You are on page 1of 4

LAPORAN PEMANTAPAN MODUL TMK SEKOLAH RENDAH 2023

1.0 PENGENALAN

Bengkel Pemantapan Modul TMK Sekolah Rendah Daerah Kuala


Selangor telah dilaksanakan pada 8.8.2023 di SMK Pengkalan Permatang Kepada
jurulatih utama Sekolah.Maka,Jurulatih Utama Sekolah SJKT LDG Kuala Selangor
memberikan latihan dalaman kepada semua guru tentang pelaksanaan modul-modul
berikut untuk semua mata pelajaran Tahap 1 dan sebahagian mata pelajaran Tahap
2.

2.0 MATLAMAT

Modul TMK peringkat sekolah rendah bermatlamat untuk memastikan


murid berupaya mengaplikasikan kemahiran, mengukuhkan pengetahuan dan
menghayati nilai serta etika dalam penggunaan TMK bagi melahirkan murid yang
boleh mencipta dan berinovasi. Penyediakan jadual pelaksanaan modul-modul oleh
guru kepada murid-murid.(Jadual penggunaan makmal Komputer)

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat:


1.Menghasilkan pelbagai produk digital melalui perisian secara kreatif dan
inovatif
2. Menyelesaikan masalah melalui pendekatan Algoritma (Algorithm), Logik
(Logical Reasoning), Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern
Recognition), Peniskalaan (Abstraction) dan Penilaian (Evaluation).
3. Menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik
dan sistematik melalui algoritma.
4. Menginterpretasi data melalui konsep visualisasi seperti model, simulasi dan
carta alir.
5. Mengenal pasti, menganalisis dan melaksanakan penyelesaian yang mungkin
bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan kombinasi langkah dan sumber
yang paling cekap dan berkesan dengan menggunakan teknologi komputer.
6. Mengamalkan nilai dan etika TMK serta mematuhi undang-undang siber

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Guru

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh Pelaksanaan : 6 / 11 / 2023 (ISNIN)

Masa : 1.45PM-3.00PM

Tempat : Bilik ICT,SJKT LDG KUALA SELANGOR

Kehadiran : Rujuk Lampiran

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA BENGKEL

Pengerusi : Pn.M.Kalaimany (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn.R.Letchumi (PK Pentadbir)
Guru : En.S.Vijayan (Guru ICT)

7.0 RUMUSAN
En.S.Vijayan selaku Jurulatih dalaman memberikan latihan dalaman
kepada semua guru tentang pelaksanaan modul-modul berikut untuk semua
mata pelajaran Tahap 1 dan sebahagian mata pelajaran Tahap 2. Guru perlu
merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Modul TMK yang memperincikan
kaedah pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku
tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang http://bpk.moe.gov.my/.
Buku Panduan Pelaksanaan Modul TMK secara QR Code akan ditampal di
bilik Makmal Komputer untuk rujukan guru-guru.
Seterusnya,En.S.Vijayan selaku Jurulatih dalaman juga memberikan
latihan dalaman tentang Kerja Pemugaran Modul TMK SR.Perisian model
3DSlash ini telah dicadangkan oleh KPM di dalam Modul Aplikasi TMK mata
pelajaran Sains Tahap 2.

Laporan disediakan oleh,

…………………………………
(EN.S.VIJAYAN)
Guru ICT
SJKT LDG KUALA SELANGOR

LAMPIRAN

You might also like