... ........................... ............................ .........................

................................................
( Tandatangan Penerima )

Nama :
No. K/P :

Saya dengan ini mengaku bahawa akuan menyerahkan tanah sebagaimana dinyatakan
di atas telah dibuat dan ditandatangani di hadapan saya.

..................................................
( Tandatangani Saksi )
Nama :
Jawatan :

Tarikh :

Catatan Pejabat : .........………...............................................................................................................


...................................................................................................................................................................
Potong yang mana tidak berkenaan.

Ingatan :
Surat serahan ini hendaklah ditandatangani oleh kesemua waris di hadapan PENTADBIR
TANAH DAERAH atau PEN. PENTADBIR TANAH DAERAH ( KURNIAAN ) yang berkenaan
sahaja.

220
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 5/1990 ( * * )

DASAR MENGENAI PENGURNIAAN


TANAH UNTUK PAM MINYAK

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memberitahu Pentadbir-Pentadbir Tanah


Daerah danPenolong-penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai dasar
pengurniaan tanah untuk tujuan Pam Minyak.

2. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan dimesyuaratnya pada 3hb. Februari, 1988 melalui
Ringkasan Mesyuarat bil. 150/88 telah bersetuju supaya peraturan peraturan
berikut dipatuhi dalam tindakan pengurniaan tanah untuk tujuan pam minyak.

2.1.1 Setiap pengurniaan baru hendaklah diperuntukkan kepada Bumiputera


sahaja.

2.1.2 Bagi tanah-tanah sambungan Lis, sekurang-kurangnya 30% saham


pemilikan tanah dan perniagaan diserahkan kepada Bumiputera dalam
tempoh 2 tahun. Sekiranya dalam tempoh tersebut syarikat itu gagal
menurut syarat 30% saham pemilikan tanah dan perniagaan untuk
dipegang oleh Bumiputera dan Syarikat itu ada mempunyai bukti yang
sah bahawa tawaran pernah dibuat kepada Bumiputera maka perkara ini
boleh kepada Y.A.B. Menteri Besar bagi pertimbangan.

2.1.3 Lesen Pendudukan Sementara hendaklah dikeluarkan atas tanah-tanah


pam minyak yang telah luput Lisnya dan tidak boleh dikurniakan
semula. Lesen Pendudukan Sementara hendaklah dikutip bermula dari
tarikh luput pajakan.

2.1.4 Kadar bayaran Lesen pendudukan Sementara hendaklah dinaikkan


dengan meminda Jadual ( 4 ) Kaedah-Kaedah Tanah Johor dengan
bayaran tidak kurang daripada $ 200.00 sebulan dan tidak lebih $
1,000.00 sebulan.

2.1.5 Bagi tapak-tapak pam minyak yang menjalankan perniagaan tanpa


sebarang pegangan pada Kerajaan sejak ianya dibuka seperti di atas
tanah Rizab Jalan dan lain-lain hendaklah dikurniakan kepada State
Secretary Incoporation dan sewa-sewa dikenakan kepada pengusaha atas
kadar sekurang-kurangnya $500.00 sebulan. Tindakan yang sama juga
hendaklah diambil bagi tanah-tanah yang tidak boleh dikurniakan
semula kerana terlibat dengan Rizab Jalan dan sebagainya.

221
2.1.6 Tempoh pajakan bagi tanah kurniaan baru dan sambungan Lis
hendaklah tidak melebihi 30 tahun.

2.1.7 Kadar bayaran premium bagi kurniaan tapak pam minyak ialah 75%
dariapda harga pasaran.

2.1.8 Bagi mereka yang berjaya dikurniakan tapak pam minyak hendaklah
dikenakan syarat-syarat sebagaimana berikut :-

Jenis Hakmilik - Pajakan Negeri.

Tempoh Pajakan - Selama 30 tahun.

Premium - 75% daripada harga


pasaran.

Premium Tambahan - Cukai kebelakangan


yang tidak dipungut
dari tarikh luput
hakmilik asal hingga
ke tarikh dikurniakan

Cukai Tahunan - 1. $40.00 bagi tiap-


tiap 1,000 kaki
persegi
( Kawasan Desa )

2. $60.00 bagi tiap-


tiap 1,000 kaki
persegi
( Kawasan Pekan )

3. $100.00 bagi tiap


-tiap 1,000 kaki
persegi
(Kawasan Bandar)

Bayaran Ukur, dll. - Mengikut Jadual Bayaran.

Jenis Kegunaan Tanah - Bangunan ( Pam Minyak ).

222
Syarat-syarat Nyata :-

1. Tanah yang terkandung didalam hakmilik ini hendaklah digunakan


sebagai tapak perniagaan Pam Minyak sahaja.

2. Dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh didaftarkan hakmilik,


pemegang Lis hendaklah mendirikan sebuah Pam Minyak mengikut
pelan yang diluluskan oleh Penguasa Tempatan Setempat.

3. Pemegang Lis hendaklah mengambil pekerja-pekerja terdiri dari rakyat


Persekutuan dan melatih mereka dalam peringkat eksekutif dan teknikal
hingga ke tingkatan Pengurus, dengan menitikberatkan kepada
pengambilan dan melatih orang-orang Melayu supaya sekurang-
kurangnya 40% dariapda semua peringkat jawatan hendaklah dipenuhi
oleh orang-orang Melayu.

4. Segala kekotoran yang dikeluarkan daripada perniagaan Pam Minyak ini


seperti air kotor, minyak hitam dan sebagainya hendaklah disalurkan
kepada tempat-tempat yang telah ditentukan. Semua pelan yang
menunjukkan bagaimana sampah sarap dan segala kekotoran
dibuang/disalurkan hendaklah terlebih dahulu dipersetujukan oleh
Penguasa Tempatan dan Kementerian Kesihatan yang berkenaan.

5. Persetujuan daripada pihak bomba hendaklah diperolehi mengenai alat-


alat mencegah kebakaran yang digunakan di tapak pam minyak ini.

6. Mana-mana syarat yang ditetapkan dari semmasa ke semasa oleh pihak


Berkuasa Negeri dan juga oleh Kerajaan Persekutuan.

7. Sekurang-kurangnya 30% saham syarikat hendaklah pada setiap masa


dimiliki oleh Bumiputera untuk mempastikan syarikat ini mematuhi
arahan berkenaan maka pihak Syarikat dikehendaki mengemukakan
laporan pemegang saham pada tiap hujung tahun kepada P.T.G. Laporan
ini hendaklah disahkan oleh pihak Pendaftar Syarikat Malaysia.

Sekatan Hakmilik :

Tanah yang dikurniakan ini tidak boleh dijual, dicagar, digadai, dipajak atau
dipindahmilik dengan apa cara sekalipun, termasuk dengan cara menggunakan
segala Surat Perjanjian yang bertujuan untuk melepaskan/menjual tanah ini
tanpa kebenaran Penguasa Negeri.

3. TINDAKAN PENTADBIR TANAH DAERAH :

3.1 Dengan adanya keputusan-keputusan Kerajaan sebagaimana di atas maka


Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengambil tindakan-tindakan
seperti berikut :-

223
3.1.1 Bagi tanah-tanah Kerajaan yang telah diluluskan kurniaannya tetapi
tidak dibangunkan dalam tempoh yang disyaratkan hendaklah
disampaikan notis membatalkan keputusan tersebut.

3.1.2 Mengenalpasti tapak-tapak pam minyak yang telah luput tempoh


pajakannya dan membuat akuan semula untuk disambung tempoh
pajakannya. Bagi tapak-tapak pam minyak yang tidak boleh dikurnia
semula kerana terlibat dengan Rizab-rizab Jalan dan terlibat dengan
cadangan pembangunan atau didapati tidak sesuai mengikut pandangan
Jabatan Teknikal hendaklah diambil tindakan mengeluarkan Lesen
Pendudukan Sementara keatas penggunaan tanah tersebut.

3.1.3 Mengenalpasti tapak-tapak pam minyak yang menjalankan perniagaan


tanpa sebarang pegangan dan menyediakan akuan untuk dikurniakan
tanah tersebut kepada State Secretary Incoporation.

4. TARIKH KUATKUASA :

4.1 Peraturan-peraturan sebagaimana ditetapkan di atas adalah berkuatkuasa mulai


1hb. Januari, 1990.

t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAHTANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Edaran : Semua Pentadbir Tanah Daerah; dan

Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

Pejabat Tanah dan Galian ,


Johor.

Januari, 1990

224
Bil. ( 23 ) Dlm. P.T.G. 48 / 73 Pt. V

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL 6 / 1990 ( <> )

ISU-ISU MENGENAI PROSES SERAHBALIK


DAN KURNIASEMULA

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ialah untuk memaklumkan kepada semua Pentadbir-Pentadbir


Tanah mengenai perubahan-perubahan yang melibatkan pembahagian rumah
untuk kuota Bumipitra. Perkara ini dirujukkan berikutan dengan perbincangan
yang telah diadakan diantara YAB Menteri Besar Johor dengan Pemaju-Pemaju
Perumahan pada 14hb Februari 1990

2. PENEMPATAN BIRO PERUMAHAN BUMIPUTRA DI PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGAN


PERUMAHAN :

2.1 Mulai daripada 1hb Januari 1990, semua urusan dan Pentadbiran Biro
Perumahan Bumiputra di Negeri Johor yang dahulunya dikendalikan oleh
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor adalah ditempatkan di bawah
kelolaan Pejabat Setiausah Kerajaan, Cawangan Perumahan. Selain dari itu, di
perjumpaan yang telah diadakan diantara YAB Menteri Besar Johor dan
Persatuan Pemaju-Pemaju Perumahan tersebut, perkara seperti di bawah ini
adalah dipersetujukan :-

2.1.1 Bahagian Perumahan menentukan bahawa iklan yang cukup telah


dilakukan untuk dihebahkan mengenai kuota Bumiputra bagi satu-satu
rancangan Perumahan

2.1.2 Biro Perumahan akan mengeluarkan iklan sekali disamping Pemaju


Perumahan yang juga dikehendaki mengiklankan mengenai projeknya
dengan menekankan kuota Bumiputra dan Rumah Kos Rendah

2.1.3 Kuota Bumiputra hendaklah disimpan selama 12 bulan bermula dari


tarikh Penolong setiausaha, Cawangan Perumahan mengesahkan Deraf
Iklan yang dikemukakan oleh Pemaju Perumahan kepadanya

2.1.4 Penolong Setiausaha Cawangan Perumahan dikehendaki menghantar


surat kepada semua Pendaftar Hakmilik mengenai pelepasan kuota
Bumiputra apabila tempuh 12 bulan itu luput

2.1.5 Pembatalan syarat khas Bumiputra adalah dilakukan sebagaimana biasa


dimana bayaran ‗endorsement‘ dikenakan mengikut kaeadah-kaedah
Tanah Johor

Sekian, untuk perhatian Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dan semua Penolong Pentadbir
Tanah Daerah Kecil

225
―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t.t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BT ABDULLAH )
PengarahTanah Dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G. Johor


Johor Bahru

226
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 7 / 1990 ( X X )

TINDAKAN MENYELESAIKAN TUNGGAKAN


PERMOHONAN-PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memaklumkan Pentadbir-Pentadbir Tanah


Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai tindakan yang
perlu dilakukan bagi menyelesaikan tunggakan permohonan-permohonan Lesen
Pendudukan Sementara.

2. LATARBELAKANG :

2.1 Pejabat-Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Kecil dari masa
kesemasa sentiasa menerima permohonan-permohonan untuk mendapatkan
Lesen Pendudukan Sementara bagi pelbagai tujuan seperti untuk tapak rumah
kediaman, pertanian, bengkel, gerai, jeti, ternakan dan lain-lain. Sejajar
dengan konsep pengeluaran lesen tersebut maka permohon-permohonan Lesen
Pendudukan Sementara ini sepatutnya diproses segera kerana tujuan
mendapatkan Lesen tersebut adalah bertaraf sementara sahaja.

2.2 Dari semakan didapati tunggakan kerja bagi memproses permohonan-


permohonan Lesen Pendudukan Sementara ini telah bertambah dari tahun
kesetahun. Sehingga tahun 1989 sebanyak 9,671 permohonan-permohonan
Lesen pendudukan Sementara masih belum dapat diselesaikan oleh Pejabat-
Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Kecil.

2.3 Daripada jumlah tunggakan tersebut sebanyak 9,201 permohonan adalah


tunggakan kerja bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan
pertanian iaitu merupakan 95% daripada jumlah tunggakan keseluruhannya.

3. KELEMEHAN-KELEMAHAN :

3.1 Oleh kerana tatacara memproses permohonan-permohonan Lesen Pendudukan


Sementara ini tidak jauh bezanya dengan kaedah memproses permohonan-
permohonan hakmilik tanah maka didapati tempoh memproses permohonan-
permohonan tersebut juga telah mengambil masa yang agak lama bagi
menyelesaikannya. Walaubagaimana pun, kelewatan memproses permohonan-
permohonan Lesen Pendudukan Sementara untuk tujuan tanaman kontan
adalah tidak patut berlaku kerana Pentadbir Tanah Daerah telah memberi kuasa
sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan-permohonan yang
diterima.

3.2 Oleh kerana setiap permohonan untuk memperbaharui lesen perlu dibuat
siasatan semula keatas tanah untuk menentukan sama ada pemegang lesen telah
melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan atau tidak maka jumlah
pegangan lesen tersebut juga adalah merupakan tunggakan kerja pada tiap-tiap
awal tahun. Daripada semakan sehingga 1989 sebanyak 4,651 permohonan
227
memperbaharui Lesen Pendudukan Sementara masih belum dapat diselesaikan .

3.3 Rekod bagi pemegang-pemegang Lesen Pendudukan sementara adalah tidak


teratur dan ini telah menyebabkan kelewatan dari segi menentukan samada
pemegang-pemegang lesen telah memperbaharui lesen nya pada tiap-tiap tahun
dan seterusnya menyulitkan tindakan yang patut diambil untuk membatalkan
Lesen Pendudukan Sementara bagi pemegang-pemegang lesen yang tidak
membuat permohonan memperbaharui lesennya.

3.4 Penguatkuasaan keatasnya syarat-syarat Lesen Pendudukan Sementara amatlah


kurang dititikberatkan oleh Pejabat Tanah Daerah dan ini telah menyebabkan
kebanyakan pemegang-pemegang lesen telah melanggar syarat sebagaimana
yang telah ditetapkan. Untuk menyelesaikan masalah ini kerapkali Pejabat-
Pejabat Tanah memperakukan untuk dikeluarkan hakmilik kepada pemegang-
pemegang Lesen Pendudukan Sementara yang melanggar syarat terutamanya
daripada jenis tanaman kekal.

3.5 Semasa akuan medapatkan hakmilik tersebut dikemukakan di pejabat Tanah dan
Galian untuk mendapatkan persetujuan didapati kebanyakan Pejabat-Pejabat
Tanah tidak mengenakan lagi bayaran lesen kepada pemegang-pemegang Lesen
Pendudukan Sementara pada tiap-tiap tahun sehingga kelulusan diperolehi.
Walau pun tuntutan Notis 5A yang dikeluarkan kepada pemegang Lesen
Pendudukan Sementara tersebut termasuk juga tunggakan bayaran Lesen
Pendudukan Sementara yang tidak dijelaskan sehingga tanah tersebut diluluskan
kepadanya, tetapi dari nilai wang yang dijelaskan adalah merugikan kepada
Hasil Negeri kerana untuk memproses permohonan-permohonan tersebut
adalah memakan masa yang lama. Keadaan akan lebih menyulitkan lagi jika
permohonan tersebut tidak dipersetujui oleh Kerajaan.

4. TINDAKAN MENYELESAIKAN TUNGGAKAN :

4.1 Bagi membolehkan Pejabat-Pejabat Tanah menyelesaikan tunggakan memproses


permohonan-permohonan Lesen Pendudukan Sementara maka Pentadbir-
Pentadbir Tanah Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil hendaklah
menutup semua permohonan-permohonan baru bagi mendapatkan Lesen
Pendudukan Sementara untuk tujuan pertanian tidak termasuk untuk tujuan
ternakan kolam ikan, udang dan seumpamanya. Lain-lain kategori permohonan
Lesen Pendudukan Sementara adalah dibenarkan dan tatacara memprosesnya
adalah sebagaimana yang diamalkan sekarang. Bagi permohonan-permohonan
Lesen Pendudukan Sementara untuk pertanian yang telah diterima dalam tahun
1990 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah
Kecil hendaklah menolak terus permohonn tersebut.

4.2 Disamping itu Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah juga mengambil


tindakan menyelesaikan permohonan-permohonan bagi memperbaharui Lesen
Pendudukan Sementara pada tiap-tiap tahun dan memastikan tidak terdapat
tunggakan bagi kes-kes permohonan ini. Untuk tujuan ini tindakan-tindakan
berikut hendaklah dilaksanakan :

228
4.2.1 Mengemaskini maklumat-maklumat mengenai pemegang-pemegang
lesen di dalam Buku Daftar lesen Pendudukan Sementara yang
digunakan di Pejabat Tanah masing-masing.

4.2.2 Notis peringatan hendaklah dikeluarkan kepada pemegang-pemegang


lesen sebulan sebelum tamatnya tempoh lesen samada hendak membuat
permohonan memperbaharui lesen untuk tahun berikutnya atau tidak.

4.2.3 Tindakan menyiasat keatas lesen Pendudukan Sementara hendaklah


dilakukan dari masa kesemasa terutamanya di peringkat permohonan
memperbaharui Lesen Pendudukan Sementara bagi memastikan
pemegang-pemegang lesen tidak melanggar syarat-syarat yang telah
ditetapkan. Jika didapati pelanggaran syarat telah dilakukan tindakan
pembatalan lesen hendaklah diambil dan seterusnya menjalankan
tindakan kuatkuasa keatas tanah tersebut.

4.2.4 Bagi akuan-akuan pemohon untuk mendapatkan hakmilik daripada


pemegang lesen, Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah hendaklah
mensyaratkan bayaran Lesen pendudukan Sementara sehingga
permohonan tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

5. TARIKH KUATKUASA PEKELILING :

5.1 Peraturan-Peraturan sebagaimana ditetapkan adalah berkuatkuasa mulai tarikh


keluarnya Pekeliling ini.

t.t.
( DATO‘ FATIMAH BTE ABDULLAH )
Pengarah Tanah Dan Galian,
Johore.

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.

8hb. Mac 1990

229
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 8/1990 ( * * )

PERATURAN MENGENAI PENGELUARAN HASIL BALAK


KEATAS TANAH-TANAH YANG DIKURNIAKAN

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menerangkan kepada Pentadbir Tanah Daerah
dan Pen. Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai peraturan pengeluaran hasil
balak ke atas tanah-tanah Kerajaan yang telah dikurniakan dan tanah-tanah
yang telah dirizabkan.

2. LATARBELAKANG :

2.1 Sejak kebelakangan ini banyak permohonan telah diterima oleh Pihak Berkuasa
Negeri untuk mendapatkan permit mengeluarkan balak yang terdapat di atas
tanah-tanah yang telah dikurniakan.

2.2 Mengikut seksyen 45 (1) dan (2) Kanun Tanah Negara jelas menyatakan iaitu
seseorang atau badan yang telah dikurniakan tanah boleh mengeluarkan hasil
tanahnya termasuk balak sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak yang
bertanggungjawab. Walaubagaimanapun Kerajaan di dalam kes-kes tertentu
ada membuat keputusan supaya tanah yang dikurniakan itu tidak boleh
dikeluarkan hasil balak daripada tanah tersebut. Sebagai contoh tanah yang
telah dikurniakan kepada Kementerian Pertahanan seluas 2,105 ekar di
Tenggaroh, Mersing dimana Kerajaan telah membuat keputusan antara lain
supaya tanah yang dikurniakan itu tidak boleh dikeluarkan hasil balak daripada
tanah tersebut. Didapati pun setelah tanah tersebut dikeluarkan hakmilik oleh
Pejabat Tanah atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pihak Kementerian
memohon untuk mendapatkan permit mengeluarkan balak.

2.3 Disamping itu terdapat juga pemohon-pemohon bagi mengeluarkan hasil balak
daripada kawasan-kawasan tanah yang telah dirizabkan.

3. KEPUTUSAN JAWATANKUASA HASIL HAKMILIK TANAH :

3.1 Jawatankuasa Hasil Hakmilik Tanah yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha
Kerajaan Johor di dalam mesyuaratnya pada 15hb. November, 1989 telah
bersetuju mengambil keputusan bagi perkara berikut :-

3.1.1 Bagi kes tanah seluas 2,105 ekar di Tenggaroh, Mersing yang telah
dikurniakan kepada Kementerian Pertahanan, keputusan tidak boleh
mengeluarkan hasil balak hendaklah dikekalkan. Jika perlu tanah
tersebut hendaklah diserahbalik kepada Kerajaan dan dikurniakan
semula kepada Pihak Kementerian dengan dikenakan syarat khas
bahawa hasil balak yang terdapat di dalam kawasan tersebut hendaklah
terlebih dahulu dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri ATAU hasil balak yang
terdapat dalam kawasan tersebut tidak boleh dikeluarkan.

230
3.1.2 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah melalui PengarahTanah dan Galian
apabila membuat perakuan bagi kurniaan tanah dimana terdapat hasil
balak didalam kawasan-kawasan tanah yang berkenaan hendaklah
mengenakan salah satu daripada syarat khas seperti berikut :-

― Hasil balak yang terdapat di dalam kawasan yang dikurniakan


hendaklah terlebih dahulu dikeluarkan hasilnya oleh Kerajaan Negeri.‖

3.1.3 Bagi tanah-tanah yang dikurniakan oleh Kerajaan tanpa sekatan khas
tersebut maka pihak Pejabat Hutan akan memproses permohonan bagi
mengeluarkan permit untuk mengeluarkan hasil balak dalam kawasan
yang dipohon.

3.1.4 Bagi tanah-tanah yang dirizabkan, pihak penerima rizab tidak berhak
untuk mengeluarkan hasil balak yang terdapat di dalam kawasan rizab
tersebut kerana tujuan dirizabkan tanah tersebut adalah hanya untuk
menyelenggarakan bagi satu-satu tujuan tertentu sahaja dan tidak ada
mempunyai hak pemilikan keatas tanah yang dirizabkan itu.

4. TARIKH KUATKUASA PEKELILING :

4.1 Peraturan-peraturan sebagaimana ditetapkan adalah berkuatkuasa mulai tarikh


keluarnya Pekeliling ini.

t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah dan Galian,
Johor.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,


Johor

8hb. Mac, 1990

231
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 9 / 1990 ( X X )

TATACARA PENYAMPAIAN KELULUSAN


TANAH-TANAH KERAJAAN

1. TUJUAN :

1.1 Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada Pentadbir-Pentadbir


Tanah Daerah dan Pen. Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai cara-cara
penyampaian kelulusan tanah-tanah Kerajaan.

2. CARA PERLAKSANAAN :

2.1 Y.A.B Menteri Besar Johor didalam Mesyuarat Jawatan kuasa Hasil Bumi pada
5hb. Februari, 1990 telah mengarahkan supaya Pejabat-Pejabat Tanah Daerah
dan Daerah Kecil melaksanakan publisiti bagi tanah-tanah yang telah diluluskan
oleh Pihak berkuasa Negeri. Tindakan publisiti ini adalah bertujuan supaya
dapat menyangkal tuduhan-tuduhan yang negatif daripada pihak tertentu yang
menyatakan iaitu pihak rakyat tidak diberi peluang untuk memiliki tanah
Kerajaan atau Pentadbiran Tanah lambat memproses permohonan-permohonan
untuk mendapatkan tanah Kerajaan.

2.2 Oleh itu semua urusan penyampaian kelulusan-kelulusan permohonan tanah


samada diperingkat menyampaikan Notis tuntutan 5A atau penyerahan
hakmilik hendaklah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi
Kawasan yang terlibat atau oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
yang berkenaan.

3. TINDAKAN PENTADBIR TANAH DAERAH :

3.1 Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dan Pen. Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah


Kecil hendaklah mengambil daya inisiatif mengaturkan majlis dan seterusnya
mempelawa Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli-ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri untuk menyamaikan samada kelulusan-kelulusan permohonan
tanah Kerajaan atau penyerahan Hakmilik kepada pemohon-pemohon yang
berjaya.

3.2 Perlaksanaan tatacara di atas adalah bagi kes-kes yang melibatkan permohonan-
permohonan yang telah diluluskan secara beramai-ramai sahaja.

4. TAMAT KUATKUASA :

4.1 Arahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh keluarnya Pekeliling ini.
232
t.t
( DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH )
PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
JOHOR.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,


Johor.

8hb. Mac, 1990.

233
Ruj. Kami : (9)dlm. P.T.G(PER)144

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL : 10/90 ( * * )

GARIS PANDUAN MENYELESAIKAN TUNGGAKAN


PENDAFTARAN HAKMILIK TETAP

1. TUJUAN

1.1. Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pentadbir-Pentadbir Tanah


dan Daerah dan Pen. Pentadbir Tanah Daerah Kecil kepada Buku Panduan
Menyelesaikan Tunggakan Pendaftaran Hakmilik Tetap.

2. TINDAKAN MENYELESAIKAN TUNGGAKAN


PENDAFTARAN HAKMILIK TETAP

2.1. Bersama-sama ini dilampirkan Buku Panduan yang mengandungi garis-garis


panduan untuk memudahkan Pentadbir Tanah Daerah dan Pen. Pentadbir
Tanah Daerah Kecil melaksanakan tindakan menyelesaikan tunggakan
Pendaftaran Hakmilik Tetap.

2.2. Garis Panduan yang disediakan ini telahpun dibincangkan di Mesyuarat


Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah pada 15.04.1990 dan telah dipersetujui
supaya digunakan sebagai panduan di semua Pejabat-Pejabat Tanah Daerah.

3. JAWATANKUASA BERTINDAK

3.1. Untuk mempastikan supaya Perancangan Tindakan (Action Plan) dilaksanakan


sampai mencapai matlamat, satu Jawatankuasa Bertindak adalah ditubuhkan
dengan dianggotai oleh :-

Timbalan PengarahTanah dan Galian - Pengerusi


Semua Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah - Ahli
Pegawai Petempatan Tertinggi (2 orang) - Ahli
Pegawai Petempatan Kanan di P.T.G - Ahli
Timbalan Pendaftar I - Setiausaha

3.2 Perlu ditekan disini bahawa Jawatankuasa tersebut hendaklah mengadakan


perbincangan berkala supaya dapat diikuti progres perlaksanaan ‗Perancangan
Tindakan‘ sehingga selesai tunggakan kerja.

4. ANGKA TUNGAKAN

4.1. Tunggakan kerja yang perlu diselesaikan merupakan tunggakan yang terdapat
sehingga tarikh 31hb. Disember, 1989.
234
5. TARIKH KUATKUASA

5.1. Arahan-arahan yang dikeluarkan dalam pekeliling ini adalah berkuatkuasa


dengan sertamerta.

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t.t
(DATO‘ HAJJAH FATIMAH BTE ABDULLAH)
PengarahTanah dan Galian Johor,
Johor.

Edaran kepada :

Semua Pegawai Pejabat Tanah Dan Galian Johor


Semua Pentadbir Tanah Daerah dan;
Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

235
LAMPIRAN KEPADA PEK. P.T.G JOHOR BIL. 10/1990

GARIS PANDUAN MENYELESAIKAN TUNGGAKAN


PENDAFTARAN HAKMILIK TETAP

1. TUJUAN

1.1. Tujuan utama menyediakan Garis Panduan ini ialah auntuk memudahkan
Pentadbir Tanah Daerah melakasanakan tindakan menyelesaikan tunggakan
Pendaftaran Hakmilik Tetap.

1.2. Dengan tunggakan ysng telah meningkat hampir keangka lebih kurang 561,324
Hakmilik Sementara di bawah KTN dan Hakmilik Pra-KTN yang belum ditukar
kepada Hakmilik Tetap urusan ini telah ditakrifkan sebagai urusan
KEUTAMAAN. Garis Panduan ini menentukan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh Pentadbir-pentadbir Daerah supaya dapat diwujudkan satu
perancangan tindakan yang seragam diseluruh Negeri Johor Darul Ta‘azim.
Melalui langkah-langkah yang diaturkan ini, matlamat menyelesaikan
tunggakan akan dapat dicapai dengan lebih berkesan.

2. LATARBELAKANG

1.1. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa tunggakan dalam
bidang ini telah mencapai tahap serius. Sekiranya langkah positif tidak
dijalankan, maka akan memberatkan lagi masalah yang sedia dihadapi.

2.2. Punca-punca tunggakan wujud dari :

2.2.1. AO dan lain-lain Hakmilik Pra-KTN yang belum diganti dengan


Hakmilik Tetap.

2.2.2. Hakmilik-Hakmilik Sementara yang belum diganti dengan Hakmilik


Tetap.

2.3. Diantara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah dengan mengadakan


bengkel-bengkel dan perbincangan-perbincangan dikalangan semua peringkat
kakitangan di Pentadbiran Tanah.

236
3. PROSEDUR TINDAKAN

3.1. Urusan menyelesaikan tunggakan kerja ini terbahagi kepada DUA PERINGKAT
iaitu :

Peringkat Pertama - Mengenalpasti beban kerja.

Peringkat Kedua - Tindakan siasatan, Penyediaan PU, Penyelesaian PA dan


Penyerehan Hakmilik dan Akuan Baru bagi tanah Yang
bermasalah yang tidak dapat dikesan kedudukannya.

4. PERINGKAT PERTAMA

4.1. Bagi mengenalpasti beban kerja perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah :

4.1.1. Menentukan Hakmilik Sementara yang belum ditukarkan kepada


Hakmilik Tetap bagi :

4.1.1.1. Pra-Kanun Tanah Negara


4.1.1.2. Di-bawah Kanun Tanah Negara
4.1.1.3. Jumlah Hakmilik Tetap yang telah diterima dari Jabatan
Ukur tetapi belum didaftarkan.

4.1.2. Menentukan jumlah Plot yang belum disediakan PU :

4.1.2.1. Plot yang perlu dijalankan ukuran di atas tanah


4.1.2.2. Plot yang mempunyai maklumat lengkap tetapi tidak perlu
dijalankan ukuran di atas tanah (memadai disediakan PU)

4.1.3. Menentukan jumlah PA yang belum diselesaikan

4.1.4. Menentukan jumlah suratan di bawah ‗Johor Land Enactment‘ (JLE)


yang musnah, rosak dan hilang.

4.1.5. Menentukan jumlah Mining Certificate (MC) yang belum digantikan


dengan Mining Lease.

237
5. SUMBER MAKLUMAT

Semakan hendaklah dibuat atas rekod-rekod yang tertentu yang boleh membantu bagi
menentukan jumlah beban kerja :

5.1. Menentukan jumlah Hakmilik Sementara :

5.1.1. Daripada BukuDaftar Cukai

5.1.2. Daripada Buku Daftar Suratan di bawah JLE

5.1.3. Daripada Buku Daftar Hakmilik (Sementara)

5.2. Menentukan jumlah plot yang belum disediakan PU dan PA yang bekum
diselesaikan :

5.2.1. Daripada Buku Fahrasat Pejabat Tanah (LO, MLO, TLO, PTD, PTB)

5.2.2. Dripada keratan PU

5.2.3. Daripada Maklumat daripada Jabatan Ukur.

5.3. Lain-lain punca maklumat ialah :

5.3.1. Daripada Buku ‗Register Of Holding‘ (RH)

5.3.2. Daripada Fail-Fail Pengambilan Balik Tanah (PBT)

5.3.3. Daripada fail-fail SBKS, Pecah Dempadan, Pecah Bahagian dan


Cantuman.

(SILA LIHAT CARTA 1 YANG MENUNJUKKAN PENENTUAN TUGAS)

238
CARTA PENENTUAN TUGAS MENGENALPASTI
BEBAN KERJA PERINGKAT PERTAMA

PTD
Arahan dan
Pengawasan

PPTD DAFTAR P / KURNIAAN PPTD DAFTAR


Kakitangan Bhg. Kakitangan Bhg. Kakitangan Bhg.
Pendaftaran Kurniaan/rancangan Petempatan

TUGAS TUGAS TUGAS


1. Menentukan 1. Menentukan
jumlah Hakmilik Menentukan jumlah jumlah plot yang
2. Menentukan Hakmilik/Pegangan/P belum
jumlah suratan lot disediakan P.U
di bawah JLE 2. P.A belum
selesai.
SUMBER
1. Fail-fail SBKS,
Pecah Sempadan,
Pecah Bahagian,
Cantuman.
2. Fail-fail Kurniaan.
SUMBER 3. Rekod RH, FELDA SUMBER
4. Rekod RH, GSA. 1. Daftar Fihrasat
1. Buku Daftar 5. Fail-fail PBT.
Cukai Pej. Tanah
6. Fail-fail Tanah 2. Butt P.U
2. Daftar Suratan Lombong.
di bawah JLE 3. Maklumat
Jabatan Ukur.

Plot Plot
Bangunan Bangunan Plot Plot Lain-lain
Kawasan Kawasan Pertanian Industri Plot
Bandaran Pekan &
( Township) Desa

239
6. TANGGUNGJAWAB MENENTUKAN JUMLAH BEBAN KERJA

Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memastikan bahawa dalam menentukan jumlah


beban kerja ini tanggungjawab hendaklah diberikan kepada :

6.1.1. Penolong Pentadbir Tanah Daerah (Pendaftaran Hakmilik)dan


kakitangan Bahagian Pendaftaran.

6.1.2. Penolomg Pentadbir Tanah Daerah, Kurniaan dan kakitangan


Bahagian Kurniaan.

6.1.3. Pegawai Petempatan Kanan dan kakitangan Bahagian Petempatan.

6.2. Pengawasan berkala hendaklah dilakukan oleh Pentadbir Tanah Daaerah bagi
menentukan tindakan ini dijalankan berterusan dan menepati Garis Panduan
ini.

7. FORMAT

Format berasingan hendaklah disediakan bagi mencatitkan plot-plot tanah yang belum
dikeluarkan Hakmilik Tetap dengan tujuan sebagaimana di bawah :

7.1. Bagi membolehkan membuat pengiraan bagi jumlah tunggakan kerja dengan
cepat.

7.2. Bagi membolehkan membuat penentuan jangkamasa untuk menyelesaikannya.

7.3. Bagi membolehkan membuat penentuan keperluan kakitangan.

7.4. Bagi mengesan pencapaian dalam tindakan yang dilakukan

7.5. Format-foramt yang perlu disediakan ialah :

FORMAT 1* - Hakmilik sebelum Kanun Tanah Negara yang belum


diganti dengan Hakmilik Tetap

FORMAT 2 - Hakmilik sebelum Kanun Tanah Negarayang belum


diganti dengan Hakmilik Tetap – yang bermasalah.

FORMAT 3* - Hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara

FORMAT 4* - Pegangan RH

FORMAT 5* - Tanah-tanah dalam Rancangan Felda

FORMAT 6* - Tanah Pecah SBKS, Pecah Semapdan, Pecah


Bahagian danCantuman yang belum
disediakan Permintaan Hakmilik (RT).

240
FORMAT 7 - Tanah PBT.

FORMAT 8 - Tanah Sijil Lombong.

FORMAT 9 - P.A yang belum selesai.

(* Format ini hendaklah diisi dalam 2 salinan. Satu salinan hendaklah dihantar
ke Bahagian Petempatan dan satu salinan disimpan di Bahagian yang
mengisinya.)

FORMAT 1 hingga 9 :

(Sila lihat Lampiran 1 hingga 9)

7.6. Setiap data yang dicatit hendaklah diasingkan mengikut kategori berikut :

7.6.1. Kategori Bangunan dan dalam Kawasan Bandaran

7.6.2. Kategori Bangunan dalam Kawasan Desa/Pekan

7.6.3. Kategori Pertanian.

7.6.4. Kategori Industri.

7.6.5. Lain-lain Kategori.

7.7. Untuk mengelakkan ‗double counting‘ setiap sumber maklumat yang telah
dicatit ke dalam format yang berkenaan, hendaklah DITANDAKAN.

241
8. PERINGKAT KEDUA

PENYELESAIAN MASALAH :

Tugas-tugas dibahagian mengikut peringkat-peringkat seperti di bawah :

8.1. Pengurusan.

8.2. Kawalan.

8.3. Penyeliaan .

8.3.1. Bahagian Pendaftaran.

8.3.2. Bahagian Kurniaan.

8.3.3. Bahagian Petempatan.

8.4. Pengukuran.

8.5. Surihan dan Mengemaskini Rekod.

9. PENGURUSAN

Pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah PENTADBIR TANAH DAERAH
dengan tugas-tugas yang meliputi :

9.1. Penyelarasan :

Oleh kerana tugas penyelesaian masalah ini melibatkan tiga bahagian dalam
Pejabat Tanah, adalah menjadi tanggungjawab PENTADBIR TANAH DAERAH
menyelaraskan kerja-kerja pemerosesan setiap tindakan yang akan diambil
dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dikalangan kakitangan yang
terlibat dengan tugas-tugas tersebut.

9.2. Pengawasan :

Pentadbir Tanah Daerah juga bertanggungjawab mengawas kerja pemerosesan


supaya ia dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

10. KAWALAN P.U. DAN P.A.

10.1. Kakitangan yang bertanggungjawab mengawal rekod-rekod P.U. dan P.A. ialah
KERANI KAWALAN.

10.2. Tugas-tugas Kerani Kawalan :

10.2.1. Mengawal pergerakan P.U. dan P.A.

10.2.2. Menyediakan laporan P.U. dan P.A.

242
10.2.3. Menjawab semua ‗Query‘ dari Jabatan Ukur selepas dirujukkan di
bahagian berkenaan.

10.2.4. Menyediakan P.U. dalam borang ‗Land 126‘.

10.2.5. Menandatangani borang pengesahan penerimaan P.U. dan P.A.

10.2.6. Mengembalikan P.U., P.A. dan CA yang telah diselesaikan ke Jabatan


Ukur.

10.2.7. Mengemaskinikan rekod P.U. dan P.A.

11. PENYELIAAN BAHAGIAN PENDAFTARAN

11.1. Pegawai yang bertanggungjawab menyelia bahagian Pendaftaran ialah


PENOLONG PENTADBIR TANAH DAERAH (PENDAFTARAN).

11.2. Tugasnya :

11.2.1. Menentukan pembahagian tugas kerani Pendaftaran.

11.2.2. Mengawas pergerakan fail kurniaan yang telah didaftarkan Hakmilik


Sementara Kepada Kerani Kawalan.

11.2.3. Mengawas penyediaan RT/RE untuk tanah yang diukur oleh Jurukur
Berlesen setelah P.A diselesaikan.

12. TUGAS KAKITANGAN BAHAGIAN PENDAFTARAN

12.1. Kakitangan Bahagian Pendaftaran ditugaskan untuk mencatitkan ke dalam


format-format (1), (2) dan (3) maklumat-maklumat dari sumber-sumber
berikut :

12.1.1. Daripada Buku Daftar Cukai (Rent Rool)

12..1.2 Daripada Daftar Suratan di bawah Johore Land Enacment (JLE)

12.2. Setelah mengisi maklumat diruang tertentu satu salinan format hendaklah
dihantar ke Bahagian Petempatan untuk dilengkapkan dengan maklumat
diruang yang belum dilengkapkan. Satu salinan format disimpan untuk rujukan
akan datang.

12.3. Selain dari itu setelah Pendaftaran Hakmilik dilakukan Bahagian Pendaftaran
hendaklah memaklumkan ke Bahagian Petempatan menegenai bilangan
Hakmilik yang telah didaftarkan dengan memakai kertas seperti pada FORMAT
10. Satu keratan FORMAT 10 dihantar di Bahagian Petempatan sebahagian lagi
dimasukkan dalam fail yang terus dikembalikan ke Bahagian Kurniaan untuk
disimpan.

(FORMAT 10 : LAMPIRAN 10)

243
12.4. Kakitangan di Bahagian Pendaftaran juga mempunyai tanggungjawab berikut :

12.4.1. Menggerakkan fail Kurniaan yang telah didaftarkan Hakmilik


Sementara.

12.4.2. Memproses penyediaan RT bagaimana FORMAT 11 dan RE


bagaimana FORMAT 12 hanya diperlukan bagi plot-plot yang diukur
halus oleh Jurukur Berlesen sahaja.

12.4.3. Proses Penyediaan RT sehingga Hakmilik Tetap didaftarkan bagi


Hakmilik Pejabat Pendaftaran (P.T.G) bagaimana berikut :

12.4.3.1. Selepas PA diselesaikan oleh Bahagian Petempatan Kerani


Pendaftaran hendaklah menyediakan 4 salinan Borang RT
‗Land 19‘.

12.4.3.2. Kerani Pendaftaran simpan satu salinan Borang RT dalam fail


dan majukan 3salinan Borang RT ke Bahagian Hakmilik
(P.T.G).

12.4.3.3. Setelah meneriman Hakmilik Daftar dari Timbalan Pendaftar


Hakmilik (P.T.G) Bahagian Pendaftaran (PTD) hendekalah
menyediakan Notis 5F kepada tuan tanah.

12.4.3.4. Dokumen Hakmilik Keluaran Tetap (DHK) diserahkan kepada


tuan tanah.

12.4.3.5. Memproses penyediaan RE sehingga Hakmilik Tetap


didaftarkan bagi hakmilik Pejabat Tanah bagaimana berikut :

(ii) Setelah PA diselesaikan oleh Bahagian Petempatan


Kerani Daftar (PTD) sediakan Borang RE ‗Land 20‘.
(iii) Kerani Daftar simpan satu salinan RE dalam fail dan
majukan 2 salinan ke Jabatan Ukur.
(iv) Setelah menerima 2 salianan Hakmilik Tetap dan 1
salinan RE dari Jabatan Ukur, Pentadbir Tanah Daerah
hendaklah menyimpan satu salinan RE dan
didaftarkan Hakmilik Tetap (Borang 5D dan 5E).
(v) Pentadbir Tanah Daerah simpan satu salinan Hakmilik
Tetap (Borang 5D dan 5E) sebagai Dokumen Hakmilik
Daftar (DHD) dan dijilid (binding).
(vi) Pentadbir Tanah Daerah sediakan Borang 5F kepada
tuan tanah.
(vii) Dokumen Hakmilik Keluaran Tetap diserahkan kepada
tuan tanah.
(FORMAT 11 DAN 12 : LAMPIRAN 11 DAN 12)
244
12.4.3.6. Bagi kes-kes plot yang diukur halus oleh Jabatan Ukur,
Bahagian Pendaftaran tidak perlu menyediakan RT/RE kerana
Borang PU ‗Land 126‘ Pindaan 1/86 ada maklumat yang
mencukupi untuk permohonan Hakmilik (RT/RE).
Walaubagaimanapun kaedah penggunaan penggunaan
borang tersebut perlu diselaraskan dengan Jabatan Ukur
kerana mungkin borang ini perlu dibuat beberapa
pindaan.

(LIHAT CARTA ARAH ALIRAN BAGAIMANA CARTA 2)

12.4.4. Kerani Pendaftaran di P.T.G adalah bertanggungjawab untuk :

12.4.4.1. Kerani Pendaftaran (P.T.G) simpan satu salinan borang RT


yang diterima dan majukan dua salinan borang RT ke Pejabat
Ukur.

12.4.4.2. Setelah menerima dua salinan Hakmilik Tetap (borang 5B dan


5C) dan satu salinan borang RT dari Jabatan Ukur, Timbalan
Pendaftar Hakmilik (P.T.G) simpan borang RT yang diterima
dan daftarkan Hakmilik Tetap (borang 5B dan 5C).

12.4.4.3. Membantu Timbalan Pendaftar Hakmilik (P.T.G) menyimpan


satu salinan Hakmilik Tetap borang 5B dan 5C sebagai
Dokumen Hakmilik Daftar (DHD).

12.4.4.4. Membantu Timbalan Pendaftar Hakmilik (P.T.G)


menyediakan Notis 1A jika Dokumen Hakmilik Keluaran
Sementara (DHSD) belum diperolehi daripada tuan tanah.

12.4.4.5. Membantu Timbalan Pendaftar Hakmilik (P.T.G)


membatalkan Dokumen Hakmilik Keluaran Sementara (DHK).

12.4.4.6. Membantu Timbalan Pendaftar Hakmilik (P.T.G) menghantar


satu salinan Dokumen Hakmilik Keluaran kepada Pentadbir
Tanah Daerah.

245
CARTA ARAH ALIRAN PENUKARAN HAKMILIK CARTA 2
SEMENTARA KEPADA HAKMILIK TETAP

BHG. PENDAFTARAN
Hakmilik Sementara
Didaftarkan

BHG. PETEMPATAN
Penyediaan PU juga sebagai
RT/RE

JABATAN UKUR
1. Ukur halus dijalankan. JURUKUR BERLESEN
2. P.A disediakan. Ukur halus dan
penyelesaian dijalankan oleh
Jurukur Berlesen.
BHG. PETEMPATAN
1. P.A diselesaikan
2. Kerani Kawalan rujuk
ke Jabatan Ukur

JABATAN UKUR
Sediakan Borang Hakmilik
KekalBorang 5B/5C/5D/5E BHG. PENDAFTARAN
Sediakan RT / RE

BHG. PENDAFTARAN
Hakmilik Tetap didaftarkan.

TUAN TANAH
Terima Hakmilik Tetap
(DHK).

246
13. PENYELESAIAN BAHAGIAN KURNIAAN

13.1 Pegawai yang bertangguangjawab menyelia Bahagian Kurniaan ialah Penolong


Pentadbir Tanah Daerah (Kurniaan)

13.2 Tugasnya :

13.2.1 Menentukan pembahagian tugas kerani Kurniaan.

13.2.2 Mengawas penerimaan fail kurniaan daripada Bahagian


Pendaftaran Hakmilik Sementara untuk dimajukan kepada Kerani
Kawalan.

13.2.3 Mengawas semakan atas borang penyelesaian untuk


menyesuaikan dengan kehendak Pek.P.T.G Bil. 1/1987.

13.2.4 Mengawas kemajuan prestasi kerani kawalan.

13.2.5 Menentukan jangkamasa penyelesaian tugas.

14. TUGAS KAKITANGAN BAHAGIAN KURNIAAN

14.1 Kakitangan Bahagian Kurniaan bertanggungjawab untuk merekodkan dalam


Format 4, 5, 6, 7 dan 8 atas maklumat-maklumat dari sumber bagaimana
berikut :

14.1.1 Daripada fail-fail SBKS, Pecah Sempadan, Bahagian dan


Cantuman.
14.1.2 Daripada fail-fail Kurniaan.
14.1.3 Daripada rekod RH Felda.
14.1.4 Daripada rekod RH GSA.
14.1.5 Daripada fail-fail P.B.T.
14.1.6 Daripada fail Tanah Lombong.

14.2 Setelah mengisi ruang-ruang yang berkenaan, satu salinan Format hendaklah
dihantar ke Bahagian Petempatan supaya dapat diisi maklumat pada ruang-
ruang tertentu. Satu salinan format disimpan untuk rujukan akan datang.

14.3 Kakitangan Bahagian ini juga bertanggungjawab membuat akuan pengurniaan


tanah bagi tanah-tanah yang :

14.3.1 Berpegang dengan A.O atau lain-lain Hakmilik Pra-KTN yang


bermasalah.

14.3.2 Daftar Hakmilik KTN yang telah rosak atau usang.

14.3.3 Keluasan tanah yang telah berbeza diantara daftar hakmilik Pra-
KTN dengan keadaan di atas tanah.

247
14.4 Akuan hanya boleh disediakan setelah menerima laporan lengkap dari
Bahagian Petempatan. Catatan hendaklah dibuat pada ruang tertentu
mengenai tarikh akuan dihantar ke P.T.G, di dalam FORMAT 2. Apabila
menerima keputusan catatan juga hendaklah dibuat pada ruang tertentu
dalam FORMAT yang sama, sebelum rujukan fail kepada Bahagian
Pendaftaran untuk Pendaftaran Hakmilik.

14.5 Seterusnya kakitangan bahagian ini ditugaskan untuk menyemak borang


penyelesaian bagi penyesuaian dengan pekeliling P.T.G Bil. 1/1987.

15 PENYELIAAN BAHAGIAN PETEMPATAN

15.1 Pegawai yang bertanggungjawab menyelia Bahagian Petempatan ialah


PEGAWAI PETEMPATAN KANAN.

15.2 Tugasnya :

15.2.1 Menerima fail dari Kerani Kawalan dan diagihkan kepada


Pegawai Petempatan berkenaan.

15.2.2 Mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh Pegawai Petempatan


dari segi mutu kerja dan jangkamasa tertentu.

15.2.3 Menyelesaikan segala masalah P.U dan P.A kepada Kerani


Kawalan untuk tindakan selanjutnya.

16 TUGAS KAKITANGAN BAHAGIAN PETEMPATAN

16.1 Kakitangan Bahagian Petempatan hendaklah bertanggungjawab untuk


merekodkan dalam FORMAT 9 atas maklumat-maklumat dari sumber-sumber
berikut:

16.1.1 Daripada Rekod Fahrasat Pejabat Tanah.

16.1.2 Daripada maklumat Butt P.U.

16.1.3 Daripada maklumat Jabatan Ukur.

16.2 Pegawai Petempatan yang bertanggung-jawab menjalankan tugas-tugas


pengukuran bagi tanah-tanah yang tidak ada dimensi.

16.3 Menjalankan penyelesaian apabila menerima P.A. daripada Pegawai Petempatan


Kanan.

16.4 Pelukis Pelan III hendaklah membuat kerja-kerja sebagaimana berikut :

248
16.4.1 Membuat surihan dan urusan pelan.

16.4.2 Mengemaskini rekod Bahagian Petempatan :

16.4.2.1 Mencatit maklumat dalam Fahrasat Pejabat


Tanah dan Fahrasat Lot.
16.4.2.2 Mengemaskinikan kertas surihan dan
pelan.
16.4.2.3 Mengemaskinikan simpanan P.A.
16.4.2.4 Membuat carta dalam Syit Litho Pejabat
Tanah.

17. PROSES KERJA, CARTA ARAH ALIRAN DAN REKOD P.U./P.A.

17.1 Proses kerja pembahagian tugas :


[ LIHAT JADUAL 1DAN 2 ]

17.2 Carta Arah Aliran Tindakan Penyelesaian :


[ LIHAT CARTA 3, 4, 5, 6, 7, 8,DAN 9 ]

17.3 Proses kerja Penyediaan P.U dan Penyelesaian P.A :


[ LIHAT JADUAL 3 DAN 4 ]

17.4 Rekod P.U dan P.A bagaimana Format 13 dan 14 :


[ LIHAT LAMPIRAN 13 ]

17.5 Senarai Bayaran Ukur bagaimana Format 15 :


[ LIHAT LAMPIRAN 13 ]

249
JADUAL 1
PROSES KERJA PEMBAHAGIAN
TUGAS KAKITANGAN
Bil. Kerja dan Tugas Dilakukan Pegawai
Bertanggungjawab
1. PENGURUSAN PTD

1.1. Penyelarasan
1.2. Pengawasan

2. KAWALAN P.U. DAN P.A. Kerani Kawalan

Peagwai Pergerakan fail untuk P.U. dan P.A.


Menyediakan laporan P.U. dan P.A.
Menjawab semua ‗Query‘ dari Jabatan Ukur selepas
dirujukan ke bahagian berkenaan.
Menyediakan P.U. dalam borang ‗Land 126‘.
Menandatangani borang pengesahan penerimaan P.U.
dan P.A.
Mengembalikan P.A., P.U. dan C.A. yang telah selesai
ke Jabatan Ukur.
Mengemaskinikan rekod P.U. dan P.A.

3. PENYELIAAN BAHAGIAN PENDAFTARAN PPTD Pendaftaran

4. URUSAN FAIL

4.1. Merekodkan maklumat-maklumat dalam format-


format tertentu.
4.2. Menggerakkan fail kurniaan yang telah
didaftarkan Hakmilik Sementara.
4.3. Menyediakan RT/RE untuk tanah-tanah yang telah
diukur halus oleh Jurukur Berlesen.

5. URUSAN BAHAGIAN KURNIAAN PPTD Kurniaan

6. URUSAN FAIL DAN SEMAKBORANG Kerani Kurniaan


(BAHAGIAN KURNIAAN)

6.1. Merekodkan maklumat-maklumat dalam rekod-


rekod tertentu.
6.2. Merekodkan perakuan bagi pengurniaan tanah-
tanah :

250
Bil. Kerja dan Tugas Dilakukan Pegawai
Bertanggungjawab
(i) Berpegang dengan Hakmilik Pra-KTN
seperti AO, Aal dan sebagainya.
(ii) Daftar Hakmilik KTN yang telah rosak
atau usang.
(iii) Keluasan Tanah telah berbeza diantara
Hakmilik di bawah KTN dan Pra-KTN
dengan keadaan di atas tanah.
6.3. Menyemak Borang Penyelesaian bagi penyesuaian
dengan Pek. P.T.G Bil. 1/1982.

7. PENYELIAAN BAHAGIAN PETEMPATAN PPK

7.1. Mengagihkan tugas kepada Bahagian Petempatan


dan Pelukis Pelan III.
7.2. Mengawas kerja-kerja Bahagian Petempatan.
7.3. Memastikan Pengembalian fail P.U dan P.A kepada
Kerani Kawalan.

8. TUGAS KAKITANGAN BAHAGIAN PETEMPATAN PP

8.1. Menjalankan ukuran bagi tanah yang tiada


dimensi.
8.2. Menjalankan penyelesaian apabila menerima P.A
dari dari PPK Pelukis Pelan III
8.3. Membuat surihan carta dalam rekod Bahagian
Petempatan.

251
JADUAL 2
JADUAL PENYALURAN
BEBAN KERJA

Bil. Beban Kerja Bahagian Disalurkan


1. Penyediaan P.U Kerani Kawalan P.U/P.A

2. Penyelesaian P.A Kerani Kawalan P.U/P.A

3. Penyediaan RT tanah yang diukur oleh Jabatan Ukur Bahagian Pendaftaran

4. Penggantian Plot Pegangan Suratan di bawah JLE yang Bahagian Petempatan dan
tidak dapat dikesan. . Kurniaan.

252
CARTA 3

CARTA ORGANISASI TINDAKAN


PENYELESAIAN MASALAH

PTD

PPTD
Pendaftaran
PPTD
Kurniaan

PPK
Bahagian Petempatan

Pegawai Kerani Kerani Kerani


Petempatan Kawalan Kurniaan Daftar

Pelukis
Pelan III

Buruh Am

253
JADUAL 3
PROSES KERJA PENUEDIAAN
PERMOHONAN UKUR

Bil. URUSAN KERJA DAN TUGAS DILAKUKAN PEGAWAI


BERTANGGUNGJAWAB
1. Daftar Penerimaan Fail PPK

2. Semak Fail : PPK


2.1. Fail Perlu Ukur. PP
2.2. Tidak Perlu Ukur. PL.P III

3. Daftar Penerimaan Fail :


Catit Bil. Hakmilik Dalam Daftar. PP/PPL.P III
Pejabat Tanah jika ada.

4. Semak Fail :
4.1. Kelulusan MMK :
4.1.1. Kelulusan Pertama/Kedua
4.1.2. Bil. MMK.
4.1.3. Tarikh.

4.2. Catit Butiran Bayaran Ukur daripada borang 5A.

4.3. Sijil Bayaran Ukur oleh P.T.G :


4.3.1. Tanah Rizab.
4.3.2. Baki Tanah selepas PBT.
4.3.3. Lain-lain sebab tertentu.

4.4. Kegunaan Tanah :


4.4.1. Penjenisan :
(i) Pertanian.
(ii) Bangunan.
(iii) Perusahaan.
(iv) Lain-lain Penjenisan
4.4.2. Tujuan P.U :
(i) Hakmilik
(ii) Rizab.

4.5. Jenis Hakmilik :


(i) Hakmilik Pejabat Tanah
(ii) Hakmilik Pejabat Pendaftar

4.6. Bil. Warta dan Tarikh bagi Tanah PBT.

254
JADUAL 3

Bil. URUSAN KERJA DAN TUGAS DILAKUKAN Pegawai


Bertanggungjawab

5. Pelan : PP
5.1. Semakan :
5.1.1. Penunjuk Utara
5.1.2. Ikatan kepada tanda sempadan yang sah
5.1.3. Bering dan Jarak
5.1.4. Skala
5.1.5. Lebar Simpanan Jalan dan Taliair

5.2. Pelan Pnaduan (Guide Plan)

6. Pengukuran :
6.1. Penentuan Ukur - Notis 29A
6.2. Buku Kerja Luar
6.3. Catitan Harian
6.4. Bantuan Tenaga Kerja daripada tuan tanah
6.5. Kenyataan tanah :
6.5.1. Offset ke Jalan dan ke Sungai
6.5.2. Bangunan/Pagar
6.5.3. Pengesahan Tanda Sempadan
6.5.4. Keluasan Tanah
6.5.5. Sempadan Usaha
6.5.6. Sempadan yang diluluskan.

7. Penyediaan Pelan :
7.1 Pelan Asas :
7.1.1. Penunjuk Utara
7.1.2. Plotting (bering & jarak)
7.1.3. Pengiraan
7.1.4. Keluasan
7.1.5. Bil. Fahrasat Pejabat Tanah (PTB/PTD) PL.P III

7.2. Penyediaan Surehan :


7.2.1. Surehan dari Pelan Asas
7.2.2. Tanda-tanda semapdan
7.2.3. Maklumat Tanah Sekeliling :
(i) Bil. P.A
(ii) Bil. P.U
(iii) Bil. Hakmilik
(iv) Bil. Lot/PTD/PTB

255
JADUAL 3

Bil. URUSAN KERJA DAN TUGAS DILAKUKAN Pegawai


Bertanggungjawab

7.2.4. Pelan Lokasi


7.2.5. Petunjuk Pelan
7.2.6. Penyediaan Cetak Pelan untuk P.U.
7.2.7. Penyediaan Cetak Pelan untuk Hakmilik
Sementara.
7.2.8. Simpanan Surehan.

7.3. Pelan Cetak Surehan :


7.3.1. Pewarnaan :
(i) Tanah berkenaan
(ii) Petunjuk Pelan
7.3.2. Cop Maklumat :
(i) Bil. Fail
(ii) Bil. Buku Kerja Luar
(iii) Lokasi
(iv) Mukim
(v) Daerah
(vi) Skala
(vii) Bil. Syit Piawai
(viii) Bil. Leaut
(ix) Dalam/Luar Rizab
.............. Bil. Warta
.............. Tarikh.
..............................................
(x) Disediakan Oleh
(xi) Tarikh

7.4. Cop Pengesahan Ukuran


7.5. Cop kelulusan MMK(Tndatangan oleh
TD/PPTD/PPK)
7.6. Rekod dalam Bku Daftar P.U dimana perlu
7.7. Catit Syit Piawai
7.8. Catit dalam Fahrasat Pejabat Tanah/Rekod
Penyelesaian

256
Bil. URUSAN KERJA TUGAS DILAKUKAN Pegawai
Bertanggungjawab

8. Tindakan PPK : PPK


8.1. Buat Semakan terakhir
8.2. Masukkan dalam Buku Daftar Pergerakan fail PPK
8.3. Hantar kepada Kerani Kawalan PU/PA

9. Penyediaan PU : Kerani Kawalan


9.1. Sempurnakan Borang PU ―Land 126 Pin. 1/86‖ – PU/PA
2 salinan
9.2. Sempurnakan Borang Jabatan Ukur – 3 salinan
9.3. Tandatangan Pegawai (PTD, PPTD, PPK)
9.4. Catitkan dalam Buku Daftar Rekd PU
9.5. Hantar ke Jabatan Ukur
9.6. Fail SDP Ukur
9.7. Beritahu Kerani Kurniaan untuk catitkan dalam
Rekod Kurniaan.

257
CARTA 4

CARTA ARAH ALIRAN


PENYELESAIAN P.U.

Daftar Hakmilik
Sementara.
Terima Fail P(D)
P(K)
Kurniaan daripada
Pendaftaran

Kerani Daftar Pergerakan


Kawalan Fail P.U.

Terima fail :
PPK Daftar dalam
Rekod Pergerakan
Fail. Perlu
Ukur Semak :
PPK 1. Perlu Ukur
2. Tak perlu Ukur
Terima Fail :
1. Masuk dalam rekod PP
pergerakan fail. Tidak Perlu
2. Jalankan Ukuran Ukur

Sediakan Pelan Asas :


Plotting daripada PP PP
Maklumat BKL PL.P III
Pelan
PL.P III 1. Surehan
2. Masukkan
maklumat
tambahan.

Penyediaan Pelan P.U:


PL.P III 1. Citakan Pelan P.U
2. Citakan Pelan Q.T
3. Cop Pengesahan
Pelan.
4. Tandatangan
Pegawai
berkenaan.

258
A

PL.P III Catatan :


1. Carta dalam Syit Piawai
(Syit Litho)
2. Catit dalam Fahrasat
Pjabat Tanah.
3. Catit dalam Buku Daftar
P.U dimana perlu.

PEGAWAI PPK
BERKENAAN Semakan Akhir.
(PP/PL.P III)
Catatan :
PPK 1. Catit dalam Buku Daftar
P.U.
2. Catit dalam rekod
pergerakan fail

1. Menyediakan
Kerani 2. P.U dihantar ke Jabatan
Kawalan Ukur
3. Rujuk fail berkenaan
untuk SDP Ukur.

Kerani
Kurniaan

259
JADUAL 4
PROSES KERJA PENYELESAIAN
PELAN AKUI

Bil. URUSAN KERJA DAN TUGAS DILAKUKAN PEGAWAI


BERTANGGUNGJAWAB

1. Penerimaan P.A dan fail berkaitan : PPK


1.1. Masuk dalam Buku Daftar P.A/Penyelesaian
1.2. Rujuk kepada PP berkenaan.

2. Tindakan Penyelesaian : PP
Masuk dalam rekod pergerakan fail
Isi Borang Penyelesaian dimana perlu
Semak perbezaan keluasan
Jalankan Penyelesaian (jika boleh).
Pengesahan Batu Sempadan
Dapatkan persetujuan Tuan Tanah atau wakilnya
Lengkapkan borang penyelesaian dan
tandatangan.

Proses Pembebasan P.U :


3. 3.1. Catit maklumat dalam Fahrasat Lot/Rakod PP
Penyelesaian.
3.2. Carta Syit Piawai
3.3. Endorsement dalam fail
3.4. Isikan maklumat Jabatan Ukur dalam Butt P.U.
3.5. Tandatangan PP atas P.A.dan Cetak Alih.
3.6. Tandatangan Pegawai (PTD, PPTD, PPK) dalam Butt
P.U dan P.A
3.7. Simpan dan rekodkan P.A dalam Pelan Volume.
3.8. Catitkan tarikh dikembalikan kepada PPK dalam
Buku Penyerahan PP.
3.9. Kembalikan fail kepada PPK.

Tindakan PPK :
4. 4.1. Rekodkan dalam Buku Daftar P.A/Penyelesaian. PPK
4.2. Kembalikan kepada Kerani P.U/P.A

260
CARTA 5

CARTA ARAH ALIRAN


PENYELESAIAN P.A.
Terima P.A dan fail
Kerani berkenaan.
Kawalan Mengesahkan penerimaan
P.A
Daftar pergerakan fai P.A.

PPK Terima P.A dan fail


berkenaan.

Catatan :
PPK 1. Rekod dalam Daftar
P.A/Penyelesaian.
2. Pergerakan fail.

Fail Dapatkan fail :


PPK
1. ada fail
Tiada 2. fail tidak jumpa

Buka sampul kecil Kerani Fail


Daftar Ada

Tindakan Penyelesaian :
Tidak boleh PP 1. Selesaiakan jika boleh
diselesaikan 2. Rujuk ke bahagian
berkenaan jika ada
masalah.

Selesaikan masalah
di Bahagian PP Boleh di-
berkenaan selesaikan
Pembebasan Permohonan
PP Ukur.

261
X

Tindakan PPK.
Catatan :
1. Rekod dalam Daftar
PPK P.A/Penyelesaian
2. Rekod dalam
pergerakan fail
3. Kembalikan kepada
Kerani Daftar.

Daftar rekod pergerakan fail


Kerani P.A. dan mengembalikan P.A,
Kawalan C.A dan P.U ke Jabatan Ukur.
Bebaskan P.A, SDP. Hakmilik
Kekal.

Terima Hakmilik Kekal.


Kerani Sediakan 5F. Serahkan 5F
Daftar kepada Pemilik melalui
Penghantar Notis. Serah
Hakmilik kepada Tuan
Tanah. Simpan Hakmilik
yang tidak dituntut.

PK
Simpan fail.

262
CARTA TINDAKAN PENYELESAIAN
BEBAN KERJA ATAS PENYELESAIAN P.A.

TUAN TANAH
Penyerehan
Hakmilik
Borang Hakmilik
Dirujukkan
BEBAN TUGAS
PENYELESAIAN PENDAFTARAN
JABATAN UKUR
P.A

Penyediaan RT/RE
Untuk P.A Lama

P.A
Dirujuk

KERANI
KAWALAN

P.A untuk P.A telah


diselesaikan diselesaikan

PETEMPATAN

263
CARTA 7
CARTA TINDAKAN PENYELESAIAN
BEBAN KERJA ATAS PENYEDIAAN P.U.

TUAN TANAH

Penyerahan
Hakmilik
Borang Hakmilik
Tetap Dirujukkan

BEBAN TUGAS
PENYELESAIAN PENDAFTARAN JABATAN UKUR
P.A.

KERANI KAWALAN

P.U. Telah
P.A. Dirujukkan
Disediakan
Untuk P.A telah diselesaikan
Penyediaan P.U Dirujuk

P.A Telah P.A Untuk Diselesaikan


Diselesaikan

PETEMPATAN

264
CARTA 8

CARTA TINDAKAN PENYELESAIAN BEBAN TUGAS


ATAS PENYELESAIAN RT/RE BAGI TANAH YANG
DIUKUR OLEH JURUKUR BERLESEN

JUKUR BERLESEN TUAN TANAH

P.A. telah
diselesaikan Penyerahan Hakmilik

Borang
Hakmilik Tetap

PENDAFTARAN JABATAN UKUR

RT/RE Dirujukkan

265
CARTA 9

CARTAN TINDAKAN PENYELESAIAN BEBAN TUGAS


ATAS HALMILIK PRA-KTN YANG BERMASALAH

P.T.G

Perakuan
ke P.T.G

TUAN TANAH
P.T.D.
Lulus
Untuk Penyediaan
Perakuan Hakmilik dan P.U Borang Hakmilik Tetap
Disediakan

KURNIAAN PENDAFTARAN JABATAN UKUR

Hakmilik Pra-KTN Untuk


Bermasalah Penyediaan P.U
P.A Telah
Diselesaikan

KERANI KAWALAN

Untuk Siasatan
P.A Untuk
P.A Untuk Diselesaikan
Diselesaikan P.U Dirujuk
Penyediaan P.U.
P.A Telah
P.U Telah Diselesaikan
Disediakan

Tanah Telah PETEMPATAN


Dikenalpasti

266
18. JANGKAMASA (TIME-FRAME)

Penentuan jangkamasa (time-frame) tugas-tugas di Bahagian Petempatan :

18.1. Tiap-tiap Pegawai Petemaptan hendaklah menyiapkan kes-kes P.U yang


memerlukan pengukuran di atas tanah sekurang-kurangnya 10 plot sebulan.
18.2. Tiap-tiap Pegawai Petempatan hwndaklah menyelesaikan P.A sekurang-
kurangnya 10 plot sebulan.
18.3. ‗Query‘ Jabatan Ukur hendaklah dijawab dalam masa 14 hari.

19. LAPORAN

Laporan Kemajuan mengenai penukaran Hakmilik Sementara dan penukaran Hakmilik


Lama Pra-Kanun Tanah Negara kepada Hakmilik Tetap hendaklah disediakan dalam
Format 16 dan 17 oleh Pentadbir Tanah Daerah dan dihantar kepada P.T.G dalam
MINGGU PERTAMA TIAP-TIAP BULAN.

[FORMAT 16 DAN 17 LIHAT LAMPIRAN 14 DAN 15]

267
FORMAT 1 LAMPIRAN 1

SENARAI HAKMILIK PRA KANUN TANAH NEGARA


YANG BELUM DIGANTI DENGAN HAKMILIK TETAP

DAERAH :
MUKIM : SENARAI BIL :
JUMLAH HAKMILIK :

TARIKH TINDAKAN
BIL.H/MILIK BIL.TANAH LUAS KEGUNAAN BIL. FAIL PENYEDIAAN RUJUK PNYEDIAAN PENDAFTARAN PENYE- LAIN-LAIN
BIL (AO, AL,AAG LO/MLO/TLO TANAH (JIKA P.U. KE JAB. UKUR P.A. H/MILIK RAHAN KENYATAAN
DLL) PTD/PTB/LOT ADA) TETAP H/MILIK

268
FORMAT 2 LAMPIRAN 2

SENARAI HAKMILIK SEBELUM KANUN TANAH NEGARA


YANG BERMASALAH BELUM DIGANTI DENGAN HAKMILIK TETAP

DAERAH :________ SENARAI BIL :__________


MUKIM :_________ JUM. H/MILIK :_________

TARIKH TINDAKAN
BIL BIL. BIL. TNH LUAS KEGUNA- BIL. FAIL
H/MLK LO/LOT/ AN (JIKA RUJUK KE SIASA-TAN PERA- PENYE RUJU PENYE- PENDAF- PENYE- LAIN-
(AO,AA PLOT TANAH ADA) BHGN. DAN KUAN -DIAAN K KE LESAI- TARAN RAHAN LAIN
L,AAG, PETEM- PENGU- P.U. JABA- AN P.A H/MLK H/MLK KENYA
DLL) PATAN KURAN TAN -TAAN
UKUR

269
FORMAT 3 LAMPIRAN 3

SENARAI HAKMILIK DI BAWAH KANUN TANAH NEGARA


YANG BELUM DIGANTI DENGAN HAKMILIK TETAP

DAERAH :________ SENARAI BIL :__________


MUKIM :_________ JUM. H/MILIK :_________

BIL BIL. BIL. LUAS KEGUNAAN BIL.FAIL LAIN-LAIN


H/MLK TANAH TANAH (JIKA ADA) KENYATAAN
AO, AAL, LO/MLO/ PENGU- PENYEDIA- RUJUK KE PENYE- PENDAF- PENYERA-
AAG DLL) TLO KURAN AN P.U. JABATAN LESAIAN TARAN HAN
PTD/PTB/ UKUR P.A. H/MILIK H/MILIK
LOT

270
FORMAT 4 LAMPIRAN 4

SENARAI PEGANGAN TANAH


G.S.A

DAERAH :________ SENARAI BIL :__________


MUKIM :_________ JUM. H/MILIK :_________

TARIKH TINDAKAN
BIL NO.RH NO.LOT LUAS KEGUNAAN BIL. LAIN-LAIN
TANAH FAIL KENYATAAN
(JIKA PENYEDIAAN RUJUK KE PENYELE- PENDAF- PENYERA-
ADA) P.U. JABATAN SAIAN P.A. TARAN HAN
UKUR H/MILIK H/MILIK

271
FORMAT 5 LAMPIRAN 5

SENARAI PEGANGAN TANAH


FELDA

DAERAH :________ SENARAI BIL :__________


MUKIM :_________ JUM. H/MILIK :_________

TARIKH TINDAKAN
BIL NO.RH NO.LOT LUAS KEGUNAAN BIL. LAIN-LAIN
TANAH FAIL KENYATAAN
(JIKA PENYELESAIAN PERAKUAN PENYEDIAAN PENDAF- PENYERA-
ADA) P.A. RT/RE TARAN HAN
H/MILIK H/MILIK

272
FORMAT 6 LAMPIRAN 6

SENARAI PECAHAN TANAH SBKS, PECAH SEMPADAN


PECAH BAHAGIAN, CANTUMAN YANG BELUM
DISEDIAKAN RT.

DAERAH :________ SENARAI BIL :__________


MUKIM :_________ JUM. H/MILIK :_________

TARIKH TINDAKAN
BI BIL. NO LUAS KEGUNAAN BIL.FAIL
L H/MILIK LOT TANAH TANAH LAIN-LAIN
PENYEDIAAN PENDAFTARAN PENYERAHAN KENYATAAN
R.T H/MILIK H/MILIK

273
FORMAT 7 LAMPIRAN 7

SENARAI TANAH PBT YANG BELUM DISEDIAKAN P.U


DAN DITUKARKAN KEPADA HAKMILIK TETAP

DAERAH :________ SENARAI BIL :__________


MUKIM :_________ JUM. H/MILIK :_________

TARIKH TINDAKAN
BIL BIL. BIL. LUAS KEGUNAAN BIL.FAIL
PTD/PTB H/MILIK TANAH TANAH (JIKA ADA) LAIN-LAIN
/MLO/ PENYE- RUJUK KE PENYE- PENDAF- PENYERA- KENYATAAN
TLO LESAIAN JABATAN LESAIAN TARAN HAN
P.U. UKUR P.A. H/MILIK H/MILIK

274
FORMAT 8 LAMPIRAN 8

SENARAI SIJIL YANG BELUM D


ITUKAR KEPADA PAJAKAN LOMBONG

DAERAH :________ SENARAI BIL :__________


MUKIM :_________ JUM. H/MILIK :_________

TARIKH TINDAKAN
BIL BIL. SIJIL NO. LOT LUAS BIL.FAIL
LOMBONG TANAH (JIKA ADA) LAIN-LAIN
PENYE- RUJUK KE PENYE- PENDAF- PENYERA- KENYATAAN
LESAIAN JABATAN LESAIAN TARAN HAN
P.U. UKUR P.A. H/MILIK H/MILIK

275
FORMAT 9 LAMPIRAN 9

SENARAI P.A YANG BELUM SELESAI

DAERAH :________ SENARAI BIL :__________


MUKIM :_________ JUMLAH P.A : _________
JUMLAH LOT :__________

BIL BIL. SIJIL NO LUAS BIL.FAIL TARIKH TINDAKAN


LOMBONG LOT TANAH LAIN-LAIN
KENYATAAN
PENYELE- PENYEDIAAN PENDAFTARAN PENYERAHAN
SAIAN P.A. R.T H/MILIK H/MILIK

276
LAMPIRAN 10

FORMAT 10

PPK, PPK,

Sila buat catitan dalam rekod Sila buat catitan dalam rekod
berkenaan. berkenaan.

Bil.Fail ............................... Bil.Fail ...............................

No. H/milik ......................... No. H/milik .........................

Bil.Lot ............................... Bil.Lot ...............................

Luas ................................... Luas ...................................

....................... .......................
Tandatangan Tandatangan
Tarikh : .......... Tarikh : ..........

277
FORMAT 11 LAMPIRAN 11

REQUISITION FOR TITLE LAND 19


(SEPARATE FROM TO BE EACH TITLE)

DISTRICT JOHORE BAHRU CORRES NO. (CLR...............

MUKIM : .......................... (CL&M............

NO. RT. : ......................... ( S.O. ............

Full date of Area Survey Fee Paid Receipt Date and Remarks
Approved applicant by Survey Lot No. No. and amount of
date Enchanceme
nt of Rent

Premium Rent :
Current Rent :
Arrears :
Survey Fees :
Boundry Marks :
Registration Fees :
Bayaran Ukur :

Uru Odit Kanan, Johor Bahru.


No. P.A

Grant No : .................. registered on .....................

Catitan Pengarah Tanah dan Pentadbir Tanah Daerah,


Adalah disahkan bahawa segala bayaran ukur Galian, Johor. Johor Bahru.
telah dijelaskan semasa pengurniaan tanah.

Tarikh : ................. Tarikh : ................

278
FORMAT 12 LAMPIRAN 12

S.O. 234/94 Tanah 20

NEGERI JOHOR DARUL TA‘ZIM

INSTRUCTIONS TO LAND OFFICERS, 1908

PTD (PEL) _____________________________ Tarikh :

Permintaan untuk Cabutan Bil :

PengarahUkur,
Negeri Johor Darul Ta‘zim.

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada ..................................................................... dan


Pelan Akui Bil. .................................. dengan ini diminta supaya tuan menyediakan borang
Pajakan Mukim/ Geran Mukim yang telah di Endorse dengan Lakaran Pelan Ukur berkaitan
dengan EMR .................................. (Lot ................... ) Mukim ............................., Luas
....................... yang mana telah musnah/ yang telah penuh catitan / telah diisytiharkan hilang
bagaimana Warta Kerajaan

Bil. ........................... Bertarikh : ..................................

PEJABAT TANAH DAERAH


JOHOR BAHRU

279
FORMAT 13 LAMPIRAN 13
BUKU DAFTAR PERMOHONAN UKUR

BIL BILANGAN BIL. JUMLAH JUMLAH TARIKH MUKIM DISEDIA- TARIKH BIL BIL LAIN-LAIN
P.U. FAIL LOT LUAS DISEDIA- KAN TERIMA P.A. FAIL KENYATAAN
PTD. KAN OLEH P.A. PUJ

(1) (2) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12)
(3)

FORMAT 14
BUKU DAFTAR PERMOHONAN UKUR

BIL TARIKH BIL. BIL BIL. FAIL BIL. P.U MUKIM JUMLAH BIL. JUMLAH TARIKH NAMA PP TARIKH LAIN-
TERIMA P.A. FAIL PTD LOT LOT LUAS RUJUK SELESAI LAIN
PUJ KENYA-
TAAN
(1 (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13)
(14)

FORMAT 15 BUKU DAFTAR PERMOHONAN UKUR

BIL BIL. FAIL NAMA ALAMAT BAYARAN JUMLAH BIL. TARIKH LAIN-LAIN
PTD. BAYARAN RESIT KENYATAAN

UKUR BATU PELAN

(5) (6) (7)


(1) (2) (3) (4) (8) (9) (10) (11)

280
FORMAT 16 LAMPIRAN 14

LAPORAN PENUKARAN HAKMILIK SEMENTARA KEPADA HAKMILIK TETAP


DI BAWAH KANUN TANAH NEGARA

NOTA : Penyata ini adalah mengenai kemajuan urusan penukaran Hakmilik


Sementara yang telah dikeluarkan di bawah Peruntukan Kanun Tanah
Negara 1965 – seperti HS(D), HS(D)1, HS(M)L, HS(M) dan lain-lain kepada
Hakmilik Tetap.

NEGERI : ..............…............ TARIKH LAPORAN YANG LEPAS : ....................…..

DAERAH : ................................... TARIKH LAPORAN INI :


……………………………...

Bilangan yang ada Bilangan Hakmilik Bilangan HakmilikBil. Hakmilik Bil. H/milik Bil. H/milik Yang
pada ........................... Sementara Yang Telah Sementara Yang TelahSementara Yang Telah Sementara Yang Belum Diserahkan
(Tarikh Laporan yang Dibuat Permintaan diselesaikan ditukarkan kpd. Masih Ada Pada kepada Tuan Tanah.
lepas) Untuk Diukur ‗Settlement‘ Keluaran H/milik. ...................... (Tarikh
Laporan Ini)
(1) (2) (5) (6)
(3) (4)

281
FORMAT 17 LAMPIRAN 15

LAPORAN PENUKARAN HAKMILIK LAMA PRA –KTN KEPADA HAKMILIK TETAP


NOTA : Penyata ini adalah mengenai kemajuan urusan penukaran Hakmilik Tanah yang
telah dikeluarkan sebelum wujudnya Kanun Tanah Negara 1965 – seperti
A..O. (Approved Occupation)

NEGERI : ................................. TARIKH LAPORAN YANG LEPAS : …………………………


DAERAH : ....................................TARIKH LAPORAN INI : ………………………………….…

Jenis Kelulusan Bil. Yang Ada Pada Bilangan Yang Telah Bilangan Yang Bil.Yang Telah Baki A.O. Yang Catatan
Umpamanya (Tarikh Laporan Dibuat Permintaan Telah diselesaikan Dikeluarkan Masih Ada Pada
A,O dan lain- Yang Lepas) Untuk Ukur. ‗Settlement‘ H/milik Tetap. ...............................
lain. (Tarikh Laporan
ini) (2-6-7)

(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7)

282
Bil. ( 13 ) dlm. P.T.G. ( P ) 17 / 90

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 11 / 90 ( * * )

1. TUJUAN :

Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat


Kerajaan kadar-kadar baru Lesen Pendudukan Sementara bagi tanah Kerajaan :

2. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 4hb April, 1990


( R / M. Bil. 271 / 90 ) telah membuat keputusan bersetuju meminda Jadual ( IV
) Peraturan ( 19 ) perenggan ( a ) Kaedah-Kaedah Tanah Johor 1966 seperti
berikut :

JADUAL IV – KADAR-KADAR LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA

(a) LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA BAGI TANAH DIBAWAH

BANDAR PEKAN DESA


(i) Rumah $40/=setahun $30/= setahun $20/= setahun
Kediaman bagi setiap bagi setiap bagi setiap
1,000 k.p. atau 1,000 k.p. atau 1,000 k.p. atau
sebahagian sebahagian sebahagian
daripadanya. daripadanya daripadanya.
Bagi tambahan Bagi tambahan Bagi tambahan
setiap 1,000 k.p. setiap 1,000 k.p. setiap 1,000 k.p.
dikenakan dikenakan dikenakan
bayaran bayaran bayaran
tambahan $10/= tambahan 8/= tambahan
$7/=

BANDAR PEKAN DESA


(i) Rumah $80/=setahun $50/= setahun $40/= setahun
Kedai bagi setiap bagi setiap bagi setiap
1,000 k.p. atau 1,000 k.p. atau 1,000 k.p. atau
sebahagian sebahagian sebahagian
daripadanya. daripadanya daripadanya.
Bagi tambahan Bagi tambahan Bagi tambahan
setiap 1,000 k.p. setiap 1,000 k.p. setiap 1,000 k.p.
dikenakan dikenakan dikenakan
bayaran bayaran bayaran
tambahan $20/= tambahan 16/= tambahan $10/=

( iii ) Gerai $40/= setahun $20/= setahun $10/= setahun


bagi setiap bagi setiap bagi setiap
buah gerai buah gerai buah gerai

( iv ) Bengkel $100/= setahun $50/= setahun $25/= setahun


bagi setiap bagi setiap bagi setiap
283
buah bengkel buah bengkel buah bengkel

( iv ) Bangsal $50/= setahun $25/= setahun $15/= setahun


bagi setiap bagi setiap bagi setiap
buah bangsal buah bangsal buah bangsal

(v) Nursery $100/= seekar setahun atau sebahagian daripadanya.

( vi ) Papan $40/=setahun $30/= setahun $20/= setahun


Iklan bagi setiap bagi setiap bagi setiap
1,000 k.p. atau 1,000 k.p. atau 1,000 k.p. atau
sebahagian sebahagian sebahagian
daripadanya. daripadanya daripadanya.
Bagi tambahan Bagi tambahan Bagi tambahan
setiap 1,000 k.p. setiap 1,000 k.p. setiap 1,000 k.p.
dikenakan dikenakan dikenakan
bayaran bayaran bayaran
tambahan $10/= tambahan 8/= tambahan$7/=

( vii ) Setor Sekurang-kurangnya $50.00 setahun bagi setiap 1,000 kaki


persegi. Tambahan setiap 1,000 kaki persegi atau sebahagian
daripadanyadikenakan bayaran tambahan $10.00

( ix ) Tempat $100 setahun bagi setiap 1,000 k.p. atau sebahagian daripadanya
Letak .
Kereta

(x) Pertunjukkan $50.00 sehari


Awam.

( xi ) Pertunjukkan $10.00 sehari


Awam untuk
Tujuan Keagamaan

( xii ) Jeti $40.00 setahun bagi setiap 1,000 kaki persegi

( xiii ) Portable $800.00 seekar setahun atau sebahagian daripadanya


Sawmill

( xiv ) Stok pile $100.00 seekar setahun atau sebahagian daripadanya

( xv ) Jalan $100.00 seekar setahun atau sebahagian daripadanya

284
3. TARIKH BERKUATKUASA :

3.1 Tarikh kuatkuasanya Pekeliling ini adalah bermula pada 1hb Mei 1990.

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t.t.
( DATO‘ RAHMAT BIN ABDUL RAHMAN )
Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian,
Johor

Untuk Edaran : Semua Pegawai Pejabat Tanah Dan Galian, Johor


Semua Pentadbir Tanah Daerah, dan
Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian


Johor
25hb September 1990

285
Bil. P.T.G ( P ) 22/90

PEKELILING P.T.G JOHOR BIL. 12 / 90 ( <> )

PENENTUAN KRITERIA PENGURNIAAN TANAH


KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

1. TUJUAN :

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan mengenai penentuan kriteria-kriteria pengurniaan tanah kepada
kakitangan Kerajaan.

2. KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

2.1 Majlis Mesyuarat Kerajaan dimesyuaratnya pada 23hb. mei, 1990 ( R/M. Bil.
454 / 90 ) telah bersetuju menetapkan kriteria-kriteria untuk menentukan
peringkat-peringkat kesesuaian pemohon-pemohon daripada kakitangan
Kerajaan untuk mendapatkan tanah Kerajaan.

2.2 Syarat-syarat Kelayakan

2.2.1 Hanya kakitangan Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan


seperti dibawah yang akan dipertimbangkan untuk memohon tanah-
tanah tapak rumah kediaman di kawasan bandar.

2.2.1.1 Warganegara Malaysia.

2.2.1.2 Rakyat Negeri Johor.

2.2.1.3 Telah berkhidmat dengan Kerajaan selama 15 tahun.

2.3 Kriteria-kriteria Yang Telah Ditetapkan

2.3.1 Taraf Perkhidmatan

2.3.1.1 Dari segi perkhidmatan, pertimbangan akan hanya


diberikan bagi pemohon-pemohon seperti berikut:-

(i) Rakyat Negeri Johor dan berkhidmat di Negeri


Johor.

( ii ) Rakyat Negeri Johor tetapi berkhidmat di luar


Negeri Johor.

( iii ) Rakyat bukan Negeri Johor tetapi berkhidmat


dalam Negeri Johor selama 15 tahun terus
menerus.

2.3.1.2 Bagi syarat yang kedua di atas, permohonan akan hanya


dipertimbangkan jika permohonan tanah itu letaknya di
tempat lahirnya. Jika permohonan tersebut di tempat lain
maka hendaklah ditolak terus.
286
2.3.2 Pemilikan Harta

2.3.2.1 Di bawah kriteria ini perkara yang dititikberatkan ialah


pertimbangan patut diberikan kepada pemohon-pemohon
yang tidak mampu untuk memiliki harta.

2.3.2.2 Pemilikan harta untuk tujuan ini adalah meliputi harta-


harta tanah pertanian atau tapak rumah kediaman yang
dimiliki oleh suami atau isteri pemohon dan juga atas
nama Syarikat yang ianya mempunyai kepentingan.

2.3.2.3 Atas persetujuan di atas maka hanya pemohon-pemohon


yang tiada langsung mempunyai tanah akan diberikan
pertimbangan. Ini bermakna bagi pemohon-pemohon
yang sediada ada memiliki tanah samada secara warisan,
beli atau kurniaan Kerajaan hendaklah ditolak terus oleh
Pejabat Tanah akan permohonannya.

2.3.2.4 Ini juga bermakna bagi pemohon-pemohon yang telah


mendapat pinjaman Kerajaan atau pinjaman daripada
bank atau lain-lain Institusi Kewangan untuk memajukan
tanah pertanian atau tapak rumah kediaman/kedai
hendaklah ditolak terus permohonan yang diterima oleh
Pejabat Tanah.

2.3.3 Umur

2.3.3.1 Permohonan-permohonan daripada kakitangan Kerajaan


hendaklah berumur 30 tahun ke atas barulah boleh
dipertimbangkan permohonan tanah Kerajaan.

2.3.4 Lain-lain Kriteria

2.3.4.1 Setiap permohonan daripada kakitangan Kerajaan


hendaklah disertai dengan Laporan Sulit daripada Ketua
Jabatan. Maklumat-maklumatini boleh dijadikan sebagai
asas pertimbangan.

2.3.4.2 Bagi permohonan-permohonan yang diterima daripada


Pegawai Tadbir Negeri Johor, syarat-syarat tempoh
perkhidmatan 15 tahun dan umur 30 tahun ke atas
adalah dikecualikan. Walaubagaimanapun Pegawai-
pegawai Tadbir Negeri adalah disyaratkan telah disahkan
dalam jawatan baru boleh dipertimbangkan untuk
memohon tanah Kerajaan.

2.3.4.3 Kriteria-kriteria sebagaimana yang telah dikurniakan di


atas adalah juga tertakluk kepada bekas-bekas kakitangan
Kerajaan yang telah bersara. Walaubagaimanapun
pertimbangan ini hanya diberi dalam tempoh 5 tahun
287
kakitangan tersebut bersara. Selepas tempoh tersebut
permohonannya hendaklah berdasarkan kepada kriteria-
kriteria sebagaimana yang ditetapkan kepada orang-orang
awam.

3. Majlis Mesyuarat Kerajaan juga telah bersetuju supaya meminda keputusan Majlis
Jawatankuasa Hasil Bumi dimesyuaratnya pada 15hb. Mei, 1973 kepada seperti
berikut:-

―Pegawai-pegawai Kerajaan boleh dikurniakan tanah Kerajaan untuk pertanian luas


maksima tidak melebihi daripada 10 ekar melainkan Pegawai Tadbir Negeri tidak
melebihi 20 ekar serta tanah tapak rumah tidak lebih daripada 1 unit sahaja.‖

4. TARIKH KUATKUASA

4.1 Tarikh kuatkuasa Pekeliling ini adalah bermula pada 23hb. Mei, 1990.

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t.t
( DATO‘ HJ.RAHMAT BIN A.RAHMAN )
Timb. Pengarah Tanah dan Galian, Johor.

Untuk Edaran :- 1) Semua Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Johor.


2) Semua Pentadbir Tanah Daerah dan
3) Semua Pen. Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

Pejabat PengarahTanah dan Galian,Johor.


15hb. November,1990

288
P.T.G. ( P ) 21 / 90
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL. 13/90 ( <> )

PINDAAN KEPADA PEKELILING P.T.G. JOHOR


BIL. 7 / 1988

1. TUJUAN :

Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat


Kerajaan mengenai pindaan kadar bayaran premium sebagaimana ditetapkan di para (
2.1.3 ) Pekeliling P.T.G. Johor Bil. 7/1988.

2 KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :

Majlis Mesyuarat Kerajaan dimesyuaratnya pada 4hb. April, 1990 (R/M: Bil. 275/90)
telah membuat keputusan bersetuju supaya kadar bayaran premium bagi tanah-tanah
untuk bangunan sebagaimana ditetapkan di para ( 2.1.3 ) Pekeliling P.T.G. Johor bil.
7/1988 bertarikh 6 hb. April, 1988 dipinda dengan ayat seperti berikut :-

―Kadar bayaran premium tanah bagi sambungan pajakan di Kampung-kampung Baru


yang bertaraf bandar adalah 30% daripada harga pasaran dan 20% bagi taraf pekan
dan desa. Manakala bayaran premium bagi kawasan-kawasan selain daripada
Kampung-kampung Baru adalah dikekalkan seperti berikut :-

Taraf Tanah Tempoh Bayaran

Bandar : 99 tahun 50% daripada harga pasaran


60 tahun 30% daripada harga pasaran
21 tahun 20% dariapda harga pasaran

Pekan/Desa : 99 tahun 40% daripada harga pasaran


60 tahun 20% daripada harga pasaran
21 tahun 15% daripada harga pasaran

Majlis juga bersetuju asas penentuan harga pasaran ialah pada tarikh luput satu-satu
pajakan itu.

3. TARIKH KUATKUASA :

Tarikh kuatkuasa Pekeliling ini adalah bermula pada 4hb. April, 1990.

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t.t
( DATO‘ HJ.RAHMAT BIN A.RAHMAN )
Timb. Pengarah Tanah dan Galian, Johor
289
Untuk Edaran : Semua Pegawai Pejabat Tanah Dan Galian
Semua Pentadbir Tanah Daerah, dan
Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil.

PEJABAT PENGARAHTANAH DAN GALIAN


JOHOR

21HB. NOVEMBER 1990

290
Bil ( 99 ) Dlm. P.T.G. 48 / 73 Pt. IV

PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL 1 / 1991 ( <> )

SEKATAN HAKMILIK BAGI


BANGUNAN-BANGUNAN BERTINGKAT

Adalah dimaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 6.2.1991 setelah
menimbangkan Ringkasan Mesyuarat Bil. 52 / 91 telah bersetuju supaya Sekatan hakmilik
untuk bangunan-bangunan bertingkat dipinda dari :

―Tuanpunya tanah tidak dibenarkan MENAWAR atau MENJUALKAN unit-unit


( parcel ) bangunan yang akan dibina diatas tanah ini selagi hakmilik tetap
belum dibina dan dikeluarkan sijil Kelayakan Menduduki ( C.F.O.) oleh
Penguasa Tempatan dan hakmilik strata belum dikeluarkan lagi‖

KEPADA :

―Tuanpunya tanah tidak dibenarkan menjualkan unit-unit ( parcel ) bangunan


yang akan dibina di atas tanah ini melainkan bangunan telah mula dibina
mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang
berkenaan‖

2. Tarikh kuatkuasa pindaan di atas ialah 6.2.1991

t.t.
( DATO‘ HJ. RAHMAT BIN A. RAHMAN )
Pemangku Pengarah Tanah Dan Galian
Johor

Pejabat P.T.G. Johor


Johor Bahru
11hb Mac 1991

291
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL 2 / 1991

292
PEKELILING P.T.G. JOHOR BIL 3 / 1991

PEMBEKUAN PENGELUARAN LESEN


PENDUDUKAN SEMENTARA

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : ( 4 ) dlm PTG ( AM )
1/1/1991
Tarikh : 5hb Jan 1991

Pentadbir Tanah Daerah. Johor Bahru


Muar
Batu Pahat
Segamat
Kluang
Pontian
Kota Tinggi
Mersing

Penolong Pentadbir Tanah Daerah , Kulai


Labis
Tangkak
Penggerang

Per : ARAHAN P.T.G. JOHOR BIL. 3/1991

TUJUAN :

1. Arahan ini adalah dikeluarkan untuk mengarahkan semua Pentadbir- Pentadbir Tanah
Daerah supaya membekukan sementara pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara
sehingga diberitahu kelak.

2. TINDAKAN PENTADBIR-PENTADBIR TANAH DAERAH :

Pentadbir Tanah Daerah Kluang telah ditugaskan untuk menyemak dan membuat
kajian semula mengenai LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA di Negeri Johor dan
sehingga kajian dan penelitian selesai pengeluaran LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
yang baru sahaja hendaklah dibekukan.Walaubagaimanapun pengeluaran LESEN
PENDUDUKAN SEMENTARA untuk pembaharuan ( Renewal ) boleh diteruskan jika
tidak ada pelanggaran syarat.

3. TARIKH KUATKUASA :

Dari tarikh surat arahan ini.

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t. t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah Dan Galian,
Johor
293
Bil. ( 15 ) dlm. P.T.G ( D ) 15 / 87 – 2

PEKELILING P.T.G. BIL 1 / 1992

PENGGUNAAN BORANG J18A, J18B, J18C


( ARAHAN PERUBAHAN ) DI PEJABAT-PEJABAT
TANAH NEGERI JOHOR

1. Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memaklumkan Pentadbir-Pentadbiran Tanah Daerah


dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil mengenai perlaksanaan penggunaan
Borang ―Arahan Perubahan‖( J18A, J18B, J18C ) bagi menggantikan penggunaan
Borang J18( Change Slip ) yang digunakan sekarang.

2. OBJEKTIF

2.1 Untuk mempastikan semua maklumat-maklumat input di dalam komputer telah


disahkan oleh Pegawai yang bertanggungjawab sebelum kemaskini data
dilaksanakan.

2.2 Mengemaskini semua perubahan-perubahan yang berlaku kepada Dokumen


hakmilik Tanah ( Lot, Cukai, Keluasan Pemilik / Pihak Berkepentingan dan
syarat tanah ) dengan segera ke dalam sistem komputer.

2.3 Mengelakkan tugas-tugas yang berulang di Bahagian Hasil ( UBDT ) kerana


pengisian borang-borang J1, J2, J3 disamping meningkatkan produktiviti dan
kecekapan.

3. BORANG ARAHAN PERUBAHAN DAN PANDUAN MENGISI :

3.1 Bersama-sama ini dilampirkan contoh Borang Arahan Perubahan iaitu J18A,
J18B, J18C serta panduan mengisi borang-borang tersebut.

3.2 Arahan perubahan ini telahpun dibincang dan dipersetujukan di dalam


mesyuarat Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah pada 26.1.92 untuk
diterimapakai oleh Pejabat-Pejabat Tanah sebagaimana fail Bil. P.T.G 139 / 91.

3.3 Semua Pegawai-Pegawai Pejabat Tanah Daerah yang terlibat dengan tugas-tugas
untuk mengisi dan mengemaskini Borang Arahan Perubahan ini telahpun diberi
taklimat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Johor.

4. PERANAN PEGAWAI

4.1 Oleh kerana segala perubahan kepada maklumat mengenai Hakmilik bermula
dari Bahagian Pendaftaran, amatlah penting Penolong Pentadbir Tanah Daerah
( Pendaftaran ) menyemak dengan teliti semua maklumat yang diisi di dalam
Arahan Perubahan. Setelah mendapati maklumat-maklumat yang berkenaan
betul, barulah ditandatangan ruang di Permulaan Arahan Perubahan tersebut.

294
4.2 Sebagai semakan terakhir Penolong Pentadbir Tanah Daerah ( Hasil ) juga
dikehendaki menyemak bahawa segala maklumat yang dimasukkan di dalam
komputer adalah betul seperti catitan dalam Arahan perubahan. Untuk
memudahkan semakan , Operator komputer hendaklah mencetak senarai
hakmilik-Hakmilik yang telah dibuat perubahan. Penolong Pentadbir Tanah
Daerah ( Hasil ) menggunakan senarai tersebut untuk dibandingkan dengan
maklumat dalam Arahan Perubahan. Setelah pasti bahawa maklumat adalah
benar, barulah Penolong Pentadbir Tanah Daerah ( Hasil ) menandatangani
bahagian akhir Borang Arah Perubahan yang berkenaan. Semakan tersebut
hendaklah dilakukan setiap hari supaya tidak berlaku tunggakan kerja.

5. PENGGUNAAN BORANG

Penggunaan Arahan Perubahan adalah seperti yang dihuraikan dibawah ini :-

18A - Untuk Hakmilik Baru

18B - Untuk penukaran Hakmilik yang dikeluarkan sebelum Kanun Tanah


Negara dengan Hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara ( AO, AAL,
AAG dan lain-lain )

- Penukaran Hakmilik Sementara dengan Hakmilik Kekal

- Penukaran hakmilik kerana Pecah Sempadan, Pecah Bahagian,


Cantuman dan Serahbalik dan Kurniasemula

- Hakmilik Sambungan
- Ubahsyarat

- Pengambilan Balik Tanah

- Serahan Hakmilik ( Borang 12A, 12B Kanun Tanah Negara )

- Pembatalan Hakmilik kerana Langgar Syarat atau keran tidak membayar


cukai

- Kemasukan tanah kedalam Rezab Melayu

- Lain-lain perubahan yang mengakibatkan perubahan kepada cukai

18C - Untuk perubahan-perubahan akibat dari urusniaga seperti pindahmilik,


cagaran dan sebagainya

295
6. KOD URUSNIAGA

Dalam Borang 18C Kod Urusniaga hendaklah ditulis di bawah tajuk ―PERKARA‖.

7. HAKMILIK YANG RAMAI PEMILIK :

Sekiranya satu-satu Hakmilik dimilikki oleh lebih daripada seorang pemilik, Borang
18C hendaklah digunakan dan dikepilkan bersama dengan 18A dan 18B.

8. KAEDAH MENGISI ARAHAN PERUBAHAN

Kaedah mengisi Arahan Perubahan ini adalah sebagaimana di PERTAMBAHAN A, B, dan


C.

9. KAWALAN SIRI :

Ruang di sebelah kanan diatas sekali setiap Borang 18A, 18B atau 18C Arahan
Perubahan ini diletakkan ―Bil. Siri . . . . . . . . . . .‖. Ruang ini perlu dipenuhkan oleh
Bahagian Pendaftaran menurut susunan tarikh. Untuk tujuna ini, satu Buku Daftar
Kawalan ( berbeza-beza untuk Borang A, B dan C serta menurut mukim ) perlu
disediakan. Buku-buku ini hendaklah sentiasa kemaskini. Tujuan penyediaan buku ini
ialah supaya setiap Arahan Perubahan yang dikeluarkan dapat dikawal.

Contoh butir-butir yang perlu ada di dalam buku ini adalah sebagaimana Lampiran H.

10. TINDAKAN SEGERA :

Buat masa ini terdapat kelewatan dalam hal penyerahan Arahan Perubahan ini kepada
Bahagian Hasil. Kelewatan ini terkadang mengambil masa lebih daripada 1 tahun. Cara
ini sudah tentu menggangu kerja-kerja percetakan bil, perakaunan dan komputer.
Diantara sebab yang diberikan atas kelewatan ini ialah tiada Pegawai untuk
menandatangani atau tersisip. Seksyen 94 Kanun Tanah Negara menetapkan bahawa
pemilik yang didaftarkan pada 1hb. Oktober atau selepasnya hanya mula dibayar
cukainya pada tahun berikutnya. Oleh keran cukai tahun pertama dibayar bersaingan
dengan bayaran premium dan lain-lain, maka tanah-tanah kurniaan baru yang
didaftarkan selepas 1hb. Oktober tidaklah menjadi masalah pada percetakan bil. Tetapi
biasanya hakmilik yang didaftarkan sebelum 1hb Oktober begitu lambat disampaikan
ke Bahagian Hasil sehingga menjadi masalah kepada perakaunan dan percetakan bil
untuk tahun berikutnya. Perlu diambil kira bahawa Pejabat-Pejabat Tanah yang besar
seperti Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat terpaksa memulakan tindakan percetakan bil
dari 1hb November untuk bil bagi tahun berikut.

Oleh kerana ada tiga langkah yang perlu diambil untuk mengatasi perkara ini :

(a) Penyediaan Arahan-Arahan Perubahan ini hendaklah bersaingan dengan


penyediaan hakmilik. Ini membolehkan Pendaftar menandatangani hakmilik
dan Arahan Perubahan sekaligus. Cara ini juga Pendaftar boleh meneliti Arah
Perubahan dengan cermat sebelum menandatangani untuk mengelakkan
kesilapan.
296
(b) Penyerahan Arahan Perubahan ini hendaklah dibuat seminggu sekali pada tiap-
tiap Hari Sabtu. ( bagi urusan yang dibuat dari Hari sabtu hingga Hari Khamis
sebelumnya ). Penyerahan ini hendaklah dibuat di dalam borang yang khas
baginya sebagaimana di Lampiran I.

(c) Arahan Perubahan bagi semua hakmilik baru atau perubahan yang perlu dibuat
pada tahun berikutnya yang didaftarkan sebelum 1hb. Oktober hendaklah
sampai ke Bahagian Hasil sebelum 10hb. Oktober tahun yang sama.

11. TINDAKAN KAWALAN

Bagi Borang 18A istimewa bagi kurniaan baru terdapat dua faktor dimana satu catitan
harian atau ‗dairy‘ perlu disediakan oleh Kerani kawalan. Pertamanya ialah bagi
tanah-tanah pertanian dimana penurangan cukai tanah diberikan bagi 6 tahun
pertama ( bagi getah ) atau 4 tahun pertama ( bagi kelapa sawit ) dan sebagainya dari
tahun tanah itu dikurniakan. Untuk tujuan ini satu catitan atau ―dairy‖ perlu
disediakan agar pada tahun yang diperlukan itu, jumlah cukai yang betul dikenakan.
Bagi menyelaraskan tugas ini satu borang yang dirangka untuk tujuan ini disediakan . .
. . . . . . . . . . sebagaiman di Lampiran J.

12. TINDAKAN PENGKOMPUTERAN

Arahan Perubahan dalam borang 18A 18B dan 18C, hendaklah sampai kepada
Operator Komputer. Borang 18A dan 18B diterima di Bilik Komputer setelah diambil
tindakan oleh Kerani Kawalan, manakala Borang 18C diterima terus tanpa melalui
Kerani Kawalan.

Operator Komputer hendaklah mengambil tindakan kemaskini data komputer dan


mencitak bil baru ( sekiranya perlu atau berkenaan ) bagi terimaan borang-borang 18A
dan 18B. Tindakan atas borang-borang 18A dan 18B hendaklah didahulukan dari
borang 18C keran borang 18A dan 18B melibatkan tambahan atau perubahan bil atau
cukai. Tindakan atas borang 18C perlu dibuat setelah siap tindakan atas borang-borang
18A dan 18B.

Tindakan atas Arahan Perubahan ini adalah kunci pergerakan Bahagian Hasil dan
Komputer. Oleh itu ketelitian hendaklah sentiasa diikuti agar tiada borang atau fakta
yang tersisip dari diambil tindakan. Lebih penting lagi ialah setiap tindakan hendaklah
diambil dengan segera.

13. PERANAN KERANI KAWALAN

Satu tindakan yang tidak boleh diabaikan ialah mengemaskini Senarai Daftar Rekod
Cukai Tanah yang mesti dilakukan oleh Kerani Kawalan. Tugas Kerani Kawalan Kira-
Kiraialah :-

13.1 Semak senarai Daftar Rekod Cukai Tanah ( dengan perbandingan senarai tahun
sebelumnya yang mutakhir ).

297
13.2 Dapatkan jumlah bagi bilangan bil, cukai-cukai tunggakan, denda lewat,
kurang atau lebih bayar sebagai Angka Pembukaan dari Senarai Daftar Rekod
Cukai Tanah. Ini ialah kerana program pengkomputeran kita masih belum
lengkap.

13.3 Semak dan kemaskini Senarai Rekod Cukai Tanah dari masa ke masa
berpandukan kepada Arahan Perubahan Borang 18A dan 18B.

13.4 Semak dan kemaskini bil-bil bayaran berpandukan kepada Senarai Daftar Rekod
Cukai Tanah yang mutakhir ( yang telah dipinda menurut Arahan Perubahan
yang mutakhir )

13.5 Uruskan tindakan dengan berhubung terus dengan Operator Komputer guna
untuk menyelaraskan kerja-kerja harian mengenai makluamt dan daftar cukai.

13.6 Uruskan dan selesaikan masalah-masalah percukaian bagi pelanggan di


kaunter.

13.7 Dapatkan Senarai Hakmilik Bertunggakan yang berakhir pada 30hb. Jun dan
31hb. Disember setiap tahun, kirakan butir-butir bilangan bil dan jumlah harga
tunggakan guna untuk menyiapkan borang Am 317 bagi Juru Audit seperti
Arahan Perbendaharaan 89.

14. TARIKH KUATKUASA :

Arahan ini berkuatkuasa mulai 1hb. April, 1992. Penggunaan Borang J18 ( change Slip
) dan Borang UBDT ( J1, J2 J3 ) adalah dengan ini dimansuhkan.

t. t.
( DATIN PADUKA FATIMAH BTE ABDULLAH )
PengarahTanah Dan Galian,
Johor

Pejabat P.T.G. Johor,


Johor Bahru.

18hb. Mac 1992.


Edaran :
Semua Pentadbir Tanah Daerah, Johor
Semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil, Johor

298
[ CONTOH ] LAMPIRAN H

PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR

Daerah / Daerah Kecil : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

BUKU DAFTAR ARAHAN PERUBAHAN


BORANG 18A

Bukit Kepong
Mukim / Bandar / Pekan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ……………………….. . . . . . . . . . . . .

Bil.siri Tarikh BIL. DHM BIL LOT PERKARA

A 1 / 921.1.92 HS ( M ) 241 321 Kurniaan Baru

PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR

Daerah / Daerah Kecil : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

BUKU DAFTAR ARAHAN PERUBAHAN


BORANG 18B

Bukit Kepong
Mukim / Bandar / Pekan : . . . . . . . . . ……………………... . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Bil.siri Tarikh BIL. DHM BIL LOT PERKARA

A 1 / 921.1.92 EMR 391 211 Ubahsyarat Pertanian


( Getah> K/Sawit )

PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR

Daerah / Daerah Kecil : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

BUKU DAFTAR
PEKELILING P.T.G.ARAHAN
JOHORPERUBAHAN
BIL 3 / 1991
BORANG 18B
PEMBEKUAN PENGELUARAN LESEN
Bukit Kepong
PENDUDUKAN SEMENTARA
Mukim / Bandar / Pekan : . . . . …………………. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Bil.siri Tarikh BIL. DHM BIL LOT PERKARA


Ruj. Tuan :
A 1 / 92 1.1.92 MK. G 15 261 Ruj. Kami : ( 4 ) dlm
(Melepaskan PTG ( AM )
Gadaian)
1/1/1991
Tarikh : 5hb Jan 1991
299
Bil. ( 1 ) dlm. P.T.G(AM) 1/1/93
29 September 1993

PEKELILING P.T.G. BIL. 1 / 1993

PEMBEKUAN SEMENTARA
LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA

Pentadbir Tanah Daerah. Johor Bahru


Muar
Batu Pahat
Segamat
Kluang
Pontian
Kota Tinggi
Mersing

Penolong Pentadbir Tanah Daerah , Kulai


Labis
Tangkak
Penggerang

Per : ARAHAN P.T.G. JOHOR BIL. 1/1993

1. TUJUAN :

1.1 Arahan ini adalah dikeluarkan untuk memaklumkan semua Pentadbir Tanah
bahawa pembekuan sementara Lesen Pendudukan Sementara melalui Arahan
PTG. Bil 3/1991 bertarikh 5 Januari 1992 adalah ditarikbalik / dibatalkan.

1.2 Tujuan pembekuan ini adalah bagi membolehkan Pejabat ini menyemak dan
mengkaji keberkesanan bidang kuasa yang diperturunkan ini.

2. TINDAKAN PENTADBAI TANAH :

2.1 Pentadbir Tanah hendaklah memproses pemohonan Lesen Pendudukan


Sementara yang masih tertunggak di pejabat-Pejabat Tanah dengan segera,
mengikut tatacara dan kuasa-kuasa yang dibenarkan sebelum arahan
pembekuan dikeluarkan.

2.2 Bagi permohonan baru Lesen Pendudukan Sementara untuk tapak pertanian
diatas tanah Kerajaan adalah tidak boleh dipertimbangkan. Jika sesuai,
pemohon hendaklah diarahkan membuat permohonan mendapatkan terus
hakmilik.

2.3 Pemohonan Lesen Pendudukan Sementara untuk tapak pertanian diatas tanah
rizab boleh dipertimbangkan dengan syarat mendapat persetujuan daripada
pihak yang menjaga rizab dan Jabatan-Jabatan yang berkaitan dengannya.
300
2.4 Pentadbir-Pentadbir Tanah hendaklah diingatkan agar meluluskan atau
menolak pemohonan Lesen Pendudukan Sementara mengikut kuasa-kuasa
diperturunkan oleh Kerajaan kepadanya sahaja. Perkara-perkara yang diluar
bidang kuasa Pentadbir-Tanah hendaklah dimajukan bagi pertimbangan
Kerajaan.

3. TARIKH KUATKUASA :

Mulai dari tarikh surat arahan ini

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t.t.
( DATO‘ HASHIM BIN YAHYA )
Pengarah Tanah Dan Galian
Johor

Bil. ( 3 ) dlm. P.T.G(AM) 1/1/91


28 April 1994

301
PEKELILING P.T.G. BIL. 1 / 1994

PERWAKILAN KUASA YANG DIPERTURUNKAN


KEPADA PENTADBIR TANAH BAGI MENIMBANGKAN
PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA

Pentadbir Tanah Daerah. Johor Bahru


Muar
Batu Pahat
Segamat
Kluang
Pontian
Kota Tinggi
Mersing

Penolong Pentadbir Tanah Daerah , Kulai


Labis
Tangkak
Penggerang

Per : ARAHAN P.T.G. JOHOR BIL. 1/1994

1. TUJUAN :

1.1 Arahan ini adalah dikeluarkan untuk memaklumkan bahawa perwakilan kuasa
yang diperturunkan kepada Pentadbir Tanah bagi menimbangkan permohonan
Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan :-

1.1.1 Tanaman kontan / sementara / selingan

1.1.2 Mengambil / memproses / mengalih bahan batuan

Adalah DIBEKUKAN SEMENTARA sehingga diberitahu kelak.

1.2 Tujuan pembekuan ini adalah bagi membolehkan Pejabat ini menyemak dan
mengkaji keberkesanan bidang kuasa yang diperturunkan ini.

2. TINDAKAN PENTADBIR TANAH :

2.1 Pentadbir Tanah hendaklah MENOLAK semua permohonan Lesen Pendudukan


Sementara yang masih belum diputuskan olehnya mengikut perwakilan kuasa
yang diberikan oleh Kerajaan. Bagi pemohon baru dimana kuasa meluluskannya
adalah terletak dalam bidangkuasa Pengarah Tanah Dan Galian, Menteri Besar
atau Pihak Berkuasa Negeri, ianya boleh terus diproses dan dimajukan ke
Pejabat ini bagi pertimbangan.
2.2 Pentadbir Tanah hanya dibenarkan untuk menimbangkan pemohonan untuk
membaharui ( Renewal ) Lesen Pendudukan Sementara yang telah diluluskan,
jika tiada perlanggaran syarat dilakukan.
302
2.3 Pemohonan Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan mendirikan papan tanda
/ iklan, petunjukan awam / keagamaan / hiburan / circus / bangsal atau gerai
dikawasan luar Bandar boleh terus dipertimbangkan oleh Pentadbir Tanah
seperti biasa.

3. TARIKH KUATKUASA :

3.1 Pembekuan perwakilan kuasa kepada Pentadbir Tanah ini adalah berkuatkuasa
dari tarikh surat arahan ini.

3.2 Surat Arahan PTG Johor Bil. 1/93 bertarikh 29.9.93 dengan ini adalah ditarik
balik dan dibatalkan

―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖

t.t.
( DATO‘ HAJI MD. NOOR BIN ABD. RAHIM )
Pengarah Tanah Dan Galian
Johor

303

You might also like