You are on page 1of 1

PENGENALAN

Malaysia mempunyai keunikan dari segi latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada

pelbagai kaum misalnya Melayu, Cina dan India yang mempunyai keistimewaan budaya masing-

masing. Hubungan antara masyarakat Melayu, Cina dan India ini telah lama terjalin erat dan

membentuk masyarakat yang bersatu padu. Di Malaysia, terdapat pelbagai makanan tradisional

mengikut kaum sendiri. Contohnya, makanan tradisoinal bagi kaum melayu adalah

lemang,ketupat,rendang,kuih bahulu,nasi lemak dan sebagainya. Contoh makanan kaum Cina

yang menjadi kegemaran masyarakat ialah dumpling, dimsum, yong tau foo dan kue tiau.

Manakala, contoh makanan tradisional bagi kaum India ialah roti canai, tosai, roti nan, roti bom,

nasi kandar dan banyak lagi.

Secara umumnya, latihan ilmiah ini adalah mengenai kajian tentang perkembangan makanan

tradisional 'murukku' dalam kalangan masyarakat India dari tahun 1950 hingga 2020. ‘Murukku’

merupakan salah satu makanan tradisional bagi kaum India di Malaysia. Pengkaji memilih tajuk

ini kerana ‘Murukku’ adalah makanan yang mengambil tempat di hati semua masyarakat

berbilang bangsa di negara ini. ‘Murukku’ adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang

untuk membuat serta mengambil kos yang murah. Pengkaji juga memilih tajuk ini sebab

Murukku’ ini amat popular di tempat pengkaji .‘Murukku’ lazimnya diperbuat daripada tepung

beras atau tepung urad dal sebelum diproses menjadi doh. Doh tersebut pula dibentuk menjadi

bentuk berpusar, sama ada dengan menggunakan tangan ataupun dengan acuan. Pusaran doh

yang terhasil kemudiannya digoreng celur di dalam minyak sayuran. ‘Murukku’ biasanya

berbentuk bulatan atau berbentuk halus. ‘Murukku’ dibuat daripada acuan khas seperti cara

menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran.1

You might also like